~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Wednesday 1 October 2014

Bab 42 Tidak ku tahu kasih bermula.






Hanya ni yg dapat mak teh postkan..sorry ye ayatnya juga rasa macam tak padat.




“Tak payah pa… abang dah ada duit, (Uwais membuka mulut beg duitnya kelihatan 10 keping not lima puluh) ni haa duit gaji yang pak long bagi.  Tak sangka pak long bagi dua gaji pa, gaji kerja kat bengkel dan gaji untuk mengajar anak-anak dia. Ini baru bagi setengah dari gaji sebulan, yang lainnya dia nak masukkan dalam buku bank abang. Dia bagi ni sebab dia suruh abang beli barang-barang yang nak dibawa masa abang belajar nanti..” Penolakkan pemberian papanya tidak dilihat oleh ibu tirinya kerana dia sudah masuk kebilik mahu menyejukkan hatinya yang panas.

“Ohh..”. terkebil-kebil mata Abdul Latif bila mendengar cerita anaknya. Terdetik dihatinya akan kebaikan hati sepupu bekas isterinya. Sungguh dia mengotakan janjinya kerana tolong ‘menengokkan’ anaknya.

“Ia pa dia cakap macam tu kat abang semalam. Dulu abang ada cakap kat dia, kalau dia nak bagi abang gaji..abang minta dia masukkan duit tu dalam buku bank abang. Pada abang macam tu lagi selamat, kalau duit kat tangan tak terasa kita guna berlebih-lebih pula”.

“Pandai abang..Eloklah macam tu duit simpan, nanti masa pergi belajar dah senang, sebab abang dah ada duit sendiri..duit biasiswa kadang lambat dapatnya. Kalau dah dapat biasiswa jimat-jimat ye”.

“Baik pa.papa jangan bimbangkan abang, pandailah abang jimat”.

“Ni papa bagi sikit untuk tambah-tambah abang kat sana..”.


“Pa..papa kerja sorang, adik-adik nak sekolah juga tak payahlah bagi abang.. betuul… sekarang abang pun dah besar dah pandai cari duit sendiri..papa jangan kecil hati abang tak ambil duit papa ye. Mama pun bagi abang duit juga tapi abang tak ambil pa sebab abang nak guna duit titik peluh abang ni. Lagi pun duit yang papa bagi setiap bulan mama simpan untuk kegunaan abang belajar nanti. Rasa nya duit tu dah lebih dari cukup untuk abang gunakan. Abang dengar tak lama tunggu duit biasiswa kalau kita masuk Metrikulasi, jadi papa jangan risaukan abang. Lepas ni papa tak payahlah bagi abang duit lagi. Duit papa gunakanlah untuk adik-adik..”. Bila Latif tetap menghulur duitnya, Uwais tetap menolaknya dengan lembut itulah yang keluar dari mulut anaknya yang kedengaran sangat ikhlas. Mendengar kata-kata anaknya yang memahami dirinya hati Abdul Latif sangat terharu.Dia bangun memeluk anaknya dengan kemas ada air mata yang bertakung ditubir matanya.

“Maafkan papa bang, kalau papa bertegas dulu, kita tak akan jadi macam ni. Kita takkan duduk berasing-asing rumah dan kita boleh ambil berat antara satu sama lain..maafkan papa bang”.

“Tak apa pa, ini aturan hidup yang Allah bagi pada kita pa.Kita kena redha dengan ketentuannya”.Mendengar jawapan anaknya Latif menarik anaknya dalam pelukannya sekali lagi. Sungguh pandai Emil mendidik anak menjadi dia seorang remaja yang berfikiran matang dan bertimbang rasa.

Setelah kereta kancil anak nya bergerak meninggalkan perkarangan rumah kampungnya, Cikgu Latif mencari isterinya. Dia mahu memberi peringatan kepada isterinya ..mungkin dengan tingkahnya tadi anaknya merasa dirinya tidak disenangi itulah sebabnya anaknya bergesa pulang. Cikgu Latif meninggikan suaranya memanggil isteri yang perlu diajar.

“Zila!!!”.

“Ada apa bang yang terpekik-pekik”.  Zila juga bersuara agak tinggi kerana hatinya juga sedang hangat.

“Zila memang sengajakan cakap macam tu tadi depan Uwais ..kenapa Zila benci sangat dengan dia..”.

