~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday 10 December 2012

Bab 28. Tidak terkikis kesal dihati



Pagi hari murai berkicau,
Mencari makan dihujung pekan,
Di dalam kilat ada kilau,               
 Rupanya awan mengandung hujan.


            Sepulangnya dari Kuala Pilah terus sahaja Puan Sharifah  menghunginya anaknya. Loqman tinggal bersama kawan bujang dikuarters polis di Bandar Baru Salak Tinggi. Jika cuti kelepasan Am atau Sabtu dan Ahad sahaja dia akan pulang ke Port Dickson menemui papa dan mamanya atau keKuala Pilah menemui sijantung hatinya Ain Nur Syifa.

                   “Assalamualaikum...Man tengah buat apa tu Man.. tengah kerja ke? “

“Waalaikumsalam... Man baru balik dari KLIA  mama, tadi ada kerja sikit kat bangunan kerajaan KLIA.. ada apa mama?”

                  “Man  boleh balik PD tak lepas habis kerja nanti? kita bincang kat rumah dalam telefon macam tak sesuilah pulak, nanti kerja Man terganggu.  Banyak  mama nak cakap ni.”

                      “Bincang apa mama?”

                      “Alah kita bincang pasal Mirah lah.. balik ye Man.”

“InsyaAllah..Man cuba petang nanti.” jantung Loqman berdegup kencang bila nama Amirah    disebut. Tadi dia kebangunan kerajaan KLIA. Dia terjengah-jengah ketempat parking kereta yang dikhaskan untuk para pekerja. Dilihat kereta Amirah ada terpakir disitu. Kereta SAGA 1.3 berwarna ungu gelap, tetapi tidak ternampak tuannya. Sehingga dia selesai berurusan kelibat Amirah juga tidak kelihatan. Dia hampa.. tapi hati rindunya terubat sedikit kerana sudah melihat keretanya. Hai ..Loqman tak nampak tuannya, nampak kereta sudah memadai baginya..  teruk juga angau Loqman pada jandanya rupanya.

                                  Petang itu dia pulang kePort Dickson seperti yang diminta oleh mamanya. Selepas makan malam mereka bertiga berbincang diruang tamu rumah mereka.

“Pagi tadi mama dan papa pergi   Pilah. Papa dan mama dah sampaikan hajat kita. Bagi pihak Pak Su dan Mak Su tak ada masaalah, tapi mereka tak tahu macam mana penerimaan Mirah pula..Pak Su kata kamu kena tanya pada Mirah sendiri.” Jelas mamanya.

“Bila Man kena jumpa Mirah..dia tu cutinya tak tentu..kadang-kadang hari Sabtu dan Ahad pun kerja.. cuti kelepasan Am pun kerja juga, lagi pun Man ada kerja Sabtu dan Ahad ni.”. Bunyi kalam kabut sahaja Loqman mencelah kata-kata mamanaya.

“ Dengarlah dulu cakap mama, ni belum habis mama cakap.. Man dah potong.”rungut Puan Sharirah dengan kekalutan anaknya.

“Ialah Man dengar ni.” Hatinya menjadi tidak sabar dan jantungnya mula berdegup kencang bila nama Amirah disebut itu yang menyebabkan dia menjadi kalut.

“ Kenapa pulak Sabtu dan Ahad ni Man kerja pula..Mak Su kata tadi Amirah mula bercuti  Jumaat ni, jadi mama rasa elok Man ambil cuti juga masa tu, betul tak papanya”.  Papa Loqman mengangkat wajahnya bila dirinya diminta memberi pendapat. Sedari tadi hanya isterinya yang teruja berkata itu dan ini kepada anaknya, dia hanya mendiamkan diri kerana dia ingin memberi peluang kepada cikgu Sharifah melepaskan isi hatinya.

“Betullah cakap mama tu..Man sendiri pergi berbincang dengan Amirah tentag hasrat kita  tu, sebab ibu dan ayahnya memang dah setuju kalau kamu tu jadi menantu mereka lagi. Tapi kalau Man ada kerja Sabtu  dan Ahad cutilah hari Isnin..kerja tetap kerja.. itu tanggungjawab yang harus didulukan. Perkara ni jangan buat tergopoh-gopoh.”

“Ialah papa...Man akan memohon  cuti hari Isnin. Berapa hari agaknya Man nak cuti papa?”

“Ikut suka Manlah cuti Man banyak lagi?”

