Tetapi yang sebetulnya sejak Abdul Latif
menjadi bapa tunggal perhubunganya dengan Emil tidak menjadi masaalah lagi.Tiada
siapa yang menghalang dia berhubung dengan bekas isteri dan anaknya.Dia juga
sudah berkenalan dengan suami baru Emil.. cikgu Mohd Nassir dan mereka boleh
bekerja sama dengan baik. Dia juga telah menghadiri di dua perkahwinan anak-anak cikgu Nassir merangkap anak tiri Emil. Bagi cikgu Nassir tiada rasa curiga pada
isterinya.Dan dia mempercayai kejujuran Emil.
"Mel! nanti bungkuskan sikit lauk untuk Latif tu".
"Tak payahlah bang jemputan lain kita tak bekalkan tak kan dia kita nak bagi pula".
"Emak dia tak datang, dia bawa anak-anak dia sahaja, mungkin dalam surat jemputan kita hanya sebuat suami isteri dan anak-anak itu yang dia bawa anak dia tiga orang sahaja. Kesin pula emak dia, dia orang tua tentu dia teringin nak merasa nasi kenduri juga".
"Macam mana Emil nak bungkuskan bang ni tetamu tengah ramai ni".
"Ialah nanti abang call Uwais suruh di cakapkan dengan catera nak minta bungkus sikit".
"Mel! nanti bungkuskan sikit lauk untuk Latif tu".
"Tak payahlah bang jemputan lain kita tak bekalkan tak kan dia kita nak bagi pula".
"Emak dia tak datang, dia bawa anak-anak dia sahaja, mungkin dalam surat jemputan kita hanya sebuat suami isteri dan anak-anak itu yang dia bawa anak dia tiga orang sahaja. Kesin pula emak dia, dia orang tua tentu dia teringin nak merasa nasi kenduri juga".
"Macam mana Emil nak bungkuskan bang ni tetamu tengah ramai ni".
"Ialah nanti abang call Uwais suruh di cakapkan dengan catera nak minta bungkus sikit".
Kini sudah sepuluh tahun masa berlalu.Uwais
sudah 5 tahun menjadi seorang Jurutera.Tiga tahun dia bekerja sebagai jurutera
disebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.Kemudian bertukar kerja menjadi
seorang jurutera disebuah kapal yang beroperasi di perairan Sabah. Perjalan kerjanya
sebulan bekerja dilautan dan sebulan dia akan bercuti didaratan. Pada kebiasaan
ketika dia bercuti dia akan duduk diPengkalan Hulu membantu pak Long Muaznya di
bengkel kereta. Tetapi sesekali jika tenaganya diminta, dia akan bekerja dalam
masa dia bercuti dan dikira sebagai kerja lebih masa atau ‘overtime’, ini menyebabkan cutinya tidak mencukupi sebulan.
Pada mulanya mamanya menentang kehendaknya
mahu bekerja diatas kapal, namun diatas nasihat ayah Nasirnya akhirnya Emil
mengikuti juga kemahuan anak tunggalnya.
“Bang! Emil hairan dengan Uwais ni, kerja dah
elok, ni katanya nak berhenti pula..dia nak cuba jadi jurutera atas kapal. Tapi
Emil tak setujulah bang dia kerja atas kapal tu.. Emil rasa sayang jika dia
tinggalkan kerja yang dah ada ni. Gaji pun dah ok apa. Cubalah abang nasihatkan
dia supaya jangan tukar tempat kerja”.
“Sayang, biar lah dia dengan kehendak dia, mungkin
Uwais dah ada perancangan lain”.
“Perancangan apanya bang. Cuba abang tanya
kenapa dia nak tukar kerja, dia kena buli ke?”.
“Kenapa tak
sayang yang tanya sendiri?.”
“Emil dah tanya..katanya saja-saja dia nak
tukar kerja nak cari pengalaman”. Dengan memek memuncungkan bibirnya.Ketika itu
mereka sudah berihat-rihat sambil bersandar dikepala katil.
“Kalau macam tu biarkanlah dia cari
pengalaman, Yaang. Jangan disekat kemahuan dia, untuk kehidupan dia juga nanti.”.
