Hari
ni cepat sikit mak teh post.. curi masa di tempat kerja. Intenet kat rumah mak teh tak boleh nak
edit, jadi kalau ada kesalahan minta maaf ye tak boleh nak betulkan.
“Betul
tu Pian. Mama kata makan ubatnya kena suapkan kat mulut barulah dia makan ubat.
Betul ke darah tinggi ayah tu dah tahap kronik Pian”.
“Bukan
tahap kronik saja, dia dah ada masaalah jantung Is. Mana tak jadi kronik, dia tu tak boleh nak jaga makan. Semua yang
dia tak boleh makan dibedalnya kalau kita tak nampak. Kadang-kadang aku tenguk ayah ni macam
budak-budak, dia tak boleh nak kawal nafsu makan, memang dari dulu dia macam
tu. Lepas tu asyik terlupa sahaja nak makan ubat . Aku yang sebetulanya susah
hati dengan perangai ayah ni. Is!kau tahu tak sebab apa ayah dapat masaalah
jantung sekarang ni, sebab tekanan darah terlampau tinggi. Jantung dia bekerja
lebih setiap hari.. Kalau dah kena sakit jantung memang susah ubatnya dan kena
berhati-hati selalu. Tak ada ubat dah kita hanya boleh bertahan dengan ubat
untuk meredakan sahaja untuk baik memang susah.”
Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah
penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika
tidak dirawat. Jika seseorang mendapat tekanan darah tinggi ini bermakna jantung anda bekerja
lebih dari kebiasaan. Komplikasi-komplikasi Tekanan darah tinggi akan
menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang
dan ini akan mengakibatkan kerosakan pada organ-organ tersebut. Jenis kerosakan
bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.
Peningkatan mendadak tekanan darah,
boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah
dirawat segera
Tekanan darah tinggi berterusan.
Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-
o pada jantung- menyebabkan kegagalan
jantung, serangan jantung dan kematian.
o pada pembuluh darah- pembuluh darah
menjadi keras
o pada buah pinggang- mengakibatkan
kegagalan buah pinggang
o pada mata- pendarahan dan kerosakan
pada kawasan sensitif cahaya dalam mata.
o pada otak- strok atau angin ahmar
Semua
komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.
Rawatan:
Tekanan darah tinggi anda boleh di rawat secara
• Rawatan tanpa ubatan
o Anda perlu mengubah cara hidup seperti
Kurangkan pengambilan garam
Meningkatkan aktiviti-aktiviti
fizikal
Mengurangkan berat badan jika
berlebihan melalui senaman dan pemakanan
Berhenti merokok dan pengambilan
alkohol
Hindari stress
(Mak teh ceduk bulat-bulat dari
Internet. Dulu mak teh ada juga diberi penerangan tentang bahayanya sakit darah
tinggi kalau tak dijaga tapi tak tahu macam mana nak sampaikan pada anda. Mak teh
ada darah tinggi ni dari muda lagi masa anak-anak sedang nakal STRESS sangat
itu yang dapat tu).
“Itulah
yang aku cakap kadang-kadang orang tua kita ni macam nak manja-manja dengan
kita. Nak kita ambil berat dengan dia.
Betulkan Pian macam tu. Tapi tak apalah ayah pun masih muda lagi.Kita ingatkan
selalu pun ok rasanya.”
“Nak
manja dengan kita macam mana, kita ni dah tak boleh nak tengukkan selalu bila
kita pun dah ada kehidupan sendiri.Yang sebenarnya dengan ayah ni kita kena
sabar kalau kita ingatkan saja, tapi kita tak tenguk dia makan ubat tu tak
dimakannya juga.Aku bersyukur mama ada tengukkan dan ingatkan ayah makan ubat.
Sabar betul mama dengan kerenah ayah tu.”Mereka mendiamkan diri beberapa
ketika. Tiba-tiba Sofian mengutarakan soalan seorang lelaki yang telah dewasa
kepada Uwais..
“Is!!kau
tak ada rancangan nak kahwin ke?”.
“Waahh
kau tiba-tiba tanya aku pasal nak kahwin pula ni..kau dah ada calon ke”.
“Aku
rasa macam aku dah ada. Tapi tulah…”.
“Hai
kau ni macam tak yakin saja dengan
jawapan kau tu, tak faham aku..Kau sebetulnya dah ada ke belum?”. Uwais
mencari kepastian tentang status sahabatnya..masih single atau sudah menjadi kekasih seseorang.
