Selamat Hari Raya AidilAdha. Minta maaf banyak-banyak jika cerita mak teh ada yang menguris rasa. Ni masa hari raya pula mak teh cerita tentang orang bergaduh pula maaf ye.
Kesokkan harinya seperti biasa Zila kerumah
abangnya diIpoh mengubati hatinya yang sakit. Kali ini kepergianya lebih lama. Dua
minggu. Cukupkah masa dua minggu untuk meredakan kesakitan hatinya..sakit bila
tahu bekas isteri suaminya masih bertapak kukuh didalam hati suaminya. Buktinya
dirinya ditampar kerana dia menggangu perbualan telefon antara suaminya dan
bekas isterinya. Begitu tega suaminya ‘naik
tangan’ hanya kerana perkara kecil sahaja. Tetapi benarkah begitu..Bukan
kah dia yang begitu biadap merampas tetefon ketika suaminya sedang bercakap dan
kemudian dia dengan berani mengherdik orang yang dihujung talian. Itulah rasa
orang berperasan dirinya BETUL.
Sambil dia menyejukkan hatinya..sambil dia
menilai, mencari kebaikkan dan keburukkan perkahwinan mereka. Dia juga
berkira-kira mampukah dia menghadapi dan menerima Albul Latif seadanya.
Mampukah hatinya menerima kenyataan dirinya hanya sandaran. Dia tahu dengan nyata sayang suaminya tidak seratus
peratus untuk dirinya sayang suaminya masih ada pada orang yang pertama
bertahta dihatinya yaitu bekas isterinya Emil Atilia..
Tiba-tiba menyelinap perkataan KALAU. Kalau
dia orang yang pertama yang bertahta dihati cik gu Latif alangkah bahagianya
dirinya. Dia sudah lama memuja anak lelaki tunggal puan Rabiah, selepas
menduduki PMR dan kemudian menerima keputusan yang tidak memihak kepadanya, dia
sudah hilang minat untuk belajar. Ketika itu dirinya sudah mula tumbuh rasa ingin
menjadi seorang wanita. Dia sudah bersiap sedia untuk dijadikan isteri. Dia rajin
membantu ibunya membuat kerja-kerja rumah dirumah puan Rabiah. Dia sudah cekap
berkemas dan memasak dengan baik dan perlakuan itu hanya untuk ditunjukkan pada
Puan Rabiah..dia dalah calon menantu mithali.
Seringkali dia mendengar Puan Rabiah memuji
dirinya dihadapan ibunya. Ketika itu hatinya kembag sebesar bunga rafflesia. Tidak
lama selepas anak tunggal puan Rabiah mula mengajar selepas menghabiskan
pengajian diIPG, kemudian dia mendengar khabar puan Rabiah pergi meminang
seorang gadis untuk dijodohkan kepada anak tunggalnya itu. Dia sangat kecewa
ketika itu. Dia sangat kesal dengan tindakkan puan Rabiah..mengapa puan Rabiah memilih
diri untruk dijadikan menantu..dia sudah layak untuk dijadikan isteri, ketika
itu sudah mencapai 17 tahun. Rasa kecewa ditelannya. Dia tidak boleh berputus
asa lalu ditamankan azam dihatinya akan menanti..pasti akan tiba juga saatnya
jika dia bersabar. Saat dirinya memiliki jejaka pujaan. Beranak limo den nanti jugo. Sebuah lirik
lagu Minang. Itu adalah azamnya dulu
Yang sebenarnya Nur Fazila sangat terkesan
dengan kata-kata suaminya yang mengatakan ‘sedar
dirilah sikit selama ini abang yang bagi Zila makan.. abang yang tanggung semua
keperluan Zila ..Zila yang patut
berhati-hati..terlerai sahaja ikatan perkahwinan kita, Zila dah bukan
siapa-siapa pada abang.. aurat Zila pun haram abang pandang” dengan ayat-ayat itulah yang menyebabkan
mulutnya tertutup sewaktu pertengkaran mereka tempoh hari.. Mukinkah selama ini
suaminya ada niat untuk menceraikan dirinya??? Itu yang difikir nya sepanjang
perjalan dengan bas ke Ipoh. Sungguh..kata-kata itu sangat menguris
hatinya.Tetapi bukankah semuanya itu benar belaka, mengapa harus mahu berkecil
hati. Sepatutnya dia tahu sikap suaminya, dia tidak akan mengeluarkan perkataan
sebegitu jika tidak kerana sikapnya juga.
