~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Thursday 30 October 2014

Bab 52 Tidak ku tahu kasih bermula





 “Wahh kau macam cemburu pula..ada apa-apa ke?..tapi kalau kau ada apa-apa dengan dia pun tak salah kan…kau dengan dia aku tenguk dah cantik dah. Kau putih, dia putih waah anak kau tentu melepak macam kapas. Kemudian kita jodohkan lah anak-anak kita  ok kan. Is kau sukalah dia, bolehlah kita nikah sama-sama Is. Kita nikah sekali harung, jimat belanja, jimat tenaga”.

“Pian..pian otak kau memang dah lapang sangat lah ni, tadi fikir sampai ke anak, ni lagi jauh sampai nak cari menantu pula. Bintang mana yang kau jelajah ni. Kau ni betul ke tak.”

“Aku baru nak berangan. Selama lima tahun aku tak pernah sempat nak berangan Is. Pergi hospital kita tenguk berbagai ragam orang sakit.Balik rumah makan-makan mandi  terus tidur… esok macam tu lagi. Tak berapa jam tidur dah pergi kerja semula, dalam perjalan pergi kerja terbayang lagi wajah orang yang tengah sakit Is. Sentiasanya aku memikirkan hal pesakit, aku rasa aku macam tak ada kehidupan lain, siksa betul nak habiskan houseman aku. Ni rasa lega sangat-sangat bila semuanya dah selesai”.

“Dah itu kerja kau, nak buat macam mana. Tapi kerja kau kerja mulia Is. Kau buatlah kerja kau elok-elok. Berlemah lembut dengan pesakit In Syaa Allah mereka akan doakan kau yang baik-baik.  Dulu atuk aku ada cakap  orang sakit doa dia dimakbulkan Allah. Kalau semua orang yang kau rawat doakan kebaikkan untuk kau alangkah beruntung kau.”

“Oh ye ke In Syaa Allah aku buat yang terbaik untuk membantu mereka menyembuhkan penyakit mereka dengan bantuan Allah. Tapi Is dalam seminggu aku bercuti ni, aku tak nak fikir hal kat hospital, aku nak rehat betul-betul Is. Is!! Jadilah kau dengan anak pak long kau tu. Kalau kau dengan dia tentu kau tak susah..Kau dah kenal dia dari kecil lagi, tentu kau dah tahu luar dalam dia. Lagi pun tentu ayah dia tak boleh nak tolak kau yang banyak berbudi pada dia”.

“Aku tak pernah rasa pak long aku tu terhutang budi dengan aku Pian. Aku yang rasa terhutang budi pada dia adalah. Sejak dari zaman lepas SPM lagi, dia suruh aku tolong dia, kemudian dia bagi aku duit sebagai gaji..secara tak lansung dia bagi duit poket pada aku Pian. Dalam aku bekerja dengan dia tak kering dia bagi nasihat pada aku. Tentang kehidupan..tentang ugama. Dia contoh  seorang lelaki yang baik. Sorang anak yang baik pada kedua orang tuanya, seorang suami yang baik pada isterinya dan seorang  ayah yang sangat bertanggung jawab dan menyayagi anak-anaknya. Tapi kan Pian anak-anak nenek ngah ni memang baik-baik. Dulu kita pun selalu lepak kat rumah pak ngah Syukri. Kau bukan tak nampak macam mana kehidupan keluarga dia. Aku memang hormat sangat dengan anak-anak nenek ngah. Anak-anak nenek  ngah ni, memang semuanya baik, suka tolong orang.. Pian.”.

“Kalau macam tu..kau balas lah budi pak long kau tu dengan jaga anak dia sampai kehujung nyawa kau”.

“Mau ke pak long aku terima aku sebagai menantu. Aku takut mereka akan kata aku akan jadi macam papa aku..memadukan anak dia pula”.

