Selepas
rombongan cikgu Mohd Nasir dan anak-anaknya pulang, Haji Mohd Noh berbincang
dengan isteri, anak dan cucunya diruang tamu.
“Nor!
Untuk mencari keberkatan Allah, kan elok kalau Emil nikah hari Jumaat, apa
pandangan Nor dengan apa yang Uda fikirkan ni”.
“Uda
tanyalah Emil ni haa. Kalau Emil setuju memang eloklah tu Mel, kita buat benda
baik akan bertambah baik jika di berkati oleh Allah”.
“Kalau
abang ok juga buat hari Jumaat tuk, sebab Isnin kita dah sekolah, nanti tak lah
rasa penat sangat. Tuk kita nak buat majlis pasang khemah ke tok?”. Wahh Uwais
sudah seperti orang tua pula merancang majlis perkahwinan mamanya dengan
meriah.
“Tak
payah lah bang, kita buat khenduri sikit saja, panggil orang makan kat rumah
tujuan hanya nak bagi tahu jiran-jiran sudahlah, mama tak mahu kecoh-kecoh”.
“Mel
kita buat majlis bukan kita nak kecoh, tapi nak mewar-warkan pernikahan kita,
supaya nanti tak timbul fitnah. Ialah yang orang tahu Emil dah berpisah dengan
suami, tiba-tiba Emil jalan dengan lelaki, nanti orang tuduh Emil mengatal
dengan jantan. Kita buatlah sikit, sekurang-kurangnya untuk orang kampong kita ni”.
“Betul
kata ayah kamu tu Mel. Buatlah jemputan
sikit”.
“Nak
buat jemputan macam mana mak ngah. Hari ni dah hari Sabtu lepas tu ayah kata
nikah nak hari Jumaat tinggal berapa hari sahaja lagi, tak sampai pun seminggu,
mana nak sempat edarkan kad jemputan. Nak buat pun tak sempat apatah lagi nak
edarkan.”.
“Tak payah
kad jemputan Mel, ayah minta tolong Jemaah surau tolong jemputkan bagi pehak
ayah, kemudian mana yang ada bagi nombor telefon ayah jemput dengan telefon
lah”.
“Ikut
suka ayahlah mana yang senang, tapi Emil takut ayah dan mak ngah penat nak
uruskan majlis ni. Kita nak masak sendiri ataupun catering yah”.
“Jadi
setujulah Emil nikah hari Jumaat. Kalau Emil dah setuju ayah nak call cikgu
Nassir nak tanya pendapat dia pula. Kalau pihak dia pun setuju barulah kita
boleh fikir nak masak sendiri atau pun nak buat catering. Bang ! abang ada
nombor ayah siPian tu”.
“Tak
ada tuk, nombor Pian adalah..”
“Emil?”
“mana
ada yah”. Berkerut-kerut kening Emil bila diajukan soalan itu, dia merasakan
ayahnya seperti mahu menyelidiki
kegiatanya dengan cikgu Nassir.
“Ok,
abang call Pian nanti minta dia pas kat ayah dia. Atuk nak cakap dengan ayah si
Pian tu.” Cepat sahaja panggilan dijawap oleh Sofian bila melihat nombor
sahabat baiknya.
Setelah
memberi salam dan menjawap salam terus sahaja Haji Mohd Noh ke perkara yang mahu
di jelaskan..
“Macam
ni Nassir, saya rasa elok kalau Nassir dan Emil nikah lepas solat Jumaat. Pada
saya kalau kita mengerjakan perkara baik cari keberkatanya sekali. Tak macam tu”.
“Masa
balik tadi kami anak beranak berbincang macam tu juga, sebab anak anak saya
akan balik semula ke kolej selewat-lewatnya hari Ahad tu. Baru berkira-kira nak
call Tuan Haji minta pendapat”.
“Jadi setujulah ye, Nassir dinikahkan selepas solat Jumaat nanti.
Lagi satu di pihak Nassir buat jamuan tak?”.
