Dalam
keadaan hatinya yang bercelaru Abdul Latif tidak mampu meneruskan perjalannya.
Dia membelok masuk perkarangan kesebuah masjid. Dia mengambil keputusan mencuba
nasib, mahu bercakap dengan Emil sendiri, biar puas hatinya.
“
Asalamualaikum bang! papa ni, mama ada dekat abang ke?”.
“Walaikumsalam
ada pa, kami tengah duduk kat ruang
tamu, mama tengah nak cari menu nak masak tengahhari ni”.
“Ada
siap-siapa yang nak datang ke bang, yang sibuk cari menu tu”. Abdul Latidf
merisik khabar kalau-kalau lah bakal suami Emil mahu bertandang makan
tengahhari bersama, itu yang sibuk nak
masak tu. Dia masih mengingati sikap bekas isterinya yang liat kedapur.
“Tak
ada sesiapa yan nak datang pa, hanya mama nak asah bakat yang dah lama
tenggelam.” Uwais berlawak jenaka sengaja mahu mengusik mamanya, mamanya
kelihatan berkerut-kerut dahinya tanda tak puas hati mendengar jawapan anaknya
kepada bekas suami. Uwais tidak tahu
kata-katanya menghiris hati papanya di hujung talian. Kini Abdul Latif dapat
membayangkan persediaan Emil untuk menerima orang baru dalam hidupnya.
DIISTIMEWAKAN. Itulah yang ada dibenaknya. Mengapa berfikiran begitu, ialah
Emil bersungguh mahu belajar memasak utnuk persediaannya bersama suaminya
nanti. Ahh begitu istimewa lelaki itu. Hatinya pedih terhiris.
“Ia
ke bang tak ada sesiapa yang nak datang”.
“Tak
ada pa, kami nak makan berdua sahaja. Tadi mama ingat nak makan telur dadar
sahaja, tapi alih-alih abang balik pula, tu yang mama nak masak, katanya dia
nak masak ‘special’ untuk abang. Papa bukan tak tahu mama ni dia kata ‘special’
alih-alih yang terhidang atas meja hanya maggi goring sahaja. Itukan masakkan
mama paling special.” Ada tawa ceria dihujung kata-kata anaknya. Sememangnya
hati Uwais sedang gembira kerana masaalahnya sudah hamper selesai. Kalau
anaknya gembira tentu sahaja bekas isterinya juga gembira itu yang dibayangkan
oleh Abdul Latif dihujung talian. Abdul
Latif terasa ingin turut bersama merasai kegembiraan itu. Gembira bersama
seperti waktu dulu.
“Ohhh
ingatkan bakal ayah tiri abang nak datang, itu yang mama beria cari menu.
Bang!! bagi fon abang kat mama, papa nak cakap sikit dengan mama”. Telefon
ditangan Uwais dihulur kepada mamanya, dari coroang telefon terdengar kata
Uwais..
“Ma!!
Papa nak cakap dengan mama…”
“Nak
cakap apa pulak, tak mahu lah..”
“Maaa,
papa nak cakap sikit..cakaplah” datar sahaja suara anaknya bagai memujuk
mamanya.
“Tak
mahu!!” terjah suara keras bekas isteri yang tegas. Uwais melekapkan semula
telefon ketelinganya..
“Pa!!
mama....” Belum sempat lagi Uwais menyatakan keenganan mamanya cepat dipintas
oleh Abdul Latif, hatinya pedih sebenarnya bila mendengar penolakkan keras
bekas isterinya untuk bercakap denganya.
“Bagi
fon tu kat mama, papa nak cakap sikit
sahaja..”
“Ma
dengarlah papa nak cakap sikiiit sahaja.” Rayu Uwais dengan suara datar, suara
bagai terkulum dikerongkong. Sebenarnya hatinya terhiris dengan tingkah papa
dan mamanya yang sudah tidak sehaluan lagi. Biar pun masih berlangitkan langit
Pengkalan Hulu, namun mungkin warna langitnya sudah nampak berbeza pada
pandangan mata mereka. Mamanya memandang langit subuh yang baru nak terang
warnanya dek sinaran cahaya matahari yang baru nak muncul, namun papanya
melihat langit senja yang semakin suram bila matahari sudah mahu membenamkan
diri.