“Tapi
rasanya dia pun suka kat akuIs! kalau dia suka kat aku, aku rasa nak jalan terus
dengan dia lah”.
“Siapa
yang boleh menolak bila seorang doctor kacak suka kat dia. Siapa gadis yang kau
suka tu..nampak gaya kau memang serius dengan soal hati ni Pian. Sampai hati
kau tak cakap dengan aku.”
“Is
aku ni kacak ke..tapi tak ada pula ada gadis yang nak tawarkan diri sepanjang
aku dah dewasa ni.”
“Kacak
dan bijak pekej seorang jejaka idaman.Tapi kaulah kalau dah mengadap buku kau mananampak
orang lagi. Bila musim periksa lagi kau tak nampak orang..buku..buku..buku
sahaja yang ada dalam kepala kau”.
“Itu
dulu..itukan kewajipan kita seorang pelajar. Sekarang dah tak lagi jadi aku
rasa aku dah boleh suka pada seseorang untuk dijadikan sandaran menjadi teman
aku sepanjang aku hidup”.
“Kau
memang dah ada seseoranglah ni. Sampai hati kau tak cerita pun dngan aku”.
“Alah
benda ni pun baru sahaja, baru dua bulan lepas, nak cerita dengan kau tak
sempat, lagi pun ni ha baru nampak muka kau”.
“Ialah
aku kena tolong kawan..ni baru dapat cuti. Itu pun minggu depan aku dah kena
naik kapal semula. Yang sebetulnya dia tu siapa? Dah berapa lama kau kenal dia.
Dan yang paling penting keluarga kita terutama ayah dah tahu ke apa yang kau
rancangkan ni?”.
“Memang
aku nak bagi tahu ayah dengan mamalah ni, tapi sebelum tu, aku bagi tahu kau
dulu.Nak minta pendapat kau.”
“Ok
cakaplah siapa dia tu, aku kenal ke?”
“Emm…Kau
ingatbudak sain dua yang putih melepak.Dia jadipengawas perpustakandulu.” Uwais memegang dagunya mula
berfikir…
“Budak
mata sepet yang cabi, montel tu ke, kalau tak silap aku nama dia Nurul Huda
kan?Ramai budak kata dia ni garang kalau masa dia jaga perpustaan.”
“Wahh
kau ingat nama dia.”
“Mana
tak ingatnya..dia tukan selalu kena kutuk.Tegas betul kalau dia yang jaga
perpustakaan, pulangkan buku lewat kena denda, bercakap dalam perpustakaan pun
kena denda. Kau ingat taka pa gelaran dia..’Kroni Samy Vellu” Serentak mereka
menuturkan.Lepas tu bergema tawa dua sahabat bila mengenang kisah lama. Reda
tawa mereka..
“Ialah
budak tulah, tapi sekarang dia tak gemuk
lagi, dah kurus dah tapi muka dia tetap sama itu yang aku kenal tu”.
“Ehh
kat mana kau jumpa dia, dia buat medic juga ke?”.
“Tak
lah dia tak ambil medic, aku terjumpa dia masa kat air port hari aku balik sini
dua tahun lepas.Masa tu dia kat Airport sebab nak balik Miri.Dia kata selalu
dia naik Air Asia sahaja, sebab ada
tambang murah. Tapi kali tu tiket habis itu yang dia naik MAS.Mungkin dah jodoh
kot. Cerita-cerita sikit rupanya lepas SPM dia dapat IPG Miri.Kemudian kitaorang
sambung perhubungan maya, borak-borak dalam Face book.Kesian dia kena mengajar
kat pedalaman Serawak. Dua tahun dia mengajar kat sana, itu yang terputus
hubungan. Tak sangka dua bulan lepas aku terjumpa dengan dia lagi kat Kangar.
Dia kata baru dapat tukar tak sampai pun
setahun ..sekarang dia mengajar di Kangarlah.”
“Selalu
kau jumpa dia selepas terjumpa dia dua bulan lepas.”.
“Housemen
macam aku mana ada banyak masa Is. Jadual kerja aku padat, balik pukul 5 petang
pukul 11 malam masuk kerja lagi. Dah habis Houseman ni barulah lega sikit. Ni
aku cuti seminggu lega betul rasanya.”
“Apa
yang kau pandang pada dia tu Pian..aku tenguk dulu dia tu gemuk matanya sepet, dah tu tak pakai tudung pula tu..hanya
kulit dia sahajalah putih melepak. Tapi kan Pian dulu aku ingat dia tu Cina..”
