~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday 4 November 2012

Bab24 Tidak terkikis kesal dihati




Burung merbuk di tepi pekan,
Pipit tuli mati terjerat,
Buah mabuk jangan dimakan,
Pokok berduri jangan dipanjat.


         Liza  sangat gembira ditukarkan  kenegeri tumpah darahnya negeri kelahirannya. Kini dia sudah semakin hampir dengan keluarganya. Liza anak manja, anak kesayangan Encik Abu Hanifah dan Puan Maimun..anak perempuan yang paling cantik jika dibandingkan dengan kakak dan adik perempuanya. Itulah sebabnya emak dan abahnya melebihkan dia  dari adik beradiknya yang lain. Kebetulan pula hanya dia yang keluar dari kampung untuk bekerja dengan kerajaan. Seorang kakaknya sudah  berkeluarga dan seorang adik perempuannya pula hanya bekerja kilang disekitar negeri Johor. Abang-abangnya pula hanya bekerja dikebun kelapa sawit kepunyaan abahnya yang agak luas. Liza begitu bangga dengan kelebihan yang ada pada dirinya...cantik dan bekerjaya.

         Gembira hatinya tambah berganda bila emaknya beria-ia mahu menjaga  anaknya. Suaminya juga mengizinkan. Walaupun suaminya tidak mahu mereka tinggal  dirumah emak dan abahnya, namun dia membenarkan anak mereka dijaga oleh emaknya Puan Maimun. Ini bermakna dia boleh menjenguk emak dan abahnya sekerap yang mungkin. Dia menyerahkan semua hal ehwal anaknya kepada emaknya.

“Bodoh betul suami kamu tu Liza.. ajak duduk dengan abah dan emak tak mahu. Apa!! tak cukup besar ke rumah kita ni...kalau tidak boleh jimat duit sewa rumah..kamu tak pandai pujuk dia agaknya.” Kata Puan Maimun ketika menantunya sudah pulang dari menjenguk isteri dan anaknya tadi.

“Liza dah pujuk dah..tapi dia memang tak mahu duduk sini..dia tu ada anginlah mak, keras kepala pulak tu, susah nak cakap dengan dia, asyik kita saja yang nak dengar cakap dia.” Liza membayangkan sikap suaminya kepada emaknya..abahnya juga mendengar, dia ada disisi memandang sahaja  isterinya yang sedang menukar lampin pakai buang cucunya.

“Liza kalau suami kamu tak mahu tinggal kat sini. Carilah jalan supaya Liza dapat balik selalu jumpa emak dan abah.”  Itulah cadangan Puan Maimun emak Liza.

“Apa caranya mak.”

“Tinggalkan saja anak kamu tu disini..nanti dapatlah kamu balik selalu.” itu pula yang keluar dari mulut abahnya yang hanya mendengar perbualan isteri dan anak perempuan kesayangan mereka sedari tadi.

“Ialah, nanti minggu depan dia datang Liza cakap macam tu  dengan dia.. mahu ke, tak mahu ke Liza mesti pujuk sampai dia setuju.” bersemangat Liza menyetujui cadangan kedua emak dan abahnya.

Kedatangan suaminya minggu itu sangat dinantikan oleh Liza. Dia ingin menyuarakan segala rancanganya.

“Bang minggu depan ni Liza mula kerjakan?”

“Ialah..jomlah kita balik rumah sewa kita...kita sama-sama cari pengasuh untuk Halim.”

“Liza rasa tak payahlah kita bawa Halim tinggal dengan kita..dia tu kecil lagi, nanti apa pula yang dibuat oleh pengasuh pada dia”.

“Nak buat apa pulak..tak ada apanyalah..semua orang buat macam tu, hantar pada pengasuh..tak jadi apa pun.”

“Liza tak mahu..sebelum jadi apa-apa, Liza nak berjaga-jaga, nanti kalau dia dah besar sikit tak apalah..lagi pun emak sanggup jaga..abah tu sayang sangat dengan Halim..maklum lah dari lepas dia keluar lagi, abah dah mengadap dia..ini nak berpisah, abah kata dia tak sanggup.” Liza memancing simpati suaminya menggunakan nama abah nya.

