~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Wednesday 8 October 2014

Bab 48 Tidak ku tahu kasih bermula.









“Ya”…

Rupanya Puan Rabiah sedari mula terdengar jeritan menantunya tadi, dia mula menelinga disebalik pintu yang  tertutup. Tadi dia melintasi pintu bilik tidur anak menantunya, secara tak sengaja dia mendengar jeritan dan kemudian suara berbalah dari dalam.Dia tahu anak dan menantunya sedang bertengang urat.Mungkin anaknya sedang memarahi menantu pilihanya kerana tidak puas hati ditinggal terlama.Terdetik dihatinya mahu menyiasat pergeseran pasangan yang baru berjumpa setelah dua minggu menantunya merajuk.

Setelah menelinga beberapa ketika barulah dia tahu rasa cemburu NurFazila  pada Emil yang tak pernah padam, itulah  yang memyebabkan mereka selalu bergeser. Tapi mengapa Zila harus cemburu, bukan kah Emil sudah menjadi isteri orang. Rupanya susah juga menerima bekas suami orang, jika hati sendiri tidak dapat menerima kisah lama si suami. Sedang dia terfikir-fikir dengan sikap menantu pilihanya,  dia mendengar suara anaknya meminta kepastian tentang permintaan cerai isterinya, cepat-cepat puan Rabiah cuba membuka daun pintu yang berkunci. Tujuan utama mahu menyelamatkan rumah tangga yang diatur olehnya dulu.


“Abang ceraikan Zila dengan talak satu”.Meluncur perkataan yang dibenci oleh Allah dengan lancer dan jelas. Akhirnya runtuh juga rumahtangga yang diatur oleh ibunya. Bagi puan Rabiah Nur Fazila adalah calon menantu mithali. Pada pandanghan matanya Zila memenuhi ciri-ciri menantu yang diingini... lemah lembut, mendengar kata, rajin untuk kerja rumah dan sangat sesuai untuk anak lelaki tunggalnya. Tapi mengapa masa yang berubah turut mengubah tingkah sang menantu. 


             Walau bagaimana kukuh sabar yang cuba bertahan untuk menahan pergolakkan rumah tangga yang sentiasa bergolak akhirnya tumbang juga. Tidak mampu lagi sabar menahan gelombang yang sangat mencabar kesabaran. Sepanjang  terbinanya rumah tangga bersama wanita pilihan emaknya..kehidupanya rumah tangga mereka sentiasa bergolak. Ini disebabkan rasa cemburu isterinya kepada bekas madunya yang tak pernah dapat ditangkis. Rasa percaya pada suaminya tidak pernah hadir untuk memujuk hatinya yang sentiasa curiga.


Yang sebenarnya hati Abdul  Latif masih hangat kerana ditinggalkan isteri selama dua minggu belum lagi sejuk, kini isteri bertegas mahu dirinya diceraikan. Dirinya rasa sungguh tercabar dengan permintaan isteri yang banyak kerenah. Dimanakah rasa hormat Nur Fazila kepadanya. Akhirnya sabarnya melayang, dibantu dengan hasutan syaitan ringan mulutnya menjatuhkan talak kepada isteri yang meminta. Puan Rabiah di sebalik pintu bilik kalamkabut  membuka pintu yang berkunci  dengan jeritanya berserta ketukkan yang bertalu-talu. Bila pintu dibuka dari dalam…

“Latiff!!”.Masing masing terkedu, keadaan jadi senyap beberapa saat. Sudah terlambat..

“Latif,  Zila kenapa tak bersabar dulu..kenapa tak fikir anak-anak”. Kendur dan lemah suara Puan Rabiah dihujung kata.Dia lambat bertindak tadi.Ada rasa kesal kerana tidak dapat meyelamatkan rumah tangga anak menantunya yang serumah dengannya. Dia mendengar dengan jelas lafaz yang terucap..

“Dah tak guna mak ..semuanya dah terlepas. Saya nak panggil tuk ketua..supaya lafaz saya ni disahkan..nanti kita juga yang berdosa”. Abdul Latif  keluar dari bilik untuk kerumah ketua kampong. Dia wajib  memberi tahu tentang lafaz cerai yang diucapnya tadi. Sementara anaknya kerumah Ketua Kampong, puan Rabiah mengambil peluang bertanya kepada yang kini sudah menjadi bekas menantu hingga terlafaz perkataan cerai.

