Setelah siap menyalin lauk pauk kedalam manggkuk, Puan
Rubiah menyuruh tiga orang cucunya makan. Dua tiga hari ini cucunya sudah
menyungut kerana masakannya tidak menepati pawai selera mereka. Puan Rubiah keruang tamu. Dari jauh dia
melihat anaknya larut dalam menungnya dengan wajah yang sedeh. Lama dia
memerhati dengan langkah perlahan dia menghampiri anaknya namun tidak disedari. Kemudian dia berhenti,
lama dia berdiri tidak jauh dari anaknya, namun tidak juga anaknya menoleh ke
arahnya, menandakan kehadirianya sememangnya tidak disedari. Akhirnya dia
memilih untuk duduk dihadapan anaknya. Dia meninggalkan tiga orang cucucnya
didapur yang sedang mengadap hidangan
dengan berselera sekali maklumlah nasi kenduri yang dibawa oleh Uwais tadi.
Cecah sahaja punggungnya kesofa terus sahaja dia bersuara.
Yang sebenarnya hati Latif menjadi hiba, mengenangkan
Emil sudah menjadi hak orang, jika dia masih janda dia masih ada peluang
memiliki Emil, dia hanya perlu perkataan 'ya' dari Emil sahaja, tetapi kini
harapanya tinggal hanya harapan sahaja, itu yang disedehkan. Berita itu Muaz
sendiri yang memberitahunya tadi, itu yang membuatkan dia termenung, cinta dan
deritanya bergelut didalam hatinya. Dia tersedar dari menungnya bila melihat
emaknya duduk disofa dihadapanya.
“Dah 4 hari kamu
kemalangan, baru Uwais nak datang jenuk kamu Tif. Inilah anak ajaran Emil,
bagus betul Emil ajar anak kan Tif. Tak kan dia tak tahu kamu kemalangan, takan
sepupu dia tu tak bagi tahu dia hari tu. Itulah, emak ni.. kalau perangai Emil memang
mak tak setuju dari dulu lagi.”
Berapi-rapi Puan Rabiah memburukkan dan
mencari salah bekas menantu yang tidak disukainya dulu. Tapi puan Rubiah
mungkin terlupa, seseorang itu akan berubah mengikut masa dan keadaan. Kalau
tidak tak kan ada orang yang terlebih dahulu makan garam, memadahkan: Anak
punai anak merbah, terbang turun buat sarang, anak sungai pun berubah, inikan
pula hati orang.
“Mak jangan buruk sangka kat orang mak, berdosa.Yang
sebetul nya itulah yang saya pesan pada Muaz hari tu, masa dia tolong saya
kemalangan hari tu”. Kerana hatinya yang hangat, cepat sahaja kata-kata anaknya
dipintas..rasa tidak puas hatinya mahu diluahkan dengan segera.
“Kamu pesan pada sepupu dia tu, bagi tahu Emil, supaya
Emil jenguk kamu sakit kemalangan.Tapi tenguklah anaknya sahaja yang datang,
itu pun dah dekat nak baik sakit kamu, baru datang dijenguknya kamu”.Yang
sebenarnya Puan Rubiah sengaja mencari keburukan bekas menantunya, supaya
anaknya sedar dan supaya anaknya tidak mengharap lagi pada wanita yang buruk perangainya. Secara halus dia menyampaikan
isi hatinya ‘tidak guna kalau memiliki
isteri yang seperti Emil.’
“Bukan pesan suruh jenguk mak, tapi saya pesan jangan bagi tahu diaorang.
Saya tak mahu dengan berita kemalangan saya yang tak seberapa, menghilangkan
rasa gembira diorang nak menerima orang baru.”
“siapa yang nak terima orang baru..Emil..Emil nak kahwin
ke Tif?”.
“Pandai mak teka. Uwais cakap dengan emak tadi ke?”.
“Emil nak nikah Tif..bila???”Tidak dihiraukan soalan
anaknya, Puan Rabiah bertanya mencari kepastian.
