“Wahh kau macam cemburu pula..ada apa-apa
ke?..tapi kalau kau ada apa-apa dengan dia pun tak salah kan…kau dengan dia aku
tenguk dah cantik dah. Kau putih, dia putih waah anak kau tentu melepak macam
kapas. Kemudian kita jodohkan lah anak-anak kita ok kan. Is kau sukalah dia, bolehlah kita nikah
sama-sama Is. Kita nikah sekali harung, jimat belanja, jimat tenaga”.
“Pian..pian
otak kau memang dah lapang sangat lah ni, tadi fikir sampai ke anak, ni lagi
jauh sampai nak cari menantu pula. Bintang mana yang kau jelajah ni. Kau ni
betul ke tak.”
“Aku
baru nak berangan. Selama lima tahun aku tak pernah sempat nak berangan Is.
Pergi hospital kita tenguk berbagai ragam orang sakit.Balik rumah makan-makan
mandi terus tidur… esok macam tu lagi.
Tak berapa jam tidur dah pergi kerja semula, dalam perjalan pergi kerja
terbayang lagi wajah orang yang tengah sakit Is. Sentiasanya aku memikirkan hal
pesakit, aku rasa aku macam tak ada kehidupan lain, siksa betul nak habiskan
houseman aku. Ni rasa lega sangat-sangat bila semuanya dah selesai”.
“Dah
itu kerja kau, nak buat macam mana. Tapi kerja kau kerja mulia Is. Kau buatlah
kerja kau elok-elok. Berlemah lembut dengan pesakit In Syaa Allah mereka akan
doakan kau yang baik-baik. Dulu atuk aku
ada cakap orang sakit doa dia
dimakbulkan Allah. Kalau semua orang yang kau rawat doakan kebaikkan untuk kau
alangkah beruntung kau.”
“Oh
ye ke In Syaa Allah aku buat yang terbaik untuk membantu mereka menyembuhkan
penyakit mereka dengan bantuan Allah. Tapi Is dalam seminggu aku bercuti ni,
aku tak nak fikir hal kat hospital, aku nak rehat betul-betul Is. Is!! Jadilah
kau dengan anak pak long kau tu. Kalau kau dengan dia tentu kau tak susah..Kau
dah kenal dia dari kecil lagi, tentu kau dah tahu luar dalam dia. Lagi pun
tentu ayah dia tak boleh nak tolak kau yang banyak berbudi pada dia”.
“Aku
tak pernah rasa pak long aku tu terhutang budi dengan aku Pian. Aku yang rasa
terhutang budi pada dia adalah. Sejak dari zaman lepas SPM lagi, dia suruh aku
tolong dia, kemudian dia bagi aku duit sebagai gaji..secara tak lansung dia
bagi duit poket pada aku Pian. Dalam aku bekerja dengan dia tak kering dia bagi
nasihat pada aku. Tentang kehidupan..tentang ugama. Dia contoh seorang lelaki yang baik. Sorang anak yang
baik pada kedua orang tuanya, seorang suami yang baik pada isterinya dan seorang
ayah yang sangat bertanggung jawab dan menyayagi
anak-anaknya. Tapi kan Pian anak-anak nenek ngah ni memang baik-baik. Dulu kita
pun selalu lepak kat rumah pak ngah Syukri. Kau bukan tak nampak macam mana
kehidupan keluarga dia. Aku memang hormat sangat dengan anak-anak nenek ngah.
Anak-anak nenek ngah ni, memang semuanya
baik, suka tolong orang.. Pian.”.
“Kalau
macam tu..kau balas lah budi pak long kau tu dengan jaga anak dia sampai
kehujung nyawa kau”.
“Mau
ke pak long aku terima aku sebagai menantu. Aku takut mereka akan kata aku akan
jadi macam papa aku..memadukan anak dia pula”.
