“Entah lah
mak, tapi saya rasa berat nak rujuk balik. Mak perasan tak setiap kali Uwais
datang esoknya Zila akan pergi keIpoh. Yang sebenarnya setiap kali Uwias datang
dia akan marah. Dia juga mempertikaikan duit yang saya bagi pada Uwais. Dia
pergi keIpoh tanda dia marahkan saya.
Kalau kami rujuk balik tak mustahil dia akan buat macam tu lagi, mungkin
lagi teruk..tak mustahil dia kenakan syarat pada saya. Jadi biarlah saya macam
ni”.
“Dulu Zila
tak macam ni, mak tak nampak pun dia ni cemburu buta atau cengil orang. Masa
mula-mula kahwin dengan kamu mak tenguk Zila ni orang nya lemah lembut dan
penyabar. Kenapa dia berubah bila dah lama kahwin dengan kamu”.
“Entahlah
mak, kita ni manusia berubah usia mungkin akan berubah juga tingkah laku kita
mak”. Memang benar kata Abdul Latif kalau tak takkan ada orang bermadah ‘Anak punai anak merbah, turun mari buat
sarang, anak sungai pun berumah inikan pula hati orang’.
“Kalau ada
jodoh lain selain dari Zila kamu terima tak Tif”.
“Untuk waktu
terdekat ni ..saya rasa berat nak beristeri mak”.
“Kenapa? kamu
serik ke?”.
“Serik tu
tidak, tapi saya takut terjumpa yang macam Zila.Takut terjumpa wanita yang
hanya mahukan saya seorang, habis anak-anak saya macam mana. Kalau dulu hanya
Uwais sorang, tapi sekarang dah empat orang mak. Saya tak mampu nak memperjudi
kan masa depan anak ditukarganti dengan kebahagian saya mak. Saya akan fikir
bahagia saya bila Sya dah boleh berdikari. Sekurang-kurangnya sekurang-kurangnya
bila Sya dah sekolah menengah. Sekarang
biarlah saya fikir masa depan anak. Itu
lebih pentingkan mak.”.
“Kalau macam
tu lama lagi Tif..Nampaknya hanya empat sahajalah anak kamu. Kenapa tak suruh
Zila beranak ramai-ramai dulu, dia kan boleh beranak, tak macam Emil dia tak
boleh mengandung”.
“Saya yang
tak nak mak..saya tak mampu nak jaga dan didik anak sorang. Saya rasa saya
sorang yang jaga dan didik anak, Zila
hanya tahu mengadung dan melahirkan anak sahaja. Mak bukan tak Nampak kalau
saya ada kat rumah hal anak-anak saya yang buat..dari bangun malam buat susu
sampaikan mandikan anak saya yang uruskan. Ni bila dah sekolah saya juga yang
nak mengajar diorang mengaji dengan
kerja sekolah, dia memang tak mahu langsung melibatkan diri dalam hal anak-anak
mak. Bukan saya nak berkira tapi saya kadang-kadang penat sangat dengan kerja
disekolah lagi. Bila kat rumah saya juga kena mengasuh dan mengajar anak-anak. Sepatutnya dia kat rumah tolonglah
sikit-sikit tolong tengukkan Sya pun jadilah, ni semuanya saya dari yang besar
sampai yang kecil. Walau macam mana pun saya tetap berterima kasih pada dia,
kerana sanggup melahirkan anak-anak saya”. . Itulah sikap Zila, padanya dia
sudah bersusah payah mengandung dan melahirkan, biar suaminya pula menjaga dan
mengajari anak-anak.
“Oh..kamu
yang tak mahu, mak ingat dia yang tak nak beranak lagi. Kalau kata kamu tadi, nak
tunggu Sya sekolah menengah baru kamu nak fikir beristeri lagi memang sahlah empat orang sahaja anak kamu.”.
“ Empat pun
dah Alhamdullilah sangat mak. Saya nak didik anak-anak saya betul-betul jadi
macam Uwais. Saya dah cakap dengan Zila hari tu, biar saya yang jaga
anak-anak..masa cuti sekolah sahaja saya hantar duduk dengan dia. Nampaknya dia tak membantah.. dia ok sahaja”.
“Mampu kamu
nak jaga anak sorang-sorang Tif”.
