Asalamualaikum..Baru
dapat sikit tapi tangan gatal nak post juga..mungkin cerita mak teh ni akan
tersangkut-sangkut tapi akan diuhakan berjalan lancar... Selamat membaca…
Peperiksaan
SPM sudah dua minggu tamat. Kini Uwais
sedang melayani bual sahabatnya yang bakal menjalani latihan PLKNdi pusat
pengumpulan pelajar yang terpilih mengikuti latihan itu. Dari pusat itu nanti
para pelajar akan di angkut dengan bas-bas yang telah disediakan ke kem-kem
yang telah di sediakan diseluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Serawak.Sofian
tercapak jauh dikem latihan PLKN dinegeri
Sembilan, Kem Divana yang terletak diJempul Negeri Sembilan, nama kem yang
tertera dalam surat panggilah tempuh hari.
Ayah Nassir, mama dan dirinya berpusu-pusu dengan keluarga pelajar yang
lain untuk sesi pendaftaran dan menanti
bas yang akan mengangkut mereka kem yang telah ditentukan bagi setiap pelajar.
Sebelum bertolak sempat lagimereka
berbual.
Uwais
hanya terseyum bila mendengar sungutan sahabatnya yang sememangnya dari awal
sangat berat untuk menerima latiahn itu.Ahmad Sofian bukan orang yang suka pada
kegiatan lasak.Uwais sangat tahu sikap sahabatnya yang satu itu, dia hanya suka
pada pembelajaran didalam kelas sahaja. Disekolah dahulu dia mengikuti acara
padang sebab terpaksa sahaja. Bila setiap
pelajar diwajibkan mengikuti acara padang..salah satu kokurikulum pihak
sekolah. Dihari sukan sekolah pula dia hanya menjadi tukang sorak ditepi padang
sahaja, kerana peringkat saringan lagi dirinya sudah terkeluar dari perseta
yang akan bertanding ditengah padang. Sedang Uwais mengelamun mengenangkan
sikap sahabat baiknya telinga disapa sungutan darinya.
“Entah apalah badi aku ni Is, tak
pernah aku doa masuk PLKN ni, malas betul aku nak pergi. Orang kata masuk ni
teruk, kena berkawat tengah panas bagai, kita ni dilatih macam latihan masuk
askar.”
“Aku dengar pun macam tu juga, tapi
kalau aku, aku suka dengan aktiviti lasak barulah rasa tercabar. Hidup ni mesti
ada cabaran Pian..barulah rasa bermakna hidup kita”
“Ialah mencabar sangatlah tu..Aku
hairan betul lah Is”.
“Kau hairan kenapa?”
“Ialah kau yang suka tak dapat, aku
yang tak nak nijuga lah yang dipilih. Kita tukar lah Is”.
“Hiss kau niiih, cuba kau eja nama
aku adake berbunyi macam Ahmad Sofian
bin Mohd Nassir ..kalau kau eja nama aku jadi nama kau, sekarang ni juga aku
ganti kau..”.ha..ha gelak jahat Uwais mengenakan kawannya.
“Memang lah tidak Is!..” Sofian
memperlahankan suaranya seakan berbisik dia mendekatkan bibirnya kecuping
telinga Uwais…timbul pula idea yang tak bernas dari kepala Sofian..Tindakkan
spontan Uwais membulatkan matanya yang sepet memandang kearah sahabat baiknya..Bila
habis kawanya berbisik.
“Kalau kau nak masuk penjara
buatlah”.Uwais mengingatkan.Rupanya sahabatnya mahu lari dari mengikuti latihan
PLKNnya (Is Is! kalau aku tak nak pergi
boleh tak agaknya) itulah bunyi bisikkan yang dibisikan ditelinga Uwais
tadi.
“Haahlah dulu ada seorang pelajar dari
Kedah kalau tak silap aku, dia kena penjara kerana tak pergi PLKN, walau pun dia dapat.”.Mendengar
perkataan penjara mengingatkan mereka berita yang mereka baca dari sebuah
akhbar tidak lama dulu.
