~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 27 September 2014

Bab 38 Tidak ku tahu kasih bermula.







Sementera menunggu kepututsan SPMnya Uwais dipelawa oleh Muaz bekerja dibengkelnya. Kebetulan dia sangat memerlukan pertolongan kerana salah seorang pekerjanya bercuti untuk menangani masaalah keluarganya.

“Uwais nak buat apa masa tunggu keputusan ni”. Muaz berbual-bual dengan Uwais selepas mereka sekeluarga selesai membaca Yassin dirumah emaknya minggu itu.

“Abang ingat nak cari kerjalah pak long..kalau dah ada duit sendiri senang abang nak beli barang yang abang nak guna nanti”.

“Abang nak kerja kat mana?”

“Entahlah..nak kerja kat pasar raya..tapi abang susah nak susun waktu bekerja,  sebab biasanya pasararaya ni kerja ada syif. Abang pula dah daftar untuk belajar memandu kereta dan motor.. esok dah nak mula belajar  pak long. Abang nak cepat belajar nanti cepatlah abang dapat lesen…kalau lambat-lambat nanti sampai masuk belajar semula abang tak dapat lesen lagi. Pak long! betul ke kalau selepas habis belajar 3 bulan kita tak ambil periksa dengan JPJ kena masuk belajar lagi.”

“Betullah tu. Bagus abang buat perancangan, dah penuh dah,  jadual abang masa tunggu keputusan ni”. 

“Rancangan abang nak ambil lesen memandu sahaja lah, kemudian nak cari kerja  itu saja...abang tak mahu buang masa tiga bulan ni. Lagi pun abang ni nak menyibukkan diri,  kalau tak.. abang asyik ingat pasal SPM sahaja, hari tu ada satu kertas abang tak yakin masa menjawabnya.. buat susah hati sahaja. Lagipun abang tengah tak ada kawan.. Pian pun dah pergi PLKN tentu-tentu tiga bulan dia kat sana. Abang fikir juga kalau dapat sambung belajar nanti, abang dah ada duit sedikit untuk dijadikan tambahan”.

“Kawan abang.. Pian tu dapat PLKN  kat mana?”

“Di Kem Debana Jempul Negeri Sembilan”.

“Emm jauh tu. Bang!..kenapa abang tak dapat ye bang”.

“Diorang pilih pakai computer katanya  pak long, kalau nasib baik dapatlah”.

“ingatkan abang tak nak pergi..ada juga orang yang merayu tak nak pergi kan bang?”

“Kalau dapat kena pergi pak long, kalau tak pergi nanti masuk penjara. Tapi yang sebetulnya abang suka kalau dapat pergi ..dah tak terpilih nak buat macam mana”.

“Dah tak dapat tak apa lah..itu tandanya tak ada rezeki kita kat situ. Bang! kalau abang kerja dengan pak long nak tak?” Setelah berbual agak lama Muaz menyampaikan tentang hasrat hatinya.

“Ehh nak sangatlah pak Long ..tapi abang ni tak tahu apa pun tentang injin kereta atau pun motor. Yang sebetulnya abang dari dulu lagi teringin nak kerja kat bengkel kereta..nanti senanglah abang tenguk enjin kereta sendiri kalau abang dah ada kereta atau motor sendiri”.

“Bab tak tahu tu nanti pak long ajarlah..tapi tangan abang akan kotor macam tangan pak long ni..hitam memanjang kuku Pak long ni..abang tak takut kotor minyak hitam ..kalau dah kita comot memanjang mak we pun takut nak dekat nanti”.