“Dia dah nikah lepas Jumaat tadi mak, yang Uwais bawa
tadi nasi kenduri dialah tu mak”. Latif menuturkan dengan suara yang sebak
bersama tangan menyapu tubir matanya. Terkedu Puan Rubiah melihat kesedehan
anaknya, terdetik hatinya mengakui kata-kata Zila sememangnya anaknya masih
menyimpan rasa kasih untuk bekas isterinya. Anak lelakinya menangis kerana
bekas isterinya kahwin lagi. Tetapi
hatinya merasa sedeh melihat kesedehan yang ditanggung oleh anaknya kerana
tidakkanya dulu. Dia kasihan melihat anak yang tidak banyak cakap meluahkan apa
yang terkandung dihatinya dengan air matanya.
Dia datang memeluk anaknya yang sudah mengalirkan air
mata. Tadi dia mahu memburuk-buruk Emil supaya anaknya dapat merelakan
percerian yang sudah terjadi. Tetapi dia
tersalah kata pula. Rupanya masih begitu kuat sayang anaknya kepada bekas
isterinya. Bukankah lelaki dan air mata itu luar biasa.
“Dahlah Tif..jangan menangis. Emak yang bersalah dengan
kamu Tif, mak minta maaf sangat-sangat.”
“mak tak salah, sayalah yang salah, saya tak pandai nak
didik isteri supaya sayangkan emak juga”. Latif berkata dengan tangis yang
tertahan. Walau pun ditahan namun tangisan tetap tidak mahu berhenti. Dia tetap
menangis dan teresak dibahu emaknya, dia merasakan pedih hatinya bila harapanya
berderai.
“Kalau kamu menangis macam ni mak rasa bersalah sangat
pada kamu. Dahlah jangan diingat lagi Emil tu ye, dia dah jadi hak orang, nanti
kita dapat dosa.” Datar sahaja suara Puan Rubiah menasihati anaknya. Makin
disuruh jangan menangis makin kuat pula esak anaknya, bergegar badannya dengan
esakkan anaknya yang tidak dapat ditahan lagi.
“Ia mak saya tahu, saya tengah pujuk hati saya lah ni
mak.” Latif cuba menahan tangis namun
dia tidak mampu.Tangis anaknya menyiat hati puan Rubiah. Bahagiakah dirinya
dengan esakkan anaknya sekarang ini. Jawabnya..kalau masa boleh diundur dia
lebih rela dirinya yang menangis. Tapi apakan daya segalanya sudah terjadi,
kemenanganya dulu sudah tidak bererti.
Kemenangannya dulu bila berjaya memaksa anaknya bernikah
dengan NorFazilah, itu kejayaan pertama. Kejayaan kedua bila menantu pilihanya
mengandung, kejayaan ketiga bila anaknya menceraikan isteri pertamanya dan
kejayaan keempat anaknya berpindah dan duduk bersamanya dikampung mereka.
Tetapi sekarang adakah dengan kejayaan-kejayaan itu dia gembira dan bahagia
hingga keakhirnya.
Sudah 8
hari Zila meninggalkan rumahtangganya. Tanggungjawabnya kepada anak-anak
tertanggung di atas bahu emak mertuanya, tetapi tanggungjawap dia kepada
suaminya tak tahu nak jawab macam mana. Sementa lah suaminya sedang sakit
kerana kemalangan tempuhhari.Tetapi ‘sebab’ kemalangan itu lah dia mengeraskan
hati membawa diri ke Tanjung Rambutan Ipoh rumah abangnya. Suaminya kemalangan
kerana ‘asyik terkenangkan jandanya’ itu yang menjadikan hatinya tersangat
sakit.
Di Ipoh
dia gembira dan seronok, seronok kerana dia bekerja dan bakal ada duitnya
sendiri, duit dari titik peluhnya.
Gembira kerana dikelilingi oleh pelanggan dan kawan-kawan. Tetapi
walaupun hatinya seronok dapat mengumpul duit, namun tanggungjawabnya tidak membenarkan
dia terus tinggal di Tanjung Rambutan Ipoh. Hari Ahad hari tidak berjualan,
selepas minum pagi dia mula mengorak langkah pulang semula kePengkalan Hulu.
Harapanya dia akan datang lagi itulah janjinya didalam hati.
“Makcik! rasanya Isnin ni Zila dah balik”.
“Kenapa tak terus duduk sini sahaja. Kalau rumah Miza tu
sempit mehlah duduk rumah makcik.”
“Tak apalah makcik, Zila tak mahu susahkan mak cik”
“Tak susah pun, makcik pun duduk sorang sahaja selama ni.
