~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Tuesday 5 November 2013

Bab 40 Siapa aku dihatimu




(mak teh tak berapa pandai nak terangkan crita tentang genY dan X ni , tapi mak teh pernah dengar satu ceramah seorang doctor cerita hal macam ni. Kalau kita nak anak lelaki bersamalah masa kita subur. Macam mana nak tahu waktu subur kita.suhu badan wanita akan lebih panas sedikit dari biasa. Guna jangka suhu untuk menentukan, jangan hanya  pegang leher atau tekap tangan kat ketiak saja. Waktu subur seorang wanita hanya sehari sahaja setiap bulan dan setiap wanita tak sama waktu suburnya. Itu yg mak teh  tahu.) Yang lama sikit nak post sebab nak buat ayat perenggan nilah tapi boleh tak faham apa yang mak teh cuba sampaikan.


Selesai solat Nuri mengambil anak-anaknya dan didudukkan dipangkuanya. Pehanya dilapik dengan kain batiknya. Dia mengambil AlQuran. Dia mahu mengaji. Dia mahu membaca surah Mariam malam itu untuk anaknya yang didalam kandungan.  Setelah tahu dirinya hamil, dia akan membaca tiga surah untuk dirinya dan juga bayi dalam kandunganya. Surah Maryam agar dia mudah bersalin kelak, Surah Yusuf agar anaknya cantik  wajah dan cantik tingkahlakunya dan Surah Loqman agar anaknya bijak nanti. Syukri ingin mengambil anak-anaknya supaya bacaan isterinya tidak terggangu.

“Meh sini anak baba duduk dengan baba tenguk tv”.

“Tak apalah bang, biasa pun memang macam ni, biar mereka temankan saya baca Quran”. Syukri membiarkan sahaja apa yang mahu dilakukan oleh isterinya.

Dia juga turut duduk disisi isterinya. Dia mahu mendengar suara isterinya mengaji. Sebenarnya dia suka mendengar suara isterinya bila mengalunkan bacaan ayat suci terdengar sahdu dan sayu. Selesai mengaji anak-anaknya sudah merengek mahu ditidurkan. Nuri kebilik mengangkat anak perempuanya manakala Syukri pula mengangkat anak lelaki mereka. Bila azan Isyak berkumandang sekali lagi mereka mendirikan solat Isyak berjemaah.

            Malam tadi dua tiga kali anak perempuannya bangun dan menangis. Nuri bangun melayani anaknya dia keruang tamu kerana tidak mahu menggangu tidur suaminya. Tetapi bila tangisan anaknya semakin kuat Syukri terjaga juga dia bangun untuk membantu isterinya. Dia memegang dahi anaknya.

“Kenapa anak baba ni. Tak sedap badan ye. Badanya tak lah panas sangat. Selsemanya masih ada ke Nuri”.

“Kalau dah menangis ni tentu selsemanya datang balik. Saya dah sapu Vicks dah, tapi meragam juga.”

“Meh baba pula yang dukung.”

“Tak apa bang, pergilah abang tidur esok abang nak kerja”

“Habis Nuri tak kerja ke esok?”.

“Saya lain saya uminya..”

“habis abang ni siapa? Dahlah Nuri meh sini abang dukung pula”. Malas dia mahu memanjangkan rasa kecil hatinya dengan isteri yang didepan mata, Syukri mengendurkan suaranya. Syukri tahu dia yang menguris hati Nuri dia harus bersabar dengan kata-kata Nuri.

 Nuri menyerahkan anaknya kepada suaminya. Didukungan Syukri anak dara berhenti menangis. Syukri membawanya keadalam bilik mereka.

“Nuri ambilkan abang minyak”

“Minyak apa?”

“Abang nak urut sikit badan Nuha, hari tu abang tenguk  alang (adik perempuan Syukri yang ketiga) buat macam tu bila anak dia demam,  anak dia diam macam selesa bila emak dia buat macam tu”. Nuri menghulur sebotol kecil minyak baby oil ketangan suaminya. 

Syukri mula mengurut perlahan belakang badan anak perempuannya Nuha. Nuha kelihatanya diam akhirnya terlena. Dia tidur dalam keadaan meniarap. Setelah anaknya lena barulah mereka berdua menyambung tidur.