“Pada abang kotor tu tak apa, boleh dibasuh. Yang penting abang tahu bab-bab injin kereta ni. Alhamdullilah sangat kalau pak long nak ajar abang..bab mak we ni, abang tak pernah terfikir lagi. Abang ni SPM pun belum tahu lagi keputusannya pak long. Abang kena fikir diri sendiri dulu..nak harapkan papa fikirkan pasal abang, dia pun dah ada anak-anak lain yang perlu difikirkan..lainlah kalau adik-berdik satu emak satu bapa mungkin kita terteguk juga, tapi kalau dah lain emaknya susah sikitlah pak long..Ehh abang ni emo pulak. Bila abang boleh mula ni.” Uwais cuba menceriakan suaranya..lalu mengubah tajuk perbualan.

 Sebenarnya ketika itu melintas pertengkaran antara ibu tiri dan papanya kerana kedatangan dirinya tempuh hari. Dia bercerita tentang dirinya dengan suara yang sedeh.  Dia juga merasa cemburu melihat dua pupunya dikasihi oleh ibu dan ayah tampa berbelah bagi. Ada rasa kasihan Muaz dengan anak yang keluaraganya berpecah belah. Kasihan pada anak-anak yang terpaksa mengahadapi tempias masaalah emak  ayah. Makin kasihan dia melihat anak sepupunya yang dihadapan mata.

“Esok boleh?..pekerja pak long yang sorang tu cuti kecemasan ada hal keluarga..itu yang dia minta cuti segera tu. Kereta pula tengah banyak..buat permulaan ni abang tolong bukakan sekru-sekru pun jadilah.”.

“Esok abang ada kelas memandu pak long”.

“Tak apa, habis kelas abang datang lah bengkel pak long..boleh”

“Ohh..ok juga. Pak long abang hanya gantikan pekerja pak long tu sahaja kan.. kalau hal keluarganya dah selesai, nanti dia datang balik kerja…jadi abang macam mana? Abang kena berhenti ke pak long”.

“Abang teruslah kerja sampai keputusan SPM abang keluar atau sampai abang dipanggil untuk pergi mana-mana IPTA atau IPTS. Lagi pun Pak long nak minta tolong abang semakkan buku kira-kira pak long tu, pak long memang tak sempat nak semak. Lagi satu bang, pak long nak minta tolong abang ajarkan kakak add match..dia kata dia susah nak faham maklumlah baru pertama kali belajar… banyak sangat tak pak long nak minta tolong ni bang”. Anak Muaz yang digelar kakak adalah Siti Rahmah baru ditingkatan empat..baru hendak mengenali apa itu matematik tambahan.

“Tak lah banyak..pak long sebut serentak itu yang macam banyak. Semak kira-kira tu mungkin dalam satu hari boleh siap..abang nak ajar kakak tu waktu malam selepas magrib pun boleh..ok kan pak long”.

“Kalau abang rasa tak menyusahkan abang pak long ok sahaja..tapi kalau tak larat cakap.. jangan paksa diri..kerja kat bengkel ni tak macam kerja kat pejabat..kerja bengkel ni penat dan kotor tau”.

“In Syaa Allah boleh..mana ada kerja tak penat pak long, pekerja kontrek tu lagi penat pak long, lagi kerja mereka ditengah panas. Kalau kotor boleh basuh.”

“Ialah tu”.

Sepanjang bercuti panjang Uwais juga tidak tinggal dirumah ayah Nassir, kerana dia merasa kekok bila tiada sahabatnya baiknya ketika itu. Dia lebih memilih tinggal bersama datuk Haji Mohd Nohnya.Lagi pun mudah baginya untuk menjalankan tugasnya membantu dua pupunya belajar matematik tambahan.

“Ma..selama tiga bulan ni abang rasa abang nak duduk dengan atuklah ma”.

“Kenapa pula?”

“Senang abang nak belajar baca doa dengan atuk, kemudian abang senang nak pergi rumah pak long. Pak Long minta tolong abang ajarkan  kakak (Siti Rah mah yang kini baru memasuki tingkatan 4)  add math.”. Alasan yang tidak boleh disangkal oleh mamanya.