“Bab
nikah lepas solat Jumaat saya setuju.
Bab jamuan tu rasanya tidak, saya tak terfikir siapa yang nak menguruskan. Emak
ayah pun dah tak ada, adik beradik duduk jauh pula, lagi pun berat rasanya nak
susahkan diorang tu. Tak apa ke kalau saya tak buat majlis?”.
“Eh tak
apa, kita buat yang wajib itu yang penting. Saya yang sebetul nya nak bagi
tahu, kalau Nassir tak buat khenduri, jemput semua kenalan atau jiran-jiran Nassir
makan kat rumah kami. Saya nak buat
majlis sikit untuk mewar-warkan pernikahan kamu berdua. Saya wakilkan Nassir
menjemput sesiapa saja yang Nassir nak
jemput tu ye”.
“Alhamdullillah,
Terima kasih tuan Haji, In Syaa Allah hajat hati tu nak jemput jiran-jiran,
kawan-kawan dan sedikit keluarga saya
supaya mereka pun tahu pernikahan saya tu nanti”.
Untuk mencari keberkatan Emil Atilia binti Haji Mohd Noh dinikahkan dengan
pasanganya Mohd Nassir bin Haji Abdul Hamid selepas solat Jumaat dirumah Hajjah
NorIza. Selepas selesai upecara Ijab dan
Qbul para hadirin dijamu makan nasi (nak
kata jamuan makan tengahari hari dah pukul 2 petang). Haji Mohd Noh memulakan
jamuan makan dari pukul 2 petang hinggalah lepas Asar, itulah kata jemputanya
kepada semua kenalanya. Hanya
jiran-jiran dan sedikit orang kampong yang dikenali oleh keluarga Haji Mohd
Noh dan saudara mara mereka sahaja yang
dijemput. Walau pun begitu berdiri juga dua buah khemah untuk menampung jemputan yang dijemput.
Tidak disangka dua tiga orang kenalan yang tidak tak
dijemput juga datang. Kemudian berjumpa dengan tuan rumah minta dijemput.
Tetapi apa yang nak dihairankan bukan ke Haji Mohd Noh bekas seorang guru, tentu
ramai kenalanya. Yang sebetulnya mereka datang bukan mahu menjamu selera, tetapi
kedatangan mereka sekadar mahu turut sama memeriahkan dan tumpang gembira
dengan pernikahan anak haji Mohd Noh.
(Hukum datang kenduri tidak berjemput: Kita
datang tidak haram, tetapi makan makanan yang disediakan oleh tuan rumah
menjadi HARAM jika kita makan, selagi
kata-kata jemputan tidak diucapkan oleh tuan rumah. Itulah sebabnya kalau kita
kerumah kenduri pastikan dengan betul siapa yang dijemput. Jika yang di jemput
hanya suaminya sahaja maka isteri tidak
boleh pergi bersama. Dan jika hanya
menjemput suami isteri, maka anak-anak tidak boleh mengikuti mereka. Jika
mereka datang, mereka tidak boleh makan
makanan yang dihidang, jika kita makan juga hukumnya HARAM. Mak teh dengar ni
dari ceramah Ustaz Idrus.)
“Asalamualaikum
Haji Noh!! Allah Ji tak ingat aku ke Ji, aku dengar kau kahwinkan anak dari
mulut orang, ni aku saja datang nak minta kau jemput aku laki bini ni. Sampi
hati kau tak ingatkan aku bukanya jauh
pun kampong aku tu. Tak dapat makan pun tak apa, janji dapat sama-sama berasa
gembira bersama kau”. Itu adalah kawan lama Haji Mohd Noh, kawan sejak mereka
diMaktab perguruan lagi.
“Jemputlah..jemputlah
aku jemput kau suami isteri mehlah makan, bukan tak ada makanan, tapi
sebenarnya majlis ni tak dirancang itu yang banyak tertinggal minta maaflah memang
aku tak teringat langsung, yang aku ingat nak dapat menantu sahaja. Lagi pun
anak aku ni, nikah kali kedua jadi malu pulak nak buat besar-besaran”.