“Apa
pula macam tu Is. Perangai seseorang tu tak diwarisi oleh keturunanya.. kadang-kadang
anak seorang yang baik jadi macam hantu
raya, degil yang amat tak masuk nasihat langsung. Tapi ada pula anak seorang
penjenayah jadi baik macam malaikat kerana dia sedar bila melihat perbuatan
jahat ayah dia. Is!! Dari pandangan akulah, dari apa yang terluah dari mulut
kau ni, aku rasa kau ada hati dengan ibu ayam beranak kecil ni betul ke firasat
aku ni Is”..
“Pian!
kau ni masih ingat lagi gelaran yang kau bagi pada dia masa kat sekolah dulu
…janganlah kau gelarkan dia macam tu, dia tu dua pupu aku tau. Tapi kenapa kau
gelarkan dia tu ibu ayam..kenapa kau tak cakap macam emak singa ke atau
sekurang kurangnya emak kucing, ialah binatang-binatang ni juga akan garang
bila beranak kecil.”.
“Pada
aku seekor ibu ayam kasih sayang pada anak dia lagi tinggi dari binatang-binatang
yang bergigi taring ni.Sebab walaupun dia tak mempunya gigi taring yang boleh
mencederakan musuhnya, seekor ibu ayam akan tetap mahu melindungi anak-anaknya
bila ada musuh datang. Dia menyerang hanya dengan paruh yang tak tajam lansung.
Kalau dia patuk kita pun kita tak lukakan. Kat situ kita boleh bayangkan
kesungguhan dia melindungi anak-anaknya.”.
“Pandailah
kau mengelar orang Pian. Tapi sekarang
dia dah tak macam tu lagi. Dia dah ok.”.
“Mana
tahu dia dah ok. Kau macam nak membela dia pula..kau memang ada hati dengan dia
ye..cakaplah terus terang Is”.
“Dah-dah
jangan nak serkap jarang. Aku tak nak terikat lagi dan aku tak nak fikir lagi. Kalau ada jodoh nanti
adalah.Ni Nak lepaskan kau dulu..kau kena cepat nanti ada orang potong jalan
kau baru kau tahu..gigit jari lah kau”.
“Ok..ok..tapi
aku nak tahu juga perkembagan dia. Kau abang dua pupu dia, tak kan kau tahu
perkembagan dia”.
“Dia
ada kat rumah dia tu, baru habis KPLI
dia. Tapi sejak dia dah dewasa ni susah betul nak nampak ..lagi-lagi sejak dia
duduk rumah nenek dia. Dia tak pernah nak menjenguk ke bengkel ayah dia lagi”.
“KPLI
tu bukan ke Kursus Perguruan Lepasan Ijazah..dia pun nak jadi cikgu. Dulu dia
belajar Universiti mana?”.
“Sama
dengan kita Pian UiTM”.
“Oh
dia masuk lepas aku pergi Jordan lah tu ye”.
“Haah..lepas
SPM dia masuk Metrik Perlis setahun, lepas tu dia masuk UiTM Shah Alam ambil
Kimia. Habis Ijazah dia ambil KPLI. Kau tahu Pian ibu ayam bernak kecil tu
kalau tak.. dia jadi Inspektor polis.”
“Dia
dah dapat tawaran ke..bila masa dia memohon”
“Dia memohon
tu senyap-senyap memang keluarga dia tak bagi walau sesiapa pun anak-
anak mereka masuk polis”.
“Kenapa
pula anak-anak mereka dilarang menjadi polis, polis kan bagus kerja diorang pun
kerja mulia juga, mengawal dan memastikan keselamatan orang awam dan juga negara.
Aku yang sebenarnya suka kerja yang berpakaian seragam Nampak smat dan bergaya..aku
suka juga kalau jadi polis ni”.
“Sejarah
lama menyebabkan diaorang tu fobia..arwah atuk dia tu dulu berpangkat sarjan
terbunuh masa bertugas. Masa tu pak long aku baru habis belajar.Itu sebabnya
dia tak sambung belajar sebab kesian dengan nenek ngah cari makan
sorang-sorang. Kemudian dia buka bengkel kereta sampai sekarang. Kata mama..
dulu pak long betulkan kereta hanya kat bawah pokok sahaja..tapi lama-lama
dengan kegigihan dia, dia dapat buka bengkel.”