“Tapi...” belum lagi suaminya menghabiskan kata-katanya cepat-cepat Liza memotong kata-kata itu...

“Tak..tak.. emak dan abah dah sepakat nak jaga Halim..Liza dah setuju.. sebab Liza tak sanggup nak hampakan harapan mereka.Lagi pun emak dan abah takut jadi apa-apa kat Halim kalau orang lain yang jaga dia.” Akhirnya Loqman mengalah dengan kemahuan Liza dan kedua mertuanya.
         Setelah dia kembali kenegeri kelahirannya dan berdekatan pula dengan emak dan abahnya Liza  kembali semula ke perangai asalnya. Sifat malasnya menjadi-jadi. Suka makan diluar dan kain bajunya juga dihantar kedobi, mengemas rumah jauh sekali. Mungkin sudah terbiasa masa didalam pantang semuanya dia sediakan oleh emakya.

          Kini dia sudah menempah sebuah kereta VIVA untuk kegunaan nya sendiri. Katanya supaya senang dia menjenguk anaknya dikampung,  tidaklah dia mengharapkan suami sahaja untuk menghantarnya. Itulah alasannya. Loqman hanya membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh isterinya. Jika ditegah dia akan memberontak dan mengadu itu ini kepada orang tuanya.   Sikap keluarga mertuanya yang sering masuk campur dalam hal mereka suami-isteri juga, menjadi Liza semakin mengada-ngada dan keras kepala. Loqman hairan dengan sikap kedua mertuanya yang  tidak pernah nampak kesalahan anak perempuan  kesayaagan mereka dan tidak pernah menasihati atau menegur akan ketidak matangan sikap anaknya.

         Walau pun kini nama Amirah sudah jarang kedengaran keluar dari mulut Liza tetapi perkara lain pula yang timbul, sikapnya yang kuat melawan dan mudah merajuk. Makin hari makin teruk perangai Liza. Loqman merasa  tidak lagi tahan dengan perangai isterinya sungguh mencabar. Pernah juga Loqman menegur sikap lama isterinya yang sudah diamalkan semula sejak mereka berpindah keJohor...tetapi lain pula jawapan isterinya.

“Liza..abang perhatikan Liza dah tak nak masak kat rumah lagikan..baju-baju pun hantar dobi. Kitakan ada mesin basuh, pakai sajalah..tak payahlah buang duit, kita ni perlu berjimatlah dari sekarang. Kita ni dah ada anak,  banyak nak pakai duit...nak beli susu anak, nak beli lampain, kita kena menyimpan juga untuk saat kesusahan nanti”.

“Abang tu yang kena berjimat dan beringat..baju Liza yang hantar dobi tu Liza yang bayar pakai duit Liza bukan duit abang, tapi lampin dan susu anak, abang lah yang kena tanggung sebab itu anak abang. Kalau abang nak jimat, abang makan lah kat rumah masak sendiri. Liza malas nak masak jadi Liza makanlah kat kedai.” Begitu mudah kehidupan Liza bukankah perkahwinan itu satu perkongsian, bukan dibilik tidur sahaja berkongsi, tapi apa-apa berkenaan hidup harus dikongsi bersama.

          Loqman mearasa sungguh susah membentuk Liza untuk menjadi isteri impianya. Sekali dia berkata ada sahaja jawapan yang tidak selesa telinganya mendengar.  Tetapi jika dibiarkan makin melampau-lampau perangainya..Loqman mula merasakan cara kehidupan harian isterinya dan dirinya jauh berbeza..tidak seperti  dengan Amirah dulu..mereka serupa.

         Setelah mendapat kereta bertambah panjang langkah Liza. Pantang ditegur sedikit dia akan merajuk balik kampung, dia berkerja berulang alik dari rumah emak dan abahnya dikampung. Tinggallah Loqman sendirian berhari-hari.. Sudah hampir setahun Loqman menahan sabar dengan perangai isterinya.

