~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday 2 November 2014

Bab 55 Tidak ku tahu kasih bermula






            Dua bulan setelah pemergian Haji Mohd Noh, Emil dikunjungi oleh bekas emak mertuanya Hajah Rabiah sekali lagi, tetapi yang membawanya datang adalah Uwais. Bila mendengar suara wanita memberi salam Hajjah NorIza menjenguk luar.

“Walaikumsalam..ehh kak hajjah masuklah”.

“Akak datang ni nak jumpa Emil..Emil ada”.

“Ada kat dalam  entah apa dibutnya kat dapur tu”.Kemudian Hajjah NorIza mengadapkan wajahnya kearah dapur dan mmemanggil anak tirinya.

“Mel emak Latif datang ni”. Bila nama nya diseru Emil menjengukkan wajah keruang tamu.

“Ehh emak..dengan siapa mak datang”.

“Dengan Uwais Mel”.

“Ehh abang katanya dia nak diduduk kat rumah emak  dua tiga  hari sebelum naik kapal”. Ketika itu Uwais masih diluar rumah membelek keretanya. 
“Emak yang minta tolong dengan Uwais ni..memang dah lama mak berhajat nak datang sini, tapi tak ada siapa nak bawa, sampai arwahnya pergi. Kebetulan Uwais ada ni mak minta tolong bawakan emak nak jumpa kamu Mel.”.

“Ehh kenapa emak nak jumpa Emil mak?”. Mendengar  perkataan bekas emak mertua Emil Hajjah NorIza meminta diri untuk memberi ruang Hajjah Rabiah memperkatakan apa yang terkandung didalam hatinya. Mungkin juga Hajjah Rabiah mahu meminta maaf diatas perkara yang dulu.

“Duduk dululah kak Yah saya kedapur dulu”.

“Tak payah susah-susah Iza..duduklah sini teman kan Emil ni”.

“Tak apa nenek ngah..nenek ngah duduklah biar abang yang buat air”.Ketika itu Uwais muncul diambang pintu masuk dia menawarkan diri untuk menyediakan minuman untuk mereka minum bersama. Uwis menuju kedapur menyiapkan hidangan.

“Abang tengukkan sekali cucur bawang mama tu dalam kuali ye..mama tengah buat cucur bawang tu bang. ” Kemudian Emil mengadapkan mukanya memandang makngahnya

“Emil tenguk ada baki sos mak ngah lebih tahlil hari tu, teringin pula nak makan cucur bawang mak ngah”.

“Elok lah tu, sos tu pun dah lama terletak sahaja atas meja. Kalau tak dicicah dengan apa-apa nanti membazir sahaja. Biasanya Uwais yang suka sos tu.”.

“Iza akak datang ni memang ada hajat, akak nak minta Emil untuk Latif. Harapnya Iza tak keberatan melepaskan Emil ye”. Tampa membuang masa terus sahaja disampai hajat hati Hajjah Rabiah. Tercengang-cengang Emil dan Hajjah NorIza mendengar permintaan Hajjah Rabiah emak siLatif. Tampa basa basi terus sahaja keperkara yang bersarang dikepalanya, seperti tidak sabar-sabar ingin diluahkan. Bila melihat dua wanita dihadapanya terpinga-pinga mendengar apa yang diluahkan Hajjah Rabiah meneruskan lagi misinya.

“Mak minta sungguh-sungguh dengan kamu Mel.. balik lah pada Latif. Mel emak ni dah tua Mel..emak dengan arwah ayah kamu emak lagi tua dua tahun..dia dah pergi. Tak mustahil tak lama lagi giliran emak pula. Jadi sebelum emak mati mak minta tolong sangat pada kamu..kamu duduklah dengan Latif semula.. nikah dengan dia ye”. Dengan wajah yang sedeh dan suara yang sayu Hajjah Rabiah meminta bekas menantunya bernikah semula dengan anaknya.

“Tak apa lah mak biar dia cari jodohnya yang lain mak. Kami memang dah tak ada jodoh..Emil redha macam ni mak.”. Bila Emil sudah memahami apa yang mahu disampaikan oleh bekas emak mertuanya barulah Emil dapat menbjawab.