                “Banyak ... Man nak bincang kat mana mama,papa?”

“yang seeloknya bincanglah kat rumah mereka..Amirah tak akan mahu kalau Man ajak dia keluar, papa jamin memang Amirah tak akan ikut Man keluar, walaupun ayah dia benarkan.”

“Betul kata papa tu Man, Amirah ni lain.” Sokong Puan Sharifah akan kata-kata suaminya.

“Oklah, Man akan turun Pilah hari Isnin nanti, kalau dia kata setuju saja  Man akan nikah terus. Man dah beli cincin, baju dan telekung hantaran untuk Mirah.  Papa dan mama nak tenguk?.”

“Patutlah mama tenguk tadi Man bawa beg besar, bila Man beli?”

“Hari tu.. Man ada kerja kat Putra Jaya, ada masa sikit Man jalan-jalan kat Alambandar.. terjumpa pulak yang Man berkenan.. itu yang beli tu.”

“Man ni terlebih pantas pulak..mana dia mama nak tenguk cincin dan barang-barang yang Man beli tu, sesuai tak.” Loqman kebiliknya mengambil barang-barang yang telah dibelinya untuk Amirah dan sedikit barang untuk dirinya, supaya nanti Amirah tidak bersusahpayah membelikan hantaran balas untuk dirinya pula. Loqman juga ingin menunjukkan kesungguhanya memiliki Amirah kembali kedalam hidupnya. Dalam diam rupanya dia sudah bersiap sedia.

“Ni mama,papa..yang ini barang untuk Man dan yang ni Mirah nak bagi untuk balasannya. Sehelai sejadah, sepasang baju melayu berwarna hijau muda sama warna dengan baju yang untuk Amirah dan sehelai kain pelikat. Ok tak mama”

“Ok lah ni, tapi Man kamu tu nak nikah kali kedua nak bagi hantaran juga ke  Man?. Rasanya tak payahkan papanya. Kalau cincin ni tak apalah kan..”

“Dah beli tak apalah..baju ni nanti pakai masa nak nikah, elok ni sama warna  hijau...yang lain lain ni kamu boleh juga pakai untuk pakai harian nanti..betul tak mamanya.”

“Elok juga cadangan papa tu...”

“Man tak nak bersanding.Man nak nikah  saja. Kami pun dah pernah bersanding dulu, lagi pun kami dah ada anak..malu pulak nampak dek Syifa. Nikah kemudian buat makan-makan jemput jiran-jiran tepi rumah memadailah kan papa.. boleh tak buat macam tu.” Setelah lama berbual dan berbincang barulah mereka tersedar perbincangan mereka sudah terlalu jauh.

“Kita cakap-cakap ni  macam dah nak jadi betul. Kita terlupa pulak Mirah belum cakap setuju lagi kita dah berangan..kalau dibuatnya Mirah tak setuju macam mana. Kita ni.. macam kata peribahasa ‘Burung terbang dipipiskan lada.’” Loqman terkedu bila papanya berkata begitu. Sesungguhnya mereka bertiga beranak, sungguh mengharapkan kehadiran  Amirah dalam keluarga mereka,tapi kata-kata papa nya memang ada kebenarnya.

            Pada Loqman jika kedua papa dan mama mengharapkan kehadiran Amirah, dirinya apatah lagi memang itulah harapan agar Amirah bersetuju menerima dirinya kembali, itulah juga doanya setiap hari..  Harapannya makin menggunung bila  mendapat sokongan papa dan mamanya dan juga ibu dan ayah Amirah sendiri, itulah sebabnya dia lupa diri sebentar tadi. Tetapi yang lebih menguatkan lagi harapanya adalah janji adik Amirah yang akan cuba membantu membuka pintu hati kakaknya untuk menerima dirinya tempohhari. Yang sebenarnya Loqman ada terserempak adik Amirah yang numbor dua (Adnan) DiPutra Jaya sebelum itu....

Ketika dia keluar dari Masjid Putra Jaya, belakangnya ditepuk oleh seseorang,  ketika ditoleh...

“Assalamualaikum apakhabar abang Man.”

“Waalaikumsalam..baik..lama betul tak jumpa angah..apa macam sekarang?. Dah makan? Jom kita pergi makan.” mereka bersalaman dan berpelukkan dihadapan pintu masjid.

“Jomlah angah pun belum makan lagi memang cadang nak makan selepas Jumaat.” Panjang bual mereka hari itu.