Dua minggu dia di Ipoh Zila mengharapkan
suaminya datang memujuk dirinya..tetapi semuanya hanya dalam agananya sahaja..jangankan
datang, menghubunginya pun tidak. Rayuan
dirinya dihubungi menyuruhnya pulang kerana dirinya sangat dirindui juga hanya
didalam mimipi sahaja… tidak sekali pun suaminya menghubungi untuk merayunya dirinya pulang atau pun
sekurang-kurangnya bertanya keadaan dirinya. Tidak adakah rasa rindu suaminya
pada dirinya.Dari sikap suaminya dia sudah tahu dimana dirinya dihati suaminya.
Dirinya tidak bermakna dalam hidup suaminya seharian, dan sememangnya dirinya
tidak diperlukan. Pedih hatinya bila dia
memikirkan semuanya.
Tetapi pada Abdul Latif kena tinggal sudah menjadi
kebiasaan..dia sudah tidak terkesan dengan tidak tanduk isterinya. Rindu..rindu
juga sudah menjadi kebiasaan. Dia tidak akan melayan rasa rindu dan dia boleh
mengalihkan rasa rindukan isterinya dengan mengambil berat anak-anak yang
didepan mata. Dia mahu anak-anak yang dibawah jagaannya menjadi seperti
Uwais yang cemerlang dalam pelajaran.
Setelah merasakan dirinya sudah terlalu lama
meninggalkan tanggung jawabnya, Nur Fazila bersiap untuk pulang semula
kePengkalan Hulu. Walau apapun rasa hatinya dia mesti pulang juga untuk menyelesaikan
masaalah hatinya. Selagi dia dalam ikatan perkahwinan dia masih mempunyai
tangggugjawap pada rumah tangganya terutama taggung jawab pada suaminya. Selama
dua minggu diIpoh dia sudah berkira-kira baik dan buruk apa yang bakal diminta
dan bakal disyaratkan kepada suaminya. Dia sudah mendapat satu keputusan dan
keputusan itu muktamad untuk menamatkan apa yang bergelora dihatinya. Dia sudah
tidak mampu menanggung rasa tidak puas hati, rasa cemburu dan rasa tidak
selamat dirinya disisi suaminya. Padanya pada bila-bila masa sahaja suaminya
akan pulang semula kepangkuan bekas isterinya. Itu yang dia tidak mahu. Dia
tidak mahu perkara dulu berulang kembali. Dirinya dibiarkan dengan rindu yang
menggunung kerana perkahwinan yang tidak datang dari hati suaminya sendiri.
Usai solat subuh Sabtu itu Nor Fazilah
bersiap untuk pulang semula kePengkalan Hulu. Dirinya sudah terlalu lama meninggalkan rumah
tangganya. Sudah dua minggu lebih dia di Ipoh lebih dari kebiasaan.. tujun
utama dia keIpoh ialah untuk menyejukkan hatinya yang panas akibat perbuatan
suaminya yang menampar dirinya kerana dia menggganggu perbualan talifon dia dan
bekas isterinya. Dia juga memberi peluang hati dan kepalanya menimbang mengira
baik buruknya perkahwinan mereka jika diteruskan. Pulangnya kePengkalan Hulu
membawa misi. Yang pertama mahu melihat sambutan suaminya pada dirinya. Yang
kedua dia juga sedar dia telah meninggalkan semua tanggung jawabnya sebagai isteri
dan yang ketiga sebab rindunya juga. Walau bagai mana marahnya rindunya masih
ada untuk sang suami.
Dengan menaiki teksi dia sampai dihadapan pintu rumah emak
mertuanya hari sudah tengahhari. Dari perhentian bas, dia menaiki teksi untuk menuju kerumah suaminya. Dia memberi salam kedengaran sambutan salamnya
dari dalam rumah, rupanya emak mertuanya
sedang berhidang untuk mereka sekelurga makan tengahari. Dua orang anak perempuannya datang menyerbu
menyambut kepulangan dirinya di muka pintu.
“Ibu
pergi mana? Kenapa lama sangat”. Itu soalan yang keluar dari mulut anak
bungsunya yang terasa terlalu lama ibunya meninggalkan diri nya.
“ibu
pergi rumah pak Long”.
