~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday 6 October 2014

Bab 46 Tidak ku tahu kasih bermula.




 Selamat Hari Raya AidilAdha. Minta maaf banyak-banyak jika cerita mak teh ada yang menguris rasa. Ni masa hari raya pula mak teh cerita tentang orang bergaduh pula maaf ye.


Kesokkan harinya seperti biasa Zila kerumah abangnya diIpoh mengubati hatinya yang sakit. Kali ini kepergianya lebih lama. Dua minggu. Cukupkah masa dua minggu untuk meredakan kesakitan hatinya..sakit bila tahu bekas isteri suaminya masih bertapak kukuh didalam hati suaminya. Buktinya dirinya ditampar kerana dia menggangu perbualan telefon antara suaminya dan bekas isterinya. Begitu tega suaminya ‘naik tangan’ hanya kerana perkara kecil sahaja. Tetapi benarkah begitu..Bukan kah dia yang begitu biadap merampas tetefon ketika suaminya sedang bercakap dan kemudian dia dengan berani mengherdik orang yang dihujung talian. Itulah rasa orang berperasan dirinya BETUL.


Sambil dia menyejukkan hatinya..sambil dia menilai, mencari kebaikkan dan keburukkan perkahwinan mereka. Dia juga berkira-kira mampukah dia menghadapi dan menerima Albul Latif seadanya. Mampukah hatinya menerima kenyataan dirinya hanya sandaran. Dia tahu  dengan nyata sayang suaminya tidak seratus peratus untuk dirinya sayang suaminya masih ada pada orang yang pertama bertahta dihatinya yaitu bekas isterinya Emil Atilia..

Tiba-tiba menyelinap perkataan KALAU. Kalau dia orang yang pertama yang bertahta dihati cik gu Latif alangkah bahagianya dirinya. Dia sudah lama memuja anak lelaki tunggal puan Rabiah, selepas menduduki PMR dan kemudian menerima keputusan yang tidak memihak kepadanya, dia sudah hilang minat untuk belajar. Ketika itu dirinya sudah mula tumbuh rasa ingin menjadi seorang wanita. Dia sudah bersiap sedia untuk dijadikan isteri. Dia rajin membantu ibunya membuat kerja-kerja rumah dirumah puan Rabiah. Dia sudah cekap berkemas dan memasak dengan baik dan perlakuan itu hanya untuk ditunjukkan pada Puan Rabiah..dia dalah calon menantu mithali.

Seringkali dia mendengar Puan Rabiah memuji dirinya dihadapan ibunya. Ketika itu hatinya kembag sebesar bunga rafflesia. Tidak lama selepas anak tunggal puan Rabiah mula mengajar selepas menghabiskan pengajian diIPG, kemudian dia mendengar khabar puan Rabiah pergi meminang seorang gadis untuk dijodohkan kepada anak tunggalnya itu. Dia sangat kecewa ketika itu. Dia sangat kesal dengan tindakkan puan Rabiah..mengapa puan Rabiah memilih diri untruk dijadikan menantu..dia sudah layak untuk dijadikan isteri, ketika itu sudah mencapai 17 tahun. Rasa kecewa ditelannya. Dia tidak boleh berputus asa lalu ditamankan azam dihatinya akan menanti..pasti akan tiba juga saatnya jika dia bersabar. Saat dirinya memiliki jejaka pujaan.  Beranak limo den nanti jugo. Sebuah lirik lagu Minang. Itu adalah azamnya dulu

Yang sebenarnya Nur Fazila sangat terkesan dengan kata-kata suaminya yang mengatakan ‘sedar dirilah sikit selama ini abang yang bagi Zila makan.. abang yang tanggung semua keperluan Zila ..Zila  yang patut berhati-hati..terlerai sahaja ikatan perkahwinan kita, Zila dah bukan siapa-siapa pada abang.. aurat Zila pun haram abang pandang”   dengan ayat-ayat itulah yang menyebabkan mulutnya tertutup sewaktu pertengkaran mereka tempoh hari..  Mukinkah selama ini suaminya ada niat untuk menceraikan dirinya??? Itu yang difikir nya sepanjang perjalan dengan bas ke Ipoh. Sungguh..kata-kata itu sangat menguris hatinya.Tetapi bukankah semuanya itu benar belaka, mengapa harus mahu berkecil hati. Sepatutnya dia tahu sikap suaminya, dia tidak akan mengeluarkan perkataan sebegitu jika tidak kerana sikapnya juga.