“Tak mahu laah bang.. Emil takut dia kerja
atas kapal tu, kat tengah laut tu bang, kalau ada apa-apa macam mana nak lari..abang
tahu tak kat laut ni banyak bahayanya lagi-lagi perairan Sabah..takut ada lanun
nanti.” Emil waktu itu manja macam kucing Parsi menggelengser, sambil bercakap
tanganya tidak berhenti mengelus lengan suaminya badanya pula melintuk-lintuk
macam tak ada tulang. Dia sebenarnya sendang membeli jiwa sang suami agar dapat
memujuk kehendak anak bujang nan seorang
itu. Kadang-kadang Uwais susah untuk mengikuti kata-katanya..kalau kata orang
lain boleh pula dia bersetuju.
“Bahaya apanya sayang, mereka tu disiapkan
dengan system keselamatan yang lengkap. Lagi pun nak buat apa diaorang naik
kapal yang tak ada apa-apa. Sayaang biasa lanun ni akan naik kapal yang ada barang, ni
kapal cari minyak nak buat apa..tak ada benda berharga atas kapal tu”.
“Macam tu ke bang..jadi tak bahaya lah ye
bang”. Emil bertanya seperti anak kecil untuk meyakinkan hatinya yang bimbang.
“Sayaang,
abang rasa dekat darat ni pun bahaya. Cuba sayang bayangkan hari-hari dia naik motor meredah jalan
yang sibuk kat Kuala Lumpur tu, dari Kampong Subang pergi KLCC tu. Sayang boleh
bayangkan tak jalan kat KL, terutama hari kerja, kereta laju-laju, sebab semua
orang nak cepat sampai, dia akan lalu celah-celah kereta. Tersilap sikit tergolek kat atas jalan tu sayang, kalau tergolek elok
tak apa..ni kereta banyak saying oii eee ngeri pula.. abang tak mahu nak sebut
lah Mel, hari-hari dia macam tu. Kalau dia kerja kat atas kapal, dia tak akan menempuh
semuanya tu. Lagi pun sebulan dia penuh, dia bekerja kemudian sebulan pula dia
cuti depan mata kita,kan lagi elok macam
tu. Dia cerita kat abang atas kapal tu semua di sediakan.. makan, minum, pakaian
malah dobi baju-baju dia pun pihak syarikat yang sediakan”. Sepanjang dia
bekerja di Kuala Lumpur Uwais duduk menumpang dirumah pak ngah Syukurinya diKampung
Subang. Itu diatas permintaan Emil yang meminta Syukri menenguk-nengukkan
anaknya di Kuala Lumpur.
“Tapi Emil takut ada gelembong besar yang akan
meneggelamkan kapal bang. Kalau kena musim angin kencang gelombang pun
tinggi..lagi pun sekarang kan selalu ada gempa di Indonesia, perairan kita pun
kena tempiasnya juga kan bang”.
“Apa pula kapal tenggelam sayaang, kapal tu
besar ada keselamatanya, yang bahaya dengan ombak ni hanya perahu dan bot kecil
sahajalah sayang”.Emil mendiamkan diri seolah-olah berfikir. Melihat isterinya
yang masih ragu cikgu Nassir meneruskan bicaranya. Agak keras sikit suaranya..
“Mel!! Minggu lepas abang ada berbual dengan
ayah, abang ceritalah hati abang ni selalu bimbangkan anak-anak yang dah tak
kat depan mata. Dia bagi petua kat abang untuk keselamatan anak-anak”.
“Apa petua yang dia bagi kat abang”.
“Dia suruh abang sedekahkan 7 kali bacaan Al-Fatihah,
7 kali surah Al-Kafirun dan 7 kali Ayat Kursyi pada semua anak-anak kita. Kemudian
kita berdoalah mohon perlindungan Allah mohon anak kita dijauhkan dari segala
mara bahaya, In Sya Allah anak-anak kita akan dilindungi oleh Allah, dan Allah
akan memberkati dan merahmati anak-anak kita. Bukankah doa ibu bapa adalah doa
yang paling mustajab untuk anak-anaknya. Sayang buatlah macam tu masa saying senang. Sayaang yang sebetulnya Uwais ada cerita dengan abang masa dia cuti hari tu. Dia kata selain nak
cari pengalaman kerja atas kapal, dia nakkan cuti yang sebulan tu.Susah saying bila kita dah kerja tapi dapat cuti sebulan
bergaji penuh. Cuba sayang cari mana ada kerja yang macam tu.”
“Nak buat apa cuti sebulan, cuti setiap
minggu Sabtu dan Ahad tak cukup ke, bukan ada sesiapa pun nak di tenguk yang
sampai nak cuti sebulan”.
“Inilah perancangan dia sayang..dia nak kerja
dengan Muaz, nak mendalami ilmu memperbaiki kereta dengan pak longnya.