Kalau ada orang temankan, mak cik suka juga. Yang sebetulnya mak cik berniaga ni,
hanya nak cari kawan berbual sahaja, sambil-sambil tu cari duit belanja”.
Itu adalah kebenaran untuk mak cik Tipah. Setelah kematian suaminya dia menerus kerja berjualan di gerai peninggalan arwah suaminya. Dia boleh duduk dirumah jika dia mahu, kerana ada seorang anaknya yang setiap bulan menghulur duit belanja. Jika hendak dikira cukup, memang nya cukup untuk makan pakainya. Tetapi dia tidak mahu menyusahkan anaknya yang berkerja hanya sebagai seorang askar di Kem Sikamat, Seremban Negeri Sembilan. Anaknya hanya askar biasa yang berpangkat koperal. Duit pemberian anaknya disimpan untuk kegunaan anaknya nanti.
Itu adalah kebenaran untuk mak cik Tipah. Setelah kematian suaminya dia menerus kerja berjualan di gerai peninggalan arwah suaminya. Dia boleh duduk dirumah jika dia mahu, kerana ada seorang anaknya yang setiap bulan menghulur duit belanja. Jika hendak dikira cukup, memang nya cukup untuk makan pakainya. Tetapi dia tidak mahu menyusahkan anaknya yang berkerja hanya sebagai seorang askar di Kem Sikamat, Seremban Negeri Sembilan. Anaknya hanya askar biasa yang berpangkat koperal. Duit pemberian anaknya disimpan untuk kegunaan anaknya nanti.
Zila sudah sampai dirumah keluarga suaminya. Dirinya
terasa kekok dengan sambutan dingin emak mertua dan suaminya sekembalinya dia
dari Ipoh. Namun digagahi nya juga menyapa dan menyalami suami dan emak
merutanya. Bermula dari saat itu Zila merasakan emak mertuanya sudah tidak
ramah dan mesra lagi seperti selalu. Kini suaminya juga sudah mulakan tungas
sebagai pendidik walaupun tanganya masih dikendung, mungkin belum pulih
sepenuhnya.
Dalam keadaan kekok dan dingin kini sudah sebulan
berlalu. Sejak dia pulang dari Ipoh dia sudah mula melakukan rawatan muka
dirumah. Semua prudak kecantikan yang dibelinya tempoh hari digunakan setiap
hari kini sudah mendapat melihat hasilnya. Hasilnya: Kulit mukanya sudah
menjadi putih mulus dan cantik. Zila gembira dengan perubahan pada wajahnya.
Tidak rugi dia bekerja dan ditabur duitnya untuk produk kecantikkan bila
melihat hasilnya. Dia berazam akan
menambah koleksi barangan kecantikan untuk
dirinya. Jika itu niatnya dia harus keIpoh lagi utnuk mengumpul duit.
Bukan dia tidak mahu meminta duit dari suaminya, tetapi
dia harus faham dengan sara hidup yang tinggi sedangkan suaminya bekerja
sendirian untuk menangung emak dan mereka sekeluarga. Suaminya juga harus
memberi sedikit sara hidup untuk anak tirinya juga. Dia akur dengan tanggung
jawab suaminya. Pernah dulu dia mengambil sedikit duit belanja dapur. Dia ditegur oleh emak
mertuanya bila menyedari makan untuk mereka BERCATU.
“Zila! kenapa sekarang ni mak rasa macam sikit sangat
kamu masak lauk, Latif kurangkan bagi duit belanja dapur ke?”.
“Tak mak, abang bagi macam biasa sahaja.”
“Habis tu harga barang naik sangat ke, sampai kita tak
cukup belanja. Kalau tak cukup kamu minta tambahlah dengan suami kamu tu”.
“Mak tak payah mak, yang sebenarnya memang Zila yang
berjimat nak ajar anak-anak makan apa yang ada mak. Zila ingat nak tolong abang
berjimat. Kan tak lama lagi Umar pun dah nak masuk tingkatan satu..takut kalau
sekolah menengah banyak nak pakai duit”. Umar merupakan anak Latif yang tua
bersama Zila. Anak keduanya diberi nama Umairah dan yang ketiga Uqasha. Bagi Abdul Latif dia tidak mahu membezakan anak-anaknya biar pun mereka berlainan ibu yang melahirkan. Dia mahu anak-anaknya merasakan ikatan darah mereka, benih mereka adalah dari papa yang sama. Dia juga bersyukur Uwais tidak mejauhklan diri dan membenci dirinya. Sememangnya Uwais anak yang baik tidak mencampurkan hal dirinya dengan pertelingkahan mama dan papanya.