Selepas  Emil bernikah dia tinggal dirumah suaminya cikgu Nasir. Kini Haji Mohd Noh sudah menduduki semula rumah peninggalan arwah ayahnya. Diatas desakkan Emil agar ayahnya menduduki rumah mereka dulu.

“Yah!! Emil minta maaf banyak-banyak dengan ayah, selama ni Emil salah dengan ayah dan mementingkan diri sendiri. Sekarang Emil dah sedar sangat, sebab tu lah Emil pulangkan semua hak ayah”.

Haji Mohd Noh termangu mendengar pengakuan anak sulongnya di hadapan semua sepupunya dua orang adiknya. Mana tak semuanya ada,  hari itu adalah malam hari raya pertama dan semua adik-adik dan sepupunya berkumpul dirumah pusaka Hajjah NorIza merangkap emak tirinya. Dia ditemani suami dan semua anak tirinya juga berkumpul disitu. Hari raya itu merupakan hari raya pertama nya bersama cikgu Nassir sekeluarga.

Untuk menyiapkan juadah hari raya mereka bergotong royong menyediakan. Termasuklah Emil adik beradik dan adik iparnya berserta anak-anak tirinya. Sungguh meriah hari raya tahun itu.  Semua orang yang berkaitan dengan Haji Mohd Noh dan Hajjah NorIza berkumpul dalam satu rumah biar pun agak berserabut tetapi kemeriahan sangat bererti.

Yang sebenarnya kesedaran itu datang dari anak tunggalnya selepas dia selamat menjadi isteri cikgu Nassir.

“Ma!!Kalau tak menjadi kesalahan dan mama janganlah marah dengan abang, abang nak cakap sikit dengan mama.”

“Ada apa bang..macam serius sahaja abang dengan mama sekarang ni. Abang nak apa ...cakaplah, mama dengar”.

“Walau pun siapa kita..jika ada sesuatu tak kena, kita wajib memberi peringatan. Walaupun abang adalah anak mama betul tak ma”.

“Kenapa abang cakap macam ni..mama ada buat salah ke?”.Ketika itu dia sedang berkemas melipat kain bajunya dan memasukkan kedalam beg untuk dibawa kerumah suaminya. Tangan nya yang ligat melipat baju jadi terhenti bila mendengar penyataan anaknya. Dengan wajah yang mendongak memandang kearah Uwais yang  berdiri diambang pintu bilik. Ketika dia sampai tadi Uwais menunggunya diruamg tamu..bila dia menuju kebiliknya Uwais mengekori hingga diambang pintu di berhenti disitu.

“Ada ma..tapi bukan dengan abang, mama salah dengan atuk. Dulu lagi abang dah tahu… tapi dulu kita tak ada tempat nak berpaut, jadi abang diamkan sahaja. Tapi sekarang mama dah ada pelindung mama, eloklah mama ikut pelindung mama, dan apa yang mama ambil dari atuk tu mama pulang kanlah”. Emil jadi sedar, dia tahu maksud kata-kata anak tunggalnya. Tidak disangka anaknya yang seperti tidak ambil kisah, rupanya tahu apa yang dilakukan selama ini, dia jadi sangat sedar tentang kesalahan dirinya.

Mendengar kata-kata anaknya Emil bangun dan meluru kearah anaknya, dia memeluk anaknya dengan tangisan. Pada mulanya hanya perlahan kemudian menjadi bergonyang dek esakkan yang cuba ditahan. Akhirnya dia melepaskan esakkannya menjadi gogoian, dia mengogoi didada anaknya.Dia sudah tidak dapat bekata-kata.

