~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Tuesday 30 September 2014

Bab 41 Tidak ku tahu kasih bermula.






Tiga bulan tidak lama rupanya.Gembira dua sahabat yang terpisah bertemu kembali.Semalam sahabat baiknya Ahmad Sofian telah pulang setelah menghabiskan latihan PKLNnya dengan jayanya. Dia, ayah Nassir dan mamanya mengambil di pusat pengumpulan tempoh hari. Ketika Ahmad Sofian menghampiri Uwais, dia bagai tidak mengendahkan sahaja. Yang sebenarnya Uwais  berlakon seperti tidak kenal. Bila sahabatnya menyapa dan menumbuk perlahan bahunya barulah dia pura-pura terperanjat..

“Ehh engkau ke Pian..aku ingatkan Bangla mana tadi. Apa pasal yang jadi gelap dan kurus sangat ni Pian..tak kenal aku”.Cikgu Nasir dan Emil ketawa mengekek melihat tingkah dua orang anak dihadapanya.

“Abang jangan usik adik macam tu nanti merajuk pula..dia baru sampai abang dah cakap dia macam tu”.Bila dikalangan keluarga terdekat mereka digelar abang dan adik.Abang untuk Ahmad Uwais dan adik untuk Ahmad Sofian.

“Kau nak merajuk ke Pian?”.

“Tak adalah mama adik ok sahaja..tapi  sampai hati kau Is..kau kata aku Bangla. Ini kau punya pasallah, tak nak tolong aku kalau tak..tak lah aku hangit macam ni. Teruk tau latihan dia..kena kawat tengah panas dengan baju yang tebal rasa macam kena seterika sahaja badan aku ni.”

“Teruk sangat ke Pian..takkan dia kerah kau berjemur kat tengah padang..dia pun kena jemur juga kan”.

“Ia Is tengah-tengah panas tu dia suruh kitaorang berkawat..kalau tak, tak kanlah  kulit aku ni terbakar macam ni, dah lah aku ni memangnya hitam manis kena jemur lagi, hitam hangit jadinya. Siapalah yang nak pandang aku yang dah gelap ni Is”.

“Gelap sikit saja Pian..dua tiga minggu kau tak kena cahaya matahari akan cerah balik kulit kau tu..lagi pun gelap manis kan, duit elaun dah ada  dalam bank berkepuk tu. Kau cakap saja berderet nanti mak we  yang sudi nak jadi  girlfriend kau.”

“Tak ada maknanya Is...Macamlah duit elaun aku tu beribu yang kau kata berkepuk. Dalam bank memang lah duit berkepuk..tapi semuanya duit orang Is. Duit aku hanya tiga ratus ringgit saja. Aku rasa duit tu aku nak buat tambah-tambah bila kita nak masuk IPTA nanti..Kau buat apa selama tiga bulan ni..jangan kau cakap buat tahu mata sahaja”.

“Macam tulah kiranya”.

“Ialah tu..tapi tak gemuk pun”.

“Taklah..aku kerja dengan pak long aku kat bengkel dia. Sebelah malamnya aku ajar kakak  dengan angah math dan ad Madth. Kakak  tukan baru masuk tingkatan empat, dia baru nak kenal apa itu add math yang kacang pada kau tu…”.  

“Wahh ambil berat kau dengan dia..ada apa-apa ke kat dalam hati kau tu”.

“Kau ni suka buruk sangka dengan aku..tak salah lah Pian, dia tu kan adik dua pupu aku..”

Sofian tersenyum penuh makna.Cik gu Nassir dan Emil hanya membiarkan dua sahabat yang bersaudara tiri  melepaskan cerita yang terkumpul bila bertemu semula.

“‘Ialah tu adik.. adik ada makna…tapi hebatlah kau Is,  belum dapat sijil SPM lagi kau dah jadi cikgu..dua orang dah murid kau..aku ni yang excellent dalam kelas dulu, habuk pun tak ada”.

