Tetapi lain pula ceritanya keluarga disebelah
papanya. Makin lama serumahtangga makin
terselah sifat ibu tirinya yang sebenar.
Rumah tangga Abdul Latif bersama Nur Fazila
yang sudah berusia 12 tahun. Namun mengapa Nur Fazila masih tidak yakin
kedudukan dirinya sebagai isteri Abdul Latif. Harinya jadi tidak tenteram bila
bayangan bekas isteri suaminya melintas mindanya. Apa yang meyebabkan dia jadi begitu..jawapanya
adalah kelebihan yang ada pada bekas
isteri suaminya sering membuatkan dirinya rasa tercabar. Untuk melawan Emil
menjadi guru itu tidak mungkin..namun dia boleh menandingi Emil untuk
mencantikkan diri..itulah azamnya didalam hati.
Berbagai
cara telah dilakukan untuk menjadikan dirinya berlebihan dan diberi
perhatian oleh suaminya. Sanggup dia
bersusah payah mencari duit untuk mencantikkan dirinya. Hampir setiap bulan dia ke Ipoh, kerumah abangnya untuk mengumpul duit membeli
produk kecantikkan untuk merubah warna kulitnya dan meluruskan rambutnya. Sanggup dia berlapar
mengikat perut untuk kelihatan langsing. Semua itu dilakukan agar suaminya terpesona
melihat dirinya....Namun hampa. Wajahnya yang sudah putih melepak dan dirinya
juga kelihatan langsing hasil diet tidak memakan nasi hamper tiga bulan boleh jelas dipandangan mata tetapi tidak
disedari oleh suminya. Ini terbukti bila suaminya tidak pernah mahu memuji
perubahan dirinya. Adakah suaminya tidak bermata untuk memandang pada perubahan
pada dirinya. Bila semua perrubah pada
dirinya tidak pernah mendapat perhatian, hatinya menjadi sebal. Dia merasakan
segala ushanya tidak berbaloi..bila apa yang diimpikan tidak mendapat seperti
yang diharapkan.
Bagi NorFazila suaminya terlalu kedekut untuk
menuturkan kata-kata sayang ataupun
kata-kata pujian kepadanya. Mungkin kerana fikiran tidak diuntukkan
penuh kepadanya, itulah sebabnya
perhatianya juga sering teralih dan terpesong kearah jandanya sahaja. Padanya
kerana hatinya ketempat lain sebab itulah pemerhatian suaminya tidak tertumpu
kepada dirinya. Bila dia memikirkan sikap suaminya hatinya menjadi marah. Itulah
sebabnya keharmonian rumah tangganya sering bergelombang..kerana dihatinya
memang sentiasa berombak.. tersalah sedikit ombaknya menjadi ganas. Tetapi adakah
benar sikap Latif begitu.
Sedari dulu lagi dia sudah melihat tingkah
sebenar Abdul Latif sementalah mereka kenal sudah lama. Dia duduk menumpang
dirumah keluarga Abdul Latif sejak
remaja lagi. Ketika itulah rasa sukanya mula bertunas. Tetapi ketika itu pada
pandangan matanya semua berkenaan jejaka idamanya baik dan bagus semuanya.
Abdul Latif seorang yang tidak banyak mulut..Dirinya yang tidak pandai
menzahirkan rasa marah, ini menampakkan seperti dia seorang suami yang penyabar
dan penuh kasih sayang. Abdul Latif juga seorang yang agak pemalu..malu mahu
menzahirkan perbuatan mesra diluar bilik mereka..malu bila perlakuan atau
percakapan mesra mereka terlihat oleh orang. Sikap itulah yang dia lihat ketika
dia masih menjadi suami Emil dahulu. Tetapi mengapa sikap-sikap itu menjadi satu
yang mengecewakan hatinya bila dia sudah menjadi isteri Abdul Latif.
Bila dia duduk sendirian sering dia
memikirkan..semenjak mereka berkahwin sumainya tidak pernah mahu meluahkan rasa
sayangnya kepada dirinya. Biar pun segala keperluannya terjaga namun sesekali
mahu juga telinga di dendangkan dengan kata-kata sayang dan cinta seperti
pasngan lain. Entahlah perlu ke kata-kata manis itu bagi setiap pasanagan.
