~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Wednesday 29 October 2014

Bab 51 Tidak ku tahu kasih bermula,




Hari ni cepat sikit mak teh post.. curi masa di tempat kerja. Intenet kat rumah mak teh tak boleh nak edit, jadi kalau ada kesalahan minta maaf ye tak boleh nak betulkan.



“Betul tu Pian. Mama kata makan ubatnya kena suapkan kat mulut barulah dia makan ubat. Betul ke darah tinggi ayah tu dah tahap kronik Pian”.

“Bukan tahap kronik saja, dia dah ada masaalah jantung Is. Mana tak jadi kronik,  dia tu tak boleh nak jaga makan. Semua yang dia tak boleh makan dibedalnya kalau kita tak nampak.  Kadang-kadang aku tenguk ayah ni macam budak-budak, dia tak boleh nak kawal nafsu makan, memang dari dulu dia macam tu. Lepas tu asyik terlupa sahaja nak makan ubat . Aku yang sebetulanya susah hati dengan perangai ayah ni. Is!kau tahu tak sebab apa ayah dapat masaalah jantung sekarang ni, sebab tekanan darah terlampau tinggi. Jantung dia bekerja lebih setiap hari.. Kalau dah kena sakit jantung memang susah ubatnya dan kena berhati-hati selalu. Tak ada ubat dah kita hanya boleh bertahan dengan ubat untuk meredakan sahaja untuk baik memang susah.”

Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Jika seseorang mendapat tekanan darah  tinggi ini bermakna jantung anda bekerja lebih dari kebiasaan. Komplikasi-komplikasi Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan ini akan mengakibatkan kerosakan pada organ-organ tersebut. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.
            Peningkatan mendadak tekanan darah, boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera
            Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-
o          pada jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian.
o          pada pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
o          pada buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
o          pada mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata.
o          pada otak- strok atau angin ahmar
Semua komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.
Rawatan: Tekanan darah tinggi anda boleh di rawat secara
          Rawatan tanpa ubatan
o          Anda perlu mengubah cara hidup seperti
            Kurangkan pengambilan garam
            Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
            Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan
            Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
            Hindari stress
            (Mak teh ceduk bulat-bulat dari Internet. Dulu mak teh ada juga diberi penerangan tentang bahayanya sakit darah tinggi kalau tak dijaga tapi tak tahu macam mana nak sampaikan pada anda. Mak teh ada darah tinggi ni dari muda lagi masa anak-anak sedang nakal STRESS sangat itu yang dapat tu).

“Itulah yang aku cakap kadang-kadang orang tua kita ni macam nak manja-manja dengan kita.  Nak kita ambil berat dengan dia. Betulkan Pian macam tu. Tapi tak apalah ayah pun masih muda lagi.Kita ingatkan selalu pun ok rasanya.”

“Nak manja dengan kita macam mana, kita ni dah tak boleh nak tengukkan selalu bila kita pun dah ada kehidupan sendiri.Yang sebenarnya dengan ayah ni kita kena sabar kalau kita ingatkan saja, tapi kita tak tenguk dia makan ubat tu tak dimakannya juga.Aku bersyukur mama ada tengukkan dan ingatkan ayah makan ubat. Sabar betul mama dengan kerenah ayah tu.”Mereka mendiamkan diri beberapa ketika. Tiba-tiba Sofian mengutarakan soalan seorang lelaki yang telah dewasa kepada Uwais..

“Is!!kau tak ada rancangan nak kahwin ke?”.

“Waahh kau tiba-tiba tanya aku pasal nak kahwin pula ni..kau dah ada calon ke”.

“Aku rasa macam aku dah ada. Tapi tulah…”.

“Hai kau ni macam tak yakin saja dengan  jawapan kau tu, tak faham aku..Kau sebetulnya dah ada ke belum?”. Uwais mencari kepastian tentang status sahabatnya..masih single atau  sudah menjadi kekasih seseorang.

“Tapi rasanya dia pun suka kat akuIs! kalau dia suka kat aku, aku rasa nak jalan terus dengan dia lah”.

“Siapa yang boleh menolak bila seorang doctor kacak suka kat dia. Siapa gadis yang kau suka tu..nampak gaya kau memang serius dengan soal hati ni Pian. Sampai hati kau tak cakap dengan aku.”