“Apa pula tak ada..kau dilatih menjadi seorang yang bersemangat juang yang tinggi, berani, tak takut menempuh walau apa pun yang mencabar”.

“Ahh banyaklah kau punya semangat..sepatutnya kau yang pergi Is..kau orang yang sentiasa bersemagat dan berpandangan positive..”

“Memang kau yang patut pergi Pian, dia orang tahu siapa kau..aku yang memang dah bersemagat  ni tak payahlah. Ha..ha..ha”.Gelak jahat Uwais mengenakan kawanya.

“Teruk kau kan..agaknya kau yang doakan aku pergi..cheeh kau.  Is!! banyaklah duit kau sampai dua kerja kau buat kan..kerja bengkel dan jadi cikgu tusyen lagi”.

“Adalah sikit, setakat nak belanja kau makan ikan masak tiga rasa kat restoran Tasik tu tak jadi hal..jomlah kita berjalan-jalan. Aku dah dapat lesen kereta tau, kalau kita nak jalan bolehlah..Kita pinjam kereta kancil pak long aku kita, jalan nak”.

“Wahh banyaknya yang kau dapat sepanjang aku tak ada ni. Kau saja aje tak nak langsung bantu aku membantah pergi PLKN..kalau tak, aku pun dah ada lesen kereta..uwaa..jelousnya aku”.

“Tak apa masih ada masa lagi sebelum keputusan kita keluar…tapi kau kena cepatlah..”.

“Ehhh bila keluar keputusan SPM kita”.

“Mungkin sebulan lagi kut”.Sepanjang jalan dua sahabat yang lama berpisah tidak berhenti dari berbual.Memang nampak sungguh gembira dua sahabat bila bertemu, sehingga mama dan ayah mereka tidak dapat menyampuk dan bertanyakan hal-hal yang berlaku semasa latihan.Sebenarnya baik Uwais atau pun Emil mereka bahagia dan gembira dengan  kehidupan baru mereka.

Hari yang penuh debaran bagi Uwais dan Sofian tiba juga. Mereka pergi kesekolah bersama rakan lain untuk menerima keputusan SPM  mereka. Pagi itu semasa di meja makan selepas bersarapan ayah mereka berpesan..

“Abang, adik..kalau dah dapat keputusan nanti terima lah dengan hati yang terbuka..walau pun keputusan tidak seperti yang kita harapkan. Ayah tak kisah apa pun keputusan abang dan adik, sebab ayah dah nampak macam mana anak-anak ayah berusha, ayah nampak sendiri bagai mana abang dan adik bersungguh-sungguh belajar dan mengulangkaji sebelum periksa.  Anak-anak ayah anak yang baik tingkah laku,  jadi apa pun keputusannya terimalah dengan hati yang redha.Kalau setelah berusha kita dapat juga keputusan tak seperti yang kita harapkan itu adalah ujian dari Allah redha lah ye.”Panjang lebar cikgu Nassir memberi nasihat untuk menguatkan semangat anak-anak yang dibawah tanggunganya, untuk menghadaoai apa juga keputusanya nanti.

“Baik yah” serentak mereka mengiakan pesanan dari ayah mereka.

“Nak mama temankan ke abang, adik”.Tanya mamanya pula.Yang sebenarnya didalam hati mereka berdua bergema ucapan Allahmdullih kerana merasa diri mereka di sayangi oleh kedua ibu dan ayah.

“Tak payahlah ma..mama kan mengajar hari ni. Lagi pun tak semestinya kata keputusan keluar pukul sepuluh kita dah dapa slip tu pukul sepuluh..kadang-kadang tengahari baru dapat. Nanti lama sangat mama tunggu kami.”.

“Tak apa mama boleh ambil cuti”.

“Tak apalah ma perkara kecik macam ni mama tak payahlah ambil cuti”.