“Apa
nak dimalukan Ji, orang membina masjid perlu diwar-warkan supaya orang tahu.
Tak kiralah kali yang ke berapa. Nikah kahwin nikan sunnah Nabi Ji”.
“Ialah..ialah
jemputlah makan, makan kenyang-kenyang ye, lauk masak sendiri ni”. Untuk
mewar-warkan pernikahan Emil Haji Mohd Noh mengadakan sedikit jamuan makan yang
dimasak oleh ahli keluarga mereka dan jiran sebelah menyebelah rumah sahaja.
=================
Disebelah pagi sebelum majlis pernikahan mamanya.. Uwais menemani datuknya Haji Mohd
Noh kebengkel pak Long Muaznya. Bila kereta MYVI datuknya masuk keperkarangan bengkel . Dari dalam kereta datuknya lagi Uwais sudah menyedari
kereta papanya. Dia hairan melihat kereta papanya terpakir disebelah tepi
bagunan. Besar pertanyaan yang berlegar didalam kepalanya. Untuk apa papanya
datang dihari pernikahan mamanya. Adakah mamanya menjemput papanya menghadiri
majlis pernikahannya hari itu. Tetapi rasanya masih awal lagi. Dia melihat jam
dipergelangan tanganya baru pukul sepuluh pagi. Upecara akad selepas solat Jumaat nanti.
“Ehh tuk, itu macam kereta papa tu tuk. Papa
ada datang ke tuk?” Teruja Uwais bila melihat kereta papanya.
Bila dia keluar dari kereta datuknya terus
sahaja langkah dan menghampiri kereta
WAJA milik papanya untuk pengesahan. Sah memang kereta papanya. Kemudian dia
masuk kebengkel melihat kalau-kalau papanya ada didalam bersama pak Longnya.
Sedang dia melilau-lilau terjengah-jengah muncul pak long Muaz dari bilik kecil
yang dijadikan sebagai pejabat.
“Ehh Uwais, Uwais datang dengan siapa?”
“Dengan atuk pak Long. Atuk datang nak minta
tolong pak Long katanya. Pak Long!! Papa
ada datang sini ke?”.
“Ehh mana ada?”.
“Tu kat luar tu kereta papa”. Muaz jadi serba
salah untuk menyimpan pesanan dari Abdul Latif tempuh hari. Abdul Latif
berpesan kepadanya agar apa yang terjadi kepda dirinya tidak diberitahu kepada
Emil atau pun Uwais anaknya. Tetapi
bagai mana dia mahu memusingkan cerita, takkan dia hendak berkata bohong. Untuk
Muaz berkata bohong bukan kerjanya walau pun kepada kanak-kanak. Dia berterus
terang. Lagi pun berkata bohong jangan sekali diamalkan, kan sudah ada kata
bidalan orang kita yang mengatakan: Siakap, senohong, gelama, ikan duri.
Bercakap bohong lama-lama mencuri.
Di hari kejadian, dia baru sahaja pulang dari
menunda sebuah kereta pelangganya. Dari jauh dia melihat ramai orang berhenti ditepi jalan. Anak buahnya yang
memandu dihadapanya dengankereta penunda juga sudah berhenti tidak jauh dari
tempat orang berkerumun.
“Ada apa Man”. Tanya Muaz mencari kepastian
kepada pekerjanya yang dipanggil Man.
“Ada kereta terbabas bang, rasanya baru sahaja terbabas, pemandunya masih
kat dalam kereta tu lagi”.
“Oh ye ke, teruk tak?”.
“Entahlah saya pun baru sampai ni”. Muaz
menghampiri kereta yang masih didalam longkang dengan kedudukan yang menyendeng. Alangkah
terkejutnya dengan apa yang dilihatnya.
Bergesa dia membantu dan mengarahkan orang lain turut membatu mengeluarkan mangsa
didalam kereta.
“Ya Allah Latif apa yang dah jadi ni Tif.”
