“Ya”…
Rupanya Puan Rabiah sedari mula terdengar
jeritan menantunya tadi, dia mula menelinga disebalik pintu yang tertutup. Tadi dia melintasi pintu bilik
tidur anak menantunya, secara tak sengaja dia mendengar jeritan dan kemudian
suara berbalah dari dalam.Dia tahu anak dan menantunya sedang bertengang urat.Mungkin
anaknya sedang memarahi menantu pilihanya kerana tidak puas hati ditinggal
terlama.Terdetik dihatinya mahu menyiasat pergeseran pasangan yang baru berjumpa
setelah dua minggu menantunya merajuk.
Setelah menelinga beberapa ketika barulah dia
tahu rasa cemburu NurFazila pada Emil
yang tak pernah padam, itulah yang memyebabkan
mereka selalu bergeser. Tapi mengapa Zila harus cemburu, bukan kah Emil sudah
menjadi isteri orang. Rupanya susah juga menerima bekas suami orang, jika hati
sendiri tidak dapat menerima kisah lama si suami. Sedang dia terfikir-fikir
dengan sikap menantu pilihanya, dia
mendengar suara anaknya meminta kepastian tentang permintaan cerai isterinya,
cepat-cepat puan Rabiah cuba membuka daun pintu yang berkunci. Tujuan utama
mahu menyelamatkan rumah tangga yang diatur olehnya dulu.
“Abang
ceraikan Zila dengan talak satu”.Meluncur perkataan yang dibenci oleh Allah
dengan lancer dan jelas. Akhirnya runtuh juga rumahtangga yang diatur oleh
ibunya. Bagi puan Rabiah Nur Fazila adalah calon menantu mithali. Pada pandanghan matanya Zila memenuhi ciri-ciri menantu yang diingini... lemah
lembut, mendengar kata, rajin untuk kerja rumah dan sangat sesuai untuk anak
lelaki tunggalnya. Tapi mengapa masa yang berubah turut mengubah tingkah sang menantu.
Walau bagaimana kukuh sabar yang cuba bertahan untuk menahan pergolakkan rumah tangga yang sentiasa bergolak akhirnya tumbang juga. Tidak mampu lagi sabar menahan gelombang yang sangat mencabar kesabaran. Sepanjang terbinanya rumah tangga bersama wanita pilihan emaknya..kehidupanya rumah tangga mereka sentiasa bergolak. Ini disebabkan rasa cemburu isterinya kepada bekas madunya yang tak pernah dapat ditangkis. Rasa percaya pada suaminya tidak pernah hadir untuk memujuk hatinya yang sentiasa curiga.
Walau bagaimana kukuh sabar yang cuba bertahan untuk menahan pergolakkan rumah tangga yang sentiasa bergolak akhirnya tumbang juga. Tidak mampu lagi sabar menahan gelombang yang sangat mencabar kesabaran. Sepanjang terbinanya rumah tangga bersama wanita pilihan emaknya..kehidupanya rumah tangga mereka sentiasa bergolak. Ini disebabkan rasa cemburu isterinya kepada bekas madunya yang tak pernah dapat ditangkis. Rasa percaya pada suaminya tidak pernah hadir untuk memujuk hatinya yang sentiasa curiga.
Yang sebenarnya hati Abdul Latif masih hangat kerana ditinggalkan isteri
selama dua minggu belum lagi sejuk, kini isteri bertegas mahu dirinya
diceraikan. Dirinya rasa sungguh tercabar dengan permintaan isteri yang banyak
kerenah. Dimanakah rasa hormat Nur Fazila kepadanya. Akhirnya sabarnya melayang,
dibantu dengan hasutan syaitan ringan mulutnya menjatuhkan talak kepada isteri yang
meminta. Puan Rabiah di sebalik pintu bilik kalamkabut membuka pintu yang berkunci dengan jeritanya berserta ketukkan yang
bertalu-talu. Bila pintu dibuka dari dalam…
“Latiff!!”.Masing
masing terkedu, keadaan jadi senyap beberapa saat. Sudah terlambat..