“Tak apa Mel abangkan  ada, nanti abang tenguk-tengukanlah mereka ni nanti. Nak pergi dengan kami ke pagi ni”. Yang sebenarnya cik gu Nassir mengajar disekolah yang sama dengan Uwais dan Sofian belajar tetapi dia mengajar murid-murid tingkatan tiga.

“Tak mahulah yah… pagi sangat..kan biasanya keputusan keluar pukul 10 pagi..nanti kami pergi sendiri. Abang rasa nak pinjam kereta Kancil pak Long. Semalam abang dah tanya pak long kata pak long boleh”.

“Oklah kalau macam tu, tapi bawa kereta elok-elok ..ingat orang yang menyayangi abang dan adik ye. Ni baru nak melangkah kealam dewasa.Tenaga dan sumbangan abang dan adik untuk Negara, bangsa dan keluarga sangat diperlukan jadi jagalah keselamatan kita.” Pesan cik gu Nasir lagi.

“Baik yah..selama ni adik baca ayat Seribu Dinar, ayat Kursyi dan juga Selawat Nabi sepanjang latihan PLKN hari tu. Atuk Abang kata ayat tu ayat pendinding dan pelindung. Alhamdullilah selama adik kat PLKN hari tu tak ada perkara yang tak elok datang pada adik”.

“Haah elok lah tu..amalkan ayat-ayat tu…yang sebetulnya betul kata atuk abang tu, kita memang tak ada tempat bergatung yang lebih baik selain Allah.Jadi sebelum keluar rumah dan naik keenderaan elok kita baca ayat-ayat tu. Hidup seorang Islam ni penuh dengan doa, sebab kita ada tempat untuk meminta. Jangan lupa Allah tempat kita meminta. Lagi pun kalau kita berdoa kepadaNya kita dapat pahala.”.

“In Syaa Allah yah”.Jawab dua remaja yang sedang diingatkan oleh ayah mereka..

Keputusan pepereksaan sudah ditangan mereka.Cikgu Nassir ada sama-sama menemani dua orang anak-anaknya ketika itu.Gembira hatinya  dengan keputusan anak-anak yang sudah diketahui.

“Haa bang call mama, sampaikan berita gembira ni dan jangan lupa papa abang sekali. Tentu mereka tertunggu-tunggu berita abang”.

“Baik yah”.

Malam itu mereka berempat makan k di Restoren Tasik. Cikgu Nasir suami isteri sepakat mahu meraikan  kejayaan  anak-anak mereka. Dalam pepereksaan besar itu Ahmad Sofian mendapat 8A+ manakala Uwais mendapat 7A 1B. Keesokkan harinya Uwais kerumah papanya untuk menyampaikan berita gembira dan menunjukkan slip keputusan peperiksaanya kepada papanya.Kemunculan anaknya disambut dengan peluk cium oleh cikgu Abdul Latif. Dia sangat bangga dengan pencapaian cemerlang anaknya.

“Terima kasih bang, bagi papa keputusan yang cemerlang ni. Abang dah memohon mana-mana  pusat pengajian ke?”.Setelah pelukkan eratnya dileraikan itu ucapan yang lahir dari bibirnya tanda dia juga mahu mengambil tahu hal anaknya yang tidak duduk serumah lagi denganya.

“Kat sekolah dulu abang dah memohon masuk metrikulasi. Ni abang nak isi lagi minta diploma pula, abang rasa abang nak minta kejuruteraan lah pa.”.

“Kejuruteraan elok juga..Abang tak nak masuk IPG (Institut Pendidikan Guru) abang ada memohon tak..tapi kalau nak minta cikgu rasanya kena beli pin nombor kat bank kan bang.”.

“Dah pa, abang siang-siang hari dah isi, sebab isi borang guru ni sebelum keputusan keluar, sekarang ni dah tarikh tutup pa. Alhamdulillah ayah Nassir ingatkan. Abang isi pun dengan Pian hari tu”.