“Zila kenapa kamu minta cerai, kamu tak sayang ke dengan rumah tanggu kamu ni. Kamu kan baru sahaja sampai dah bergaduh sampai bercerai. Tadi emak ada dengar Latif ada sebuat nama Emil, pasal Emil ke kamu minta cerai.Emil  telefon Latif lagi ke”. Bertubi-tubu soalan yang keluar dari mulut puan Rabiah menyiasat.

“Itulah Zila  dah cakap, hari tu sebab Zila halang abang dari layan panggilan Emil  abang tampar Zila, sakit betul hati Zila ni..”

“Mak tak percaya, kalau setakat halang sahaja dia tampar kamu.Latif bukan orang yang senang naik tangan Zila, dia juga bukan orang yang senang naik marah. Dia anak emak mak Zila..mak  tahu sikap dia . Dulu tu Emil garang macam tu pun, tak pernah mak dengar kata dia kena tampar, ni mesti ada perkara lain yang menyebabkan Latif naik marah dan ringan tangan tampar kamu..” Puan Rabiah mula menyiasat.Setelah di memikir dia tidak percaya tingkah anaknya yang sentiasa sabar tiba-tiba bertukar menjadi garang.

“Mak dengan anak mak pun sama asyik Emil, Emil, Emil benci betul Zila dengar nama dia.” Zila mula bangun dan membentak, sudah lah dia diceraikan, kini emak mertua nya asyik mendesak mencari cerita. Hatinya yang masih panas semakin panas bila mendengar nama bekas madunya disebut-sebut. Zila menjadi marah bila mendengar nama Emil menyebabkan tingkah nya tidak dapat dikawal dia meninggikan suaranya. Dengan tingkah Zila puan Rabiah dapat membaca  selama ini dia hanya berlakun baik dihadapanya. Ada rasa kesal mencucuk hatinya.

“Mak rasa kamu sekarang ni lain sangat, dulu kamu ikut sahaja cakap emak. Tapi sekarang kamu dah berani nak bantah cakap emak, tinggikan suara dengan emak dengan Latif  pun kamu macam ni juga ke?.”

“Kalau hati dah sakit apa-apa pun boleh jadi mak, mak tak duduk tempat Zila, mak tak tahu sakitnya hati Zila ni.”

“Mak hairanlah Zila yang  kamu nak cemburukan Emil tu kenapa. Diakan dah jadi  isteri orang”.

“Kalau dia dah bercerai dengan suaminya, tentu dia boleh kahwin balik dengan abang”.

“Astagfirullah..kenapa kamu doa kan rumah tangga orang bercerai berai Zila”.


Tidak lama Abdul Latif berpergian . Dari dalam rumah mereka mendengar laungan salam dari luar rumah. Seperti yang diperkatakannya kini dia membawa ketua kampung balik bersamananya. Setelah sah perceraian pasangan Abdul Latif dan Nur Fazila disaksikan oleh ketua kampong mereka dan puan Rabiah sendiri, Nur Fazila meminta dirinya dihantar kerumah abang nya di Ipoh.

“Mak!Zila nak duduk rumah abang Zila kat Ipoh mak”.

“Zila waktu iddah kamu kena jaga diri betul-betul, kamu masih boleh duduk sini macam biasa. Mana tahu bila hati kamu berdua dah mula sejuk dan rasa nak teruskan perkahwinan ni, nanti kamu boleh rujuk balik”.

Melihat Zila memunggah kain baju yang hendak dibawanya Puan Rabiah masuk kedalam bilik anak menantunya sambil dia memerhati,sambil  diacuba memujuk,agar menantu terus tinggal bersama mereka seperti biasa sehingga habis tempuh Iddahnya.Zila terus sahaja  mengemasi pakaiannya dan memasukkan kedalam beg. Tidak dipedulikan nya lagi kata-kata nasihat emak mertuanya.

“Tak apa lah mak biar Zila cari kehidupan Zila sendiri”.. Biar pun dilarang oleh ibu mertuanya, namun dia tetap mahu pergi juga. Setelah segala nasihat tidak dapat memujuk kehendak Nur Fazila, akhirnya Puan Rabiah mengikuti sahaja kemahauan bekas menantu pilihanya. Dia menyuruh anaknya bersama cucunya  menghantar kerumah abang nya di Ipoh Perak.
Petang itu juga Abdul Latif menghantar jandanya kerumah abangnya diIpoh. Setelah menerangkan serba sedikit kisah rumah tangga mereka kepada abang NurFazila, Abdul Latif meminta diri. Sebelum melangkah keluar dia meminta izin untuk bertemu bekas isterinya diruang tamu.

