~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday 28 September 2014

Bab 39 Tidak ku tahu kasih bermula.






“Dahlah sayang, jangan menangis lagi..Itu menunjukkan Allah sayang Emil, Emil diberi peringatan oleh  anak Emil sendiri. Bersyukurlah kerana Allah memberi peluang sayang membetulkan kesilapan sayang.” Bertambah pilu hatinya bila lelaki yang baru dua hari menjadi suami memanggilnya sayang. Dihatinya bergema dengan ucapan Alhamdullilah. Dia tidak menyangka masih ada sebutan sayang  untuknya dari seorang lelaki yang bergelar suami.

Dia mula menyedari setelah dia mengumpamakan ayahnya sebagai seorang ayah dan menghormati emak tirinya seperti yang sepatutnya banyak kebaikkan yang diperolehi.. Inilah janji Allah kepada setiap anak yang berbuat baik kepada orang tuanya akan diberi balasan yang baik. Dia dikurniakan seorang anak yang senang dididik dan diketemukan jodoh yang penyayang. Dia merasa sangat bahagia.


“Ia bang,..memang Emil insaf sangat . Sekarang Emil tahu.. selama ni Emil salah dengan ayah. Emil bersyukur sangat dengan  teguran Uwais menjadikan Emil tersedar, Emil tak sangka selama ini dia pun ambil berat tentang apa yang Emil dah buat”.

“Elok lah tu..walaupun dia anak kita dan lebih muda dari kita, tak semestinya dia tak tahu. Tapi yang sepatutnya kita harus menerima teguran anak-anak walaupun kita dah lebih ‘banyak makan garam’ dari mereka, tak semestinya kita tua kita tak buat silap..dan tak semestinya orang yang muda pengetahuan nya kurang dari kita.”.

“Ia bang.. terima kasih kerana mengingatkan Emil..sekarang Emil dah betul-betul sedar..terima kasih kerana sudi jadikan Emil teman hidup abang.. terima kasih juga kerana semangat yang abang beri pada Emil.”.

 Semasa datuknya pulang dari Mekkah 5 tahun dulu, ketika mamanya tidak dapat menerima kenyataan bila datuknya Haji Mohd Noh bernikah dengan nenek ngah di Mekkah, Uwais mula mencari maklumat diInternet secara diam-diam.  Uwais mencari maklumat tetang pencen dan harta sepencarian didalam internet.  Apa yang nak disusahkan, sekarang pengetahuan dihujung jari anda. Tanya sahaja pada MR.GOOGLE mesti ada jawapanya. Kalau  kita mencari perkara yang baik tentu kita akan mendapat jawapan yang baik.  Mr Google ni semua soalan dia jawab dengan jujur waima tanya yang jahat dan yang tak senonoh pun dia akan jawab tampa segan silu. Pilihan dihujung jari anda...Nak yang baik atau nak yang jahat ikut kemahuan anda sendiri.

Siapakah yang layak dibayar pencen apabila pesara meninggal dunia?           
            Jawapan      
Mengikut peraturan 2, Peraturan-peraturan Pencen 1980,  balu atau duda ertinya isteri atau suaminya yang masih hidup kepada seseorang pegawai yang mati yang mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai satu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat atau kelaziman. Balu/Duda/Anak
Balu/duda ertinya isteri atau suami yang masih hidup kepada seseorang telah meninggal dunia, yang mana perkahwinan mereka diiktiraf di Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat atau kelaziman.
Anak pula ertinya anak seseorang yang telah meninggal,  yang di bawah umur 21 tahun dan masih belum berkahwin termasuk anak kandung, anak tiri tanggungan, anak tak sah taraf, anak angkat dan anak cacat.

Sebulan sebelum kedatangan bulan puasa Haji Mohd Noh suami isteri  berpindah semula kerumah peninggalan Imam Haji Hassan (ayah Haji Mohd Noh). Emil yang meminta nya begitu.

“Yah, selama ni Emil bersalah sangat dengan ayah. Emil ambil hak ayah. Memang Emil anak yang jahil dalam semua perkara yah. Sekarang Emil minta sungguh-sungguh sangat dengan ayah.. ayah duduk lah kat rumah ayah tu dan ambil lah semula kereta ayah tu. Emil minta maaf sangat-sangat pada ayah dan pada mak ngah dengan sikap Emil yang lepas-lepas”.

“Tak apalah Mel.. ayah dah rasa selesa duduk sini, ayah selesa duduk rumah mak ngah ni, Lagi pun ayah dah tua tinggal beberapa hari saja umur ayah, yang ayah nak berpindah randah”. Mendengar jawapan ayahnya mata Emil sudah berkaca… Hatinya pilu bila ayahnya tidak memarahinya kerana kesalahanya dulu.