Nampaknya dia memang minat sangat dengan injin kereta sayang”.
“Tak nak..tak nak. Uwais ni pelik betul lah
suka sangat dia bergelumang dengan minyak hitam. Emil hairan betul, ada pula
anak muda yang suka kerja comot-comot macamtu.. anak Emil pulak tu. Bang!!
cubalah abang nasihatkan Uwais tu.. mana tahu dia akan dengar cakap-cakap abang.
Emil ni dah tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin Emil ni perempuan tu yang
tak makan nasihat Emil ni.” Emil ni kadang-kadang akan terkeluar juga sikap
ingin kata-katanya diikuti.
“Sayaaang..biarlah dia dengan minat dia, dia
buat perkara yang berfaedah. Kita ni sebagai orang tua jangan sekat kemahuan
anak-anak. Kalau benda tu baik untuk dia biarlah. Biar kan dia ye..biar dia
tentukan sendiri masa depan dia. Kita doakan sahaja dia supaya jadi orang yang
berguna”. Tangan cikgu Nassir merangkul bahu isterinya lalu menarik diri isteri
dalam rangkulan. Itulah cara cikgu Nassir memujuk. Kelembutan pujukkan suami
menyebabkan hati Emil menjadi lembut dan membenarkan kata-kata suaminya.
Kini umur Uwais dan Sofian sudah menjangkau 26
tahun.Sofian juga sudah pulang ke Malaysia dan menjalani HOUSEMAN di sebuah
Hospital di Kangar Perlis.Dua sahabat ini kalau berjumpa macam tak cukup masa
untuk bercerita. Mereka akan kehulu kehilir berkepit mulut pula tak kering
dengan bualan. Bercutinya kali itu sangat bermakna untuk Uwais dan Sofian
kerana dapat bercuti dihari yang sama. Percutian Uwais adalah percutian biasa
selama sebulan manakala Ahmad Sofian pula cuti kerana tempoh housemannya selama
2 tahun sudah tamat. Ini bermakna dia sudah bergelar DOKTOR.
“Wahh doctor kita dah balik, cuti berapa hari
ni”. Itulah pertanyaan Uwais bila dia meleraikan pelukkan eratnya.Lalu
mengekori langkah sahabatnya masuk kebiliknya.
“Aku
cuti sekejap saja..tak macam kau sebulan”.
Mereka
sama duduk didalam bilik. Sememnagnya tu bilik mereka berdua ada duah buah
katil bujang disediakan oleh ayah mereka. Sementelah mereka seperti kembar,
kembar ibu asing-asing.
“ Is
tak sangkakan kita dah dewasa macam ni, dah 26 tahun umur kita. Aku dah jadi
doctor kau pula dah lama jadi jurutera. Apa perancangan kau dengan usia kita
yang dah nak menghampiri angka tiga puluh ni”.
“Entahlah
Pian, kerja dah ada, duit pun aku dan simpan sikit. Kau dah ada simpanan”.
“Aku
adalah sikit, kau tentu dah banyak kan, dah dua tahun kau kerja atas kapal
dengan gaji lima angka.Kau untung Is gaji kau bersih setiap bulan, tak payah bayar
sewa rumah, tak payah bayar api air. Duit tambang kapal terbang dan teksi pun
syarikat bayarkan. Memang betul-betul kau cuci tangan, cuci kaki dan cuci
punggunglah kau. Kalau seminggu kau buat overtime..kalah gaji aku untuk dua
bulan”. Kha..kha.kha bergema bilik dengan gelak anak muda yang gembira. Bila
sudah reda gelaknya.
“Kau
ni yang tidak-tidaklah Pian, apa yang sampai ke cuci punggung Pian”.
“Ialah
kan ada orang cakap.. Makan tanggung berak cangkung itu menandakan orang tu dah
senang sangat macam kaulah.”.
“Ialah
tu..ada saja kau Pian”.
Memang benar rezeki melimpah untuk Uwais,
setahun dia bekerja diatas kapal, dia membiayai nenek dan papanya ketanah suci.
Gembira hati puan Rabiah tidak terhingga ketika cucunya menghulur duit untuk
memenuhkan duit simpanan Tabung Hajinya. Dengan rezeki dan Rahmat Allah tahun
dimana duitnya simpananya dipenuhkan,
pihak Tabung Haji menghantar surat mengatakan dia ditawarkan menjadi
tetamu Allah. Lalu dia membuat rayuan agar anak lelaki nya Abdul Latif menjadi
mahramnya.Tampa banyak halangan rayuan nya diterima dan mereka menunaikan haji
pada tahun itu.Kini Puan Rabiah anak beranak sudah bergelar Hajjah dan Haji.