“Anak-anak biar abang jaga..In Syaa Allah kalau ada cuti sekolah mereka akan abang hantar jumpa Zila”.Nur Fazilah hanya mengangguk setuju, tiada suara yang keluar dari bibirnya. Kemudian dia memandang langhkah kaki suami dan tiga orang anaknya meninggalkan dirinya..

Walau sekeras mana hati seorang isteri, bila bayangan perpisahan jelas dihadapan mata rasa sedeh tetap menggigit  hati, begitu juga Nur Fazila. Walaupun dia yang meminta perpisahan namun jauh disudut hati masih juga mengharap bekas suaminya berpaling semula kepadanya. Ketika itu jika bekas suaminya yang memulakan perkataan rujuk mungkin dia boleh menerimanya.

Ketika kereta WAJA bekas suami merangkak keluar dari perkarangan rumah abangnya hatinya menjadi bertambah sayu.Hatinya bertanya-tanya adakah betul tindakkanya. Adakah dia terlalu mementingkan diri sendiri  kerana tidak memikirkan keperluan anak-anak.  Anak-anak mereka  sedang meningkat remaja sangat memerlukan kasih sayang dan perhatian dari ibu dan ayahnya. Kini mereka sudah berlainan rumah mampukah bekas suaminya memenuhi tanggungjawab sebagai ayah dan ibu kepada anak-anak mereka. Mampukah emak mertuanya yang sudah berusia menguruskan makan pakai anak-anaknya nanti. Adakah betul tindakkanya melepaskan seseorang yang sangat diharap hadir dalam hidupnya sejak dia remaja lagi. Walaupun berkali-kali pertanyaan ‘adakah betul tindakkanya’ semuanya tidak berguna lagi, Nasi sudah menjadi bubur. Mengapa dia tidak memikirkan sebelum meminta perpisahan. Nur Fazilah yang memikir sehingga tidak disedari kereta bekas suaminya sudah tidak dipandangan matanya lagi. Dia tersedar bila kedengaran suara kakak iparnya mengingatkan.

“Dahlah Zila masuklah..tak elok duduk dalam gelap tu. Tak payah nak fikir lagi. Hidup kita ni tak berhenti macam tu sahaja..esok masih ada, kita fikir kehidupan kita untuk esok pula..pergilah masuk kebilik rehat”. Pujuk kakak iparnya yang datang menghampiri dirinya. Dia masih tercegat yang dihadapan rumah didalam gelap pula tu.

“Ialah kak”.NurFazila pasrah.

Nur Fazila mengikuti kata-kata kakak iparnya dia masuk kedalam bilik. Bilik yang akan dikongsi dengan tiga orang  lagi anak perempuan abangnya. Dia merebahkan badan ditilam nipis diatas simen.Dia mengiring mengadap dinding. Walaupun matanya dipejamkan namun kepalanya tidak berhenti berfikir..Apakah yang difikirkan setelah dia memegang gelaran janda.Ada bisikkan yang membisikkan mungkin perceraian dapat mengajar dan membuka mata bekas suaminya betapa dirinya sangat diperlukan  didalam kehidupan bekas suaminya nanti. Ketika itu jika suaminya tersedar mereka masih ada peluang untuk hidup bersama. Mereka  boleh rujuk kerana baru talak satu yang dilafazkan. Dan mungkin ketika itu barulah dirinya akan disayangi sepenuh hati oleh suaminya. Dalam kepala asyik memikir matanya terpejam akhirnya fikiran juga melayang bersama bayangan ahli keluarganya yang kian menjauh.

Biar pun ikatan kasih suami isteri sudah terlerai..ikatan halal yang menyimpul sudah terburai,  bahagia yang diimpikan hancur berderai, namun kerana jantung masih berdenyut  hidup  wajib diteruskan. Tiada alasan untuk mogok lapar atau mogok tak nak melihat dunia yang indah ini. Begitu juga Nur Fazila.  Tiada masa bercuti untuk dia melayan lara, tiada waktu untuk dia mengenang dukanya. Keesokkan hari nya terus sahaja dia menjadi penjual digerai makcik Tipah. Pada mak cik Tipah pula bila-bila masa pun kedatangan Nur Fazila tetap dialu-alukan. Semenangnya memerlukan bantuanya.

