~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Tuesday 13 May 2014

Bab 33 Tidak ku tahu kasih bermula







              Dalam keadaan hatinya yang bercelaru Abdul Latif tidak mampu meneruskan perjalannya. Dia membelok masuk perkarangan kesebuah masjid. Dia mengambil keputusan mencuba nasib, mahu bercakap dengan Emil sendiri, biar puas hatinya.

“ Asalamualaikum bang! papa ni, mama ada dekat abang ke?”.

“Walaikumsalam ada pa, kami  tengah duduk kat ruang tamu, mama tengah nak cari menu nak masak tengahhari ni”.

“Ada siap-siapa yang nak datang ke bang, yang sibuk cari menu tu”. Abdul Latidf merisik khabar kalau-kalau lah bakal suami Emil mahu bertandang makan tengahhari bersama,  itu yang sibuk nak masak tu. Dia masih mengingati sikap bekas isterinya yang liat kedapur.

“Tak ada sesiapa yan nak datang pa, hanya mama nak asah bakat yang dah lama tenggelam.” Uwais berlawak jenaka sengaja mahu mengusik mamanya, mamanya kelihatan berkerut-kerut dahinya tanda tak puas hati mendengar jawapan anaknya kepada bekas suami.  Uwais tidak tahu kata-katanya menghiris hati papanya di hujung talian. Kini Abdul Latif dapat membayangkan persediaan Emil untuk menerima orang baru dalam hidupnya. DIISTIMEWAKAN. Itulah yang ada dibenaknya. Mengapa berfikiran begitu, ialah Emil bersungguh mahu belajar memasak utnuk persediaannya bersama suaminya nanti. Ahh begitu istimewa lelaki itu. Hatinya pedih terhiris.


“Ia ke bang tak ada sesiapa yang nak datang”.

“Tak ada pa, kami nak makan berdua sahaja. Tadi mama ingat nak makan telur dadar sahaja, tapi alih-alih abang balik pula, tu yang mama nak masak, katanya dia nak masak ‘special’ untuk abang. Papa bukan tak tahu mama ni dia kata ‘special’ alih-alih yang terhidang atas meja hanya maggi goring sahaja. Itukan masakkan mama paling special.” Ada tawa ceria dihujung kata-kata anaknya. Sememangnya hati Uwais sedang gembira kerana masaalahnya sudah hamper selesai. Kalau anaknya gembira tentu sahaja bekas isterinya juga gembira itu yang dibayangkan oleh Abdul Latif dihujung talian.  Abdul Latif terasa ingin turut bersama merasai kegembiraan itu. Gembira bersama seperti waktu dulu.

“Ohhh ingatkan bakal ayah tiri abang nak datang, itu yang mama beria cari menu. Bang!! bagi fon abang kat mama, papa nak cakap sikit dengan mama”. Telefon ditangan Uwais dihulur kepada mamanya, dari coroang telefon terdengar kata Uwais..

“Ma!! Papa nak cakap dengan mama…”

“Nak cakap apa pulak,  tak mahu lah..”

“Maaa, papa nak cakap sikit..cakaplah” datar sahaja suara anaknya bagai memujuk mamanya.

“Tak mahu!!” terjah suara keras bekas isteri yang tegas. Uwais melekapkan semula telefon ketelinganya..

“Pa!! mama....” Belum sempat lagi Uwais menyatakan keenganan mamanya cepat dipintas oleh Abdul Latif, hatinya pedih sebenarnya bila mendengar penolakkan keras bekas isterinya untuk bercakap denganya.

“Bagi fon tu kat  mama, papa nak cakap sikit sahaja..”

“Ma dengarlah papa nak cakap sikiiit sahaja.” Rayu Uwais dengan suara datar, suara bagai terkulum dikerongkong. Sebenarnya hatinya terhiris dengan tingkah papa dan mamanya yang sudah tidak sehaluan lagi. Biar pun masih berlangitkan langit Pengkalan Hulu, namun mungkin warna langitnya sudah nampak berbeza pada pandangan mata mereka. Mamanya memandang langit subuh yang baru nak terang warnanya dek sinaran cahaya matahari yang baru nak muncul, namun papanya melihat langit senja yang semakin suram bila matahari sudah mahu membenamkan diri.

