~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Thursday 7 May 2015

Nur Hidayah 58



Sudah seminggu Tengku Faizal, cucunya dan isteri masing-masing pulang dari Mekah. Mereka berdua pun sudah memulakan kerja. Dipertengahan minggu itu, hampir pukul sepuluh pagi dia didatangi oleh seseorang.Tadi semamsa dia dihubungi oleh penyambut tetamu dia sudah dimaklumkan akan kunjungan seseorang untuk menemui dirinya. Hatinya mula berdebar. Dan dia masih mengingati  lelaki yang akan memasuki biliknya sebentar lagi. Bila mendengar pintunya diketuk terus sahaja dia bersuara menyuruhnya masuk.


“Silakan masuk”. Jemput PAnya menjemput orang yang mahu menemui dirinya.


“Terima kasih. Asalamulaikum Dato’. Apa khabar”.Cepat sahaja Tengku Faizal memandang kepintu bila mendengar suara lain yang menyapanya.  Seorang pemuda terjengul di ambang pintu biliknya. Lalu peristiwa enam bulan  dulu terbayang diruang mata.


“Walaikumsalam ..masuk doctor, masuk.. Mimi tolong hidangkan kami minuman ye”. Dengan spontan Tengku Faizal bangun dan menghulur tangan. Mereka bersalaman lalu Tengku Faizal membawanya duduk di sofa yang tersedia dibiliknya. Sebelum PAnya berlalu sempat lagi dia meminta.


“Ada apa ye doctor datang ni..nak cakap pasal Hidayah ke..macam mana dengan kesihatanya doctor. Ada yang tak kena dengan Nur Hidayah..dia dijangkiti ke?.” Baru sahaja cecah punggung di sofa itu pertanyaan yang di tanyai oleh Tengku Faizal. Yang sebenarnya hatinya jadi berdebar dengan kunjungan doctor yang tidak disangka-sangka. Berdebar Tengku Faizal kerana takut mendengar berita yang tidak baik untuk cucu perempuanya.


“ Nauzubillah janganlah hendaknya sampai kesitu..In Syaa Allah kesihatanya ok dato’. Keputusan ujian darah kali kedua ni pun tak ada tanda-tanda dia dijangkiti. Dato’ saya datang ni memang nak cakap pasal Hidayah tapi bukan  berkenaan kesihatanya”.


“ohh lega bila dengar you cakap macam tu. I ni bila nampak you tadi macam nak pecah rasa jantung..ingat ada cerita tak baik. Nak Tanya pasal peribadi lah ni”..


“Kiranya macam tulah. Kalau Nampak saya tak beradap maaflah dato’ saya tak berniat nak menghina Hidayah ..tapi ialah saya tak ada siap yang nak diharapkan untuk berbincang perkara macam ni. Maklumlah yang sebenarnya emak saya Cina yang masuk Islam kerana nak kahwin dengan ayah saya. Jadi dia dibunang oleh keluarga. Keluarga ayah pula tak mahu emak saya..jadi kami dibuang juga. Itulah sebabnya saya tak ada siapa siapa yang diharap dapat uruskan hal saya ni. Nak harapkan emak sekarang ni sejak dia diserang angin ahmar bahasa yang keluar dari bibirnya orang tak faham, saya fahamlah sikit-sikit maksud yang dicakapkan.”


“Allah! kesihanya you..tapi nak buat macam mana kan, takdir Allah kita kena terima dan setiap hambaNya  akan diuji dengan berbagai ujian hendak bertabah sahaja, supaya kita mendapat ganjaran pahala dengan ketabahan kita,  doctor”.


“Dato’ yang sebenarnya saya datang jumpa dato’ nak minta keizinan...Saya nak menjadikan Nur Hidayah isteri saya. Saya harap dato’ tidak memandang saya  tak beradap, sebab saya sendiri yang bertanyakan hal ni pada dato’. Betul ke saya jumpa dato’ ni,  sedangkan dato’ adalah bekas bapa mertua dia”.. Kata-kata doctor Johan tersekat-sekat kerana malu..tapi dia terpaksa kerana jika dia malu dia tidak akan dapat memilikI wanita  yang telah mencuri hatinya. Di datang menenui Tengku Faizal diatas nasihat kawanya  Azrul Azam.