Bagi mak cik Tipah bantuan Nur Fazilah memang sentiasa dinantikan. Nur Fazila  seorang pembantunya yang cekap dan rajin. Dia pandai memasak ditambah dengan sikap ramah  menyebabkan ramai pelanganya memuji  dan pujian itu memangnya sampai ketelinga makcik Tipah. Bagi kawan-kawanya pula Nur Fazila sememangnya ringan tulang dia tidak pernah berkira untuk membantu. Seminggu sudah berlalu, perkara bercerai berai yang menyelinap di fikirannya dapat ditangkis kerana kesibukkan harinya.

Oleh kerana ruang kediaman abangnya yang agak terhad dan untuk  mencari selesa bukan sahaja untuk dirinya malah untuk tiga orang anak dara abangnya, NurFazila menerima  tawaran makcik Tipah untuk duduk bersamanya. Sementelah makcik Tipah duduk seorang diri, setelah kematian suaminya beberapa tahun yang lalu. Setelah duduk bersama makcik Tipah hidupnya makin sibuk. Disebelah siang disibuk digerai, malam harinya pula dia sibuk membantu makcik Tipah menyediakan sambal nasi lemak dan bahan-bahan untuk jualan mereka  keesokkan harinya.  Kepandaian Nur Fazilah memandu kereta juga tidak dipersiakan oleh makcik Tipah. Dia juga akan menjadi pemandu makcik Tipah kepasar. Biar pun hanya sebuah kereta kancil lama itu sudah cukup memudahkan pergerakkan mereka.

Didalam hati makcik Tipah tidak putus mengucapkan kesyukuran kepada Allah, hidupnya bertambah senang sejak kedatangan NurFazila dalam hidupnya. Apa tak senangnya hasil jualannya juga bertambah dan waktu rehanya juga bertambah dengan senang hati dia juga menambah gaji untuk pembantu yang mendatangkan banyak kesenangan kepadanya.

            Dengan kesibukan diri  yang membelitnya setiap hari,  Nur Fazila tidak sedar waktu IDDAH nya selama tiga bulan telah berlalu pergi. Sedar-sedar  waktu Iddahnya sudah seminggu berlalu. Dalam waktu itu tidak pernah sekali pun bekas suaminya menghubungi. Adakah dia sudah dilupakan  bekas suaminya.. Biar pun sesekali dua orang anak perempuanya ada menghubungi dirinya, namun tiada pertanyaan diuntukkan bertanyakan  khabar untuk bekas sang suami. Begitu juga bekas suaminya juga tidak pernah mahu bertanya khabar atau bertukar cerita setelah mereka tidak lagi dalam ikatan yang sah.Kini yakinlah dirinya Abdul Latif terpaksa menerima dirinya dulu. Paksaan itu datangnya dari emaknya yang sukakan dirinya.Dia menyedarkan diri dan tidak lagi mengharap. Biar pun ada rasa terkilan namun dia tidak mahu terus memikirkan. Dia tidak mengharapkan lagi kemunculan Abdul Latif dalam hidupnya.

Semangat dan azam untuk hidup hari ini tanpa kesedihan, tanpa keresahan, tanpa kemarahan, tanpa kedengkian dan tanpa kebencian.Jangan biarkan hidupmu dihantui masa lalu, jangan biarkan dirimu sentiasa dibayangi sesuatu yang sudah berlalu. Lepaskan dirimu dari pengaruh dan  bayangan masa lampau. Adakah anda mahu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya, memulangkan matahari ke tempat terbitnya, Mengembalikan kanak-kanak ke dalam Rahim ibunya? Sesungguhnya meratapi masa lalu dan  menangisinya akan membuatmu terbakar dengan apinya."( Ambil kata-kata dari blog aiesya_zakaria minta halal ya).




Bagi Abdul Latif bukan dia tidak terkesan dengan perceraian rumahtangganya. Namun jika difikirkan kembali, dia lebih rela kehilangan isteri dari kehilangan anaknya.  Diawal perceraian tempuh hari emaknya ada bertanya mengapa dia dengan senang menceraikan Nur Fazila adakah dia masih tidak dapat melupakan Emil Atilia dalam hidupnya sehingga dia begitu susah untuk menerima NurFazila seadanya.

“Tif..emak nak Tanya kamu ni tapi kamu janganlah marah kat emak..emak rasa bersalah bila rumah tangga kamu runtuh macam ni. Bukan sekali tapi dua kali Tif”.