“Tahu pun kau..Pian kalau kita dah
masuk penjara kerana didapati bersalah kita dapat keputusan kita bagus pun tak
guna..sebab rekod kita dah buruk, nanti susah nak diterima masuk mana-mana
pusat pengajian itu yang aku dengar lah Pian.”
“Eee malas betulah aku ni. Is!!yang
sebetulnya aku kesian nak tinggalkan
ayah aku”.Sofian masih mencari alasan kerana tidak mahu pergi.
“Apa pula kau nak kesiankan ayah, aku
kan ada ..aku ni sama saja macam kau,aku dah jadi anak dia..walaupun anak tiri
tapi aku tetap ada tanggung jawab jaga dia sebagai ayah aku. Kalau aku ni
perempuan aku kan dah haram kahwin dengan dia sampai bila-bila pun, sebab aku
dah jadi mahram dia, kesimpulanya aku ni dah jadi macam anak kandung dia juga
kan..”.
“Wah kau ni Is dah jadi macam ustaz
pula..yang sebetulnya aku ni yang mencari alasan tak munasabah . Aku memamg
malas nak pergilah Is. Dulu masa sebelum
SPM kita dah belajar teruk, tak ada langsung masa terluang untuk kita berihat.
Ini dah selesai semuanya aku nak rehat cukup-cukup. Aku nak makan dengan tidur
sahaja.Bukannya lama kita dapat berihat Is, hanya lebih kurang tiga bulan
sahaja sementara tunggu keputusan peperiksaan keluar..nanti kalau dah masuk
metric ke, kolej kedah kena belajar
lagi..hai..hai” Keluh Sofian lagi.
“Alah bukanya lama, 3bulan sahaja.
Pergilah cuba perkara yang tak pernah kita cuba..entah-entah bila dah cuba, kau
tak nak balik pula. Bab ayah tu kau jangan bimbanglah, kan dia dah ada mama.
Mama akan jaga dia..aku pastikan tu”.
“Ialah Is aku percaya kau..yang
sebetulnya itu hanya alasan hati aku yang tak nak pergi ni, entah lah Is. Tadi
kau kata aku tak nak balik bila dah cuba buat aktiviti kat sana tu, cuba kau
bagi contoh perkara yang menyeronokkan hingga aku tak nak balik tu..biar hati
aku ni merelakan langkah kaki ni..”.
“Yang aku dengar kat sana ada jungle
treking, flying fox..bukan tu sahaja ceramah ugama pun ada,kita diajak berQiamulai dan macam-macam lagi..makannya
pun sedap. Itu yang aku kata seronok..bila dah rasa seronok tentulah kau tak
nak balik. Masa yang diberi rasa macam tak cukup..kauakanrasatakpuas lagi dengan
kegiatan kat sana tu nanti”.
“Hemmm kau tak sebut bab kawat..pada
aku tak ada maknaya kalau bab berkawat dengan masuk hutan tu Is..salah langkah
bencana yang kita dapat itu sebabnya aku tak suka bab lasak-lasak ni.”
“Pian!!atuk aku selalu ingat kan aku,
kalau nak elakkan dari ditimpa musibah.. setiap kali keluar rumah bacalah Ayat
Kursyi dan ayat Seribu Dinar kemudian berselawat banyak kali ..supaya kita
dipelihara dan dilindungi oleh Allah. Tak ada tempat lain kita memohon
perlindungan Pian, hanya pada Allah tempat kita bergantung dan mengadu. Bukan
sahaja kita berdoa supaya kita dijauhkan dari kemalangan dan kecelakaan, kita
juga berdoa supaya kita tak terjebak pada sebarang maksiat, dan sebanrang
kejahatan kita berdoalah supaya dijauhkan dari semua benda-benda buruk
Pian”.Semasa ada peluang Uwais menyampaikan pesanan atuknya Haji Mohd Noh,
untuk kesejahteraan dirinya sendiri dan sahabat yang bakal menjalani latihan
dan bakal jauh dari mata orang tua mereka. Bukankah ilamu Allah tu elok
disebarkan untuk memberi menefaat kepada
semua yang berpegang pada Allah tuhan yang Maha Esa. Lagi pun sesiapa yang menyebarkan
ilmu yang baik akan diberi ganjaran pahala oleh Allah.
