~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Tuesday 28 October 2014

Bab 50 Tidak ku tahu kasih bermula







          Tetapi yang sebetulnya sejak Abdul Latif menjadi bapa tunggal perhubunganya dengan Emil tidak menjadi masaalah lagi.Tiada siapa yang menghalang dia berhubung dengan bekas isteri dan anaknya.Dia juga sudah berkenalan dengan suami baru Emil.. cikgu Mohd Nassir dan mereka boleh bekerja sama dengan baik. Dia juga telah menghadiri di dua perkahwinan anak-anak cikgu Nassir merangkap anak tiri Emil. Bagi cikgu Nassir tiada rasa curiga pada isterinya.Dan dia mempercayai kejujuran Emil.

"Mel! nanti bungkuskan sikit lauk untuk Latif tu".

"Tak payahlah bang jemputan lain kita tak bekalkan tak kan dia kita nak bagi pula".

"Emak dia tak datang, dia bawa anak-anak dia sahaja, mungkin dalam surat jemputan kita hanya sebuat suami isteri dan anak-anak itu yang dia bawa anak dia tiga orang sahaja. Kesin pula emak dia, dia orang tua tentu dia teringin nak merasa nasi kenduri juga". 

"Macam mana Emil nak bungkuskan bang ni tetamu tengah ramai ni".

"Ialah nanti abang call Uwais suruh di cakapkan dengan catera nak minta bungkus sikit".

             Kini sudah sepuluh tahun masa berlalu.Uwais sudah 5 tahun menjadi seorang Jurutera.Tiga tahun dia bekerja sebagai jurutera disebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.Kemudian bertukar kerja menjadi seorang jurutera disebuah kapal yang beroperasi di perairan Sabah. Perjalan kerjanya sebulan bekerja dilautan dan sebulan dia akan bercuti didaratan. Pada kebiasaan ketika dia bercuti dia akan duduk diPengkalan Hulu membantu pak Long Muaznya di bengkel kereta. Tetapi sesekali jika tenaganya diminta, dia akan bekerja dalam masa dia bercuti dan dikira sebagai kerja lebih masa atau ‘overtime’, ini menyebabkan cutinya tidak mencukupi sebulan.

Pada mulanya mamanya menentang kehendaknya mahu bekerja diatas kapal, namun diatas nasihat ayah Nasirnya akhirnya Emil mengikuti juga kemahuan anak tunggalnya.

“Bang! Emil hairan dengan Uwais ni, kerja dah elok, ni katanya nak berhenti pula..dia nak cuba jadi jurutera atas kapal. Tapi Emil tak setujulah bang dia kerja atas kapal tu.. Emil rasa sayang jika dia tinggalkan kerja yang dah ada ni. Gaji pun dah ok apa. Cubalah abang nasihatkan dia supaya jangan tukar tempat kerja”.

“Sayang, biar lah dia dengan kehendak dia, mungkin Uwais dah ada perancangan lain”.

“Perancangan apanya bang. Cuba abang tanya kenapa dia nak tukar kerja, dia kena buli ke?”.

“Kenapa tak  sayang yang tanya sendiri?.”

“Emil dah tanya..katanya saja-saja dia nak tukar kerja nak cari pengalaman”. Dengan memek memuncungkan bibirnya.Ketika itu mereka sudah berihat-rihat sambil bersandar dikepala katil.

“Kalau macam tu biarkanlah dia cari pengalaman, Yaang. Jangan disekat kemahuan dia, untuk kehidupan dia juga nanti.”.

“Tak mahu laah bang.. Emil takut dia kerja atas kapal tu, kat tengah laut tu bang, kalau ada apa-apa macam mana nak lari..abang tahu tak kat laut ni banyak bahayanya lagi-lagi perairan Sabah..takut ada lanun nanti.” Emil waktu itu manja macam kucing Parsi menggelengser, sambil bercakap tanganya tidak berhenti mengelus lengan suaminya badanya pula melintuk-lintuk macam tak ada tulang. Dia sebenarnya sendang membeli jiwa sang suami agar dapat memujuk kehendak anak bujang  nan seorang itu. Kadang-kadang Uwais susah untuk mengikuti kata-katanya..kalau kata orang lain boleh pula dia bersetuju.