“Abang Man kerja kat sini ke?..tapi tak pernah terserempak pun”.

“Takk..Abang masih kerja kat Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang..ni datang ada kes mahkamah.. ingatkan lama nak selesai rupanya sekejap saja.”

“Angah macam mana...bila lagi nak berdua..kerja dah ada..calon dah ada?”

“Entahlah abang Man, calon memang dah ada..tapi angah ni anak lelaki yang tua, tanggung jawap pada ibu bapa lebih besar dari anak perempuan..tapi kalau angah kawin dan kak Mirah tak kawin lagi, tentu dia yang akan memikul tanggungjawap tu. Angah tak mahu macam tu bang, angah akan tunggu sampai kak Mirah kawin dulu, lepas tu barulah angah fikir nak kahwin. Tapi kak Mirah tu susah sikitlah bang...kalau kita sebut saja pasal kawin, naik angin dia satu badan. Bila ayah dan ibu yang tanya banyak pula alasan yang dia bagi. Dia tu sepatutnya dah tak payah fikir sangat pasal keluarga lagi..ayah dah tak susah sangat. Angah dan Tirah pun dah kerja dah bagi ayah ibu duit.” Keluh Adnan mengenai kakaknya. Loqman hanya mendiam- kan dirinya sahaja. Perit hatinya jika ada cerita yang bersangkutan dengan Amirah.

“Abang Man nak tahu, ada sekali angah cadangkan kawan angah.  Dia ni dah agak berusia kalau tak salah umurnya dah nak masuk 38tahun, orangnya pemalu dengan perempun, tu yang tak dapat cari girlfrend..dia minta tolong angah carikan. Dia kata dia tak kisah anak dara atau pun janda..dia memang nak sangat berumah tangga.. jadi angah tanya kak Mirah kalau dia setuju angah jalankan. Angah bukan apa, kawan angah ni baik orangnya.. penyabar lagi pun orangnya pandai berjimat cermat, ekonomi dia pun dah stabil maklumlah kerja dah lama. Dia pun memang dah sepatutnya berumah tangga.  Tapi bila angah cakap dengan kak Mirah..dia marah angah sampai sekarang. Perkara tu angah cakap tiga ke empat bulan dulu. Tapi sampai sekarang kalau angah call dia tak angkat pun, takut sangat kita ungkit pasal tu. Kalau jumpa kat rumah ayah, siap dia bagi amaran kat angah lagi.. kalau sebut saja perkara tu, dia tak akan keluar bilik. Bukan itu saja abang Man, ibu ada cakap juga dengan angah, bila ada orang datang merisik dia kat kampung tu, tapi semuanya dia tak nak. Angah berharap sangat dia kahwin..tapi kalau macam tu gayanya bila lah agaknya dia kahwin lagi. Pening kita orang dibuatnya....entah lah abang Man kak Mirah tu macam dah serik nak kahwin.”

“Ini semua salah abang.. ngah, mungkin sikap abang  dulu menyebabkan dia serik nak kahwin lagi. Abang minta maaf sangat-sangat ngah, cakaplah dengan ayah dan ibu angah, abang minta maaf banyak-banyak, sebab perangai abang dulu menyebabkan kak Mirah serik nak kahwin, yang sebetulnya abang menyesal sangat atas perbuatan abang tu.” Dengan wajah yang sayu Loqman menyatakan kekesalanya.

                   “Ehh tak adalah macam tu. Dah ditakdirkan jodoh abang Man dengan kak Mirah hanya setakat  tu apa nak buat. Janganlah abang salahkan diri abang. Kalau dah ditakdirkan kita macam tu redha sajalah abang.”

“Entahlah ngah...abang menyesal sangat dengan apa  yang abang dah buat pada Mirah dulu.”

“Sorrylah bang.. angah dah buat abang sedeh pula, dahlah bang kita jangan pikir pasal kak Mirah lagi, kalau ada jodoh dia, IsyaAllah kawinlah dia. Emm abang Man bila lagi? takan nak jadi macam kak Mirah juga? Abang jadi solo lagi pun dah tiga tahun kan?.” Adnan cuba menceriakan keadaan bila dilihat mendung diwajah bekas abang iparnya.

“Abang sebenarnya tunggu kakak angah,  kalau dia  nak lagi kat abang ni abang nikahlah dengan dia, kalau dia tak nak, abang pun rasa tak nak nikah lagi.” kedengaran  sedih suara Loqman meluahkan isi hatinya. Walaupun bekas adik iparnya cuba menceriakan keadaan.