Untuk NorFazila sememangnya perlu
mendengar kata-kata itu terluah dari
bibir suaminya..demi untuk meyakinkan keutuhan sayang suaminya kepada dirinya.
Petang Ahad itu Nur Fazila pulang dari Ipoh.
Masuk sahaja dia kedalam rumah dilihat suaminya sedang membaca surat khabar
diruang tamu. Dibawa dirinya menghampiri suaminya menghulur salam dan mencium tangan
suaminya. Dia merasa sedikit genmtar kerana dia tahu dirinya bersalah. Bersalah
kerana meninggalkan suaminya keIpoh seminggu lebih. Setelah dia menegakkan
badan kelihatan suaminya bagai terhidu-hidu. Dia membiarkan tingkah suaminya
dan terus menuju kebilik tidur nya untuk menyimpan beg dan baju-bajunya yang
dibawa dari Ipoh. Selesai solat
Isyak..ketika itu mereka didalam bilik, sekali lagi Abdul Latif terhidu-hidu kali ini siap bertanya…
“Apa yang bau pahit ni..bau macam belerang”. NorFazila
terkebil-kebil memandang suaminya. Dia tahu bau yang diperkatakan oleh suaminya
adalah bau ubat rambutnya. Dia melakukan rawatan rambut teknik rebonding..rambut disebalik telekungnya
sudah lurus seperti lidi penyapu. Dengan rasa berat Zila menjelas datang bau yang
diperkatakan oleh suaminya..
“Bang
yang sebenarnya bau dari rambut Zila ni..Zila buat rambut semalam..cantik tak
rambut Zila bang?”. Zila membuka telekungnya dan cuba mengirai rambutnya dengan
memasukkan jari jemarinya kecelah-celah rambut seperti iklan syampu, sambil bertingkah
manja dihadapan suaminya. Bila telekung
dibukan dan isterinya mengiraikan rambut bau itu semakin menusuk. Bau itu sungguh busuk di hidung Abdul Latif..dan
bau itu menutup kecantikkan rambut isterinya.
“Ohh..tapi
kuat betul baunya ni..pergilah cuci”. Terkesan juga dihati Nur Fazila yang cuba
mengoda suaminya tetapi suaminya
menjauhkan diri dan menutup hidungnya. Dia menegakkan badan..kaku tubuhnya
sambil memuncungkan mulut ..gaya merajuk. Kalau dirinya sudah cantik tentu
suaminya akan memujuknya itu detik hatinya.
“Kalau
cuci tak jadi luruslah rambut Zila ni..kata tukang rambut tu semalam.. selepas
seminggu dibuat, baru boleh cuci”.
“Habis
nak mandi macam mana?..Zila tak sembayang ke?”.
“Zila
sembayang. Mandi tu mandilah tapi tak payahlah cuci rambut”.
“Haai”.
Keluh Abdul Latif. Dihatinya terdetik tidak terfikirkah oleh isterinya akan keperluan
batin nya. Dirinya seorang suami, yang sudah ditinggalkan seminggu lebih… dia
hanya seorang lelaki biasa yang mempunyai nafsu. Mendengar keluahan suaminya…
Zila bertanya lagi untuk mencari kepastian..
“Kenapa
bang..busuk sangat ke bau nya”.
“Kenapa
Zila sampai nak meluruskan rambut..rambut Zila yang sebelum ni kan dah cantik”.
“Saja
nak ubah penampilan untuk abang.” Jawab Zila tampa rasa bersalah.
“Kalau
untuk abang tak perlu nak membazir duit.. Buat rugi sahaja”.
“Bukan
Zila guna duit abang..Zila guna duit Zila sendiri.” Zila mempertahankan
perbuatanya tampa rasa bersalah, malah bangga dia sudah pandai mencari duit
sendiri tampa mengharapkan duit suaminya.
“Walau
pun bukan duit abang..tapi cubalah fikir..gunakanlah duit pada benda yang
berfaedah. Ni buat membazir sahaja dahlah tu busuk pula tu.. lepas tu abang
tenguk tak cantik mana pun, malah cantik lagi rambut Zila yang dulu.. abang
lagi suka yang rambut yang dulu. Allah dah bagi rambut ikal untuk wajah Zila,
tak payah nak ubah-ubah”.