 Akhirnya Emil akur dengan permintaan bekas suaminya.Tetefon ditangan anaknya diambil lalu dilekapkan ke telinga nya. Tiada salam tiada Hallo..

“Yang sebenarnya abang nak cakap apa, tak ada perlunya kita bercakap apa pun. Saya minta tolong sangat dengan abang, fahamilah perasaan saya dan fahamilah perasaan isteri abang sekarang. Terus terang saya katakan, hati isteri semuanya sama bang, kami tak suka ada nama perempuan lain dalam hati suaminya, itulah kenyataanya. Semua perempuan kat dunia ni macam tu, jadi fahamilah, jangan cakap sahaja ‘saya tahu awak terluka’ tapi kenapa kelukaan itu diulang-ulang. Kalau Zila tahu abang masih berhubungan dengan saya tentu dia terluka hatinya”.

“Mel abang masih sayang Emil, kenapa sanggup Emil nak nikah dengan orang lain”. Terus sahaja Abdul Latif ketajuk yang hendak disampaikan. Tidak ada perlunya dia menyelami hati wanita bergelar isteri untuk kesnya. Bukan dia yang mahu menduakan isteri, tetapi dia tersepit kerana emaknya dulu. Dia tersepit dicelah tiga wanita sekarang ini. (Emaknya, isterinya dan bekas isterinya kesemuanya wanita dan kesemuanya pernah dan sedang menjadi isteri).

“Bang!! apa yang abang melalut ni, bagilah sayang abang tu pada isteri abang, itu lebih bermakna. Sayang abang yang abang bagi pada dia akan menjana kebahagiaan abang sekeluarga”.

“Kalau Emil mahu,  abang datang sekarang ni juga,  kita nikah semula, abang belum jauh lagi ni.” Abdul Latif tidak memaknakan kata-kata bekas isterinya, kerana dia sibuk meluahkan apa yang terkandung dalam hatinya. Dia benar-benar mengambil peluang yang ada, menyampaikan hasrat hatinya  dan itulah  kata-kata yang terluah dari bibir Abdul Latif yang terdesak, kerana hatinya tidak mampu membayangkan bekas isterinya bernikah dengan lelaki lain.

“Abang dah gila ke, senang-senang abang ajak saya nikah balik dengan abang. Kenapa agaknya abang tak terfikir perasaan seorang isteri kalau suaminya nikah lagi. Dulu masa abang nikah dengan Zila, abang pun tak fikir perasaan saya kan. Kalau betul abang sayang, kenapa abang sanggup nikah dengan perempuan lain dibelakang saya atau setelah kita berpisah macam ni, baru abnag sedar sayang abang pada saya macam tu, atau abang tak suka melihat saya bahagia macam abang sekarang ni. Macam tu ke abang menyayangi orang yang abang sayang”.

“Dulu abang nikah dengan Zila kerana paksaan emak ,bukan abang yang nak, abang terpaksa. Tapi sekarang abang nikah dengan Emil kerana abang memang cinta kan Emil”.

“Bang perkara yang dah lepas biarkanlah, abang sudah ada kehidupan abang dan saya pun sudah ada kehidupan saya. Terimalah kenyataan yang kita memang sudah tidak berjodoh.”.

 “Hidup abang tak bahagia bila Emil tak ada didepan mata abang. Percayalah pada  abang Mel. Sungguh abang katakan abang masih sayang sangat kat Emil. Tak pernah sesaat pun abang tak ingatkan Emil. Tolong Mel kita nikah semula. Abang datang ye jumpa ayah, kita minta restu ayah.”. Sudah hilang malu Abdul Latif merayu bekas isterinya. Hatinya tidak terpujuk bila mengenangkan harapanya bakal tinggal harapan bila bekas isterinya bakal dimiliki lelaki lain, sedangkan cinta masih membara dan sayang masih tebal untuk  bekas isterinya. Sudah enam tahun mereka bercerai  doanya  tidak pernah kering, memohon  semoga jodoh mereka bertemu semula. Sudah berkali dia merayu hingga akhir Emil tidak mahu melayani panggilanya.

