~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Tuesday 7 October 2014

Bab 47 Tidak ku tahu kasih bermula.






“Macam mana Zila tak pergi Ipoh..Zila ada kat rumah ni pun abang bukan nak berbual dengan Zila..abang asyik dengan anak-anak abang sahaja”.

“Dengan anak-anak macam mana yang Zila maksudkan..rasanya abang mengajar anak-anak ..Zila tak perasan ke selama ni abang ustaz dan abang lah cikgu untuk anak-anak”.

“Ialah abang asyik nak mengajar anak sampai masa abang dengan Zila tak ada. Zila rasa memang abang tak pernah terfikir nak berbual dengan Zila.Betulkan?”.

“Zilaa anak-anak perlu diajar..jangan kita nak harapkan cikgu-cikgu disekolah sahja tak banyak mana pelajaran yang mereka dapat, begitu juga dengan mengaji kalau tak dilancar dari rumah, bila pula anak nak BERALIH, nanti sampai ketua tak khatam-khatam. Memang setiap hari abang tak cukup masa, kalau dah masa abang habis nak mengajar anak sahaja, macam mana abang nak bagi masa abang pada Zila.  Kalau Zila nakkan masa untuk berbual dengan abang, cuba bantu abang mengajar anak-anak..kita sama-samalah membantu anak mencari ilmu. Ni tidak masa abang mengajar anak Zila tercatuk mengadap tv atau senyap didalam bilik baca novel..”.

“Kenapa abang nak salahkan Zila tenguk tv atau Zila baca novel pula..abang yang tak nak bagi masa abang tu pada Zila. Bab ajar anak manalah Zila pandai,  Zila ni sekolah sampai tingkatan tiga sahaja”.

“Habis kalau sampai tingkatan tiga tu.. A BA TA pun tak tahu ke?, ABC dan 123 pun tak tahu ke?.. Sya tu baru darjah dua cuba lah bantu dia mengeja..bantu dia mengira takkan setakat 2+2 pun Zila tak tahu”. Geram hati Abdul Latif bila isterinya hanya mahu mencari kesalahanya sahaja. Tetapi sememang itulah sikap Nur Fazila, dirinya hanya dijadikan sebagai isteri semata-mata. Kerana padanya anak-anak  mereka adalah anak cikgu Abdul Latif dan dialah yang perlu mengajari anak-anak.
(Tak masuk dalam cerita cara Zila berfikir mak teh masukkan cerita kawan suami mak teh katanya anak yang lahir dari anak perempuannya bukan cucunya..tetapi cucu kepada besanya..anda berfikir begitu juga ke?).

“Alah itu hanya alasan abang sahaja..sebetulnya  memang abang benci nak bercakap dengan Zila yang bodoh ni”.

“Entahlah Zila ..kalau dah macam tu yang Zila fikirkan terserahlah”.

“Kenapa abang tak sayang Zila”.

“Siapa kata abang tak sayang Zila  dan kenapa Zila yang cakap macam tu..selama ni pernahkah abang dera Zila, abang tak bagi Zila makan dan pakai dengan sempurna”.

“Zila yang rasa abang tak pernah nak sayang Zila. Bang!! Sayang ni bukan sahaja siapkan makan dan pakai..tapi kemesraan. Kemesraan abang pada Zila..Zila tak pernah nak rasa.”.

“Entahlah Zila..Terserah apa yang Zila nak fikir..tapi abang tak faham kemesraan yang macam mana yang Zila maksudkan..”. 


 Sungguh dia tidak faham KEMESRAAN yang dimaksukkan oleh isterinya. Entah mengapa pada cikgu Latif Zila seakan tidak matang fikiranya. Walaupun umurnya sudah menghampiri angka empat puluh. Adakah kerana dia terlalu banyak membaca novel-novel remaja menyebabkan dia berfikir seperti remaja juga. Jika dilayan mahu jadi bertengkar. Yang sebetulnya Abdul Latif tidak suka pertengkaran..dia tidak suka bertikam lidah sebab itulah dia lebih suka mendiamkan diri.  Menjadikan dirinya pendiam itu lebih senang dan  hatinya juga tidak sakit. Namun Zila masih mahu meneruskan luahan hatinya.
           
“Abang tak pernah nak rasa kehilangan, bila Zila tak ada disisi abang. Abang tak pernah nak ambil atau pujuk Zila balik kalau Zila lama duduk kat Ipoh, memang abang tak pernah perlukan Zila ni dalam hidup abangkan..”.