“Pasal duit simpan pandailah Latif yang uruskan, pasal
makan ni kamu kena bijak, jangan dicatu makan anak-anak. Anak-anak tara nak
besar ni perlukan zat makanan yang cukup supaya otak dia bijak.”
“Mak! kan saya dah masak sedap tu mak, ayam sup memang
yang diaorang suka mak”.
“Kamu ni Zila, kamu tak perasan ke yang kamu masak tu kaki
ayam, dengan leher ayam sahaja. Semuanya tulang, nak makan apa. Cuba kamu fikir
macam mana nak makan kalau tak ada dagingnya, kalau dah kaki dengan leher sahaja.”. Bebel emak mertuanya
melihat masakkanya tengahhari itu.
“Ok apa mak tu, pandailah dia orang nak makan, gigit sikit-sikit kemudian isap, kan dah rasa
ayamnya.”
“Zila!..kamu ni, makan budak-budak bukan sekadar nak
dirasa, tapi nakkan zat nya. Kalau hanya tulang mana nak datang zat protinnya,
setahu emak daging yang ada zat protin. Protin bagus untuk otak. Supaya anak
kita mudah belajar nanti. Kalau makan rasa sahaja, nanti makan nasi sahaja yang
banyak, silap-silap budak-budak jadi gemuk. Kalau dah gemuk budak malas nak
bergerak”. Pandai juga Puan Rubih berceramah tentang pemakanan, ialah bukan dia
buta ilmu dia juga bersekolah dulu hanya tiada rezeki keluar bekerja sahaja.
“Alah protin bukan dari daging ayam sahaja dari sayur pun
ada protin. Zila kan dah masakkan masak lemak pucuk ubi. Mak pucuk ubi ni
banyak hasiatnya mak”. Bangkang Zila mahu menegakkan pendirianya tentang
masakkanya tengahari itu.
(Tak masuk dalam cerita saja mak teh nak tulis untuk
pengetahuan pemabaca, mak teh terjumpa dalam MR.GOOGLE: Khasiat daun pucuk ubi
kayu. Mengenyangkan bila dimakan, dapat menghilangkan pening atau sakit kepala
selain dapat menjadi penghalang kepada masaalah tumor atau kanser. Pucuk ubi
kayu banyak mengandungi Vitamin A, B17 dan C. Serta mengandungi bahan meniral
seperti Kalsium,posforan, zat besi dan serat. Protin dan kabohidrat serta
tenaga yang diwujudkan dalam pucuk ubi kayu menyihatkan kita. Jika sebagai
rawatan pula pucuk ubi boleh menyembuhkan penyakit cirit birit dengan meminum
air rebusan pucuk ubi. Caranya pucuk ubi direbus dengan 900 cc air didihkan
hingga menjadi 450cc sahaja, minum setelah air menjadi suam. In Syaa Allah,
kita mencuba, Allah yang memberi kesembuhan. Petikan ini diambil dari ANIM AGRO
TECHNOLOGY by Anim Pct 11, Putrajaya.)
“Kamu ni Zila banyak pula jawapan kamu nikan, pucuk ubi
tu untuk emak dengan kamu memanglah
sedap, budak-budak mana makan sangat pucuk ubi tu”.
“Mak! sebetulnya, bukan Zila tak nak masak daging ayamnya
mak, tapi Zila akan goreng petang nanti kita makanlah sama-sama dengan abang
sekali.Tengahhari ni kita makan lah dulu apa yang ada”. Sudah menjadi kebiasaan
cikgu Latif makan tengahari disekolah,
hanya makan malamnya sahaja dia
makan dirumah bersama anak, isteri dan emaknya.
“Latif tu tak payah kamu risaukan makan dia, dia dah tua
tak perlukan banyak protin lagi, ni anak-anak yang baru nak besar dulukan
keperluan mereka dulu”.