“Kenapa pula macam tu?”

“entahlah ngah..abang rasa, abang hanya sesuai dengan dia saja..dengan perempuan lain abang rasa macam susah nak cari keserasaian.”

“Serasi macam mana abang Man?.”

“Cara hidup kita seharian..cara makan kita.. abang ni susah nak ubah cara makan kita dengan orang lain..kalau  kita sama kita kan senang ngah. Kita ni kalau masak lomak tiap-tiap hari pun tak apo tak gitu ngah.”

“Ialah bang, angah pun macam abang juga..tapi angah sejak kerja ni,cuba juga nak ubah cara makan, lagi pun angah berkenan pun dengan bukan dengan orang Negeri Sembilan..dia orang Selangor jadi angah kena belajar juga makan asam pedas dan nasi kerabu..rasanya ok juga.. tapi kalau dapat masak lomak daging salai mak mentuo lalu belakang ko.. lalu dopan ko.. angah buat tak tahu saja asalkan langsai ‘misi’ kito.” berderai ketawa dua beradik dua pupu tidak mengira orang keliling lagi.

“tapi abang tak tahulah.. rasa tak boleh nak masuk pulak. Ni haa kuah lemak ayam ni tak macam masakkan emak kita..kalau dapat sipi-sipi pun tak apa.. ini entah apa-apa rasanya..tak terasa podeh..tak terasa asamnya, tak berbau serainya pun ....tu yang abang tak suko sangat makan kat luar, banyak bonar yang tak terkenan kat tokak kito.” kata Loqman pula. Adnan hanya memandang bekas abang iparnya yang makan macam orang tak lapar terkuis-kuis saja sedari tadi.

“Bang..Abang tak pernah tanya kak Mirah ke abang nak rujuk dengan dia balik?”

“Abang nak cerita pun malulah ngah..sebab semua ni memang salah abang.  Abang sebenarnya masih sayang kat kakak Angah tu, sayang abang  pada dia masih macam dulu tapiii..”. Loqman menghentikan bicaranya..dia merasa malu lalu menundukkan mukanya berpura-pura memandang nasi yang hendak disuapnya.

“Ceritalah bang.. apa yang  nak dimalukan.. kita nikan masih adik beradik walaupun bukan adik ipar lagi tapi masih adik beradik dua pupu, mana tahu angah boleh tolong. Kita sama-samalah cari jalanya.” mendengar Adnan berkata begitu, Loqman mula berfikir mungkin ini peluangnya mendapatkan Amirah semula. Dia harus menceritakan cerita sebenar dan isi hatinya.

“Yang sebetulnya  setahun lepas abang bercerai dengan isteri abang orang Johor tu , abang dah cakap kat Mirah yang abang nak rujuk balik  kat dia..  Asal mulanya macam ni...abang ternampak kakak  angah keluar dari bagunan kerajaan kat KLIA. Abang beranikan diri call dia..mula-mula dia ok.  Bila dengar kak Mirah kamu tu macam ok saja kat abang, abang pun selalu call dia.   Dia layan abang macam biasa, kami cerita  pasal Syifa, kadang-kadang pasal keluarga abang. Bila abang rasa macam dia dah boleh terima abang balik.. abang cakaplah hajat  abang nak rujuk balik. Dia marah abang dan lepas tu lansung dia tak jawap call atau SMS abang sampai sekarang. Abang rasa kalau cakap-cakap sebagai seorang kawan atau sebagai adik beradik dia tak kisah, tapi kalau bab nak jadikan dia isteri kita balik, dia tak boleh nak terima. Dia memang dah buang abang dalam hidup dia ngah.” Kelihatan sayu wajah Loqman dimata Adnan menceritakan rahsia yang dipendamnya selama ini.

 “Jadi abang adalah jumpa kak Mirah kat KLIA tu.”

“Bukan jumpa, cakap-cakap ‘face to face’.. abang hanya pandang dari jauh saja kemudian cakap dalam tetefon..tapi sekarang ni dah tak ada lagi..dia tak jawab call abang..abang hanya dapat pandang dia dari jauh saja.”  Loqman menundukkan wajahnya melindungi matanya yang sudah mula berkaca-kaca seakan mahu menangis, mengambarkan kesedihan hatinya.

“Tapi abang Man.. memang abang sungguh-sungguh ke nak rujuk balik dengan kak Mirah?”