“Mirah..Sya
ajak ibu makan sekali, kita makan
sama…dah tengahari nii” Laung emak mertuanya dari ruang dapur. Mendengar emak
mertuanya diruang dapur Zila terus sahaja
keruang dapur. Kelihatan suami
dan anak lelakinya sedang mengadap hidangan dimeja makan. Bila melihat menantu
terjengul dipintu dapur sekali lagi Puan
Rabiah mengajaknya makan tanda dia mengalu-alukan kepulaganan simenantu
pilihan. Dia juga tahu kenapa menantunya pergi keIpoh tempuhhari ..kerana merajuk ditampar oleh anaknya sebab
menggangu bualannya dengan bekas menantunya di telefon. Itu yang
diceritakan oleh menantu pilihannya kepadanya..
Pagi itu dia menegur menantu yang sudah siap
berpakaian cantik yang sedang berjalan menuju pintu keluar. Ditanganya
menjinjing sebuah beg sederhana besar mungkin baju-bajunya.
“Ehh
kamu nak kemana Zila..suami kamu baru pergi kerja ni kamu nak keluar pula.”
“Mak! Zila nak balik rumah abang Zila”.
“Kenapa
ni Zila..kenapa kamu asyik nak balik rumah abang kamu sahaja. Suami kamu baru
sahaja pergi mengajar, kamu pula nak
pergi Ipoh..kamu dah minta izin dia nak pergi ke?”
“Tak
payah bagi tahu mak..dia memang dah tak sayang Zila..kerana Emil abang sanggup
tampar Zila malam tadi..biar lah Zila pergi rumah abang Zila”.
“Oh
semalam yang kamu bertengkar tu sebab sebab Emil??. Kenapa dia tampar kamu
pula..”
“Emak
Tanya abang ke? Kenapa dia tampar Zila”.
“Si
Latif tu mana nak bercakap.. yang mak dengar semalam tu hanya nama Uwais sahaja
yang kamu berdua sebut, tak tersebut pun nama Emil”.
“Kan
Zila dah cakap.. abang memang masih sayangkan kak Emil..bila Zila larang dia
supaya jangan nak layan call kak Emil dia tampar Zila pula”.
“Sungguh
tak patut Latif ni. Tapi kan Emil tu dah jadi isteri orang..dia main kayu tiga
ke..kenapalah siLatif tak pandai nak berfikir yang mana baik dan yang mana
buruk..Ni berapa hari pula kamu nak duduk rumah abang kamu tu”. .
“Sampai
hati Zila ni tak sakit lagi”.
“Ialah
pergilah biar Latif rasa sunyi bila kamu tak ada”. . Itulah aduanya kepada puan
Rabiah ketika itu dan ditelan bulat-bulat. Dia juga menyokong dengan tindakkan
menantu pilihanya.
Zila menyambut pelawaan emak mertuanya dan duduk
semeja dimeja makan. Namun bila merasakan sambutan dingin suaminya diatas
kepulangan nya selera Zila menjadi tumpul. Tadi sepanjang perjalanan dengan bas
sempat Nur Fazila berangan bahagia. Dia
membayangkan sambutan hangat suaminya.
Namun apa yang diangankan tidak menjadi kenyataan..aganannya tidak sama dengan
kenyataan. Rasa sungguh tidak berbaloi
dia bergesa pulang selepas subuh tadi, bila kehadiran dirinya bagai tidak diertikan
..suaminya bena tak bena memandang dirinya walaupun mereka sudah tidak berjumpa
lebih dua minggu. diraut wajah suaminya tidak menampakan kesan rindu pun. Enak sahaja suaminya menikmatai masakkan emaknya. Selamba sahaja dia meneruskan suapan nasi kemulutnya.
Tadinya
usai solat subuh tiba-tiba rasa rindu datang meyerbu, entah mengapa angin
rindunya bagai tidak mampu dikawal.. rasanya rindunya sudah setinggi Gunung
Kinabalu.menyebabkan Zila mengambil keputusan mempercepatkan waktu pulangnya.