Syukri sampai kebengkel agak lewat. Pada hal dia sama-sama menghantar anak-anaknya kerumah kak Ton. Tetapi setelah menghantar anaknya dia masuk semula kedalam rumah.

“Nuri pergilah kerja, abang yang kunci pintu ni nanti. Nak pergi ginihari rasanya awal sangat bengkel buka pukul sembilan. Nanti pukul lapan setengah abang pergilah, lagi pun abang nak sambung makan mee. Sedap pulak mee hoon putih macam tu”. Ketika itu jam menunjukkan pukul tujuh pagi.

”ialah saya pergi dulu”. Nuri mencapai tangan suaminya menyalami dan mencium tanganya itulah tanda hormat seorang isteri kepada suaminya. Selagi lelaki itu suaminya dia akan berbuat begitu sehinggalah dirinya dilepaskan kelak.

            Mereka bersarapan mee hoon Singapore pagi itu. Setelah makan Syukri masuk kebilik tidur dan merebahkan dirinya. Matanya mengantuk memang minta untuk lelap walau sepicing. Tidak sempat untuk fikirannya merawang dia sudah terlena. Lena yang sungguh lena hingga  terdengar bunyi dengkuran. Akhirnya dia terjaga pada pukul 10 pagi. Ketika dia sampai dipejabatnya Sarah sudah ada dimejanya.  Syukri terus sahaja berlalu masuk kebilik pejabatnya. Melihat Syukri tidak memperdulikkan dirinya Sarah mengekori suaminya kedalam pejabat suaminya.

“Kenapa bang nampak letih saja. Dahlah masuk lambat”.

“Nuha demam malam tadi. Dia meragam hidung tersumbat”.

“Nuri kerja hari ni?”.

“Kena kerja sebab dah MC dua hari, hari ni dia kerja waktu pejabat. Untuk tiga hari ni kena kerja pagi”.

“Oh..abang dah minum ke”.

“Minum tu sudah hanya menangtuk saja, ni”

“Oklah Sarah keluar dulu”.

“Ialah abang pun nak turun kebengkel, nampaknya banyak kereta tu. Kesian pulak diorang”.

Tengahari itu wakyu makan tengahari Nuri keklinik berhampiran untuk memastikan kata-kata suaminya yang mengatakan dia mengandung adalah benar. Dia diperiksa oleh seorang doctor wanita Melayu pula.

“Apa masaalah puan?” sapa doctor wanita itu lembut.

“Saya nak pastikan saya mengdung ke tidak.”

“Ok..dah ambil air kencing” ketika itu muncul seorang nurse membawa sekali alat menguji kehamilan yang telah direndam dengan air kencing Nuri selama setengah jam.

“Dah, kat luar tadi nurse dah ambil sample air kencing saya”.

“Doktor ini puan ni punya” Nurse menunjuk alat menguji kehamilan yang telah dicelup kedalam air kencing Nuri.

“kalau melihat timbul dua garis pada alat ni, positive puan mengandung..  jom kita scan pula nak tahu berapa minggu kandungan puan”.

Dari paparan discreen computer Nuri dijangkakan hamil dua minggu.

“Doktor macam mana boleh saya mengandung?, saya baru lepas bersalin 3hari lagi masuk empat  bulan, saya belum pernah datang bulan lagi selepas pantang dan anak saya menyusu badan. Kata orang selagi kita tak keluar haid tidak mungkin kita mengandung, betul ke doktor?”

“Puan ada darah nifas berapa hari”.

“Lebih kurang 40 hari”.

“Dalam masa 40 hari tu ada tak darah tu kering kemudian seminggu lepas tu datang lagi.”

“Ada, selepas saya bersalin darah keluar dengan banyak tapi makin lama makin sedikit hingga hamper 30 hari kemudian bersih. Seminggu kemudian keluar balik dengan banyak selama 7 hari lepas tu barulah bersih betul. Lepas tu saya tak pernah lagi keluar darah. Bukan itu bermakna saya belum pernah didatangi haid selepas saya bersalin. ”.