Akhirnya Emil akur dengan permintaan bekas
suaminya.Tetefon ditangan anaknya diambil lalu dilekapkan ke telinga nya. Tiada
salam tiada Hallo..
“Yang
sebenarnya abang nak cakap apa, tak ada perlunya kita bercakap apa pun. Saya
minta tolong sangat dengan abang, fahamilah perasaan saya dan fahamilah
perasaan isteri abang sekarang. Terus terang saya katakan, hati isteri semuanya
sama bang, kami tak suka ada nama perempuan lain dalam hati suaminya, itulah
kenyataanya. Semua perempuan kat dunia ni macam tu, jadi fahamilah, jangan
cakap sahaja ‘saya tahu awak terluka’ tapi kenapa kelukaan itu diulang-ulang.
Kalau Zila tahu abang masih berhubungan dengan saya tentu dia terluka hatinya”.
“Mel
abang masih sayang Emil, kenapa sanggup Emil nak nikah dengan orang lain”.
Terus sahaja Abdul Latif ketajuk yang hendak disampaikan. Tidak ada perlunya
dia menyelami hati wanita bergelar isteri untuk kesnya. Bukan dia yang mahu
menduakan isteri, tetapi dia tersepit kerana emaknya dulu. Dia tersepit dicelah
tiga wanita sekarang ini. (Emaknya, isterinya dan bekas isterinya kesemuanya
wanita dan kesemuanya pernah dan sedang menjadi isteri).
“Bang!!
apa yang abang melalut ni, bagilah sayang abang tu pada isteri abang, itu lebih
bermakna. Sayang abang yang abang bagi pada dia akan menjana kebahagiaan abang
sekeluarga”.
“Kalau
Emil mahu, abang datang sekarang ni
juga, kita nikah semula, abang belum
jauh lagi ni.” Abdul Latif tidak memaknakan kata-kata bekas isterinya, kerana
dia sibuk meluahkan apa yang terkandung dalam hatinya. Dia benar-benar
mengambil peluang yang ada, menyampaikan hasrat hatinya dan itulah
kata-kata yang terluah dari bibir Abdul Latif yang terdesak, kerana
hatinya tidak mampu membayangkan bekas isterinya bernikah dengan lelaki lain.
“Abang
dah gila ke, senang-senang abang ajak saya nikah balik dengan abang. Kenapa
agaknya abang tak terfikir perasaan seorang isteri kalau suaminya nikah lagi.
Dulu masa abang nikah dengan Zila, abang pun tak fikir perasaan saya kan. Kalau
betul abang sayang, kenapa abang sanggup nikah dengan perempuan lain dibelakang
saya atau setelah kita berpisah macam ni, baru abnag sedar sayang abang pada
saya macam tu, atau abang tak suka melihat saya bahagia macam abang sekarang
ni. Macam tu ke abang menyayangi orang yang abang sayang”.
“Dulu
abang nikah dengan Zila kerana paksaan emak ,bukan abang yang nak, abang
terpaksa. Tapi sekarang abang nikah dengan Emil kerana abang memang cinta kan
Emil”.
“Bang
perkara yang dah lepas biarkanlah, abang sudah ada kehidupan abang dan saya pun
sudah ada kehidupan saya. Terimalah kenyataan yang kita memang sudah tidak
berjodoh.”.
“Hidup abang tak bahagia bila Emil tak ada
didepan mata abang. Percayalah pada abang
Mel. Sungguh abang katakan abang masih sayang sangat kat Emil. Tak pernah
sesaat pun abang tak ingatkan Emil. Tolong Mel kita nikah semula. Abang datang
ye jumpa ayah, kita minta restu ayah.”. Sudah hilang malu Abdul Latif merayu
bekas isterinya. Hatinya tidak terpujuk bila mengenangkan harapanya bakal
tinggal harapan bila bekas isterinya bakal dimiliki lelaki lain, sedangkan
cinta masih membara dan sayang masih tebal untuk bekas isterinya. Sudah enam tahun mereka
bercerai doanya tidak pernah kering, memohon semoga jodoh mereka bertemu semula. Sudah
berkali dia merayu hingga akhir Emil tidak mahu melayani panggilanya.
“Jangan!!