“Abang
ni langsung tak menghargai apa yang Zila dah buat untuk abang..bukan abang nak puji kutuk adalah”.
“Nak
puji apanya..Itu kebenarannya Zila..cuba Zila pandang kat cermin tu cantik ke
Zila dengan rambut macam tu..Rambut Zila nampak sikit kalau lurus. Tak seimbang
muka Zila yang nampak debab. Allah dah
bagi ramnut Zila ikal supaya dia kembang dan Nampak banyak..ni Zila ubah jadi
lurus..jadi nampaklah rambut Zila yang sikit tu..nampak kuyup menjadikan muka
Zila tu lebar. Lagi satu abang nampak
sekarang kulit muka Zila macam putih sangat..Zila pakai apa..Zila pakai sesuatu
juga ke? untuk jadikan kulit muka tu
putih.”.Bertalu-talu kutukan yang keluar dari mulut Abdul Latif. Yang
sebenarnya sudah lama dia mahu mengeluarkan apa yang ada dihatinya tetapi tidak
berpeluang.
“Haah..Zila
pakai cream muka yang akan memutihkan kulit muka..abang nampak perubahanya
ye..cepat betul cream tu bertindak baru tiga bulan Zila pakai dah ada kesannya.
Cantek ke bang.. tapi krim tu dah habis dah dua hari Zila tak pakai.. nanti
Zila beli lagilah...” Zila jadi teruja bila disoal begitu oleh
suaminya..ingatkan selama ini suaminya tidak menyedari perubahan pada wajahnya.
Belum beberapa saat hati gembira bila suaminya menyedari perubahan dirinya,
keluar pula kenyataan dari bibir suaminya yang menyetap tangkai hatinya..
“Zila
tak takut ke pakai cream yang entah apa-apa tu, nanti dapat sakit kulit nanti..
kalau dah dapat penyakit, nak kena cari ubatnya pula. Pada abang cukuplah
dengan apa yang Allah dah bagi, kalau
kita dah hitam biarlah hitam tak payah nak diubah jadi putih pula”. Sela Abdul
Latif selamba. Mendengar apa yang terluah dari bibir suaminya Zila jadi kecewa
semula.
“Abang
ni kalau Zila semuanya tak betul buat itu salah buat ini salah..jadi Zila nak
buat macam mana”.
“Selama
ni abang ke yang suruh Zila luruskan rambut..abang ke yang suruh Zila putihkan
kulit. Cuba Zila cermin diri Zila tu, tak pelik ke kulit muka putih tapi tangan
tu hitam, kemudian tenguk juga.. cantik ke Zila dengan rambut lurus, dah lah tu..
busuk pula”. Biar pun ada kebenarnanya kata-kata
suaminya, namun ianya sangat menghiris
hatinya..serasa dia ingin melarikan diri semula ke Ipoh rumah abangnya. Dek
kerana hatinya tersangat pedih mendengar cemuhan suaminya hingga dia tidak
dapat berkata-kata.
Yang sebenarnya Zila bukannya tidak cantik
dia cantik. Dia memiliki hidung yang mancung, rambut ikal mayang dan tinggi
lampai orangnya. Sejak dia merasakan dirinya gemuk dia sudah berusha meguruskan
badannya . Dia tidak menjamah nasi hamper
tiga bulan, dia hanya memakan lauk dan sayuran sahaja. Hasil sangat mengkagumkan. Dirinya kelihatan langsing seperti model.
Mana Zila tidak cantik, dia mempunyai darah
keturunan Siam disebelah nenek emaknya dan ayah nya berketurunan India Muslim
itu yang menjadikan hidungnya mancung terpatuk hanya kulitnya agak gelap
sedikit tetapi hitam tu kan manis. Lumrah manusia tidak pernah bersyukur dengan
apa yant telah dikurniakan pada dirinya.
Ini kisah ibu Zila..Ketika ibunya masih muda,
dia merantau ke Alor Star Kedah untuk mencari kehidupanya. Dia bekerja disebuah
kedai makanan. Disana dia bertemu jodoh dengan seorang yang berketurunan India
Muslim yang berkerja ditempat yang sama. Setelah mereka mempunyai tiga orang
anak, ayahnya pulang kenegeri asalnya untuk menjenguk keluarganya disana.
