~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday 12 May 2014

Bab 32 Tidak ku tahu kasih bermula.





Cerita ni tak ada hero atau pun heroin sebab cerita bisa cerita hari-hari yang berlaku disekeliling kita. Hanya mak teh nak gmbarkan, jaganlah kita membayangkan, sebuah perkahawinan yang didirikan atas dasar cinta tak brmasaalah. Dan jangan nak membayangkan perkahwinan yang dah lama tidak bermasaalah juga..diharapkan setiap dari kita bersiap sedia mengeraskan hati menangani segala masaalah jangan sampai bercerai berai. Kita sebagai isteri bersiap sedia melembutkan hati mengalah dan bertolak ansur. sebab mengalah bukan bererti kalah dan melembutkan hati bukan makna kena buli. Tetapi jika sudah dilembutkan hati tetap juga rasa sakit disepit. LEPASKAN (Seperti Emil dia tahu hatinya). Allah itu MAHA ADIL diberinya cara untuk kita mencari bahagia.. Bahagia dimana-mana kita yang mencarinya.



           Oleh kerana dipertengahan cuti penggal mamanya dijangka melangsungkan pernikahannya, Uwais kerumah keluarga papanya sebaik cuti sekolah bermula.Uwais menyedari kehadiran dirinya secara mengejut tidak disenangi oleh ibu tirinya, namun dia buat tidak kisah.Papanya tetap papanya walau apapun penerimaan ibutirinya terhadap dirinya.Itulah pendirianya.

“Bang kenapa Uwais datang pula minggu ni. Abang yang call dia suruh dia datang ke?”. Dengan muka yang masam Zila menarik suaminya masuk kedalam bilik untuk merungkai apa yang berkecamuk dalam kepalanya bila melihat kemunculan anak tirinya secara tiba-tiba.

“Biarlah dia datang, dia kan anak abang, lagi pun memang dah lama abang tak ambil dia duduk dengan kita”.

“Abang sukalah anak abang tu datang, boleh abang merisik khabar janda abang tu”. Cikgu Latif hanya mendiamkan diri tetapi hatinya rimas  dengan sikap cemburu isterinya sekarang. Sikap cemburunya makin menjadi-jadi. Pada Zila setelah Abdul Latif dan Emil bercerai diri suaminya adalah milik dirinya termasuklah hati dan perasaanya. Dia tidak suka suaminya masih menyimpan harapan kepada bekas isterinya. Bila melihat suaminya hanya mendiamkan diri, Zila mengingatkan janji suaminya kepada dirinya, tetapi yang sebenarnya mereka tidak berjanji hanya dia meminta jika suaminya ada kelapanganan sahaja.

 “Abang dah lupa ke, kan abang dah janji dengan Zila nak pergi menziarah abang Zila kat Ipoh. Abang kalau bab janda abang tu sanggup abang  ketepikan janji abang dengan Zila kan. Zila ni entah kat mana letaknya dihati abang. Zila ni memang tak bermakna langsung ke pada abang? Dah  Sembilan tahun kita kahwin abang masih tak boleh nak sayang pada Zila”. NorFazila kalau bab berkata syahdu memang dia pandai. Mungkin dia meniru kata-kata dalam novel yang selalu dibacanya.

“Zila ni kenapa?.Apa kena mengena Uwais datang dengan sayang abang pada Zila. Lagi pun rasanya abang tak janji nak pergi Ipoh. Kan Zila kata kalau abang lapang. Sekarang ni abang tak lapang, anak abang datang nak duduk dengan kita, kan  memang dah lama dia tak datang sini. Lagi pun tak lama lagi dia kan nak periksa SPM biar lah dia duduk dengan abang masa cuti ni haa.”

“Abang ni memang tak pernah nak dengar apa yang Zila cakap..abang memang tak berusha nak lupakan janda abang tu. Kalau abang asyik nak panggil anak abang duduk sini sampai bila pun abang tak boleh nak lupakan janda abang tu. Dah asyik nak merisik khabar dia macam mana nak lupa atau pun memang abang dah rindu sangat kat janda abang, itu yang abang panggil anak abang  datang duduk sini. Kalau macam nilah sikap abang Zila nak cakap dengan emak”.Itulah ugutan Zila  setiap kali bergeser dengan suaminya. Dia hendak mengadu kepada emak mertuanya biar suaminya kena basuh dek emaknya sendiri puas hatinya.