“Jangan tanya macam tu angah. Abang ni kalau dia cakap setuju sahaja.. jam-jam ni juga abang nak nikah dengan dia balik..abang betul- betul nak rujuk balik dengan dia..abang menyesal ceraikan dia dulu.. menyesal sangat-sangat.”

“Yang sebetulnya kenapa boleh abang ceraikan kak Mirah dulu..sorry lah bang kalau angah tertanya perkara yang abang nak lupakan.”

“Tak apa ngah..supaya jadi pengajaran pada angah dan pada abang juga..lagi pun abang memang nak cerita dengan seseorang, supaya lega dada abang ni..cerita ni abang tak pernah bagi tahu sesiapa, dengan mama dan papa abang pun abang tak cerita. Sebab abang betul-betul malu dengan kebodohan diri abang ni. Tapi ngah.. simpan cerita yang pedih ni rasa macam simpan bom dalam hati..kadang-kadang tu macam nak pecah dada abang ni, bila terkenang dan kita kesal sendiri.” Loqman mula menceritakan kesilapanya dulu untuk dikongsi bersama bekas adik iparnya.

                “Entahlah ngah masa tu.. bila doktor bagitahu saja Mirah mengandung, abang jadi kecewa pula. Abang rasa baru saja dapat hidup berdua dengan dia, baru saja nak manja-manja  dengan dia..tak lama lagi abang nak  ‘share’  kasih sayang dia dengan anak pula. Bodoh betul abang masa tu.. cemburu dengan anak sendiri. Mungkin Allah nak duga abang..di baginya kakak angah masa awal mengandung teruk sangat mabuk mengadungnya, sampai tak boleh nak bangun. Ternyata abang kalah dengan duagaan itu. Angah tahu masa tu abang rasa..abang terkontang kanteng sendiri,  abang rasa macam kakak angah dah tak hiraukan abang. Yang heran kenapa abang jadi lupa.. dia macam tu sebab abang juga. Angah nak tahu masa tu tak ada rasa simpati abang kat dia..hati ni rasa macam nak marah saja, bila dia tak hiraukan abang. Makan dan pakai abang dia dah tak boleh jaga.Dia hanya tergoleek saja atas katil.  Bila dia bangun saja.. tempat yang dituju bilik air.. muntah-muntah kadang-kadang dia duduk dalam bilik air tu dekat setengah jam..abang jadi rimas dengan keadaan dia. Untuk meredakan tekanan abang, abang pun mula keluar dengan gadis lain, yang akhirnya dia perangkap abang jadi suami dia”.

“Ohh abang diperangkap ke?..Macam mana dia perangkap abang Man?”.

“Itulah dalam pandainya kita, kita terkena juga. Ngah..kita ni antara lelaki dan perempuan tak boleh menjadi kawan rapat. Jangan sekali-kali merapatkan diri dan menceritakan masaalah kita terutama masaalah rumahtangga dengan orang  yang berlainan gander...kalau kita buat juga tanggunglah atas perbuatan kita, sebab apa tau ngah, kita ni berlainan gander walau macam manapun.. sifat akan tertarik antara satu sama lain mesti akan terjadi. Kalau dah berlainan sifat, sama lah  macam magnet yang berlainan kutub, macam mana halang pun dia akan melekat jugakan. Katakanlah memang abang  jujur pada istilah persahabatan dan tak ada rasa apa-apa, selain dari rasa sebagai seorang kawan..kita tidak tahu hati dia pulak. Pada mulanya abang macam tulah, abang tak ada rasa apa pun dengan dia..pada abang dia hanya tempat abang meluahkan rasa tidak puas hati abang  saja.”

“Ceritalah bang macam mana abang boleh terperangkap.” Angah bagai tidak sabar ingin mendengar cerita bekas abang iparnya. Seingatnya dahulu abang iparnya yang beria-ia ingin memiliki kakaknya. Tetapi nikah mereka tidak sampai setahun, sudah berkecai mahligai yang mereka bina. Umpama mahligai pasir ditepi pantai bila dilanda ombak, sudah roboh tidak meninggalkan bekas lagi.

