~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Wednesday 4 February 2015

Nur Hidayah 17


I


                Biar pun enjin kereta sudah berdengung tapi kereta masih statik tidak bergerak dan Tengku Faris seperti orang diluar sedar, fikiranya melayang..Dia memusingkan badan mengadap dan merenung Nur Hidayah..yang sebetulnya dia cuba meneka mengapa Nur Hidayah menjadi marah. Dia merasakan Nur Hidayah marah bila dia mengatakan dia mahu menjadikan Nur Hidayah kawan atau pun teman, adakah kerana perkataan itu menjadikan Nur Hidayah angin satu badan.

            Melihat perbuatan Tengku Faris Nur Hidayah cuba membuka pintu kereta. Dia mengambil keputusan untuk menaiki keenderaan awam sahaja. Rasanya itu lebih selamat dari sekereta dengan Tengku Faris. Tetapi pintu tidak boleh dibuka..Nur Hidayah menjadi kalut..

“Kenapa Tengku kunci pintu. Buka!! biar saya naik bas sahaja..bukalah. Kalau tak saya jerit nanti”.

“Kenapa sampai nak menjerit Hidayah. I tak buat apa pun pada you. Lagi pun ini kan tempat awam you nampak tu orang lalu lalang”.Bibir Tengku Faris memuncung menghala pada pasangan yang melintasi keretanya.

“Habis kenapa Tengku kunci pintu kereta ni?”.

“You duduk elok-elok, I hanya nak Tanya you..I rasa you marah dengan I. I nak tahu apa yang menyebabkan you marah, I ada tersalah cakap ke?” Lirih kedengaran suara Tengku Faris seperti orang menagih simpati. Nur Hidayah mengikuti cadangan Tengku Faris dia duduk elok-elok  di kerusi sebelah pemandu.

“Ok..saya rasa marah dengan sikap Tengku yang sewenag-wenang menjadikan hubungan lelaki dan perempuan mudah bagi Tengku. Tengku tak pernah nak fikir kesan dari hubungan itu. Saham seorang perempuan akan jatuh merundum kalau dia dah pernah rapat atau intim dengan lelaki. Hendak-hendak dia pernah melahirkan anak luar nikah. Pernah tak Tengku fikir nasib wanita yang macam tu. Kemudian anak luar nikah hasil seronok yang tak halal, pernah Tengku fikirkan mudah ke kehidupan mereka”.

“Hidayah kenapa you fikir sampai kesitu. I hanya nak you menjadi teman I. Kalau kita ada keserasian kita bolehlah menjadi pasangan suami isteri. I memang suka pada you..I hanya nak you suka pada I, itu yang I bagi peluang you mengenali diri I ni. Jika you kata you tak mahu cara macam tu, boleh sahaja kita terus nikah. Lepas nikah nanti, baru cari keserasian boleh ke macam tu. Yang sebetulnya memang I nak jadikan you isteri I yang sah”.

“Mudahnya Tengku mengambil keputusan utnuk mengambil saya jadi isteri”.

“Bukan baru hari ni sahaja I fikir, sejak pertama kali I jumpa you hati I dah rasa I suka dengan you. Dari saat tu I dah fikir. Fikir I nak serumah dengan you. Itu sebabnya I selalu pergi meja you. Dapat pandang you hati I tenang. Dengar suara you I jadi bersemangat nak bekerja. Tetapi bila melihat you selalu mengelak, I rasa you tak suka sebab I dah tua. Betul ke macam tu Hidayah. Itu sebabnya I cadangkan supaya kita berkawan, nanti you boleh bezakan antara kawan lelaki you yang muda dengan I. Kalau dah macam tu you masih pilih yang muda, I tak terkilan dan I akur tentang kekurangan I yang dah berusia.” Lembut sekali penerangan yang diberi supaya Nur Hidayah memahami apa yang ada dihatinya.