“Latif,
Zila kenapa tak bersabar dulu..kenapa
tak fikir anak-anak”. Kendur dan lemah suara Puan Rabiah dihujung kata.Dia
lambat bertindak tadi.Ada rasa kesal kerana tidak dapat meyelamatkan rumah
tangga anak menantunya yang serumah dengannya. Dia mendengar dengan jelas lafaz
yang terucap..
“Dah tak
guna mak ..semuanya dah terlepas. Saya nak panggil tuk ketua..supaya lafaz saya
ni disahkan..nanti kita juga yang berdosa”. Abdul Latif keluar dari bilik untuk kerumah ketua
kampong. Dia wajib memberi tahu tentang
lafaz cerai yang diucapnya tadi. Sementara anaknya kerumah Ketua Kampong, puan
Rabiah mengambil peluang bertanya kepada yang kini sudah menjadi bekas menantu
hingga terlafaz perkataan cerai.
“Zila
kenapa kamu minta cerai, kamu tak sayang ke dengan rumah tanggu kamu ni. Kamu
kan baru sahaja sampai dah bergaduh sampai bercerai. Tadi emak ada dengar Latif
ada sebuat nama Emil, pasal Emil ke kamu minta cerai.Emil telefon Latif lagi ke”. Bertubi-tubu soalan
yang keluar dari mulut puan Rabiah menyiasat.
“Itulah
Zila dah cakap, hari tu sebab Zila
halang abang dari layan panggilan Emil abang
tampar Zila, sakit betul hati Zila ni..”
“Mak
tak percaya, kalau setakat halang sahaja dia tampar kamu.Latif bukan orang yang
senang naik tangan Zila, dia juga bukan orang yang senang naik marah. Dia anak
emak mak Zila..mak tahu sikap dia . Dulu
tu Emil garang macam tu pun, tak pernah mak dengar kata dia kena tampar, ni
mesti ada perkara lain yang menyebabkan Latif naik marah dan ringan tangan
tampar kamu..” Puan Rabiah mula menyiasat.Setelah di memikir dia tidak percaya
tingkah anaknya yang sentiasa sabar tiba-tiba bertukar menjadi garang.
“Mak
dengan anak mak pun sama asyik Emil, Emil, Emil benci betul Zila dengar nama
dia.” Zila mula bangun dan membentak, sudah lah dia diceraikan, kini emak
mertua nya asyik mendesak mencari cerita. Hatinya yang masih panas semakin panas
bila mendengar nama bekas madunya disebut-sebut. Zila menjadi marah bila
mendengar nama Emil menyebabkan tingkah nya tidak dapat dikawal dia meninggikan
suaranya. Dengan tingkah Zila puan Rabiah dapat membaca selama ini dia hanya berlakun baik
dihadapanya. Ada rasa kesal mencucuk hatinya.
“Mak
rasa kamu sekarang ni lain sangat, dulu kamu ikut sahaja cakap emak. Tapi
sekarang kamu dah berani nak bantah cakap emak, tinggikan suara dengan emak
dengan Latif pun kamu macam ni juga
ke?.”
“Kalau
hati dah sakit apa-apa pun boleh jadi mak, mak tak duduk tempat Zila, mak tak
tahu sakitnya hati Zila ni.”
“Mak
hairanlah Zila yang kamu nak cemburukan Emil tu kenapa. Diakan dah jadi isteri orang”.
“Kalau
dia dah bercerai dengan suaminya, tentu dia boleh kahwin balik dengan abang”.
“Astagfirullah..kenapa
kamu doa kan rumah tangga orang bercerai berai Zila”.
Tidak lama Abdul Latif berpergian . Dari
dalam rumah mereka mendengar laungan salam dari luar rumah. Seperti yang
diperkatakannya kini dia membawa ketua kampung balik bersamananya. Setelah sah
perceraian pasangan Abdul Latif dan Nur Fazila disaksikan oleh ketua kampong
mereka dan puan Rabiah sendiri, Nur Fazila meminta dirinya dihantar kerumah
abang nya di Ipoh.