“Yang sebetulnya dia tu kerani tempat abang kerja, jadi kami selalu lah bertemu dan bertegur sapa. Pada mulanya  dia tunjuk simpati pada abang..simpati pada masaalah yang melanda isteri abang yang mabuk teruk.. Abang pun tak perasan yang dia suka kat abang. Dia selalu ambil berat..bila abang sampai waktu pagi, mesti dia tanya keadaan abang. Bila nak makan tengahari dia offer diri nak temankan abang.. Abang apa lagi, bila  ada orang tunjuk baik kat kita, ada orang sudi nak temankan, abang on ajelah...ajak makan dan  minum sama-sama.. kat rumah pula kita macam terbiar saja tak dipedulikan. Bila dah selalu makan minum sama-sama, mulalah kita ceritakan masaalah kita..masaalah rumahtangga kita. Dek selalu sangat bersama dia, abang rasa semacam pula kalau tak jumpa dia.”

“Rasa macam mana bang?”

“Ialah kalau dah selalu jumpa bercerita-cerita..kita akan rasa tak sempurna hari kita kalau tak jumpa dia..pada abang rasa tu bukan rasa sayang atau rindu..tapi rasa macam tak lengkaplah hari kita, sebab ada satu aktiviti yang kita tak buat. Lepas tu makin menjadi-jadi kelaku abang. Kalau mula-mula dulu minum pagi dengan makan tengahari saja dia temankan abang.. tapi lama-kelamaan makan malam pun abang ajak dia. Rupanya dalam baik.. dia menanamkan rasa ragu pada isteri kita. Bila dah ada rasa ragu-ragu pada isteri kita..kita mulalah nak marah saja kalau pandang muka Mirah. Satu hari kami bertengkar, abang terlepas perkataan cerai. Bila dah bercerai makin galak abang jumpa dengan dia. Tapi abang memang tak ada  rasa apa-apa pada dia..tak rasa pun nak jadikan dia kekasih.. nak jadikan  isteri jauh sekali. Sebab dia buka citarasa abang. Abang suka wanita yang bertudung dan tak bersolek. Abang suka wanita yang asli muka dia. Tapi dia ni jenis orang bersolek tebal. Tapi abang suka dia sebab dia sudi temankan abang, masa abang tengah sedeh. Ajak saja bila dan kemana, dia tak pernah menolak. Abang rasa  terhutang budi pula dengan dia. Tak sangka pula.. baik dia ada makna...ada udang sebalik batu.  Abang sebetulnya terlupa pula  pada kata bidalan ‘ Kalau tidak berada-ada takkan tempua bersarang rendah’...
            Masa abang bercerai  dengan Mirah abang tanya pendapat Liza..dia kata tunggu sampai kak Mirah merayu pada abang, nak rujuk balik..kalau kak Mirah merayu ertinya kak Mirah masih sayangkan abang dan  mengharapkan abang dalam hidup dia..tapi kalau kak Mirah tak merayu memang dia dah tak sayang kan abang. Abang ni bodoh betul masa tu abang tak boleh berfikir..abang ikut saja cakap dia. Angah nak tahu, kak Mirah memang tak merayu pada abang.. walaupun abang bagi tempuh seminggu untuk kak Mirah merayu..masa kat pejabat kadi pun dia tak cakap apa-apa.. dia tak salahkan abang apa-apa.
            Masa tu abang rasa memang betul cakap dia ... Mirah tak sayangkan abang lagi. Abang rasa sedeh sangat. Abang pun kehulu kehilir dengan dia nak hilangkan rasa sedeh konon.  Rupanya dalam diam, dia berpakat dengan keluarganya perangkap abang supaya nikah dengan dia”.

“Macam mana abang boleh terperangkap?.”

“Hari cuti tu dia ajak abang berkelah kepantai Danga Bay...sebelum pergi pantai dia ajak singgah rumah dia dulu.. yang tidak jauh dari pantai tu. Angah tahu bila samapai rumah dia, orang dah ramai. Dah siap pasang kemah, memang mereka dah siap-siap tinggal tunggu abang sampai saja. Lepas tu ayah dia ugut abang supaya nikah dengan dia. Siap dengan pengawal dua tiga orang. Kalau abang tak nak, diorang akan pukul abang..rupanya bapa dia ketua kampung kat situ. Abang tak ada pilihan abang nikah. Abang sedar dan abang tak salahkan dia 100%..abang juga salah, abang  sendiri yang membiarkan diri abang diperangkap. Walaupun dia ada cakap kalau abang tak suka dia lepas nikah tu abang boleh ceraikan dia.. Tapi tak tahulah masa dah lepas nikah tu abang terfikir baru tiga bulan lepas abang melafazkan cerai untuk kak Mirah.. ni baru beberapa jam nikah dah nak lafazkan cerai lagi, abang serba salah jadi abang teruskan jugalah perkahwinan tu. Tapi rupanya tak mampu bertahan lama. Bila ada berselisih faham sahaja hati sering mengingatkan kita cara dia dapatkan kita..mulalah terungkit .. Walau pun abang cuba nak terima dia seadanya tapi tak boleh.. akhirnya kami bercerai juga”.

