Hanya ni yg dapat mak teh postkan..sorry
ye ayatnya juga rasa macam tak padat.
“Tak payah pa… abang dah ada duit,
(Uwais membuka mulut beg duitnya kelihatan 10 keping not lima puluh) ni haa duit
gaji yang pak long bagi. Tak sangka pak
long bagi dua gaji pa, gaji kerja kat bengkel dan gaji untuk mengajar anak-anak
dia. Ini baru bagi setengah dari gaji sebulan, yang lainnya dia nak masukkan
dalam buku bank abang. Dia bagi ni sebab dia suruh abang beli barang-barang
yang nak dibawa masa abang belajar nanti..” Penolakkan pemberian papanya tidak dilihat oleh ibu tirinya kerana dia sudah masuk kebilik mahu menyejukkan hatinya yang panas.
“Ohh..”. terkebil-kebil mata Abdul
Latif bila mendengar cerita anaknya. Terdetik dihatinya akan kebaikan hati
sepupu bekas isterinya. Sungguh dia mengotakan janjinya kerana tolong ‘menengokkan’ anaknya.
“Ia pa dia cakap macam tu kat abang
semalam. Dulu abang ada cakap kat dia, kalau dia nak bagi abang gaji..abang
minta dia masukkan duit tu dalam buku bank abang. Pada abang macam tu lagi
selamat, kalau duit kat tangan tak terasa kita guna berlebih-lebih pula”.
“Pandai abang..Eloklah macam tu duit
simpan, nanti masa pergi belajar dah senang, sebab abang dah ada duit
sendiri..duit biasiswa kadang lambat dapatnya. Kalau dah dapat biasiswa
jimat-jimat ye”.
“Baik pa.papa jangan bimbangkan abang,
pandailah abang jimat”.
“Ni papa bagi sikit untuk
tambah-tambah abang kat sana..”.
“Pa..papa kerja sorang, adik-adik nak
sekolah juga tak payahlah bagi abang.. betuul… sekarang abang pun dah besar dah
pandai cari duit sendiri..papa jangan kecil hati abang tak ambil duit papa ye.
Mama pun bagi abang duit juga tapi abang tak ambil pa sebab abang nak guna duit
titik peluh abang ni. Lagi pun duit yang papa bagi setiap bulan mama simpan
untuk kegunaan abang belajar nanti. Rasa nya duit tu dah lebih dari cukup untuk
abang gunakan. Abang dengar tak lama tunggu duit biasiswa kalau kita masuk
Metrikulasi, jadi papa jangan risaukan abang. Lepas ni papa tak payahlah bagi
abang duit lagi. Duit papa gunakanlah untuk adik-adik..”. Bila Latif tetap
menghulur duitnya, Uwais tetap menolaknya dengan lembut itulah yang keluar dari
mulut anaknya yang kedengaran sangat ikhlas. Mendengar kata-kata anaknya yang
memahami dirinya hati Abdul Latif sangat terharu.Dia bangun memeluk anaknya
dengan kemas ada air mata yang bertakung ditubir matanya.
“Maafkan papa bang, kalau papa
bertegas dulu, kita tak akan jadi macam ni. Kita takkan duduk berasing-asing
rumah dan kita boleh ambil berat antara satu sama lain..maafkan papa bang”.
“Tak apa pa, ini aturan hidup yang
Allah bagi pada kita pa.Kita kena redha dengan ketentuannya”.Mendengar jawapan
anaknya Latif menarik anaknya dalam pelukannya sekali lagi. Sungguh pandai Emil
mendidik anak menjadi dia seorang remaja yang berfikiran matang dan bertimbang
rasa.
Setelah
kereta kancil anak nya bergerak meninggalkan perkarangan rumah kampungnya,
Cikgu Latif mencari isterinya. Dia mahu memberi peringatan kepada isterinya
..mungkin dengan tingkahnya tadi anaknya merasa dirinya tidak disenangi itulah
sebabnya anaknya bergesa pulang. Cikgu Latif meninggikan suaranya memanggil
isteri yang perlu diajar.
“Zila!!!”.
“Ada apa bang yang
terpekik-pekik”. Zila juga bersuara agak
tinggi kerana hatinya juga sedang hangat.
“Zila memang sengajakan cakap macam tu
tadi depan Uwais ..kenapa Zila benci sangat dengan dia..”.