“Mak!Zila
nak duduk rumah abang Zila kat Ipoh mak”.
“Zila
waktu iddah kamu kena jaga diri betul-betul, kamu masih boleh duduk sini macam
biasa. Mana tahu bila hati kamu berdua dah mula sejuk dan rasa nak teruskan
perkahwinan ni, nanti kamu boleh rujuk balik”.
Melihat Zila memunggah kain baju yang hendak
dibawanya Puan Rabiah masuk kedalam bilik anak menantunya sambil dia memerhati,sambil diacuba memujuk,agar menantu terus tinggal
bersama mereka seperti biasa sehingga habis tempuh Iddahnya.Zila terus sahaja mengemasi pakaiannya dan memasukkan kedalam
beg. Tidak dipedulikan nya lagi kata-kata nasihat emak mertuanya.
“Tak
apa lah mak biar Zila cari kehidupan Zila sendiri”.. Biar pun dilarang oleh ibu
mertuanya, namun dia tetap mahu pergi juga. Setelah segala nasihat tidak dapat
memujuk kehendak Nur Fazila, akhirnya Puan Rabiah mengikuti sahaja kemahauan
bekas menantu pilihanya. Dia menyuruh anaknya bersama cucunya menghantar kerumah abang nya di Ipoh Perak.
Petang
itu juga Abdul Latif menghantar jandanya kerumah abangnya diIpoh. Setelah
menerangkan serba sedikit kisah rumah tangga mereka kepada abang NurFazila, Abdul
Latif meminta diri. Sebelum melangkah keluar dia meminta izin untuk bertemu
bekas isterinya diruang tamu.
“Anak-anak
biar abang jaga..In Syaa Allah kalau ada cuti sekolah mereka akan abang hantar
jumpa Zila”.Nur Fazilah hanya mengangguk setuju, tiada suara yang keluar dari
bibirnya. Kemudian dia memandang langhkah kaki suami dan tiga orang anaknya
meninggalkan dirinya..
Walau sekeras mana hati seorang isteri, bila
bayangan perpisahan jelas dihadapan mata rasa sedeh tetap menggigit hati, begitu juga Nur Fazila. Walaupun dia
yang meminta perpisahan namun jauh disudut hati masih juga mengharap bekas
suaminya berpaling semula kepadanya. Ketika itu jika bekas suaminya yang
memulakan perkataan rujuk mungkin dia boleh menerimanya.
Ketika kereta WAJA bekas suami merangkak
keluar dari perkarangan rumah abangnya hatinya menjadi bertambah sayu.Hatinya bertanya-tanya
adakah betul tindakkanya. Adakah dia terlalu mementingkan diri sendiri kerana tidak memikirkan keperluan anak-anak. Anak-anak mereka sedang meningkat remaja sangat memerlukan
kasih sayang dan perhatian dari ibu dan ayahnya. Kini mereka sudah berlainan rumah mampukah
bekas suaminya memenuhi tanggungjawab sebagai ayah dan ibu kepada anak-anak
mereka. Mampukah emak mertuanya yang sudah berusia menguruskan makan pakai anak-anaknya
nanti. Adakah betul tindakkanya melepaskan seseorang yang sangat diharap hadir
dalam hidupnya sejak dia remaja lagi. Walaupun berkali-kali pertanyaan ‘adakah betul tindakkanya’ semuanya tidak
berguna lagi, Nasi sudah menjadi bubur. Mengapa dia tidak memikirkan sebelum
meminta perpisahan. Nur Fazilah yang memikir sehingga tidak disedari kereta
bekas suaminya sudah tidak dipandangan matanya lagi. Dia tersedar bila
kedengaran suara kakak iparnya mengingatkan.