Tengahhari itu Zila masak masak lemak pucuk ubi bersama
ikan kering gelama dan sup ayam untuk anak-anaknya. Tetapi diwaktu petang
barulah Zila akan mengoreng ketulan dada dan peha ayam untuk mereka sekeluaga,
itulah perancanganya. Sudah dua bulan perancangan itu berjalan dan dia sudah
dapat menyimpan sedikit duit untuk kegunanan dirinya sendiri. Sebenarnya dengan
duit itu dia ingi membeli crem pencerah untuk mencerahkan sedikit kulit
mukanya.
Yang sebenarnya Zila teringin menjadi cerah seperti Emil.
Pada Zila yang memandang, kerana
kecerahan wajah Emil membuatkan dia nampak cantik, mungkin itu yang
menyebabkan suaminya susah mahu melupakan bekas isterinya. Emil bertuah kerana tidak perlu mengeluarkan duit untuk menjadi putih, dia
tidak perlu produk kecantikan untuk memutihkan kulitnya, seluruh kulit dibadan putih, dia memang
semula jadi putih. Yang susahnya hanya dia, dia yang perlu produk kecantikan untuk memutihkan
wajahnya. Dia berkulit hitam manis.
Tetapi kini dia tidak perlu bimbang lagi, dia sudah tahu
dimana mahu mendapatkan duit untuk membeli produk pemutihan. Dia akan keIpoh
rumah abangnya untuk menjadi pembantu gerai makan, bekerja seminggu dia sudah
boleh mengumpul RM 200.00 lagi. Satu lagi perkara yang masuk dalam perancangan
dirinya, dia mahu meluruskan rambutnya,
kerana Emil berambut lurus, lurusnya juga lurus semula jadi, sedangkan dia
berambut keriting kasar semula jadi. Oh..oh banyaknya kelabihan yang diberi oleh Allah pada Emil itu yang selalu melintas dibenak NorFazilajh bila membanbdingkan dirinya dengan bekas madunya.
Manusia memang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang
dikurniakan kepadanya. Ada orang suka berambut ikal hingga sanggup membuang
duit ke salun untuk menjadikan rambutnya ikal mayang cantik beralun. Begitu juga yang suka berambut lurus juga sanggup membuang
duit ke salun untuk meluruskan rambutnya hingga kelihatan rumbutnya seperti lidi penyapu. Tetapi yang untung siapa agaknya. Manusia memang begitukan tidak
mensyukuri apa yang diberikan kepadanya.
Hari berganti,
bulan berlalu tahun pula menghampiri. Kehidupan rumah tangga Emil Atilia dan
Mohd Nassir serta anak-anak mereka gembira dan bahagia. Begitu juga kehidupan
keluarga Abdul Latif dan Nor Fazila walaupun kadang-kadang bergoncang namun
sesekali ada juga gembira dan bahagianya. Walau apapun cabaranya kehidupan
wajib diteruskan. Anak-anak mesti diberi perhatian kerana merekalah bakal
peneraju negara ataupun dunia dimasa akan datang.
Ahmad Uwais dan Ahmad Sofian sudah mendapat keputusan
SPMnya. Ahmad Sofian mendapat 8 A+ (Straight A) dan Uwais mendapat 7A 1B. Biar
pun dia hanya mendapat 7A 1B dalam peperiksaan itu, dia masih dapat
membanggakan dan menggembirakan mama dan papanya. Bagi Abdul Latif dan Emil
biar pun sudah berlainan rumah dan berlainan pasangan namun kegembiraan mereka
adalah kegembiraan yang sama. Gembira kerana kejayaan anak mereka dalam
pelajaran.
Cerita ni mungkin tamat hingga disini sahaja. Entahlah
sekarang rasanya mak teh dah tak ada cerita. Mak teh hanya suka baca cerita
orang sahaja.
Satu lagi mak teh nak tanya ok ke mak teh cerita bab
rumah tangga yang bermasaalah bercerai atau berpoligami. Pada mak teh sudah
ramai penulis yang bercerita tentang percintaan agung para remaja hingga
kejinjang pelamin bahagia hingga keakhirnya. Coretan ini hanya mahu
mengingatkan dalam bahagia kadang2 ada dugaan. Harus diingat juga jangan sampai
anak2 terbiar kerana masaalah rumahtangga yang kita hadapai.
La...dah habis ke...
ReplyDeleteMacam tak puas baca. Hehe...