“Kenapa tak cakap..Zila minta pujuk..” Rasa kelakar pula mendengar kata-kata Abdul Latif kepada isterinya yang sedang berjauh hati.

“Orang… kalau betul dia sayang tak payah cakap,  dia dah tahu sendiri. Kalau sampai diberi tahu nampaknya dia terpaksa buat,  sebab nak menyedapkan rasa sahaja, kalau macam tu tak guna juga  buat kerana rasa terpaksaKalau betul Zila ni bermakna pada abang tentu abang datang pujuk Zila balik..”. Gumam Zila perlahan seakan untuk sdirinya sendiri..namun dia masih didengari oleh suamiya.

“Bukan sikap abang merayu-rayu melutut bagai,  merayu isteri didepan orang. Kita bukan orang kafir yang nak tayang-tayang kemesraan depan orang..tunjuk suami cium tangan isteri untuk jadi tatapan, nak tunjukkan rasa cinta yang mengunung.  Kita ni orang Islam, walaupun apa pun rasa kita, perlakuan mesra hanya kita sahaja yang tahu. Suami mesti menjaga maruah isteri  dan isteri mesti menjaga maruah suaminya. Jika kita sudah menjalankan  tanggung jawab kita itu sudah mencukupi tanda sayang kita, dan isteri juga mesti sudah mempercayai sayang suaminya. Selama ni abang tahu tanggung jawab abang sebagai suami, dan rasanya abang dah tunaikan semua tanggung jawab abang sebagai suami”.

“Apa maksud abang suami cium tangan isteri”.

“Macam cerita mat Salleh tulah suami cium tangan isterinya untuk dilihat dia sangat mencintai isterinya, tapi kalau kita tenguk macam suaminya kena queen control pulakan.Kan kebiasaan kita isteri yang sepatutnya cium tangan suaminya tanda hormat dan taatnya pada suami.”.

“Ada pula macam tu, orang yang berfikir macam abang ni orang yang berfikiran sempit…tak maju..tapi Zila percaya nak harapkan  abang buat pada Zila macam tu hanya dalam mimpi sahaja …sedangkan di alam nyata ni abang nak cium dahi Zila pun hanya didalam bilik sahaja”.

“Itu istemewanya orang Islam umat nabi Muhammad ditaman kan rasa malu pada setiap umatnya..malu untuk menunjuk-nunjuk rasa mesra yang boleh menimbulkan rasa teringin orang lain. Kalau orang tu ada suami tak apalah, tapi kalau dia tak ada suami, mereka akan mencari pada yang tak halal pada mereka.. kita dah berdosa kerana mendorong orang membuat maksiat.. faham..”.

“Ahh itu hanya alasan abang sahaja, yang sebetulnya kalau dalam bilik tu yang ada hanyalah nafsu semata..masa tu abang hanya nak beli jiwa Zila sahaja. Kalau tak.. mana boleh Zila rela dan kalau tak mana boleh Zila nak mengandungkan anak-anak abang..Zila ni memang bodoh..bodoh dengan rasa Zila sendiri”.

“Entahlah Zila, abang dah tak kisah apa Zila nak cakap, nafsu abang ke, tapi yang pasti abang dah tunaikan kewajipan seorang suami  dan sepatutnya Zila tahu tanggung jawab Zila sebagai isteri”.

“Abang!! Jangan nak tuduh Zila tak tahu tanggung jawab Zila. Zila tahu tanggung jawab Zila. Abang tu yang tak pernah nak menghargai  kehadiran Zila”.

“Itu terserhlah pada Zila, apa Zila nak fikir tentang abang.  Pada abang mudah sahaja, perkara remeh tak perlu di fikirkan sangat”. Abdul Latif bangun mahu keluar dari biliknya..

Walaupun telah banyak perkataan yang membolehkan isterinya memahami..namun isterinya bagai tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan. Dia yang sebenarnya serba salah, sebolehnya dia mahu mengawal perkataan yang keluar,  tersalah kata nanti ..isterinya mengatakan dirinya sendiri yang  bodoh pula. Jalan terbaik dia mengalah dan berserah pada takdir sahaja. Doanya mengharapkan  agar apa yang diperkatakan dapat difikirkan dan kemudian difahami bila fikiran isterinya sudah tenang.