Tak perlu..tolong, saya minta tolong jangan datang sebab ni. Bang! saya dah berjanji setuju bernikah dengannya
minggu depan. Jangan hasut saya membatalkan janji saya. Saya tak mahu menjadi
orang yang mungkir janji. Abang tahukan orang yang mungkjir janji, samalah dia
dengan orang munafik.. abang suka ke
saya menjadi orang munafik. Lagi pun berdosa abang ganggu tunangan orang,
sekarang saya sudah menjadi tunangan orang. Sedarlah bang terimalah kenyataan,
kita memang sudah tidak berjodoh. Lagi pun ini
mungkin ini doa abang, saya dapat juga jodoh sebelum Uwais periksa SPM”.
“Tidak
Mel, abang tak pernah doakan jodoh Emil dengan orang lain,
abang berdoa jodoh Emil dengan abang bersambung lagi, itulah doa abang
setiap hari”. Sudah bergetar suara Abdul Latif dihujung talian. Emil tahu bekas
suaminya menahan rasa.
“Dahlah
bang tak elok abang merayu macam ni .Hilang harga diri abang, kalau orang tahu
nanti abang sendiri yang malu, orang akan kata abang menjilat ludah abang
sendiri”.
“Abang
tak pernah terlintas nak buang Emil dari hidup abang, tidak dulu dan tidak juga
sekarang. Dulu tu perkataan cerai terlepas kerana Emil yang minta bersungguh,
jadi tak timbul abang jilat ludah abang, kerana
abang tak pernah nak meludah”.
“Haai
(keluh Emil dihujung talian dia buntu mahu memasukkan kefahaman ke kepala bekas
suaminya)Bang!! Perkataan saya muktamat
saya tak akan kembali pada abang. Saya harap abang jagalah rumah tangga abang yang sekarang ni.
Zila pilihan emak abang, tentu dia istimewa.
Biasanya pilihan emak untuk anak-anaknya adalah yang terbaik dan terpilih”.
“Mel
istimewa dimata emak tak semestinya istimewa di mata abang”.
“Ingat
bang syurga abang dibawah tapak kaki emak sampai bila-bila pun. Dan abang
bertanggung jawab pada emak sampai bila-bila pun. Kalau abang boleh bahagiakan
emak abang In Syaa Allah abang akan bahagia didunia dan akhirat nanti. Lagi pun
pilihan emak ni ada keberkatanya..kebahagiaan abang akan berkekalan hingga keakhirat nanti”.
“Mel
kasihanilah abang Mel”. Abdul Latif tidak mengendahkan kata-kata bekas
isterinya, dia masih juga dengan misi dihatinya, memujuk Emil agar kembali
kepangkuannya.
“Dah
lah bang, saya yang sebenarnya sudah rasa bahagia dengan apa yang bakal saya
tempuhi. Walaupun bakal suami saya tidak sekacak dan semuda abang tapi saya
bahagia kerana dia akan menjadi milik saya seorang. Saya tak berebut kasih
sayangnya dengan perempuan lain. Bila-bila masa, dia ada untuk saya. Waktu saya
bersama dia tidak akan akan bercatu. Abang pergilah pada Zila berbuat baiklah
pada dia, kalau kita baik akan dibalas baik juga bang, saya percaya dia akan
membahagiakan abang. Assalamulaikum.”
Cepat-cepat Emil memutuskan talian. Malas dia
mahu mendengar rayuan bekas suaminya.
Memang benar Cikgu Mohd Nassir 6 tahun lebih tua dari cikgu Abdul Latif,
dan tidak sekacak cikgu Abdul Latif yang mempunyai pakej sempurna sebagai
seorang lelaki (Tinggi dan kacak). Pada Emil kacak bergaya ditambah berharta
tidak menjanjikan bahagia hingga kehujung nyawa. (Bak kata Haniz Suraya jika
berharta itu merupakan satu bonos yang bab harta tu tambahan sahaja sebab cik
gu Mohd Nassir dan cikgu Abdul Latif tak kaya)
Biarlah yang sedang- sedang tetapi miliknya seorang. Begitukah isi hati
seorang perempuan yang bergelas isteri. (Mak teh kata YA anda macam mana).
Cikgu
Abdul Latif memadang screen telefon bimbitnya yang sudah diputuskan talianya. Rasa hatinya juga
bagai mahu terputus mendengar kata-kata bekas isterinya. Bertambah yakin
bayangan dirinya sudah tercampak keluar dari hati bekas isterinya. Rasanya
peluang untuk mereka hidup bersama seperti dulu
sudah dijalan mati. Cikgu Latif
duduk seorang didalam kereta dibawah pokok memandang sekelilingnya yang sepi.