Dah lee, tapi memang betul mak teh macam dah tak ada ilham utk bercrita, klu smbung pula nanti ada yg trtunggu2 nak tahu smbunganya. Nanti kalu ada crita mak teh nak tulis dulu bnyak2 baru post jdi taklah kita asyik trjenuk2, sedeh tau klu stu hari tak dapat baca smbunganya. Itu pengalaman mak teh baca blog orang. Tapi mak teh akan crita bab rumah tangga juga ok ke. apa pun trima kasih kerana menanti dan meminati.
ReplyDeleteSebenarnya karya mak teh yang berlainan dari cerita penulis lain yang menyebabkan kami peminat mak teh sentiasa tertunggu2 setiap n3 baru dari mak teh. Karya mak teh banyak memberi pengajaran dan lebih realiti. Cerita yang mak teh tunjulkan boleh di terima akal dan lebih mudah dihadam oleh jiwa dan emosi. Sentiasa menyentuh perasaan. Yang pasti mak teh tetap dihati...
ReplyDeletepeminat tegar mak teh.
Baca kisah sizila saya terbayang iklan telajak laris. 'Dayang senandong, muka je putih, tangan hitam'. Hehehe...
ReplyDeletesalam mak teh.saya niza,peminat tegar mak teh jugak.karya mak teh memang lain dari yang lain.teruskan usaha mak teh.kalau bole kisah emil dan latif ni sambung la sikit lagi especially bab latiff dan zila dan pergolakkan mereka pulak.
ReplyDeleteIn Syaa Allah jika ada idea timbul mak teh ketuklah keyboard ni. Doakanlah, terimakasih
ReplyDeleteMak teh. Rindu sangat nak baca karya mak teh lagi. kenapa menyepi aje ya. Moga Dia memberikan mak teh penuh idea untuk karya baru. Rinduuuu sangat.. hehehe
ReplyDeleteSalam..bestkan tulis novel.sy ade novel.tp tula xreti nk comersilkan mcmne
ReplyDeleteada novel yg macam mana, syrikat printing utk novel ke? atau pn. umi menulis novel..mak teh ni crita sahaja kat blog. mak teh tak ada buku pun..tulis saja2 nak hilangkan tekanan. tpi skrang ni macam dah tak ada crita nak cerita..kadang baru ketuk keybord dua tiga baris dah berhenti..cari blog penulis lain..klu ada blog bagi tahulah bleh mat teh baca..
ReplyDeleteblog rehan makhtar
ReplyDeleteklu rehan makhtar kan memang dah ada buku tak cuba tnya dia ke? mak teh nak masukkan lagu dlm blog mak teh ni tapi mcam mana ye?
DeleteMak teh... Rindu sangat nak baca karya baru mak teh. Kita orang tak kisah pun apa kisah yang mak teh paparkan. Pasti memikat hati kami dan dapat menyentap perasaan kami peinat tegar mak teh. Hari2 buka blog mak teh ni. Berulang kali baca semua karya mak teh yang ada dalam blog ni tak jemu2. Buatlah novel baru. Rindu sangat mak teh. Sayang mak teh.
ReplyDeleteTunggu ye..mak teh memang tengah buat ni tapi mungkin ceritanya tak berapa sedap sebab heronya tua sangat..52 thn berpasangan dengan anak dara 26 thn..mak teh nak bayangkan macammana duda tua usha gadis ni tpi tak jadi, rasanya..rasa macam janggal.. stu lagi mak teh nak minta tlong klu ada yg tahu nak masukkan lagu dalam blog..kongsilah
ReplyDeleteWow mak teh..ada cerita baru..saya suka..cerita mak teh lain dari yang lain..ok la tu..hero tua dgn anak dara muda belia..cam menarik je..
DeleteMak teh masih menunggu klu ada yg thu nak masukkan lagu dlm blog..kongsilah...yg sbenarnya mak teh nak masukan lagu SELIMUT PUTIH biar orng tua tu sedar. .ha..ha..tlong ye..mak teh mengharap ni..
ReplyDeleteHahaha..mmg best kalau jenis lelaki tua x sedar diri kita tujukan lagu selimut putih ni..gud idea mak teh..teringat saya pd kawan saya suami dia umur 52 thn baru je kahwin dgn perempuan 22 tahun..la ni tgh syok masyuk dah x peduli family 1st ni..raya dok membelai yg muda, bini tua n anak2 pandai2 dek kau la..yg bini muda mmg x sensetive..dok mengupload gambar beraya n lepas tu bercuti..sakit hati kitorang tgk mak teh..