“Asalamulaikum..Zam! kau free malam ni jom kita lepak tempat biasa. Aku ada benda nak cerita kat kau lah Zam”.


“Ok set..tempat biasa..ehh kau tak kerja ke”.


“Aku kerja pagi ni..esok kerja pagi lagi..jadi malam ni aku freelah”. Bila Azru Azam sampai di tempat yang dijanjikan kelihatan Doktor Johan sudah sedia menanti.


“Cepat kau sampai..dah habis pun air kau”.


“Aku lapar sangat..tu yang aku oder air fresh mangga ni nak alas perut, sementara kau datang aku sedut dah tinggal suku gelas ni ha”.


“Kau tak makan sejak bila ni..jangan cakap kau makan malam tadi sahaja yang jadi kau kelaparan”.


“Aku makan roti..hanya  aku tak jumpa nasi dari malam tadi itu yang lapar sangat ni”.


“Carilah patner Jo boleh uruskan makan minum kau”.


“Aku nak cerita pasal patnerlah ini yang aku ajak kau lepak ni..jom oder dulu sambil makan, boleh sambil kita bercerita”. Mereka memesan makan berhidang malam itu, untuk memenuhi selera mereka yang kelaparan.


“Ceritalah..” pinta azrul Azam sambil tanganya menyuap nasi kemulut.


“Zam! yang sebetulnya aku terjumpa dengan Nur Hidayah dua minggu lepas.Tapi sebelum tu aku nak tanya kau, kau masih menaruh harapan pada dia ke”.


“Aku tak boleh terus berangan bila ibu ayah aku tak setuju..aku takut kalau ikut kan kata hati aku, DERITA yang menanti. Kalau aku sahaja yang menderita tak apalah, tapi aku kesian dia dari kecil dia menderita Jo..biarlah dia dapat lelaki lain. Lelaki dan keluarga lelaki yang boleh meneriman dia seperti yang dia mahukan”.


“Kalau kau dah cakap macam tu..rasanya aku yang nak dengan dia. Yang sebetulnya macam ni..masa aku terserempak dengan dia dua minggu sudah, terus sahaja aku pasang niat nak jadi terus dengan dia..jadi aku bawa dia jumpa mommy aku. Aku nak tenguk sendiri boleh tak dia terima aku dengan mommy aku yang macam tu”.


“Apa hasil yang kau dapat”.


“Alhamdullilah..masa aku sampai mommy aku memang tengah tak terurus langsung..bibik entah pergi mana. Kau tahu bau rumah aku tu tak boleh nak cakap apa..geram betul aku dengan bibik..bayaran lebih yang aku bagi pun tak menjamin dia jaga mommy aku dengan baik Zam geram betul aku..tapi nak buat macam mana mommy aku tak nak aku hantar di kat rumah penjagaan orang tua”.


“Kau ceritalah aksi Nur Hidayah yang dah sampai rumah kau tu”.


“Oh ye..bila aku suruh dia masuk, dia masuk. Aku tenguk dia tak tutup hidung pun. Aku yang sebetulnya rasa dah nak termuntah dengan bau hancing dari bilik mommy aku, entah dah berapa hari bibik tak cuci bilik air mak aku tu Zam..”


“Kau kena jenguk mak kau selalu lah Jo..Kita tak boleh harapkan bibik sahaja. Kesian mak kau”.


