Cerita
ni tak ada hero atau pun heroin sebab cerita bisa cerita hari-hari yang berlaku
disekeliling kita. Hanya mak teh nak gmbarkan, jaganlah kita membayangkan, sebuah
perkahawinan yang didirikan atas dasar cinta tak brmasaalah. Dan jangan nak membayangkan perkahwinan yang dah lama tidak bermasaalah juga..diharapkan setiap dari kita bersiap sedia mengeraskan hati menangani segala masaalah jangan sampai bercerai berai. Kita sebagai isteri bersiap sedia melembutkan hati mengalah dan bertolak ansur. sebab mengalah bukan bererti kalah dan melembutkan hati bukan makna kena buli. Tetapi jika sudah dilembutkan hati tetap juga rasa sakit disepit. LEPASKAN (Seperti Emil dia tahu hatinya). Allah itu MAHA ADIL diberinya cara untuk kita mencari bahagia.. Bahagia dimana-mana kita yang mencarinya.
Oleh
kerana dipertengahan cuti penggal mamanya dijangka melangsungkan pernikahannya,
Uwais kerumah keluarga papanya sebaik cuti sekolah bermula.Uwais menyedari
kehadiran dirinya secara mengejut tidak disenangi oleh ibu tirinya, namun dia
buat tidak kisah.Papanya tetap papanya walau apapun penerimaan ibutirinya
terhadap dirinya.Itulah pendirianya.
“Bang
kenapa Uwais datang pula minggu ni. Abang yang call dia suruh dia datang ke?”.
Dengan muka yang masam Zila menarik suaminya masuk kedalam bilik untuk merungkai
apa yang berkecamuk dalam kepalanya bila melihat kemunculan anak tirinya secara
tiba-tiba.
“Biarlah
dia datang, dia kan anak abang, lagi pun memang dah lama abang tak ambil dia
duduk dengan kita”.
“Abang
sukalah anak abang tu datang, boleh abang merisik khabar janda abang tu”. Cikgu
Latif hanya mendiamkan diri tetapi hatinya rimas dengan sikap cemburu isterinya sekarang.
Sikap cemburunya makin menjadi-jadi. Pada Zila setelah Abdul Latif dan Emil
bercerai diri suaminya adalah milik dirinya termasuklah hati dan perasaanya.
Dia tidak suka suaminya masih menyimpan harapan kepada bekas isterinya. Bila
melihat suaminya hanya mendiamkan diri, Zila mengingatkan janji suaminya kepada
dirinya, tetapi yang sebenarnya mereka tidak berjanji hanya dia meminta jika suaminya
ada kelapanganan sahaja.
“Abang dah lupa ke, kan abang dah janji dengan
Zila nak pergi menziarah abang Zila kat Ipoh. Abang kalau bab janda abang tu
sanggup abang ketepikan janji abang
dengan Zila kan. Zila ni entah kat mana letaknya dihati abang. Zila ni memang
tak bermakna langsung ke pada abang? Dah
Sembilan tahun kita kahwin abang masih tak boleh nak sayang pada Zila”.
NorFazila kalau bab berkata syahdu memang dia pandai. Mungkin dia meniru
kata-kata dalam novel yang selalu dibacanya.
“Zila
ni kenapa?.Apa kena mengena Uwais datang dengan sayang abang pada Zila. Lagi
pun rasanya abang tak janji nak pergi Ipoh. Kan Zila kata kalau abang lapang.
Sekarang ni abang tak lapang, anak abang datang nak duduk dengan kita, kan memang dah lama dia tak datang sini. Lagi pun
tak lama lagi dia kan nak periksa SPM biar lah dia duduk dengan abang masa cuti
ni haa.”
“Abang
ni memang tak pernah nak dengar apa yang Zila cakap..abang memang tak berusha
nak lupakan janda abang tu. Kalau abang asyik nak panggil anak abang duduk sini
sampai bila pun abang tak boleh nak lupakan janda abang tu. Dah asyik nak
merisik khabar dia macam mana nak lupa atau pun memang abang dah rindu sangat
kat janda abang, itu yang abang panggil anak abang datang duduk sini. Kalau macam nilah sikap
abang Zila nak cakap dengan emak”.Itulah ugutan Zila setiap kali bergeser dengan suaminya. Dia
hendak mengadu kepada emak mertuanya biar suaminya kena basuh dek emaknya
sendiri puas hatinya.