“In Syaa
Allah mak..tapi saya minta bantuan emak juga, nak siapkan makan minum dan pakainya,
boleh mak.”
“In Syaa
Allah Tif, kalau mak masih hidup ni
memang apa-apa tentang kamu mak akan tolong, sebab mak rasa bersalah kamu jadi
macam ni”.
“Jangan mak
salah kan diri sendiri. Ini dah aturan hidup saya mak.Saya redha apa yang Allah
dah tentukan untuk saya”. Abdul Latif mengulangi kata-kata Uwais suatu ketika
dulu.
Matahari yang diatur oleh Allah tenggelam dan timbul yang
sebenarnya sangat bermakna. Di setiap pusingan bumi membawa matahari pada
kedudukkannya mewajib kan semua manusia menyembah Allah yang Esa. Dari muncul
dan terbenamnya matahari juga menandakan hari kita berganti, kemudian
bulan dan kemudian tahun. Secara tak langsung umur bertambah dan fizikal kita walau
kita tidak mahu, juga akan tetap berubah.
Jika dulu rambutmu hitam, kini sudah
sedikit-sedikit disulami putih, kulit yang tegang sudah sedikit-sedikit akan
berkedut. Wajah remajamu juga sudah
sedikit-sedikit nampak matang dan berusia..Tetapi itu sebenarnya adalah ingatan
dari Pencipta kita, bahawa kematian
sedang menghampiri setiap kali hari berganti.Tetapi dek kerana kesibukkan
manusia menangani kehidupan, kadang-kadang manusia terlupa mengira masa yang
berlalu.Terlupa memandang perubahan pada diri sendiri. Bila sampai waktunya,
yang terleka …tidak sempat pula untuk bersedia.Tapi itu semua Rahmat dari yang
Maha Mengasihi.Hidayah adalah Rahmatnya.
Kehidupan keluarga Emil dan keluarga Abdul Latif juga tidak
terkecuali dari fitrah kehidupan yang dijanjikan oleh Allah. Tidak tersedar
sudah sepuluh tahun Abdul Latif menjadi bapa tunggal. Kehidupan hariannya hanya
dibantu oleh emaknya yang sudah tua. Tetapi dia tidak pernah menoleh
kebelakang, berkeluh kesah resah kerana dirinya seorang bapa tunggal...azamnya
hanya mahu mendidik anak supaya menjadi insan yang berguna dan berakhlak mulia
dan cemerlang dalam semua segi.. pelajaran dan kehidupan.
Sepuluh tahun berusha, kini dia sudah nampak sedikit-sedikit
kecemerlagan anak-anaknya. Beberapa bulan lepas anak lelakinya yang bernama
Umar Aziz sudah pun pun memiliki Ijazah dalam bidang Akauntan setelah menamatkan pelajaranya. Kini
sementara menunggu peluang yang lebih bagus dia bekerja di sebuah syarikat
swasta diKuala Lumpur. Dia seperti abangnya Uwais juga, mendapat 5A dalam
peperiksaan UPSRnya dulu. Kemudian dia terus
mengorak langkah, dari belajar di asrama penuh dan kemudian ke menara gading. Dia
berjaya menuntut Ilmu diUniversiti Kebangsaan di Bangi Selangor. Manakala anak
perempuanya yang kedua sedang mejalani
latihan sebagai Jururawat di Alor Star Kedah. Hanya tinggal anak bungsunya yang
bernama Uqasha, yang sedang menunggu keputusan PMRnya. Jika dia berjaya nanti
dia juga akan mengikuti jejak langkah abang dan kakaknya bersekolah di asrama.
Bagi Abdul Latif sangat mengalakkan anak-anaknya belajar diasrama kerana system
sekolah berasrama yang penuh displin dan berdayasaing menyebabkan semua pelajar
belajar dengan bersungguh-sungguh.
Nur Fazila juga sudah lama bertemui jodohnya yang baru. Suami barunya bernama Azizul Rahman. Walau
pun kini bekas isterinya sudah mendapat jodohnya yang baru, Abdul Latif tidak memutuskan hubungan silatulrahim antara
anak-anaknya dan bekas isterinya Nur Fazila. Setiap cuti penggal atau cuti
semesta anak-anaknya akan digalakkan mengziarahi ibunya di Ipoh. Selepas
setahun perceraian mereka, NurFazila ada menghubungi emaknya, dia mengatakan
mahu bernikah sekali lagi dengan anak Macik Tipah yang sudah bersara dari
menjadi askar. Azizul Rahman merupakan seorang askar telah pun menamatkan
perhidmatanya pada usia 50 tahun. Dia masih bujang walaupun sudah berusia. Mungkin
jejaka ini lah yang paling sesuai untuk NurFazila kerana hatinya masih kosong
tidak pernah dicalari dengan rasa cinta
wanita.