“In Syaa Allah aku akan ingat pesan
kau tu sekarang juga aku baca.” Mereka
mendiamkan diri kerana memberi peluang Ahmad Sofian membaca apa yang
diperkatakan oleh sahabatnya tadi.
“ Aku ada dengar kalau kita mengamalkan Ayat Seribu Dinar, Allah akan memberi
pertolongan yang kita tak sangka betul ke macam tu, cuba kau tanyakan
kat atuk kau..”.
“Betullah tu, atuk aku pun cakap macam
tu juga..itu sebabnya kita jangan cepat putus asa”.
“Habis kalau macam aku ni..boleh tak
tiba-tiba Allah datangkan sebab.. yang membolehkan aku tak jadi pergi..itu dikira pertolongan yang tak disangka-sangka juga kan”.
“Kau ni Pian..Allah bagi seseorang
dugaan ni mengikut kemampuan seseorang. Kalau tak didatangkan sebab yang
menyebabkan kau boleh tak pergi, maknanya kau mampu menjalani latihan
tu..pergilah..kemudian bacalah ayat-ayat tadi supaya kau dilindungi dari segala
marabahaya dan segala kejahatan..” Nasihat ikhlas dari seorang kawan.
“In Syaa Allah lepas ni aku tak akan
lupa membacanya… Is! aku balik nanti agaknya keputusan dah keluar ke belum”.
Lembut hati Sofian bila mendengar kata-kata sahabatnya.
“Mungkin tara-tara nak keluar agaknya.
Kau sebut SPM aku risaulah..Fizik hari tu macam tak yakin sahaja aku
menjawabnya”.
“Perkara dah lepas tak payah fikir
lagi lah Is. Kau nak buat apa selama tiga bulan ni…”.
“Aku rasa nak cari kerja lah Pian, aku
nak cari duit poket sikit, kau tak apalah..kau dah ada duit elaun PLKN ni”.
“Banyak mana lah duit elaun tu”.
“Tapi sekurang-kurang kau ada juga
duit..aku ni kalau tak kerja, ertinya tak ada langsung tau”.
“Kau apa susah mintalah kat mama
sikit”.
“Tak maulah ..kita dah besar Pian dah
boleh cari duit sendiri kalau kita rajin. Lagi pun kita nikan lelaki.. kudrat
kita dah boleh membela diri sendiri. Kalau orang dulu kan tara-tara kita ni
tanggung isteri kan”. Ha..ha..ha. Dua sahabat melepas kan tawa kuat tak ingat
orang keliling.
“Hssy kau ni Is, keputusan belum lagi
keluar dah ingat nak tanggung isteri, dah ada calon ke dalam hati kau tu”.
“Aku kata bukan aku..orang dulu, kau
ni cepat sangat salah tafsir. Kita ni lama lagi, kurang-kurang pun 10 tahun
lagi, dapat kerja kemudian nak kumpul
duit pula. Jangan kahwin sahaja, tapi tak pandai nak bagi perlindungan dan
makan pakai anak isteri, tapi sekarang semua orang dah pandai menilai… kalau
kewangan tak mantap siapa nak kita kan”.