Dua minggu dia di Ipoh Zila mengharapkan suaminya datang memujuk dirinya..tetapi semuanya hanya dalam agananya sahaja..jangankan datang, menghubunginya  pun tidak. Rayuan dirinya dihubungi menyuruhnya pulang kerana dirinya sangat dirindui juga hanya didalam mimipi sahaja… tidak sekali pun suaminya menghubungi  untuk merayunya dirinya pulang atau pun sekurang-kurangnya bertanya keadaan dirinya. Tidak adakah rasa rindu suaminya pada dirinya.Dari sikap suaminya dia sudah tahu dimana dirinya dihati suaminya. Dirinya tidak bermakna dalam hidup suaminya seharian, dan sememangnya dirinya tidak diperlukan.   Pedih hatinya bila dia memikirkan semuanya.

Tetapi pada  Abdul Latif kena tinggal sudah menjadi kebiasaan..dia sudah tidak terkesan dengan tidak tanduk isterinya. Rindu..rindu juga sudah menjadi kebiasaan. Dia tidak akan melayan rasa rindu dan dia boleh mengalihkan rasa rindukan isterinya dengan mengambil berat anak-anak yang didepan mata. Dia mahu anak-anak yang dibawah jagaannya menjadi seperti Uwais  yang cemerlang dalam pelajaran.

Setelah merasakan dirinya sudah terlalu lama meninggalkan tanggung jawabnya, Nur Fazila bersiap untuk pulang semula kePengkalan Hulu. Walau apapun rasa hatinya  dia mesti pulang juga untuk menyelesaikan masaalah hatinya. Selagi dia dalam ikatan perkahwinan dia masih mempunyai tangggugjawap pada rumah tangganya terutama taggung jawab pada suaminya. Selama dua minggu diIpoh dia sudah berkira-kira baik dan buruk apa yang bakal diminta dan bakal disyaratkan kepada suaminya. Dia sudah mendapat satu keputusan dan keputusan itu muktamad untuk menamatkan apa yang bergelora dihatinya. Dia sudah tidak mampu menanggung rasa tidak puas hati, rasa cemburu dan rasa tidak selamat dirinya disisi suaminya. Padanya pada bila-bila masa sahaja suaminya akan pulang semula kepangkuan bekas isterinya. Itu yang dia tidak mahu. Dia tidak mahu perkara dulu berulang kembali. Dirinya dibiarkan dengan rindu yang menggunung kerana perkahwinan yang tidak datang dari hati suaminya sendiri.




Usai solat subuh Sabtu itu Nor Fazilah bersiap untuk pulang semula kePengkalan Hulu.  Dirinya sudah terlalu lama meninggalkan rumah tangganya. Sudah dua minggu lebih dia di Ipoh lebih dari kebiasaan.. tujun utama dia keIpoh ialah untuk menyejukkan hatinya yang panas akibat perbuatan suaminya yang menampar dirinya kerana dia menggganggu perbualan talifon dia dan bekas isterinya. Dia juga memberi peluang hati dan kepalanya menimbang mengira baik buruknya perkahwinan mereka jika diteruskan. Pulangnya kePengkalan Hulu membawa misi. Yang pertama mahu melihat sambutan suaminya pada dirinya. Yang kedua dia juga sedar dia telah meninggalkan semua tanggung jawabnya sebagai isteri dan yang ketiga sebab rindunya juga. Walau bagai mana marahnya rindunya masih ada untuk sang suami. 

Dengan menaiki teksi  dia sampai dihadapan pintu rumah emak mertuanya hari sudah tengahhari. Dari perhentian bas, dia menaiki teksi untuk  menuju kerumah suaminya. Dia memberi salam kedengaran sambutan salamnya dari dalam rumah, rupanya  emak mertuanya sedang berhidang untuk mereka sekelurga makan tengahari. Dua  orang anak perempuannya datang menyerbu menyambut kepulangan dirinya di muka pintu.

“Ibu pergi mana? Kenapa lama sangat”. Itu soalan yang keluar dari mulut anak bungsunya yang terasa terlalu lama ibunya meninggalkan diri nya.

“ibu pergi rumah pak Long”.