Dari masa kesemasa, dari kunjungan anak-anaknya yang
menziarahi ibunya Abdul Latif mendapat cerita, bekas isterinya sudah pun
mempunyai sepasang cahaya mata. Dia bersyukur Nur Fazila menemui kebahagiaan
bersama suami barunya. Dan dia mendoakan agar kebahagiaan itu kekal hingga ke Syurga.
Tiada rasa sakit hati, tiada dendam atau rasa tidak puas hati dihatinya
mendengar kebahagiaan bekas isterinya. Dia menerima semuanya yang terjadi sebagai aturan Allah
yang Maha Mengetahui.
Dulu ketika Nur Fazilah menyampaikan khabar mengatakan dia
mahu bernikah sekali lagi, emaknya puan Rabiah ada mendesaknya agar dia rujuk
bekas isteri pilihan emaknya. Atas alasan kasihan anak-anak yang akan terus kehilangan
kasih seorang ibu. Dan yang kedua emaknya kasihankan dirinya kerana melihat dirinya terpaksa memikul dua tanggung
jawab sebagai ayah dan ibu kepada anak-anak yang baru hendah meningkat remaja.
Tetapi mudah sahaja jawapan Abdul Latif.
“Tif..tadi Zila telefon emak”.
“Dia nak apa? Dia nak suruh saya hantar anak-anak jenguk dia
ke?”.
“Taak, dia kata dia nak nikah lagi dengan anak orang yang tumpangkan
dia duduk.Untuk memudahkan semua orang katanya dia kena nikah. Mak dengar suaranya
macam terpaksa sahaja”.
“Habis selama ni kat mana anak orang tu duduk, dah setahun
duduk satu rumah baru nak menikah”.
“Selama ni budak lelaki tu duduk Negeri Sembilan kerja askar
kat sana. Tapi sekarang ni dia dah pencen, tu yang balik rumah emak dia. Jadi
pada susah-susah Zila nak pindah balik rumah abangnya yang ada anak ramai tu,
dia ambil keputusan nikah sahaja dengan anak orang tu. Lagi pun taukeh gerai tu
pun suka juga kalau Zila nak kahwin dengan anak dia. Anak dia tu bujang telajak
Tif”.
“Oh kalau dah macam tu eloklah, dah memang jodoh Zila lah tu
mak”.
“Kamu tak rasa apa ke
Tif, lepaskan Zila kahwin dengan orang lain”.
“Tak adalah mak..biar lah jodohnya kali ni yang masih bujang,
elok yang macam tu. Mungkin jodohnya kali ini sesuai dengan dia, sebab tak ada
siapa nak dicemburukan.”
“Tapi kan Tif dia masih ingatkan emak, itu yang dia telefon
mak cakap dia nak nikah. Mungkin secara tak langsung nak bagi tahu kamu juga. Mak
rasa dia masih mengharap kamu ambil dia jadi isteri kamu semula”.
“Biarlah mak,
saya gembira dia bertemu jodohnya, mungkin lelaki tu lebih sesuai untuk Zila.
Saya doakan Zila lebih bahagia dengan
jodohnya yang baru dia mak.”
“Mak kesian
kamu Tif, mana nak kerja mana nak fikir pasal anak. Anak kamu Mirah tu tak lama
dah nak jadi gadis, siapa pula yang nak bagi tunjuk ajar kalau dia datang bulan
nanti”.
“Mak kan ada,
mak tunjukkanlah sikit-sikit. Lagi pun kat sekolah biasanya ustazah akan bagi
tunjuk ajar sebagai asas mak, mak janganlah bimbang”.
“Mak ni
berapa tahun sangatlah boleh hidup Tif, mak takut cucu-cucu perempuan emak tak
menjadi anak gadis yang pandai ilmu rumah tangga, bila tak ada ibu yang memberi
tunjuk ajar pada mereka”.