“Kalau macam tu eloklah sekarang tunggu sajalah mana yang dipanggil nanti. Abang nak hadiah apa dari papa..cakaplah”.

“Abang tak nak hadiah pa,  abang nampak papa gembira dengan keputusan abang ni pun dah cukup.”

“Kalau macam tu papa bagi duit sahajalah nanti..abang belilah apa yang abang nak beli.”.

“Tak payahlah  pa..abang dah ada duit. Yang sebetulnya selama ni abang habiskan masa abang  kerja dengan pak long, sebelah malamnya pula abang ajar anak-anak dia. Jadi  pak long adalah bagi abang duit. Kalau untuk tambah-tambah abang masuk IPT nanti adalah”.

“Kesian anak papa..terpaksa kerja nak cari duit belajar”.

“Nak kesiankan apa pa, kerja tu selain cari duit, untuk pengalaman abang juga. Sekurang-kurangnya sekarang  ni abang tahulah pasal injin kereta sikit-sikit. Lagi pun abang nikan lelaki yang perlu cari duit untuk masa hadapan abang. Kalau abang perempuan tak payah kerja pun tak apa..esok kalau dah kahwin suaminya boleh tanggung. Kalau abang perempuan abang nak cari suami yang kaya dengan abang dan papa boleh dia tanggung.” Berderai tawa dua beranak yang hatinya sedang gembira.

NorFazilah sebalik dinding menelinga perbualan suami dan anak tirinya. Bibirnya mencebik tanda benci,  dihatinya pula melintas kata-kata yang membakar. Uhh bagi duit belanja dapur pun cukup-cukup, tapi nak bagi duit hadiah anak dia ada pula. Entah mengapa bila dia memandang wajah anak tirinya hatinya jadi cemburu. Dia mula membayangkan wajah bekas madunya yang tidak dapat dilupakan oleh suaminya. Dia mula membanding-bandingkan kelebihan bekas madu dengan dirinya yang dikira banyak kekuranganya. Sementalah wajah anak tirinya lebih banyak mewarisi wajah mamanya.Mungkin sebab itulah suaminya kelihatan sangat gembira bila dikunjungi oleh anaknya. Timbul rasa ingin menghalang suaminya dari berjumpa dengan anak tirinya.

Dia keluar dari sebalik dinding dengan wajah yang beku. Bila melihat isterinya keluar cepat sahaja cikgu Latif meminta dihidangkan sekurang-kurangnya dengan  air teh O dan sepiring biskut kering. Bagi cikgu Latif dia ingin menunjukkan rasa gembiranya diatas pencapaian cemerlang anak sulongnya. Namun lain pula penerimaan dari isterinya.

“Bang kejap lagi kan kita dah nak makan malam, nanti kalau dah kenyang abang tak lalu nak makan malam pula. Lagi pun mana kita ada makan petang”. Zila berkata dengan wajah yang tak mesra bagi meluahkan  apa yang ada didalam hatinya.

“Tak apalah sesekali Uwais datang ni tak apa, abang lalu sahaja nak makan nanti..abang kak meraikan kejayaan dia, Zila nak tahu Uwais dapat 7A… papa harap  semua anak-anak papa boleh mencontohi Uwais”. Cikgu Latif menuturkan dengan wajah yang ceria, tetapi Zila mencebek mendengar kata-kata suaminya..

“Hsyys abang ni tak payahlah, kejap lagi kita nak makan malam dah..tunggulah sekejap lagi, kita makan malam sekali”. Abdul Latif memandang kearah anaknya.. mahu melihat reaksi anaknya yang dihadapan mata.

“Ok pa, abang ok saja..lagi pun sebelum datang sini abang dah makan dengan atuk dan nenek ngah. Tadi nenek masak lemak labu dengan goreng berlada ayam”.

“Amboi sedapnya..nenek ngah tu memang pandai masak kan bang”.  Melihat isterinya berjalan menuju dapur, cikgu Latif mengekori langkah isterinya.