“Oh
hebat juga kisah hidup pak long kau tu ye. Tapi aku kesian dengan dia tu..tersekat
minat dia kerana sejarah lama. Macam mana dia boleh terkatoi dapat jawatan tu”.
“Belum
lagi dapat jawatan tu baru nak pergi interview. Dia minta tolong pak long aku
hantarkan Bila tahu sahaja dek nenek ngah dia datang rumah pak long aku menentang
keras. Dia tu pula kalau dengan neneknya tak sampai hati nak membantah. Terus
ayah dia suruh mohon guru..yang suka dia jadi guru ayahnya. Ayah dia kata dulu
dia yang suka jadi guru tapi tak dapat hanya dapat jadi makanik sahaja”.
“Is Kalaulah dia dapat masuk polis hari tu..tentu dia dah belajar buat bom kan Is. Kesian dia..”. Ha..ha ha.
“Sebab
apa kau nak kesian dengan kakak tu..bukan dia kena dera dengan pak long aku”.
“Ialah
keinginan dia nak jadi Inspektor polis terhalang kerana fobia keluarga dia. Dia
tu minta mengajar kat mana Is. Biasanya KPLI ni akan mengajar sekolah menengah
kan Is”.
“Kata
ayahnya..dia minta kat sekolah kita merangkap sekolah dia juga dulu”.
“Elok
lah tu dekat dengan rumah, tak susah cari rumah sewa.Rasa macam seronok pula
mengajar kat sekolah sendiri kan Is”. Uwais hanya tersenyum mengiakan.
“Is
aku rasa kau dengan dia memang padanlah Is. Kau kalau bercerita tentang dia Nampak
ceria sangat muka kau tu” Mendengar kata-kata sahabat merangkap saudara tirinya,
membahang wajah Uwais nampak bersemu merah pula kulit nya yang putih. Tanda
malu.
“Dah..dah..dah
jangan kau kaitkan aku pasal kau nak kahwin..kau kahwin dulu. Aku belum sampai
seru lagi”.
Akhirnya apa yang dirancang oleh Sofian
berjalan dengan lancar kedua belah keluarga merestui. Tidak lama dia bertunang
dengan gadis pilihan.Hanya enam bulan sahaja.Walimatulurus dilangsungkan
bersama kakak ketiganya. Tercapai juga hajat Ahmad Sofian majilisnya diserikan
dengan dua pasang pengantin. Tetapi tidak dengan sahabat baiknya dengan
kakaknya yang nombor tiga yang bergelar kak lang atau nama sebenarnya Aisyah Humairah. Sangat meriah majlis
walimatulurus anak-anak cikgu Nassir.
Cikgu Nassir sangat berterima kasih kepada Emil, empat orang anak-anaknya
berrumah tangga diuruskan oleh Emil. Dia tidak pernah menyesal bernikah dengan
Emil walaupun pada mulanya mereka bernikah hanya kerana kehendak anak-anak.
“Mel!!
Terima kasih Mel. Rasa selesai tanggung jawab abang sebagai seorang ayah bila
semua anak-anak abang dah selamat berumah tangga.Empat orang anak-anak abang
semua Emil yang bertungkus lumus
menjayakan, dari merisik sampai majlis nikahnya.”
“Kan
mereka semuanya anak-anak Emil juga. Lega hati kita bila semuanya dah selamat
bernikah kan bang.”
“Belum
lega lagi Mel, sorang lagi anak bujang kita tak lepas lagi..kita tunggu Uwais
pula. Tapi kesianlah Emil buat sorang”.
“Ehh
abangkan ada yang akan jadi tulang belakang Emil”. Emil mencapai tangan
suaminya dan digengam erat tanda kasihnya.
“Amboi
mama dengan ayah ni macam dialah pula yang pengantin baru”. Sergahan anak
sulong cikgu Nasir yang bernama Asma Hadijah dari belakang meleraikan gengaman
tangan pengantin tua yang dah lama.Tapi terkoyak juga bibir mereka dengan
sengihan. Asma Hadijah sudah terboyot-boyot membawa perutnya yang mengandung 7
bulan, sambil mendukung anak yang berusia setahun lima bulan.