“Bahaya apanya sayang, mereka tu disiapkan dengan system keselamatan yang lengkap. Lagi pun nak buat apa diaorang naik kapal yang tak ada apa-apa. Sayaang biasa  lanun ni akan naik kapal yang ada barang, ni kapal cari minyak nak buat apa..tak ada benda berharga atas kapal tu”.

“Macam tu ke bang..jadi tak bahaya lah ye bang”. Emil bertanya seperti anak kecil untuk meyakinkan hatinya yang bimbang.

“Sayaang, abang rasa dekat darat ni pun bahaya. Cuba sayang  bayangkan hari-hari dia naik motor meredah jalan yang sibuk kat Kuala Lumpur tu, dari Kampong Subang pergi KLCC tu. Sayang boleh bayangkan tak jalan kat KL, terutama hari kerja, kereta laju-laju, sebab semua orang nak cepat sampai, dia akan lalu celah-celah kereta. Tersilap sikit tergolek  kat atas jalan tu sayang, kalau tergolek elok tak apa..ni kereta banyak saying oii eee ngeri pula.. abang tak mahu nak sebut lah Mel, hari-hari dia macam tu. Kalau dia kerja kat atas kapal, dia tak akan menempuh semuanya tu. Lagi pun sebulan dia penuh, dia bekerja kemudian sebulan pula dia cuti  depan mata kita,kan lagi elok macam tu. Dia cerita kat abang atas kapal tu semua di sediakan.. makan, minum, pakaian malah dobi baju-baju dia pun pihak syarikat yang sediakan”. Sepanjang dia bekerja di Kuala Lumpur Uwais duduk menumpang dirumah pak ngah Syukurinya diKampung Subang. Itu diatas permintaan Emil yang meminta Syukri menenguk-nengukkan anaknya di Kuala Lumpur.

“Tapi Emil takut ada gelembong besar yang akan meneggelamkan kapal bang. Kalau kena musim angin kencang gelombang pun tinggi..lagi pun sekarang kan selalu ada gempa di Indonesia, perairan kita pun kena tempiasnya juga kan bang”.

“Apa pula kapal tenggelam sayaang, kapal tu besar ada keselamatanya, yang bahaya dengan ombak ni hanya perahu dan bot kecil sahajalah sayang”.Emil mendiamkan diri seolah-olah berfikir. Melihat isterinya yang masih ragu cikgu Nassir meneruskan bicaranya. Agak keras sikit suaranya..

“Mel!! Minggu lepas abang ada berbual dengan ayah, abang ceritalah hati abang ni selalu bimbangkan anak-anak yang dah tak kat depan mata. Dia bagi petua kat abang untuk keselamatan anak-anak”.

“Apa petua yang dia bagi kat abang”.

“Dia suruh abang sedekahkan 7 kali bacaan Al-Fatihah, 7 kali surah Al-Kafirun dan 7 kali Ayat Kursyi pada semua anak-anak kita. Kemudian kita berdoalah mohon perlindungan Allah mohon anak kita dijauhkan dari segala mara bahaya, In Sya Allah anak-anak kita akan dilindungi oleh Allah, dan Allah akan memberkati dan merahmati anak-anak kita. Bukankah doa ibu bapa adalah doa yang paling mustajab untuk anak-anaknya. Sayang  buatlah macam tu masa saying senang. Sayaang  yang sebetulnya Uwais  ada cerita dengan abang  masa dia cuti hari tu. Dia kata selain nak cari pengalaman kerja atas kapal, dia nakkan cuti yang sebulan tu.Susah saying  bila kita dah kerja tapi dapat cuti sebulan bergaji penuh. Cuba sayang cari mana ada kerja yang macam tu.”

“Nak buat apa cuti sebulan, cuti setiap minggu Sabtu dan Ahad tak cukup ke, bukan ada sesiapa pun nak di tenguk yang sampai nak cuti sebulan”.

“Inilah perancangan dia sayang..dia nak kerja dengan Muaz, nak mendalami ilmu memperbaiki kereta dengan pak longnya. Nampaknya dia memang minat sangat dengan injin kereta sayang”.