“Is aku ni kacak ke..tapi tak ada pula ada gadis yang nak tawarkan diri sepanjang aku dah dewasa ni.”

“Kacak dan bijak pekej seorang jejaka idaman.Tapi kaulah kalau dah mengadap buku kau mananampak orang lagi. Bila musim periksa lagi kau tak nampak orang..buku..buku..buku sahaja yang ada dalam kepala kau”.

“Itu dulu..itukan kewajipan kita seorang pelajar. Sekarang dah tak lagi jadi aku rasa aku dah boleh suka pada seseorang untuk dijadikan sandaran menjadi teman aku sepanjang aku hidup”.

“Kau memang dah ada seseoranglah ni. Sampai hati kau tak cerita pun dngan aku”.

“Alah benda ni pun baru sahaja, baru dua bulan lepas, nak cerita dengan kau tak sempat, lagi pun ni ha baru nampak muka kau”.

“Ialah aku kena tolong kawan..ni baru dapat cuti. Itu pun minggu depan aku dah kena naik kapal semula. Yang sebetulnya dia tu siapa? Dah berapa lama kau kenal dia. Dan yang paling penting keluarga kita terutama ayah dah tahu ke apa yang kau rancangkan ni?”.

“Memang aku nak bagi tahu ayah dengan mamalah ni, tapi sebelum tu, aku bagi tahu kau dulu.Nak minta pendapat kau.”

“Ok cakaplah siapa dia tu,  aku kenal ke?”

“Emm…Kau ingatbudak sain dua yang putih melepak.Dia jadipengawas  perpustakandulu.” Uwais memegang dagunya mula berfikir…

“Budak mata sepet yang cabi, montel tu ke, kalau tak silap aku nama dia Nurul Huda kan?Ramai budak kata dia ni garang kalau masa dia jaga perpustaan.”

“Wahh kau ingat nama dia.”

“Mana tak ingatnya..dia tukan selalu kena kutuk.Tegas betul kalau dia yang jaga perpustakaan, pulangkan buku lewat kena denda, bercakap dalam perpustakaan pun kena denda. Kau ingat taka pa gelaran dia..’Kroni Samy Vellu” Serentak mereka menuturkan.Lepas tu bergema tawa dua sahabat bila mengenang kisah lama. Reda tawa mereka..

“Ialah budak  tulah, tapi sekarang dia tak gemuk lagi, dah kurus dah tapi muka dia tetap sama itu yang aku kenal tu”.

“Ehh kat mana kau jumpa dia, dia buat medic juga ke?”.

“Tak lah dia tak ambil medic, aku terjumpa dia masa kat air port hari aku balik sini dua tahun lepas.Masa tu dia kat Airport sebab nak balik Miri.Dia kata selalu dia naik  Air Asia sahaja, sebab ada tambang murah. Tapi kali tu tiket habis itu yang dia naik MAS.Mungkin dah jodoh kot. Cerita-cerita sikit rupanya lepas SPM dia dapat IPG Miri.Kemudian kitaorang sambung perhubungan maya, borak-borak dalam Face book.Kesian dia kena mengajar kat pedalaman Serawak. Dua tahun dia mengajar kat sana, itu yang terputus hubungan. Tak sangka dua bulan lepas aku terjumpa dengan dia lagi kat Kangar. Dia kata  baru dapat tukar tak sampai pun setahun ..sekarang dia mengajar di Kangarlah.”

“Selalu kau jumpa dia selepas terjumpa dia dua bulan lepas.”.

“Housemen macam aku mana ada banyak masa Is. Jadual kerja aku padat, balik pukul 5 petang pukul 11 malam masuk kerja lagi. Dah habis Houseman ni barulah lega sikit. Ni aku cuti seminggu lega betul rasanya.”

“Apa yang kau pandang pada dia tu Pian..aku tenguk dulu dia tu gemuk matanya  sepet, dah tu tak pakai tudung pula tu..hanya kulit dia sahajalah putih melepak. Tapi kan Pian dulu aku ingat dia tu Cina..”

“Aku ni nak harap yang cantik sangat tak dapatlah. Kau tenguklah aku ni bukan hensem pun, dah kulit gelap rupa Bangla pun ada.  Aku rasa aku dah gemuklah Is, perut ni pun dah naik sikit ni..sejak akhir-akhir ni aku lapar sahaja. Balik kerja makan lepas tu berzup aku pergi tidur, tak berkira dah hadam ke belum makanan yang aku makan, tu yang badan naik agaknya kan. Kau tenguk ni perut aku macam dah naik dah.”

