Tiga bulan tidak lama rupanya.Gembira dua
sahabat yang terpisah bertemu kembali.Semalam sahabat baiknya Ahmad Sofian
telah pulang setelah menghabiskan latihan PKLNnya dengan jayanya. Dia, ayah
Nassir dan mamanya mengambil di pusat pengumpulan tempoh hari. Ketika Ahmad
Sofian menghampiri Uwais, dia bagai tidak mengendahkan sahaja. Yang sebenarnya
Uwais berlakon seperti tidak kenal. Bila
sahabatnya menyapa dan menumbuk perlahan bahunya barulah dia pura-pura
terperanjat..
“Ehh
engkau ke Pian..aku ingatkan Bangla mana tadi. Apa pasal yang jadi gelap dan
kurus sangat ni Pian..tak kenal aku”.Cikgu Nasir dan Emil ketawa mengekek
melihat tingkah dua orang anak dihadapanya.
“Abang
jangan usik adik macam tu nanti merajuk pula..dia baru sampai abang dah cakap
dia macam tu”.Bila dikalangan keluarga terdekat mereka digelar abang dan
adik.Abang untuk Ahmad Uwais dan adik untuk Ahmad Sofian.
“Kau
nak merajuk ke Pian?”.
“Tak
adalah mama adik ok sahaja..tapi sampai
hati kau Is..kau kata aku Bangla. Ini kau punya pasallah, tak nak tolong aku
kalau tak..tak lah aku hangit macam ni. Teruk tau latihan dia..kena kawat
tengah panas dengan baju yang tebal rasa macam kena seterika sahaja badan aku
ni.”
“Teruk
sangat ke Pian..takkan dia kerah kau berjemur kat tengah padang..dia pun kena
jemur juga kan”.
“Ia
Is tengah-tengah panas tu dia suruh kitaorang berkawat..kalau tak, tak
kanlah kulit aku ni terbakar macam ni,
dah lah aku ni memangnya hitam manis kena jemur lagi, hitam hangit jadinya.
Siapalah yang nak pandang aku yang dah gelap ni Is”.
“Gelap
sikit saja Pian..dua tiga minggu kau tak kena cahaya matahari akan cerah balik
kulit kau tu..lagi pun gelap manis kan, duit elaun dah ada dalam bank berkepuk tu. Kau cakap saja
berderet nanti mak we yang sudi nak
jadi girlfriend kau.”
“Tak
ada maknanya Is...Macamlah duit elaun aku tu beribu yang kau kata berkepuk.
Dalam bank memang lah duit berkepuk..tapi semuanya duit orang Is. Duit aku
hanya tiga ratus ringgit saja. Aku rasa duit tu aku nak buat tambah-tambah bila
kita nak masuk IPTA nanti..Kau buat apa selama tiga bulan ni..jangan kau cakap
buat tahu mata sahaja”.
“Macam
tulah kiranya”.
“Ialah
tu..tapi tak gemuk pun”.
“Taklah..aku
kerja dengan pak long aku kat bengkel dia. Sebelah malamnya aku ajar kakak dengan angah math dan ad Madth. Kakak tukan baru masuk tingkatan empat, dia baru
nak kenal apa itu add math yang kacang pada kau tu…”.
“Wahh
ambil berat kau dengan dia..ada apa-apa ke kat dalam hati kau tu”.
“Kau
ni suka buruk sangka dengan aku..tak salah lah Pian, dia tu kan adik dua pupu
aku..”
Sofian
tersenyum penuh makna.Cik gu Nassir dan Emil hanya membiarkan dua sahabat yang
bersaudara tiri melepaskan cerita yang
terkumpul bila bertemu semula.
“‘Ialah
tu adik.. adik ada makna…tapi hebatlah kau Is, belum dapat sijil SPM lagi kau dah jadi
cikgu..dua orang dah murid kau..aku ni yang excellent dalam kelas dulu, habuk
pun tak ada”.