“Tanyalah mak kalau boleh saya jawab saya jawab”. Ketika itu sudah seminggu perceraian antara dirinya dengan Nur Fazila. Selepas makan tenghhari Mereka duduk diruang tamu.

“Kenapa kamu sampai ceraikan Zila hari tu Tif, kamu marah dia sebab tinggalkan kamu lama sangat ke?. Kenapa kamu tak boleh maafkan dia. Dalam rumah tangga ni kalau tak sabar memang macam nilah jadinya. ”. Puan Rabiah cuba menjernihkan semula hubungan anak lelaki tunggalnya dengan bekas menantu pilihnya, agar dapat dibena semula rumah tangga yang telah runtuh.Lagi pun perceraian mereka sudah seminggu berlalu mugkin marah dihati masing-masing sudah agak sejuk.

“Dia yang minta mak. Dia kata dia menderita jadi isteri saya, sebab saya tak mesra dengan dia. Itu katanya.”

“Betul ke kamu tak mesra dengan dia”.

“Entahlah mak, Zila nak mesra yang macam mana saya pun tak tahu. Yang dah keluar tiga orang anak, tu tak mesra ke mak”.

“Hmm..Dia cakap dengan emak, dia rasa sakit hati bila kamu asyik ingatkan Emil sahaja. Kamu pun sampai hati tampar dia bila dia larang kamu layan panggilan Emil, itu sebabnya dia tinggalkan kamu pergi keIpoh hari tu, betul ke macam tu ceritanya”.

“Memang betul saya tampar dia masa Emil telefon saya hari tu. Saya sebenarnya hilang sabar dengan perangai dia yang merampas telefon saya masa saya tengah bercakap dengan Emil…”.

“Selalu ke Emil telefon kamu Tif?, tak elok betul perangai Emil tu, dah bersuami pun masih berhubungan dengan kamu Tif, dia nak main kayu tiga ke?. Kamu pun satu kenapa nak layan perangai si Emil tu”.Cepat sahaja Puan Rabiah memintas bila anaknya membenarkan kata-kata bekas menantu pilihanya.

“Mak!! Siapa kat dia nak main kayu tiga. Dia telefon saya sebab nak tanya pasal Uwais..nak tanya pendapat saya, patut ke beritahu Uwais tentang panggilan temuduga nak masuk jadi cikgu, atau nak diam kan sahaja sebab sekarang ni Uwis kan dah masuk UIA. Salah ke dia telefon saya tanya pendapat saya nak tentukan masa depan anak saya. Dia hormatkan saya dan bagi peluang saya fikirkan masa depan anak saya, salah ke?.. Sejak kami  bercerai dia tak pernah dia telefon saya hanya nak bercerita yang tidak-tidak mak.  Emil tak sewenang-wenagnya telefon saya kalau tak sebab anak . Saya sebenar nya bersyukur walaupun kami bercerai namun dia tak memisahkan perhubungan saya dengan anak saya Uwais mak. Mak pun tahu cara kami bercerai, dia membenci saya sebab saya madukan dia. Dia paksa saya ceraikan dia sebab dia rasa saya menipu dia. Kalau nak ikutkan sakit hati dia tentu dia memburuk-buruk kan saya didepan Uwais atau dia menghalang perhubugan saya dengan aUwais. Tapi dia tak buat macam tu, itu yang saya kenang mak. Walaupun dia tidak baik dimata emak tapi tidak dimata saya, sebab apa mak sebab perangai dia yang tidak menjauh anaknya dari saya, tidak memburukkan saya diahadapan anaknya. Dan dia masih memberi hak saya menentukan masa depan anak saya. Dia masih hormatkan saya sebagai bapa anaknya mak..itu yang saya hormat sangat kat Emil mak.” Panjang lebar cikgu Latif melepaskan apa yang ada dihatinya. Hatinya geram dengan aduan Zila kepada emaknya.

“Zila kata kamu masih mengharapkan dapat hidup bersama Emil semula ia ke?”.

“Saya ada agama mak, saya tahu berdosa mengharapkan isteri orang.  Saya tak pernah nak harapkan dia datang semula pada saya selepas dia nikah mak. Dan saya doakan dia bahagia dengan pasanganya sampai kehujung  nyawanya mak.”

“Tapi kenapa Zila cemburu kat Emil. Kamu tak terangkan ke kenapa Emil telefon kamu hari tu”.