ReplyDeleteSambung..
ReplyDeleteLaki datuk mak teh..create ac fb n ig pn nak letak gelaran..dak2 pompuan yg nak senang ni pn apa lagi..add2 le kt sape bergelar2 ni..yg sidatuk ni pn ada menguploadkan gambar2 family, activity, jadi nampaklah kemewahan dia..kalau ikut2kan mmg datuk ni penyayang n caring sgt org dia..pernah jatuh dlm bisnes n 1st wife yg support..sampaikan kalau kitorang jumpa, datuk punyala memuji bini dia ni..siap ckp lg, untung abg dpt akak kau ni..sanggup berkorban tok abg dr muda lg... Kira susah senang n jatuh bangun bersama2lah kekdahnya...
Sambung..
ReplyDeleteDan datuk ni pernah sakit sbbkan jantung ni..kt spital siap berwire2 la..1st wife la yg ngadap kelulu kelilir..wife ni kerja berpangkatlah orgnya..sama2 belajar kt university dulu..mmg cantik..si datuk x sedar diri ni punya kejar..mmg x sangka la dia sanggup buat wife dia gini..punya la bini ni banyak sgt berkorban..bayangkan time tu kemelesetan ekonomi, datuk x kerja, rezki akak murah dpt kerja kerajaan walaupn contract, family akak x setuju sbb si jantan ni x kerja..tp akak tetap jugak nak dgn laki ni..sbb nampak keilkhsan laki ni..kuat jodohnya kahwin..laki ni 3 tahun kerja x menentu..pada akak apa yg ada tu rezki dia asalkan suami bertanggung jawab.. Dpt anak 3..
Sambung..
ReplyDeleteTup2 bila hidup dah stabil, bisnes bagus, anak2 makin membesar, akak pn dah naik pangkat.. Tuhan nak duga, dtg la perempuan muda ni ngimpit..muda lg dari anak yg sulung..x tau la si datuk agaknya kot2 terperasan shahrukh khan kot..di layanlah si muda ni..mula2 kt fb b instagram..dak pompuan ni kunun2 nak jual brg2 on line ni la..layan punya layan terus sangkut..menyakitkan hati sungguh si jantan ni siap belikan simuda ni kereta mewah..yg pompuan ni dok menayang je apa dia dpt kt ig..siap tayang percutian derang lg walaupn xde gambar sijantan ni..tp kita tau derang betcuti bersama2..sebab gambar perempuan ni sorang2je..kalau bercuti beramai atau dgn keluarga mesti ada gambar dgn org lain kan..gambar lak siap meliuk2 bagai..kt katil pn ada tp gambar seorang la..takdenya nak menopod kalau dah gambar terliuk2 gitu..bkn kita x tau..mmg sedih sgt tgk..sebabkan budi tergadai body..tarikh gambar bercuti n tarikh gambar dpt kereta pn dekat2..
Sambung..
ReplyDeleteBila datuk dah gila betina, jd bayangkanlah life dgn bini tua.. Mmg x dipandang langsung..saya x salahkan si muda tu..pada dia org nak memberikan, jd sama2 merasakan walaupn maruah tolak ketepi..sape x ndak hidup senang..peluang bknnya dtg selalu..kalau tgk tarikh si jantan n tino ni berasmara dana sebelum kahwin mmg agak lama..akak mmg x tau..ingatkan laki ni asik xde sbbkan sibuk dgn bisnes..ada saudara laki ni kesian sgt dgn akak bgtau..akak ni mmg baik orgnya..xde perasaan bersangka buruk pd org..lgpn kita semua mmg x sangka laki dia bole berubah sampai gitu sbb kita mmg ngadap derang dr belum kahwin sampai la ni..bila dah beruban dtg peempuan muda n sexy terus berubah 360%..mula2 panggil datuk, datuk mmg formal..tup2 buat lawak sikit2, ngenyeh sikit2 bg datuk perasan n terus dipegangnya..
Sambung..