“Tidak yah, kalau ayah tak duduk rumah ayah tu, Emil rasa bersalah sangat. Emil betul-betul minta ampun yah.. kerana sakit kan hati ayah”.Emil sudah melurut dari duduknya diatas kerusi dan  menyembamkan muka kepangkuan ayahnya dia mula  menangis akhirnya teresak-esak, hatinya benar-benar pilu bila mengenangkan salah lakunya dulu. Mengapa hatinya begitu keras dengan ayahnya dulu.

“Ia Mel, ayah memang dah ampunkan Emil sejak  dulu lagi, ayah bukan kecil hati dengan Emil, tapi ayah dah suka duduk sini, lagi pun mak ngah memang suka duduk rumah dia”.

“Ia Mel mak ngah memang suka duduk rumah mak ngah ni.”

“Jangan lah macam tu mak ngah, mak ngah kan jadi isteri ayah, ikut lah ayah duduk rumah ayah tu..tolong lah mak ngah. Kalau mak ngah dan ayah tak duduk rumah ayah tu, Emil rasa ayah tak ampun kan Emil.. tolong lah untuk sekali ni saja..Emil akan minta tolong anak-anak abang tolong ayah pindah..Emil pun akan tolong mak ngah kemas..tolonglah mak ngah”. Rayu Emil bersungguh.


“Macam mana Nor ..Nor nak ke duduk kat rumah arwah abah..kalau Nor rasa berat hati tak payah pindah pun tak apa ..nanti Uda cakap elok-elok dengan Emil”. Ketika itu Emil bersama keluarga baru sudah pulang kerumah mereka..Haji Mohd Noh suamiisteri berbincang berdua.

“Nor tak kisah kalau kata Uda kita pindah Nor ikut sahaja..Nor ni kan De kemana Uda pergi Nor akan ikut, kalau Uda kata kita duduk bawah jambatan pun Nor ikut juga, Nor kan dah jadi tulang rusuk Uda”.

“Ada keduduk bawah jambatan..kalau boleh Uda nak ajak Nor duduk dalam istana tau..tapi ialah hanya ini yang Uda mampu mengadakan. Pencen cik gu ni hanya cukup untuk makan pakai kita sahaja Nor.”

“Apa yang Uda cakap macam tu..Pada Nor itu dah Alhamdullilah sangat..kita tak merempat dan meminta-minta”.

Akhirnya  permintaan Emil yang bersungguh dituruti juga oleh Haji Mohd Noh suami isteri. Dia bersama isterinya  berpindah kerumahnya semula. Manakala Muaz sekeluarga pula berpindah dan duduk dirumah Hajjah NorIza.

Kini setelah hak-hak ayahnya di pulangkankan, kehidupan Emil makin bertambah  tenang dan bahagia. Dia sudah menjadi sorang wanita, isteri dan mama yang sempurna, disamping suami dan anak-anak yang meningkat dewasa. Makin hari makin bahagia hidupnya. Kasih sayangnya pada suami dan anak-anaknya juga makin bercambah.  Dia tidak membezakan kasih antara anak-anak tirinya dan anak tunggalnya Uwais..entah bila kasihnya bermula dia pun tak tahu..tetapi semakin hari hati semakin dia merasa bahagia hidup disamping suami. Makin meriah dikelilingi oleh empat orang anak tirinya dan anak tunggalnya.


Walaupun keputusan SPM telah diketahui, Uwais masih belum menerima apa-apa panggilan untuk dia melanjutkan pelajaran. Dia sudah memohon dibeberapa pusat pengajian tinggi kerajaan dan swasta. Sementara menunggu panggilan belajar, Uwais meneruskan kerja dibengkel Muaz, walaupun pekerja Muaz  yang bercuti tempuhhari sudah datang semula untuk meneruskan kerjanya. Itu diatas permintaan Muaz sendiri yang meminta bantuanya.

“Bang boleh tak abang tolong pak long sampai abang dapat masuk belajar semula”.

“Kan abang Ramli dah datang tolong pak long”.

“Sekarang kan kererta tengah banyak ni..kalau abang ada boleh cepat sikit siapnya. Kalau abang tolong  pak long  semakkan buku kira-kira dan buat gaji diorang tu, bolehlah pak long bagi tumpuan nak betulkan kereta sahaja.. jadi cepatlah sikit siapnya kereta orang bang. Lagi pun overtaime mereka pun pak long tak kira lagi..tolong ye bang.”  Bila melihat Uwais agak keberatan, Muaz cuba menyelidik.