“Tak nak..tak nak. Uwais ni pelik betul lah suka sangat dia bergelumang dengan minyak hitam. Emil hairan betul, ada pula anak muda yang suka kerja comot-comot macamtu.. anak Emil pulak tu. Bang!! cubalah abang nasihatkan Uwais tu.. mana tahu dia akan dengar cakap-cakap abang. Emil ni dah tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin Emil ni perempuan tu yang tak makan nasihat Emil ni.” Emil ni kadang-kadang akan terkeluar juga sikap ingin kata-katanya diikuti.

“Sayaaang..biarlah dia dengan minat dia, dia buat perkara yang berfaedah. Kita ni sebagai orang tua jangan sekat kemahuan anak-anak. Kalau benda tu baik untuk dia biarlah. Biar kan dia ye..biar dia tentukan sendiri masa depan dia. Kita doakan sahaja dia supaya jadi orang yang berguna”. Tangan cikgu Nassir merangkul bahu isterinya lalu menarik diri isteri dalam rangkulan. Itulah cara cikgu Nassir memujuk. Kelembutan pujukkan suami menyebabkan hati Emil menjadi lembut dan membenarkan kata-kata suaminya.


Kini umur Uwais dan Sofian sudah menjangkau 26 tahun.Sofian juga sudah pulang ke Malaysia dan menjalani HOUSEMAN di sebuah Hospital di Kangar Perlis.Dua sahabat ini kalau berjumpa macam tak cukup masa untuk bercerita. Mereka akan kehulu kehilir berkepit mulut pula tak kering dengan bualan. Bercutinya kali itu sangat bermakna untuk Uwais dan Sofian kerana dapat bercuti dihari yang sama. Percutian Uwais adalah percutian biasa selama sebulan manakala Ahmad Sofian pula cuti kerana tempoh housemannya selama 2 tahun sudah tamat. Ini bermakna dia sudah bergelar DOKTOR.

“Wahh doctor kita dah balik, cuti berapa hari ni”. Itulah pertanyaan Uwais bila dia meleraikan pelukkan eratnya.Lalu mengekori langkah sahabatnya masuk kebiliknya.

“Aku cuti sekejap saja..tak macam kau sebulan”.

Mereka sama duduk didalam bilik. Sememnagnya tu bilik mereka berdua ada duah buah katil bujang disediakan oleh ayah mereka. Sementelah mereka seperti kembar, kembar ibu asing-asing.

“ Is tak sangkakan kita dah dewasa macam ni, dah 26 tahun umur kita. Aku dah jadi doctor kau pula dah lama jadi jurutera. Apa perancangan kau dengan usia kita yang dah nak menghampiri angka tiga puluh ni”.

“Entahlah Pian, kerja dah ada, duit pun aku dan simpan sikit. Kau dah ada simpanan”.

“Aku adalah sikit, kau tentu dah banyak kan, dah dua tahun kau kerja atas kapal dengan gaji lima angka.Kau untung Is  gaji kau bersih setiap bulan, tak payah bayar sewa rumah, tak payah bayar api air. Duit tambang kapal terbang dan teksi pun syarikat bayarkan. Memang betul-betul kau cuci tangan, cuci kaki dan cuci punggunglah kau. Kalau seminggu kau buat overtime..kalah gaji aku untuk dua bulan”. Kha..kha.kha bergema bilik dengan gelak anak muda yang gembira. Bila sudah reda gelaknya.

“Kau ni yang tidak-tidaklah Pian, apa yang sampai ke cuci punggung Pian”.

“Ialah kan ada orang cakap.. Makan tanggung berak cangkung itu menandakan orang tu dah senang sangat macam kaulah.”.

“Ialah tu..ada saja kau Pian”.

Memang benar rezeki melimpah untuk Uwais, setahun dia bekerja diatas kapal, dia membiayai nenek dan papanya ketanah suci. Gembira hati puan Rabiah tidak terhingga ketika cucunya menghulur duit untuk memenuhkan duit simpanan Tabung Hajinya. Dengan rezeki dan Rahmat Allah tahun dimana duitnya simpananya dipenuhkan,  pihak Tabung Haji menghantar surat mengatakan dia ditawarkan menjadi tetamu Allah. Lalu dia membuat rayuan agar anak lelaki nya Abdul Latif menjadi mahramnya.Tampa banyak halangan rayuan nya diterima dan mereka menunaikan haji pada tahun itu.Kini Puan Rabiah anak beranak sudah bergelar Hajjah dan Haji.