“Darah yang keluar selama hamper 30 hari selepas puan bersalin itu darah nifas puan, dan kering dalam seminggu. Bila  darah keluar balik itu darah haid puan yang pertama selepas bersalin. Puan tak keluar darah lagi sebab puan dah mengandung. Puan! Bila kita dah datang haid selepas bersalin ertinya ovary kita sudah mengeluarkan telur itu waktu subur seorang wanita. Jika ada sperma ketika itu, 90% persenyawaan akan terjadi. Yang sebenarnya, jika seorang wanita itu tiada masaalah Rahim dan sperma juga tidak bermasaalah peluang untuk seseorang itu mengandung cukup tinggi. Sebab sperma akan boleh bertahan hidup dalam Rahim seorang wanita selama empat hari. Jika dalam masa emapt hari ada pelepasan telur dari ovary wanita tadi, persenyawaan akan terjadi, terbentuklah janin.Ini sebagai pengetahuan puan sahaja lah,

…Jika sperma masuk kedalam Rahim seorang wanita ketika wanita itu subur maksudnya ketika ovarinya melepaskan telur kemungkinan tinggi dia akan menadapat anak lelaki, tetapi jika sudah empat hari sprma telah berada dalam Rahim baru tiba waktu subur wanita tadi jika terjadinya persenyawaan anak yang bakal lahir adalah anak perempuan.”

 “Haa macam mana pulak tu doctor.”

“Yang sebenarnya setiap sperma mengandungi gen X dan Y tetapi gen Y lebih agresif dari gen X. Tetapi GenY boleh hidup hanya dua hari sahaja dalam Rahim seorang wanita. Sedangkan gen X akan hidup selama empat hari.  Jadi kalau masa tu telur sedang dilepaskan tentulah gen Y ini akan sampai dahulu kerana dia pantas dan cergas maklumlah lelaki. Jika genY yang sampai dulu pada telur yang baru dilepaskan oleh ovary dapatlah kita anak lelaki”.

“Ohh! Begitu tinggi risiko seorang wanita itu mengandung rupanya.” Keluh Nuri, dia merasa sangat kecewa mendengar jawapan doctor.

“Mestilah itulah sebabnya kita harus berhati-hati. Jika kita makan pil perancang keluarga jangan miss walaupun satu hari. Kena ingat betul-betul.” Tampa sedar keluar keluhan di bibir Nuri.

Kenapa puan?”.

“Saya yang sebetulnya tak bersedia untuk mengandung lagi, anak saya baru nak masuk empat bulan”.

“Habis puan nak gugurkan? Tapi pada saya kita sebagai orang  Islam janganlah sampai buat macam tu. Terima sajalah rezeki dari Allah. Tapi selepas  bersalin yang ini puan kena hati-hatilah. Banyak cara kita boleh merancang kelahiran anak. Kalau puan suka puan boleh makan pil perancagn keluarga. Kalau tak suka makan ubat, guna sahaja kaedah IUD.

Alat Instrauterin (IUD)Alat ini berbentuk 'T'. Kalau puan nak pakai alat ni doctor yang akan dimasukkan alat ini ke dalam uterus. Ia adalah alat yang fleksibel. Tujuan alat ini adalah untuk  mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. Terdapat dua jenis IUD:
1.     Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun.
2.      Progestasert Progesterone T pula, perlu diganti setiap tahun.

Atau guna kaidah
Implant "Norplant" adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Kapsul-kapsul ini ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. Ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun. Dua kaidah ni memang berkesan.

Kalau puan tak suka yang ni, puan boleh sahaja meminta suami puan memakai kondom ketika hubungan suami isteri dijalankan. Yang sebenarnya banyak cara untuk kita mencegah kehamilan zaman dah modenkan tapi ialah kalau Allah nak bagi kadang kita terlalai sedikit dah jadi, jadi terima sajalah rezeki Allah.”.

 “Ialah”. Itu jawapan Nuri cuba redza apa yang telah direzekikan kepadanya. ‘Dulu menunggu bertahun-tahun tidak mendapat hasilnya, sekali Allah nak bagi berderet-deret sampai nak bernafas pun tak sempat’..detiknya dalam hati.