“Zila cakap apa bang..pasal makan malam tu ke..tak betul ke sekejap lagi kita nak makan malam..dan memang bukan kebiasaan kita ada minum petang…Zila ni dah emak abang ajar, kalau makan petang nanti semuanya tak lalu nak makan sebab dah kenyang. Abang ni memang suka mencari kesalahan Zila kan..Kalau anak abang yang tu datang mula lah abang nak tinggi suara dengan Zila.. Bencilah macam ni”. Pada Nur Fazila hatinya yang panas menjadi bertambah panas bila didimarahi disebabkan anak tirinya, yang lagi tepat anak suaminya yang bersama Emil.

Melihat keadaan isterinya juga sedang marah cikgu Latif menyabarkan diri dan mengunci mulutnya. Dia berlalu membawa dirinya kedalam bilik tidur mereka. Jika dia sama baran tentu sahaja perang antara mereka akan meletus itulah kebiasaan cik gu Latif. Menyimpan amarahnya.


Petang itu juga Uwais pulang semula kerumah datuk dan neneknya.Biar pun sudah pulang namun hati Zila masih tidak puat hati dengan tingkah suamimnya tadi. Entah mengapa makin meningkat usianya rasa cemburu dihatinya semakin berkembang mekar hingga tidak boleh dibendung lagi. Jika dulu boleh lagi rasa cemburunya ditutupi dengan tingkahnya yang lemah lembut dan mengikut kata tetapi sekarang ini..TIDAK BOLEH. Bertambah tidak boleh jika bersangkutan dengan EMIL janda suaminya atau bekas madunya. Baginya mendengar nama Emil disebut sahaja api cemburu marak menyala.Tahap kepanasan dihatinya mahu mencapai tahap didih.

Untuk memuaskan hatinya dia mengikuti langkah kaki suaminya kedalam bilik. Yang sebenarnya hatinya masih tidak puas bila suaminya melarikan diri ketika dia sedang marah. Dia mahu meluahkan apa yang menjadi bara didalam hatinya.

“Bang!! Berapa kali Zila nak cakap..Zila tak suka Uwais datang sini”.

“Zila dia tu anak abang apa salahnya kalau dia datang sini jumpa abang. Abang ni kan papa dia”.

“Kan dia dah ada ayah tiri. Kenapa yang  dia nak jumpa abang..apa-apa masaalah rujuklah pada ayah tiri dia tu. Kan sama sahaja ayah tiri dengan ayah betul”.

“Kenapa yang Zila benci sangat dengan Uwais tu.Nak berapa kali abang cakap dia tu anak kandung abang…Siapa kata ayah tiri sama dengan ayah kandung?”

“Zila bukan benci dia, tapi Zila nak tolong abang lupakan mama dia. Kalau dia selalu datang sini macam mana abang nak lupakan mama dia kan muka dia tu macam muka mama dia..”.

“Zila! Sama ada Uwais datang sini atau pun tidak, tak ada kena mengena dengan abang boleh melupakan mama dia. Ini soal kenangan, soal hati… Zila.”

“Zila yakin abang dapat melupakan mama dia  kalau abangtak selalu jumpa anak dia tu”.

“Cuba Zila fikir boleh ketika melupakan orang yang pernah tidur sebantal dengan kita”.

“Tapi abangkan dah janji nak lupakan dia..mana janji abang”.

“Bila abang janji macam tu..bila??..dalam mimpi ke..Biar berapa lama pun dan biar apa pun yang  terjadi kenangan abang pada Emil tak mungkin hilang Zila.. itulah kenyataanya”. Abdul Latif tidak terfikir jawapanya menghiris pedih hati isteri yang didepan mata. Cemburu Zila membakar ruang hatinya. Sudah jelas suaminya sememang tidak dapat melupakan bekas isterinya. PANAS..hatinya terbakar dengan kenyataan suaminya.

Untuk meredakan panas dihatinya keesokkan harinya dia keIpoh kerumah abangnya. Sambil dia bekerja di gerai makan, sambil dia menghibur hatinya, sambil juga mengumpul duit. Kali ini kumpulan duitnya sudah di niatkan untuk membeli produk kecantikan yang diberi nama Aura White untuk mencerahkan kulit badanya pula.Dia mahu kelihatan cerah berseri dimata suami. Rupanya kerja bersambil-sambil makin lama makin menjadi kebiasaan pada Zila. Dia mula memudahkan rasa tanggung jawap pada suami dan anak-anak. Dia mula mementingkan diri sendiri. Apabila sudah pandai mencari duit sendiri bertunas pula rasa ego dihati. Dia merasa besar diri kerana dia sudah boleh berdikari.