“Kenapa
dengan Zila ni, abang tak suruh Uwais datang, hanya mungkin dia rindukan abang
sebab lama dah abang tak call dia. Biarlah..lagi pun tak lama lagi dah nak
periksa biar dia lepaskan apa yang ada dalam hatinya, nanti mudahlah dia nak
belajar”.
“Zila
tak kira abang suruh anak abang tu
balik, kalau tak, biar Zila naik bas sahaja pergi rumah abang Zila”.
“Pergilah
naik bas abang tak suruh dan abang tak halang Zila pergi rumah abang Zila tu”.
“Abang
suka ke Zila balik sorang, biar abang Zila kata kita bergaduh macam tu”.
“Dah
tu, takkan nak biarkan Uwais dengan emak kat rumah ni, sedangkan dia datang
sini kerana nak bersama abang. Zila jangan lupa yang Uwais tu anak abang juga.
Abang masih ada tanggung jawab pada dia. Dia rindukan abang, itu sebabnya dia
datang sendiri cari abang.”.
“Zila
tak kira!abang suruh anak abang tu balik
cakap kita ada hal, tak boleh nak layan dia kat rumah ni.” Ketika itu mereka
berdua bercakap-cakap dalam bilik tidur mereka. Abdul Latif tidak mahu apa yang mereka tengkarkan
didengari oleh orang lain terutama Puan Rubiah dan Uwais, nanti lain pula
ceritanya.
“Kenapa
nak suruh dia balik, sedangkan dia baru sahaja sampai. Zila ni tak faham lah,
abang tak mahu dia rasa kehilangan abang. Cuba faham Zila”.
“Habis
kita kan nak pergi Ipoh rumah abang Zila. Memang dah lama kita tak pergi jenguk
dia, masa cuti sekolah nilah kita nak pergi sementara anak-anak kita cuti
sekolah”.
“Kan
cuti sekolah ada dua minggu, minggu depan kita pergilah”.
“Abangkan
kalau hal Zila suka bertangguh-tangguh, kenapa abang suka buat Zila macam ni.” Zila membentak. Sebenarnya
kedatangan Uwais sangat ditakuti. Dia takut suaminya menggunakan anaknya untuk
memujuk bekas isterinya seperti yang pernah didengarinya dulu. Nor Fazilah
tidak pernah rasa kedudukanya disisi Abdul Latif sebagai isteri selamat, jika
Emil masih dihati Abdul Latif. Itulah sebabnya dia cuba menghalang
hubungan Uwais dan papanya.
“
Kalau macam tu apa kata kita bawa Uwais
keIpoh, boleh kita berjalan-jalan sekali. Lagi pun dah lama abang tak
bawa Uwais pergi bercuti”.
“Amboi
dengan Uwais abang nak bawa pergi bercuti dengan anak lain ada abang ingat,
selalu sahaja bagi alasan bila Zila ajak abang bawa anak-anak pergi berjalan.
Ahh tidak!!Zila tak mahu nak bawa anak tiri jumpa dengan abang Leman. Pedeh
nanti telinga ni kena bebel. Suruh sahaja dia balik, pandai datang sendiri,
pandailah balik sendiri”. Apa yang
diperkatakan oleh isterinya memang ada kebenaranya. Tetapi Nor Fazila harus
memahami, kedudukan kewangannya tidak membenarkan mereka berbelanja sesuka hati.
Dia terpaksa menanggug keluarga, dia juga harus memberi sedikit nafkah untuk anaknya Uwais sedangkan
punca kewangan hanya dari dia seorang sahaja. Untuk menyimpan setiap bulan pun
hanya kadang-kadang sahaja dia dapat menyimpan. Itulah sebabnya setelah dia
berpisah dengan Emil, dia mengikuti cadangan emaknya duduk dikampung untuk
menjimatkan duit sewa rumah.