Dia ingin menghidarkan diri dari isteri yang mula nak marah.. tak puas hati. Padanya diam itu lebih baik dari terus-terusan berbalas kata dengan isteri. Dalam hatinya  merasakan perbincangan mereka perbincangan yang remeh, hanya yang baru nak bercinta sahaja yang bertanya bab sayang menyayang. Mungkin mereka bertanya begitu kerana mahukan kepastian sebelum  mahu menjadikan hubungan mereka hubungan yang halal. Untuk dia dan Zila kepastian itu sudah tidak perlu kerana mereka sudah pun berkahwin selama 13 tahun. Jadi untuk apakah lagi kepastian dan keyakinan. Yang perlu hanyalah  usha untuk mengekalkan hubungan halal mereka sampai kehujung  nyawa. 

Baginya dalam peringkat umurnya sekarang yang sudah melebihi angka pertengahan empat puluhan perkara sayang menyayang sudah tidak perlu disebut-sebut, bahasa tubuh pun sudah dapat memahami isi hati pasangan masing-masing. Hidup mereka kini hanya untuk membimbing anak-anak mencari hidup mereka dimasa hadapan.  Bukan perkara sayang menyang atau cinta mencinta itu tidak penting…penting tetapi berpada-pada dan tidak perlu diucapkan, janjinya dia melunaskan bertanggung jawabnya itu sudah cukup... kecuali cinta pada Allah dan Rasul itu memenang perkara utama. Melihat suaminya bangun dan menuju kepintu garang suara Zila bertanya..

“Abang!! Abang nak pergi mana tu..kita tak habis bincang lagi abang dah nak lari..benci betul abang pandang muka Zila ni kan”

“Nak bincang apa lagi, abang tak kisah apa yang Zila nak rasa pada abang. Pada abang mudah sahaja, kita ni dah tua dah tak perlu lagi perkataan sayang menyayang, anak-anak tu lagi penting kita fikirkan kehidupan mereka, untuk masa hadapan mereka. Abang nak habiskan baca surat khabar..nanti dah nak tenguk buku kerja anak pula.”. Melihat suaminya meneruskan langkahnya,  hati Zila yang sedia hangat menjadi semakin hangat.

“Abang!!!” Jerit Zila untuk menghentikan langkah suaminya.

“Ya Allah Zila..apa yang terjerit-jerit macam budak kecil ni”. Terkejut Cikgu Latif mendengar jeritan isterinya. Abdul Latif tidak jadi melangkah, dia  berpaling memandang isterinya semula. NurFazila sudah bangun dengan dua tangannya dipinggang (Bercekak pinggang) Nampak garang.

“Oh! Zila ni macam budak kecil kata abang, secara tak langsung abang kata Zila ni tak matang, Zila ni bodoh. Itu sebab nya abang tak kisahkan Zila, Zila ada ke, tak ada pun abang tak kisah, abang tak penah nak ambil berat perasaan Zila. Sebab dalam hati abang tu masih mengharap kan Emil yang pandai dan yang seorang cikgu datang balik pada abang..” Sememang itulah yang mahu dijaga oleh Abdul Latif. Dia mahu menjaga perkataannya supaya isterinya tidak salah faham dengan kata-katanya. Tetapi tadi dia sudah terlepas kata dan terimalah natijahnya isterinya sudah merasakan sendiri dirinya bodoh dan tak matang tetapi sememang itulah kenyataanya.

“Kenapa naik nama Emil nii..kenapa nak disebut nama dia”. Suara Abdul Latif makin meleweh, kerana dia memang malas mahu berbalas kata.

“Sebab dialah abang tak peduli pada Zila, sebab dia lah abang tak boleh nak terima Zila dalam hidup abang dan sebab dialah abang tampar Zila hari tu.Betulkan”.

“Tak terima apanya Zila, dah berapa tahun kita kahwin, anak kita pun dah tiga orang, Umar dah  dekat 12 tahun..jadi abang nak terima  Zila yang macam mana?”.

“Anak-anak yang lahir tu kerana nafsu abang sahaja, abang buat Zila ni tempat melepaskan nafsu abang sahaja...jadi sekarang Zila tak nak lagi menjadi bahan melepas nafsu abang. Ceraikan Zila.. biar Zila cari kehidupan Zila sendiri”. Terkedu Abdul Latif mendengar permintaan isterinya. Semudah itukah. Tetapi dia melihat isterinya bersungguh dengan permintaanya.

Nur Fazilah sudah berani meminta cerai,  bila merasakan dirinya sudah boleh hidup sendiri. Dia tidak susah untuk mencari duit. Pekerjaanya diIpoh sudah menanti. Biar pun tidak semewah dan sesenang mana, namun pendapatanya itu nanti dapat menampung kehidupannya sendiri tampa bergantung pada suaminya atau lebih tepat bergantung pada cikgu Abdul Latif.  Yang sebenarnya kata-kata Abdul Latif yang mengatakan.. ‘sedar dirilah sikit selama ini abang yang bagi makan Zila..abang yang tanggung semua keperluan Zila’.tempuh hari sangat memberi kesan dihatinya.