         Keluarga Liza juga memainkan peranan mengapa perangai Liza menjadi lebih teruk. Emak dan abah Liza sering masuk campur dalam menangani masaalah rumah tangga mereka suami isteri. Mereka selalu memenangkan anak mereka. Liza menjadi bertambah manja dan  keras kepala. Tidak terfikir oleh Loqman sebelum ini, perpindahannya ke Johor Baharu menambah berat masaalah yang ada. Ingatkan dia dapat menyelesaikan masaalahnya, kerana Liza dekat dengan keluarganya dapatlah mereka menasihatkan anak mereka.  Loqman kini ‘umpama lari dari mulut harimau masuk pula kemulut buaya’. Keluh kesah hatinya hanya dia seorang yang menanggung. Untuk berkonsi masaalah dengan mama dan papanya itu tidak mungkin. Semua yang terjadi adalah kesilapannya. Kini Loqman berpegang ‘berani buat beranilah tanggung’.. Dia akan menanggung selagi masih mampu dia menganggungnya. Selebihnya dia berserah nasibnya perkahwinanya kepada Allah yang Maha Esa.

         Sabar Loqman sebagai seorang manusia biasa ada batasnya. Akhirnya kesabaran yang ditahan tidak dapat terus bertahan. Meletus juga kemarahanya bila Liza bagai mencabar kesabaranya.  Api pertengkaran kini sering memercik dalam kehidupan rumahtangga mereka.. jika mereka bertengkar mulalah terungkit perkara lama. Perkara yang selama ini ingin dilupakan oleh Loqman. Dia sudah berazam untuk menerima Liza seadanya diatas nasihat Amirah ketika dia sakit dulu.  Tapi tampa bantuan Liza, Loqman tidak berdaya untuk melakukanya sendiri. Dia tidak dapat melembutkan hatinya dan menerima apa yang telah ditakdirkan untuknya. Penerimaan diri Liza dalam hidupnya perlu ada kerjasama dari Liza sendiri, kerana perkara ini Lizalah yang menjadi perancangnya.

=======================================

         Liza baru saja pulang dari kampongnya setelah beberapa hari merajuk, kerana ditegur oleh Loqman tempuh hari. Loqman sebenarnya seorang yang pembersih dan pengemas, kerana itulah ajaran papa dan mamanya.. Sewaktu dia masih kecil lagi setiap kali cuti sekolah atau dihujung minggu kedua papa dan mamanya mengerah dia dan dua orang lagi abangnya memabantu mengemas rumah, mencuci bilik air dan juga menyapu sekeliling luar rumah.

“Along, angah, Man bangunlah tolong mama kamu berkemas tu..hari cuti macam ni janganlah nak tidur saja..kita ni kalau duduk dalam rumah yang bersih dan kemas minda kita jadi bersih, cergas dan cerdas.” Papanya yang agak pendiam berbanding mamanya mula berleter bila melihat anak-anak masih dibawah selimut. Mereka dipaksa untuk membantu berkemas.

         Tetapi setelah berumahtangga bersama Liza keadaan rumah mereka seakan rumah yang sudah lama ditinggalkan. Dari dapur, keruang tamu hinggalah kebilik tidur mereka yang tidak berkemas. Jika didalam bilik air usah dicakap lagi lumut sudah menghijau menyaluti dinding, terasa sungguh tidak selesa jika hendak menggunakan bilik air. Loqman seringkali menggunakan tandas officenya untuk melakukan aktiviti tandasnya. Sampah dan habuk yang bertaburan, didapur pula cawan yang tidak bercuci hampir penuh satu tempat basuhan pinggan dan dibilik tidur mereka pula bantal tidak bersusun dan selimut pula tidak berlipat. Kerana sudah tidak tahan dengan keadaan rumahnya, akhirnya dia menegur isterinya yang sedang bersandar disofa menonton drama bersiri dikaca telivesyen. Sudah diperhatikan itulah aktiviti istetinya sekembalinya dari kerja.