“Dahlah Zila masuklah..tak elok duduk dalam
gelap tu. Tak payah nak fikir lagi. Hidup kita ni tak berhenti macam tu
sahaja..esok masih ada, kita fikir kehidupan kita untuk esok pula..pergilah
masuk kebilik rehat”. Pujuk kakak iparnya yang datang menghampiri dirinya. Dia
masih tercegat yang dihadapan rumah didalam gelap pula tu.
“Ialah kak”.NurFazila pasrah.
Nur Fazila mengikuti kata-kata kakak iparnya
dia masuk kedalam bilik. Bilik yang akan dikongsi dengan tiga orang lagi anak perempuan abangnya. Dia merebahkan
badan ditilam nipis diatas simen.Dia mengiring mengadap dinding. Walaupun
matanya dipejamkan namun kepalanya tidak berhenti berfikir..Apakah yang
difikirkan setelah dia memegang gelaran janda.Ada bisikkan yang membisikkan
mungkin perceraian dapat mengajar dan membuka mata bekas suaminya betapa
dirinya sangat diperlukan didalam
kehidupan bekas suaminya nanti. Ketika itu jika suaminya tersedar mereka masih
ada peluang untuk hidup bersama. Mereka boleh rujuk kerana baru talak satu yang
dilafazkan. Dan mungkin ketika itu barulah dirinya akan disayangi sepenuh hati
oleh suaminya. Dalam kepala asyik memikir matanya terpejam akhirnya fikiran
juga melayang bersama bayangan ahli keluarganya yang kian menjauh.
Biar pun ikatan kasih suami isteri sudah
terlerai..ikatan halal yang menyimpul sudah terburai, bahagia yang diimpikan hancur berderai, namun
kerana jantung masih berdenyut hidup wajib diteruskan. Tiada alasan untuk mogok
lapar atau mogok tak nak melihat dunia yang indah ini. Begitu juga Nur
Fazila. Tiada masa bercuti untuk dia
melayan lara, tiada waktu untuk dia mengenang dukanya. Keesokkan hari nya terus
sahaja dia menjadi penjual digerai makcik Tipah. Pada mak cik Tipah pula
bila-bila masa pun kedatangan Nur Fazila tetap dialu-alukan. Semenangnya
memerlukan bantuanya.
Bagi mak cik Tipah bantuan Nur Fazilah memang
sentiasa dinantikan. Nur Fazila seorang pembantunya
yang cekap dan rajin. Dia pandai memasak ditambah dengan sikap ramah menyebabkan ramai pelanganya memuji dan pujian itu memangnya sampai ketelinga
makcik Tipah. Bagi kawan-kawanya pula Nur Fazila sememangnya ringan tulang dia
tidak pernah berkira untuk membantu. Seminggu sudah berlalu, perkara bercerai
berai yang menyelinap di fikirannya dapat ditangkis kerana kesibukkan harinya.
Oleh kerana ruang kediaman abangnya yang agak
terhad dan untuk mencari selesa bukan
sahaja untuk dirinya malah untuk tiga orang anak dara abangnya, NurFazila
menerima tawaran makcik Tipah untuk
duduk bersamanya. Sementelah makcik Tipah duduk seorang diri, setelah kematian
suaminya beberapa tahun yang lalu. Setelah duduk bersama makcik Tipah hidupnya
makin sibuk. Disebelah siang disibuk digerai, malam harinya pula dia sibuk
membantu makcik Tipah menyediakan sambal nasi lemak dan bahan-bahan untuk
jualan mereka keesokkan harinya. Kepandaian Nur Fazilah memandu kereta juga
tidak dipersiakan oleh makcik Tipah. Dia juga akan menjadi pemandu makcik Tipah
kepasar. Biar pun hanya sebuah kereta kancil lama itu sudah cukup memudahkan
pergerakkan mereka.