“Entahlah sejak seminggu ni, kemalangan banyak betul. Aku kena dipanggil bertugas  memanjang. Masa tu..aku baru balik kerja malam dah dua malam aku kerja malam. Memang tak sempat aku nak jenguk emak aku Zam. Masa aku sampai emak aku dah bangun dan dia terkial-kial nak bangun mungkin bila dengar aku bagi salam dia cuba nak bangun. Aku cuba nak bantu dia duduk kat kerusi roda nak tolak dia masuk bilik air. Tapi kau tenguklah aku yang sekeping ni..ditambah dengan makan yang  tak tentu arah sahaja, makan nak hidup saja... jadi tenaga nak angkat mak aku pun kurang.  Aku tak sangka bila dia tenguk aku tengah terkial-kial dia datang tolong.. Dia tak jijik dengan keadaan mak aku. Dari gaya spontan dialah aku yakin dia boleh terima aku dan emak aku”.


“Wah kau dah letak hati kat dia baru kau nak cerita dengan aku kan..kalau aku jawab tadi yang aku masih menaruh harapan dengan dia, macam mana”.


“Aku akan merayu dengan kau minta dia untuk aku”.


“Emmh tak ada maknanya lah Jo. Aku memang tak boleh nak teruskan dengan dia. Hanya aku harap kau boleh jaga dia dengan baik. Kau ceritalah lagi..apa jadi lepas tu. Kau dah tanya, dia sudi tak terima kau”.


“Aku tanya dah, tapi dia jawab macam dia jawap dengan kau dulu lah..dia nak persetujuan emak aku baru boleh dia terima aku”.


“Dia ada tak suruh kau cerita status dia dengan mak kau”.


“Ada ..aku Tanya mak aku depan dia lagi. Dia nampak sendiri persetujuan mak aku tampa banyak soal”.


“Ohh mak kau dah setujulah..”.


“Apalah yang mak aku ada, yang nak memilih sangat menantu. Ada orang sudi terima aku dengan dia sekali pun dah cukup pada mak aku. Aku tahu dia rasa terkilan bila bekas isteri aku tinggalkan aku kerana dia jadi macam tu.”.


“Ohh jadi dia dah terima kaulah”.


“Dah..tapi masaalahnya mak aku nak kami ikut adat..sebab nak memuliakan seorang gadis katanya. Tapi  aku tak tahu kat mana aku nak mulakan langkah bila Hidayah kata dia tiada waris. Zam cuba kau fikirkan macam mana nak mulakan langkah..tak kan nak terus tarik tangan dia pergi pejabat khadi atau nak pergi pada bekas bapa mertua dia. Kau rasa patut ke aku buat macam tu…tapi aku rasa tak patut lah pulakan. Ehh Kau kata hari tu abang sepupu dia kawan kau kan..kau boleh bawakan aku pada ibu bapa sepupunya tu”.


“Aku rasa tak berapa sesuai kau pergi jumpa mak sedara dia, sebab mak saudaranya tu memang tak sebulu dengan Hidayah ni. Aku rasa ada lebih baik kau jumpa dengan bekas bapa mertua dia, selain bekas bapa mertua Tengku Faizal tu atuk Hidayah ..Dia cerita tak dengan kau tentang ni”.


“Cerita..itu yang aku suka dia,  dia tak berahsia tentang dirinya. Dia nak sebelum kita ambil dia jadi isteri tiada rahsia yang disorok..aku rasa kejujuranya”.


“Kalau kau memang dah suka memang baik sahaja yang kau nampak. Tapi bagus juga Hidayah dapat orang yang baik macam kau. Kalau dah jadi suami isteri nanti kalau dia silap sikit jangan kau ungkit perkara  atau kisah dia”.


“In Syaa Allah Zam...”.


“Kalau kau memang nak tahu pendapat aku..Aku rasa..pergilah jumpa Tengku Faizal minta restu. Betul cakap  emak kau tu hormatilah dia sebagai wanita yang baik.”.  Dengan nasihat itu Dr. Johan ke hotel kepunyaan Tengku Faizal menyampaikan hasrat hatinya.


“Doktor ..bekas bapa mertua ni sama tarafnyanya dengan bapa kandung hanya dia tidak boleh menjadi wali dia sahaja, yang lain sama. I adalah mahram Hidayah dunia akhirat. Lagi pun untuk pengetahuan Doktor Johan.. I sebenarnya datuk pada Hidayah..Walau pun syarak mengatakan dia tidak boleh dinasabkan dalam keturunan I, tapi hakikatnya dia tetap cucu I, darah daging I”.