“Kenapa dengan Zila ni, abang tak suruh Uwais datang, hanya mungkin dia rindukan abang sebab lama dah abang tak call dia. Biarlah..lagi pun tak lama lagi dah nak periksa biar dia lepaskan apa yang ada dalam hatinya, nanti mudahlah dia nak belajar”.

“Zila tak  kira abang suruh anak abang tu balik, kalau tak, biar Zila naik bas sahaja pergi rumah abang Zila”.

“Pergilah naik bas abang tak suruh dan abang tak halang Zila pergi rumah abang Zila tu”.

“Abang suka ke Zila balik sorang, biar abang Zila kata kita bergaduh macam tu”.

“Dah tu, takkan nak biarkan Uwais dengan emak kat rumah ni, sedangkan dia datang sini kerana nak bersama abang. Zila jangan lupa yang Uwais tu anak abang juga. Abang masih ada tanggung jawab pada dia. Dia rindukan abang, itu sebabnya dia datang  sendiri cari abang.”.

“Zila tak kira!abang suruh  anak abang tu balik cakap kita ada hal, tak boleh nak layan dia kat rumah ni.” Ketika itu mereka berdua bercakap-cakap dalam bilik tidur mereka. Abdul Latif  tidak mahu apa yang mereka tengkarkan didengari oleh orang lain terutama Puan Rubiah dan Uwais, nanti lain pula ceritanya.

“Kenapa nak suruh dia balik, sedangkan dia baru sahaja sampai. Zila ni tak faham lah, abang tak mahu dia rasa kehilangan abang. Cuba faham  Zila”.

“Habis kita kan nak pergi Ipoh rumah abang Zila. Memang dah lama kita tak pergi jenguk dia, masa cuti sekolah nilah kita nak pergi sementara anak-anak kita cuti sekolah”.

“Kan cuti sekolah ada dua minggu, minggu depan kita pergilah”.

“Abangkan kalau hal Zila suka bertangguh-tangguh, kenapa abang suka buat  Zila macam ni.” Zila membentak. Sebenarnya kedatangan Uwais sangat ditakuti. Dia takut suaminya menggunakan anaknya untuk memujuk bekas isterinya seperti yang pernah didengarinya dulu. Nor Fazilah tidak pernah rasa kedudukanya disisi Abdul Latif sebagai isteri selamat, jika Emil masih dihati Abdul Latif. Itulah sebabnya dia cuba menghalang hubungan  Uwais dan papanya.

“ Kalau macam tu apa kata kita bawa Uwais  keIpoh, boleh kita berjalan-jalan sekali. Lagi pun dah lama abang tak bawa Uwais pergi bercuti”.

“Amboi dengan Uwais abang nak bawa pergi bercuti dengan anak lain ada abang ingat, selalu sahaja bagi alasan bila Zila ajak abang bawa anak-anak pergi berjalan. Ahh tidak!!Zila tak mahu nak bawa anak tiri jumpa dengan abang Leman. Pedeh nanti telinga ni kena bebel. Suruh sahaja dia balik, pandai datang sendiri, pandailah balik sendiri”.  Apa yang diperkatakan oleh isterinya memang ada kebenaranya. Tetapi Nor Fazila harus memahami, kedudukan kewangannya tidak membenarkan mereka berbelanja sesuka hati. Dia terpaksa menanggug keluarga, dia juga harus memberi  sedikit nafkah untuk anaknya Uwais sedangkan punca kewangan hanya dari dia seorang sahaja. Untuk menyimpan setiap bulan pun hanya kadang-kadang sahaja dia dapat menyimpan. Itulah sebabnya setelah dia berpisah dengan Emil, dia mengikuti cadangan emaknya duduk dikampung untuk menjimatkan duit sewa rumah.