Didalam hati makcik Tipah tidak putus
mengucapkan kesyukuran kepada Allah, hidupnya bertambah senang sejak kedatangan
NurFazila dalam hidupnya. Apa tak senangnya hasil jualannya juga bertambah dan
waktu rehanya juga bertambah dengan senang hati dia juga menambah gaji untuk
pembantu yang mendatangkan banyak kesenangan kepadanya.
Dengan kesibukan diri yang membelitnya setiap hari, Nur Fazila tidak sedar waktu IDDAH nya selama
tiga bulan telah berlalu pergi. Sedar-sedar
waktu Iddahnya sudah seminggu berlalu. Dalam waktu itu tidak pernah
sekali pun bekas suaminya menghubungi. Adakah dia sudah dilupakan bekas suaminya.. Biar pun sesekali dua orang
anak perempuanya ada menghubungi dirinya, namun tiada pertanyaan diuntukkan
bertanyakan khabar untuk bekas sang
suami. Begitu juga bekas suaminya juga tidak pernah mahu bertanya khabar atau
bertukar cerita setelah mereka tidak lagi dalam ikatan yang sah.Kini yakinlah
dirinya Abdul Latif terpaksa menerima dirinya dulu. Paksaan itu datangnya dari
emaknya yang sukakan dirinya.Dia menyedarkan diri dan tidak lagi mengharap. Biar
pun ada rasa terkilan namun dia tidak mahu terus memikirkan. Dia tidak
mengharapkan lagi kemunculan Abdul Latif dalam hidupnya.
Semangat dan
azam untuk hidup hari ini tanpa kesedihan, tanpa keresahan, tanpa kemarahan,
tanpa kedengkian dan tanpa kebencian.Jangan biarkan hidupmu dihantui masa lalu,
jangan biarkan dirimu sentiasa dibayangi sesuatu yang sudah berlalu. Lepaskan
dirimu dari pengaruh dan bayangan masa
lampau. Adakah anda mahu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya,
memulangkan matahari ke tempat terbitnya, Mengembalikan kanak-kanak ke dalam
Rahim ibunya? Sesungguhnya meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuatmu terbakar dengan
apinya."( Ambil kata-kata dari blog
aiesya_zakaria minta halal ya).
Bagi Abdul Latif bukan dia tidak terkesan
dengan perceraian rumahtangganya. Namun jika difikirkan kembali, dia lebih rela
kehilangan isteri dari kehilangan anaknya.
Diawal perceraian tempuh hari emaknya ada bertanya mengapa dia dengan
senang menceraikan Nur Fazila adakah dia masih tidak dapat melupakan Emil
Atilia dalam hidupnya sehingga dia begitu susah untuk menerima NurFazila
seadanya.
“Tif..emak nak Tanya kamu ni tapi kamu
janganlah marah kat emak..emak rasa bersalah bila rumah tangga kamu runtuh
macam ni. Bukan sekali tapi dua kali Tif”.
“Tanyalah mak kalau boleh saya jawab saya
jawab”. Ketika itu sudah seminggu perceraian antara dirinya dengan Nur Fazila.
Selepas makan tenghhari Mereka duduk diruang tamu.
“Kenapa kamu sampai ceraikan Zila hari tu
Tif, kamu marah dia sebab tinggalkan kamu lama sangat ke?. Kenapa kamu tak
boleh maafkan dia. Dalam rumah tangga ni kalau tak sabar memang macam nilah
jadinya. ”. Puan Rabiah cuba menjernihkan semula hubungan anak lelaki
tunggalnya dengan bekas menantu pilihnya, agar dapat dibena semula rumah tangga
yang telah runtuh.Lagi pun perceraian mereka sudah seminggu berlalu mugkin
marah dihati masing-masing sudah agak sejuk.
“Dia yang minta mak. Dia kata dia menderita
jadi isteri saya, sebab saya tak mesra dengan dia. Itu katanya.”
“Betul ke kamu tak mesra dengan dia”.
“Entahlah mak, Zila nak mesra yang macam mana
saya pun tak tahu. Yang dah keluar tiga orang anak, tu tak mesra ke mak”.