“Apa pula macam tu Is. Perangai seseorang tu tak diwarisi oleh keturunanya.. kadang-kadang anak seorang yang baik  jadi macam hantu raya, degil yang amat tak masuk nasihat langsung. Tapi ada pula anak seorang penjenayah jadi baik macam malaikat kerana dia sedar bila melihat perbuatan jahat ayah dia. Is!! Dari pandangan akulah, dari apa yang terluah dari mulut kau ni, aku rasa kau ada hati dengan ibu ayam beranak kecil ni betul ke firasat aku ni Is”..

“Pian! kau ni masih ingat lagi gelaran yang kau bagi pada dia masa kat sekolah dulu …janganlah kau gelarkan dia macam tu, dia tu dua pupu aku tau. Tapi kenapa kau gelarkan dia tu ibu ayam..kenapa kau tak cakap macam emak singa ke atau sekurang kurangnya emak kucing, ialah binatang-binatang ni juga akan garang bila beranak kecil.”.

“Pada aku seekor ibu ayam kasih sayang pada anak dia lagi tinggi dari binatang-binatang yang bergigi taring ni.Sebab walaupun dia tak mempunya gigi taring yang boleh mencederakan musuhnya, seekor ibu ayam akan tetap mahu melindungi anak-anaknya bila ada musuh datang. Dia menyerang hanya dengan paruh yang tak tajam lansung. Kalau dia patuk kita pun kita tak lukakan. Kat situ kita boleh bayangkan kesungguhan dia melindungi anak-anaknya.”.

“Pandailah kau mengelar orang  Pian. Tapi sekarang dia dah tak macam tu lagi. Dia dah ok.”.

“Mana tahu dia dah ok. Kau macam nak membela dia pula..kau memang ada hati dengan dia ye..cakaplah terus terang Is”.

“Dah-dah jangan nak serkap jarang. Aku tak nak terikat lagi dan  aku tak nak fikir lagi. Kalau ada jodoh nanti adalah.Ni Nak lepaskan kau dulu..kau kena cepat nanti ada orang potong jalan kau baru kau tahu..gigit jari lah kau”.

“Ok..ok..tapi aku nak tahu juga perkembagan dia. Kau abang dua pupu dia, tak kan kau tahu perkembagan dia”.

“Dia ada kat rumah dia tu,  baru habis KPLI dia. Tapi sejak dia dah dewasa ni susah betul nak nampak ..lagi-lagi sejak dia duduk rumah nenek dia. Dia tak pernah nak menjenguk ke bengkel ayah dia lagi”.

“KPLI tu bukan ke Kursus Perguruan Lepasan Ijazah..dia pun nak jadi cikgu. Dulu dia belajar Universiti mana?”.

“Sama dengan kita Pian UiTM”.

“Oh dia masuk lepas aku pergi Jordan lah tu ye”.

“Haah..lepas SPM dia masuk Metrik Perlis setahun, lepas tu dia masuk UiTM Shah Alam ambil Kimia. Habis Ijazah dia ambil KPLI. Kau tahu Pian ibu ayam bernak kecil tu kalau tak.. dia jadi Inspektor polis.”

“Dia dah dapat tawaran ke..bila masa dia memohon”

 “Dia memohon  tu senyap-senyap memang keluarga dia tak bagi walau sesiapa pun anak- anak mereka masuk polis”.

“Kenapa pula anak-anak mereka dilarang menjadi polis, polis kan bagus kerja diorang pun kerja mulia juga, mengawal dan memastikan keselamatan orang awam dan juga negara. Aku yang sebenarnya suka kerja yang berpakaian seragam Nampak smat dan bergaya..aku suka juga kalau jadi polis ni”.

“Sejarah lama menyebabkan diaorang tu fobia..arwah atuk dia tu dulu berpangkat sarjan terbunuh masa bertugas. Masa tu pak long aku baru habis belajar.Itu sebabnya dia tak sambung belajar sebab kesian dengan nenek ngah cari makan sorang-sorang. Kemudian dia buka bengkel kereta sampai sekarang. Kata mama.. dulu pak long betulkan kereta hanya kat bawah pokok sahaja..tapi lama-lama dengan kegigihan dia, dia dapat buka bengkel.”