“Mirah..Sya ajak  ibu makan sekali, kita makan sama…dah tengahari nii” Laung emak mertuanya dari ruang dapur. Mendengar emak mertuanya diruang dapur Zila terus sahaja  keruang dapur.  Kelihatan suami dan anak lelakinya sedang mengadap hidangan dimeja makan. Bila melihat menantu terjengul dipintu dapur  sekali lagi Puan Rabiah mengajaknya makan tanda dia mengalu-alukan kepulaganan simenantu pilihan. Dia juga tahu kenapa menantunya pergi keIpoh tempuhhari ..kerana merajuk  ditampar oleh anaknya  sebab  menggangu bualannya dengan bekas menantunya di telefon. Itu yang diceritakan oleh menantu pilihannya kepadanya..

Pagi itu dia menegur menantu yang sudah siap berpakaian cantik yang sedang berjalan menuju pintu keluar. Ditanganya menjinjing sebuah beg sederhana besar mungkin baju-bajunya.

“Ehh kamu nak kemana Zila..suami kamu baru pergi kerja ni kamu nak keluar pula.”

“Mak!  Zila nak balik rumah abang Zila”.

“Kenapa ni Zila..kenapa kamu asyik nak balik rumah abang kamu sahaja. Suami kamu baru sahaja pergi  mengajar, kamu pula nak pergi Ipoh..kamu dah minta izin dia nak pergi ke?”

“Tak payah bagi tahu mak..dia memang dah tak sayang Zila..kerana Emil abang sanggup tampar Zila malam tadi..biar lah Zila pergi rumah abang Zila”.

“Oh semalam yang kamu bertengkar tu sebab sebab Emil??. Kenapa dia tampar kamu pula..”

“Emak Tanya abang ke? Kenapa dia tampar Zila”.

“Si Latif tu mana nak bercakap.. yang mak dengar semalam tu hanya nama Uwais sahaja yang kamu berdua sebut, tak tersebut pun nama Emil”.
“Kan Zila dah cakap.. abang memang masih sayangkan kak Emil..bila Zila larang dia supaya jangan nak layan call kak Emil dia tampar Zila pula”.

“Sungguh tak patut Latif ni. Tapi kan Emil tu dah jadi isteri orang..dia main kayu tiga ke..kenapalah siLatif tak pandai nak berfikir yang mana baik dan yang mana buruk..Ni berapa hari pula kamu nak duduk rumah abang kamu tu”. .

“Sampai hati Zila ni tak sakit lagi”.

“Ialah pergilah biar Latif rasa sunyi bila kamu tak ada”. . Itulah aduanya kepada puan Rabiah ketika itu dan ditelan bulat-bulat. Dia juga menyokong dengan tindakkan menantu pilihanya.

Zila menyambut pelawaan emak mertuanya dan duduk semeja dimeja makan. Namun bila merasakan sambutan dingin suaminya diatas kepulangan nya selera Zila menjadi tumpul. Tadi sepanjang perjalanan dengan bas sempat  Nur Fazila berangan bahagia. Dia membayangkan sambutan hangat  suaminya. Namun apa yang diangankan tidak menjadi kenyataan..aganannya tidak sama dengan kenyataan.  Rasa sungguh tidak berbaloi dia bergesa pulang selepas subuh tadi, bila kehadiran dirinya bagai tidak diertikan ..suaminya bena tak bena memandang dirinya walaupun mereka sudah tidak berjumpa lebih dua minggu. diraut wajah suaminya tidak menampakan kesan rindu pun. Enak sahaja suaminya menikmatai masakkan emaknya. Selamba sahaja dia meneruskan  suapan nasi kemulutnya.