Uwais tidak bermalam dirumah papanya..bila samar-samar dia mendengar pertengkaran emak tiri dan papanya diruang dapur mereka. Uwais merasakan pertengkaran itu tercetus kerana kedatangan dirinya. Uwais membawa diri kebawah pokok rambutan yang sedang berputik, berpura-pura melihat-lihat putik rambutan yang masih berbulu hijau. Sedang dia menepuk nyamuk yang berterbangan ditepi telinganya. Matanya terpandang wajah papanya terjengul dimuka pintu dengan wajah yang tegang. Dia tahu papanya sedang menahan marah. Uwais cuba menceriakan keadaan.

“Pa tak lama lagi masaklah rambutan nikan pa”.

“Sebulan lagi abang datanglah mungkin masak masa tu”.

“Kalau sebulan lagi entah-entah abang dah masuk metric pa..abang rasa abang nak masuk metric saja”. Melayani bual anak sulong cikgu Latif terlupa pada bara didadanya dengan tingkah isterinya tadi. Melihatkan papanya sudah tenang…tiba-tiba wajahnya berubah seperti dia baru teringat sesuatu..

“Alamak pa.. abang kena balik ni”.

“Kenapa pula..sesekali abang datang takkan tak nak tidur sini..abang dah tak suka duduk kampong ye”.

“Taklah macam tu, abang suka kat ni hawanya sejuk dan segar.. tapi abang lupa nak minta cuti dengan pak long. Kereta tengah banyak ni pa, kesian pula pak long tak cukup orang nak tolong dia.”

“Kita makan malam dulu ye bang”.

“Tak payahlah pa..abang takut kalau gelap kat jalan nanti..abang tak biasa lagi bawa kereta malam-malam ni…esok-esok kalau abang datang lagi, abang akan tidur sini ye pa”. Kemudian Latif menyeluk poket seluarnya dan menghulur beberapa keping not lima puluh untuk anaknya Uwais, rupanya dia sudah bersiap sedia dengan duit didalam poket untuk anaknya.Perbuatanya dalam intipan isteri yang mengintai di celah tingkap. Dimata Zila Uwais sungguh diistimewakan. Mungkin kerana  anaknya itu anak yang bersama Emil. Hati hangat dengan bisikkan yang berbisik dihatinya. Jika dia meneruskan intipanya hatinya akan menjadi bertambah sakit..Zila berpaling dan masuk kebiliknya dengan dengkulan marah dihatinya.


4 comments:

  1. alhamdulillah emil dh berubah dn bahagia bersama kluarga baru.....kesian latif sb zila jenis isteri yg x tau bersyukur.
    sukaaadh ada sambungan....akak asyik bukablog ni
    -dibah-

    ReplyDelete
  2. Thanks mak teh atas post new n3. suka sangat. kesiannya cg latif nak bermesra dgn anak sendiripun terbatas. alahai zila makin tua makin menjadi pulak meroyan cemburunya. kesian uwais. nasib baik dia jadi matang sebelum usia. boleh terima apa jua situasi yang mendera jiwa tu. alhamdulillah dia dapat ayah tiri yang penyayang. sentap rasa hati baca cerita ni mak teh.

    ReplyDelete
  3. Bahagian masing² Allah dah tentukan. Seorang Emil yang begitu teruk perangai, bila dah ditiupkan kesedaran dalam diri beroleh kebahagiaan. Cikgu Latif pula yang begitu baik pada isteri²(tapi tak berdaya mendidik isteri) dan ibunya, tetap masih tak bahagia sepenuhnya. Menduakan isteri yang dicintai mungkin perkara kecil bagi suami, tapi sebaliknya bagi perempuan bergelar isteri. Inilah kesilapan cikgu latif dulu. Betul tak mak teh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mngkin ada bnarnya bila kita ditipu ertinya kita traniaya..bukankah orang yag traniaya akan dimkbulkan doanya.

      Delete