“Jangan!! Tak perlu..tolong, saya minta tolong jangan datang sebab ni. Bang!  saya dah berjanji setuju bernikah dengannya minggu depan. Jangan hasut saya membatalkan janji saya. Saya tak mahu menjadi orang yang mungkir janji. Abang tahukan orang yang mungkjir janji, samalah dia dengan orang munafik.. abang suka  ke saya menjadi orang munafik. Lagi pun berdosa abang ganggu tunangan orang, sekarang saya sudah menjadi tunangan orang. Sedarlah bang terimalah kenyataan, kita memang sudah tidak berjodoh. Lagi pun ini  mungkin ini doa abang, saya dapat juga jodoh sebelum Uwais periksa SPM”.

“Tidak Mel, abang tak pernah doakan jodoh Emil dengan orang  lain,  abang berdoa jodoh Emil dengan abang bersambung lagi, itulah doa abang setiap hari”. Sudah bergetar suara Abdul Latif dihujung talian. Emil tahu bekas suaminya menahan rasa.

“Dahlah bang tak elok abang merayu macam ni .Hilang harga diri abang, kalau orang tahu nanti abang sendiri yang malu, orang akan kata abang menjilat ludah abang sendiri”.

“Abang tak pernah terlintas nak buang Emil dari hidup abang, tidak dulu dan tidak juga sekarang. Dulu tu perkataan cerai terlepas kerana Emil yang minta bersungguh, jadi tak timbul abang jilat ludah abang, kerana  abang tak pernah nak meludah”.

“Haai (keluh Emil dihujung talian dia buntu mahu memasukkan kefahaman ke kepala bekas suaminya)Bang!!  Perkataan saya muktamat saya tak akan kembali pada abang. Saya harap abang  jagalah rumah tangga abang yang sekarang ni. Zila pilihan emak abang, tentu dia istimewa.  Biasanya pilihan emak untuk anak-anaknya adalah yang terbaik dan terpilih”.

“Mel istimewa dimata emak tak semestinya istimewa di mata abang”.

“Ingat bang syurga abang dibawah tapak kaki emak sampai bila-bila pun. Dan abang bertanggung jawab pada emak sampai bila-bila pun. Kalau abang boleh bahagiakan emak abang In Syaa Allah abang akan bahagia didunia dan akhirat nanti. Lagi pun pilihan emak ni ada keberkatanya..kebahagiaan abang  akan berkekalan hingga keakhirat  nanti”.

“Mel kasihanilah abang Mel”. Abdul Latif tidak mengendahkan kata-kata bekas isterinya, dia masih juga dengan misi dihatinya, memujuk Emil agar kembali kepangkuannya.

“Dah lah bang, saya yang sebenarnya sudah rasa bahagia dengan apa yang bakal saya tempuhi. Walaupun bakal suami saya tidak sekacak dan semuda abang tapi saya bahagia kerana dia akan menjadi milik saya seorang. Saya tak berebut kasih sayangnya dengan perempuan lain. Bila-bila masa, dia ada untuk saya. Waktu saya bersama dia tidak akan akan bercatu. Abang pergilah pada Zila berbuat baiklah pada dia, kalau kita baik akan dibalas baik juga bang, saya percaya dia akan membahagiakan abang. Assalamulaikum.”

 Cepat-cepat Emil memutuskan talian. Malas dia mahu mendengar rayuan bekas suaminya.  Memang benar Cikgu Mohd Nassir 6 tahun lebih tua dari cikgu Abdul Latif, dan tidak sekacak cikgu Abdul Latif yang mempunyai pakej sempurna sebagai seorang lelaki (Tinggi dan kacak). Pada Emil kacak bergaya ditambah berharta tidak menjanjikan bahagia hingga kehujung nyawa. (Bak kata Haniz Suraya jika berharta itu merupakan satu bonos yang bab harta tu tambahan sahaja sebab cik gu Mohd Nassir dan cikgu Abdul Latif tak kaya)  Biarlah yang sedang- sedang tetapi miliknya seorang. Begitukah isi hati seorang perempuan yang bergelas isteri. (Mak teh kata YA anda macam mana).