            Tadinya usai solat subuh tiba-tiba rasa rindu datang meyerbu, entah mengapa angin rindunya bagai tidak mampu dikawal.. rasanya rindunya sudah setinggi Gunung Kinabalu.menyebabkan Zila mengambil keputusan mempercepatkan waktu pulangnya. Diawal perancangan dia mahu pulang pada hari Ahad. Dia sememangnya mahu berlama-lama dirumah abangnya supaya ketiadaan dirinya dapat dirasai oleh suaminya. Selain dari itu  dia juga mengharapkan suaminya datang memujuknya..tetapi harapan hanya tinggal harapan..jangankan memujuk menghubungi melalui telefon juga tidak pernah diterimanya. Hanya ada tiga kali dua anak perempuanya menghubunginya.Ketika itu untuk menggula-gulakan hatinya, Zila mengatakan panggilan itu diatas suruhan papanya yang sudah rindu akan dirinya. Jika difikirkan hanya dirinya ada rasa rindu sedangkan suaminya tidak merasai sedikit pun keperluan dirinya berada disisinya. Dirinya tidak ubah seperti hidung tak mancung pipi pula tersorong-sorang. Tetapi patutkah rasa itu pada hati seorang isteri atau suami..rasanya tidak.. suami atau isteri ada hak keatas diri masing-masing. BETULKAN.

Zila mengangkat pinggan nasinya walau pun nasi masih berbaki  didalam pinggannya..

“Kenapa makan tak habis Zila..tak sedap ke emak masak”. Teguran emak mertuanya yang memerhati tingkah anakmenantu di depan matanya.

“Sedap mak..tapi  Zila rasa penat.. itu yang tak selera nak makan”. Zila memberi alasan dan meneruskan langkahnya ketempat basuhan pinggan tidak jauh dari meja makan mereka.

“Mak masak ni tadi Mirah yang tolong, mak dah tak susah sangat Mirah dah boleh tolong mak sikit-sikit”. Bual emak mertuangnya yang cuba memecahkan rasa janggal dihati menantu yang baru pulang dan terus pula menjamu selera.

 Yang sabenarnya Puan Rabiah cuba untuk menceriakan suasana beku anak menantu. Untuk mengharapkan suara anaknya.. Abdul Latif memang di berat mulut sedari dulu. Dia sebagai ibu mahu membantu mengharmonikan semula hubungan anak dan  menantu pilihan. Dia mengatakan cucunya yang   bernama Umairah(Mirah) membantunya didapur supaya menantu pilihan tidak rasa bersalah melihatkan dia yang mengalas tugas menyediakan makan minum anak dan suaminya. Memang benar apa yang diperkatakan oleh puan Rabiah…cucu perempuan keduanya sudah di darjah 4 sudah pandai membantu melakukan kerja rumah.

Selesai Zila mencuci pinggannya dia berjalan menuju kebiliknya sambil mengangkat beg pakaian yang dibawanya tadi. Lama dia dalam bilik kemudian dia kedapur semula bila merasakan semua orang sudah selesai makan. Dia membantu emak mertuanya berkemas.

“Dahlah mak biar Zila yang kemas mak..mak pergilah rehat..”

“Kata kamu penat tadi..pergilah kamu rehat”.

“Tak apalah mak..selama Zila tak ada mak yang buat semua.. ni Zila dah balik biarlah Zila yang buat..emak pergilah rehat”. Puan Rubiah akur dengan permintaan menantunya dia berlalu kebiliknya, sememangnya tenaga tuanya juga sudah tidak menizinkan dia berkerja terlalu banyak dia mudah penat.

 Setelah selesai berkemas Zila keruang tamu, dilihat suaminya sedang membaca surat khabar, dua orang anak perempuanya sedang bermain sesama mereka, manakala anak lelakinya kelihatan dibawah pokok mangga dihadapan rumah membelek basikal ‘Mountain Bikenya’.  Zila memerhati suaminya sebelum dia mendekatinya.. sambil dia berjalan dia memasang tekad…  dia mesti meluahkan apa yang ada dihatinya hari itu juga. Dia ingin tahu dimanakah kedudukan dirinya dihati suaminya.

“Bang!”.Abdul Latif memanggung kepala dan memandang isterinya yang memanggil. Zila sudah berdiri disisinya.

“Emm..ada apa”. Tanyanya lemah sahaja bunyinya seakan orang malas mahu melayani bual sang isteri. Pada pandangan mata Zila suaminya tidak teruja dengan kehadiran dirinya. Jika tadi dimeja makan.. mungkin sifat teruja suaminya dilindungi kerana mereka dihadapan emak dan anak-anaknya. Tetapi kini hanya mereka berdua sahaja diruang tamu namun masih tiada juga riak suka atau gembira yang terpancar diwajah suaminya. Tadinya dibilik dia juga mengharapkan suaminya mencari dibilik setelah dia selesai makan namun...Nur Fazila merasa sungguh kecewa.