            Bila suaminya hanya mendiamkan diri Zila mula membentak.Abdul Latif menjadi serba salah jika diikutkan kehendaknya ditakuti bentakkan Zila didengari pula oleh emaknya. Jika emaknya tahu mereka bergeser tentu emaknya akan meleterinya nanti, itu yang tidak disukai oleh cikgu Abdul Latif sebenarnya.


“Haaii” Keluh cikgu Latif. Berat mulutnya hendak menyuruh anaknya pulang semula kerumah mamanya. Serba salah dia dengan sikap isterinya sekarang sangat tegas jika bersangkutan dengan anaknya Uwais. Mendengar keluhan suaminya..

“Kalau abang tak nak cakap, biar Zila sahaja yang cakap dengan dia esok pagi”.

               Selepas selesai menyediakan sarapan pagi itu sekali lagi Nor Fazila mengesa suaminya menyuruh anak suaminya pulang. Akhirnya dengan rasa yang berat cikgu Latif akur dengan kehendak isterinya NorFazilah. Dia kebilik anak-anakya mencari Uwais untuk bersarapan bersamanya. Ketika dia menjengah bilik dilihat anaknya sedang menunaikan solat Duha dengan khusuk. Dia duduk dibirai katil dua tingkat milik anak-anaknya, menunggu anaknya usai solat. Sementera menunggu sempat lagi Abdul Latif memikirkan perjalanan hidup.

            Setiap kali mereka bergeser Zila akan mengadu kepada emak mertuanya. Kadang-kadang aduanya melebih-lebih dan selepas itu mulalah puan Rubiah memarahi anaknya kerana mempersiakan isterinya sendiri dan perkara itu akan diulanginya beberapa hari sehinggakan Abdul Latif merasa sangat rimas. Untuk mengelakkan dirinya dileteri  selalu sahaja Abdul Latif duduk berlama-lama di sekolah. Sambil dia menghidar kehidupan dirumah dia akan menyemak buku kerja anak muridnya disekolah, makan dan solatnya juga akan dilakukan disekolah tempat dia mengajar. Padanya dari dia mendengar leteran emak dan memandang wajah mencuka isterinya baik dia menghabiskan kerja menyemak buku anak murid dan kemudian menyediakan bahan mengajar untuk keesokkan harinya. Tetapi rupanya perbuatan itu dirinya semakin dicuragai oleh sang isteri. Rasa tidak puas hatinya akan disalurkan kepada emak mertuanya kemudian barulah letusan-letusan leter diterima dari emaknya.

“Tif kenapa sekarang ni kamu selalu sangat balik lambat. Mak rasa sekolah sampai pukul satu tengahhari, ni gini hari baru kamu balik. Kamu pergi mana sebenarnya”.  Ketika dia sampai kerumah jam sudah menunjukkan hampir pukul 7 malam. Tetapi kadang-kadang dia balik selepas waktu Magrib.

“Ada kat sekolah mak, saya semak buku budak kat sekolah”. Jawab Abdul Latif jujur, tetapi meleweh sahaja suaranya.

“Semak buku budak kat rumah tak boleh ke? Dulu boleh pula kamu semak buku budak kat rumah, kenapa sekarang nak semak kat sekolah pula atau pun kamu benci tenguk isteri kamu tu, kenapa kamu benci sangat dengan isteri kamu tu Tif”.

“Mana ada benci mak..saya semak kat sekolah tu senang tak payah nak angkut  buku budak-budak tu balik rumah, bukannya sikit, banyak mak”. Letih sahaja jawapan yang keluar dari bibir Abdul Latif.

                Sememangnya dia penat dan letih, bertambah letih dengan leteren emak yang menyambutnya dimuka pintu. Jika emaknya sudah berleter dimuka pintu Abdul Latif sudah boleh membayangkan sambutan isterinya didalam bilik.Tetapi langkahnya terpaksa juga diteruskan dan meghadapi segala yang ada dihadapanya.