Ketika itu Abdul Latif seperti orang kebingugan. Dia tidak menjawap pertanyaan
Muaz. Malah dia seperti robot tidak tahu apa yang terjadi disekeliling.
“Duduk Tif duduk, sedut nafas hembus perlahan-lahan, bertenang.
Saya nak suruh anak buat saya tarik kereta awak tu dulu”.
Sambil Muaz mengembalikan
semangat Abdul Latif sambil mengarahkan anak buahnya menarik kereta Cikgu Latif
dari dalam longkang menggunakan kereta penundanya.
Muaz membawa Latif ke klinik yang paling hampir dengan tempat kejadian.
Oleh kerana Latif tidak mendapat kecederaan teruk selepas menerima rawatan dia dibenarkan pulang. Muaz yang menghantarnya
pulang kerumah emaknya. Dalam perjalan pulang Latif meluahkan apa yang ada
dihatinya.
“Terima kasih Muaz tolong saya dan bawa saya ke klinik”
“Tak payah lah berterima kasih perkara kecik
saja. Awak dari mana tadi?”
“Saya baru balik hantar Uwais. (Setelah diam
seketika tiba-tiab Latif bersuara) Muaz! awak ada dengar tak yang Emil nak
nikah minggu depan ni”. Latif mencari kebenaran dari cerita anaknya tadi.
“Ehh ia ke? tak dengar pula, ayah pun tak cerita dengan saya. Mana Latif
dengar cerita ni, selalunya apa-apa hal ayah cerita dengan saya”.
“Tadi Uwais cerita dengan saya. Emil nak
nikah dengan ayah kawan baik dia, Pian
nama kawan baik dia tu. Hari Sabtu semalam orang tu datang jumpa ayah kata
Uwais”.
“Oh! Pian? mungkin Ahmad Sofian ketua murid sekolah Uwais, kalau dia
ayahnya memang cikgu, yang mengajar kat sekolah tu juga, kalau tak salah namanya cikgu Mohd Nassir. Memang Uwais berkawan baik
dengan Sofian tu. Saya selalu juga terserempak mereka berdua tu naik motor. Budak
tu memang selalu datang kerumah Emil belajar dan mengulang kaji pelajaran
dengan Uwais.”.
“Ohh, Macam tu, Muaz kenal dengan cikgu tu”.
“Alah kenal-kenal macam tu saja, kenal dari
mulut anak-anak yang bercerita, tak pernah bercakap dengan dia pun. Sofian kan
ketua murid sekolah tu, jadi sesekali tersebut juga nama ayah dia. Budak
pandaikan mesti semua murid kenal dia Tif”.
“Anak dia pandai Muaz”.
“Antara 10 murid terpandai di sekolah,
mungkin dia yang paling pandai Latif, untung Uwais berkawan dengan dia.
Budaknya pun baik tak sombong.”. Melihat kesedihan di riak wajah Latif dengan
teragak-agak Muaz bertanya.
“Awak ok ke Tif?”.
“Nak kata tak ok tapi oklah juga. Dah sampai jodoh
Emil, saya relakan dia pergi dari hidup saya”.
“ Biarlah Emil mencari kebahagianya sendiri
Tif, kalau dia hidup sorang pun bahaya pada dia.Tak lama lagi Uwais dah nak
periksa SPM, lepas SPM tentu dia nak sambung belajar kemudian cari kerja, dia
terpaksa juga tinggalkan Emil. Bila Emil dah nikah senanglah hati dia nak
tinggalkan mama dia”.