ReplyDeleteBila akak dah tau, semua dah terlambat..akak marah jugak sbb kenapalah x di beritau awal2..boleh dicegah org nak buat maksiat ni...pernah akak telephone perempuan tu, akak balik dimaki2 siap panggil makcik lagi..mcm akak lak yg rampas laki dia..bila call parents perempuan tu pn xde guna..semua dah kena tabur dgn duit..si datuk ni lagi lahanat perangai dia bila akak dah tau..dulu2 sebelum tau balik gak rumah walaupn kepala tu dah weng dok teringat betina tu..pd akak mungkin sebab laki dia mikirkan bisnes..la ni langsung x timbul sbb berulit dgn pucuk muda..kesian dgn akak..sebabkan seorg perempuan dia dibuat musuh oleh laki dia..padahal sebelum tu rumahtangga aman je..akak terpaksa berjumpa psiktri sbb tekanan jiwa..anak2 yg 2 org lg masih sekolah..kesian saya tgk mak teh..mmg x ceria mcm dulu.. Ketara sgt sbb depa lg terasa sbb rapat dgn ayah depa..mmg boleh nampak kalau kita tgk fb datuk ni dulu dok mengupload gambar anak2..mmg nampak dia bangga sgt dgn anak2 dia..tp sebabkan nafsu yg satu tu, habis musnah semuanya..dan saya x tau apa kisah akn dtg..akak pernah minta dilepaskan tp si jantan ni buat x tau..
Sambung..
ReplyDeleteJd kitorang yg rapat2 ni mmg kena mainkan peranan jugak..tau akak sgt kecewa..dia pernah ckp, kalau laki dia nak kahwin lain pn biar la yg semenggah sikit..biar lebih dari dia..mmg kita setuju mak teh..kalau diikutkan perempuan ni punya standard celah tapak kaki 1st wife pn xde..bkn nak ngata tp tu kebenaran dia..cuma kelebihan sgt sexy menggoda n mekap tebal dan mmg la muda..kalau tgk budi bahasa mmg jauhlah kalau kita baca posting kt fb atau ig dia...mungkin tu yg datuk dok pandang sampai lupa permata2 dirumah..
Minta maaf mak teh, panjang sgt saya tulis ni..tertiba lak nak lepaskan geram kat sini..mungkin bole bg idea mak teh nak menulis ke..suka dgn tulisan mak teh sbb memaparkan kisah reality kehidupan seharian kita..
Sedih baca cerita anon di atas..
ReplyDeleteMemang banyak kisah begini..
Tapi percayalah, bila si suami dah sakit, memang bertunggu bertangga la dia di rumah isteri tua..
Entah apalah jampi yang simuda pd datuk tu ye sampai segala kebaikan isteri dan manja anak2 tak terpandang lagi..sampainya hati.. kering hati seorang suami yg mencari kasih lain bila dah senang..tpi itulah lelaki yg suka padang pd yg cantik..bila kita dah berkedut rambut pun dah bersulam dng yg putih dia cri yg masih tegang tak kiralah tegang disuntik botox atau v C.pd mak teh lelaki macam ni bodoh..betul kata anon bila dah skit nanti memang yg tua jugalah yg dicari.
ReplyDeleteKalau baca cerita diatas, rasanya kebihkan nafsu ni..dah dtg yg menggoda, boleh diangkut kemana saja, apa lagi..mengaumlah jawapannya kan..yg menggoda tu pulak kat telinga dok kacing, kacing, kacing..duit masyukkkk..rupa pecah rumah, perut boroi, kepala botak pn menjadi..janji beruang..haish geram sangat dengan spesis jantan dan betina gini..minta maaf ya semua..rasa tak layak nak panggil manusia kalau hidup bertunjanjangkan nafsu dan duniawi..maruah diri tolak ketepi..kalau saya jadi anak jantan tu memang saya rasa sangat sedih dan terhina..orang yang patut menjadi imam kita berpaksi pada nafsu..
ReplyDeleteSelamat hari malaysia mak teh n kengkawan disini..nak tanya, bila nak update cite baru mak teh..x sabar dah ni nak tunggu buah tgn mak teh terbaru..
ReplyDeleteAssalamualikum muslimin dan muslimat. agak lama lagi sebab tengah nak siapkan cerita Emil dan juga pergolakkan rumah tangga Abdul Latif... juga nak bayangkan perasaan Uwais. Maaf ye kerana membuat anda tertunggu.
Delete