“Hmm..Dia cakap dengan emak, dia rasa sakit
hati bila kamu asyik ingatkan Emil sahaja. Kamu pun sampai hati tampar dia bila
dia larang kamu layan panggilan Emil, itu sebabnya dia tinggalkan kamu pergi
keIpoh hari tu, betul ke macam tu ceritanya”.
“Memang betul saya tampar dia masa Emil
telefon saya hari tu. Saya sebenarnya hilang sabar dengan perangai dia yang
merampas telefon saya masa saya tengah bercakap dengan Emil…”.
“Selalu ke Emil telefon kamu Tif?, tak elok
betul perangai Emil tu, dah bersuami pun masih berhubungan dengan kamu Tif, dia
nak main kayu tiga ke?. Kamu pun satu kenapa nak layan perangai si Emil tu”.Cepat
sahaja Puan Rabiah memintas bila anaknya membenarkan kata-kata bekas menantu
pilihanya.
“Mak!! Siapa kat dia nak main kayu tiga. Dia
telefon saya sebab nak tanya pasal Uwais..nak tanya pendapat saya, patut ke
beritahu Uwais tentang panggilan temuduga nak masuk jadi cikgu, atau nak diam
kan sahaja sebab sekarang ni Uwis kan dah masuk UIA. Salah ke dia telefon saya tanya
pendapat saya nak tentukan masa depan anak saya. Dia hormatkan saya dan bagi
peluang saya fikirkan masa depan anak saya, salah ke?.. Sejak kami bercerai dia tak pernah dia telefon saya hanya
nak bercerita yang tidak-tidak mak. Emil
tak sewenang-wenagnya telefon saya kalau tak sebab anak . Saya sebenar nya
bersyukur walaupun kami bercerai namun dia tak memisahkan perhubungan saya
dengan anak saya Uwais mak. Mak pun tahu cara kami bercerai, dia membenci saya
sebab saya madukan dia. Dia paksa saya ceraikan dia sebab dia rasa saya menipu
dia. Kalau nak ikutkan sakit hati dia tentu dia memburuk-buruk kan saya didepan
Uwais atau dia menghalang perhubugan saya dengan aUwais. Tapi dia tak buat
macam tu, itu yang saya kenang mak. Walaupun dia tidak baik dimata emak tapi
tidak dimata saya, sebab apa mak sebab perangai dia yang tidak menjauh anaknya
dari saya, tidak memburukkan saya diahadapan anaknya. Dan dia masih memberi hak
saya menentukan masa depan anak saya. Dia masih hormatkan saya sebagai bapa
anaknya mak..itu yang saya hormat sangat kat Emil mak.” Panjang lebar cikgu
Latif melepaskan apa yang ada dihatinya. Hatinya geram dengan aduan Zila kepada
emaknya.
“Zila kata kamu masih mengharapkan dapat
hidup bersama Emil semula ia ke?”.
“Saya ada agama mak, saya tahu berdosa
mengharapkan isteri orang. Saya tak
pernah nak harapkan dia datang semula pada saya selepas dia nikah mak. Dan saya
doakan dia bahagia dengan pasanganya sampai kehujung nyawanya mak.”
“Tapi kenapa Zila cemburu kat Emil. Kamu tak
terangkan ke kenapa Emil telefon kamu hari tu”.
“Nak terangkan macam mana..dia datang dari
belakang tiba-tiba merampas telefon saya kemudian diherdek Emil, mengatakakan
dia gatal kerana telefon saya. Masa tu
dia macam tak ingat..saya pun masa tu tak terkawal marah saya, itu yang sampai
naik tangan saya ni kat muka dia”. Dia akhir katanya dia seolah-olah mengeluh
seolah-olah menyesal.
“Kamu menyesal ke Tif?..kalau kamu rasa masih
boleh nak duduk dengan dia pergi lah rujuk balik..kamu lafaz hari tu pun baru
talak satu kan”.