“Zilaa kenapa minta yang tidak-tidak ni ..”. Abdul Latif melembutkan suaranya selembut yang boleh, supaya sejuk hati isterinya bila mendengar suaranya. Rupanya tidak.

“Tidak!!! itu bukan  permintaan yang tidak-tidak, memang dah lama Zila fikir.. kalau Zila meneruskan perkhawinan kita ni, Zila yang akan tersiksa..tersiksa kerana  mencari rasa cinta abang pada Zila, tersiksa kerana mencari rasa sayang abang pada Zila. Sekarang  Zila tak mahu fikir lagi, Zila nak bercerai. Hidup kita  akan senang kalau kita bercerai. Abang tak perlu bagi makan dan keperluan  Zila lagi dan yang paling penting hati Zila ni tak sakit bila teringat yang dalam hati abang tu masih penuh dengan nama Emil”.

“Mana  Zila tahu hati abang penuh dengan nama Emil. Dia kan dah jadi isteri orang. Abang tak gila Zila untuk mengharapkan  isteri orang.” Itu sememangnya kenyataannya. Apa perlunya Zila merasa cemburu pada bekas isterinya, kerana sekarang Emil adalah isteri kepada seseorang, mana boleh seorang isteri memadukan suaminya. Cemburu yang tak masuk akal gerutu Abdul Latif didalam hati.

“Zila tahu bang,  dari cara abang bercakap dengan Emil dalam telefon hari tu, dari ceria wajah abang bila Uwais datang. Zila dah dapat baca dari tingkah laku abang. Apa-apa berkenaan dia memang menjadikan  abang ceria, abang suka. Abang akan marah bila Zila larang Uwais datang sini sebab abang tak nak melupakan dia”.

“Uwais kan anak abang, darah daging abang,  bukan sebab dia tu anak Emil yang abang jadi suka kalau dia datang..”

“Sudahlah bang!  Zila benci bila abang sebut nama dia dan nama yang boleh mengingatkan abang pada dia. Kalau betul abang sayangkan Zila, lupakan janda abang tu.. lupakan semuanya yang bersangkutan dengan dia”. Inilah akibatnya kalau dia bersuara lembut, menyebabkan isterinya tidak pandai menghormati dirinya. Mulalah dia meminta yang tidak-tidak..

“Zila ni dah keterlaluan, kenapa nak mencabar abang dengan permintaan yang tak masuk akal”.

“Sebab abang pun tak guna akal bila nak sayang siapa, nak sayang isteri yang didepan mata abang pun abang campurkan sekali dengan sayang abang kepada isteri yang dah menjadi bekas. Sekarang abang pilih yang mana satu..”

“Yang mana satu apanya, kalau nak pilih Emil diakan isteri orang mana boleh seorang isteri mempunyai dua suami. Kita ni bukan di India....yang seorang wanita boleh berkahwin dengan suami lebih dari seorang, kita ni di Malaysia.  Sedar Zila sedar”. Abdul Latif masih mampu mengawal suaranya,  kerana dia berpegang pada petuasetiap pasangan kalau yang sorang sedang marah yang seorang lagi perlu bersabar untuk kerukunan rumah tangga. Tetapi lain pula jadinya pada Nur Fazila, suaranya semakin tinggi.  Kelihatanya marah nya seperti tidak terbendung lagi.

“Abang jangan nak naikan darah Zila, jangan main-main dengan Zila, sekarang abang pilih ..kalau abang nak Zila tetap menjadi isteri abang,  abang mesti buang semua yang ada kaitan dengan dia”. Tegas Zila bersuara.

“Dari apa yang abang faham, Zila suruh abang buang anak abang yang bersama Emil macam tu dan dari apa yang abang faham Zila nak suruh abang halang dia dari berjumpa abang atau sebalik nya betulkan macam tu”.

“Ya..sebab kalau anak dia masih berjumpa abang, abang tak akan dapat melupakan mamanya..”