“Long
jangan dukung Arif, nanti terberanak kamu tu, meh Arif atuk dukung. Kenapa pula
nak berdukung cucu atuk ni kan dah pandai jalan. Nanti lain pula jadinya pada
umi kamu tu”. Sambil bangun dengan kepayahan kerana sememangnya badannya terasa
sangat penat, walaupun semua hidangan menggunakan perhidmatan catering,
penatnya tetap terasa.
Siapa kata kenduri kendara tak penat walaupun
hanya melayan tetamu dari pagi hingga kepetang. Alhamdullilah hari sudah
beransur petang tetamu semuanya sudah beransur pulang yang tinggal hanya
pekerja catering yang sendang mengemas barang-barang mereka.
“Atuk
penat..meh nenek yang dukung”. Berebut dua atuk dan nenek mahu mendukung
cucu.Yang sebenarnya mereka bakal dikurniakan
dua orang lagi cucu dalam waktu terdekat. Isteri anak kedua cikgu Nassir yang
bernama Ahmad Salman juga sedang menunggu hari sahaja. Memang rezeki melimpah
untuk cikgu Nassir tahun itu mendapat dua orang menantu dan bakal dua orang
cucu.Makin bertambah ahli keluarganya.
Tiga hari selepas majlis walimatulurus Ahmad
Sofian dan Aisyah Humairah isteri Ahmad Salaman pula didatangi tanda mahu
melahirkan. Kalamkabut satu rumah dengan rasa cemas dan gembira bila mak buyung
sudah pecah air tetuban. Semua ahli keluarga cikgu Nassir mahu menghantarnya
kehospital.
“Long!
Along tak payahlah pergi, awak tu dah berat yang nak pergi juga kenapa. Bukan
boleh tolong pun”. Bantah cikgu Nassir bila melihat anak yang sudah berat
perutnya juga sibuk mahu mengikut.
“Alahh
yah, along terujalah nak dapat anak sedara”.Rengek anak sulong cikgu Nassir.
Dia juga sudah sarat, kandunganya sudah mencecah usia 7 bulan.
“Dah
ada anak sendiri pun masih teruja juga. Habis Arif dengan siapa?”.
“Biarlah
dia dengan abah dia. Nanti along cakap dengan abang Idham, dia pun tengah tidur
tu..along ikut ye yah”.
“Ialah..tapi
cepat..nanti kita tak tahu wad mana pula Shikin duduk”.
Lama
juga menati diluar bilik bersalin.Emil dan anak sulong suaminya duduk kerusi
sambil berbual-bual.
“Mama,
along rasa lepas bersalin yang ni, along nak merancang keluarga lah ma. Kalau
mama, elok buat suntikkan ke atau makan
pil sahaja”.
“Kalau
mama dua-dua mama tak galakkan. Biar kita beranak tiga empat orang dulu barulah
kita merancang.”.
“Along
tak tahanlah ma..penat sangat rasanya anak rapat sangat. Rasa tak rehat along
lepas nikah dua bulan dah lekat. Baru sahaja bersalin lapan bulan dah lekat
sorang lagi. Bersalin yang ni Arif baru nak masuk 1 tahun 6 bulan dah ada adik.
Penat betul lah ma”.
“Kalau
along nak merancang boleh, tapi jangan masukkan ubat-ubatan dalam badan. Cuba
merancang dengan mengunakan kondom. Cara tu tak melibatkan apa-apa. Tapi
apa-apa pun bincang dengan Idham dulu mana yang terbaik. Kadang-kadang orang
lelaki ni bab macam ni diorang tak suka.”
“Ialah
nanti along tanya abang”.
“Mama
bukan apa ini pengalaman mama. Dulu.. mama macam along juga lagilah bunting
pelamain. Tak ada waktu honey moon terus teruweek..uweek mengandungkan Uwais,
masa mengandung mama mabuk teruk pula tu. Lepas bersalin sahja mama merancang
mengunakan suntikkan. Tiga bulan sekali
mama pergi suntik untuk mencegah kehamilan, sampailah umur Uwais 3 tahun. Bila
mama rasa dah bersedia nak tambah anak, mama berhenti buat suntikkan, tapi sampai
sekarang tak tambah-tambah”.