Mendengar ngogoian isterinya cik gu Nassir bangun dari duduknya dan berjalan menuju kearah suara tangisan isterinya untuk mencari kepastian, tetapi langkahnya jadi terhenti melihat drama sebabak antara isteri dan anak tirinya di ambang pintu bilik. Dia hanya memerhati dari jauh perlakuan isterinya. Dia tidak mahu masuk campur urusan antara anak tiri dengan wanita yang baru dua hari sah menjadi isterinya. Mungkin ada cerita di sebalik tangisan isterinya yang agak kuat. Dua hari selepas mereka sah menjadi suami isteri, Emil minta izin darinya untuk mengambil pakainya dirumah  ayahnya. Dengan senang hati dia menawarkan diri menemaninya. Padanya walaupun mereka sudah berusia namun peluang berduaan sentiasa dicari sementelah memang sudah lama dia tiada peneman setelah isterinya meninggal dunia.

Bila sudah reda sedikit esakkanya. “Terima kasih bang kerana menginatkan mama. Mama sangat bertuah ada anak macam abang. Cukup anak mama walaupun hanya abang seorang. Terima kasih ..terima kasih sangat sangat bang”.. Itu yang didengar oleh cikgu Nassir dari mulut isterinya walau pun perkataanya tersekat-sekat dek sedunya yang belum hilang.. Selesai dia meluahkan kata-kata isterinya menjingkitkan tapak kakinya lalu diciumi anaknya seperti mencium anak yang masih kecil. Isterinya terpaksa menjingkitkan kakinya kerana ketinggian anaknya sudah melebihi ketinggian dirinya. Uwais tersipu malu bila dia menyedari ayah tirinya sedang memandang perlakuan mama terhadap dirinya. Namun perlakuan mamanya dibiarkan sahaja..sesekali kena cium best juga..terasa dirinya sangat memberi makna dalam hidup mamanya.

“Terima kasih bang.Mama akan pulangkan pada atuk..mama dengar teguran abang.. abang jangan bimbang ye..mama tak marah malah berterima kasih kerana abang mengingatkan mama.” Dia berdiri tegak memandang anaknya namun air mata masih mengalir. Sememangnya dia sangat bersyukur kepada Illahi kerana dikurniakan anak sebaik Uwais. Anak yang mengingatakan diri dari rasa tamaknya, mengambil bukan hak nya. Rasa sebak yang membelit hati menyebabkan  air mata sukar untuk  diberhentikan.  Dia memeluk anaknya sekali lagi. Emil menangis semahunya didada anaknya. Sambil teresak sambil dia mengucapkan terima kasih.

“Sudahlah ma..abang cakap sikit saja mama dah sedeh macam ni”.

“Mama nangis gembira .. sebab abang ingatkan salah mama. Kalau abang tak ingatkan mama ..macam mana mama nak pulangkan segala yang bukan hak mama kat akhirat nanti.. tentu mama akan disiksa didalam kubur. Mama insaf sangat dengan  buruk laku mama selama ni, terima kasih ye bang. Mama bersyukur sebab Allah sayang mama. ALHAMDULLILAH..”.



Setelah selesai berkemas kain bajunya Emil mengikuti suami kerumahnya. Dalam perjalan pulang yang hanya mereka berdua sahaja. Uwais tidak mahu mengikutinya kerana dia mahu duduk untuk sementara waktu dirumah untuk mengulang kaji pelajaran bersama sahabat baiknya Ahmad Sofian.

“Kalau boleh abang tahu..kenapa Emil menangis tadi”. Cikgu Nassir menyelidik sebab tangisan isterinya tadi.

“Teruk sangat ke Emil nangis tadi bang”.

“Teruklah.. abang kat ruang  tamu pun boleh terdengar”.

“Ialah tu.. (sambil menampar manja bahu suaminya) abang ni kenapa jujur sangat..jangkanya tipulah sikit, taklah Emil rasa malu sangat”. Cik gu Nassir ketawa lepas mendengar penyataan isterinya. Dia merasa bahagia itulah sebabnya tawanya  lepas tak terkawal.