         Pada Nur Hidayah mungkin kerana lama Tengku Faris menetap diluar Negara dia tidak dapat membezakan cara Islam dan bukan Islam mencari pasangan.  Islam ada cara tersendiri untuk menentukan jodohnya.  Dia tidak tahu hamaba seperti kita boleh meminta bantuan yang Maha Mengetahui.. siapa yang sesuai untuk menjadi pasangan nya..tunaikanlah solat Istiharah untuk meyakinkan diri sendiri tentang jodoh yang datang. Nur Hidayah beralah dia juga melembutkan suaranya..

“Saya tak pandang orang tu tua ke muda untuk menjadi suami saya…tapi saya cakap terus terang, saya tak sesuai untuk Tengku”.

“Kenapa tak sesuai, cuba you terangkan pada I. I nak tahu sebab-sebab you menolak I jadi  pasangan you.. Kalau you tak pandang usia apa lagi yang you jadikan sandaran untuk memilih teman hidup you atau suami you”.

“Memang saya tak pandang usia tapi yang saya ambil kira penerimaan seorang lelaki itu setelah tahu siapa saya”.

“I terima you walau pun siapa you. Kalau nak kata, you anak orang miskin dan you kena tanggunag adik-adik yang ramai.. ok fine I terima juga”.

“Bukan sebab harta dan bukan sebab nak tanggung adik yang ramai..Tapi kita tak sekufu dalam erti lain tak setaraf. Tengku berketurunan. Kalau nak dikira  saya ni dengan  orang biasa pun tak layak. Kita ni sangat berbeza seperti langit dengan bumi”.

“Kalau I kata, I tak pernah pandang semua tu. I tak pernah rasa istimewanya diri yang ber gelaran Tengku. Lagi pun I tak pernah tetapkan, pasangan I akan ber bergelar Tengku juga. Kenapa you cakap dengan lelaki  biasa pun you tak sesuai..I nampak you sama macam perempuan lain yang boleh dijadikan pasangan pada mana-mana lelaki pun. Atau you wanita yang bertukar jantina. .maksud I you dulu lelaki tapi tukar pada wanita”.

“Nauzubillah..Tengku tahu tak perbuatan tukar jantina ni haram..kerana mengubah ciptaan Allah. Bab Tengku tak kisah nak terima saya itu sebab Tengku  tak kenal saya”.

“Yang sebenarnya siapa you. Cuba bagi tahu tentang diri you supaya I tahu siapa you dan kenapa you macam rasa rendah diri sangat”.

“Tengku pernah tenguk resume saya dan tahu tak nama penuh saya?”..

“Tak pernahlah, tapi nama penuh you pernah Farid bagi tahu..Nur Hidayah binti Abdullah betul ke?”.

“Betul itu nama penuh saya, nama dalam kad pengenalan dan nama dalam sijil beranak. Tengku tahu tak dengan berbin kan Abdullah seorang itu mungkin pertama sememang nya nama ayahnya Abdullah, kedua dia seorang anak angkat dan yang ketiga dia anak tak sah taraf itu bahasa sopan, tapi yang biasa kita cakap  dia anak luar nikah”.

“Ohh jadi you yang mana satu..jangan kata awak anak luar nikah pula”.

“Memang itulah kenyataannya..saya anak luar nikah ..jadi layak ke saya menjadi pasangan orang berketurunan  seperti Tengku?”.

“I rasa kesian dengan keadaan you, I tak sangka you macam susah nak bergaul dengan orang ingatkan you sombong, rupanya ada cerita lain disebaliknya”.

“Itulah kisah saya..dan saya tak pernah mengharap datang seorang lelaki menghulur kasih untuk menjadikan saya ni isteri dia. Saya dah lama bersedia menjadi wanita bujang yang tiada hubungan istimewa dengan lelaki. Hubungan saya dengan lelaki saya bataskan hanya hubungan rakan sekerja dan majikan sahaja. Ok sekarang Tengku dah tahu. Boleh kita balik sekarang hari dah beransur petang dah ni”. 


              Mendengar permintaan Nur Hidayah barulah Tengku Faris mengerakkan keretanya.  Perlahan sahaja Tengku Faris memacu keretanya. Dia memandu pun di lorong sebelah kiri. Dalam tekun memandu kepalanya ligat memikir bahasa yang paling lembut untuk memenangi hati Nur Hidayah..