Bagi Abdul Latif pula ‘sambilan’ isteri menjadi kan dia lali ditinggalkan. Biar pun kadang-kadang hamper dua minggu isterinya meninggalkan dirinya. Begitu juga dengan anak-anaknya, kehilangan ibunya sudah menjadi kebiasaan pada mereka.Kini jika ibu mereka tiada dirumah mereka tidak lagi tercari cari.



Waktu berlalu tidak pernah berhenti. Setiap setiap hari umur insane  menambah. Begitu juga dengan anak-anak Abdul Latif dan NurFazila  anak nya yang tua yang  diberi nama Umar Aziz  sudah masuk ke darjah enam, ini bermakna dia akan menduduki peperiksaan UPSRnya. Dia harus membantu anaknya bersedia dengan peperiksaan besar itu. Manakala anaknya perempuanya yang diberi nama Umairah didarjah empat dan anak yang bungsu nya yang diberi nama Uqasah sudah didarjah dua mereka semua mesti dibantu untuk memastikan pelajaranya betul-betul dapat diterima dengan baik.Walaupun disekolah mereka sudah menerima pelajaran dari guru, namun pemerhatian dirumah harus diteruskan jika mahu anak-anak dapat menerima pelajaran dengan kefahaman yang mantap.

Bagi Abdul Latif, dia menjadikan bekas isterinya contoh. Jika dia mahu anak yang  Berjaya dalam pelajaran mereka mesti dipantau setiap masa. Ini sudah terbukti cara dia mendidik anaknya Ahmad Uwais yang sudah menjadi anak yag cemerlang dalam pelajaran. Bila mengenangkan Uwais  makin gigih Abdul Latif mendidik anak. Namun kegigihan dirinya mengurangkan perhatianya pula pada isteri yang mengharap perhatian dirinya.


            Bagi Zila yang sudah berkerja keras untuk membuatkan suaminya memandang dirinya dengan perasaan kagum, terasa tidak berbaloi bila suaminya bagai tidak menyedari perubahan pada dirinya. Dia merasakan dirinya kian hari kian berubah dari segi warna kulit. Jika dulu suaminya pernah berkata dirinya kelihatan janggal bila kulit mukanya kelihatan putih tetapi tangannya masih hitam seperti iklan terlajak laris tu. Kini setelah dia menggunakan produk Aura Waithe  kulit tanganya kelihatan semakin cerah tapi mengapa perubahan itu tidak disedari oleh suaminya. Atau suaminya sengaja pura-pura tidak melihat perubahan itu.

…. Dia sering bertanya pada dirinya sendiri, adakah  dirinya begitu tidak menarikah dimata suaminya.Itulah pertanyaan yang sering bergena dihatinya.Pertanyaan yang tiada jawapan menjadikan dirinya begitu kecewa. Yang sebenarnya dia ingin sekali mendengar suaminya berkata dirinya cantik dan menwan. Ingin sekali dia mendengar kata-kata sayang dan cinta untuk diri terluah dari bibir suaminya.

….Sudah hampir 13 tahun perkhawinan mereka tidak pernah sekalipun suaminya mengucapkan kata sayang kepadanya.Tetapi yang sebenarnya cikgu Abdul Latif sememangnya begitu. Cik gu Latif seorang yang agak pendiam dan pemalu. Dia meluahkan rasa sayang dengan perbuatan. Padanya jika segala tanggungjawap dan keperluan zahir dan batin sudah disediakan dan dilaksanakan itu sudah cukup menyatakan rasa sayangnya. Dulu ketika bersama Emil dia tidak juga mengatakan sayangnya berulang kali. Tapi jika kita sudah bersama sedari awal kita dapat memahami setiap gerak dan merasai kasihnya walaupun tidak terucap… betulkah begitu.

Entah mengapa sekarang suaminya tidak lagi berlama disekolah. Sebelum  masuknya waktu Magrib suaminya sudah bersiap sedia diruang tamu untuk menunaikan solat Magrib berjemaah bersama emak, anak-anak dan juga dirinya. Kemudian dia akan mengajar anak-anaknya mengaji  selesai mengaji dia akan membantu anak-anaknya menyiapkan kerja sekolah. Itulah perubahan diri suaminya yang menjadi perhatiannya sejak dia pulang dari Ipoh seminggu yang lalu.