“Oh hebat juga kisah hidup pak long kau tu ye. Tapi aku kesian dengan dia tu..tersekat minat dia kerana sejarah lama. Macam mana dia boleh terkatoi dapat jawatan tu”.


“Belum lagi dapat jawatan tu baru nak pergi interview. Dia minta tolong pak long aku hantarkan Bila tahu sahaja dek nenek ngah dia datang rumah pak long aku menentang keras. Dia tu pula kalau dengan neneknya tak sampai hati nak membantah. Terus ayah dia suruh mohon guru..yang suka dia jadi guru ayahnya. Ayah dia kata dulu dia yang suka jadi guru tapi tak dapat hanya dapat jadi makanik  sahaja”.

“Is  Kalaulah dia dapat masuk polis hari tu..tentu dia dah belajar buat bom kan Is. Kesian dia..”. Ha..ha ha.


“Sebab apa kau nak kesian dengan kakak tu..bukan dia kena dera dengan pak long aku”.

“Ialah keinginan dia nak jadi Inspektor polis terhalang kerana fobia keluarga dia. Dia tu minta mengajar kat mana Is. Biasanya KPLI ni akan mengajar sekolah menengah kan Is”.

“Kata ayahnya..dia minta kat sekolah kita merangkap sekolah dia juga dulu”.

“Elok lah tu dekat dengan rumah, tak susah cari rumah sewa.Rasa macam seronok pula mengajar kat sekolah sendiri kan Is”. Uwais hanya tersenyum mengiakan.

“Is aku rasa kau dengan dia memang padanlah Is. Kau kalau bercerita tentang dia Nampak ceria sangat muka kau tu” Mendengar kata-kata sahabat merangkap saudara tirinya, membahang wajah Uwais nampak bersemu merah pula kulit nya yang putih. Tanda malu.

“Dah..dah..dah jangan kau kaitkan aku pasal kau nak kahwin..kau kahwin dulu. Aku belum sampai seru lagi”.

Akhirnya apa yang dirancang oleh Sofian berjalan dengan lancar kedua belah keluarga merestui. Tidak lama dia bertunang dengan gadis pilihan.Hanya enam bulan sahaja.Walimatulurus dilangsungkan bersama kakak ketiganya. Tercapai juga hajat Ahmad Sofian majilisnya diserikan dengan dua pasang pengantin. Tetapi tidak dengan sahabat baiknya dengan kakaknya yang nombor tiga yang bergelar kak lang atau nama sebenarnya  Aisyah Humairah. Sangat meriah majlis walimatulurus anak-anak cikgu  Nassir. Cikgu Nassir sangat berterima kasih kepada Emil, empat orang anak-anaknya berrumah tangga diuruskan oleh Emil. Dia tidak pernah menyesal bernikah dengan Emil walaupun pada mulanya mereka bernikah hanya kerana kehendak anak-anak.

“Mel!! Terima kasih Mel. Rasa selesai tanggung jawab abang sebagai seorang ayah bila semua anak-anak abang dah selamat berumah tangga.Empat orang anak-anak abang semua  Emil yang bertungkus lumus menjayakan, dari merisik sampai majlis nikahnya.”

“Kan mereka semuanya anak-anak Emil juga. Lega hati kita bila semuanya dah selamat bernikah kan bang.”

“Belum lega lagi Mel, sorang lagi anak bujang kita tak lepas lagi..kita tunggu Uwais pula. Tapi kesianlah Emil buat sorang”.

“Ehh abangkan ada yang akan jadi tulang belakang Emil”. Emil mencapai tangan suaminya dan digengam erat tanda kasihnya.

“Amboi mama dengan ayah ni macam dialah pula yang pengantin baru”. Sergahan anak sulong cikgu Nasir yang bernama Asma Hadijah dari belakang meleraikan gengaman tangan pengantin tua yang dah lama.Tapi terkoyak juga bibir mereka dengan sengihan. Asma Hadijah sudah terboyot-boyot membawa perutnya yang mengandung 7 bulan, sambil mendukung anak yang berusia setahun lima bulan.