“Aku
ni nak harap yang cantik sangat tak dapatlah. Kau tenguklah aku ni bukan hensem
pun, dah kulit gelap rupa Bangla pun ada. Aku rasa aku dah gemuklah Is, perut ni pun dah
naik sikit ni..sejak akhir-akhir ni aku lapar sahaja. Balik kerja makan lepas
tu berzup aku pergi tidur, tak berkira dah hadam ke belum makanan yang aku makan, tu yang badan naik agaknya kan. Kau tenguk
ni perut aku macam dah naik dah.”
“Hai
kau kan doctor, tentu tahu mana yang elok cara hidup sihat. Kalau nak ikutkan
aku lagi hebat kat atas kapal tu apa yang takada cakap sahaja semua chef tu
masakkan untuk kita”.
“Ialah
kau ni… kau tak berubah lah Is dari dulu sampai sekarang badan sama sahaja..kau
kerja tengah laut pun tak nampak hitam pun.”
“Kurus
sangat macam aku ni mana kacak pun, tu yang tak ada mak we nak usha aku tu. Ehh
cuba kau cerita sikit tentang siHuda ni yang sampai kau tertarik dengan dia.”.
“Aku
teringin nakkan yang putih melepak macam tu..nanti anak aku tak lah hitam sangat.
Lagi pun dia tu cikgu, masa kerjanya tetap, jadi bolehlah dia menjaga anak-anak
kalau kami ada anak nanti. Aku ni kau tahulah separuh waktu aku kat hospital
Is. Kalau orang tahu kerja doctor macam mana, tentu dia tak mahu pasanganya
seorang doctor tau..mana nak nya asyik kena tinggal sahaja. Lagi lah diawal
kerjaya kita nak jadi doctor ni.”.
“Wahh
majunya perancangan kau, sampai ke anak kau dah fikir. Kau dah tanya dia ke
setuju jadi suri hati kau?”
“Tanya
tu belum lah, tapi aku rasa dia pun suka kat akulah..ialah kita ni dah berumur
Is, dah dua pulun eman tahun untuk seorang gadis dah boleh dikatakan terlambat
juga Is. Aku dah tanya dia..dah ada teman hati ke belum, dia kata tak ada..dia
kata baru sangat dia mengajar kat
Semenanjung tak sempat nak cari katanya”.
“Masa
kat Serawak takkan tak ada”.
“Dia
duduk pedalaman, yang ada kat sana
semuanya dah ada pasangan. Lagi pun emak ayahnya kata tentang jodohnya mesti
orang Semenanjung. Kalau dia tak dapat cari sendiri..nanti emak ayahnya yang
akan carikan. Emak ayahnya pesan tak
mahu orang Sabah Serawak susah nak balik
dan takut dia tak balik nanti.”
“Ni
keluarga dia dah carikan kebelum, baik cepat sikit kau cakap, nanti dia
dipinang orang barulah kau gigit jari.Dia tu sebaya kita.Betul kata kau kalau perempuan
dah berumur 26 tahun umurnya dah kira nak telajak dah.” Kah..kah.kahkuat
ketawa lagi dua sahabat memenuhi runag bilik. Sememangnya hari mereka penuh
ketawa bila mereka berjumpa. Ayah dan mamanya diluar bilik hanya membiarkan
sahaja gelagat mereka. Kadang-kadang dipanggil makan sampai dua tiga kali juga
tidak dihiraukan.
“Belum
lagi, sebab dia kata nak cari sendiri dulu. Tapi emak ayah dia kenakan tempuh
juga. Katanya lepas umur 26 tahun kalau
dia tak dapat juga, emak ayahnya pula yang akan tentukan jodohnya.”
“Mana
kau tahu, kalau diaorang cari senyap-senyap”.
“Yang
sebetulnya tadi dia balik tumpang kereta aku, aku dah tanya dia, dia kata belum.
Aku bagilah dia sikit bunga-bunga yang aku suka kat dia, harap dia faham Is.
Tapi aku kena cepat juga lah takut macam yang kau cakaptadi, emak ayahnya
carikan senyap-senyap. Masa makan nanti kau tolong aku ya, aku nak cakap dengan
ayah dan mama kita pasal ni..sebelum emak ayahnya carikan biar aku masuk
dulu..ok tak Is.”
“In
Syaa Allah. Kalau kau rasa sesuai dengan dia dan dia pun suka dan yang paling
utama kedua keluarga restu, tak payah tunggu lama, tak payah bercinta bagai.. terus
sahaja nikah bercinta nanti lepas nikah itu lebih afdal Pian”.