“Mama
tak buat pemeriksaan”.
“Buat
masa Uwais lima tahun. Masa tu doctor
kata dalam Rahim mama ada cyist yang perlu dibuang. Sebelum pergi pemeriksaan
selanjutnya mama ikhtar ubat kampong dulu, jumpa bomoh. Orang kata bomoh tu boleh
bedah cara batin. Mama buat lah. Memang berjaya bila mama buat pemeriksaan
sekali lagi cyist tu dah taka da. Mama tak jadi dibedah. Tapi mama tak
mengandung sampai sekarang. Lepas dah tua ni bila mama dah nikah dengan ayah,
mama ada baca satu cerita. Dia kata bab dalam Rahim ni kita tak boleh buat
rawatan kampong. Sebab kadang-kadang ada
bomoh menggunakan khidmat jin yang boleh menutup pandanga mata manusia. Yang
sebetulnya cyist tu masih ada lagi tapi tak nampak. Mungkin kerana tu mama tak
dapat nak tambah anak”.
“Bila
mama dah tahu mama tak buat pemeriksaan lagi. Mana tahu boleh diubati lagi”.
“Emm
tak mahulah mama berlawan-lawan dengan along dan alang bawa perut”.Dua wanita
yang sedang menunggu menutup mulut kerana menahan tawa dengan cerita mereka. Mereka
berhenti bercerita bila melihat Ahmad Salman kelaur dari bilik bersalin. Bingkas
bagun Emil dan along merapati Ahmad Salman.
“Ikin
dah bersalin ngah”.
“Alhamdullilah
dah Ma… angah dapat anak lelaki ma..Ni diorang tengah bersihkan. Kejap lagi
kita tenguk mereka kat wad Ma, ayah mana ma” . Kelihatan ceria wajah angah keluar dari
bilik bersalin namun ditubir matanya masih kelihatan kesan air mata.
“Alhamdullilah..rasanya
ayah rehat kat surau, dia letih katanya
tadi.”.
“Dah
tahu letih kenapa ayah datang tadi..tak apalah angah cari ayah”.
Cikgu Nassir mengambil tugas mengazankan dan
mengiqamatkan cucu dari anak lelakinya. Mereka berbual-bual sedikit sebelum beransur pulang. Hanya tinggal Ahmad Salman
menemani isterinya. Ketika pulang cikgu Nassir meminta Emil yang memandu
Unsernya.
“Mel!!
Emil bawa kereta boleh Mel..abang rasa letih sangatlah”.
“Mana
tak letihnya kita kan baru habis kenduri kahwin.” Ketika dalam perjalan pulang
cikgu Nassir hanya mendiamkan diri sahaja, malah dia duduk dikerusi belakang
sambil memejamkan mata. Hanya along dan Emil sahaja yang berbual.
“Ma…abang
tak berbunyi lagi ke bila dia nak kahwin pula”.
“Entah
lah long..tak pernah pula dia bercakap tentang makwe dia, entah ada entahkan
tidak. Dah la kerja atas kapal, kat atas kapal tu pula semuanya jantan, macam mana nak jumpa mak we. Mama risau juga,
adik dah selamat, dia entah bila pula tu”. Sambil mererka berbual sambil Emil mengerling suami yang kelihatan letih dibelakang. Ada juga melintas rasa hairan dihatinya dengan tingkah suaminya yang tidak banyak berbual sejak dua tiga hari kebelakangan.
Alhamdulillah. Bahagia kluarga baru Emil.
ReplyDeleteCikgu Nassir pulakkk dh mula x sihat ...kesiannnnya Emil.
-dibah--
Lumrah hidup di dunia ini. Dalam menganyam bahagia emil terpaksa akur menerima kehilangan cg nasir. Yang hidup pasti mati. Semuanya pinjaman sahaja kepada kita.
ReplyDeletek.mid