“Long jangan dukung Arif, nanti terberanak kamu tu, meh Arif atuk dukung. Kenapa pula nak berdukung cucu atuk ni kan dah pandai jalan. Nanti lain pula jadinya pada umi kamu tu”. Sambil bangun dengan kepayahan kerana sememangnya badannya terasa sangat penat, walaupun semua hidangan menggunakan perhidmatan catering, penatnya tetap terasa.

Siapa kata kenduri kendara tak penat walaupun hanya melayan tetamu dari pagi hingga kepetang. Alhamdullilah hari sudah beransur petang tetamu semuanya sudah beransur pulang yang tinggal hanya pekerja catering yang sendang mengemas barang-barang mereka.

“Atuk penat..meh nenek yang dukung”. Berebut dua atuk dan nenek mahu mendukung cucu.Yang sebenarnya  mereka bakal dikurniakan dua orang lagi cucu dalam waktu terdekat. Isteri anak kedua cikgu Nassir yang bernama Ahmad Salman juga sedang menunggu hari sahaja. Memang rezeki melimpah untuk cikgu Nassir tahun itu mendapat dua orang menantu dan bakal dua orang cucu.Makin bertambah ahli keluarganya.

Tiga hari selepas majlis walimatulurus Ahmad Sofian dan Aisyah Humairah isteri Ahmad Salaman pula didatangi tanda mahu melahirkan. Kalamkabut satu rumah dengan rasa cemas dan gembira bila mak buyung sudah pecah air tetuban. Semua ahli keluarga cikgu Nassir mahu menghantarnya kehospital.

“Long! Along tak payahlah pergi, awak tu dah berat yang nak pergi juga kenapa. Bukan boleh tolong pun”. Bantah cikgu Nassir bila melihat anak yang sudah berat perutnya juga sibuk mahu mengikut.

“Alahh yah, along terujalah nak dapat anak sedara”.Rengek anak sulong cikgu Nassir. Dia juga sudah sarat, kandunganya sudah mencecah usia 7 bulan.

“Dah ada anak sendiri pun masih teruja juga. Habis Arif dengan siapa?”.

“Biarlah dia dengan abah dia. Nanti along cakap dengan abang Idham, dia pun tengah tidur tu..along ikut ye yah”.

“Ialah..tapi cepat..nanti kita tak tahu wad mana pula Shikin duduk”.

Lama juga menati diluar bilik bersalin.Emil dan anak sulong suaminya duduk kerusi sambil berbual-bual.

“Mama, along rasa lepas bersalin yang ni, along nak merancang keluarga lah ma. Kalau mama,  elok buat suntikkan ke atau makan pil sahaja”.

“Kalau mama dua-dua mama tak galakkan. Biar kita beranak tiga empat orang dulu barulah kita merancang.”.

“Along tak tahanlah ma..penat sangat rasanya anak rapat sangat. Rasa tak rehat along lepas nikah dua bulan dah lekat. Baru sahaja bersalin lapan bulan dah lekat sorang lagi. Bersalin yang ni Arif baru nak masuk 1 tahun 6 bulan dah ada adik. Penat betul lah ma”.

“Kalau along nak merancang boleh, tapi jangan masukkan ubat-ubatan dalam badan. Cuba merancang dengan mengunakan kondom. Cara tu tak melibatkan apa-apa. Tapi apa-apa pun bincang dengan Idham dulu mana yang terbaik. Kadang-kadang orang lelaki ni bab macam ni diorang tak suka.”

“Ialah nanti along tanya abang”.

“Mama bukan apa ini pengalaman mama. Dulu.. mama macam along juga lagilah bunting pelamain. Tak ada waktu honey moon terus teruweek..uweek mengandungkan Uwais, masa mengandung mama mabuk teruk pula tu. Lepas bersalin sahja mama merancang mengunakan suntikkan.  Tiga bulan sekali mama pergi suntik untuk mencegah kehamilan, sampailah umur Uwais 3 tahun. Bila mama rasa dah bersedia nak tambah anak,  mama berhenti buat suntikkan, tapi sampai sekarang tak tambah-tambah”.