“Apa
pula tak ada..kau dilatih menjadi seorang yang bersemangat juang yang tinggi, berani,
tak takut menempuh walau apa pun yang mencabar”.
“Ahh
banyaklah kau punya semangat..sepatutnya kau yang pergi Is..kau orang yang
sentiasa bersemagat dan berpandangan positive..”
“Memang
kau yang patut pergi Pian, dia orang tahu siapa kau..aku yang memang dah
bersemagat ni tak payahlah. Ha..ha..ha”.Gelak
jahat Uwais mengenakan kawanya.
“Teruk
kau kan..agaknya kau yang doakan aku pergi..cheeh kau. Is!! banyaklah duit kau sampai dua kerja kau
buat kan..kerja bengkel dan jadi cikgu tusyen lagi”.
“Adalah
sikit, setakat nak belanja kau makan ikan masak tiga rasa kat restoran Tasik tu
tak jadi hal..jomlah kita berjalan-jalan. Aku dah dapat lesen kereta tau, kalau
kita nak jalan bolehlah..Kita pinjam kereta kancil pak long aku kita, jalan
nak”.
“Wahh
banyaknya yang kau dapat sepanjang aku tak ada ni. Kau saja aje tak nak
langsung bantu aku membantah pergi PLKN..kalau tak, aku pun dah ada lesen
kereta..uwaa..jelousnya aku”.
“Tak
apa masih ada masa lagi sebelum keputusan kita keluar…tapi kau kena
cepatlah..”.
“Ehhh
bila keluar keputusan SPM kita”.
“Mungkin
sebulan lagi kut”.Sepanjang jalan dua sahabat yang lama berpisah tidak berhenti
dari berbual.Memang nampak sungguh gembira dua sahabat bila bertemu, sehingga
mama dan ayah mereka tidak dapat menyampuk dan bertanyakan hal-hal yang berlaku
semasa latihan.Sebenarnya baik Uwais atau pun Emil mereka bahagia dan gembira
dengan kehidupan baru mereka.
Hari yang penuh debaran bagi Uwais dan Sofian
tiba juga. Mereka pergi kesekolah bersama rakan lain untuk menerima keputusan
SPM mereka. Pagi itu semasa di meja
makan selepas bersarapan ayah mereka berpesan..
“Abang,
adik..kalau dah dapat keputusan nanti terima lah dengan hati yang terbuka..walau
pun keputusan tidak seperti yang kita harapkan. Ayah tak kisah apa pun
keputusan abang dan adik, sebab ayah dah nampak macam mana anak-anak ayah
berusha, ayah nampak sendiri bagai mana abang dan adik bersungguh-sungguh
belajar dan mengulangkaji sebelum periksa. Anak-anak ayah anak yang baik tingkah laku, jadi apa pun keputusannya terimalah dengan
hati yang redha.Kalau setelah berusha kita dapat juga keputusan tak seperti
yang kita harapkan itu adalah ujian dari Allah redha lah ye.”Panjang lebar
cikgu Nassir memberi nasihat untuk menguatkan semangat anak-anak yang dibawah
tanggunganya, untuk menghadaoai apa juga keputusanya nanti.
“Baik
yah” serentak mereka mengiakan pesanan dari ayah mereka.
“Nak
mama temankan ke abang, adik”.Tanya mamanya pula.Yang sebenarnya didalam hati
mereka berdua bergema ucapan Allahmdullih kerana merasa diri mereka di sayangi
oleh kedua ibu dan ayah.
“Tak
payahlah ma..mama kan mengajar hari ni. Lagi pun tak semestinya kata keputusan
keluar pukul sepuluh kita dah dapa slip tu pukul sepuluh..kadang-kadang
tengahari baru dapat. Nanti lama sangat mama tunggu kami.”.
“Tak
apa mama boleh ambil cuti”.
“Tak
apalah ma perkara kecik macam ni mama tak payahlah ambil cuti”.
“Tak apa
Mel abangkan ada, nanti abang
tenguk-tengukanlah mereka ni nanti. Nak pergi dengan kami ke pagi ni”. Yang
sebenarnya cik gu Nassir mengajar disekolah yang sama dengan Uwais dan Sofian
belajar tetapi dia mengajar murid-murid tingkatan tiga.
“Tak
mahulah yah… pagi sangat..kan biasanya keputusan keluar pukul 10 pagi..nanti
kami pergi sendiri. Abang rasa nak pinjam kereta Kancil pak Long. Semalam abang
dah tanya pak long kata pak long boleh”.
“Oklah
kalau macam tu, tapi bawa kereta elok-elok ..ingat orang yang menyayangi abang
dan adik ye. Ni baru nak melangkah kealam dewasa.Tenaga dan sumbangan abang dan
adik untuk Negara, bangsa dan keluarga sangat diperlukan jadi jagalah
keselamatan kita.” Pesan cik gu Nasir lagi.
“Baik
yah..selama ni adik baca ayat Seribu Dinar, ayat Kursyi dan juga Selawat Nabi sepanjang
latihan PLKN hari tu. Atuk Abang kata ayat tu ayat pendinding dan pelindung. Alhamdullilah
selama adik kat PLKN hari tu tak ada perkara yang tak elok datang pada adik”.
“Haah
elok lah tu..amalkan ayat-ayat tu…yang sebetulnya betul kata atuk abang tu,
kita memang tak ada tempat bergatung yang lebih baik selain Allah.Jadi sebelum
keluar rumah dan naik keenderaan elok kita baca ayat-ayat tu. Hidup seorang
Islam ni penuh dengan doa, sebab kita ada tempat untuk meminta. Jangan lupa
Allah tempat kita meminta. Lagi pun kalau kita berdoa kepadaNya kita dapat
pahala.”.
“In
Syaa Allah yah”.Jawab dua remaja yang sedang diingatkan oleh ayah mereka..
Keputusan pepereksaan sudah ditangan
mereka.Cikgu Nassir ada sama-sama menemani dua orang anak-anaknya ketika itu.Gembira
hatinya dengan keputusan anak-anak yang
sudah diketahui.
“Haa
bang call mama, sampaikan berita gembira ni dan jangan lupa papa abang sekali.
Tentu mereka tertunggu-tunggu berita abang”.
“Baik
yah”.
Malam itu mereka berempat makan k di Restoren
Tasik. Cikgu Nasir suami isteri sepakat mahu meraikan kejayaan anak-anak mereka. Dalam pepereksaan besar itu
Ahmad Sofian mendapat 8A+ manakala Uwais mendapat 7A 1B. Keesokkan harinya Uwais
kerumah papanya untuk menyampaikan berita gembira dan menunjukkan slip
keputusan peperiksaanya kepada papanya.Kemunculan anaknya disambut dengan peluk
cium oleh cikgu Abdul Latif. Dia sangat bangga dengan pencapaian cemerlang anaknya.
“Terima
kasih bang, bagi papa keputusan yang cemerlang ni. Abang dah memohon mana-mana pusat pengajian ke?”.Setelah pelukkan eratnya
dileraikan itu ucapan yang lahir dari bibirnya tanda dia juga mahu mengambil
tahu hal anaknya yang tidak duduk serumah lagi denganya.
“Kat
sekolah dulu abang dah memohon masuk metrikulasi. Ni abang nak isi lagi minta
diploma pula, abang rasa abang nak minta kejuruteraan lah pa.”.
“Kejuruteraan
elok juga..Abang tak nak masuk IPG (Institut Pendidikan Guru) abang ada memohon
tak..tapi kalau nak minta cikgu rasanya kena beli pin nombor kat bank kan bang.”.
“Dah
pa, abang siang-siang hari dah isi, sebab isi borang guru ni sebelum keputusan
keluar, sekarang ni dah tarikh tutup pa. Alhamdulillah ayah Nassir ingatkan.
Abang isi pun dengan Pian hari tu”.
“Kalau
macam tu eloklah sekarang tunggu sajalah mana yang dipanggil nanti. Abang nak
hadiah apa dari papa..cakaplah”.
“Abang
tak nak hadiah pa, abang nampak papa gembira
dengan keputusan abang ni pun dah cukup.”
“Kalau
macam tu papa bagi duit sahajalah nanti..abang belilah apa yang abang nak beli.”.
“Tak
payahlah pa..abang dah ada duit. Yang
sebetulnya selama ni abang habiskan masa abang kerja dengan pak long, sebelah malamnya pula
abang ajar anak-anak dia. Jadi pak long
adalah bagi abang duit. Kalau untuk tambah-tambah abang masuk IPT nanti
adalah”.
“Kesian
anak papa..terpaksa kerja nak cari duit belajar”.
“Nak
kesiankan apa pa, kerja tu selain cari duit, untuk pengalaman abang juga.
Sekurang-kurangnya sekarang ni abang
tahulah pasal injin kereta sikit-sikit. Lagi pun abang nikan lelaki yang perlu
cari duit untuk masa hadapan abang. Kalau abang perempuan tak payah kerja pun
tak apa..esok kalau dah kahwin suaminya boleh tanggung. Kalau abang perempuan
abang nak cari suami yang kaya dengan abang dan papa boleh dia tanggung.” Berderai
tawa dua beranak yang hatinya sedang gembira.
NorFazilah sebalik dinding menelinga perbualan
suami dan anak tirinya. Bibirnya mencebik tanda benci, dihatinya pula melintas kata-kata yang
membakar. Uhh bagi duit belanja dapur pun cukup-cukup, tapi nak bagi duit
hadiah anak dia ada pula. Entah mengapa bila dia memandang wajah anak tirinya
hatinya jadi cemburu. Dia mula membayangkan wajah bekas madunya yang tidak dapat
dilupakan oleh suaminya. Dia mula membanding-bandingkan kelebihan bekas madu
dengan dirinya yang dikira banyak kekuranganya. Sementalah wajah anak tirinya
lebih banyak mewarisi wajah mamanya.Mungkin sebab itulah suaminya kelihatan
sangat gembira bila dikunjungi oleh anaknya. Timbul rasa ingin menghalang
suaminya dari berjumpa dengan anak tirinya.
Dia keluar dari sebalik dinding dengan wajah
yang beku. Bila melihat isterinya keluar cepat sahaja cikgu Latif meminta dihidangkan
sekurang-kurangnya dengan air teh O dan sepiring
biskut kering. Bagi cikgu Latif dia ingin menunjukkan rasa gembiranya diatas
pencapaian cemerlang anak sulongnya. Namun lain pula penerimaan dari isterinya.
“Bang
kejap lagi kan kita dah nak makan malam, nanti kalau dah kenyang abang tak lalu
nak makan malam pula. Lagi pun mana kita ada makan petang”. Zila berkata dengan
wajah yang tak mesra bagi meluahkan apa
yang ada didalam hatinya.
“Tak
apalah sesekali Uwais datang ni tak apa, abang lalu sahaja nak makan nanti..abang
kak meraikan kejayaan dia, Zila nak tahu Uwais dapat 7A… papa harap semua anak-anak papa boleh mencontohi Uwais”.
Cikgu Latif menuturkan dengan wajah yang ceria, tetapi Zila mencebek mendengar
kata-kata suaminya..
“Hsyys
abang ni tak payahlah, kejap lagi kita nak makan malam dah..tunggulah sekejap
lagi, kita makan malam sekali”. Abdul Latif memandang kearah anaknya.. mahu
melihat reaksi anaknya yang dihadapan mata.
“Ok
pa, abang ok saja..lagi pun sebelum datang sini abang dah makan dengan atuk dan
nenek ngah. Tadi nenek masak lemak labu dengan goreng berlada ayam”.
“Amboi
sedapnya..nenek ngah tu memang pandai masak kan bang”. Melihat isterinya berjalan menuju dapur, cikgu
Latif mengekori langkah isterinya.
Uwais tidak bermalam dirumah papanya..bila
samar-samar dia mendengar pertengkaran emak tiri dan papanya diruang dapur mereka.
Uwais merasakan pertengkaran itu tercetus kerana kedatangan dirinya. Uwais
membawa diri kebawah pokok rambutan yang sedang berputik, berpura-pura
melihat-lihat putik rambutan yang masih berbulu hijau. Sedang dia menepuk
nyamuk yang berterbangan ditepi telinganya. Matanya terpandang wajah papanya
terjengul dimuka pintu dengan wajah yang tegang. Dia tahu papanya sedang menahan
marah. Uwais cuba menceriakan keadaan.
“Pa
tak lama lagi masaklah rambutan nikan pa”.
“Sebulan
lagi abang datanglah mungkin masak masa tu”.
“Kalau
sebulan lagi entah-entah abang dah masuk metric pa..abang rasa abang nak masuk
metric saja”. Melayani bual anak sulong cikgu Latif terlupa pada bara didadanya
dengan tingkah isterinya tadi. Melihatkan papanya sudah tenang…tiba-tiba
wajahnya berubah seperti dia baru teringat sesuatu..
“Alamak
pa.. abang kena balik ni”.
“Kenapa
pula..sesekali abang datang takkan tak nak tidur sini..abang dah tak suka duduk
kampong ye”.
“Taklah
macam tu, abang suka kat ni hawanya sejuk dan segar.. tapi abang lupa nak minta
cuti dengan pak long. Kereta tengah banyak ni pa, kesian pula pak long tak
cukup orang nak tolong dia.”
“Kita
makan malam dulu ye bang”.
“Tak
payahlah pa..abang takut kalau gelap kat jalan nanti..abang tak biasa lagi bawa
kereta malam-malam ni…esok-esok kalau abang datang lagi, abang akan tidur sini
ye pa”. Kemudian Latif menyeluk poket seluarnya dan menghulur beberapa keping
not lima puluh untuk anaknya Uwais, rupanya dia sudah bersiap sedia dengan duit
didalam poket untuk anaknya.Perbuatanya dalam intipan isteri yang mengintai di celah
tingkap. Dimata Zila Uwais sungguh diistimewakan. Mungkin kerana anaknya itu anak yang bersama Emil. Hati
hangat dengan bisikkan yang berbisik dihatinya. Jika dia meneruskan intipanya
hatinya akan menjadi bertambah sakit..Zila berpaling dan masuk kebiliknya dengan
dengkulan marah dihatinya.
alhamdulillah emil dh berubah dn bahagia bersama kluarga baru.....kesian latif sb zila jenis isteri yg x tau bersyukur.
ReplyDeletesukaaadh ada sambungan....akak asyik bukablog ni
-dibah-
Thanks mak teh atas post new n3. suka sangat. kesiannya cg latif nak bermesra dgn anak sendiripun terbatas. alahai zila makin tua makin menjadi pulak meroyan cemburunya. kesian uwais. nasib baik dia jadi matang sebelum usia. boleh terima apa jua situasi yang mendera jiwa tu. alhamdulillah dia dapat ayah tiri yang penyayang. sentap rasa hati baca cerita ni mak teh.
ReplyDeleteBahagian masing² Allah dah tentukan. Seorang Emil yang begitu teruk perangai, bila dah ditiupkan kesedaran dalam diri beroleh kebahagiaan. Cikgu Latif pula yang begitu baik pada isteri²(tapi tak berdaya mendidik isteri) dan ibunya, tetap masih tak bahagia sepenuhnya. Menduakan isteri yang dicintai mungkin perkara kecil bagi suami, tapi sebaliknya bagi perempuan bergelar isteri. Inilah kesilapan cikgu latif dulu. Betul tak mak teh.
ReplyDeleteMngkin ada bnarnya bila kita ditipu ertinya kita traniaya..bukankah orang yag traniaya akan dimkbulkan doanya.
Delete