“Mereka kan
dah ada emak, emak pun dah selalu suruh diorang buat kerja rumah, itu ilmu
rumah tanggalah tu mak. In Sya Allah mereka akan tahu dengan sendirinya bila
mereka menolong emak buat kerja”. Puan
Rabiah memandang sayu kearah anaknya.
Walau pun bersungguh puan Rabiah memujuk namun bersungguh
juga cikgu Latif menolak cadangan emaknya. Pada cikgu Latif kali ini suruhan
emak tidak sewenang-wanangnya diikuti, dia mesti bertegas. Dia tidak mahu
pisang berbuah dua kali perkara yang lepas dijadikan pengajaran.
Bagi Abdul Latif dan Emil Atilia Uwais adalah
bukti mereka pernah menjadi pasangan suami isteri suatu ketika dulu. Oleh
kerana anak, sesekali mereka akan berhubung dan sesekali mereka akan
bertembung. Selama lima tahun Uwais belajar
jauh dari Pengkalan Hulu mereka sepakat menjenguknya jika mereka ada kelapangan. Walaupun mereka
menjenguk berlainan waktu itu sudah cukup memadai untuk Uwais. Walaupun apa pun
hubungan mereka anak tetap anak, dan kewajipan mereka mengembirakan hati anak.
Sesekali dijenguk menandakan dia seorang anak yang masih dihargai dan dikasihi
oleh kedua ibu bapa nya.
Seperti ketika Uwais mahu keKorea
dahulu.Uwais ke Korea kerana menerima tawaran untuk menjalani latihan praktikalnya disana selama
setahun. Emil bersama suaminya cikgu Nassir yang menghatar hingga ke KLIA.
Dihari graduationnya pula Abdul Latif dan
emaknya Puan Rabiah yang menghadiri hari bersejarah itu. Bagi Uwais dia
tidak kisah sama ada mama atau papanya yang bersamanya ketika dihari gembiranya, kerana dia sangat memahami
kedaan papa dan mamanya. Sungguh Uwais anak yang sangat memahami keadaan kedua
ibu dan bapanya.
“Bang! Tadi papa call dia kata dia yang nak
pergi dengan nenek masa abang graduate nanti. Nampaknya mama tak terpaksa bagi
peluang pada papa pula. Abang tak apa ke kalau mama tak datang?.”
“Tak apa ma..abang faham”.
“Bang! Mama yang sebetulnya teringin nak
tenguk anak mama berdiri diatas pentas. Mama nak merasakan bangga hati mama ni
bila orang tenguk anak mama dengan yakin melangkah dan berjabat tangan dengan
professor atau pun VVIP yang akan bagi scroll kat abang tapi ialah….”.Emil
menarik nafas dalam dan menghembuskan dengan penuh makna.
“masa abang tingkatan lima kan mama dah
tenguk abang atas pentas, abang pun berjabat tangan dengan YB masa tu.”.
“Masa tingkatan lima tu, tak grand sangat,
lepas tu YB tu mama biasa jumpa. Mama nak tenguk didalam dewan besar bang,
ada tv keliling pentas. Orang pula
beratus-ratus orang yang tenguk anak mama ni. Mama ni nak tunggu anak lain,
mana mama ada anak lagi, abang sorang anak mama.”Ketika itu mereka duduk
halaman rumah cikgu Nassir.Emil berhenti sekejap dari menyapu laman bila Uwais
sampai dari bengkel pak longnya.Mendung sahaja wajah Emil ketika menuturkan
kenyataanya.
“Apa pula mama ni..Pian kan ada, nanti mama
datang lah masa Pian graduate..Pian pun anak mama juga kan”.
“Ialah bang”. Biar pun ada rasa kecewa dihati
Emil namun dia harus juga memberi peluang pada bekas suaminya merasai hari yang
penuh makna untuk anak mereka. Ada rasa kesal yang bermukim dihatinya, bila
hari bermakna anaknya terpaksa di bahagi-bahagi ketika mereka hendak
memaknakan.
..
Daripada beristeri satu jadi dua isteri. Pastu jadi sorang isteri balik. Sudahnya menduda cikgu Latif.
ReplyDeleteKesian juga kat Emil nak bagi peluang pada Latif. Tula sorang anak kandung dia. Cikgu Latif ada anak kandung lain. Emil betul² berubah.