“Alhamdullilah
rezeki Pian.. tapi penatlah.Tapi aku cadang
tak nak lama kerja kat atas kapal tu, dapat aku beli rumah,dapat beli kenderaan
dan dapat kumpul sikit dalam simpanan aku nak berhentilah”.
“Kenapa
pula nak berhenti..tak sayang ke”.
“Walaupun
gaji banyak, kena juga kita fikirkan keluarga kita.Bila kita dah dewasa itu
bererti orang-orang tua kita pula makin
hari makin meningkat usianya. Macam atuk dan nenek aku, dia dah tua kalau ada apa-apa
hal atau apa-apa kecemasan aku susah nak balik. Nak kena tunggu helikopter
datang ambil, nak kena atur pula cari orang ganti tempat kita, mahu makan
sehari baru boleh diorang uruskan.Yang sebetulnya kerja macam aku terikat,
susah nak bergerak bila masa kita bekerja.”
“Tapi
cuti kau sebulan bergaji penuh itu yang tak terlawan aku.Kalau aku sayang nak
berhenti. Lagi pun kau apa susah Is, atuk dan nenek kau kat sini ada sahaja
orang yang menjaganya..pak sedara kau boleh tengukkan mereka. Pak long kau pun,
memang sentiasa ada kat kampong kita ni. Dan papa kau memang duduk serumah
dengan nenek kau Is. Mereka anak tentu mereka lebih bertanggung jawab”.
“Betullah
tu dioarang tu anak dan lebih tanggungjawabnya..tapi aku rasa aku pun patut
ambil berat pada atuk aku. Dia tu pembimbing aku.Dia tanamkan rasa redha dalam
hati aku masa hidup aku terumbang ambing. Dia bimbing aku tenangkan hati masa
rumahtangga papa dan mama berpecah belah dan dia tanamkan rasa kasih dan
menyayangi papa dan mama walau pun mereka tidak duduk serumah lagi..itu yang
aku kenang Pian. Kalau bukan kerana nasihat atuk aku yang tak pernah kering,
aku tak tahu aku ni sekarang dah jadi apa, kerana rasa nak memberontak ni
memang berkobar-kobar masa kami ditimpa musibah dulu. Pian aku bersyukur sangat
kerana menjadi cucu Haji Mohd Noh, dia tak pernah memihak pada mama walaupun
mama tu anak dia. Dan dia tak pernah salahkan papa diatas perpecahan rumah
tangga mereka. Kerana rasa syukur aku tulah, aku nak rasa nak berbakti pada
mereka Pian, jaga mereka ambil berat pada mereka. Dulu masa kita kecil dia
orang ambil berat pada kita, ni bila kita dah dewasa kita pulalah yang ambil
berat pada mereka tak salah kan. Kau pun tahu kan janji Allah akan bagi ganjaran berlipat ganda pada
orang yang berbakti pada orang tua kita, itu yang aku nak. Ganjarannya tak
dapat nak digantikan dengan beribu duit kita kat dunia ni Pian..”
(Tak
masuk dalam cerita..untuk peringatan mak teh sebenarnya. Jika berbuat baik kita
akan dibalas baik juga.)
“Kau
anak yang baik Is, untung mama, papa atuk dan nenek kau dapat anak macam kau. Aku
pun nak macam kau juga. Aku tak nak pergi kerja jauh. Aku berdoa kalau diorang bagi terus tetap kat
Kangar pun tak apa. Ni sementara ayah aku ada ni, aku nak jaga dialah Is. Aku
hanya ada ayah sahaja. Ibu,nenek dengan atuk aku dah lama tak ada.Lagi pun ayah
tu nak selalu kena pantau makan ubatnya. Dia tu liat betul suruh makan ubat”.
Alhamdulillah ada entri lagi hair ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah uwais seorng anak yg bertanggungjwb dn berjaya....menjadi didikan uwais dn pian.
-dibah-
Bekas² isteri cikgu Latif semua dah berteman. Cikgu Latif je yang menduda sekian lama. Teringin pulak nak baca part cikgu Latif bahagia berteman, walaupun usia dah lanjut.
ReplyDeleteEmil dah tunaikan haji belum.
ReplyDelete