Tetapi pulangnya tidak kembali lagi ke Malyasia. Tinggallah emaknya yang
bernama Manisah terkontang kateng membesar tiga orang anak yang masih kecil.
Mana hendak menjaga anak dan mana pula hendak mencari duit untuk menyambung
kehidupan. Akhirnya kerana tidak dapat meneruskan hidupan jika tiada bantuan,
dia pulang semula kePengkalan Hulu tinggal
bersama emak dan ayahnya. Tetapi mereka juga bukan orang berada..dia terpaksa
mencari duit untuk menyuap dan meyekolahkan tiga orang anak-anaknya.
…Dia menjadi pembantu rumah dirumah Puan
Rabiah, sementera anak-anaknya tinggal dan bersekolah dirumah kedua orang
tuanya diPengkalan Hulu juga. Bila kedua datuk dan neneknya meninggal abang dan
kakaknya pula sudah mencari kehidupan sendiri, Nur Fazilah yang masih
bersekalah dibawa duduk bersama emaknya dirumah Puan Rabiah. Dan sejak itulah dia
tinggal dirumah puan Rabiah. Yang sebenarnya mereka masih mempunyai ikatan
kekeluargaan walaupun hanya bau-bau bacang sahaja..Setelah emaknya meninggal
dia tetap disitu menggantikan emaknya membantu Puan Rabiah..sementelah dia
bersekolah hanya sampai di tingkatan tiga sahaja.
Mungkin kerana bau rambutnya malam itu suaminya
tidak tidur didalam bilik mereka. Apabila dia terjaga dipertengahan malam didapati
suaminya tidak tidur disebelahnya..dia mencari.
Rupanya suaminya tidur dikerusi
panjang diruang tamu. Dia sungguh berkecil hati dengan tidakkan suaminya yang
melarikan diri, sedang dirinya baru pulang dari rumah abangnya. Rindu yng
mengunung akan belaian suaminya turut terbantut dengan tindakkan suaminya
ketika itu. Ketika dalam perjalan pulang tadi dia membayangkan kehangatan
pelukkan suaminya yang merindui dirinya.
Gelodak hatinya yang marah dengan tidakkan
suaminya menjauhkan diri disimpan menjadi dendam. Keesokkan malam dia pula yang
bertindak mengunci pintu bilik tidur mereka dari dalam. Perbuatan itu
berlanjutan hingga malam-malam berikutnya. Dalam hatinya berbisik jika dia
boleh buat aku pun boleh buat. Kalau dia tidak mahu.. aku 10 kali tidak
mahu..itulah bisikkan yang ditambah dengan hasutan syaitan. Kini terserlah
segala sikap yang ada didalam dirinya. Rupanya Nur Fazilah mempunya hati yang
keras dan kuat cemburu. Sifat itu tidak diketahui oleh puan Rabiah
walaupun dia mengenali Nur Fazila sedari dia masih kanak-kanak lagi.
Sudah
tiga hari sejak kepulangan isterinya dari Ipoh puan Rabiah melihat anak
lelakinya tidur diruang tamu diatas sofa. Malam keempat dia menghampiri anaknya
yang sedang mahu membaringkan tubuh disofa.
“Tif
kenapa kamu tidur kat luar ni… kamu bergaduh dengan Zila ke..kamu marah dia
pergi Ipoh lama sangat?”.
“Tak
lah mak. Saja saya tidur kat sini..rasa macam panas kat dalam bilik tu”.
“Jangan
kamu nak tipu mak Tif, mak nampak kamu dah tiga hari tidur kat sini”.
“Taklah
gaduh mak saya hanya tegur rambut dia tak cantik buat macam tu. Mungkin dia
kecik hati, itu yang dia tak nak saya dekat dengan dia”.
“Tif!
mak minta maaf Tif... mak tak tahu yang sikap Zila macam ni. Dulu dia tak macam ni
dia baik lemah lembut dengar cakap orang tua..tak tahu pula bila dah beranak
pinik dia macam ni, dia jadi orang yang keras hati pula”.