Hatinya menjadi kosong, jiwanya merintih, gerimis dihatinya mulai merintik.
Emil oh Emil!! Fikiran Abdul Latif merawang. Air mata lelakinya yang mengalir
lesu dibiarkan.
Kini
dia bersaorangan didalam kereta, kosong
mendakap disegala ruang. Ketika itu ingin sekali dirinya ditemani oleh Emil
seperti dulu. Duduk berbual-bual didalam kereta sambil mendengar radio.
Mungkinkah dapat Emil mengubah keputusannya dan kembali kepadanya. Itulah
harapan kosong yang melingkari hatinya.
Berdoa agar cinta Emil kembali
ketempat asalnya disisinya. Kini dia
sedar hanya tinggal seminggu lagi Emil
akan menjadi isteri orang, yang nyata
bayangan Emil makin jauh dari gapaianya. Hatinya perit bila menyedari
satu kenyataan. Segala janji waktu bercinta dulu sudah menemui titik akhir
rupanya. Tetapi bukankah semuanya sudah berakhir sejak dia melafazkan perkataan
CERAI enam tahun dulu. TIDAAAK itu bukan untuk dirinya. Dia tidak sekali, dia
tidak pernah menoktahkan segala janjinya. Jika dia diberi peluang, dia kan
mengotakan segala janjinya hingga dia menutup mata, kelak di syurga mereka akan
bersama lagi. Itulah harapanya selama ini. Hatinya memang masih mengharap, selagi Emil masih sendiri. Itu kata hatinya,
tapi tidak lama lagi Emil akan dimiliki. Itu kenyataan yang sangat susah untuk
diterima.
Akhirnyaa dia tersedar dari kayalanya cikgu Latif
teresak sendiri melepaskan kecewa. Cintanya, deritanya
bergelut didalam hati, makin dikenang makin pedih hatinya. Padah dan
akibat dia menanggungnya seorang diri.
Dikuatkan
hatinya menerima takdir untuknya, tetapi sekejapan itu harapanya mengharap
lagi. Jika ditakdirkan cinta Emil berputik kembali untuknya, dia akan
melepaskan segalanya jika itu yang Emil mahu.
Adakah dia terlalu mementingkan diri sendiri, membiarkan yang didalam
gengaman mengapai cintanya yang tercarik-carik, tetapi apakan daya, dia tidak
mampu untuk menghindarkan rasa. Cinta kepada Emil payah untuk dicantas atau
dilupakan. Dia sudah berusha menyemai cinta untuk N or Fazila namun sukar
benar, yang ada hanya rasa tanggung jawab dan kerana fitrahnya sebagai mahluk
Allah sahaja. Kasihan isterinya Nor Fazilah keluhnya, sekarang ini dia akan mula mencuba semampunya
dan dia akan memaksa perasaannya.
Abdul
Latif tersedar dari lamunan bila kedengaran laungan azan Zohor yang
berkumandang di masjid dihadapanya. Kelihatan seorang demi seorang Jemaah
masjih memasuki masjid memenuhi tuntutan tiang agama yang kedua. Solat
berjemaah untuk lelaki sangat dituntut. Selagi nyawa dikandung badan, masa dan
kesihatan mengizinkan rebutlah peluang berjemaah dimasjid. Cikgu Latif keluar
dari kereta menuju ketempat wuduk untuk solat berjemaah bersama imam dan makmum
yang lain. Dia juga mahu menunaikan kewajipannya sebagai hamba selain itu dia
mahu mencari ketenangan hati dan ingin mengalihkan rasa cinta kepada yang
berHak… Allah yang esa.
Selesai
solat dan mengaminkan doa imam, Abdul Latif masih lagi duduk pegun, kemudian
dia menadah tangan sekali lagi, dia berdoa dengan doanya sendiri. Jemaah masjid
seorang demi seorang beransur hingga akhirnya tinggal dia seorang di ruang
masjid yang luas, akhirnya dia juga turut keluar dari masjid untuk menyambung
perjalan pulang kekampungnya. Permintaan
isterinya harus ditunaikan. Itulah niat hatinya sekarang.