Cikgu Abdul Latif memadang screen telefon bimbitnya yang  sudah diputuskan talianya. Rasa hatinya juga bagai mahu terputus mendengar kata-kata bekas isterinya. Bertambah yakin bayangan dirinya sudah tercampak keluar dari hati bekas isterinya. Rasanya peluang untuk mereka hidup bersama seperti dulu  sudah dijalan mati.  Cikgu Latif duduk seorang didalam kereta dibawah pokok memandang sekelilingnya yang sepi. Hatinya menjadi kosong, jiwanya merintih, gerimis dihatinya mulai merintik. Emil oh Emil!! Fikiran Abdul Latif merawang. Air mata lelakinya yang mengalir lesu dibiarkan.

Kini dia bersaorangan  didalam kereta, kosong mendakap disegala ruang. Ketika itu ingin sekali dirinya ditemani oleh Emil seperti dulu. Duduk berbual-bual didalam kereta sambil mendengar radio. Mungkinkah dapat Emil mengubah keputusannya dan kembali kepadanya. Itulah harapan kosong yang melingkari hatinya.  Berdoa  agar cinta Emil kembali ketempat asalnya  disisinya. Kini dia sedar hanya tinggal  seminggu lagi Emil akan menjadi isteri orang, yang nyata  bayangan Emil makin jauh dari gapaianya. Hatinya perit bila menyedari satu kenyataan. Segala janji waktu bercinta dulu sudah menemui titik akhir rupanya. Tetapi bukankah semuanya sudah berakhir sejak dia melafazkan perkataan CERAI enam tahun dulu. TIDAAAK itu bukan untuk dirinya. Dia tidak sekali, dia tidak pernah menoktahkan segala janjinya. Jika dia diberi peluang, dia kan mengotakan segala janjinya hingga dia menutup mata, kelak di syurga mereka akan bersama lagi. Itulah harapanya selama ini. Hatinya memang masih mengharap,  selagi Emil masih sendiri. Itu kata hatinya, tapi tidak lama lagi Emil akan dimiliki. Itu kenyataan yang sangat susah untuk diterima.

 Akhirnyaa dia tersedar dari kayalanya  cikgu Latif  teresak sendiri melepaskan kecewa. Cintanya,  deritanya  bergelut didalam hati, makin dikenang makin pedih hatinya. Padah dan akibat dia menanggungnya seorang diri.

Dikuatkan hatinya menerima takdir untuknya, tetapi sekejapan itu harapanya mengharap lagi. Jika ditakdirkan cinta Emil berputik kembali untuknya, dia akan melepaskan segalanya jika itu yang Emil mahu.  Adakah dia terlalu mementingkan diri sendiri, membiarkan yang didalam gengaman mengapai cintanya yang tercarik-carik, tetapi apakan daya, dia tidak mampu untuk menghindarkan rasa. Cinta kepada Emil payah untuk dicantas atau dilupakan. Dia sudah berusha menyemai cinta untuk N or Fazila namun sukar benar, yang ada hanya rasa tanggung jawab dan kerana fitrahnya sebagai mahluk Allah sahaja. Kasihan isterinya Nor Fazilah keluhnya,  sekarang ini dia akan mula mencuba semampunya dan dia akan memaksa perasaannya.

Abdul Latif tersedar dari lamunan bila kedengaran laungan azan Zohor yang berkumandang di masjid dihadapanya. Kelihatan seorang demi seorang Jemaah masjih memasuki masjid memenuhi tuntutan tiang agama yang kedua. Solat berjemaah untuk lelaki sangat dituntut. Selagi nyawa dikandung badan, masa dan kesihatan mengizinkan rebutlah peluang berjemaah dimasjid. Cikgu Latif keluar dari kereta menuju ketempat wuduk untuk solat berjemaah bersama imam dan makmum yang lain. Dia juga mahu menunaikan kewajipannya sebagai hamba selain itu dia mahu mencari ketenangan hati dan ingin mengalihkan rasa cinta kepada yang berHak…  Allah yang esa.

Selesai solat dan mengaminkan doa imam, Abdul Latif masih lagi duduk pegun, kemudian dia menadah tangan sekali lagi, dia berdoa dengan doanya sendiri. Jemaah masjid seorang demi seorang beransur hingga akhirnya tinggal dia seorang di ruang masjid yang luas, akhirnya dia juga turut keluar dari masjid untuk menyambung perjalan pulang kekampungnya. Permintaan  isterinya harus ditunaikan. Itulah niat hatinya sekarang.