         Untuk kemudahan isterinya Loqman sengaja menyewa rumah berhampiran dengan tempat kerja isterinya. Itulah sebabnya Liza lebih lewat keluar rumah diwaktu pagi dan lebih awal sampai kerumah diwaktu petang. Padanya biarlah dia jauh dan susah sedikit tidak mengapa diakan lelaki. Tetapi Liza tidak pernah melihat akan segala perbuatan baik suaminya untuknya. Rutin kehidupan harian tidak boleh diubah. Setiap pagi waktunya lama dihadapan cermin merias wajahnya sebelum ketempat kerja. Bila petang pula sepulang dari kerja dia akan bersantai dihadapan tv mengikuti drama bersiri hingga sampai waktu pergi makan malam. Dia tidak akan meringankan tulangnya untuk berkemas atau membasuh pakaianya. Sepatutnya suaminyalah yang menyediakan orang gaji untuk melakukan segala kerja kemas mengemas dan cuci mencuci untuknya.

         Yang sebenarnya Liza mengharapkan selepas dia berkahwin kehidupannya akan bertambah mewah dan senang. Dia sering membayangkan suaminya akan menyediakan rumah yang besar berserta berperabut yang cantik siap dengan orang gaji. Dia pula akan menghias diri. Segala makan, pakai, mencuci mencuci dan kemas mengemas ada yang melakukan  untuknya. Tugasnya sebagai isteri akan melayan suami dibilik tidur sahaja. Dia ingin sekali merasai kemewahan seperti cerita-cerita didalam novel, apabila seorang wanita yang cantik seperti dirinya berkahwin dengan anak-anak orang kaya atau orang kaya. Mereka akan menghadiahkan sebuah rumah yang besar cukup dengan perabut mahal dan mewah, dapat pula bercuti keluar negara setiap tahun..Liza oh Liza berhentilah  berangan-angan, jangan hidup didunia fantasi, bila tersedar nanti kita akan kecewa.

         Loqman sudah tidak tahan dengan keadaan rumah yang bersapah tidak berkemas. Badan dan matanya menjadi bertambah letih, lebih-lebih lagi ketika dia baru sahaja pulang dari kerja. Dia sering membayangkan rumah yang kemas teratur ditambah dengan seyuman isteri yang menyambutnya kepulanganya.. itulah perlakuan mamanya ketika menyambut papanya pulang dari kerja yang sering disaksikan nya dulu. Dia merasakan walau pun dia kepenatan dia merasa bahagia dan ingin cepat sampai kerumah..bukankah ada orang mengatakan ‘rumah itu syurga ku’.

“Liza..cuba Liza pandang rumah kita ni.. tak pernahnya yang kemas, pagi bangun tidur terus Liza mengadap cermin berjam-jam.. awak tu dah kahwin nak goda siapa lagi bersolek cantik-cantik.”

“oh abang ingat kalau dah kahwin bolehlah pergi kerja comot-comot berserabai aje. Kelihatan cantik ni untuk keyakinan diri, biar sedap orang memandang.”

“Bersolek tu boleh..tapi ala kadar sajalah. Ni harga make-up tu dahlah mahal buat apalah membazir duit, tak ada faedahnya..cantik untuk orang pandang, bukan dia orang tolong bagi duit nak beli make-up tu.” Loqman pernah sekali, mengikuti isterinya membeli sebatang gincu bibir, bedak muka dan dua lagi barang yang Loqman tidak tahu kegunaannya, bila dia membayar harga barangan tersebut dikaunter pembayaran, harganya lebih mahal lagi dari belanja dapur sebulan ketika dia hidup sebumbung dengan Amirah dulu. Sejak itu dia tidak akan mengikuti Liza lagi jika dia ingin berbelanja untuk dirinya atau kepusat rawatan muka dan badan.

“Bersolek apa kalau ala kadar saja..bersolek biarlah betul-betul baru nampak hasilnya. Mahal tak apa tapi terjamin mutunya tidak lah rosak kulit muka kita nanti.”