“Ialah bang kadang-kadang kita ni, selalu tak berfikir secara waras..main ikut hati saja”.

“Ngah.. abang sebetulnya makin lama abang duduk serumah dengan Liza, rasa tertipu dalam diri abang makin terserlah kat mata abang ni, makin abang buang jauh rasa terkilan tu makin dia datang dengan tingkah laku dia, itulah sebabnya abang tak boleh nak terima dia...entahlah ngah.“ keluhan berat  keluar dari mulut Loqman lagi.

“Kenapa pula?”

“Dulu masa dia ajak abang pergi berkelah ke Danga Bay, dia ajak bersungguh-sungguh sangat.. tapi angah nak tau  ..sampai kami dah bercerai ni, abang tak pernah pergi pantai tu dan tak tahu macam mana rupa pantai tu. Dia tak pernah ajak pun ngah.. selalau abang terfikir ajakkanya dulu tu hanya alasan kerana dia nak perangkap abang .”

“Ohh ye ke..sekarang ni apa perasaan abang pada dia?”.

“Abang tak rasa kesal bercerai dengan dia ngah, tapi abang rasa cukup menyesal bila abang ceraikan kakak angah. Abang tersedar yang abang sangat sayang kat kakak Angah bila dah setahun kami bercerai.. pertama kali abang jenguk Syifa..nampak betapa jenihnya mata anak abang tu, baru abang tersedar abang sangat perlukan mereka berdua. Sejak pada tu hidup abang ni terasa kosong sangat..hidup abang rasa macam tak ada semangat. Setiap saat rasa kesal dengan perbuatan abang.. perkataan menyesal mendera abang walaupun abang cuba menepisnya. Kalau dulu abang tak pedulikan kak Mirah sebab rasa dia tak sayang abang, tapi sekarang ni kalau kak Mirah tak sayang abang pun, abang nak balik  hidup dengan dia juga... biarlah dia tak sayang abang tapi abang sayangkan dia, abang akan jaga dia sampai dia akan sayang pada abang. Abang memang perlukan dia dalam hidup abang ni..ngah.”

“Kenapa agaknya macam tu ye bang?”

“Entahlah ngah... dengan Liza..hilang dimata hilang juga dihati, rasa tak teringat langsung..tapi dengan kak Mirah...makin lama tak pandang, dia makin subur pula kenangan bersama dia .. agaknya masih ada tak jodoh abang dengan kakak angah tu.” Dengan pandangan kosong dia memandang bekas adik iparnya.

“InsyaAllah..kita carilah jalanya sama-sama... nanti angah  call Tirah..kadang-kadang Tirah ni bab-bab macam ni banyak saja akal dia”.

“Kalau angah dan Tirah sanggup tolong.. abang bersyukur sangat. Abang janji kalau masih ada jodoh abang dengan kakak angah. InsyaAllah abang akan jaga dia sebaik mungkin.” Itu janji Loqman.


4 comments:

  1. Bab ni luahan perasaan Loqman. Tak sabar nak tunggu bab Loqman pujuk rayu Amirah kembali pada dia. Perwatakan Loqman ni macam Tengku Farid gak kot, tapi Tengku Farid dapat penasihat yang betul. ^_^

    ReplyDelete
  2. Lamanya lahai ku tertunggu2 new entry... akhirnya.....

    Tu lah kau Luqman.... bingai bonar... kang dah meyosal....

    Copek... poie pujuk rayu si Amirah tu.... Selawat bebanyak.... berdoalah supayo dio nak terimo kau balik Jang... hihihi.....

    ReplyDelete
  3. yo..boto...copek pujuk dak amirah tu....heheheh

    ReplyDelete
  4. walaupun, agak terkesan membosankan sajian ceritanya, kalau orang Indonesia bilang terlalu bertele-tele, tapi aku suka petuah yang terkandung dalam cerita ini, makanya aku selalu mengikuti cerita selanjutnya...

    ReplyDelete