Sejak tadi Zila memerhati suaminya yang sedang mengajari anak-anaknya diruang tamu. Dari mengaji Al-Quran hinggalah kini mereka mengulangkaji  mata pelajaran disekolah. Dari anak lelakinya yang tua hinggalah kepada anak bungsunya semua Abdul Latif sendiri yang mengajarnya. Zila hanya memerhati, padanya.. dia ayah tentulah dia yang wajib mengajari anak-anak. Entah mengapa ada rasa kekok untuk sama membantu anak-anaknya belajar. Lagi pun dirinya tidak dipelawa untuk turut sama mengajari anak-anak mereka. Kalau anda perlukah pelawaan itu..perlukah seorang ibu dipelawa untuk membantu suami mengajari anak-anak jika itu sememangnya anak-anak itu lahir dari rahimnya.

Apa yang ada difikiran Zila… Rupanya dia berada diruang tamu itu bukan berniat untuk membantu suaminya mengajari anak-anak. Dia hanya  mahu mencuri perhatian suaminya.Sejak dia pulag dari Ipoh  selepas solat Isyak sebelum mereka bersiap-siap hendak tidur, dia akan bersungguh dia mempersiapkan diri diri secantiknya. Padanya hanya itu kesempatan yang ada, bila waktu siang suaminya penuh disekolah waktu terluang suaminya hanya waktu itu sahaja. Tetapi alangkah hampanya biar pun sudah lama dia turut berada disitu tidak sekilas pun suaminya menoleh untuk memandang dirinya.Tumpuan nya hanya lah anak-anak yang depan mata.  Untuk memujuk hatinya yang kecewa dibisikkan kata .’ gaya tak berpaling tapi mata menjeling’..dan jelingan itu tidak dilihat dimata kasarnya. Itu aganan Zila. Kemudian dia tersenyum sendiri.

Ohh!! Zila mengapa dia begitu mengharap dirinya dipandang oleh suaminya. Sambil memandang suaminya yang seakan tidak menyedari kehadiran dirinya, akhirnya dia bosan tercatuk seorang seperti tidak dihiaukan. Malas mahu bersama mereka diruang tamu …dia membawa diri menuju kebilik tidurnya. Dengan perasaan hampa Zila kedalam bilik membelek wajah dan membelek dirinya.Dia berdiri dihadapan cermin besar didalam bilik mereka. Cermin panjang setinggi dirinya yang dibeli atas permintaan dua bulan lepas. Hmm dirinya sudah langsing hasil dari diet makannanya. Dia sudah tidak memekan nasi sejak tiga bulan sudah. Walaupun sudah langsing dia masih tidak menjamah nasi kerana mahu mengekalkan kelangsingan dirinya. Yang sebenarnya Zila  cantik orangnya. Dirinya tinggi semampai, berhidung mancung walaupun kulitnya agak gelap sedikit tapi wajahnya ada iras-iras Fauzia Ghaus.



5 comments:

  1. X sedar diri zila no.... Kasih syg dn tutur kATA yg memikat hati suami.
    Dhh klu anak suami dilayan teruk dn dibenci camne no ikat kasih syg.
    -dibah-

    ReplyDelete
  2. Alahai zila...zila. Macamanalah nak menandingi emil kalau semakin menyakitkan hati cg latif dgn sikap poyos dia tu. Bimbang... bukan makin sayang tapi jauh dengan perangai kurang kecaknaan pada makan pakai anak suami atas kepentingan kecantikan diri sendiri. Nak diri nampak cantik suami dan anak-anak tambah jauh dan tambah jemu... kesian latif.

    ReplyDelete
  3. Kesian juga dengan si Zila ni. Begitu gigih nak pikat suami dengan kecantikan fizikal. Tanpa sedar sikap dan kelakuannya yang keterlaluan buat suami semakin tak ambil peduli. Tu la, dulu nak sangat kawen laki orang. Sekarang tanggung la sendiri.

    ReplyDelete
  4. Sikap zila memang tahap melampau. menyekat kasih sayang ayah dan anak kandung secara terang-terangan. Macam tak sedar diri pun ada. Latif wajib kena bersikap tegas melawan kerenah bodoh si zila ni. Dia mesti beri kasih sayang sama rata pada uwais dgn anak-anak si zila tuh. jangan ikut gelagat perangai cemburu tak ingat si zila. Bergetaar rasa hati bila baca cerita ni dan terus muhasabah diri. Minta tuhan jauhkan kita dengan sikap macam si zila ni. Terbaik mak teh. Terasa sangat harus sedar diri. sayag mak teh.

    ReplyDelete