“Bang! Emil dulu sangat jahat dan sangat mementingkan diri sendiri, tamak pada yang bukan milik Emil. Yang sebenarnya rumah yang Emil duduk selama ni rumah ayah, yang lebih jelas rumah pusaka atuk. Bila atuk meninggal kami duduk rumah tu, dari rumah papan ayah betulkan rumah tu..jadi sampai macam tu, tapi pembuatanya semasa arwah mama Emil masih hidup lagi.…abang  tahu tak mama Emil meninggal kat Mekkah selepas selesai Umrahnya yang  pertama, tak sampai sehari mama meninggal, ayah nikah dengan mak ngah kat sana. Emil tak boleh nak terima..walaupun ayah bagi sebab..”.

“Macam mana mak ngah boleh ikut keluarga Emil pergi Mekkah?”

 “Abang tahukan mak ngah ni balu dah lama, masa Muaz baru habis diploma lagi, pak ngah dah meninggal dunia..jadi masa ayah dan mama Emil nak pergi Mekkah dia ajak  mak ngah sekali, kira mak ngah tumpag mahram ayah dan mama. Mama ajak mak ngah sebab mama ni mualaf,  dia tak pandai sangat baca doa dan baca surah lazim pun terhad pembacaanya. . Rupanya mahram mak ngah hanya bersangkut dengan mama, bila mama meninggal ayah dan mak ngah bukan lagi mahram, mereka hanya bekas adik ipar dan kakak ipar yang halal nikah. Jadi untuk memudahkan mereka beribadah ayah nikah dengan mak ngah. Pada Emil ayah hanya mencipta alasan sahaja untuk dia nikah lagi, selepas mama meninggal. Bila Emil dapat tahu ayah memang sukakan mak ngah dari dulu lagi, lagilah  tak Emil tak boleh nak terima…Emil rasa mak ngah pun sama macam ayah, dia nak ambil kesempatan diatas peninggalan arwah mama, dia macam nak tumpang kesenangan ayah dan mama. Abang tahu tak Emil suruh ayah ceraikan mak ngah masa tu kalau ayah nak juga duduk rumah tu. Entahlah Emil masa tu jahil , degil dan tamak betul. Sebab ayah tak mahu ceraikan  mak nagh, ayah pindah duduk rumah mak ngah.
..sekarang Emil sedar sangat, Emil salah selama ni. Tadi Uwais ingatkan Emil tentang perkara ni.. Emil sedeh sangat. Dia yang baru setahun jagung tahu yang lebih berhak, tapi Emil yang dah berumur  nak dekat setengah abad tak tahu. Jahil sunggh Emil ni..jahil kerana hati Emil ni penuhi dengan rasa cemburu..cemburu bila merasakan ada orang luar tumpang harta keluarga Emil..”.Emil mula teresak lagi. Dia meminjam bahu suaminya untuk menumpahkan rasa sedehnya. Setelah dia menjadi seorang wanita yang sejati jiwa cukup senang tersentuh. Mungkin keinsafan yang meresap didalam hatinya menyebabkan dia begitu.



3 comments:

  1. Elok la emil dah berubah..
    Buang yg keruh, ambil yg jernih..

    ReplyDelete
  2. Syahdunya mak teh. bertuahnya emil punya anak sebaik uwaiz. Sejuk perut ibu yang mengandung kalau dapat anak sebaik uwaiz ni ya mak teh. Best sangat cerita ni mak teh. Insaf diri rasanya. Rasa sebak mengepung dada. Kesian Uwaiz dipinggir oleh ayahnya akibat sikap ibu tirinya tu. Thanks mak teh atas post n3 baru. suka sangat.

    ReplyDelete
  3. Yg sbetulnya mak teh buat cerita ni hanya nak mengigatkan diri mak teh..seorang ibu atau ayah tidak boleh memaksa anak dng jodoh yg kita pilihkan. wlupun kta orng, jodoh orng tua pilihkan adalah jodoh yg baik..tpi pd kita baik tapi tdak sesuai pd mreka. jngan jadi sprti puan Rabiah

    ReplyDelete