“Walau macam mana pun puan kena jaga kesihatan dan permakanan puan, supaya darah kita mencukupi untuk diri dan janin kita.
….Semasa hamil keperluan zat besi meningkat berikutan jumlah darah dalam badan si ibu bertambah sehingga 50% dari biasa. Zat besi penting untuk pembinaan haemoglobin. Haemoglobin ni pula PENTING kerana ia merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan dan SANGAT DIPERLUKAN oleh bayi yang sedang membesar dalam rahim si ibu.
Punca kurang darah:
    Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik dalam zat harian.
    Mengalami muntah yang kerap pada trimester pertama kehamilan.
    Kerap mengandung iaitu kurang dari 2 tahun.
Tanda - tanda kurang darah di kalangan ibu hamil:
    Pucat
    Rasa letih dan tidak bermaya
    Kesukaran bernafas / sesak nafas
    Sentiasa rasa pening
    Rasa pitam bila bangun
    Kebas kaki dan tangan
    Rasa mengah dan berdebar-debar
    Degupan jantung cepat.
Kesan kepada ibu:
    Mudah mendapat jangkitan.
    Jika berlaku pendarahan keadaan akan lebih mudarat.
    Mudah mendapat penyakit lemah jantung.
    Kematian si ibu ketika melahirkan
Kesan kepada bayi:
    Keguguran
    Pembesaran janin terbantut
    Anak lahir tidak cukup bulan
    Anak lahir kurang berat badan
    Anak mati dalam perut

Sedikit tips ringkas untuk ibu hamil yang mengalami masalah anemia(kurang darah)
    Banyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi macam kerang, kupang, lala, tiram, ikan bilis... 
    Pilih sayur yang tinggi zat besi dan folat seperti pegaga, peria, kangkung, pucuk keledek, pucuk paku, ulam raja, bayam,pucuk gajus, daun pudina, cekur manis, dan daun remunggai. (Mak teh panggil daun kelo atau buah kelo untuk masak kari dal)

    Elakkan minum teh, kopi atau susu bersama hidangan makanan utama atau ketika mengambil pil zat besi kerana boleh mengganggu penyerapan zat besi. Sebaliknya ambillah air limau atau jus buah-buahan lain.

    Banyakkan  pengambilan makanan dan buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi yang optimum ke dalam badan..

Semakin besar bayi dalam kandungan puan, semakin banyak zat besi yang puan perlukan untuk pembentukan haemoglobin. Ibu-ibu hamil jangan sesekali pandang ringan ye tentang masalah anemia ni. (peringatan untuk diri sendiri juga). Selain mengamalkan makanan seimbang, pengambilan Vitalea-Iron 2 biji sehari inshaAllah boleh membantu menangani masalah anemia ketika hamil.

 “Nanti ambil ubat yang diperlukan di kaunter ye puan..puan mesti memastikan ubat ini habis dimakan untuk kesihatan puan terjamin dan anak dalam kandungan puan selamat dilahirkan dengan cukup sihat. Lagi pun anak yang dilahirkan dengan cukup segala zat yang diperlukan insyaAllah anak menjadi anak yang cemerlang dan ber IQ tinggi.”.

“terima kasih doctor”.

Panjang lebar penerangan tentang kurang darah yang diberi oleh doctor wanita yang bernama Mas Norizan dihadapan Nuri. Nuri keluar dari klinik dengan semangat akan menjadikan semua anaknya cemerlang dari segala segi, walaupun ketika itu sudah tiada seorang lelaki yang bergelar ayah disisi mereka. Entah mengapa tiba-tiba Nuri mendapat semangat yang kuat untuk menempuhi segala dugaan dan ujian yang akan datang kepadanya. Mungkin semangat itu datang dari anak yang didalam kandunganya.

Malam itu walaupun malam giliran dirumah Sarah namun Syukri pergi juga kerumah Nuri. Tujuanya hanya untuk membantu Nuri menjaga anak-anak sebelum anak-anak mereka tidur. Tetapi rutin itu menyebabkan Sarah rasa kehilangan. Jika dulu Syukri selalu menemani dirinya kini keadaan sudah terbalik pula.