“Ok jelas..kalau macam tu.. ini dari hati abang yang ikhlas dan ini adalah isi hati abang yang sebetulnya. Kalau Zila beri pilihan antara isteri dan anak, abang akan lebih milih anak abang dari isteri yang tidak tahu menghargai suaminya. Seribu kali pun abang tetap akan memilih anak abang, abang lebih rela tak ada isteri dari abang kehilangan anak. Apatah lagi anak  sebaik Uwais dan jika Zila minta abang lupakan Emil.. itu tak mungkin juga. Berbelas tahun abang hidup sebumbung dengan dia, bagai mana abang nak melupakan kenangan bersama dia, tapi untuk megharap hidup disamping dia.. itu tak mungkin, sebab dia dah jadi isteri orang. Abang tahu batas Zila, mana yang patut dan mana yang tak patut”.

“Sekarang Zila pun dah jelas macam mana bentuk hati abang. Sekarang Zila juga nak berterus terang  dengan abang. Zila tak mampu duduk disisi suaminya yang penuh dengan kenangan bersama bekas isterinya. Zila tak mampu menahan rasa cemburu Zila, bila sayang abang pada Zila masih bersaing dengan rasa kasih abang pada dia. Untuk jalan mudah, ceraikan Zila sekarang”. Rasa bagai dicincang hati Nur Fazilah mendengar pengakuan suaminya terhadap jandanya kerana kepedihan itu mudah sahaja permintaan yang menjadikan dirinya tidak halal bila suaminya mengikuti apa yang dimintanya.

“Memang sungguh ke Zila nak kita bercerai”. Abdul Latif mencari kepastian. Bagi nya mudah, jika Nur Fazila rasa tersiksa hidup disisnya, dia tidak akan memaksa untuk meneruskan ikatan perkahwinan mereka. Untuk apa masih bersama jika salah seorang dari mereka menderita. Lagi pun Nur Fazila sudah mengatakan dia sudah lama memikirkan tentang permintaanya. Tentu sahaja dia sudah menimbang baik buruknya untuk kehidupanya.


8 comments:

  1. Alahai Nur Fazila kenapa cetek sangat pemikirannya. Cemburu buta namanya tu. Tak baik memutuskan ikatan bapa dan anak kandung. Sengaja cari penyakit ni.

    -K.mid-

    ReplyDelete
  2. Cmburu but a. Itule klu dh buat salah mengambil hak org..hati sntiasa curiga.
    -dibah-

    ReplyDelete
  3. Adui..pening tgk gelagat si zila ni..mmg dah nasib cikgu latif dpt bini gini..harap2 pengakhirannya cikgu latif dpt isteri yg bole membahagiakan dia..sian nengok hidup dia bagaikan lilin..sentiasa menurut perintah..nasib baik dpt anak yg baik mcm uwais..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup yg dipilih sndiri olh CG Latif. Nape mesti nk ikur ckp maknya bulat bulat smpi brnikah cara smbunyi dr Isteri Emil smpi no masuk dua anak bru Emil tau. ITU pun cara kebwtulan. Patutnya dia blh bombing dn didik Emil supaya brbaik dgn mak dia. Itukan tanggungjwb suami.
      To yg sbenarnya dia pun stuju kahwin dgn zila SB ego no buktikn yg dia mampu beri anak lagi SB hanya ada iwais shj dgn Emil. Dia lupa ITU smua kuasa Allah .
      Ego juga dgn mudah dia melafazkn talak kpd emil.
      Walaupun pd zahirnya CG Latif seorg yg x byk ckp dn menurut kATA mak dia tp dr sudut lain tgjwb dia sbg suami kurang smpurna begitu juga trhadap uwais.
      -dibah-

      Delete
  4. Cikgu Latif bakal menyandang gelaran Mr Dud ke. Kesiannya. Dlu masa dia madukan emil rasa geram. Watak yg makteh adakan blh buat kita berubah rasa.
    Zila ni dlu elok je bermadu. Bila Emil dah bercerai jd meroyan semacam. Anak2 pun mcm tak sayang. Padan juga dgn muka Pn Rabiah. Kalau bercerai mesti zila tinggalkan anak2 dia.

    ReplyDelete
  5. Zila ni jenis yang tak nak terima pendapat orang. Dia je rasa betul. Sanggup lagi menipu bila cerita pada mak mertua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menantu pilihan mak mertua kan????
      -dibah-

      Delete
  6. Zila rasa "insecure", rendah diri dan kurang mendpt perhatian/kasih sayang drp suaminya. Tu sebablah dia bertindak sedemikian.

    Cikgu Latif pulak rasa isteri tidak menghargainya sbg suami, tak bersyukur dgn segala pengorbanan suami dan tak memahami peranan/tanggungjawab suami.

    Best Mak Teh. Teruskan... Art imitating life....

    ReplyDelete