“Dahlah sayang, jangan menangis lagi..Itu
menunjukkan Allah sayang Emil, Emil diberi peringatan oleh anak Emil sendiri. Bersyukurlah kerana Allah
memberi peluang sayang membetulkan kesilapan sayang.” Bertambah pilu hatinya
bila lelaki yang baru dua hari menjadi suami memanggilnya sayang. Dihatinya
bergema dengan ucapan Alhamdullilah. Dia
tidak menyangka masih ada sebutan sayang
untuknya dari seorang lelaki yang bergelar suami.
Dia mula menyedari setelah dia mengumpamakan
ayahnya sebagai seorang ayah dan menghormati emak tirinya seperti yang
sepatutnya banyak kebaikkan yang diperolehi.. Inilah janji Allah kepada setiap
anak yang berbuat baik kepada orang tuanya akan diberi balasan yang baik. Dia
dikurniakan seorang anak yang senang dididik dan diketemukan jodoh yang
penyayang. Dia merasa sangat bahagia.
“Ia
bang,..memang Emil insaf sangat . Sekarang Emil tahu.. selama ni Emil salah
dengan ayah. Emil bersyukur sangat dengan
teguran Uwais menjadikan Emil tersedar, Emil tak sangka selama ini dia
pun ambil berat tentang apa yang Emil dah buat”.
“Elok
lah tu..walaupun dia anak kita dan lebih muda dari kita, tak semestinya dia tak
tahu. Tapi yang sepatutnya kita harus menerima teguran anak-anak walaupun kita
dah lebih ‘banyak makan garam’ dari
mereka, tak semestinya kita tua kita tak buat silap..dan tak semestinya orang
yang muda pengetahuan nya kurang dari kita.”.
“Ia
bang.. terima kasih kerana mengingatkan Emil..sekarang Emil dah betul-betul
sedar..terima kasih kerana sudi jadikan Emil teman hidup abang.. terima kasih
juga kerana semangat yang abang beri pada Emil.”.
Semasa
datuknya pulang dari Mekkah 5 tahun dulu, ketika mamanya tidak dapat menerima
kenyataan bila datuknya Haji Mohd Noh bernikah dengan nenek ngah di Mekkah, Uwais
mula mencari maklumat diInternet secara diam-diam. Uwais mencari maklumat tetang pencen dan harta
sepencarian didalam internet. Apa yang
nak disusahkan, sekarang pengetahuan dihujung jari anda. Tanya sahaja pada
MR.GOOGLE mesti ada jawapanya. Kalau
kita mencari perkara yang baik tentu kita akan mendapat jawapan yang
baik. Mr Google ni semua soalan dia
jawab dengan jujur waima tanya yang jahat dan yang tak senonoh pun dia akan
jawab tampa segan silu. Pilihan dihujung jari anda...Nak yang baik atau nak
yang jahat ikut kemahuan anda sendiri.
Siapakah
yang layak dibayar pencen apabila pesara meninggal dunia?
Jawapan
Mengikut
peraturan 2, Peraturan-peraturan Pencen 1980,
balu atau duda ertinya isteri atau suaminya yang masih hidup kepada seseorang
pegawai yang mati yang mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai satu
perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat
atau kelaziman. Balu/Duda/Anak
Balu/duda
ertinya isteri atau suami yang masih hidup kepada seseorang telah meninggal
dunia, yang mana perkahwinan mereka diiktiraf di Malaysia sebagai suatu
perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat
atau kelaziman.
Anak
pula ertinya anak seseorang yang telah meninggal, yang di bawah umur 21 tahun dan masih belum
berkahwin termasuk anak kandung, anak tiri tanggungan, anak tak sah taraf, anak
angkat dan anak cacat.
Sebulan
sebelum kedatangan bulan puasa Haji Mohd Noh suami isteri berpindah semula kerumah peninggalan Imam
Haji Hassan (ayah Haji Mohd Noh). Emil yang meminta nya begitu.
“Yah,
selama ni Emil bersalah sangat dengan ayah. Emil ambil hak ayah. Memang Emil
anak yang jahil dalam semua perkara yah. Sekarang Emil minta sungguh-sungguh
sangat dengan ayah.. ayah duduk lah kat rumah ayah tu dan ambil lah semula
kereta ayah tu. Emil minta maaf sangat-sangat pada ayah dan pada mak ngah
dengan sikap Emil yang lepas-lepas”.
“Tak
apalah Mel.. ayah dah rasa selesa duduk sini, ayah selesa duduk rumah mak ngah
ni, Lagi pun ayah dah tua tinggal beberapa hari saja umur ayah, yang ayah nak
berpindah randah”. Mendengar jawapan ayahnya mata Emil sudah berkaca… Hatinya
pilu bila ayahnya tidak memarahinya kerana kesalahanya dulu.