                  Seperti yang sudah dijangka dengan wajah yang masam mencuka dan jelingan tajam yang boleh mengoyakkan hati itulah sambutan isteri didalam bilik. Zila  sedang duduk menunggunya dibirai katil. Terbuka sahaja pintu serangan sudah dilancarkan. Tidak dengan kata-kata namun dengan pandang yang tajam menikam jiwanya bertubi-tubi.  Jangan dia bersuara nanti habis kena sembur dengan bahasa pedas, biar pun suaranya perlahan namun peritnya taparan dari kata-katanya boleh menyesakkan nafas.

                   Melihat renungan isteri yang seperti singa betina yang mahu menerkam dia keruang tamu mencari jalan selamat. Bila tiba dirunang tamu pula dia  dihidangkan dengan rengekan dan tangisan anak yang bergaduh sesama sendiri.  ‘Ahh letihnya hidup’ itulah keluhan yang tersimpan didalam hatinya. Itulah carta kehidupan harian cikgu Abdul Latif.  Yang sebenarnya hidup yang tiada keceriaan akan meletihkan betulkan begitu. Apa yang menerpa mindanya terbang melayang bila mendengar.  Salam  anaknya yang baru menyelesaikan solat Duhanya..

“Awal lagi abang solat duha”. Tegurnya setelah melihat anaknya selesai membaca doa dan melipat sejadah.

“Saja pa, sekarang ni 750pagi  dah masuk waktu Duha, sebab subuh awal kan. Aabgn kena buat masa ingat yang sebetulnya abang ni selalu lalai, mentang-mentang solat sunat, abang selalu terlupa.Kadang-kadang  dah nak masuk waktu Zohor barulah teringat. Ni sementara ada  wuduk lagi abang teruslah solat Duha”. Subuh tadi diterjaga untuk solat pukul 630 pagi bergesa dia membersihkan diri dan menunaikan solat yang dikira hamper terlajak.

“Selalu ke  abang buat solat Duha ni”.

“In Syaa Allah kalau tak terlupa abang buat lah. Atuk selalu pesan sekarang ni abang dah besar tak lama lagi abang kena cari rezeki sendiri, jadi amalkan solat Duha supaya abang murah rezeki  dan dapat rezeki yang diredai Allah”. Didalam hatinya memanjatkan syukur kepada Illahi kerana anaknya dibimbing oleh datuk yang sangat prihatin

“Ohh, eloklah abang amalkan selalu”. Fikiran Abdul Latif berbolak balik mahu meyampai kan apa yang diminta oleh isterinya. Perasaan bersalah berperang dalam hatinya. Yang sebenarnya dia rasa sangat bersalah kerana meminta anaknya pulang pagi itu. Tetapi dia tidak mempunyai pilihan..

 “Bang! Papa kena hantar abang pagi ni sebab papa nak pergi kerumah abang makcik Zila petang nanti, harap abang jangan kecil hati dengan papa ye”. Terus sahaja Abdul Latif menyatakan apa yang dihatinya agar anaknya dapat bersiap sedia untuk pulang.

“Sekarang ke pa?”.

“Kita minumlah dulu, papa pun belum minum lagi ni bang”. Abdul Latif keluar dari bilik sementara Uwais melipat sejadah yang telah digunakan.


Selesai minum mereka bersiap untuk bertolak. Walaupun dihalang oleh isterinya namun dia berkeras mahu menghantar anaknya kerumah mamanya di pekan Pengkalan Hulu. Sebelum mereka bertolak sempat  Nor Fazila membisikkan untuk memperingatkan dirinya.


“Ingat bang, jangan nak ambil peluang mengatal dengan janda abang tu, kalau Zila tahu, siap abang, Zila cakap dengan emak biar mak basuh abang sampai bersih otak dan hati abang tu.”  Itulah ugutan isterinya, tetapi itulah yang akan dilakukan oleh Nor Fazilah jika berlaku pertengkaran antara mereka, MENGADU..emak mertuanya melebihkan menantu dari anak lelaki tunggalnya sendiri kerana budinya dulu. Dalam perjalan mereka, Abdul Latif mengulangi sekali lagi kata-katanya tadi supaya  anaknya tidak berkecil hati dengan permintaanya..