Bila
suaminya hanya mendiamkan diri Zila mula membentak.Abdul Latif menjadi serba
salah jika diikutkan kehendaknya ditakuti bentakkan Zila didengari pula oleh
emaknya. Jika emaknya tahu mereka bergeser tentu emaknya akan meleterinya
nanti, itu yang tidak disukai oleh cikgu Abdul Latif sebenarnya.
“Haaii”
Keluh cikgu Latif. Berat mulutnya hendak menyuruh anaknya pulang semula kerumah
mamanya. Serba salah dia dengan sikap isterinya sekarang sangat tegas jika
bersangkutan dengan anaknya Uwais. Mendengar keluhan suaminya..
“Kalau
abang tak nak cakap, biar Zila sahaja yang cakap dengan dia esok pagi”.
Selepas
selesai menyediakan sarapan pagi itu sekali lagi Nor Fazila mengesa suaminya
menyuruh anak suaminya pulang. Akhirnya dengan rasa yang berat cikgu Latif akur
dengan kehendak isterinya NorFazilah. Dia kebilik anak-anakya mencari Uwais
untuk bersarapan bersamanya. Ketika dia menjengah bilik dilihat anaknya sedang
menunaikan solat Duha dengan khusuk. Dia duduk dibirai katil dua tingkat milik
anak-anaknya, menunggu anaknya usai solat. Sementera menunggu sempat lagi Abdul
Latif memikirkan perjalanan hidup.
Setiap
kali mereka bergeser Zila akan mengadu kepada emak mertuanya. Kadang-kadang
aduanya melebih-lebih dan selepas itu mulalah puan Rubiah memarahi anaknya
kerana mempersiakan isterinya sendiri dan perkara itu akan diulanginya beberapa
hari sehinggakan Abdul Latif merasa sangat rimas. Untuk mengelakkan dirinya
dileteri selalu sahaja Abdul Latif duduk
berlama-lama di sekolah. Sambil dia menghidar kehidupan dirumah dia akan
menyemak buku kerja anak muridnya disekolah, makan dan solatnya juga akan
dilakukan disekolah tempat dia mengajar. Padanya dari dia mendengar leteran
emak dan memandang wajah mencuka isterinya baik dia menghabiskan kerja menyemak
buku anak murid dan kemudian menyediakan bahan mengajar untuk keesokkan
harinya. Tetapi rupanya perbuatan itu dirinya semakin dicuragai oleh sang
isteri. Rasa tidak puas hatinya akan disalurkan kepada emak mertuanya kemudian
barulah letusan-letusan leter diterima dari emaknya.
“Tif
kenapa sekarang ni kamu selalu sangat balik lambat. Mak rasa sekolah sampai
pukul satu tengahhari, ni gini hari baru kamu balik. Kamu pergi mana
sebenarnya”. Ketika dia sampai kerumah
jam sudah menunjukkan hampir pukul 7 malam. Tetapi kadang-kadang dia balik
selepas waktu Magrib.
“Ada
kat sekolah mak, saya semak buku budak kat sekolah”. Jawab Abdul Latif jujur,
tetapi meleweh sahaja suaranya.
“Semak
buku budak kat rumah tak boleh ke? Dulu boleh pula kamu semak buku budak kat
rumah, kenapa sekarang nak semak kat sekolah pula atau pun kamu benci tenguk
isteri kamu tu, kenapa kamu benci sangat dengan isteri kamu tu Tif”.
“Mana
ada benci mak..saya semak kat sekolah tu senang tak payah nak angkut buku budak-budak tu balik rumah, bukannya
sikit, banyak mak”. Letih sahaja jawapan yang keluar dari bibir Abdul Latif.
Sememangnya
dia penat dan letih, bertambah letih dengan leteren emak yang menyambutnya
dimuka pintu. Jika emaknya sudah berleter dimuka pintu Abdul Latif sudah boleh
membayangkan sambutan isterinya didalam bilik.Tetapi langkahnya terpaksa juga
diteruskan dan meghadapi segala yang ada dihadapanya.
Seperti
yang sudah dijangka dengan wajah yang masam mencuka dan jelingan tajam yang
boleh mengoyakkan hati itulah sambutan isteri didalam bilik. Zila sedang duduk menunggunya dibirai katil.