“Zila cakap apa bang..pasal makan
malam tu ke..tak betul ke sekejap lagi kita nak makan malam..dan memang bukan
kebiasaan kita ada minum petang…Zila ni dah emak abang ajar, kalau makan petang
nanti semuanya tak lalu nak makan sebab dah kenyang. Abang ni memang suka
mencari kesalahan Zila kan..Kalau anak abang yang tu datang mula lah abang nak
tinggi suara dengan Zila.. Bencilah macam ni”. Pada Nur Fazila hatinya yang
panas menjadi bertambah panas bila didimarahi disebabkan anak tirinya, yang
lagi tepat anak suaminya yang bersama Emil.
Melihat
keadaan isterinya juga sedang marah cikgu Latif menyabarkan diri dan mengunci
mulutnya. Dia berlalu membawa dirinya kedalam bilik tidur mereka. Jika dia sama
baran tentu sahaja perang antara mereka akan meletus itulah kebiasaan cik gu
Latif. Menyimpan amarahnya.
Petang
itu juga Uwais pulang semula kerumah datuk dan neneknya.Biar pun sudah pulang
namun hati Zila masih tidak puat hati dengan tingkah suamimnya tadi. Entah
mengapa makin meningkat usianya rasa cemburu dihatinya semakin berkembang mekar
hingga tidak boleh dibendung lagi. Jika dulu boleh lagi rasa cemburunya
ditutupi dengan tingkahnya yang lemah lembut dan mengikut kata tetapi sekarang
ini..TIDAK BOLEH. Bertambah tidak boleh jika bersangkutan dengan EMIL janda
suaminya atau bekas madunya. Baginya mendengar nama Emil disebut sahaja api
cemburu marak menyala.Tahap kepanasan dihatinya mahu mencapai tahap didih.
Untuk
memuaskan hatinya dia mengikuti langkah kaki suaminya kedalam bilik. Yang
sebenarnya hatinya masih tidak puas bila suaminya melarikan diri ketika dia
sedang marah. Dia mahu meluahkan apa yang menjadi bara didalam hatinya.
“Bang!! Berapa kali Zila nak
cakap..Zila tak suka Uwais datang sini”.
“Zila dia tu anak abang apa salahnya
kalau dia datang sini jumpa abang. Abang ni kan papa dia”.
“Kan dia dah ada ayah tiri. Kenapa
yang dia nak jumpa abang..apa-apa
masaalah rujuklah pada ayah tiri dia tu. Kan sama sahaja ayah tiri dengan ayah
betul”.
“Kenapa yang Zila benci sangat dengan
Uwais tu.Nak berapa kali abang cakap dia tu anak kandung abang…Siapa kata ayah
tiri sama dengan ayah kandung?”
“Zila bukan benci dia, tapi Zila nak
tolong abang lupakan mama dia. Kalau dia selalu datang sini macam mana abang
nak lupakan mama dia kan muka dia tu macam muka mama dia..”.
“Zila! Sama ada Uwais datang sini atau
pun tidak, tak ada kena mengena dengan abang boleh melupakan mama dia. Ini soal
kenangan, soal hati… Zila.”
“Zila yakin abang dapat melupakan mama
dia kalau abangtak selalu jumpa anak dia
tu”.
“Cuba Zila fikir boleh ketika
melupakan orang yang pernah tidur sebantal dengan kita”.
“Tapi abangkan dah janji nak lupakan
dia..mana janji abang”.
“Bila abang janji macam tu..bila??..dalam
mimpi ke..Biar berapa lama pun dan biar apa pun yang terjadi kenangan abang pada Emil tak mungkin
hilang Zila.. itulah kenyataanya”. Abdul Latif tidak terfikir jawapanya
menghiris pedih hati isteri yang didepan mata. Cemburu Zila membakar ruang
hatinya. Sudah jelas suaminya sememang tidak dapat melupakan bekas isterinya.
PANAS..hatinya terbakar dengan kenyataan suaminya.
Untuk
meredakan panas dihatinya keesokkan harinya dia keIpoh kerumah abangnya. Sambil
dia bekerja di gerai makan, sambil dia menghibur hatinya, sambil juga mengumpul
duit. Kali ini kumpulan duitnya sudah di niatkan untuk membeli produk
kecantikan yang diberi nama Aura White untuk mencerahkan kulit badanya pula.Dia
mahu kelihatan cerah berseri dimata suami. Rupanya kerja bersambil-sambil makin
lama makin menjadi kebiasaan pada Zila. Dia mula memudahkan rasa tanggung jawap
pada suami dan anak-anak. Dia mula mementingkan diri sendiri. Apabila sudah
pandai mencari duit sendiri bertunas pula rasa ego dihati. Dia merasa besar
diri kerana dia sudah boleh berdikari.