“Alhamdullilah  rezeki Pian.. tapi penatlah.Tapi aku cadang tak nak lama kerja kat atas kapal tu, dapat aku beli rumah,dapat beli kenderaan dan dapat kumpul sikit dalam simpanan aku nak berhentilah”.

“Kenapa pula nak berhenti..tak sayang ke”.

“Walaupun gaji banyak, kena juga kita fikirkan keluarga kita.Bila kita dah dewasa itu bererti orang-orang tua kita pula  makin hari makin meningkat usianya. Macam atuk  dan nenek aku, dia dah tua kalau ada apa-apa hal atau apa-apa kecemasan aku susah nak balik. Nak kena tunggu helikopter datang ambil, nak kena atur pula cari orang ganti tempat kita, mahu makan sehari baru boleh diorang uruskan.Yang sebetulnya kerja macam aku terikat, susah nak bergerak bila masa kita bekerja.”

“Tapi cuti kau sebulan bergaji penuh itu yang tak terlawan aku.Kalau aku sayang nak berhenti. Lagi pun kau apa susah Is, atuk dan nenek kau kat sini ada sahaja orang yang menjaganya..pak sedara kau boleh tengukkan mereka. Pak long kau pun, memang sentiasa ada kat kampong kita ni. Dan papa kau memang duduk serumah dengan nenek kau Is. Mereka anak tentu mereka lebih bertanggung jawab”.

“Betullah tu dioarang tu anak dan lebih tanggungjawabnya..tapi aku rasa aku pun patut ambil berat pada atuk aku. Dia tu pembimbing aku.Dia tanamkan rasa redha dalam hati aku masa hidup aku terumbang ambing. Dia bimbing aku tenangkan hati masa rumahtangga papa dan mama berpecah belah dan dia tanamkan rasa kasih dan menyayangi papa dan mama walau pun mereka tidak duduk serumah lagi..itu yang aku kenang Pian. Kalau bukan kerana nasihat atuk aku yang tak pernah kering, aku tak tahu aku ni sekarang dah jadi apa, kerana rasa nak memberontak ni memang berkobar-kobar masa kami ditimpa musibah dulu. Pian aku bersyukur sangat kerana menjadi cucu Haji Mohd Noh, dia tak pernah memihak pada mama walaupun mama tu anak dia. Dan dia tak pernah salahkan papa diatas perpecahan rumah tangga mereka. Kerana rasa syukur aku tulah, aku nak rasa nak berbakti pada mereka Pian, jaga mereka ambil berat pada mereka. Dulu masa kita kecil dia orang ambil berat pada kita, ni bila kita dah dewasa kita pulalah yang ambil berat pada mereka tak salah kan. Kau pun tahu kan janji  Allah akan bagi ganjaran berlipat ganda pada orang yang berbakti pada orang tua kita, itu yang aku nak. Ganjarannya tak dapat nak digantikan dengan beribu duit kita kat dunia ni Pian..”
(Tak masuk dalam cerita..untuk peringatan mak teh sebenarnya. Jika berbuat baik kita akan dibalas baik juga.)

“Kau anak yang baik Is, untung mama, papa atuk dan nenek kau dapat anak macam kau. Aku pun nak macam kau juga. Aku tak nak pergi kerja jauh.  Aku berdoa kalau diorang bagi terus tetap kat Kangar pun tak apa. Ni sementara ayah aku ada ni, aku nak jaga dialah Is. Aku hanya ada ayah sahaja. Ibu,nenek dengan atuk aku dah lama tak ada.Lagi pun ayah tu nak selalu kena pantau makan ubatnya. Dia tu liat betul suruh makan ubat”.

3 comments:

  1. Alhamdulillah ada entri lagi hair ni.
    Alhamdulillah uwais seorng anak yg bertanggungjwb dn berjaya....menjadi didikan uwais dn pian.
    -dibah-

    ReplyDelete
  2. Bekas² isteri cikgu Latif semua dah berteman. Cikgu Latif je yang menduda sekian lama. Teringin pulak nak baca part cikgu Latif bahagia berteman, walaupun usia dah lanjut.

    ReplyDelete
  3. Emil dah tunaikan haji belum.

    ReplyDelete