“Hidayah. walaupu I dah tahu siapa you, tapi hati I .I masih nak you jadi isteri I yang sah..you sudi ke?".


“Kan saya dah cakap tadi saya tak layak untuk menjadi isteri sebab status diri saya.”

 "Status you tu perkara kecil sahaja pada I. I tak nampak apa pentingnya status seseorang wanita itu kalau dia nak dijadikan isteri. Cukup  sempurna fizikalnya sebagai seorang wanita dia dah boleh dijadikan isterikan”.



“Tugas wanita bukan sahaja untuk tempat memuaskan nafsu dan penghibur suaminya sahaja Tengku. Seorang wanita akan menjadi ibu, pengasuh dan pendidik pada anak-anaknya”.

“Kalau dah macam tu apa kaitanya dengan status dia pula..rasanya tak jadi masaalah pada status dia”.

“Tengku tahu tak hadzirnya seorang anak luar nikah diatas bisikkan syaitan, jadi tak mustahil dalam jiwa seorang anak luar nikah ada juga bisikkan syaitan jadi bolehkah dia menjadi seorang pendidik dan membimbing yang baik untuk anak-anaknya. Takut-takut  bisik-bisikkan syaitan itu yang dibisikkan ketelinga anak-anaknya”.

“I tak percaya apa yang you cakap. Pada I kalau you seorang yang tidak meninggalkan solat tentu dia terhidar dari bisikkan syaitan. Kata orang siapa yang ada wuduk syaitan tak beranai dekat. Betulkan..jadi macam mana syaitan nak berbisik pada you, you kan sentiasa ada air sembayang. Setuju ye jadi isteri I..I sungguh-sungguh ni”.

 “Itu bergantung pada penerimaan keluarga Tengku. Biar pun Tengku bersungguh-sungguh tapi kalau keluarga Tengku tak terima saya, saya juga tak setuju untuk menjadi isteri Tengku. Sekarang ni ..jangan cakap lagi saya dah bagi tahu siapa saya ..dan saya hanya boleh kata ‘Ya’ kalau keluarga Tengku menerima saya walaupun setelah  meraka tahu siapa saya yang sebenarnya.”

“Hidayah janganlah macam tu,  I memang suka you, tolong bagi I peluang untuk menyayangi you”.

“Walaupun Tengku suka, tapi keluarga Tengku macam mana pula..”

“Yang nak you I..tak ada kena mengena dengan keluarga  I”.

“Untuk saya restu keluarga amat penting. Bukan pada saya sahaja tapi untuk zuriat yang bakal lahir”

“Ia rasa daddy dan mommy I pun setuju dengan cadangan I ni. You jangan bimbang. You cakap setuju supaya senang hati I ni”.

“Dengan persetujuan keluarga Tengku setelah mereka juga tahu status saya”. Memang tegas gadis yang bernama Nur Hidayah binti Abdullah.

“Hidayah!! Kalau mereka setuju I nak cepat-cepat kita nikah ye”. Namun Nur Hidayah tidak membalas kata-kata Tengku Faris bibirnya tertup rapat. Pandangan matanya kedepan, tiada pandangan atau jelingan untuk Tengku Faris.


          Pada Hidayah ada lebih baik dia menjadi pekerja. Dia tidak suka digoda oleh Tengku Faris. Menunaikan kewajipannya sebagai pekerja  dari mengadap Tengku Faris yang menceceh entah apa-apa. Dia tidak menyangka kali pertama dia keluar dengan Tengku Faris itu ayat yang kelaur diri bibirnya. Sudah  dua bulan mereka bekerja dibawah satu bumbung patutlah setiap sehari Tengku Faris  akan mengajaknya keluar makan. Disebelah pagi dia datang untuk mengajaknya minum, sebelah tengaharinya pula akan mengajak untuk makan tengahhari. Waktu  petang nya juga sebolehnya dia mahu menghantarnya pulang. Kadang-kadang dia menjadi rimas dan malu pada rakan sekerja yang lain.