“Tidak
yah, kalau ayah tak duduk rumah ayah tu, Emil rasa bersalah sangat. Emil
betul-betul minta ampun yah.. kerana sakit kan hati ayah”.Emil sudah melurut
dari duduknya diatas kerusi dan menyembamkan
muka kepangkuan ayahnya dia mula menangis akhirnya teresak-esak, hatinya
benar-benar pilu bila mengenangkan salah lakunya dulu. Mengapa hatinya begitu
keras dengan ayahnya dulu.
“Ia
Mel, ayah memang dah ampunkan Emil sejak
dulu lagi, ayah bukan kecil hati dengan Emil, tapi ayah dah suka duduk
sini, lagi pun mak ngah memang suka duduk rumah dia”.
“Ia
Mel mak ngah memang suka duduk rumah mak ngah ni.”
“Jangan
lah macam tu mak ngah, mak ngah kan jadi isteri ayah, ikut lah ayah duduk rumah
ayah tu..tolong lah mak ngah. Kalau mak ngah dan ayah tak duduk rumah ayah tu,
Emil rasa ayah tak ampun kan Emil.. tolong lah untuk sekali ni saja..Emil akan
minta tolong anak-anak abang tolong ayah pindah..Emil pun akan tolong mak ngah
kemas..tolonglah mak ngah”. Rayu Emil bersungguh.
“Macam
mana Nor ..Nor nak ke duduk kat rumah arwah abah..kalau Nor rasa berat hati tak
payah pindah pun tak apa ..nanti Uda cakap elok-elok dengan Emil”. Ketika itu
Emil bersama keluarga baru sudah pulang kerumah mereka..Haji Mohd Noh
suamiisteri berbincang berdua.
“Nor
tak kisah kalau kata Uda kita pindah Nor ikut sahaja..Nor ni kan De kemana Uda
pergi Nor akan ikut, kalau Uda kata kita duduk bawah jambatan pun Nor ikut juga,
Nor kan dah jadi tulang rusuk Uda”.
“Ada
keduduk bawah jambatan..kalau boleh Uda nak ajak Nor duduk dalam istana tau..tapi
ialah hanya ini yang Uda mampu mengadakan. Pencen cik gu ni hanya cukup untuk
makan pakai kita sahaja Nor.”
“Apa
yang Uda cakap macam tu..Pada Nor itu dah Alhamdullilah sangat..kita tak
merempat dan meminta-minta”.
Akhirnya
permintaan Emil yang bersungguh dituruti juga oleh Haji Mohd Noh suami
isteri. Dia bersama isterinya berpindah
kerumahnya semula. Manakala Muaz sekeluarga pula berpindah dan duduk dirumah
Hajjah NorIza.
Kini setelah hak-hak ayahnya di pulangkankan,
kehidupan Emil makin bertambah tenang
dan bahagia. Dia sudah menjadi sorang wanita, isteri dan mama yang sempurna,
disamping suami dan anak-anak yang meningkat dewasa. Makin hari makin bahagia
hidupnya. Kasih sayangnya pada suami dan anak-anaknya juga makin bercambah. Dia tidak membezakan kasih antara anak-anak
tirinya dan anak tunggalnya Uwais..entah bila kasihnya bermula dia pun tak
tahu..tetapi semakin hari hati semakin dia merasa bahagia hidup disamping suami.
Makin meriah dikelilingi oleh empat orang anak tirinya dan anak tunggalnya.
Walaupun keputusan SPM telah diketahui, Uwais
masih belum menerima apa-apa panggilan untuk dia melanjutkan pelajaran. Dia
sudah memohon dibeberapa pusat pengajian tinggi kerajaan dan swasta. Sementara
menunggu panggilan belajar, Uwais meneruskan kerja dibengkel Muaz, walaupun
pekerja Muaz yang bercuti tempuhhari
sudah datang semula untuk meneruskan kerjanya. Itu diatas permintaan Muaz
sendiri yang meminta bantuanya.
“Bang
boleh tak abang tolong pak long sampai abang dapat masuk belajar semula”.
“Kan
abang Ramli dah datang tolong pak long”.
“Sekarang
kan kererta tengah banyak ni..kalau abang ada boleh cepat sikit siapnya. Kalau
abang tolong pak long semakkan buku kira-kira dan buat gaji diorang
tu, bolehlah pak long bagi tumpuan nak betulkan kereta sahaja.. jadi cepatlah
sikit siapnya kereta orang bang. Lagi pun overtaime mereka pun pak long tak
kira lagi..tolong ye bang.” Bila melihat
Uwais agak keberatan, Muaz cuba menyelidik.