“Hai kau kan doctor, tentu tahu mana yang elok cara hidup sihat. Kalau nak ikutkan aku lagi hebat kat atas kapal tu apa yang takada cakap sahaja semua chef tu masakkan untuk kita”.

“Ialah kau ni… kau tak berubah lah Is dari dulu sampai sekarang badan sama sahaja..kau kerja tengah laut pun tak nampak hitam pun.”

“Kurus sangat macam aku ni mana kacak pun, tu yang tak ada mak we nak usha aku tu. Ehh cuba kau cerita sikit tentang siHuda ni yang sampai kau tertarik dengan dia.”.

“Aku teringin nakkan yang putih melepak macam tu..nanti anak aku tak lah hitam sangat. Lagi pun dia tu cikgu, masa kerjanya tetap, jadi bolehlah dia menjaga anak-anak kalau kami ada anak nanti. Aku ni kau tahulah separuh waktu aku kat hospital Is. Kalau orang tahu kerja doctor macam mana, tentu dia tak mahu pasanganya seorang doctor tau..mana nak nya asyik kena tinggal sahaja. Lagi lah diawal kerjaya kita nak jadi doctor ni.”.

“Wahh majunya perancangan kau, sampai ke anak kau dah fikir. Kau dah tanya dia ke setuju jadi suri hati kau?”

“Tanya tu belum lah, tapi aku rasa dia pun suka kat akulah..ialah kita ni dah berumur Is, dah dua pulun eman tahun untuk seorang gadis dah boleh dikatakan terlambat juga Is. Aku dah tanya dia..dah ada teman hati ke belum, dia kata tak ada..dia kata baru sangat dia mengajar  kat Semenanjung tak sempat nak cari katanya”.

“Masa kat Serawak takkan tak ada”.

“Dia duduk pedalaman,  yang ada kat sana semuanya dah ada pasangan. Lagi pun emak ayahnya kata tentang jodohnya mesti orang Semenanjung. Kalau dia tak dapat cari sendiri..nanti emak ayahnya yang akan carikan.  Emak ayahnya pesan tak mahu orang Sabah  Serawak susah nak balik dan takut dia tak balik nanti.”

“Ni keluarga dia dah carikan kebelum, baik cepat sikit kau cakap, nanti dia dipinang orang barulah kau gigit jari.Dia tu sebaya kita.Betul kata kau kalau  perempuan  dah berumur 26 tahun umurnya dah kira nak telajak dah.” Kah..kah.kahkuat ketawa lagi dua sahabat memenuhi runag bilik. Sememangnya hari mereka penuh ketawa bila mereka berjumpa. Ayah dan mamanya diluar bilik hanya membiarkan sahaja gelagat mereka. Kadang-kadang dipanggil makan sampai dua tiga kali juga tidak dihiraukan.

“Belum lagi, sebab dia kata nak cari sendiri dulu. Tapi emak ayah dia kenakan tempuh juga. Katanya lepas umur  26 tahun kalau dia tak dapat juga, emak ayahnya pula yang akan tentukan jodohnya.”

“Mana kau tahu, kalau diaorang cari senyap-senyap”.

“Yang sebetulnya tadi dia balik tumpang kereta aku, aku dah tanya dia, dia kata belum. Aku bagilah dia sikit bunga-bunga yang aku suka kat dia, harap dia faham Is. Tapi aku kena cepat juga lah takut macam yang kau cakaptadi, emak ayahnya carikan senyap-senyap. Masa makan nanti kau tolong aku ya, aku nak cakap dengan ayah dan mama kita pasal ni..sebelum emak ayahnya carikan biar aku masuk dulu..ok tak Is.”

“In Syaa Allah. Kalau kau rasa sesuai dengan dia dan dia pun suka dan yang paling utama kedua keluarga restu, tak payah tunggu lama, tak payah bercinta bagai.. terus sahaja nikah bercinta nanti lepas nikah itu lebih afdal Pian”.

“Aku rasa pun macam tu juga. Is!! kita naik pelamin sama-sama nak, kita dah tua Is..umur kita makin lama makin meningkat.”Sofian mengajak sahabat nya sama nikah dengannya, macam mengajak pergi Sempadan bershopping saja lagaknya.