“Tak apa
lah mak, ini mungkin dugaan untuk saya mak. Saya tak pernah salah kan emak, yang
sebetulnya saya juga salah, tak pandai nak membentuk isteri jadi yang macam
kita harapkan.”.
Bila melihat keadaan anak dan menantu nya
berlarutan hingga beberapa hari sejak dia menegur anaknya diruang tamu.
Dia merasakan harus masuk campur dan
menasihati mereka. Dia menyelidik siapakah yang tidak mahu yang sebenarnya.
Ditengah malam dia kebilik menantunya dan cuba membuka pintu. Ketika itu cikgu
Latif tidur dibilik anak lelakinya. ..Akhirnya puan Rabiah sendiri menegur
menantu pilihannya.
“Zila
kenapa kamu tak kasi suami kamu tidur dalam bilik. Sedangkan tidur membelakangkan suami pun kita berdosa..apatah lagi kamu tak kasi dia tidur dengan kamu”.
“Mana
Zila tak bagi abang tidur dalam bilik.. abang yang tak mahu mak..dia kata
rambut Zila busuk”.
“Kamu
jangan nak tipu emak Zila..mak cuba buka bilik kamu tapi kamu kunci dari dalam
betulkan”. Memang itulah yang sesungguhnya Zila menunci pintu bilik dari
dalam. Bila emak mertuanya bertanya begitu dia tak terkata. Bagi Latif sekali
dia memulas dan berkunci.. dia tidak akan mencemar maruahnya mengetuk pintu
bilik. Dia lebih rela tidur dibilik anak lelakinya atau diruang tamu dari
terketuk-ketuk pintu bilik minta dibukakan.
“Kamu
tahu tak, perbuatan kamu tu berdosa pada suami kamu. Kamu tu hak dia. Jangan
sewenang-wenangnya menidakkan kan hak seorang suami, Zila”.Melihat menantunya
hanya menundukkan wajah memandag lantai Puan Rabiah mengambil peluang
menasihati nya.
“Zila
kita isteri adalah hak suami..bab makan, bab pakaian boleh lagi kita tolak tepi
atau minta tolong emak sediakan, tapi kalau kamu sampai kita tutup bilik tak
bagi dia tidur dengan kita itu tak boleh. Atau pun kita lari tidur bilik lain
suami bilik lain pun tak boleh. Kamu tahu tak, kalau suami kita tak redha dengan
kita, kita akan dilaknat oleh malaikat sampai suami kita redha pada kita”.
Sabda Rasulullah SAW: Apabila seorang suami
mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya,
maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat
mengutuknya sampai waktu subuh. (Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)
Sejak dinasihati nampaknya Zila sudah
mengubah sikapnya.Dia tidak lagi mengunci pintu bilik dan Abdul Latif juga
sudah tidak tidur diruang tamu lagi.
Pada pandangan puan Rabiah menantu pilihannya insaf dengan kata-katanya.
Bila perjalan rumah tangga anak menantu
yang didepan mata kelihatan tenang dan harmoni hatinya menjadi lega. Zila juga
sudah lama tidak meninggalkan suaminya
untuk pulang keIpoh. Dalam hitungan puan Rabiah sudah tiga bulan dia tidak ke
sana. Ucapnya didalam hati
ALHAMDULLILAH.
ALHAMDULLILAH.
Nasib malang en.latif..
ReplyDeleteDpt dua2 bini pun buat perangai bila kahwin dgn dia..
Bila bkn dgn dia, ok pulak perangai memasing..
Tu la tugas suami..
Jgn biarkan saja kalau bini buruk perangai..
Sesekali taskirahkan derang ni...
Kesianya pd cg latif. Dia baik tapi sikapnya yang pendiam tu memakan diri sendiri. Dia seorang ank yang patuh pad ibunya, ayah yang penyayang tapi silap perhitungan. perasaan sebenar terkonong dalam jiwa sendiriaan. Jadilah suami yang kurang berjaya mengemudi keharmonian rumah tangga. kena pijak oleh isteri. Zila jadi begitu sebab protes jiwa sebenarnya.
ReplyDeleteApapun cerita yang mak teh nak sampaikan amat memikat hati. Kejadian berlaku sekeliling kita seharian. Suka sangat dengan karya mak teh. sayang mak teh. tahniah.