“Kenapa
bang, mama abang marah abang kerja dengan pak long ke?..ialah mama abangkan tak
suka anak dia comot dengan minya hitam”. Pernah sekali Muaz terdengar Emil
memarahi anaknya kerana kuku tangannya hitam kerana minyak hitam. Tetapi bagi
Uwais.. dia tidak mahu Muaz bersimpati dengannya kemudian terpaksa mengambil dirinya
bekerja.
“Abang
tak kisah kalau terus kerja pun.. Tapi
abang tak mahu pak long ambil abang kerja kerana pak long kesiankan abang”.
“Tak
lah bang, pak long memang minta tolong sangat..Abang kan Nampak tak berhenti orang
hantar kereta. Nak ditolak tak elok pula takut nanti orang tak nak datang lagi
sebab kita sombong dengan orang”.
“Terima kasih pak long..abang yang sebetulnya
memang perlukan sangat duit untuk abang
sambung belajar. Kalau abang tak dapat panggilan IPTA (Intitut Pengajian Tinggi
Awam) abang terpaksalah mohon IPTS (Intitut Pengajian Tinggi Swasta) kalau
abang masuk IPTS tentu banyak pakai duit
kan pak long. Kalau abang dah ada sedikit duit, tak lah teruk sangat mama nak
tanggung abang nak buat permulaan abang masuk belajar. Abang tak boleh nak
harapkan papa, dia kerja sorang..adik-adik kat sana pun masih belajar perlukan
duit juga”.
“Haa
itulah kerja dengan pak long dulu ye..Tapi hari tu pak long dengar mama abang
marah sebab kuku abang hitam..”.
“Itu
salah abang, kerana tak potong kuku yang dah panjang..jadi hitamnya tu Nampak banyak
sangat..sampai kat dalam kuku. Mama
takut kalau abang tak bersihkan, nanti ambil air sembayang tak sah. Susah juga
dapat emak yang cerewet ni kan pak long, nak sentiasa kemas dan bersih, duit tak
ada pun tak apa janji solat kita diterima katanya. .. ni abang nak pastikan kuku abang sentiasa
pendek. kalau kena minyak hitam pun kita basuh tangan kita dengan petrol senang
nak tanggal, kan pak long”.
“Haa
ialah betul kata mama abang tu..pak long pun tak suka kalau kuku hitam..kalau
nak solat rasa macam tak selesa..bukan apa takut air tak sampai kat kulit
kita..takut wudu’ kita tak sempurna..kalau wudu’ tak sempurna solat kita pun
tak sempurna..bang! kita ni jangan nak jumpa kawan atau awek sahaja nak kemas
dan bersih..nak buat janji temu dengan Allah juga mestilah kemas dan bersih.. sepatutnyalah
kita mesti lebih kemas dan bersih bila nak mengadap yang Maha Agong kan bang..
sebab Dia yang beri segalanya pada kita..takut kalau dia tak terima doa kita
sebab solat kita tak sah, yang susah kita juga.”.
“ialah
pak long, abang ingat tunjuk ajar pak long tu”. Itulah kehidupan Emil dan
Uwais..mereka gembira meneruskan kehidupan walaupun tampa Abdul Latif.
Uwais seorang anak yang tabah. Emil masih mampu hidup tenang kerana mempunyai anak yang sesejuk perangai uwais. berani menegur dan membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh mamanya. Emil telah diberi dahan tempat berteduh lebih kukuh dan lebih bahagia. Seronok bila keluarga mereka bahagia. Kesian uwais sebenarnya. terasa kehilangan kasih sayang papanya. huhuhu.
ReplyDeletePerceraian dengan cikgu Latif banyak bawa kebaikan pada Emil. Tapi sebaliknya bagi pihak cikgu Latif. Jodoh pilihan emak, cemburu tak kena tempat. Sampai nak jalankan tjawab pada anak sendiri pun tak boleh. Nasib baik Uwais terdidik baik daripada datuknya. Banyak pengajaran dari cerita ni. Suka baca karya makteh ni.
ReplyDelete-misza-
Perceraian dengan cikgu Latif banyak bawa kebaikan pada Emil. Tapi sebaliknya bagi pihak cikgu Latif. Jodoh pilihan emak, cemburu tak kena tempat. Sampai nak jalankan tjawab pada anak sendiri pun tak boleh. Nasib baik Uwais terdidik baik daripada datuknya. Banyak pengajaran dari cerita ni. Suka baca karya makteh ni.
ReplyDelete-misza-