“Kenapa bang, mama abang marah abang kerja dengan pak long ke?..ialah mama abangkan tak suka anak dia comot dengan minya hitam”. Pernah sekali Muaz terdengar Emil memarahi anaknya kerana kuku tangannya hitam kerana minyak hitam. Tetapi bagi Uwais.. dia tidak mahu Muaz bersimpati dengannya kemudian terpaksa mengambil dirinya bekerja.

“Abang tak kisah kalau terus kerja pun.. Tapi abang tak mahu pak long ambil abang kerja kerana pak long kesiankan abang”.

“Tak lah bang, pak long memang minta tolong sangat..Abang kan Nampak tak berhenti orang hantar kereta. Nak ditolak tak elok pula takut nanti orang tak nak datang lagi sebab kita sombong dengan orang”.

  “Terima kasih pak long..abang yang sebetulnya memang perlukan  sangat duit untuk abang sambung belajar. Kalau abang tak dapat panggilan IPTA (Intitut Pengajian Tinggi Awam) abang terpaksalah mohon IPTS (Intitut Pengajian Tinggi Swasta) kalau abang masuk IPTS  tentu banyak pakai duit kan pak long. Kalau abang dah ada sedikit duit, tak lah teruk sangat mama nak tanggung abang nak buat permulaan abang masuk belajar. Abang tak boleh nak harapkan papa, dia kerja sorang..adik-adik kat sana pun masih belajar perlukan duit juga”. 
“Haa itulah kerja dengan pak long dulu ye..Tapi hari tu pak long dengar mama abang marah sebab kuku abang hitam..”.

“Itu salah abang, kerana tak potong kuku yang dah panjang..jadi hitamnya tu Nampak banyak sangat..sampai kat dalam kuku.  Mama takut kalau abang tak bersihkan, nanti ambil air sembayang tak sah. Susah juga dapat emak yang cerewet ni kan pak long, nak sentiasa kemas dan bersih, duit tak ada pun tak apa janji solat kita diterima katanya. .. ni abang nak pastikan kuku abang sentiasa pendek. kalau kena minyak hitam pun kita basuh tangan kita dengan petrol senang nak tanggal, kan pak long”.

“Haa ialah betul kata mama abang tu..pak long pun tak suka kalau kuku hitam..kalau nak solat rasa macam tak selesa..bukan apa takut air tak sampai kat kulit kita..takut wudu’ kita tak sempurna..kalau wudu’ tak sempurna solat kita pun tak sempurna..bang! kita ni jangan nak jumpa kawan atau awek sahaja nak kemas dan bersih..nak buat janji temu dengan Allah juga mestilah kemas dan bersih.. sepatutnyalah kita mesti lebih kemas dan bersih bila nak mengadap yang Maha Agong kan bang.. sebab Dia yang beri segalanya pada kita..takut kalau dia tak terima doa kita sebab solat kita tak sah, yang susah kita juga.”.

“ialah pak long, abang ingat tunjuk ajar pak long tu”. Itulah kehidupan Emil dan Uwais..mereka gembira meneruskan kehidupan walaupun tampa Abdul Latif.


3 comments:

  1. Uwais seorang anak yang tabah. Emil masih mampu hidup tenang kerana mempunyai anak yang sesejuk perangai uwais. berani menegur dan membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh mamanya. Emil telah diberi dahan tempat berteduh lebih kukuh dan lebih bahagia. Seronok bila keluarga mereka bahagia. Kesian uwais sebenarnya. terasa kehilangan kasih sayang papanya. huhuhu.

    ReplyDelete
  2. Perceraian dengan cikgu Latif banyak bawa kebaikan pada Emil. Tapi sebaliknya bagi pihak cikgu Latif. Jodoh pilihan emak, cemburu tak kena tempat. Sampai nak jalankan tjawab pada anak sendiri pun tak boleh. Nasib baik Uwais terdidik baik daripada datuknya. Banyak pengajaran dari cerita ni. Suka baca karya makteh ni.
    -misza-

    ReplyDelete
  3. Perceraian dengan cikgu Latif banyak bawa kebaikan pada Emil. Tapi sebaliknya bagi pihak cikgu Latif. Jodoh pilihan emak, cemburu tak kena tempat. Sampai nak jalankan tjawab pada anak sendiri pun tak boleh. Nasib baik Uwais terdidik baik daripada datuknya. Banyak pengajaran dari cerita ni. Suka baca karya makteh ni.
    -misza-

    ReplyDelete