“Zila nak cakap dengan abang sikit..”

“Cakap lah abang dengar”. Cikgu Abdul Latif melipat surat khabarnya untuk memberi perhatian isterinya yang mahu bercakap denganya.

“Rasanya tak elok kalau kita cakap kat depan ni..jomlah kita masuk bilik”. Tampa menunggu jawapan suaminya terus sahaja Zila memusingkan bandan dan berjalan menuju bilik tidur mereka. Abdul Latif mengikuti langkah isterinya dari belakang. Nor Fazila membuka pintu untuk suaminya.

“Masuk..abang duduklah”. Abdul Latif mengikuti segala arahan isterinya. Setelah suaminya duduk dibirai katil Zila pula duduk dikerusi meja soleknya.

“Kata nak cakap dengan abang tadi, cakaplah”. Zila memandag tepat kewajah suaminya, sekali lagi dia mahu mencari rasa gembira suaminya diatas kepulangan dirinya. Yang sebetulnya dia mahu memuaskan hatinya. Mungkin kalau sekali pandang rasa itu tidak terlihat olehnya..tetapi tidak juga sememangnya suami nya tidak teruja dengan kepulangan dirinya. Itu yang dilihat jelas di matanya dari wajah selamba suaminya.

“Abang marah Zila ke?” Itu soalan yang keluar dari bibir Nur Fazilah untuk menutupi rasa kecewa..

“Nak marah kenapa?”.soalannya berjawab dengan soalan dari suaminya. Sebelum dia menjawab soalan suaminya dia berfikir-fikir dalam hati.. Ialah nak marah kenapa.. nak marah sebab tinggalkan selama dua minggu lebih  ke.. atau marah sebab dia merampas telefon ketika suaminya sedang bercakap dengan jandanya. Bila teringat bekas isteri suaminya hati jadi hangat semula.Timbul rasa marah yang menggunung dihatinya. Kerana bekas madunyalah dirinya menerima tamparan dari suaminya  tempuh hari. Itulah Zila perkara yang lepas jangan dikenang nanti membakar diri sendiri.

“Bang dah lama Zila perasan..yang sebetulnya Zila ni langsung tak bermakna pada abang betulkan”.

“Zila nak ‘bermakna’ yang macam mana”. Soal Abdul Latif kembali dia tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh isterinya.

“Yang bermakna seperti isteri orang lain..yang diberi kasih sayang..ada kemesraan dan duduk berbual-bual..ada ketika bergurau senda”.

“Kan kita berbual ni..”.

“Berbual apanya ni..hati abang marah..hati Zila pun tengah marah ni”.

“Hati Zila abang tak tahu..tapi hati abang rasanya biasa sahaja..tak rasa apa pun”.

“Inilah yang Zila maksud kan..abang memang tak rasa apa pun pada Zila..Zila ni memang tak bermakna langsung pada abang.Dua minggu Zila kat Ipoh..mana pernah abang call tanya khabar Zila. Dua minggu kita tak jumpa abang tak teruja pun Zila balik ni..kenapa bang? abang tak rasa rindu ke masa Zila tak ada”.

“Entahlah Zila abang macam dah biasa sangat kena tinggal, jadi abang malas nak ingat-ingat..kalau Zila rasa nak balik balik lah..kalau Zila rasa nak pergi..pergilah. Abang tak suruh dan abang tak akan halang Zila nak mencari rasa gembira Zila sendiri”. Sinis sahaja kata-kata Abdul Lati tetapi memang itulah yang dirasanya. Dia tidak suka bising-bising..baginya seseorang itu harus tahu dimana kedudukan dirinya dan tanggung jawabnya. Mereka bukan lagi anak remaja yang semuanya perlu diberi peringatan. Tetapi Abdul Latif terlupa seseorang itu harus juga diingatkan mungkin mereka terlupa.


2 comments:

  1. Mak CG Latif ni yg buta kot x nmpak x betulnya si zila.
    -dibah-

    ReplyDelete
  2. Apa la si zila ni...
    Umur dah tua tp lagak cam budak kecik..
    Nak minta dipujuk segala.,
    Padan2 dgn mak mentua menangkan menantu..
    Takkan x rasa anak tu ada bini tp suka suki je nak keluar masuk rumah..

    ReplyDelete