“Aku ni tak ada calon lagi Pian, macam mana nak kahwin, tak ada siapa yang aku nak cekau nak jadikan pasangan aku ni. Kau jalan dulu, nanti kalau dah sampai jodoh aku.. aku kahwinlah.”.

“Hai orang hensem macam kau ni tak kan tak ada yang sangkut”.

“Bukan tak ada yang sangkut tapi aku ni macam tak sempat nak mencari..kau pun tahu aku kerja atas kapal. Atas kapal  tu semua jantan, macam mana lah aku nak kenyit mata. Kalau aku kenyit mata lain pula jadinya..alamat tak berketurunanlah mama aku”.

“Kau ni Is, kau kan cuti sebulan kat darat, yang kau asyik nak bergelumang dengan minyak hitam kat bengkel pak long kau tu buat apa, nak kata tak cukup gaji jangan kau nak cuba nak bahan aku, gaji kau berlipat kali ganda dengan gaji aku. Pergilah jalan-jalan, pasang badan, buka pandagan mata kau tu. Kalau jumpa tangkap terus”.

“Kau suruh aku tangkap apa. Macam nak suruh tangkap anak ayam sahaja. Aku kebengkel pak long aku tu bukan apa.. aku saja aje nak tolong pak long aku..sikit sikit dapat juga aku ilmu nak membaiki kereta, kalau kereta aku rosak aku dah tahu.. tak susah-susah nak panggil makanik.  Macam sekarang ni aku tak kisah kalau kereta aku rosak tengah jalan..”

“Mana boleh kereta kau rosak Is, kereta baru keluar dari kilang tu  Volkswagen tu made from German. Lain lah kereta aku kereta secondhand tu. Belum terkumpul lagi duit aku nak beli kereta baru Is”.Uwais berjaya membeli sebuah kereta Volkswagen  Polo baru untuk dirinya.

“Tak apa lah Pian..pakai apa yang ada dulu, janji boleh kita gunakan. Kau dah ada rancangan nak kahwin, dulukan duit nak kahwin.Jangan kahwin buat pinjaman bank tak elok.Kita kahwin biar lah dengan duit gaji kita.Semoga perkahwinan kita diberkati”.

“Baik Ustaz. Ehhh..anak pak long kau yang nama Siti Rahmah tu dah kat mana dia sekarang?”.

“Ehh tiba-tiba kau tanya dia pula..Kenapa?kau terkenang dia.. kau suka kat dia ke?”

“Is kau ni..hati aku dah tetap dengan Huda tu, belum dapat lagi dah kau kata aku nak cari lain, tak semudah tu nak cari lain Is.Is! aku bayangkan kalau kami ada anak esok tentu anak aku macam muka Korea kan..matasepet-sepet macam dia, hidung mancung macam aku..ha..ha”.

“Kau ni Pian berangan dah sampai kebulan rupanya. Habis yang kau tanya kakak tu buat apa?..nak buat madu untuk Huda ke”.

“Is kau ni, satu pun belum dapat lagi dah ingat nak kasi dia madu pula..Is dalam hati aku tak terniat nak kahwin lebih dari satu. Kalau aku dapat satu, aku akan jaga sampai kehujung nyawa. Aku tahu seorang isteri tak suka kasih kita terbahagi-bahagi pada wanita lain. Aku ambil contoh macam mama kita..itu pun dah cukup Is. Aku tak nak, anak-anak  aku jauh dari kasih sayang emak ayah, dapat anak yang tabah macam kau tak apalah..tak tergambar aku kalau anak jadi kacanga hantu atau pun kutu rayau, ‘buat mengabihkan boreh’, merosakkan jenerasi sahaja nak buat apa itu penyakit yang dicari tu. Aku tak nak jadi punca perosak jenerasi Is.”.

“Habis yang kau tanya anak dara pak long aku tu kenapa?”

3 comments:

  1. Si Pian nak suruh Uwais pinang anak paklong Muaz pulak ke Mak teh. Tak sabar tunggu sambungan...

    ReplyDelete
  2. Uwais sukakn anak pak long dia???
    Jauh nya perancangan piano.
    -dibah-

    ReplyDelete
  3. Wah jika Uwais kahwin dengan anak paklong dia makin dekat le silaturahim mereka...

    ReplyDelete