Dirumah,  Zila yang menanti sudah bagai cacing kepanasan.  Suaminya yang ditunggu tidak sampai-sampai. Anak anak yang sudah disiapkan rapi sudak comot kembali. Hatinya hangat berbahang membayangkan yang tidak-tidak. Sudah berkali dia cuba menghubungi suaminya namun talian sibuk memanjang.

“Mana abang ni mak, tak sampai-sampai ni, kenapa lama sangat”.

“Tunggulah kejap lagi”.

“Tidak mak,kenapa  yang lambat sangat, bukannya jauh sangat rumah dia tu. Kalau naik kereta perlahan-lahan tak sampai dua jam rasanya dah sampai. Ni dari pukul 830 pagi tadi abang bertolak, ni dah Zohor tak balik lagi ni dah melampau. Agaknya Emil tahan abang ke mak?”. Rasa risaunya diluahkan kepada emak mertuanya yang turut sama diruang tamu. Mereka sama-sama menanti kepulagan Abdul Latif. Yang sebenarnya Zila tidak risaukan lain tapi hatinya yang cemburu membayangkan yang tidak-tidak.

“Nak tahan buat apa..”

“Tahan tak kasi balik lah mak, nak melepaskan rindu dia..”.

“Pagi tadi tu kenapa kamu tak tahan siLatif tu jangan pergi. Dah si Uwais tu pandai datang sendiri tentu pandai dia balik sendiri, lagi pun budak tukan dah besar dah pandai naik bas kan.”.

“Zila dah  tahan mak, tapi abang yang gatal nak hantar juga.  Dia kalau ada peluang nak jumpa jandanya, tahan macam mana pun di pergi juga. Itulah mak, cuba  mak marah cukup-cukup supaya di lupakan kak Emil tu. Yang sebetulnya hatinya masih penuh dengan Emil sahaja, Zila ni tak tahu kat mana letak nya kat hati dia mak”. Sayu sahaja suara Zila mengenangkan kedudukan dia disisi suaminya. Tetapi Zila memang sengaja berkata sedeh begitu untuk memancing simpati emak mertuanya.

“Janganlah kamu boimbabg. Kalau Latif sahaja yang suka, Emil tak suka tak jadi juga. Dulukan Emil yang minta cerai itu tandanya dia dah tak sukakan Latif tu”.

“itu dulu, mana tahu bila dah lama bercerai, rasa suka tu datang balik. ,Ini tentu Emil yang tahan tak kasi abang balik cepat. Dia nak berlama-lama pandang abang nak lepaskan rindu dia.”

Selesai solat Zohor orang yang ditunggu tidak juga tiba. Membebel lagi Zila mengeluarkan rasa tidak puas hatinya.

“Mak! Entah-entah kak Emil masakkan abang nasi briani gam..itu yang nak sampai kepetang abang tak balik ni”. Geram hati Zila mengenangkan suaminya yang tunggu-tunggu tak sampai-sampai lagi.

“Sabarlah Zila, kejap lagi sampailah tu"

“Mak!! Kalau sampai Asar abang tak balik lagi Zila nak minta tolong abang Rosli hantarkan Zila kerumah kak Emil ye”. Hati yang cemburu tidak dapat dibendung lagi. Dari dia duduk dirumah menanti dengan bayangn yang mengerikan baik dia mencari suaminya tentu sahaja ada hasilnya.

“Kamu tahu ke ruamh Emil tu kat mana?”.

“Sampai sana nanti, Tanya oranglah mak. Dia kan cikgu tentu ramai orang kenal dia”.

“Kamu tak takut ke  sekereta dengan siRosli yang miang tu”.

“Takkan lah dia nak menggatal dengan Zila yang dah bini orang ni, anak pun dah tiga”.

“Kamu tu macam tak kenal dengan siRosli tu dengan orang tua pun dia jalan tau, inikan pula dengan kamu yang baru anak tiga. Tak payahlah nak bimbang sangat tak kemana laki kamu tu”.

“Memanglah tak kemana mak, tapi dibuatnya kak Emil ajak abang nikah lagi dengan dia…”. Itukah perkara yang mengerikan hati Nor Fazilah sebenarnya.

“Hissy kamu tu kenapa fikir sampai kesitu”.