Asyik
berbual masa makin menghampiri tidak disedari. Sehinggalah kedengaran pengumuman melaungkan agar semua
para perserta berbaris untuk menaiki bas yang akan membawa mereka kedistinasi
yang telah ditetapkan. Ayah Nassir, mama dan dirinya memandang Ahmad Sofian didalam barisan menuju kepintu
kemudian menaiki tangga bas satu persatu
hinggalah bas meninggalkan mereka tidak lepas mata mereka bertiga
memandang Ahmad Sofian yang juga memandang kearah mereka. Bila bas bergerak
masing-masing mengangkat tangan dan melambai. Sedeh dirasakan, tidak kiralah
cikgu Nasir atau pun Uwais. Mereka berdua memang tidak pernah berpisah. Itulah
pengajaran pertama untuk seorang anak meninggalkan keluarga mereka kelak.
Uwais sudah ditinggalkan kesaorangan bila
sahabat baiknya menjalani latihan PLKNnya. Dia meminta kebenaran mamanya untuk
meluangkan masa bersama papanya.
“Mama abang rasa nak duduk rumah papa
sehari dua boleh ma”.
“Boleh..pergilah..tapi jangan lupa
kelas memandu abang..Bila abang nak memulakan kelas memandu abang tu”.
“Ada lagi lima hari..tapi abang risau
nanti mama tak ada kawan”.
“Apa pula tak ada kawan..ayah kan ada”.
“Ohh ye tak ye juga..abang ni selalu
terlupa mama dah ada kawan sekarang ni. Kalau macam tu esok abang pergilah..cepat
abang pergi cepatlah abang balik.”.
Selepas
tamat periksa Uwais kerumah papanya, untuk meraikan rasa merdekanya bersama
papanya. Hendak bermerdeka bersama sahabat baiknya Sofian dia sudah dikem
latihan PLKN, tetapi kedatanganya di sambut dengan jelingan tajam dari emak tirinya pula. Hanya
sehari semalam Uwais dapat bertahan bila dia juga terdengar pertengkaran emak
tiri dan papanya didalam bilik mereka.Uwais mengesyaki pertengkaran itu adalah
disebabkan kedatangan dirinya.
“Bang!! Kenapa abang suka sangat ajak
anak abang datang sini..abang nak tanya khabar janda abang tu ke?”.
“Hai Zila kenapa ni? Angin tak ada
rebut tak ada … tiba-tiba nak naik angin..kenapa?”. Meleweh suara cikgu Latif
menegur tingkah isterinya yang mempertikaikan kedatangan anaknya.
“Apa abang kata tak ada angin..tu yang
datang tu angin pada Zila”.
“Apa yang anginnya..dia kan anak
abang, dia dah habis periksa biarlah dia datang sini, lagi pun memang dah lama
dia tak datang sini”.
“Abang sukalah dia datang, sebab boleh
tanya tentang janda abang tu”. Abdul Latif hanya membiarkan sahaja Zila
membebelkan dirinya. Tetapi rupanya dengan cara mendiamkan diri menyebabkan
angin Zila semakin mengganas.
“Kalau abang diam betullah tu.. suruh
dia balik bang..saya tak suka dia cerita tentang mamanya pada abang..kalau dah
macam tu macam mana abang nak lupakan dia..”.
“Mana ada dia cerita tentang Emil..dahlah
biar dia..dia kata nak duduk sini dua tiga hari ..nak merasakan merdeka bila
dah habis periksa..”. Bila nama Emil disebut makin marak marah Zila dalam hati.
Pada pendengarannya nama Emil begitu lembut disebut oleh suaminya. Ialah bila
hati sudah cemburu syaitan berbisik menghasut itulah jadinya. Entah mengapa
rasa cemburu Zila makin berganda bila usia makin meningkat.
“Apa abang kata? Dia nak duduk sini dua
tiga hari?? Tidak! bang biar pun sehari Zila pun tak suka..kalau abang tak boleh
nak cakap suruh dia balik..Biar Zila yang cakap.. Zila tak suka dia datang
sini..sekarang ni kan abang tengah cuba nak lupakan janda abang tu..kalau dia
selalu datang kemudian, duduk lama-lama dengan abang, macam mana abang nak lupa
pada janda abang tu”. Abdul Latif memandang isterinya yang sedang
membebel..tetapi hatinya juga berkata bagai mana mahu dia memadam ingatanya
pada Emil..serasa tidak mungkin, itu kenyataanya. Abdul latif melihat betapa bersungguhnya isterinya mahu menyuruh anaknya pulang.