“Dia memang tak nak dengan orang lain Mel..dia masih sayang kan kamu. Sebab yang dulu tu emak yang salah..emak yang paksa dia, emak ugut dia jadi anak derhaka kalau tak ikut suruhan emak. Emak ambil kesempatan diatas taatnya dia pada emak Mel. Emak minta maaf kerana emak pentingkan diri sendiri pentingkan kebahagiaan emak sendiri. Emak tak terfikir deritanya anak menantu, emak betul-betul minta maaf Mel. Emak merayu pada Emil sebelum emak menutup mata terimalah Latif semula..tolong ye Mel”. Merayu-rayu Hajjah Rabiah menagih kasih dari bekas menantu untuk anak lelaki tunggalnya. Tetapi itulah hati seorang ibu yang samggup merendahkan egonya demi untuk  kebahagian anaknya.
(Tak masuk dalam cerita, ada tak emak yang macam  Hajjah Rabiah ni, bila rasa dia yang bersalah)

“Mak Emil tak boleh nak tunaikan permintaan emak. Arwah suami Emil pergi belum pun setahun”.

“Tapi kamu dah lepas masa Iddah kamu Mel rasanya tak salah kalau kamu nikah lagi. Kalau sebab anak-anak Latif, kamu jadi berat nak terima Latif semula, emak rela jaga anak-anak Latif yang tiga orang tu. Kamu ajaklah Latif duduk sini”. Ketiga-tiga orang   anak cikgu Latif masih lagi belajar yang tua baru sahaja menghabiskan kursus nya di Universiti Kebangsaan Bagi Selangor dalam bidang Akautan. Yang nombor dua sedang mengikuti latihan kejururawatan di Alor Star Kedah manakala yang kecil sudah di tingkatan empat tetapi dia duduk di asrama.

“Entah lah mak..Emil berat hati bukan sebab anak-anak..tapi sebab hati  mak. Biarlah kami macam ni.”

“Mel! tolonglah emak Mel sekali ini sahaja emak minta tolong dengan kamu Mel. Mak rasa berdosa dengan kamu dan Latif..mak minta maaf Mel”. Hajjah NorIza hanya menjadi pemerhati dan pendengar perbinbcagan dua wanita yang pernah mempunyai hubungan menantu dan mentua.

“Mak!  Emil tak pernah dendam dengan mak. Kalau mak nak minta maaf.. Emil maafkan, tapi rasanya  emak tak pernah ada salah dengan Emil. Yang sebetulnya Emil lah yang banyak bersalah dengan emak sebab sepanjang Emil menjadi menantu emak dulu, Emil yang tak menjadi menantu yang baik, itu sebabnya emak buat macam tu..maafkan Emil mak:”  Keadaan jadi sunyi mendengar jawapan dari Emil...boleh dia mengaku kesalahanya dihadapan bekas emak meruanya. Muncul pula Uwais menatang dulang dengan seteko air teh o dan sepinggan cucur bawang dan tiga biji cawan.

“Jemput minum kak Hajjah. Ni tentu sedap anak bujang yang buat”. Basa basi Hajjah NorIza yang mahu menceriakan hati tetamu dihadapannya, bila melihat wajah itu keruh dengan jawapan tidak pasti bekas menantu, hanya sedikit sahaja Hajjah Rabiah menjamah hidangan yang disediakan oleh cucu bujangnya.  Lepas itu dia meminta diri. Bila mendengar neneknya meminta diri Uwais mengamit mamanya masuk kedapur.

“Ma! abang baru makan seketul ma..”.

“Ni kan bayank ni, bawalah balik rumah nenek ..kalau abang tak bawa mama yang makan sorang, mahu jadi buntal mama ni. Nenek ngah tu bukanya makan banyak.”

“Ialah memang abang minta mama bungkuskan..abang tak puas makan lagi nenek dah ajak balik..Ma! dengan sos nya sekali ye ma..”.

“Ialah..ialah”. Emil menuruti kehendak anak bunjangnya. 