“Aku
rasa pun macam tu juga. Is!! kita naik pelamin sama-sama nak, kita dah tua
Is..umur kita makin lama makin meningkat.”Sofian mengajak sahabat nya sama
nikah dengannya, macam mengajak pergi Sempadan bershopping saja lagaknya.
“Aku
ni tak ada calon lagi Pian, macam mana nak kahwin, tak ada siapa yang aku nak
cekau nak jadikan pasangan aku ni. Kau jalan dulu, nanti kalau dah sampai jodoh
aku.. aku kahwinlah.”.
“Hai
orang hensem macam kau ni tak kan tak ada yang sangkut”.
“Bukan
tak ada yang sangkut tapi aku ni macam tak sempat nak mencari..kau pun tahu aku
kerja atas kapal. Atas kapal tu semua
jantan, macam mana lah aku nak kenyit mata. Kalau aku kenyit mata lain pula
jadinya..alamat tak berketurunanlah mama aku”.
“Kau
ni Is, kau kan cuti sebulan kat darat, yang kau asyik nak bergelumang dengan
minyak hitam kat bengkel pak long kau tu buat apa, nak kata tak cukup gaji
jangan kau nak cuba nak bahan aku, gaji kau berlipat kali ganda dengan gaji aku.
Pergilah jalan-jalan, pasang badan, buka pandagan mata kau tu. Kalau jumpa
tangkap terus”.
“Kau
suruh aku tangkap apa. Macam nak suruh tangkap anak ayam sahaja. Aku kebengkel
pak long aku tu bukan apa.. aku saja aje nak tolong pak long aku..sikit sikit
dapat juga aku ilmu nak membaiki kereta, kalau kereta aku rosak aku dah tahu.. tak
susah-susah nak panggil makanik. Macam
sekarang ni aku tak kisah kalau kereta aku rosak tengah jalan..”
“Mana
boleh kereta kau rosak Is, kereta baru keluar dari kilang tu Volkswagen tu made from German. Lain lah kereta aku kereta secondhand tu. Belum
terkumpul lagi duit aku nak beli kereta baru Is”.Uwais berjaya membeli sebuah
kereta Volkswagen Polo baru untuk dirinya.
“Tak apa
lah Pian..pakai apa yang ada dulu, janji boleh kita gunakan. Kau dah ada
rancangan nak kahwin, dulukan duit nak kahwin.Jangan kahwin buat pinjaman bank
tak elok.Kita kahwin biar lah dengan duit gaji kita.Semoga perkahwinan kita
diberkati”.
“Baik
Ustaz. Ehhh..anak pak long kau yang nama Siti Rahmah tu dah kat mana dia
sekarang?”.
“Ehh
tiba-tiba kau tanya dia pula..Kenapa?kau terkenang dia.. kau suka kat dia ke?”
“Is
kau ni..hati aku dah tetap dengan Huda tu, belum dapat lagi dah kau kata aku
nak cari lain, tak semudah tu nak cari lain Is.Is! aku bayangkan kalau kami ada
anak esok tentu anak aku macam muka Korea kan..matasepet-sepet macam dia, hidung
mancung macam aku..ha..ha”.
“Kau
ni Pian berangan dah sampai kebulan rupanya. Habis yang kau tanya kakak tu buat
apa?..nak buat madu untuk Huda ke”.
“Is
kau ni, satu pun belum dapat lagi dah ingat nak kasi dia madu pula..Is dalam
hati aku tak terniat nak kahwin lebih dari satu. Kalau aku dapat satu, aku akan
jaga sampai kehujung nyawa. Aku tahu seorang isteri tak suka kasih kita
terbahagi-bahagi pada wanita lain. Aku ambil contoh macam mama kita..itu pun
dah cukup Is. Aku tak nak, anak-anak aku
jauh dari kasih sayang emak ayah, dapat anak yang tabah macam kau tak
apalah..tak tergambar aku kalau anak jadi kacanga hantu atau pun kutu rayau, ‘buat mengabihkan boreh’, merosakkan
jenerasi sahaja nak buat apa itu penyakit yang dicari tu. Aku tak nak jadi
punca perosak jenerasi Is.”.
“Habis
yang kau tanya anak dara pak long aku tu kenapa?”
Si Pian nak suruh Uwais pinang anak paklong Muaz pulak ke Mak teh. Tak sabar tunggu sambungan...
ReplyDeleteUwais sukakn anak pak long dia???
ReplyDeleteJauh nya perancangan piano.
-dibah-
Wah jika Uwais kahwin dengan anak paklong dia makin dekat le silaturahim mereka...
ReplyDelete