Diawal perancangan dia mahu pulang pada hari Ahad. Dia sememangnya mahu
berlama-lama dirumah abangnya supaya ketiadaan dirinya dapat dirasai oleh
suaminya. Selain dari itu dia juga
mengharapkan suaminya datang memujuknya..tetapi harapan hanya tinggal
harapan..jangankan memujuk menghubungi melalui telefon juga tidak pernah
diterimanya. Hanya ada tiga kali dua anak perempuanya menghubunginya.Ketika itu untuk
menggula-gulakan hatinya, Zila mengatakan panggilan itu diatas suruhan papanya
yang sudah rindu akan dirinya. Jika difikirkan hanya dirinya ada rasa rindu
sedangkan suaminya tidak merasai sedikit pun keperluan dirinya berada
disisinya. Dirinya tidak ubah seperti hidung tak mancung pipi pula
tersorong-sorang. Tetapi patutkah rasa itu pada hati seorang isteri atau
suami..rasanya tidak.. suami atau isteri ada hak keatas diri masing-masing.
BETULKAN.
Zila
mengangkat pinggan nasinya walau pun nasi masih berbaki didalam pinggannya..
“Kenapa
makan tak habis Zila..tak sedap ke emak masak”. Teguran emak mertuanya yang
memerhati tingkah anakmenantu di depan matanya.
“Sedap
mak..tapi Zila rasa penat.. itu yang tak
selera nak makan”. Zila memberi alasan dan meneruskan langkahnya ketempat
basuhan pinggan tidak jauh dari meja makan mereka.
“Mak
masak ni tadi Mirah yang tolong, mak dah tak susah sangat Mirah dah boleh
tolong mak sikit-sikit”. Bual emak mertuangnya yang cuba memecahkan rasa
janggal dihati menantu yang baru pulang dan terus pula menjamu selera.
Yang
sabenarnya Puan Rabiah cuba untuk menceriakan suasana beku anak menantu. Untuk
mengharapkan suara anaknya.. Abdul Latif memang di berat mulut sedari dulu. Dia
sebagai ibu mahu membantu mengharmonikan semula hubungan anak dan menantu pilihan. Dia mengatakan cucunya
yang bernama Umairah(Mirah) membantunya
didapur supaya menantu pilihan tidak rasa bersalah melihatkan dia yang mengalas
tugas menyediakan makan minum anak dan suaminya. Memang benar apa yang
diperkatakan oleh puan Rabiah…cucu perempuan keduanya sudah di darjah 4 sudah
pandai membantu melakukan kerja rumah.
Selesai Zila mencuci pinggannya dia berjalan menuju
kebiliknya sambil mengangkat beg pakaian yang dibawanya tadi. Lama dia dalam
bilik kemudian dia kedapur semula bila merasakan semua orang sudah selesai
makan. Dia membantu emak mertuanya berkemas.
“Dahlah
mak biar Zila yang kemas mak..mak pergilah rehat..”
“Kata
kamu penat tadi..pergilah kamu rehat”.
“Tak
apalah mak..selama Zila tak ada mak yang buat semua.. ni Zila dah balik biarlah
Zila yang buat..emak pergilah rehat”. Puan Rubiah akur dengan permintaan
menantunya dia berlalu kebiliknya, sememangnya tenaga tuanya juga sudah tidak
menizinkan dia berkerja terlalu banyak dia mudah penat.
Setelah selesai berkemas Zila keruang tamu,
dilihat suaminya sedang membaca surat khabar, dua orang anak perempuanya sedang
bermain sesama mereka, manakala anak lelakinya kelihatan dibawah pokok mangga
dihadapan rumah membelek basikal ‘Mountain Bikenya’. Zila memerhati suaminya sebelum dia
mendekatinya.. sambil dia berjalan dia memasang tekad… dia mesti meluahkan apa yang ada dihatinya
hari itu juga. Dia ingin tahu dimanakah kedudukan dirinya dihati suaminya.
“Bang!”.Abdul
Latif memanggung kepala dan memandang isterinya yang memanggil. Zila sudah
berdiri disisinya.
“Emm..ada
apa”. Tanyanya lemah sahaja bunyinya seakan orang malas mahu melayani bual sang
isteri. Pada pandangan mata Zila suaminya tidak teruja dengan kehadiran
dirinya. Jika tadi dimeja makan.. mungkin sifat teruja suaminya dilindungi
kerana mereka dihadapan emak dan anak-anaknya. Tetapi kini hanya mereka berdua
sahaja diruang tamu namun masih tiada juga riak suka atau gembira yang
terpancar diwajah suaminya. Tadinya dibilik dia juga mengharapkan suaminya mencari dibilik setelah dia selesai makan namun...Nur Fazila merasa sungguh kecewa.