Terbuka sahaja pintu serangan sudah dilancarkan. Tidak dengan kata-kata namun
dengan pandang yang tajam menikam jiwanya bertubi-tubi. Jangan dia bersuara nanti habis kena sembur
dengan bahasa pedas, biar pun suaranya perlahan namun peritnya taparan dari
kata-katanya boleh menyesakkan nafas.
Melihat
renungan isteri yang seperti singa betina yang mahu menerkam dia keruang tamu
mencari jalan selamat. Bila tiba dirunang tamu pula dia dihidangkan dengan rengekan dan tangisan anak
yang bergaduh sesama sendiri. ‘Ahh
letihnya hidup’ itulah keluhan yang tersimpan didalam hatinya. Itulah carta
kehidupan harian cikgu Abdul Latif. Yang
sebenarnya hidup yang tiada keceriaan akan meletihkan betulkan begitu. Apa yang
menerpa mindanya terbang melayang bila mendengar. Salam
anaknya yang baru menyelesaikan solat Duhanya..
“Awal
lagi abang solat duha”. Tegurnya setelah melihat anaknya selesai membaca doa
dan melipat sejadah.
“Saja
pa, sekarang ni 750pagi dah masuk waktu
Duha, sebab subuh awal kan. Aabgn kena buat masa ingat yang sebetulnya abang ni
selalu lalai, mentang-mentang solat sunat, abang selalu
terlupa.Kadang-kadang dah nak masuk
waktu Zohor barulah teringat. Ni sementara ada
wuduk lagi abang teruslah solat Duha”. Subuh tadi diterjaga untuk solat pukul
630 pagi bergesa dia membersihkan diri dan menunaikan solat yang dikira hamper
terlajak.
“Selalu
ke abang buat solat Duha ni”.
“In
Syaa Allah kalau tak terlupa abang buat lah. Atuk selalu pesan sekarang ni
abang dah besar tak lama lagi abang kena cari rezeki sendiri, jadi amalkan
solat Duha supaya abang murah rezeki dan
dapat rezeki yang diredai Allah”. Didalam hatinya memanjatkan syukur kepada
Illahi kerana anaknya dibimbing oleh datuk yang sangat prihatin
“Ohh,
eloklah abang amalkan selalu”. Fikiran Abdul Latif berbolak balik mahu meyampai
kan apa yang diminta oleh isterinya. Perasaan bersalah berperang dalam hatinya.
Yang sebenarnya dia rasa sangat bersalah kerana meminta anaknya pulang pagi
itu. Tetapi dia tidak mempunyai pilihan..
“Bang! Papa kena hantar abang pagi ni sebab
papa nak pergi kerumah abang makcik Zila petang nanti, harap abang jangan kecil
hati dengan papa ye”. Terus sahaja Abdul Latif menyatakan apa yang dihatinya
agar anaknya dapat bersiap sedia untuk pulang.
“Sekarang
ke pa?”.
“Kita
minumlah dulu, papa pun belum minum lagi ni bang”. Abdul Latif keluar dari
bilik sementara Uwais melipat sejadah yang telah digunakan.
Selesai minum mereka bersiap untuk bertolak.
Walaupun dihalang oleh isterinya namun dia berkeras mahu menghantar anaknya
kerumah mamanya di pekan Pengkalan Hulu. Sebelum mereka bertolak sempat Nor Fazila membisikkan untuk memperingatkan
dirinya.
“Ingat
bang, jangan nak ambil peluang mengatal dengan janda abang tu, kalau Zila tahu,
siap abang, Zila cakap dengan emak biar mak basuh abang sampai bersih otak dan
hati abang tu.” Itulah ugutan isterinya,
tetapi itulah yang akan dilakukan oleh Nor Fazilah jika berlaku pertengkaran
antara mereka, MENGADU..emak mertuanya melebihkan menantu dari anak lelaki
tunggalnya sendiri kerana budinya dulu. Dalam perjalan mereka, Abdul Latif
mengulangi sekali lagi kata-katanya tadi supaya
anaknya tidak berkecil hati dengan permintaanya..