“Jadi dato’ restulah kalau saya nak ambil dia jadi isteri saya”.


“Kecil tapak tangan nyiru I tadahkan. Setuju sangat. Alhamdullilah..masih ada yang sudi ambil cucu saya..terima kasih ye. ”


“Terima kasih dato’. Apa syaratnya kalau saya nak meneruskan hajat saya ni”.


“I rasa macam nilah kita terus nikah sahaja..tak payah nak bertunang bagai ..oh ye umur you berapa..kalau tak salah umur Hidayah dah 30 tahun rasanya”.


“Saya dah nak masuk 34 dato’”.


“Haa terus nikah sahaja boleh..nak tunggu apa lagi umur you dan Hidayah pun dah masuk 30 series”.


“Saya ikut sahaja cadangan dato’”.


“Sebelum tu I nak tanya, you kena jujur. You tak ada siap-siapa dalam hidup you. ialah memandangkan you berkerjaya takkan tak ada peminat”.


“Terus terang saya katakana saya pernah nikah dulu..tapi kami dah bercerai  sebab dia nak pergi luar negara kerja kat sana”.


“Ohh!!  tapi mana tahu x-wife you balik dan nak sambung hubungan dengan you”.


“Saya rasa tak mungkin sebab dia tak suka ada tanggungjawab dengan ke hidupan berumah tangga. Dia nak bebas. Itu yang dia cakap dulu masa dia minta cerai.”


“Dia cakap macam tu, tapi hati you pula macam mana..I tak mahu bila you dah dengan Hidayah perkara ni timbul dan menjadi masaalah pada Hidayah pula”.


“Saya dah tak ada rasa dengan dia. In Syaa Allah kalau saya masih waras saya tak akan kembali dengan dia”.


“I menaruh semua kepercayaan I pada you, I harap you dapat bahagiakan Hidayah. Ingat ye kalau you dah dengan Hidayah jaga lah dia elok-elok. Nanti  I balik I bincang dengan isteri I.”




Tidak disangka pulang sahaja dia kebilik sewanya, telefon tangannya berbunyi. Bila dilihat ada nombor yang tak dikenali tertera discreen telefon tanganya.


“Asalamulaikum” ..suara seorang perempuan  dihujung talian memberi salam. Dengar suara macam suara anak dara.. Doktor Johan senyum segaris mentertawakan nalurinya yang dah mula nak minat dengan suara wanita bila hal nikah kahwin dibincangkan tadi.

“Waalaikumsalam..dengan siapa ye saya bercakap ni”.

“Saya Tengku Fairdah nenek Hidayah.. Tadi ada bincang dengan suami saya tentang Hidayah ye”.

“Betul..”.

“Kalau macam tu boleh tak kita jumpa. Cari waktu sesuai yang panjang  sikit. Atau doctor ambil cuti..kita jumpa dan berkenalan”.
  ‘Dah sudah apa pula bala yang nak datang ni’ detik hati Johan Hamdi. Dia tahu  enam bulan dulu Nur Hidayah menjadi orang yang disyaki kerana kata-kata yang keluar dari mulut Tengku Faridah.








3 comments:

  1. Mmg Tengku Faizal seorang yang baik. Apa lagi yang hendak disiasat oleh Tengku Faridah. Harap bukan kerana harta lagi. Janganlah Tengku Faridah bersangka buruk lagi. Memang Nur Hidayah ikhlas ke atas Johan dan ibunya dengan syarat statusnya diterangkan dan dijelaskan. Moga Tengku Faridah tidak bersangka buruk lagi.

    ReplyDelete
  2. Mungkin Tengku Faridah nak beri restu tu... Dia nak berpesan suruh Dr Johan jaga Hidayah baik2... Kan dia dah insaf.... Tak sabar nak baca bab seterusnya mak teh...

    k.mid

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete