Sementera menunggu kepututsan SPMnya Uwais
dipelawa oleh Muaz bekerja dibengkelnya. Kebetulan dia sangat memerlukan
pertolongan kerana salah seorang pekerjanya bercuti untuk menangani masaalah
keluarganya.
“Uwais nak buat apa masa tunggu keputusan
ni”. Muaz berbual-bual dengan Uwais selepas mereka sekeluarga selesai membaca
Yassin dirumah emaknya minggu itu.
“Abang ingat nak cari kerjalah pak long..kalau
dah ada duit sendiri senang abang nak beli barang yang abang nak guna nanti”.
“Abang nak kerja kat mana?”
“Entahlah..nak kerja kat pasar raya..tapi
abang susah nak susun waktu bekerja,
sebab biasanya pasararaya ni kerja ada syif. Abang pula dah daftar untuk
belajar memandu kereta dan motor.. esok dah nak mula belajar pak long. Abang nak cepat belajar nanti
cepatlah abang dapat lesen…kalau lambat-lambat nanti sampai masuk belajar
semula abang tak dapat lesen lagi. Pak long! betul ke kalau selepas habis
belajar 3 bulan kita tak ambil periksa dengan JPJ kena masuk belajar lagi.”
“Betullah tu. Bagus abang buat perancangan,
dah penuh dah, jadual abang masa tunggu
keputusan ni”.
“Rancangan abang nak ambil lesen memandu
sahaja lah, kemudian nak cari kerja itu
saja...abang tak mahu buang masa tiga bulan ni. Lagi pun abang ni nak
menyibukkan diri, kalau tak.. abang
asyik ingat pasal SPM sahaja, hari tu ada satu kertas abang tak yakin masa
menjawabnya.. buat susah hati sahaja. Lagipun abang tengah tak ada kawan.. Pian
pun dah pergi PLKN tentu-tentu tiga bulan dia kat sana. Abang fikir juga kalau
dapat sambung belajar nanti, abang dah ada duit sedikit untuk dijadikan
tambahan”.
“Kawan abang.. Pian tu dapat PLKN kat mana?”
“Di Kem Debana Jempul Negeri Sembilan”.
“Emm jauh tu. Bang!..kenapa abang tak dapat
ye bang”.
“Diorang pilih pakai computer katanya pak long, kalau nasib baik dapatlah”.
“ingatkan abang tak nak pergi..ada juga orang
yang merayu tak nak pergi kan bang?”
“Kalau dapat kena pergi pak long, kalau tak
pergi nanti masuk penjara. Tapi yang sebetulnya abang suka kalau dapat pergi
..dah tak terpilih nak buat macam mana”.
“Dah tak dapat tak apa lah..itu tandanya tak
ada rezeki kita kat situ. Bang! kalau abang kerja dengan pak long nak tak?” Setelah
berbual agak lama Muaz menyampaikan tentang hasrat hatinya.
“Ehh nak sangatlah pak Long ..tapi abang ni
tak tahu apa pun tentang injin kereta atau pun motor. Yang sebetulnya abang
dari dulu lagi teringin nak kerja kat bengkel kereta..nanti senanglah abang
tenguk enjin kereta sendiri kalau abang dah ada kereta atau motor sendiri”.
“Bab tak tahu tu nanti pak long ajarlah..tapi
tangan abang akan kotor macam tangan pak long ni..hitam memanjang kuku Pak long
ni..abang tak takut kotor minyak hitam ..kalau dah kita comot memanjang mak we
pun takut nak dekat nanti”.
“Pada abang kotor tu tak apa, boleh dibasuh.
Yang penting abang tahu bab-bab injin kereta ni. Alhamdullilah sangat kalau pak
long nak ajar abang..bab mak we ni, abang tak pernah terfikir lagi. Abang ni
SPM pun belum tahu lagi keputusannya pak long. Abang kena fikir diri sendiri
dulu..nak harapkan papa fikirkan pasal abang, dia pun dah ada anak-anak lain
yang perlu difikirkan..lainlah kalau adik-berdik satu emak satu bapa mungkin
kita terteguk juga, tapi kalau dah lain emaknya susah sikitlah pak long..Ehh
abang ni emo pulak. Bila abang boleh mula ni.” Uwais cuba menceriakan
suaranya..lalu mengubah tajuk perbualan.
Sebenarnya ketika itu melintas pertengkaran
antara ibu tiri dan papanya kerana kedatangan dirinya tempuh hari. Dia
bercerita tentang dirinya dengan suara yang sedeh. Dia juga merasa cemburu melihat dua pupunya
dikasihi oleh ibu dan ayah tampa berbelah bagi. Ada rasa kasihan Muaz dengan
anak yang keluaraganya berpecah belah. Kasihan pada anak-anak yang terpaksa
mengahadapi tempias masaalah emak ayah.
Makin kasihan dia melihat anak sepupunya yang dihadapan mata.
“Esok boleh?..pekerja pak long yang sorang tu
cuti kecemasan ada hal keluarga..itu yang dia minta cuti segera tu. Kereta pula
tengah banyak..buat permulaan ni abang tolong bukakan sekru-sekru pun jadilah.”.
“Esok abang ada kelas memandu pak long”.
“Tak apa, habis kelas abang datang lah
bengkel pak long..boleh”
“Ohh..ok juga. Pak long abang hanya gantikan
pekerja pak long tu sahaja kan.. kalau hal keluarganya dah selesai, nanti dia
datang balik kerja…jadi abang macam mana? Abang kena berhenti ke pak long”.
“Abang teruslah kerja sampai keputusan SPM
abang keluar atau sampai abang dipanggil untuk pergi mana-mana IPTA atau IPTS.
Lagi pun Pak long nak minta tolong abang semakkan buku kira-kira pak long tu,
pak long memang tak sempat nak semak. Lagi satu bang, pak long nak minta tolong
abang ajarkan kakak add match..dia kata dia susah nak faham maklumlah baru
pertama kali belajar… banyak sangat tak pak long nak minta tolong ni bang”.
Anak Muaz yang digelar kakak adalah Siti Rahmah baru ditingkatan empat..baru
hendak mengenali apa itu matematik tambahan.
“Tak lah banyak..pak long sebut serentak itu
yang macam banyak. Semak kira-kira tu mungkin dalam satu hari boleh siap..abang
nak ajar kakak tu waktu malam selepas magrib pun boleh..ok kan pak long”.
“Kalau abang rasa tak menyusahkan abang pak
long ok sahaja..tapi kalau tak larat cakap.. jangan paksa diri..kerja kat
bengkel ni tak macam kerja kat pejabat..kerja bengkel ni penat dan kotor tau”.
“In Syaa Allah boleh..mana ada kerja tak
penat pak long, pekerja kontrek tu lagi penat pak long, lagi kerja mereka
ditengah panas. Kalau kotor boleh basuh.”
“Ialah tu”.
Sepanjang bercuti panjang Uwais juga tidak
tinggal dirumah ayah Nassir, kerana dia merasa kekok bila tiada sahabatnya
baiknya ketika itu. Dia lebih memilih tinggal bersama datuk Haji Mohd
Nohnya.Lagi pun mudah baginya untuk menjalankan tugasnya membantu dua pupunya
belajar matematik tambahan.
“Ma..selama tiga bulan ni abang rasa abang
nak duduk dengan atuklah ma”.
“Kenapa pula?”
“Senang abang nak belajar baca doa dengan
atuk, kemudian abang senang nak pergi rumah pak long. Pak Long minta tolong
abang ajarkan kakak (Siti Rah mah yang
kini baru memasuki tingkatan 4) add
math.”. Alasan yang tidak boleh disangkal oleh mamanya.
Selepas
Emil bernikah dia tinggal dirumah suaminya cikgu Nasir. Kini Haji Mohd
Noh sudah menduduki semula rumah peninggalan arwah ayahnya. Diatas desakkan
Emil agar ayahnya menduduki rumah mereka dulu.
“Yah!!
Emil minta maaf banyak-banyak dengan ayah, selama ni Emil salah dengan ayah dan
mementingkan diri sendiri. Sekarang Emil dah sedar sangat, sebab tu lah Emil
pulangkan semua hak ayah”.
Haji Mohd Noh termangu mendengar pengakuan
anak sulongnya di hadapan semua sepupunya dua orang adiknya. Mana tak semuanya
ada, hari itu adalah malam hari raya
pertama dan semua adik-adik dan sepupunya berkumpul dirumah pusaka Hajjah
NorIza merangkap emak tirinya. Dia ditemani suami dan semua anak tirinya juga
berkumpul disitu. Hari raya itu merupakan hari raya pertama nya bersama cikgu
Nassir sekeluarga.
Untuk menyiapkan juadah hari raya mereka
bergotong royong menyediakan. Termasuklah Emil adik beradik dan adik iparnya
berserta anak-anak tirinya. Sungguh meriah hari raya tahun itu. Semua orang yang berkaitan dengan Haji Mohd
Noh dan Hajjah NorIza berkumpul dalam satu rumah biar pun agak berserabut
tetapi kemeriahan sangat bererti.
Yang sebenarnya kesedaran itu datang dari
anak tunggalnya selepas dia selamat menjadi isteri cikgu Nassir.
“Ma!!Kalau
tak menjadi kesalahan dan mama janganlah marah dengan abang, abang nak cakap
sikit dengan mama.”
“Ada
apa bang..macam serius sahaja abang dengan mama sekarang ni. Abang nak apa
...cakaplah, mama dengar”.
“Walau
pun siapa kita..jika ada sesuatu tak kena, kita wajib memberi peringatan.
Walaupun abang adalah anak mama betul tak ma”.
“Kenapa
abang cakap macam ni..mama ada buat salah ke?”.Ketika itu dia sedang berkemas
melipat kain bajunya dan memasukkan kedalam beg untuk dibawa kerumah suaminya.
Tangan nya yang ligat melipat baju jadi terhenti bila mendengar penyataan
anaknya. Dengan wajah yang mendongak memandang kearah Uwais yang berdiri diambang pintu bilik. Ketika dia
sampai tadi Uwais menunggunya diruamg tamu..bila dia menuju kebiliknya Uwais
mengekori hingga diambang pintu di berhenti disitu.
“Ada
ma..tapi bukan dengan abang, mama salah dengan atuk. Dulu lagi abang dah tahu… tapi
dulu kita tak ada tempat nak berpaut, jadi abang diamkan sahaja. Tapi sekarang mama
dah ada pelindung mama, eloklah mama ikut pelindung mama, dan apa yang mama
ambil dari atuk tu mama pulang kanlah”. Emil jadi sedar, dia tahu maksud
kata-kata anak tunggalnya. Tidak disangka anaknya yang seperti tidak ambil
kisah, rupanya tahu apa yang dilakukan selama ini, dia jadi sangat sedar
tentang kesalahan dirinya.
Mendengar kata-kata anaknya Emil bangun dan
meluru kearah anaknya, dia memeluk anaknya dengan tangisan. Pada mulanya hanya
perlahan kemudian menjadi bergonyang dek esakkan yang cuba ditahan. Akhirnya
dia melepaskan esakkannya menjadi gogoian, dia mengogoi didada anaknya.Dia
sudah tidak dapat bekata-kata.
Mendengar ngogoian isterinya cik gu Nassir
bangun dari duduknya dan berjalan menuju kearah suara tangisan isterinya untuk
mencari kepastian, tetapi langkahnya jadi terhenti melihat drama sebabak antara
isteri dan anak tirinya di ambang pintu bilik. Dia hanya memerhati dari jauh
perlakuan isterinya. Dia tidak mahu masuk campur urusan antara anak tiri dengan
wanita yang baru dua hari sah menjadi isterinya. Mungkin ada cerita di sebalik
tangisan isterinya yang agak kuat. Dua hari selepas mereka sah menjadi suami
isteri, Emil minta izin darinya untuk mengambil pakainya dirumah ayahnya. Dengan senang hati dia menawarkan
diri menemaninya. Padanya walaupun mereka sudah berusia namun peluang berduaan
sentiasa dicari sementelah memang sudah lama dia tiada peneman setelah
isterinya meninggal dunia.
Bila sudah reda sedikit esakkanya. “Terima
kasih bang kerana menginatkan mama. Mama sangat bertuah ada anak macam abang.
Cukup anak mama walaupun hanya abang seorang. Terima kasih ..terima kasih
sangat sangat bang”.. Itu yang didengar oleh cikgu Nassir dari mulut isterinya
walau pun perkataanya tersekat-sekat dek sedunya yang belum hilang.. Selesai
dia meluahkan kata-kata isterinya menjingkitkan tapak kakinya lalu diciumi
anaknya seperti mencium anak yang masih kecil. Isterinya terpaksa menjingkitkan
kakinya kerana ketinggian anaknya sudah melebihi ketinggian dirinya. Uwais
tersipu malu bila dia menyedari ayah tirinya sedang memandang perlakuan mama
terhadap dirinya. Namun perlakuan mamanya dibiarkan sahaja..sesekali kena cium best
juga..terasa dirinya sangat memberi makna dalam hidup mamanya.
“Terima kasih bang.Mama akan pulangkan pada
atuk..mama dengar teguran abang.. abang jangan bimbang ye..mama tak marah malah
berterima kasih kerana abang mengingatkan mama.” Dia berdiri tegak memandang
anaknya namun air mata masih mengalir. Sememangnya dia sangat bersyukur kepada
Illahi kerana dikurniakan anak sebaik Uwais. Anak yang mengingatakan diri dari
rasa tamaknya, mengambil bukan hak nya. Rasa sebak yang membelit hati
menyebabkan air mata sukar untuk diberhentikan. Dia memeluk anaknya sekali lagi. Emil menangis
semahunya didada anaknya. Sambil teresak sambil dia mengucapkan terima kasih.
“Sudahlah ma..abang cakap sikit saja mama dah
sedeh macam ni”.
“Mama nangis gembira .. sebab abang ingatkan
salah mama. Kalau abang tak ingatkan mama ..macam mana mama nak pulangkan segala
yang bukan hak mama kat akhirat nanti.. tentu mama akan disiksa didalam kubur.
Mama insaf sangat dengan buruk laku mama
selama ni, terima kasih ye bang. Mama bersyukur sebab Allah sayang mama.
ALHAMDULLILAH..”.
Setelah selesai berkemas kain bajunya Emil
mengikuti suami kerumahnya. Dalam perjalan pulang yang hanya mereka berdua
sahaja. Uwais tidak mahu mengikutinya kerana dia mahu duduk untuk sementara
waktu dirumah untuk mengulang kaji pelajaran bersama sahabat baiknya Ahmad
Sofian.
“Kalau boleh abang tahu..kenapa Emil menangis
tadi”. Cikgu Nassir menyelidik sebab tangisan isterinya tadi.
“Teruk sangat ke Emil nangis tadi bang”.
“Teruklah.. abang kat ruang tamu pun boleh terdengar”.
“Ialah tu.. (sambil menampar manja bahu
suaminya) abang ni kenapa jujur sangat..jangkanya tipulah sikit, taklah Emil
rasa malu sangat”. Cik gu Nassir ketawa lepas mendengar penyataan isterinya.
Dia merasa bahagia itulah sebabnya tawanya lepas tak terkawal.
“Bang! Emil dulu sangat jahat dan sangat
mementingkan diri sendiri, tamak pada yang bukan milik Emil. Yang sebenarnya
rumah yang Emil duduk selama ni rumah ayah, yang lebih jelas rumah pusaka atuk.