“Betul cakap awak tu. Dulu lepas PMR Uwais
tak minta sekolah lain sebab risau nak tinggalkan mama dia. Tapi ialah saya tak
sangka macam ni jadinya rumah tangga saya dengan Emil. Ingatkan dulu kami dapat
bersama-sama sampai kehujung nyawa. Yang saya rasa tak mampu nak merelakan
sebab saya masih sayangkan dia Muaz. Saya nikah lain kerana emak sahaja, tapi
kenapa Emil tidak mahu memahami saya. Dia tidak pernah mahu mencuba dan tak
mahu percaya yang saya akan adil.. tapi ialah..”. (Ni mak the Tanya suami mak the
sendiri dia kata, kalau seorang suami tu mampu dan adil membahagi sama rata
kasih sayangnya tak ada masaalah pun kalau dimadu. Memang seorang suami atau
lelaki tidak pernah akan merasa betapa sakitnya hati kita bila tahu kasihnya
untuk kita berbahagi-bahagi dan bercatu. jangan ambil berat apa yang mak teh tulis ni hanya
luahan hati mak teh yang tak puas hati).
“Sabarlah Tif, kadang-kadang yang kita suka,
bukan yang terbaik untuk kita.”
“Ialah, betul kata awak tu. Saya doakan dia
bahagia dengan pasanganya”. Kelihatan pasrah Abdul Latif semasa menuturkan
kata-katanya.
“Amin”. Keduanya mengaminkan doa yang terlafaz
dibibir Abdul Latif.
‘Muaz! saya nak minta tolong boleh tak?”
“Nak tolong apa Tif, kalau boleh saya tolong
In Syaa Allah saya cuba tolong”. Muaz merasakan kepedihan hati bekas suami
sepupunya. Ialah melepaskan seseorang yang sangat bererti dalam hidupnya dan
melepaskan seseorang yang masih disayangi.
“Tolong jangan bagi tahu kemalangan ni pada
sesiapa pun terutama Uwais atau pun Emil. Saya takut berita kemalangan saya menghilagkan
rasa gembira Uwais, nanti Emil tak jadi
nak nikah pula bila nampak anaknya bersedeh. Lagi pun saya tak mahu mereka rasa
bersalah”.
“In Syaa Allah”.
Apa yang menerjah mindanya, terbang melayang
bila suara Uwais meminta kepastian darinya.
“Macam mana kereta papa ada kat sini Pak
Long. Ada apa-apa yang tak baik berlaku pada papa ke Pak long”.
“Yang sebenarnya hari Isnin hari tu papa
Uwais kemalangan”.
“Haa papa kemalangan papa teruk tak pak long,
kenapa pak long tak bagi tahu abang. Mungkin selepas dia hantar abang
kemalangan tu terjadi, sebab hari tu papa hantar abang balik.” Sungguh terkejut
Uwais mendengar apa yang diperkatakan oleh pak Long Muaznya.
“Tak lah teruk sangat, itu yang tak bagi tahu
Uwais. Pak Long yang bawa dia pergi ke klinik. Lepas tu pak long yang hantar
papa Uwais balik rumah dia.”
“Papa tak masuk hospital, pak Long”.
“Tak, tangannya terkehel sikit saja, kemudian
bibir dia pecah itu sahaja selepas menerima rawatan, doctor suruh dia balik”.
“Pak Long tangan terkehel tu macam mana pak
Long”.
“Terkehel tu macam terseliuhlah. Janganlah
Uwais risau. Keretanya pun tak teruk sangat hanya kemek kat depan tu sikit”.
Kereta Waja Abdul Latif telah siap diperbaiki oleh anak buah Muaz. Oleh kerana
kerosakkan tidak lah teruk cepat sahaja pembaikan yang dilakukan. Namun hati
seorang anak tetap tidak senang sebelum matanya sendiri menyaksikan keadaan
papanya.
Uwais menyabarkan hatinya, dia menunggu sehingga
majlis akad nikah mamanya selesai dahulu, barulah dia akan kerumah papanya,
untuk melihat sendiri keadaan fizikal papanya. Setelah sah
mamanya menjadi isteri Mohd Nassir dengan sekali lafaz, Uwais bersiap untuk
kerumah papanya. Hatinya jadi tidak senang bila mendengar papanya kemalangan
sekembali menghantar dirinya tempuh hari. Dia kedalam rumah mencari nenek
ngahnya.Dengan berbisik-bisik di telinga nenek ngahnya..