“Sarah,  abang dah nak balik ni, abang nak jenguk Nuri dulu. Kesian pula abang tenguk nanti dia masak sambil, mendukung Nuha.”

“Ehh malam ni bukan ke abang kat rumah Sarah”.

“Abang ingat tu, tapi Sarah kena faham anak-anak abang kecil lagi, susah Nuri nak nak masak dan solat kalau tak ada orang tolong jagakan anak. Abang balik cepat ni sebab masa ni Nuri  tengah nak masak, kesian dia masak sambil dukung anak. Entahlah sebab dia anak perepuan ke Nuha ni manja sikit. Abang balik dulu ye. Ingat ye sebelum balik tu pergilah pergilah beli makan malam sekali, nanti taklah susah nak keluar lagi. Keluar malam sorang-sorang malam merbahaya. Malam nanti lepas anak-anak dah tidur abang balik”. Ada sedikit aduan berkenaan anak kecilnya didalam perbicaraan mereka, mungkin mengharapkan kefahaman Sarah untuk melepaskan dia pergi kerumah isteri tuanya.

“ialah”. Waktu itu baru pukul 530 petang dia sudah ditinggalkan. Sebelum ini jika malam itu adalah giliran malamnya suaminya dia akan bersama suaminya selama dua hari. Jika malam itu giliran rumah Nuri pula selepas Isyak barulah suaminya meninggalkan dirinya. Kini seawal pukul 530 petang dirinya sudah ditinggalkan. Sarah sudah mula terasa dirinya terabai.

Tidak terasa masa yang sentiasa berganti, terasa cepat sungguh hari berlalu kini usia kandungan Nuri sudah berusia lima bulan. Pagi itu ketika Sarah dan Syukri bersiap untuk kebengkel tiba -tiba tetefon bimbit Syukri berdering. Dengan pantas Syukri bekejar kebilik mencari telefon, ditakuti Nuri menguhubungi jika ada apa-apa kecemasan.  Kini sudah ada sikap prihatin Syukri kepada Nuri dan anak-anak. Yang dia tahu Nuha tidak sedap badan lagi hari itu. Malam tadi dari cctv nya dia menyaksikan tiga empat kali Nuri bangun melayani anak dara kecilnya. Dia hendak membantu, tetapi Nuri tidak membenarkan kerana malam itu giliranya dirumah Sarah.
Kerana tidak sampai hati malam itu Syukri kerumah Nuri, kebetulan kunci ruamh Nuri yang didalam simpananya tertinggal dirumah Nuri. Lalu dia menghubungi Nuri.

“Nuri buka pintu abang dengar Nuha menangis tu, biar abang tolong jaga malam ni”.

“Tak payahlah bang saya boleh jaga sorang”.

“Bukalah pintu abang dah ada depan pagar ni.”

“Malam ni tak payah bang. Saya boleh jaga anak saya, pergilah abang balik, saya ok”.
“Nuri…”belum habis Syukri berkata-kata cepat dipintas oleh Nuri.

“Bang pergilah balik, walau pun abang tolong saya  jaga anak malam ni, keputusan saya tetap sama. Saya tak akan mengubah pendirian saya. Jadi pergilah abang balik, saya nak membiasakan diri saya. Bukan setakat dua saja yang saya akan jaga sendiri nanti, tapi bakal tiga. Dari sekarang saya kena belajar “. Sungguh keras hati Nuri. Tidak pernah terjangkau oleh Syukri kekerasan hati Nuri sebelum ini. Syukri menangis didalam kereta. Dia pulang kerumah dan memerap dibilik kerjanya. Dia  memerhati isteri dan anak-anaknya dirumah yang lain melalui CCTVnya. Sebal hati Sarah, walaupun suaminya ada bersamanya namun dirinya dibiarkan terkontang kanteng didalam bilik sendirian.

31 comments:

  1. baru Sarah ada akal.....macam tu lah yg Nuri rasa bila dia selalu dok ambik masa Nuri. What you give is what you get....

    ReplyDelete
  2. Yessss akirnya nuri btekad nk jga bpisah.....
    Thanks mak teh tuk n3 baru......