“Sekali Zila cakap suruh anak abang tu balik
tahulah apa yang abang nak buat.. jangan sekali halau anak abang masa dia
jumpa abang. Dia tu tetap anak abang
walau bukan Zila yang mengandungkan
dia”. Pertengkaran didalam bilik rupanya didengari oleh Uwais. Kerana meja
tempat dia minum berdekatan dengan bilik papa dan ibu tirinya. Cepat dia menghabiskan minum paginya. Melihat kelibat papanya keluar dari bilik terus dia meminta diri untuk pulang semula kerumah
datuklnya.
“Pa! abang rasa abang nak baliklah
pa”. Mendengar permintaan anak sulongnya cikgu Latif tidak jadi melangkah kerunag tamu..dia menarik kerusi dan duduk menemani anak yang sudah pun menghabiskan minum paginya.
“Kenapa cepat sangat nak balik bang,
kata nak sampai dua tiga hari kat sini. Papa tak habis lagi nak tanya pasal
periksa abang..boleh ke abang jawap semua soalan SPM hari tu”.
“In Syaa Allah pa..semua yang abang
baca kebanyakkannya keluar pa..doakan abang dapat semuanya A ye pa”.
“In Syaa Allah..kalau abang dah
berusha tentu akan berjaya tu. Kan Allah dah janji berusha dulu kemudian berdoa..In
Syaa Allah Dia akan makbulkan doa kita..Tapi kenapa abang nak cepat balik..abang dapat masuk PLKN
ke?”.
“Tak pa..Abang tak terpilih tapi kawan
abang Pian tu dapat.. dia dah pergi pun dua hari lepas..abang nak balik cepat
bukan apa, mama suruh abang ambil lessen kereta. Sambil abang tunggu keputusan
SPM ni, mama kata lebih baik abang ambil lessen..tapi abang kena pergi buat
pendaftaran dulu. Lebih cepat abang buat pendaftaran, lebih cepat abang dapat
belajar memandu, cepatlah abang dapat lessen nanti.” Pagi tu Uwais pulang
sendiri dengan menaiki bas. Bila anak tirinya pulang kedengaran lagi sungutan
Zila.. namun tidak diindahkan oleh Abdul Latif, malas dia mahu melayani rasa
tidak puas hati isterinya.
“Kalau datang menghabiskan duit sahaja”. Itulah
sungutan Zila yang terlepas dari hati yang cemburu. Hatinya jadi hangat bila
matanya melihat huluran duit dari tangan suaminya untuk anak sulongnya. Untuk
menyejukkan hatinya yang panas Zila merajuk dan pulang kerumah abangnya di
Ipoh.Tujuan utama mahu mengumpul duitnya sendiri.. dan akan dihabiskan untuk membeli
produk kecantikan diri. Pemergian Zila juga tidak dihalang oleh Abdul Latif. Sekarang
ini Abdul Latif tidak mahu menyibuk dengan kegiatan isterinya. Sebab makin
ditegur makin keras jadi tingkahnya.
Baru sempat semak..banyak rupanya yang tak betul...
Baru sempat semak..banyak rupanya yang tak betul...
Begini ke nasib cikgu latif. Kesian pun ada. Takpe la, biar merana asal tak derhaka.
ReplyDeleteTQ mak teh kerana hadiahkan n3 baru buat peminat tegar mak teh ni. Hangat rasa hati dengan sikap si zila tu ya. macam org tak sedar dek untung pulak. sabar jelah uwais n cg latif. Kesian dia orang dua bernak tu. Thanks mak teh. sayang mak teh.
ReplyDelete