“Harap muka saja cantik tapi rumah dia bersepah tak berkemas nak buat apa..cuba Liza pandang dalam bilik tu..tak pernahnya kemas, cuba susunlah sikit bantal-bantal tu, lipat selimut tu bukanya susah. Ni habuk kat atas tv tu..atas meja ni depan mata Liza tak nampak ke, habuk dah tebal macam ni.. sedap ke mata memandang macam ni?” Loqman menguis jarinya kemeja dan atas peti televisyenya dan menunjukkan habuk dijarinya kemuka isterinya.

“Abnag ni habuklah masuk hidung nanti Liza selsema.” Liza menepis tangan suaminya yang menunjukkan habuk di jari telunjuknya.

“Tau pun habuk ingatkan tak tahu...Kat dapur abang dah kemas, dah cuci pinggan cawan..Liza tolonglah buat yang kat depan ni pulaklah sikit.”

“Kat dapur tu abang yang selalu masak, abang yang guna..memang patut abang cuci. Bantal dan selimut ni kan tak berapa jam lagi kita dah nak tidur, buat apa nak susun kita nak guna juga nanti, kalau habuk tu…abang rajin abanglah yang lap, Liza penatlah baru balik kerja abang dah membebel macam mak nenek”.

“Abang rasa kat rumah ni abang sorang saja yang kemas, Liza kalau ada masa saja balik kampong, Sabtu Ahad balik kampung jadi bila masa nya nak kemas. Tenguk rumah ni macam rumah tinggal..apa guna kita kahwin kalau abang sorang buat kerja, abang masak, abang kemas. Sepatutnya kita buatlah kerja sama-sama.”

“Liza balik kampong tenguk anak…dah anak kita kat kampug kenalah tenguk.” itulah alasan Liza mengapa dia tidak mahu membawa anaknya tinggal bersama mereka.
“Liza ni memang banyak alasan, ni haa balik kerja ada masa sikit bukan nak masak pun, kalau dah tak masak kemaslah sikit, takkan nak pegang penyapu sikit pun penat, abang balik kerja juga lagi jauh tempat kerja abang, boleh juga abang kemas kat dapur masak lagi, jadi Liza kemas pula kat depan dan bilik kita tu …ini duduk saja”.

“Bisinglah abang ni, itu pasallah Liza malas Liza nak duduk dengan abang.. macam ni Liza nak balik kamponglah, duduk dengan emak lagi bagus tak ada orang nak bising.” Liza mencapai beg tangannya kembali lalu mencari kunci kereta VIVAnya, untuk keluar semula. Liza lebih senang duduk dirumah emaknya. Rumah abah dan emaknya lebih besar dan cantik dari rumah sewa mereka. Maklumlah abahnya mempunyai  beberapa ekar ladang kelapa sawit. Mereka boleh diketegorikan dikalangan orang berada. Semua peralatan dirumah emak dan abahnya berjenama dan canggeh. Dia begitu berbangga menjadi anak ketua kampung yang disegani.

“Liza nak kemana tu.. jangan nak cari alasan..kenapalah Liza ni tak boleh abang cakap sikit dah nak balik kampong.” Loqman sudah menghampiri Liza dan memegang tangan isterinya.

“Liza tak tahan.. abang asyik nak berleter saja, baik Liza balik rumah emak..tepilah orang nak balik ni.” sambil menepis tangan suaminya dia keluar dari rumah dan menuju kekeretanya.

“Liza..Liza..dengar abang nak cakap ni.” Liza tidak menghiraukan panggilan suaminya, dia terus memasuki dan menghidupkan injin keretanya. Loqman sudah tidak dapat menahannya lagi, meluncur keretanya keluar dari perkarangan rumah mereka.
Entah berapa harilah dia merajuk tu.Baru balik dua tiga hari dah merajuk lagi. hmmm’  Loqman berkata sendirian, dia sudah masak benar dengan perangai isterinya yang pantang ditegur.