“Bang
abang jangan kecil hati dengan papa ye, sekarang ni papa dah jarang ambil abang
duduk dengan papa, yang sebetulnya papa nak abang belajar sungguh-sungguh, kalau kat rumah nenek abang tak boleh nak
belajar adik-adik abang bising, asyik nak bergaduh sahaja. Ni papa terpaksa
hantar abang balik cepat sebab papa dah janji dengan makcik Zila pergi rumah
abang dia yang kat Ipoh”.
“Tak
apa pa, papa janganlah risau, abang faham papa ada tanggung jawap papa. Abang
datang rumah papa ni pun sebab abang
takut papa nak ambil abang masa
pertengahan cuti sekolah nanti, masa tu abang tak boleh datang”.
“Kenapa?..Mama
nak bawa abang pergi mana masa tu”.
“Tak
pergi mana, tapi In Syaa Allah kalau mama ada jodoh mama nak nikah masa tu”.
“Haa
mama nak nikah bang?..dengan siapa???” Terkejut sungguh cik gu Abdul Latif
mendengar perkabaran janda sudah mahu
menamatkan zaman jandanya.
“Mama
nak nikah dengan ayah kawan baik abang, Sofian.
Ayah Sofian dah datang jumpa atuk semalam, mereka berbincang masa cuti
pertengan penggal nanti mereka menikahlah”. Hati Abdul Latif jadi sayu, Emil
makin jauh dari gapaianya. Rasanya sudah tiada
harapan untuk mereka mengulagi hidup bersama lagi. Sampainya hati Emil
membiarkan cinta mereka terkapar tidak berpenghujung…
“Sampainya
hati mama, langsung dia tak ingatkan papa ni yang sentiasa mengharapkan mama
datang semula dalam hidup kita bang”. Itulah yang keluar dari celah bibir Abdul
Latif kerana rasa kecewanya.
“Yang
sebenarnya abang yang suruh mama kahwin
lagi. Abang memang susah nak tinggalkan mama kalau mama duduk sorang.
Abang takut nanti lepas SPM abang dapat peluag belajar, itu sebabnya abang
cadangkan ayah Pian nikah dengan mama”.
“Tapi
sampainya hati mama tak mahu terima papa, berkali-kali dah papa merayu pada
dia.”.
“Papa!!
biarlah mama kahwin, biar ada orang yang
temankan mama jadi tidak lah abang rasa serba salah nak pergi masa abang nak
pergi belajar nanti. Tak lama lagi abang
dah periksa SPM. Nanti kalau abang dapat masuk mana-mana IPTA atau pun IPTS,
mama dah ada teman duduk kat rumah. Lagi pun ayah Pian pun duda juga. Jadi eloklah mereka berdua, kalau
dengan papa, papa kan dah ada makcik Zila”.
“Kenapa
abang cadangkan mama kahwin dengan orang lain, abang tahu tak dengan cadangan
abang, papa dah tak boleh lagi mengharapkan
papa nikah balik dengan mama. Abang tahu tak selama ini mama yang tak
mahu nikah balik dengan papa, kalau mama mahu dah lama papa nikah balik
dengan mama”.
“Kan
papa dah ada mak cik Zila, kenapa nak
nikah denang mama lagi, lagi pun papa kan tahu mama tak mahu dimadu”. Uwais
rasa bersalah bila mendengar suara hiba papanya yang melahirkan rasa kecewa,
bila mendengar mamanya mahu bernikah dengan orang lain.
“Papa
masih sayangkan mama, papa teringin kita
hidup serumah macam dulu. Abang faham tak apa yang papa katakana ni”.
“Faham
Pa, tapi papa mesti ingat, papa dah ada makcik Zila, kan mama tak suka
hidup bermadu, tak kan papa nak
bercerai dengan mak cik Zila, makcik Zila
tak kerja dan adik-adik masih kecil lagi .” Mendengar kata-kata anaknya lidah Abdul Latif jadi kelu dia
dipersimpangan bak kata orang ‘ditelan
mati emak diluah mati bapa’. Akhir nya mendiamkan diri hingga mereka
tiba ditempat yang dituju. Ketika Uwais keluar dari kereta dan mencapai tanganya untuk disalami dan diciumi Abdul Latif tetap tidak bersuara. Hilang sudah suaranya kerana hati yang sedeh.