“Zila bukan apa mak, abang tu dia tunggu kata ‘ya’ sahaja dari mulut kak Emil. Memang dari dulu lagi Zila tahu abang masih ada hati dengan janda nya tu”. Sedang mereka bercakap-cakap kedengaran sebuah kereta masuk kehalaman rumah Puan Rubiah. Bergegas dua wanita menjenguk keluar rumah. Bukan kereta Abdul Latif yang masuk.


11 comments:

  1. Suspen pulak... kereta siapa pulak tu? jeng... jeng...jeng....

    ReplyDelete
  2. kesian cikgu latif dh gila talak le pulak.
    menyampah btul perangai zila. ni ke perangai menantu pliihan mak latif. mcm x semenggah je. takut dgn bayang bayang sendiri.
    klu latif x dpt emil semula tp kawin dgn org lain bru dia tahu. hishh x suka dgn zila.
    emil bertegas le dn bina kehidupan baru dgn cikgu nassir.amiinn
    -dibah-

    ReplyDelete
  3. mak cikgu latif ni mcm x de parasaan syg kpd uwais..padahal cucu dia jugak.
    syg sgt dgn menantu yg mengada lebih yg suka mengugut suami.
    -dibah-

    ReplyDelete
  4. Tak ada apa yg nak diherankan dgn sikap zila ni......bak kata org "apa yg dia bg, itulah yg dia dpt balik" ya tak???? Hukum Karma tu! Yg si ibu ni pun, masi tak sedar2 dgn perangai si zila tu........

    ReplyDelete
  5. Kereta sape yang datang? Cikgu Latif accdnt ke. Tak sabar nak tunggu sambungan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun x sabar nk tunggu siapa yg dtg???? Accident ke?
      Teruknya perangai zila smpai sanggup nk tumpang rosli yg dah sah dia tahu miang.
      -dibah-

      Delete
  6. Cikgu Latif kena terima takdir. Terlajak perbuatan menyesal pun tak berguna. Dalam pada tak cinta anak berderet², test power konon...
    Emil pegang pada kata² Muaz, kalau suami sayang tidak akan sanggup madukan isterinya. Cikgu Latif ni cuma pandai ucapkan dimulut aje...

    ReplyDelete
  7. Melampau si zila ni, sampai nak menyonsong ke rumah emil. Baru padan muka kau, dulu nak sangat kawin dengan laki orang...

    ReplyDelete
  8. Mak teh memang power dalam menggarap cerita masyarakat ni ya. Benar2 berkesan di hati kita pembaca. Dulu kita menyampah sikap tak semengah emil, lepas emil dah jadi orang sikit kita meluat pulak dengan sikap si zila ni.. Cg Latif yang baik amat dulupun tak dijangka buat hal di belakang emil dan dia terima balasan atas tindakannya tu walaupun atas restu ibunya. Tapi sikap ibu cg latif macam berat sebelah... uwais yang baik tu pun tak diterimanya dengan baik walaupun itu dah sah2 darah dagingnya sendiri. sekali lagi kita meluat dengan sikap tak prihatin manusia ni... Tahniah mak teh... tak sabar nak tahu seterusnya. Mana perginya cg latif?

    ReplyDelete
  9. Kgd kala kita lupa dgn aturan kehidupan.....tp apa yg pasti selagi kita mampu unt berbuat baik pd org lain sudah pasti tuhan akan menyenangkan hidup kita.zila terlalu egois dan lupa suami adalah syurganya........sepatutnya zila tawan hati suaminya dgn pelbagai cara tp sama mcm perangai emil dulu..adakah latif meninggal dunia.mungkin itu pengakhiran yg baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak teh tak suka nak cerita bab kematian,wlaupun memang ada cerita mcam tu diskliling kita. Klu latif mati tara2 umur dia ksianya anak2 yg dtnggalkan zila tak kerja, lgipun dengan sikap dia tu akan jadi apa anak2 yg 3 orang tu. mak teh hnya nak crita bab rumah tngga yg bergolak. dan bab mak mertua yg memilih menantu. lgi pun mak teh nak mengingatkan diri mak teh sendiri trimalah biar siapa pun yg dipilih oleh ank kita untuk isteri mereka. kta sbgai ibu beri ciri2 yg kita sukai. boleh tak macam tu.

      Delete