“Bang abang jangan kecil hati dengan papa ye, sekarang ni papa dah jarang ambil abang duduk dengan papa, yang sebetulnya papa nak abang belajar sungguh-sungguh,  kalau kat rumah nenek abang tak boleh nak belajar adik-adik abang bising, asyik nak bergaduh sahaja. Ni papa terpaksa hantar abang balik cepat sebab papa dah janji dengan makcik Zila pergi rumah abang dia yang kat Ipoh”. 


“Tak apa pa, papa janganlah risau, abang faham papa ada tanggung jawap papa. Abang datang rumah papa ni pun sebab abang  takut papa nak  ambil abang masa pertengahan cuti sekolah nanti, masa tu abang tak boleh datang”.


“Kenapa?..Mama nak bawa abang pergi mana masa tu”.


“Tak pergi mana, tapi In Syaa Allah kalau mama ada jodoh mama nak nikah masa tu”.


“Haa mama nak nikah bang?..dengan siapa???” Terkejut sungguh cik gu Abdul Latif mendengar perkabaran  janda sudah mahu menamatkan zaman jandanya. 


“Mama nak nikah dengan ayah kawan baik abang, Sofian.  Ayah Sofian dah datang jumpa atuk semalam, mereka berbincang masa cuti pertengan penggal nanti mereka menikahlah”. Hati Abdul Latif jadi sayu, Emil makin jauh dari gapaianya. Rasanya sudah tiada  harapan untuk mereka mengulagi hidup bersama lagi. Sampainya hati Emil membiarkan cinta mereka terkapar tidak berpenghujung…


“Sampainya hati mama, langsung dia tak ingatkan papa ni yang sentiasa mengharapkan mama datang semula dalam hidup kita bang”. Itulah yang keluar dari celah bibir Abdul Latif kerana rasa kecewanya.


“Yang sebenarnya abang yang suruh mama kahwin  lagi. Abang memang susah nak tinggalkan mama kalau mama duduk sorang. Abang takut nanti lepas SPM abang dapat peluag belajar, itu sebabnya abang cadangkan ayah Pian nikah dengan mama”.


“Tapi sampainya hati mama tak mahu terima papa, berkali-kali dah papa merayu pada dia.”.


“Papa!! biarlah mama kahwin,  biar ada orang yang temankan mama jadi tidak lah abang rasa serba salah nak pergi masa abang nak pergi belajar nanti.  Tak lama lagi abang dah periksa SPM. Nanti kalau abang dapat masuk mana-mana IPTA atau pun IPTS, mama dah ada teman duduk kat rumah. Lagi pun ayah Pian pun  duda juga. Jadi eloklah mereka berdua, kalau dengan papa, papa kan dah ada makcik Zila”.


“Kenapa abang cadangkan mama kahwin dengan orang lain, abang tahu tak dengan cadangan abang, papa dah tak boleh lagi mengharapkan  papa nikah balik dengan mama. Abang tahu tak selama ini mama yang tak mahu nikah balik dengan papa, kalau mama mahu dah lama papa nikah balik dengan  mama”.


“Kan papa dah ada mak cik  Zila, kenapa nak nikah denang mama lagi, lagi pun papa kan tahu mama tak mahu dimadu”. Uwais rasa bersalah bila mendengar suara hiba papanya yang melahirkan rasa kecewa, bila mendengar mamanya mahu bernikah dengan orang lain.


“Papa masih sayangkan mama, papa teringin kita  hidup serumah macam dulu. Abang faham tak apa yang papa katakana  ni”.


“Faham Pa, tapi papa mesti ingat, papa dah ada makcik Zila, kan  mama tak suka hidup bermadu, tak kan papa nak bercerai dengan mak cik Zila, makcik Zila tak kerja  dan adik-adik masih kecil lagi .” Mendengar kata-kata anaknya lidah Abdul Latif jadi kelu dia dipersimpangan bak kata orang ‘ditelan mati emak diluah mati bapa’. Akhir nya mendiamkan diri hingga mereka tiba ditempat yang dituju. Ketika Uwais keluar dari kereta dan mencapai tanganya untuk disalami dan diciumi Abdul Latif tetap tidak bersuara. Hilang sudah suaranya kerana hati yang sedeh.