Tidak disangka hidupnya begitu bercelaru untuk memilih
cinta dan tanggung jawab, siapakah yang harus dipersalahkan, adakah dirinya
yang tidak teguh pendirian mempertahankan cintanya dulu. Ataukah emaknya yang
mahu menantu yang boleh diajak menemaninya dan melahirkan cucu lebih dari
seorang. Atau Emilkah yang tidak tahu mengambil hati emaknya. Ataukan Nor
Fazilah yang sememangnya mahukan dirinya. Tetapi kini yang nyata, dia yang
merasa sangat menyesal dengan kehidupannya yang dilalui.
Belum jauh perjalanan pulangnya yang terasa
kosong. Dia merintih sendiri sepanjang jalan. Hati terpekek kesedehan bila
mengenangkan Emil. Dia tidak dapat memberi tumpuan dijalan raya. Dipertengahan
jalan dia melencong kesebuah masjid lalu berhenti disitu. Didalam kereta air
matanya berhambur menandakan hati yang tersiat pedih dengan berita yang baru
disampaikan oleh anaknya tadi. Rasa macam tak percaya pun ada, bila bekjas
isteri mahu mengakhiri zaman jandanya. Abdul Latif mengira didalam kepala hanya
tinggal seminggu sahaja lagi majlis pernikahan jandanya akan berlangsung.
Abdul
Latif berkira-kira didalam hati, jika dia menghantar pinangan mahukah agaknya
bekas isteri dan bekas ayah mertuanya menerima dirinya kembali. Lalu dia
megeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi anaknya Uwais mencari kepastian.
Rasanya ada tak orang yang macam Abdul Latif
ni..tapi rasa tak ada, ni saja nak tunjuk sakit hati kita pada lelaki yang macam ni. Bila dah
mempersiakan isteri dia akan terhegeh-hegeh mencari nya kembali.Sebab biasanya lelaki tak akan merendahkan egonya.
latif x de pendirian. zila pun mcm kacang lupakn kulit...dh le dulu ambik suami org..x sedar diri. mak cikgu latif ni pun mcm x de perasaan. tgk cucu nya uwais pun mcm x de perasaan kasih dn insaf.
ReplyDeletekiranya cikgu latif ni mcm gila talak dh.
ini namanya balasan didunia....hidup pun makin bercelaru.
-dibah-
Sikap Zila ni rasanya lebih teruk dari Emil dlu. Tak patut dia jauhkan Uwais dgn ayahnya. Sampai part ni kesian jugak dgn ckgu latif. Mak sndiri pun lebihkan menantu, sampai anak sndiri pun dah tak gembira nak balik ke rumah.
ReplyDeleteBila ingat part kawin dua, padan jgk muka ckgu latif. Mcm tu la dlu emil rasa bila tau diri dimadu.
Menyampah dgn zila...
Cikgu latif ni memang tak tegas orangnya. Dengan bini yang dia tak cinta pun takut. Kena ugut ckit takut. Bini pun naik tocang la.
ReplyDeleteZila buat gitu sebab dia takut dia yang kena tinggal. Kan zila pernah dengar Latif suruh Uwais pujuk mama dia terima dirinya balik. Itu yg zila takut. prempuan mana suka dimadu. wlupun dulu dia yg ambil suami orang.
ReplyDeleteorang yang mengambil hak orang lain akan sentiasa dlm ketakutan...padan muka Zila dan padan juga muka Latif...mudah sgt melepaskan talak dn nk test power sgt dulu. rasakn hidup tak tenang.
Delete-dibah-
kesian uwais jadi mangsa keadaan. Sesekali rasa latif ni mcm lembundicucuk hidung pulak oleh zila. Zila sekarang macam kaduk naik junjung lah pulak. Tamak. Harap uwais dn emil temui ketenangan lepas ni. Tak payahlah nak pergi rumah ayahnya tu lagi. menyampah dengan sikap zila tuh.
ReplyDelete