           Siap berbungkus Uwais keruang tamu, rupanya neneknya sudah menunggunya diluar rumah ditemani oleh nenek ngahnya. Nampaknya mereka masih berbual. Bila melihat Uwais muncul diambang pintu cepat sahaja dia menyalami Hajjah NorIza dan minta diri untuk pulang. Didalam kereta Hajjah Rabiah meluahkan apa yang terkandung didalam hatinya.

“Bang, abang boleh tolong nenek tak”.

“Nak tolong apa nek, kalau abang boleh tolong abang akan cuba tolong”.

“Nenek minta tolong abang pujukkan mama abang nikah balik dengan papa abang”.

“Kenapa nek, mama tak nak rujuk balik dengan papa ke?” Tadi Uwais sibuk didapur menyudahkan cucur bawang yang dimasak oleh mamanya. Dia tidak mendengar apa yang dibincangkan diruang tamu.

“Entahlah tapi nampak tadi macam mama berat nak terima permintaan nenek.”

“Dah mama berat hati nak buat macam mana nek..kalau dipaksa juga susah juga nanti”.

“Tapi nenek berharap sangat mama abang balik pada papa abang. Abang bukan tak tahu papa masih sayangkan mama abang tu. Abang nak tahu sebab papa bercerai dengan makcik Zila..sebab papa tak boleh nak lupakan mama abang. Ini satu pengajaran pada nenek bang, jodoh yang nenek paksa tak menjadi bila dalam hati papa memang sayangkan pilihan hatinya.”

“Dulu kenapa papa nikah dengan makcik Zila”.

“Itu semua nenek yang salah bang. Nenek yang paksa papa..nenek cakap kalau papa tak ikut cakap nenek dia akan jadi anak derhaka..itu yang dia ikut cakap nenek nikah dengan makcik Zila. Masa tu nenek marah sangat kat mama abang.. Lama nenek pendam rasa marah nenek pada mama abang sejak mereka baru nikah lagi nenek dah marah. Ilah dulu mama abang tak suka balik jenguk nenek. Nenek rindu suara riuh anak cucu tapi mama abang walaupun dekat nak datang jenguk nenek seminggu sekali pun susah. Tapi sekarang nenek sedar seorang isteri untuk suami bukan untuk emak mertua.  Tetapi jika seorang isteri itu boleh menerima emak mertua itu adalah bonos yang diberi oleh Allah kepada keluarga mertua. Tetapi semuanya bonos yang Allah beri diatas perbuatan kita sendiri..abang kena ingat tu”. Bagi Uwais tidak berapa memahami apa yang disampaikan oleh neneknya mungkin ada cerita lain disebalik kata-kata  ‘semuanya bonos yang Allah beri diatas perbuatan kita sendiri’..

“Abang tak faham maksud ‘semuanya bonos yang Allah beri diatas perbuatan kita sendiri’”.

“Bang semua yang Allah beri pada kita adalah ganjaran ..kadang-kadang didunia lagi Allah dah bagi kita ganjaran tak kiralah ganjaran baik atau ganjaran buruk. Setelah lama nenek berfikir tentang diri nenek ni, nenek baru tersedar. Sebab apa mama tak nak balik kampong duduk kampong sama nenek dalam erti kata lain tak mahu jaga nenek..sebab nenek pun macam tu juga dulu. Dulu nenek tak mahu jaga emak mertua nenek yang sakit nyanyuk. Puas juga atuk abang merayu minta jagakan emak dia yang dah uszur. Bukan susah pun bang, atuk sanggup sediakan orang gaji  untuk jaga moyang abang. Yang diperlukan hanya dia duduk serumah dengan nenek sahaja, tapi masa tu nenek berkeras tak mahu. Akhir nya moyang abang duduk dengan sepupu arwah atuk abang dikampungnya, sehingga dia meninggal. Sekarang nenek insaf sangat perbuatan nenek Allah balas didunia lagi. Nenek menyesal kerana mensia-siakan emak mertua nenek.. sedang emak mertua sama tarafnya  macam emak sendiri. Bukan mama sahaja yang tak nak jaga nenek..mak cik Zila sebelum dia bercerai dengan papa abang pun dah ada bunga-bunga tak menghormati nenek dan melawan cakap nenek”.