    ReplyDelete
  3. Padan muka sarah sekali. Suami dpn mata pun hatinya dirumah lain. Kalau bercerai pun macam tu la nanti. Silap2 lg teruk gila talak.
    Lepas ni Nuri dah tau kaedah merancang keluarga.

    ReplyDelete
  4. Finally ada jugak new n3 pg nie. Thank Q so much mak teh...

    Now it your turn Sarah tuk merasa apa yang Nuri rasa selama nie. Hahaha (gelak jahat). Biar si Sarah pulak merasa makan hati berulam jantung....

    ReplyDelete
  5. Pagi lagi mak teh dah post, cuti ke.
    Banyak mane pun mak teh post tetap tak puas baca. Tapi tetap sabar menanti. Faham, menulis(menaip) tak sama mcm membaca. Nway tqsm

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja, ni tangan gatal nak jwab tpi kerja bnyak, jwb sikit ni yg lain x leh nak jwb.

      Delete
  6. Alhamdulillah ada entri baru. Syukri kalau mahu raih kepercayaan Nuri bukan mudah dan bukan sekejap. Nuri dah merana 2 tahun mana mungkin boleh diganti dengan perihatin 9 bulan. Harap ada penyelesaian antara mereka. Rasanya keluarga Nuri dan Syukri perlu campurtangan dalam hal ni.

    ReplyDelete
  7. Dulu suka sangat skodeng org kat cctv. Sekarang dah mula sebal lak. Tu la, jgn salah guna ye. cctv tu bukan utk hiburan awak.

    ReplyDelete
  8. Sarah, awak tu pekerja. Syukri tu bos, suka dia la nak masuk@blk keje pukul berapa. Nak tgk anak bini dia. Bengkel tu harta dia orang. Menumpang buat cara menumpang. Buat cara mcm Nuri. Giliran awak suami awak. Jgn cukai2 giliran orang lain.

    ReplyDelete
  9. Baru syukri tahu betapa sakitnya hati nuri selama ini.. kalau dia dah sedar diri tu silap perbanyakkan doa dan tinggalkan aje si sarah tu dengan segera.. hahaha ( kelak jahat untuk sarah..) padan muka... Sedih pulak rasa hati dengan kesukaran nuri.. rasa tak sanggup nak sokong supaya dia orang berpisah kalau syukri dah berubah.. Tq mak teh atas post n3 baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian, kesian jugak. Tapi geram pun masih jugak. Sakit hati bila ingat dia tipu Nuri. Semakin Nuri diam semakin menjadi. Bila Nuri dah bersuara baru dia tau langit tinggi rendah.

      Delete
  10. Kesian nuha seolah-olah menagih kasih sayang dan perhatian daripada baba dia. Kalau syukri selalu mendampingi anak-anaknya mesti dia boleh jadi ayah yang bertanggung jawab... Tindakan nuri tak bagi dia masuk tu amat berbaloi-baloi supaya dia lebih sedar diri... Tuhan nak suruh dia tersedar betapa besarnya kesilapan yang telah dilakukan kepada nuri selama ini... Mak teh tak sabar nak tahu kisah seterusnya... Berilah kebahagiaan pada nuri, kesian anak-anaknya. Tentu mereka amat perlukan perhatian dan kasih sayang mutlak dari baba mereka. huhuhu..

    ReplyDelete
  11. Apa saje yang syukri buat tak dapat melembutkan hati Nuri. Masa berlalu, hanya tinggal 4 bulan saje Nuri nak bersalin. Pandai² syukri la nak tawan hati anak²nya. Nampaknya Nuha pun dah tau rindu sentuhan babanya. Yang jadi masalah perasaan kasih-an syukri pada sarah yang begitu tinggi. Nuri pulak dah serik hidup bermadu kerana menyedari kekurangan diri berbanding madunya. Antara sayang dan kasihan, syukri kena pilih satu je. Mereka memang tak boleh bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain dari diabaikan, tindakan Nuri dipengaruhi dengan penderitaan nenek busunya. Lutfi sendiri mengakui dia kurang perhatian bapanya sebab sibuk dengan bini muda.