Bagi
Abdul Latif pula ‘sambilan’ isteri
menjadi kan dia lali ditinggalkan. Biar pun kadang-kadang hamper dua minggu
isterinya meninggalkan dirinya. Begitu juga dengan anak-anaknya, kehilangan
ibunya sudah menjadi kebiasaan pada mereka.Kini jika ibu mereka tiada dirumah
mereka tidak lagi tercari cari.
Waktu
berlalu tidak pernah berhenti. Setiap setiap hari umur insane menambah. Begitu juga dengan anak-anak Abdul
Latif dan NurFazila anak nya yang tua
yang diberi nama Umar Aziz sudah masuk ke darjah enam, ini bermakna dia
akan menduduki peperiksaan UPSRnya. Dia harus membantu anaknya bersedia dengan
peperiksaan besar itu. Manakala anaknya perempuanya yang diberi nama Umairah
didarjah empat dan anak yang bungsu nya yang diberi nama Uqasah sudah didarjah
dua mereka semua mesti dibantu untuk memastikan pelajaranya betul-betul dapat
diterima dengan baik.Walaupun disekolah mereka sudah menerima pelajaran dari
guru, namun pemerhatian dirumah harus diteruskan jika mahu anak-anak dapat
menerima pelajaran dengan kefahaman yang mantap.
Bagi
Abdul Latif, dia menjadikan bekas isterinya contoh. Jika dia mahu anak yang Berjaya dalam pelajaran mereka mesti dipantau
setiap masa. Ini sudah terbukti cara dia mendidik anaknya Ahmad Uwais yang
sudah menjadi anak yag cemerlang dalam pelajaran. Bila mengenangkan Uwais makin gigih Abdul Latif mendidik anak. Namun
kegigihan dirinya mengurangkan perhatianya pula pada isteri yang mengharap
perhatian dirinya.
Bagi Zila yang sudah berkerja keras
untuk membuatkan suaminya memandang dirinya dengan perasaan kagum, terasa tidak
berbaloi bila suaminya bagai tidak menyedari perubahan pada dirinya. Dia
merasakan dirinya kian hari kian berubah dari segi warna kulit. Jika dulu
suaminya pernah berkata dirinya kelihatan janggal bila kulit mukanya kelihatan
putih tetapi tangannya masih hitam seperti iklan terlajak laris tu. Kini
setelah dia menggunakan produk Aura Waithe
kulit tanganya kelihatan semakin cerah tapi mengapa perubahan itu tidak
disedari oleh suaminya. Atau suaminya sengaja pura-pura tidak melihat perubahan
itu.
….
Dia sering bertanya pada dirinya sendiri, adakah dirinya begitu tidak menarikah dimata
suaminya.Itulah pertanyaan yang sering bergena dihatinya.Pertanyaan yang tiada
jawapan menjadikan dirinya begitu kecewa. Yang sebenarnya dia ingin sekali
mendengar suaminya berkata dirinya cantik dan menwan. Ingin sekali dia
mendengar kata-kata sayang dan cinta untuk diri terluah dari bibir suaminya.
….Sudah
hampir 13 tahun perkhawinan mereka tidak pernah sekalipun suaminya mengucapkan kata
sayang kepadanya.Tetapi yang sebenarnya cikgu Abdul Latif sememangnya begitu. Cik
gu Latif seorang yang agak pendiam dan pemalu. Dia meluahkan rasa sayang dengan
perbuatan. Padanya jika segala tanggungjawap dan keperluan zahir dan batin
sudah disediakan dan dilaksanakan itu sudah cukup menyatakan rasa sayangnya. Dulu
ketika bersama Emil dia tidak juga mengatakan sayangnya berulang kali. Tapi
jika kita sudah bersama sedari awal kita dapat memahami setiap gerak dan
merasai kasihnya walaupun tidak terucap… betulkah begitu.
Entah mengapa sekarang suaminya tidak lagi
berlama disekolah. Sebelum masuknya
waktu Magrib suaminya sudah bersiap sedia diruang tamu untuk menunaikan solat Magrib
berjemaah bersama emak, anak-anak dan juga dirinya. Kemudian dia akan mengajar
anak-anaknya mengaji selesai mengaji dia
akan membantu anak-anaknya menyiapkan kerja sekolah. Itulah perubahan diri suaminya
yang menjadi perhatiannya sejak dia pulang dari Ipoh seminggu yang lalu.