“Nek ngah! abang nak pergi rumah papa sekejap.
Nanti malam abang balik tapi nenek jangan bagi tahu mama ye”.
“Bila abang nak pergi?”
“Sekarang nek, sementara mama tengah sibuk
melayan tetamu dan kakak-kakak tiri
abang tu, abang nak pergi dulu.” Memang betul setelah selesai upecara akad
nikah tadi Emil terus dia apit oleh dua orang anak perempuan tirinya. Entah apa
sahja yang di tanyai oleh dua orang anak dara Mohd Nassir pada wanita yang baru beberapa minit sah menjadi isteri
ayah mereka.
“Tunggu sekejap bang, nenek bungkuskan sikit
lauk ni untuk papa, nenek dan adik-adik kamu kat sana. Siapa yang nak tolong hantar
abang pergi ke stesen bas.”.
“Nanti tenguklah kalau tak, abang jalan kaki
sikit kat simpang jalan tu, nanti tentu ada bas lalu pergi bas setesyen nek”.
Sambil membungkus lauk sambil Hajjah NorIza menyiasat. Sedang mereka berbual
Muaz kedapur mencari emaknya.
“Mak kari ada lagi tak mak..”
“Ada tu Muaz, kamu bawa bekas tak. Ambil
sendiri mak tengah nak sendukkan lauk Uwais ni”.
“Dia nak bawa pergi mana?”
“Entah katanya dia nak pergi rumah papanya.
Itulah kesian emak tenguk, dia anak yang baik Muaz. Bila dia makan sedap dia teringat kat papa
dia. Entahlah Muaz, sebab itu emak tak suka anak-anak emak bercerai berai, kesian
kat anak-anak”.
“Dia nak pergi naik apa mak”
“Kata nya nak naik bas, tapi dia kata dia nak
pergi sekejap sahaja malam kang dia balik, sempat ke Muaz?”
“Tak apa lah mak biar along yang hantar dia
sekejap. Along hantar kari ni, lepas tu
along pergi ye mak. Mak panggil Aziz tolong mak ye ”.
“Tak apa long, mak ni ramai aje jiran kita yang
tolong. Dah pergilah nanti sampai petang
sangat pula, nak balik sini lagi. Bawa kereta elok-elok ye. Baca ayat Kursyi
dan ayat Seribu Dinar”
Muaz yang menghatar Uwais kerumah papanya.
“Uwais!!”
“Ye pak long..” Uwais memalingkan wajahnya
memandang wajah sisi pak long Muaz yang sedang memandu keluar dari perkarangan
rumah.
“Berani tak Uwais pandu kereta kancil pak
long tu”.
“Berani! abang yang sebetulnya selalu bawa
kereta mama, balik sekolah tu kadang-kadang kalau mama penat abang yang pandu
pak long”.
“Oh kalau macam tu pak long bawa kancil pak
long, Uwais pandu kereta papa Uwais tapi jangan laju-laju. Pak Lomg sebenarnya
nak pulangkan kereta papa Uwais tu, tak lama lagi dah nak sekolah nanti papa
Uwis nak pakai kereta kan”.
Mereka sampai kerumah nenek agak petang.
Setelah berbual lebih kurang dan Uwais sudah berpuas hati melihat keadaan
papanya mereka meminta izin untuk mengundurkan diri hari sudah lewat petang.
Tidak jauh
mereka memulakan perjalanan kedengaran seruan azan berkumandang dari masjid
tidak jauh dari jalan laluan mereka.
“Dah masuk magrib ni Uwais jom kita solat
dulu”.
“Pak long kita solat kat rumahlah, takut mama
perasan abang pergi jumpa papa, nanti mama kecil hati pula, abang macam tak
indahkan hari bahagia dia.”.
“Uwais, apa-apa pun kita dulukan Allah dulu
itu lebih baik. Kalau pun kita sayang atau takut seseorang, jangan melebihi sayang atau
takut kita kepada Allah. Lagipun tahu ke perjalanan kita selamat sampai kerumah
Uwais. Macam mana kalau kita ada
halangan ditengah jalan nanti, kalau kita dah menunaikan kewajipan kita, kita
dah tak berhutang dengan kewajipan kita pada Allah.”.