         

Sebolehnya Tengku Faris mahu mengajak Nur Hidayah berbual. Biar perjalan dari Melaka ke Kuala Lumpuy dapat membongkar kisah hidup Nur Hidayah.

“Hidayah selama ni you duduk dengan siapa?”.

“Dengan kawan”.

“Mommy you”.

“Dah lama meninggal”.

“Kesianya you. Jadi you tak ada siapa-siapalah kat dunia ni”.

“Dah lah Tengku ..saya malas nak cerita benda ni..saya redha dengan keadaan hidup saya ni”.

“Cerita lah I nak tahu..I nak tahu tentang semuanya berkaitan dengan you dan mama you.”.

“Mama saya,  dah lima tahun mama meninggal dan sejak mama meninggal saya dah duduk sorang. Tak ada siapa yang mahu mengutip anak luar nikah Tengku. Memelihara nak luar nikah ni akan membawa malu dan musibah”.

“Saudara mara sebelah mama you?”

“Keluarga mama saya dah buang saya. Saya ni tak ada sesiapa. Saya hanya ada  kawan-kawan kat tempat kerja dan kawan  dirumah sahaja. Kalau diorang tahu siapa diri saya munkin mereka pun akan menjauh kan diri dari saya”.


“Ohh” satu keluahan terbit dari bibir Tengku Faris menerima kenyataan yang keluar dari bibir Nur Hidayah. Detik hatinya ‘sedehnya hidup anak luar nikah’. Ada rasa kesal dan kasihan menyelinap dihatinya, terhadap gadis disebelahnya.


“Dah lah Tengku ..saya malas nak cerita benda ni..saya tak mahu nanti Tengku kata saya mencari simpati pula. Saya tak sesusah mana kalau nak dibandingkan anak-anak yang tak cukup makan, emak ayah tak ada kerja tetap, duduk pun dalam rumah yang hamper nak tumbang. Nak belajar pun tak dapat. Jadi macam mana mereka nak mengubah hidup kalau pelajaran pun tak ada. Nampaknya kesusahan mereka bersambung. Hanya menanti takdir mengubah kehidupan mereka. Macam saya tak apa biar lah masyarakat keliling memandang saya hina..tetapi In Syaa Allah kalau saya menjaga ahlak saya. taat pada suruahanNya dan menghidar apa yang dilarangNya saya akan dipandang oleh Allah juga.”.


“Dari cerita you..I dapat rasakan hina sangat anak luar nikah di Malaysia ni..kenapa?”.


“Tengku tahu tak, dalam Islam hukuman orang yang berzina sangat berat..direjam sampai mati..itulah hukumannya. Tengku tahu tak rejam tu apa? dibaling dengan batu.  Kalau dah begitu berat hukumanya, tentulah perbuatan itu sangat tidak elok. Jadi hasil zina itu juga tidak elok dan dipandang hina walaupun bukan dia yang bersalah dalam hal kelahiranya.” Tengku Faris terkedu mendengar hukuman orang berzina dalam Islam. Dia rasa sangat terpukul. Bila melihat Tengku Faris tidak berkata-kata Nur Hidayah meneruskan ceramahnya.


“Mengapa masyarakat kita meneliti menantu yang bakal melahirkan keturunan mereka.. semua orang nak menjaga kesempurnaan keturunan. Biasanya anak luar nikah yang lahir dari bisikkan syaitan akan melahirkan anak-anak yang sukar dibentuk dan dididik..kerana dia juga begitu. Para ibu bapa juga tidak akan sanggup menerima menantu anak luar nikah kerana mereka akan melahirkan anak –yang susah diberi tunjuk ajar kalau tak betul didik. Boleh dikatakan memperisterikan anak luar nikah bererti memperjudikan keturunan sendiri ..”.

“I tak kisah..I yakin you boleh didik anak yang you lahirkan dengan baik.”