==========================
        
         Setelah beberapa hari di rumah ibu bapanya, Liza kembali kerumahnya semula. Dia mengharapkan kemarahan suaminya telah reda. Tapi petang itu bila melihat Liza melangkah masuk rumah mereka sahaja, Loqman mencurahkan isi hatinya yang disimpan sekian lama. Loqman sudah tidak dapat bersabar lagi dengan perangai isterinya. Sejak pindah keJohor Baharu tinggal berdekatan keluarga  sifat Liza  yang degil semakin menjadi-jadi.

“Liza…kau ingat aku ni apa haaa..boleh kau tinggalkan aku bila-bila masa kau suka…balik bila rasa kau nak balik..kau ingat aku ni tunggul ke.” Loqman sudah ber ‘engkau’ dan ber ‘aku’  ini bermakna dia sudah tidak mempunyai kesabaran lagi. Kesabarannya yang selama ini di tahan kini sudah terbang. Hari itu dia ditugaskan ke luar daerah setelah tugas-tugasnya selesai dia terus pulang kerumah, itulah sebabnya dia sampai agak awal sedikit dari biasa.

“Yang abang nak marah-marah ni kenapa.. tak nampak ke orang baru balik kerja..langsung tak berhati perut.”

“Siapa yang tak berhati perut engkau ke aku??” Perasaan rindu Loqman kepada isterinya sudah hilang walau pun sudah hamper seminggu mereka tidak berjumpa. Rasa ingin bermesra juga sudah lama dingin, diulit dengan rasa marah yang bertimpa-timpa.

“Abang ni kenapa..tiba-tiba naik hantu.”

“Liza kau tak tahu salah kau rupanya, dengar sini aku nak cakap...kau tinggalkan aku sorang-sorang. Makan pakai aku ada kau ambil tahu..kalau macam ni apa guna aku kahwin ..kalau aku tetap tinggal sorang.. makan aku, aku masak sendiri dan pakaian aku, aku sendiri yang cuci.” berang Loqman sudah sampai kekemuncaknya, garang suara tiada kelembutan lagi. Tapi suara garang Loqman tidak menimbulkan rasa gerun dihati Liza..dia sudah bersiap sedia, jika naik saja tangan Loqman keanggota badanya, dia akan lari kerumah emak  dan abahnya, pintu rumah keluarnya sentiasa terbuka untuk dirinya.

“Ohh.. jadi kalau aku jadi isteri kau, aku kena jadi orang gaji kau lah ya..hey tolong sikit aku bukan Amirah yang boleh kau kudakan..ingat senang nak kudakan orang.” kini Liza juga menggunakan perkataan seperti suaminya juga ber ‘engkau’ dan ber ‘aku’.

“Ohh..selama ini kau rasa jadi orang gaji akulah ya..kalau aku tahu macam ni sikap kau...”

“Kalau kau tahu sikap aku ..kenapa..kenapa…kau menyesal kahwin dengan aku.” balas Liza juga becekak pinggang dengan muka yang marah.

“Memang aku menyesal sangat kahwin dengan kau..lama aku sabar..semoga kita boleh serasi, lama aku pendam peristiwa perkahwinan kita, tapi kau langsung tak membantu aku menerima kau.. kau yang membuat kan aku teringat cara perkahwinan kita.”

“Cara perkahwian yang macamana??” Liza bagai menuang minyak keatas api yang memangnya sudah marak.

“Kau lupa Liza..kau yang perangkap aku menjadi suami  kau..kau yang perangkap aku.”

“Tapi kau suka jugakan..suka sebab dapat kawin free…”

“habis dah kau nak sangat jadi isteri aku, takkan nak ceraikan kau pulak masa tu.. aku berkorban nak jaga nak jaga ‘air muka’ kau dan keluarga kau.”

“Alasan  jaga ‘air muka’ konon..tapi sampai sekarang kau tak ceraikan aku pun.” Walaupun Liza berkata dengan perlahan namun masih didengari kata-katanya oleh suminya dan kata-kata itu bagai mencabar kesabaran Loqman yang kian nipis.