      Delete
  12. padan muka gedik..baru kau rasa..
    dan padan jugak muka syukri bila nuri buat gitu..
    biar sama2 sakit jiwa bila dah meniayakan nuri..

    ReplyDelete
  13. thanks mak teh for de n3..
    mak teh mmg best...

    mak teh..saya teruja membaca entry semalam yg sarah nak syukri ceraikan nuri..
    wahhh..sudah ada konflik nanti dan saya x sabar nak menunggu apa tindakan syukri di atas permintaan gedik tu..

    ReplyDelete
  14. Sayang Mak Teh, 10q for the new n3, so proud of u for being so knowledgeable. Senang hati bila anak dah ke sekolah suami kerja, skg sambil kopi baca n3 baru. Yiiiipppiiiii suka dengan watak keras Nuri sekarang, at the same time satu pelajaran juga untuk both syukri n Sarah. jangAn curi masa madunya. rasaiii lah!!!! Kepala otak masih terfikir yg Nuri ikut dia pulang n find out dia sedang berkemban itu curi masa Nuri. Agak2nya apa perasaan Syukri bila ibunya sendiri yg akan cakap apa yg arwah ibu mertua sumpah dulu. The point is bencilah dgn both of them. Macan novel Teduhan Kasih suami sendiri benci tapi ada insan lain yg akan ada, betul tak kawan2
    Salam sayang dari Zurich

    ReplyDelete
  15. ketara sangat nuri betul2 jauh hati dgn syukri sampaikan syukri dtg pun dia suruh balik ke rumah gedik..begitulah akibatnya bila lama memendam rasa..syukri dan gedik sama2 kelihatan sakit jiwa..padan muka masing2..syukri sakit jiwa bila nuri tak endahkan dia dan gedik pun sakit jiwa bila syukri tak endahkan dia jugak..ini baru balasan kecil2an..buat baik di balas baik, buat jahat jangan sekali...

    ReplyDelete
  16. adui..reti lak menangis si syukri ni bila nuri x pedulikan dia..
    baru tau rasa sakit dihatikan..
    dulu masa tengah seronok dgn gedik bila kangkangan kencundang..
    tak pedulikan perasaan nuri kan..
    asik perasaan gedik je yang dijaga..
    ha..sekarang rasain dua2nya sekali...

    ReplyDelete
  17. mekaseh mak teh tok entry terbaru ni..mcm2 benda saya belajar bila baca novel2 mak teh selain enjoy dgn cerita2 yg menarik dan sentiasa hangat membara...

    Semuga segala urusan nuri dipermudahkan dan berakhir dengan kebahagian dia anak beranak...dan kalau dpt saya juga nak tengok bagaimana berakhirnya kehidupan gedik n syukri setelah menghancurkan perasaan nuri dan turut menghancurkan hati kita semua..

    ReplyDelete
  18. menangis saya bila nengok bagaimana nuri membawa diri..walaupun syukri ada di depan mata tetapi hatinya dah tepu untuk syukri membantunya..selama 2 tahun dia memendam rasa..selama 2 tahun syukri membahagikan kasih sayang dgn tidak adil..sampaikan dia dah terbiasa dengan kehidupannya sendiri walaupun ada suami tetapi suami dok sibuk nak melayan kerenah sarah..dan hati saya juga turut tepu untuk syukri walaupun dia cuba untuk mengambil hati nuri kembali...

    ReplyDelete
  19. sukanyaaaa. nuri bertegas dgn pendiriannya. bru si syukri tau betapa hancurnya hati nuri. x mudah nk rawat hati yg hancur dh lebih dua tahun.
    apa le pulak rancangan sigedik tu nanti.
    moga kebahagiaan berpihak kpd nuri bersama anak anaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati klu sakit masih blh diubat tp klu hancur dn luluh dpt kata nurivsudah ditoreh smpi kering mmg x de ubatnya.
      -dibah-

      Delete
  20. Cerai je sisarah tu. Biar dia cari laki kaya raya. Kalau dah setiap masa dengan Nuri, baru la boleh kot Nuri pertimbangkan permintaannya. Ada bini macam sarah pun bukan untung apa, mengabiskan duit je. Dah dua tahun lebih, tak reti2 lagi nak masak. Ada hati lagi teringin anak. Arwah maknya tak mau anak keturunan Syukri, mak mertua plk risau anak kebuluran mak pemalas.Mak mertua jgk yang disalahkan. bencinyer....