“Memang Tengku  tak kisah..tapi keluarga Tengku..mahu ke Dato’(Tengku Faizal) menerima saya…”

“I rasa dia pun tak kisah..dia tahu you baik. Dia puji you depan I dan mommy I, dia recpek habis kat you..dia kata susah nak cari gadis yang taat pada ugama dan mengamalkan solat sunat. I rasa dia pun suka kat you kalau you jadi teman I dunia akhirat I. Ok balik ni I bagi tahu mommy I..In Syaa Allah esok dia akan jumpa you..you suka jumpa dia kat mana kat rumah I?.”. Sudah pandai Tengku Faris mengucapkan akhirat dan sudah pandai juga Tengku Faris mengucapkan In Syaa Allah demi untuk memikat gadis disebelahnya.

“Jangan yakin sangat Tengku..”

“Hidayah..terus terang I cakap..Hidup I penuh dengan kejahatan selama ni. I bukan penganut Islam yang baik..biar pun I berugama Islam sejak lahir. Tapi kerana hasutan nafsu, I jahil dalam berugama. I minta tolong dengan you terima I dalam hidup you dan bantu I bertaubat. I nak bertaubat Hidayah”. Terkedu Nur Hidayah mendengar permintaan Tengku Faris.  Yang sebenarnya bila mendengar Nur Hidayah menceritakan hukuman orang berzina melintas perasaan gerun dihati Tengku Faris dan melintas pula perkataan taubat dibenaknya.

“Ápa yang menyebabkan Tengku yakin saya boleh membantu..”

“Entahlah..tapi bila I pandang you I rasa bersemangat. Yang meyakinkan I you penuh dengan doa..Dari mula kita bertolak dari KL tadi, you tak putus berdoa. Kereta nak mula berjalan you baca doa, nak makan you berdoa, habis makan pun you berdoa.  I minta tolong dengan you sungguh-sungguh, bantu I. Boleh ye..I nak jumpakan you dengan mommy I. I nak yakinkan you yang mommy I tak kisah siapa you untuk jadi menantu dia. Tolong  setuju ye”.

“Tengku ni sungguh-sungguh ke”.

“Please Hidayah I am serious..I bawa you ke rumah I ye”

“Tidak!! Saya tak mahu jumpa kat rumah Tengku..dan saya tak suka jumpa kat restoren”.

“Habis you nak jumpa kat mana?”

“Tak kisahlah kat mana-mana janji tidak di dua tempat tu”.

        Akhirnya perjalanan selama hamper 2 jam sampai juga. Bagi Tengku Faris perjalan itu sangat bermakna. Tapi nekadnya didalam hati dia kan berbincang dengan keluarganya untuk dirinya memiliki Nur Hidayah. Biar pun perbezaan umur mereka sangat jauh. Dia sudah berusia 52 tahun manakala Nur Hidayah baru mencapai umur 27 tahun. Janji Tengku Faris pada dirinya sendiri, jika Nur Hidayah setuju dia akan menjaga Nur Hidayah dengan sepenuh hati. Dia akan bekerja menguruskan perniagaan keluarga mereka dengan bersungguh-sungguh. Dan yang paling penting pada janjinya dia akan melepas kebiasaan nya berpoya-poya dan berhibur di kelam malam. Sekarang ini juga dirinya sudah diubah. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki dikelab. Hanya bersolat lima waktu sahaja yang belum dilakukan.







4 comments:

  1. Suspennya..adakah hidayah ni anak dari perhubungan aruah ibunya dgn tg. Faris...

    ReplyDelete
  2. Sikit lagi taulah..tpi mlm ni tak ada ye..mak teh tak sempat nak siapkan..

    ReplyDelete
  3. alahai mak teh. beerdiri bulu roma bila bayangkan andai hidayah benar anak hasil hubungan ibunya dgn tg faris kemudian hidayah kahwin pula dengan tg faris... hadoi tak sanggupnya... Simpang malaikat 44. Janganlah begitu... Kesian hidayah.
    Tak sabar nak baca kisah seterusnya mak teh.

    k.mid

    ReplyDelete
  4. BUKAN NUR HIDAYAH ANAK TG FARIS KE???BUKAN HARAM UTK BERKHAWIN kE??SUSPEN LA MAK TEH NIE

    ReplyDelete