“Zila
nak cakap dengan abang sikit..”
“Cakap
lah abang dengar”. Cikgu Abdul Latif melipat surat khabarnya untuk memberi
perhatian isterinya yang mahu bercakap denganya.
“Rasanya
tak elok kalau kita cakap kat depan ni..jomlah kita masuk bilik”. Tampa
menunggu jawapan suaminya terus sahaja Zila memusingkan bandan dan berjalan menuju
bilik tidur mereka. Abdul Latif mengikuti langkah isterinya dari belakang. Nor
Fazila membuka pintu untuk suaminya.
“Masuk..abang
duduklah”. Abdul Latif mengikuti segala arahan isterinya. Setelah suaminya
duduk dibirai katil Zila pula duduk dikerusi meja soleknya.
“Kata
nak cakap dengan abang tadi, cakaplah”. Zila memandag tepat kewajah suaminya,
sekali lagi dia mahu mencari rasa gembira suaminya diatas kepulangan dirinya.
Yang sebetulnya dia mahu memuaskan hatinya. Mungkin kalau sekali pandang rasa
itu tidak terlihat olehnya..tetapi tidak juga sememangnya suami nya tidak
teruja dengan kepulangan dirinya. Itu yang dilihat jelas di matanya dari wajah
selamba suaminya.
“Abang
marah Zila ke?” Itu soalan yang keluar dari bibir Nur Fazilah untuk menutupi
rasa kecewa..
“Nak
marah kenapa?”.soalannya berjawab dengan soalan dari suaminya. Sebelum dia
menjawab soalan suaminya dia berfikir-fikir dalam hati.. Ialah nak marah
kenapa.. nak marah sebab tinggalkan selama dua minggu lebih ke.. atau marah sebab dia merampas telefon
ketika suaminya sedang bercakap dengan jandanya. Bila teringat bekas isteri
suaminya hati jadi hangat semula.Timbul rasa marah yang menggunung dihatinya.
Kerana bekas madunyalah dirinya menerima tamparan dari suaminya tempuh hari. Itulah Zila perkara yang lepas
jangan dikenang nanti membakar diri sendiri.
“Bang
dah lama Zila perasan..yang sebetulnya Zila ni langsung tak bermakna pada abang
betulkan”.
“Zila
nak ‘bermakna’ yang macam mana”. Soal Abdul Latif kembali dia tidak tahu apa
yang dimaksudkan oleh isterinya.
“Yang
bermakna seperti isteri orang lain..yang diberi kasih sayang..ada kemesraan dan
duduk berbual-bual..ada ketika bergurau senda”.
“Kan
kita berbual ni..”.
“Berbual
apanya ni..hati abang marah..hati Zila pun tengah marah ni”.
“Hati
Zila abang tak tahu..tapi hati abang rasanya biasa sahaja..tak rasa apa pun”.
“Inilah
yang Zila maksud kan..abang memang tak rasa apa pun pada Zila..Zila ni memang
tak bermakna langsung pada abang.Dua minggu Zila kat Ipoh..mana pernah abang
call tanya khabar Zila. Dua minggu kita tak jumpa abang tak teruja pun Zila
balik ni..kenapa bang? abang tak rasa rindu ke masa Zila tak ada”.
“Entahlah
Zila abang macam dah biasa sangat kena tinggal, jadi abang malas nak
ingat-ingat..kalau Zila rasa nak balik balik lah..kalau Zila rasa nak
pergi..pergilah. Abang tak suruh dan abang tak akan halang Zila nak mencari
rasa gembira Zila sendiri”. Sinis sahaja kata-kata Abdul Lati tetapi memang
itulah yang dirasanya. Dia tidak suka bising-bising..baginya seseorang itu
harus tahu dimana kedudukan dirinya dan tanggung jawabnya. Mereka bukan lagi
anak remaja yang semuanya perlu diberi peringatan. Tetapi Abdul Latif terlupa
seseorang itu harus juga diingatkan mungkin mereka terlupa.
Mak CG Latif ni yg buta kot x nmpak x betulnya si zila.
ReplyDelete-dibah-
Apa la si zila ni...
ReplyDeleteUmur dah tua tp lagak cam budak kecik..
Nak minta dipujuk segala.,
Padan2 dgn mak mentua menangkan menantu..
Takkan x rasa anak tu ada bini tp suka suki je nak keluar masuk rumah..