“Liza...kau berhajat ke..kalau kau nak sekarang  pun boleh.” Liza terdiam mendengar kata-kata suaminya, dia terbayang kejadian nikah nya bersama Loqman dua tahun lalu memang itulah kebenaranya.

         Waktu itu Liza sudah teringin untuk berumahtangga. Umurnya sudah menjangkau dua puluh tujuh tahun  kawan-kawan yang seusia dengannya malah yang lebih muda darinya sudah ramai yang berkeluarga. Tapi dia ... berat sungguh jodohnya. Bukan dia tak cantik, berkerjaya tapi mengapa tiada seorang lelaki pun yang ingin menyunting dirinya. Bukan tidak pernah ada yang sayang kepadanya tetapi entah lah...

         Ketika dia berumur 24 tahu dia pernah bertunang..tapi tidak juga berakhir kejinjang pelamin. Ikatan kasih tunangannya tidak sampai kepenghujung  sudah terlerai dipertengahan jalan . Selepas itu dia bercinta  lagi dua kali namun keduanya juga putus ditengah jalan. Sudah berbagai ikhtir yang dilakukan oleh emak  dan abahnya...Mandi bunga pun sudah, tapi semuanya tidak menjadi,  Liza masih tidak  juga bertemu jodohnya.

         Ketika Lokman mula rapat dengannya dulu ditunggu juga Loqman menyatakan rasa sukanya kepadanya. Namun Loqman tidak pernah menyatakan hasratnya untuk memiliki dirinya. Tidak juga  menyatakan rasa suka atau sayang padanya, walau pun ketika itu Loqman sudah tiga bulan menjadi duda. Dirinya hanya dijadikan sebagai tempat mengubat rasa sepi kerana ketiadaan isterinya sahaja. Untuk memudahkan jalan ceritanya, dia berpakat dengan keluarganya memerangkap Loqman. Peluang itu terbuka, apabila Loqman bertanya kepadanya kemanakah percutian hujung minggu mereka kali ini.  Dia mencadangkan ke Dangga Bay,  dia juga mencadangkan mereka singgah dirumahnya, walaupun kedudukan pantai itu agak jauh juga dari rumahnya. Rancangan berjalan dengan lancar tampa disedari oleh Loqman. Peluang keemasan itu tidak dilepaskan oleh Liza dan keluarganya. Lamunan Liza tercantas bila Loqman bertanya sekali lagi..

“Kenapa diam?”

         Liza hanya mendiamkan dirinya jika dia terus berkeras dia tahu  apa akibatnya. Suaminya memang sedang marah yang teramat sangat kepadanya. Pertengkaran itu menjadikan malam mereka hangat membahang. Mereka tidak bertegur sapa dua tiga hari, bak kata orang engkau..engkau.. aku..aku. Mereka membawa haluan sendiri, tidur pun dibilik berasingan walau pun mereka suami isterin dan duduk sebumbung. 

         Liza juga tidak berusha untuk mendingin kan rasa marah suaminya. Sekurang-kurangnya cubalah melakukan perkara-perkara yang disukai oleh suaminya, memasak atau mengemas rumah. Walau pun dia tahu punca pergaduhan mereka adalah perkara-perkara seperti itu. Liza tetap dengan sikap pemalas dan sikap kerasa kepalanya. Dia mengharapkan suaminya yang memujuknya dahulu. Bagi Loqman pula kini dia tidak akan berlembut lagi dengan isteri yang degil dan pemalas. Jika berlembut Liza makin memijak kepalanya. Itu pula yang ada dikepala Loqman.






















3 comments:

  1. haaaaaaaaa tu la kau.padan muka kau Loqman...

    ReplyDelete
  2. sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tiada berguna....

    kesian gak kat loqman.... tetapi sbg suami dan ketua keluarga, dia kenalah bertegas dan memimpin Liza melayari kehidupan berumahtangga....

    ReplyDelete
  3. Padan muka dua². Cantik saje tak menjamin
    kebahagiaan rumahtangga. Tunggu saje next part.
    Apa berlaku nanti.

    ReplyDelete