Kesian emil.....dh jdi balu.
ReplyDeleteBaru le mak cg latif nmpak sikap sbenarnya zilla.
Bagus le juga cg latif x nk kahwin lagi....besarkn snak pun cukup.
-dibah-
Puan Dibah awak dat terbaca lebih..sorry ye sebab tak perasa terpost yg baru drafnya sahaja. nilah akbatnya kalau buat berselang kerja lain. maaf sekali lagi..sebab lepas bab ni mungkin lama sikit mak teh nak post.
DeleteX pe to suka le pulak DPT baca lebih.....
DeleteSyg Cik teh jgn lama Sgt ya post yg akn dtg.
-dibah-
Eh.... emil dah jadi balu ker? Bolehlah berkawin semula dgn cikgu Latif.
ReplyDeleteMak Teh, jgnlah dera kami ni (hihihihi).... Harap2 mak teh teruskan meng"update" novel ni.....
Cerita ni mengungatkan saya pd kisah sepupu saya yg bkn menantu pilihan..mak mentua dah ada pilihan sendiri dan sebabkan taknak dimadukan mereka bercerai..tp cinta suami tetap pd bekas isteri..bila kahwin dgn menantu pilihan barulah tahu antara kaca dan permata..hidup isteri baru penuh dengan cemburu dan prasangka dan pengakhiran bercerai..sebiji mcm zila..kebetulan sepupu pn dah jd balu dgn suami baru n end up kahwin balik dgn suami lama..ending bahagia..
ReplyDeleteSuka dgn penulisan mak teh yg mmg kisah benar masyarakat..
Cikgu Nasir meninggal ke? Emil kena jaga anak ramai sorang². Tapi takpe anak dah besar. Cikgu Nasir lagi romantik dari cikgu Latif(betul ker?).Kalau kawen dengan cikgu Latif kena jaga anak² si zila yang kecik². Nanti si zila ni pulak yang menyesal tak sudah bila anak² sayangkan emil. Meroyan tak abis la tanggung cemburu.
ReplyDeleteEmil walaupun mulanya garang tp dh berubah dn hati bersih.
DeleteZila penuh prasangka dn cemburu SB tu x blh trims uwais.
-dibah-
Emil walaupun mulanya garang tp dh berubah dn hati bersih.
DeleteZila penuh prasangka dn cemburu SB tu x blh trims uwais.
-dibah-
Dh seminggu buka blog masih x de sambungan.
ReplyDeleteRindunyàaaa.
-dibah-
agaknya kena tunggu lama sikit, baru dapat dua bab 49 & 50. Entahlah bln ni mak teh serabut sikit. mak teh baru kehilangan adik bungsu. Tak diduga prginya dlm usia 37thn tak ada pnyakit, hnya skit kepala sebagai penyebab. tinggalkan 4 orng anak yg kcil bru 5bln. Kmi redha hnya sedeh melihat anak-anak yg masih kecil tercari2 mana babah msa orng tngah ramai. sorry ye puan dibah mak teh emo sikit hanya nak kongsi rasa.
DeleteInnalillahiwainnaillahirajiun. Salam takziah Cik teh. X pe ambil le masa...........
Delete-dibah-
Semoga arwah adik makteh ditempatkan di kalangan org2 beriman. Aamiin.
ReplyDeleteInnalilah..alfatihah..
ReplyDeleteSemuga roh aruah ditempatkan dikalangan org yg beriman..
Takziah ya mak teh..
Amin..Terima kasih..seluruh keluarga redha dia pergi...mak teh bukan apa melihat dia terbujur knangan lama berulang dikepala..dia yg mak teh suap makanya pergi dulu dan rasa bergoncang dada bila anaknya bertanya baba mana sedangkan keranda baru keluar pintu tak tahu macam mana rabaknya hati isterinya.itulah janji Allah mugkin ada hikmah yang kita tidak tahu. Astagfirullah
Delete