“Nak terangkan macam mana..dia datang dari belakang tiba-tiba merampas telefon saya kemudian diherdek Emil, mengatakakan dia gatal kerana telefon saya.  Masa tu dia macam tak ingat..saya pun masa tu tak terkawal marah saya, itu yang sampai naik tangan saya ni kat muka dia”. Dia akhir katanya dia seolah-olah mengeluh seolah-olah menyesal.

“Kamu menyesal ke Tif?..kalau kamu rasa masih boleh nak duduk dengan dia pergi lah rujuk balik..kamu lafaz hari tu pun baru talak satu kan”.



14 comments:

  1. Kesian emil.....dh jdi balu.
    Baru le mak cg latif nmpak sikap sbenarnya zilla.
    Bagus le juga cg latif x nk kahwin lagi....besarkn snak pun cukup.
    -dibah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Dibah awak dat terbaca lebih..sorry ye sebab tak perasa terpost yg baru drafnya sahaja. nilah akbatnya kalau buat berselang kerja lain. maaf sekali lagi..sebab lepas bab ni mungkin lama sikit mak teh nak post.

      Delete
    2. X pe to suka le pulak DPT baca lebih.....
      Syg Cik teh jgn lama Sgt ya post yg akn dtg.
      -dibah-

      Delete
  2. Eh.... emil dah jadi balu ker? Bolehlah berkawin semula dgn cikgu Latif.

    Mak Teh, jgnlah dera kami ni (hihihihi).... Harap2 mak teh teruskan meng"update" novel ni.....

    ReplyDelete
  3. Cerita ni mengungatkan saya pd kisah sepupu saya yg bkn menantu pilihan..mak mentua dah ada pilihan sendiri dan sebabkan taknak dimadukan mereka bercerai..tp cinta suami tetap pd bekas isteri..bila kahwin dgn menantu pilihan barulah tahu antara kaca dan permata..hidup isteri baru penuh dengan cemburu dan prasangka dan pengakhiran bercerai..sebiji mcm zila..kebetulan sepupu pn dah jd balu dgn suami baru n end up kahwin balik dgn suami lama..ending bahagia..

    Suka dgn penulisan mak teh yg mmg kisah benar masyarakat..

    ReplyDelete
  4. Cikgu Nasir meninggal ke? Emil kena jaga anak ramai sorang². Tapi takpe anak dah besar. Cikgu Nasir lagi romantik dari cikgu Latif(betul ker?).Kalau kawen dengan cikgu Latif kena jaga anak² si zila yang kecik². Nanti si zila ni pulak yang menyesal tak sudah bila anak² sayangkan emil. Meroyan tak abis la tanggung cemburu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emil walaupun mulanya garang tp dh berubah dn hati bersih.
      Zila penuh prasangka dn cemburu SB tu x blh trims uwais.
      -dibah-

      Delete
    2. Emil walaupun mulanya garang tp dh berubah dn hati bersih.
      Zila penuh prasangka dn cemburu SB tu x blh trims uwais.
      -dibah-

      Delete
  5. Dh seminggu buka blog masih x de sambungan.
    Rindunyàaaa.
    -dibah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya kena tunggu lama sikit, baru dapat dua bab 49 & 50. Entahlah bln ni mak teh serabut sikit. mak teh baru kehilangan adik bungsu. Tak diduga prginya dlm usia 37thn tak ada pnyakit, hnya skit kepala sebagai penyebab. tinggalkan 4 orng anak yg kcil bru 5bln. Kmi redha hnya sedeh melihat anak-anak yg masih kecil tercari2 mana babah msa orng tngah ramai. sorry ye puan dibah mak teh emo sikit hanya nak kongsi rasa.

      Delete
    2. Innalillahiwainnaillahirajiun. Salam takziah Cik teh. X pe ambil le masa...........
      -dibah-

      Delete
  6. Semoga arwah adik makteh ditempatkan di kalangan org2 beriman. Aamiin.

    ReplyDelete
  7. Innalilah..alfatihah..
    Semuga roh aruah ditempatkan dikalangan org yg beriman..
    Takziah ya mak teh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..Terima kasih..seluruh keluarga redha dia pergi...mak teh bukan apa melihat dia terbujur knangan lama berulang dikepala..dia yg mak teh suap makanya pergi dulu dan rasa bergoncang dada bila anaknya bertanya baba mana sedangkan keranda baru keluar pintu tak tahu macam mana rabaknya hati isterinya.itulah janji Allah mugkin ada hikmah yang kita tidak tahu. Astagfirullah

      Delete