Sejak tadi Zila memerhati suaminya yang sedang
mengajari anak-anaknya diruang tamu. Dari mengaji Al-Quran hinggalah kini
mereka mengulangkaji mata pelajaran
disekolah. Dari anak lelakinya yang tua hinggalah kepada anak bungsunya semua
Abdul Latif sendiri yang mengajarnya. Zila hanya memerhati, padanya.. dia ayah
tentulah dia yang wajib mengajari anak-anak. Entah mengapa ada rasa kekok untuk
sama membantu anak-anaknya belajar. Lagi pun dirinya tidak dipelawa untuk turut
sama mengajari anak-anak mereka. Kalau anda perlukah pelawaan itu..perlukah seorang
ibu dipelawa untuk membantu suami mengajari anak-anak jika itu sememangnya
anak-anak itu lahir dari rahimnya.
Apa yang ada difikiran Zila… Rupanya dia berada
diruang tamu itu bukan berniat untuk membantu suaminya mengajari anak-anak. Dia
hanya mahu mencuri perhatian suaminya.Sejak
dia pulag dari Ipoh selepas solat Isyak sebelum
mereka bersiap-siap hendak tidur, dia akan bersungguh dia mempersiapkan diri diri
secantiknya. Padanya hanya itu kesempatan yang ada, bila waktu siang suaminya
penuh disekolah waktu terluang suaminya hanya waktu itu sahaja. Tetapi alangkah
hampanya biar pun sudah lama dia turut berada disitu tidak sekilas pun suaminya
menoleh untuk memandang dirinya.Tumpuan nya hanya lah anak-anak yang depan
mata. Untuk memujuk hatinya yang kecewa
dibisikkan kata .’ gaya tak berpaling
tapi mata menjeling’..dan jelingan itu tidak dilihat dimata kasarnya. Itu
aganan Zila. Kemudian dia tersenyum sendiri.
Ohh!! Zila mengapa dia begitu mengharap
dirinya dipandang oleh suaminya. Sambil memandang suaminya yang seakan tidak
menyedari kehadiran dirinya, akhirnya dia bosan tercatuk seorang seperti tidak
dihiaukan. Malas mahu bersama mereka diruang tamu …dia membawa diri menuju
kebilik tidurnya. Dengan perasaan hampa Zila kedalam bilik membelek wajah dan
membelek dirinya.Dia berdiri dihadapan cermin besar didalam bilik mereka. Cermin
panjang setinggi dirinya yang dibeli atas permintaan dua bulan lepas. Hmm
dirinya sudah langsing hasil dari diet makannanya. Dia sudah tidak memekan nasi
sejak tiga bulan sudah. Walaupun sudah langsing dia masih tidak menjamah nasi
kerana mahu mengekalkan kelangsingan dirinya. Yang sebenarnya Zila cantik orangnya. Dirinya tinggi semampai,
berhidung mancung walaupun kulitnya agak gelap sedikit tapi wajahnya ada
iras-iras Fauzia Ghaus.
X sedar diri zila no.... Kasih syg dn tutur kATA yg memikat hati suami.
ReplyDeleteDhh klu anak suami dilayan teruk dn dibenci camne no ikat kasih syg.
-dibah-
Alahai zila...zila. Macamanalah nak menandingi emil kalau semakin menyakitkan hati cg latif dgn sikap poyos dia tu. Bimbang... bukan makin sayang tapi jauh dengan perangai kurang kecaknaan pada makan pakai anak suami atas kepentingan kecantikan diri sendiri. Nak diri nampak cantik suami dan anak-anak tambah jauh dan tambah jemu... kesian latif.
ReplyDeleteKesian juga dengan si Zila ni. Begitu gigih nak pikat suami dengan kecantikan fizikal. Tanpa sedar sikap dan kelakuannya yang keterlaluan buat suami semakin tak ambil peduli. Tu la, dulu nak sangat kawen laki orang. Sekarang tanggung la sendiri.
ReplyDeleteSikap zila memang tahap melampau. menyekat kasih sayang ayah dan anak kandung secara terang-terangan. Macam tak sedar diri pun ada. Latif wajib kena bersikap tegas melawan kerenah bodoh si zila ni. Dia mesti beri kasih sayang sama rata pada uwais dgn anak-anak si zila tuh. jangan ikut gelagat perangai cemburu tak ingat si zila. Bergetaar rasa hati bila baca cerita ni dan terus muhasabah diri. Minta tuhan jauhkan kita dengan sikap macam si zila ni. Terbaik mak teh. Terasa sangat harus sedar diri. sayag mak teh.
ReplyDeleteTERBAIK MAK TEH.......!!!!!
ReplyDelete