Bila atuk meninggal kami duduk rumah tu, dari rumah papan ayah betulkan rumah
tu..jadi sampai macam tu, tapi pembuatanya semasa arwah mama Emil masih hidup
lagi.…abang tahu tak mama Emil meninggal
kat Mekkah selepas selesai Umrahnya yang
pertama, tak sampai sehari mama meninggal, ayah nikah dengan mak ngah
kat sana. Emil tak boleh nak terima..walaupun ayah bagi sebab..”.
“Macam mana mak ngah boleh ikut keluarga Emil
pergi Mekkah?”
“Abang
tahukan mak ngah ni balu dah lama, masa Muaz baru habis diploma lagi, pak ngah
dah meninggal dunia..jadi masa ayah dan mama Emil nak pergi Mekkah dia
ajak mak ngah sekali, kira mak ngah
tumpag mahram ayah dan mama. Mama ajak mak ngah sebab mama ni mualaf, dia tak pandai sangat baca doa dan baca surah
lazim pun terhad pembacaanya. . Rupanya mahram mak ngah hanya bersangkut dengan
mama, bila mama meninggal ayah dan mak ngah bukan lagi mahram, mereka hanya
bekas adik ipar dan kakak ipar yang halal nikah. Jadi untuk memudahkan mereka
beribadah ayah nikah dengan mak ngah. Pada Emil ayah hanya mencipta alasan
sahaja untuk dia nikah lagi, selepas mama meninggal. Bila Emil dapat tahu ayah
memang sukakan mak ngah dari dulu lagi, lagilah tak Emil tak boleh nak terima…Emil rasa mak
ngah pun sama macam ayah, dia nak ambil kesempatan diatas peninggalan arwah mama,
dia macam nak tumpang kesenangan ayah dan mama. Abang tahu tak Emil suruh ayah
ceraikan mak ngah masa tu kalau ayah nak juga duduk rumah tu. Entahlah Emil
masa tu jahil , degil dan tamak betul. Sebab ayah tak mahu ceraikan mak nagh, ayah pindah duduk rumah mak ngah.
..sekarang Emil sedar sangat, Emil salah
selama ni. Tadi Uwais ingatkan Emil tentang perkara ni.. Emil sedeh sangat. Dia
yang baru setahun jagung tahu yang lebih berhak, tapi Emil yang dah berumur nak dekat setengah abad tak tahu. Jahil sunggh
Emil ni..jahil kerana hati Emil ni penuhi dengan rasa cemburu..cemburu bila
merasakan ada orang luar tumpang harta keluarga Emil..”.Emil mula teresak lagi.
Dia meminjam bahu suaminya untuk menumpahkan rasa sedehnya. Setelah dia menjadi
seorang wanita yang sejati jiwa cukup senang tersentuh. Mungkin keinsafan yang
meresap didalam hatinya menyebabkan dia begitu.
Elok la emil dah berubah..
ReplyDeleteBuang yg keruh, ambil yg jernih..
Syahdunya mak teh. bertuahnya emil punya anak sebaik uwaiz. Sejuk perut ibu yang mengandung kalau dapat anak sebaik uwaiz ni ya mak teh. Best sangat cerita ni mak teh. Insaf diri rasanya. Rasa sebak mengepung dada. Kesian Uwaiz dipinggir oleh ayahnya akibat sikap ibu tirinya tu. Thanks mak teh atas post n3 baru. suka sangat.
ReplyDeleteYg sbetulnya mak teh buat cerita ni hanya nak mengigatkan diri mak teh..seorang ibu atau ayah tidak boleh memaksa anak dng jodoh yg kita pilihkan. wlupun kta orng, jodoh orng tua pilihkan adalah jodoh yg baik..tpi pd kita baik tapi tdak sesuai pd mreka. jngan jadi sprti puan Rabiah
ReplyDelete