Dirumah, Zila yang menanti sudah bagai cacing
kepanasan. Suaminya yang ditunggu tidak
sampai-sampai. Anak anak yang sudah disiapkan rapi sudak comot kembali. Hatinya
hangat berbahang membayangkan yang tidak-tidak. Sudah berkali dia cuba
menghubungi suaminya namun talian sibuk memanjang.
“Mana
abang ni mak, tak sampai-sampai ni, kenapa lama sangat”.
“Tunggulah
kejap lagi”.
“Tidak
mak,kenapa yang lambat sangat, bukannya
jauh sangat rumah dia tu. Kalau naik kereta perlahan-lahan tak sampai dua jam
rasanya dah sampai. Ni dari pukul 830 pagi tadi abang bertolak, ni dah Zohor
tak balik lagi ni dah melampau. Agaknya Emil tahan abang ke mak?”. Rasa
risaunya diluahkan kepada emak mertuanya yang turut sama diruang tamu. Mereka
sama-sama menanti kepulagan Abdul Latif. Yang sebenarnya Zila tidak risaukan
lain tapi hatinya yang cemburu membayangkan yang tidak-tidak.
“Nak
tahan buat apa..”
“Tahan
tak kasi balik lah mak, nak melepaskan rindu dia..”.
“Pagi
tadi tu kenapa kamu tak tahan siLatif tu jangan pergi. Dah si Uwais tu pandai
datang sendiri tentu pandai dia balik sendiri, lagi pun budak tukan dah besar
dah pandai naik bas kan.”.
“Zila
dah tahan mak, tapi abang yang gatal nak
hantar juga. Dia kalau ada peluang nak
jumpa jandanya, tahan macam mana pun di pergi juga. Itulah mak, cuba mak marah cukup-cukup supaya di lupakan kak
Emil tu. Yang sebetulnya hatinya masih penuh dengan Emil sahaja, Zila ni tak
tahu kat mana letak nya kat hati dia mak”. Sayu sahaja suara Zila mengenangkan
kedudukan dia disisi suaminya. Tetapi Zila memang sengaja berkata sedeh begitu
untuk memancing simpati emak mertuanya.
“Janganlah
kamu boimbabg. Kalau Latif sahaja yang suka, Emil tak suka tak jadi juga.
Dulukan Emil yang minta cerai itu tandanya dia dah tak sukakan Latif tu”.
“itu
dulu, mana tahu bila dah lama bercerai, rasa suka tu datang balik. ,Ini tentu
Emil yang tahan tak kasi abang balik cepat. Dia nak berlama-lama pandang abang
nak lepaskan rindu dia.”
Selesai
solat Zohor orang yang ditunggu tidak juga tiba. Membebel lagi Zila
mengeluarkan rasa tidak puas hatinya.
“Mak!
Entah-entah kak Emil masakkan abang nasi briani gam..itu yang nak sampai
kepetang abang tak balik ni”. Geram hati Zila mengenangkan suaminya yang
tunggu-tunggu tak sampai-sampai lagi.
“Sabarlah
Zila, kejap lagi sampailah tu"
“Mak!!
Kalau sampai Asar abang tak balik lagi Zila nak minta tolong abang Rosli
hantarkan Zila kerumah kak Emil ye”. Hati yang cemburu tidak dapat dibendung
lagi. Dari dia duduk dirumah menanti dengan bayangn yang mengerikan baik dia
mencari suaminya tentu sahaja ada hasilnya.
“Kamu
tahu ke ruamh Emil tu kat mana?”.
“Sampai
sana nanti, Tanya oranglah mak. Dia kan cikgu tentu ramai orang kenal dia”.
“Kamu
tak takut ke sekereta dengan siRosli
yang miang tu”.
“Takkan
lah dia nak menggatal dengan Zila yang dah bini orang ni, anak pun dah tiga”.
“Kamu
tu macam tak kenal dengan siRosli tu dengan orang tua pun dia jalan tau, inikan
pula dengan kamu yang baru anak tiga. Tak payahlah nak bimbang sangat tak
kemana laki kamu tu”.
“Memanglah
tak kemana mak, tapi dibuatnya kak Emil ajak abang nikah lagi dengan dia…”.
Itukah perkara yang mengerikan hati Nor Fazilah sebenarnya.