  Tidak disangka hidupnya begitu bercelaru untuk memilih cinta dan tanggung jawab, siapakah yang harus dipersalahkan, adakah dirinya yang tidak teguh pendirian mempertahankan cintanya dulu. Ataukah emaknya yang mahu menantu yang boleh diajak menemaninya dan melahirkan cucu lebih dari seorang. Atau Emilkah yang tidak tahu mengambil hati emaknya. Ataukan Nor Fazilah yang sememangnya mahukan dirinya. Tetapi kini yang nyata, dia yang merasa sangat menyesal dengan kehidupannya yang dilalui.

Belum jauh perjalanan pulangnya yang terasa kosong. Dia merintih sendiri sepanjang jalan. Hati terpekek kesedehan bila mengenangkan Emil. Dia tidak dapat memberi tumpuan dijalan raya. Dipertengahan jalan dia melencong kesebuah masjid lalu berhenti disitu. Didalam kereta air matanya berhambur menandakan hati yang tersiat pedih dengan berita yang baru disampaikan oleh anaknya tadi. Rasa macam tak percaya pun ada, bila bekjas isteri mahu mengakhiri zaman jandanya. Abdul Latif mengira didalam kepala hanya tinggal seminggu sahaja lagi majlis pernikahan jandanya akan berlangsung.

            Abdul Latif berkira-kira didalam hati, jika dia menghantar pinangan mahukah agaknya bekas isteri dan bekas ayah mertuanya menerima dirinya kembali. Lalu dia megeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi anaknya Uwais  mencari kepastian.



Rasanya ada tak orang yang macam Abdul Latif ni..tapi rasa tak ada, ni saja nak tunjuk sakit  hati kita pada lelaki yang macam ni. Bila dah mempersiakan isteri dia akan terhegeh-hegeh mencari nya kembali.Sebab biasanya lelaki tak akan merendahkan egonya.

6 comments:

  1. latif x de pendirian. zila pun mcm kacang lupakn kulit...dh le dulu ambik suami org..x sedar diri. mak cikgu latif ni pun mcm x de perasaan. tgk cucu nya uwais pun mcm x de perasaan kasih dn insaf.
    kiranya cikgu latif ni mcm gila talak dh.
    ini namanya balasan didunia....hidup pun makin bercelaru.
    -dibah-

    ReplyDelete
  2. Sikap Zila ni rasanya lebih teruk dari Emil dlu. Tak patut dia jauhkan Uwais dgn ayahnya. Sampai part ni kesian jugak dgn ckgu latif. Mak sndiri pun lebihkan menantu, sampai anak sndiri pun dah tak gembira nak balik ke rumah.
    Bila ingat part kawin dua, padan jgk muka ckgu latif. Mcm tu la dlu emil rasa bila tau diri dimadu.
    Menyampah dgn zila...

    ReplyDelete
  3. Cikgu latif ni memang tak tegas orangnya. Dengan bini yang dia tak cinta pun takut. Kena ugut ckit takut. Bini pun naik tocang la.

    ReplyDelete
  4. Zila buat gitu sebab dia takut dia yang kena tinggal. Kan zila pernah dengar Latif suruh Uwais pujuk mama dia terima dirinya balik. Itu yg zila takut. prempuan mana suka dimadu. wlupun dulu dia yg ambil suami orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang yang mengambil hak orang lain akan sentiasa dlm ketakutan...padan muka Zila dan padan juga muka Latif...mudah sgt melepaskan talak dn nk test power sgt dulu. rasakn hidup tak tenang.
      -dibah-

      Delete
  5. kesian uwais jadi mangsa keadaan. Sesekali rasa latif ni mcm lembundicucuk hidung pulak oleh zila. Zila sekarang macam kaduk naik junjung lah pulak. Tamak. Harap uwais dn emil temui ketenangan lepas ni. Tak payahlah nak pergi rumah ayahnya tu lagi. menyampah dengan sikap zila tuh.

    ReplyDelete