“Mama tak buat pemeriksaan”.

“Buat masa Uwais lima tahun.  Masa tu doctor kata dalam Rahim mama ada cyist yang perlu dibuang. Sebelum pergi pemeriksaan selanjutnya mama ikhtar ubat kampong dulu, jumpa bomoh. Orang kata bomoh tu boleh bedah cara batin. Mama buat lah. Memang berjaya bila mama buat pemeriksaan sekali lagi cyist tu dah taka da. Mama tak jadi dibedah. Tapi mama tak mengandung sampai sekarang. Lepas dah tua ni bila mama dah nikah dengan ayah, mama ada baca satu cerita. Dia kata bab dalam Rahim ni kita tak boleh buat rawatan kampong. Sebab kadang-kadang  ada bomoh menggunakan khidmat jin yang boleh menutup pandanga mata manusia. Yang sebetulnya cyist tu masih ada lagi tapi tak nampak. Mungkin kerana tu mama tak dapat nak tambah anak”.

“Bila mama dah tahu mama tak buat pemeriksaan lagi. Mana tahu boleh diubati lagi”.

“Emm tak mahulah mama berlawan-lawan dengan along dan alang bawa perut”.Dua wanita yang sedang menunggu menutup mulut kerana menahan tawa dengan cerita mereka. Mereka berhenti bercerita bila melihat Ahmad Salman kelaur dari bilik bersalin. Bingkas bagun Emil dan along merapati Ahmad Salman.
“Ikin dah bersalin ngah”.

“Alhamdullilah dah Ma… angah dapat anak lelaki ma..Ni diorang tengah bersihkan. Kejap lagi kita tenguk mereka kat wad Ma, ayah mana ma” .    Kelihatan ceria wajah angah keluar dari bilik bersalin namun ditubir matanya masih kelihatan kesan air mata.                                                    
“Alhamdullilah..rasanya ayah  rehat kat surau, dia letih katanya tadi.”.

“Dah tahu letih kenapa ayah datang tadi..tak apalah angah cari ayah”.

Cikgu Nassir mengambil tugas mengazankan dan mengiqamatkan cucu dari anak lelakinya. Mereka berbual-bual sedikit sebelum  beransur pulang. Hanya tinggal Ahmad Salman menemani isterinya. Ketika pulang cikgu Nassir meminta Emil yang memandu Unsernya.

“Mel!! Emil bawa kereta boleh Mel..abang rasa letih sangatlah”.

“Mana tak letihnya kita kan baru habis kenduri kahwin.” Ketika dalam perjalan pulang cikgu Nassir hanya mendiamkan diri sahaja, malah dia duduk dikerusi belakang sambil memejamkan mata. Hanya along dan Emil sahaja yang berbual.

“Ma…abang tak berbunyi lagi ke bila dia nak kahwin pula”.

“Entah lah long..tak pernah pula dia bercakap tentang makwe dia, entah ada entahkan tidak. Dah la kerja atas kapal, kat atas kapal tu pula semuanya jantan, macam mana nak jumpa mak we. Mama risau juga, adik dah selamat, dia entah bila pula tu”. Sambil mererka berbual sambil Emil mengerling suami yang kelihatan letih dibelakang. Ada juga melintas rasa hairan dihatinya dengan tingkah suaminya yang tidak banyak berbual sejak dua tiga hari kebelakangan.


2 comments:

  1. Alhamdulillah. Bahagia kluarga baru Emil.
    Cikgu Nassir pulakkk dh mula x sihat ...kesiannnnya Emil.
    -dibah--

    ReplyDelete
  2. Lumrah hidup di dunia ini. Dalam menganyam bahagia emil terpaksa akur menerima kehilangan cg nasir. Yang hidup pasti mati. Semuanya pinjaman sahaja kepada kita.

    k.mid

    ReplyDelete