    ReplyDelete
  21. Tak sabar nak tunggu baby ketiga lahir. Adakah kali ini mak teh bagi dia peluang bersama-sama Nuri dan dapat azankan anaknya.

    ReplyDelete
  22. hati seorang isteri bila di lukai..kena lak cam nuri yg simpan perasaan sendiri...memang payah nak sembuh..sedihnya...

    ReplyDelete
  23. adui..nyilu lak baca part yg nuri pergi jumpa doktor tu..di fahamkan lepas pantang je dia terus bersama2 dgn syukri eh..tak sakit ke..kira luka belum baik lagi kan..tapi nak di katakan apa..nuri stok isteri mithali kan..ikut je kehendak suami tanpa membantah..yg suami lak hampeh...kalau datang rumah nuri tak sibuk nak makan, nak ehem2...baru hari ni je nak tunjuk yang dia seorang suami dan bapa bertanggung jawab..tu pun sebab tengok nuri dah dingin..tu di depan mata dah terasa..yg 2 tahun kau buat nuri cam nan hado tu kau tak fikir lak..dok sibuk melayan rengetan si gedik la..dok sibuk melayan godaan si gedik la..dok sibuk nak belikan makanan si gedik la..ngalahkan melayan budak terencat akal..padahal umur tu dah tua..buat malu kaum je...camni punya orang pun hado...

    ReplyDelete
  24. wow..mak teh mmg superb la..
    cekap dan pantas..
    smlm saya outstation..tiba2 pulak wi fi ada problem kat hotel..
    baru je sampai rumah..ha sekali tgk berderet2 cerita mak teh update..
    terima kasih daun keladi..kalau ada tepek la lagi...

    mak teh..nak mintak mak teh describekan nuri seorang yg cantik..
    entah kenapa dalam kepala saya dok membayangkan seorang perempuan yang tersangatlah kurusnya sampai melengkung badan kerana menahan derita..
    dah tu muka saya membayangkan cengkung dan pucat..
    sebab dulu2 mak teh dok cerita yang nuri susah nak makan..
    jadi di sebabkan sekarang ni nuri dah tak peduli akan suami dan si gedik tu..
    boleh tak mak teh tulis yg nuri sudah semakin happy dengan life dia..
    ada ke takde ke si syukri dia dah tak kisah..

    yg si gedik tu mak teh sampai la ni saya membayangkan dia seorang yang cantik, menawan, seksi dan pandai menggoda..
    padahal pengotor dan pemalas yang amat2..
    saya memang tak suka sebab saya typical pembaca novel yang hero mesti kacak, heroin mesti hensem tp kalau watak yg jahat tu suka hati nak cantik boleh kalau hodoh lagi saya suka..
    tapi kalau dia cantik pun tetap hodoh di sebabkan perangai jelik dia tu...

    sekian..terima kasih...

    ReplyDelete
  25. Saya setuju buat nuri berpisah pergi jauh dkt abangnya..sambung belajar ke...atau kerja tempat jauh...senang hati...berisi dan cantik dan ada org suka kat dia...baru padan muka sukri mak teh......

    ReplyDelete
  26. tak sabar nak baca post baru mak teh... betul2 tak sabar.

    ReplyDelete
  27. hehehe..makteh...bila baca ulangkali adamasa rasa kasihan juga dekkat sarah... bila fikir syukri yg benar2 bersalah sebab dia sendiri tak dapat kawal diri dia..kalau dari awal dia betul2 berlaku adil ..takda la nuri terabai dan sarah pun takla terasa juga.. bila dah 2 tahun sentiasa berkepit maybe sarah terasa plak bila tidak dipedulikan... eh yg lain2 jgn marah ya bila saya komen macamni... bukan nak membela sarah just pandangan saya je ..hehehe

    ReplyDelete