Bila melihat anak muda yang disebelahnya
mendiamkan diri mungkin cuba memahami apa yang diperkatakan. Muaz menambah lagi
kata-katanya.
“Uwais kenapa kalau kita tertinggal solat
kita perlu qada’. Sebab solat adalah perlakuan wajib bagi setiap hamba Allah.
Kalau kita tak buat ertinya kita berhutang dengan Allah dan wajib menggatikanya”.
Pengertian qada' menurut bahasa ialah
menunaikan dan membayar. Menurut istilah pula ialah menunaikan ibadat di luar
waktunya atau masih di dalam waktunya. Mereka yang meninggalkan solat sama ada
sengaja atau tidak, diwajibkan mengqada'kan solat itu di luar waktunya.
Meninggalkan solat tanpa uzur yang syarie' dianggap berdosa. Uzur yang
dibenarkan ialah dua perkara iaitu terlupa dan tertidur.
Mereka yang meninggalkannya sama ada terlupa
atau tertidur atau sengaja, wajib bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat yang
bersungguh-sungguh. Taubat tidak akan diterima selagi tidak memenuhi
syarat-syarat taubat iaitu, tidak lagi meninggalkan solat dalam keadaan
bagaimana sekalipun, menyesal di atas segala perbuatan maksiat khususnya solat
yang ditinggalkan dan berazam tidak akan mengulangi semua keburukan pada masa
akan datang. Wajib ke atasnya mengqada' semula solat-solat yang telah
ditinggalkan. jadi jangan remehkan bab tertinggal solat.
baiknye uwais... da ade ayah baru pon papa kandung die tetap dia ambil berat =>
ReplyDeleteUwais merupakan seorang anak contoh paling baik di dunia ni. Alangkah bertuahnya orang kedua ibu bapanya mempunyai anak sesejuk uwais. Tq mak teh untuk n3 baru ni. menarik dan nak n3 baru cepat sikit. hehehe
ReplyDeleteMak teh nak sampai kalu anak kita diidik dng cra btul in Syaa Allah akan jadi manusia yg baik. Mcam Emil wlaupun rumah tangganya runtuh dia didik anak dengan baik. tpi ada ssetengah orang rumah tangga runtuh dia pun runtuh skali anak terbiar, anak2 tak jadi orng. yg sbetulnya mak teh sedeh tnguk keruntuhan remaja kita skarang.
ReplyDeletealhamdulillah selamat pernikahan emil dn cikgu nassir.
ReplyDeleteuwais memang anak yg baik.
cikgu latif tu masih juga nk salahkn emil konon x nk memahami dia x nk mencuba dn x nk percaya yg dia akan berlaku adil. sedangkan sblum emil tau pun dia dh x adil. hujung minggu dh jarang balik jenguk emil kerana dia dh bw zila dn anak tinggal bersama. klu x kerana emil ke rumah mereka emil x akan tahu dia dh dimadukan.
-dibah-
Tak sabar nak baca bab seterusnya. Keadaan cikgu latif yang ditinggal isteri dan reaksi anak beranak tu dengan kedatangan uwais n muaz.
ReplyDeletesemacam pulak rasanya.hari2 jenguk tapi tak berubah lagi n3 ni. rindu benar nak tahu cerita selanjutnya kisah ni. sambunglah mak teh macam selalu. Setiap hari ada n3 baru. nak tahu cerita cg latif yang sakit tapi ditinggal isteri dan kisah emil dengan keluarga barunya.kisah uwais anak soleh. tak sabar rasanya. harap diberi idea yang mencurah buat mak teh untuk sambung kisah ni cepat2.
ReplyDeletesalam ...lamanye mak teh bercuti menulis...cari idea baru ye mak teh ?....tak sabar nak tunggu cerita baru !!...
ReplyDelete