“Terima kasih nek kerana cerita dengan abang perkara macam ni. Ini pengalaman nenek menjadi pengajaran pada abang”.

“Tapi sekarang dengan dosa nenek ni melibatkan papa abang pula. Nenek kesian dengan papa abang.. dia masih muda, kalau nenek meninggal nanti dia tak ada siapa yang nak jaga makan minum dia, tak ada teman kat rumah.  Tak sepatutnya dia terima balasan macam tu kerana kesalahan nenek. Yang sebetulnya papa abang anak yang baik, anak yang mendengar kata, anak yang patuh pada suruhan emaknya, tapi nenek dah ambil kesempatan diatas kebaikan dan kepatuhanya pada nenek. Kalau boleh sebelum nenek menutup mata, nenek nak pulangkan orang yang papa sayang kepangkuanya semula..Nenek minta tolong abang pujukkan mama abang..tolong ye bang.”

Setelah mendengar cerita neneknya siang tadi kepala Uwais mula bekerja keras mencari  jalan untuk memujuk mamanya pulang kepangkuan papanya. Sudah sering kali dia mendengar pengakuan papanya yang masih sayangkan mamanya. Tapi apa yang boleh dia buat kalau mama sendiri susah melupakan apa yang telah dilakukan oleh papanya pada dirinya dulu. Hatinya sungguh tercalar dengan tidakkan papanya yang bernikah senyap-senyap seakan dirinya ditipu. Sesungguh memang sangat sakit bila suami mencuri kerelaan dalam bermadu. Uwais mengharapkan sebelum dia naik kekapal semula, dia boleh menyelesaikan masaalahnya namun dia buntu. Tiba-tiba dia teringatkan sahabatnya merangkap saudara tirinya Sofian.

“Hallooo Asalamualaikum bro..apa khabar dah nak bertambah ahli keluarga ke?”.

“Waalaikumsalam..belum ada rezeki lagi lah bro..kau apa khabar, cuti kau sampai bila ni”.

“Lusa aku dah nak naik kapal Pian.”

“Kau kat mana ni kat rumah mama ke kat rumah papa kau”.

“Kat rumah akulah”.

“Oh terlupa aku kau dah ada rumah”.

Tiga hari selepas pengkebumian Cikgu Nassir, Hajji Mohd Noh mengambil keputusan untuk menjual rumah pusaka yang diduduki kepada semua anak-anaknya.

“Anak-anak ayah, sementara kamu semua ni berkumpul ayah rasa, ayah nak buat satu pengumuman. Bagi pihak Emil ayah dah Tanya dia kata dia wakilkan Uwais bagi pehak dia. Lagi pun dia siang-siang hari kata dia tak mampu.”.

“Pengumuman apa yah”.

Maaf ye malam ni hanya sampai disini sahaja. Siang tadi kehulu kehilir dengan anak perempuan mak teh nan seorang tu. Dia nak beli barang ayahnya tak kasi pergi sorang..jadi mak teh lah jadi bodyguard dia.

4 comments:

  1. Tak sabar nak tau mcm mana agaknya uwais memujuk mamanya. Makteh teruskanlah lagi penceritaan ni.... best....

    ReplyDelete
  2. Baru pn Rabiah menyesal. Perbuatan dia Keats's IBU mertuanya dibalas tunai tp alhamdulillah dia sihat x nyanyuk mcm mertuanya.
    APA pula rancangan uwais dn sofian nanti.
    -dibah-

    ReplyDelete
  3. Kesian plk kat Pn Rabiah, dtg merayu pd Emil.
    Idea apa yang pakar rujuk Uwais nak bagi kali ni.:)

    ReplyDelete
  4. Nasib baik Pn Robiah tersedar akan kesilapannya selama ini dan sempat mohon maaf pada Emil sebelum beliau terlambat. Bertuah mereka ada Uwais yangmemahami keadaan. Ya lah. sayapun tak sabar nak tahu cara Uwais pujuk Mamanya untuk menerima Papanya kembali.

    K.Mid

    ReplyDelete