“Hissy
kamu tu kenapa fikir sampai kesitu”.
“Zila
bukan apa mak, abang tu dia tunggu kata ‘ya’ sahaja dari mulut kak Emil. Memang
dari dulu lagi Zila tahu abang masih ada hati dengan janda nya tu”. Sedang
mereka bercakap-cakap kedengaran sebuah kereta masuk kehalaman rumah Puan
Rubiah. Bergegas dua wanita menjenguk keluar rumah. Bukan kereta Abdul Latif
yang masuk.
Suspen pulak... kereta siapa pulak tu? jeng... jeng...jeng....
ReplyDeletekesian cikgu latif dh gila talak le pulak.
ReplyDeletemenyampah btul perangai zila. ni ke perangai menantu pliihan mak latif. mcm x semenggah je. takut dgn bayang bayang sendiri.
klu latif x dpt emil semula tp kawin dgn org lain bru dia tahu. hishh x suka dgn zila.
emil bertegas le dn bina kehidupan baru dgn cikgu nassir.amiinn
-dibah-
mak cikgu latif ni mcm x de parasaan syg kpd uwais..padahal cucu dia jugak.
ReplyDeletesyg sgt dgn menantu yg mengada lebih yg suka mengugut suami.
-dibah-
Tak ada apa yg nak diherankan dgn sikap zila ni......bak kata org "apa yg dia bg, itulah yg dia dpt balik" ya tak???? Hukum Karma tu! Yg si ibu ni pun, masi tak sedar2 dgn perangai si zila tu........
ReplyDeleteKereta sape yang datang? Cikgu Latif accdnt ke. Tak sabar nak tunggu sambungan...
ReplyDeleteakak pun x sabar nk tunggu siapa yg dtg???? Accident ke?
DeleteTeruknya perangai zila smpai sanggup nk tumpang rosli yg dah sah dia tahu miang.
-dibah-
Cikgu Latif kena terima takdir. Terlajak perbuatan menyesal pun tak berguna. Dalam pada tak cinta anak berderet², test power konon...
ReplyDeleteEmil pegang pada kata² Muaz, kalau suami sayang tidak akan sanggup madukan isterinya. Cikgu Latif ni cuma pandai ucapkan dimulut aje...
Melampau si zila ni, sampai nak menyonsong ke rumah emil. Baru padan muka kau, dulu nak sangat kawin dengan laki orang...
ReplyDeleteMak teh memang power dalam menggarap cerita masyarakat ni ya. Benar2 berkesan di hati kita pembaca. Dulu kita menyampah sikap tak semengah emil, lepas emil dah jadi orang sikit kita meluat pulak dengan sikap si zila ni.. Cg Latif yang baik amat dulupun tak dijangka buat hal di belakang emil dan dia terima balasan atas tindakannya tu walaupun atas restu ibunya. Tapi sikap ibu cg latif macam berat sebelah... uwais yang baik tu pun tak diterimanya dengan baik walaupun itu dah sah2 darah dagingnya sendiri. sekali lagi kita meluat dengan sikap tak prihatin manusia ni... Tahniah mak teh... tak sabar nak tahu seterusnya. Mana perginya cg latif?
ReplyDeleteKgd kala kita lupa dgn aturan kehidupan.....tp apa yg pasti selagi kita mampu unt berbuat baik pd org lain sudah pasti tuhan akan menyenangkan hidup kita.zila terlalu egois dan lupa suami adalah syurganya........sepatutnya zila tawan hati suaminya dgn pelbagai cara tp sama mcm perangai emil dulu..adakah latif meninggal dunia.mungkin itu pengakhiran yg baik
ReplyDeleteMak teh tak suka nak cerita bab kematian,wlaupun memang ada cerita mcam tu diskliling kita. Klu latif mati tara2 umur dia ksianya anak2 yg dtnggalkan zila tak kerja, lgipun dengan sikap dia tu akan jadi apa anak2 yg 3 orang tu. mak teh hnya nak crita bab rumah tngga yg bergolak. dan bab mak mertua yg memilih menantu. lgi pun mak teh nak mengingatkan diri mak teh sendiri trimalah biar siapa pun yg dipilih oleh ank kita untuk isteri mereka. kta sbgai ibu beri ciri2 yg kita sukai. boleh tak macam tu.
Delete