~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday 21 July 2013

Bab 32 Bimbang

Bab 32 Bimbang

Pohon mengkudu tumbuhnya rapat,
Rapat lagi pohon jati,
Kawan beribu mudah didapat,
Sahabat setia payah dicari,

                    Seperti yang telah dirancang oleh dua sahabat, selepas dua minggu hari raya puasa, mereka dua keluarga bertolak kePulau Pinang.Bagi Farhan dia kesana bersama isteri dan anak-anaknya mempunyai dua tujuan yang pertama hendak memenuhi undangan Suhaila menghadiri majlis perkahwinan adik bungsunya.Yang kedua dia hendak bercuti bersama isteri anak-anaknya.Memang sudah lama dia beructi setelah mereka beranak kecil.Dalam perbincangan dan telah dipersetujui mereka bertolak hanya menggunakan sebuah keenderaan sahaja.Edlan menggunakan kereta kepunyaan keluarganya, sebuah MPV Toyota Alphard berwarna putih.

“Han aku rasa elok kita guna satu keenderaan saja..boleh kita drive ganti-ganti nanti, taklah penat sangatkan.”

“Ok boleh juga..tapi nak cari keenderaan kat mana..kau tahu mana nak sewa keenderaan”.

“Tak payah sewa Han, aku dah cakap dengan abah aku pinjam Alphard dia.. dia kata boleh”.

“Tak susahkan dia kenanti, dia nak bawa pekerja dia. Lagi pun ni musim orang kenduri kahwin, tentu banyak tempahan keluarga kau nak siapkan?” Keluarga Edlan menjalankan perniagaan Catering dia mengambil tempahan untuk pakaej  majlis perkahwinan dan jamuan.

“Tak apa diaorang bawa pakai kereta USER abang aku..SERENA kakak aku pun selalu juga diorang guna. Aku pun letak kereta aku kat rumah keluarga aku ..takutlah..Sebelah rumah aku pun tak ada orang, kalau Nampak rumah aku tak ada orang nanti ada pulak yang buat kerja..jadi aku letak kereta kat rumah keluarga aku”.

“Elok lah kita harus berjaga-jaga sebelum apa-apa yang tajk elok terjadi. Aku ada petuauntuk menjaga keselamatan rumah Lan..akumemang amalkan walaupun aku ada kat rumah, kita bertawakkal kepada Allah..masa kita tutup pintu atau tingkap kita bacalah surah AlIkhlas..dari mula kita tutup sampai kita kunci barulah habis surah tu kit baca..Insyaallah tak akan apa-apa..Ialah kita bertawakal dan memohon Dia jagakan rumah kita siapa yang berani masukkan.”

“Tiap-tiap pintu dan tiap-tiap tingkap masa nak tutup kita baca ke Han?”

“Ialah..tiap pintu dan tiap-tiap tingkap masa kita nak kunci tu kitabacalah”.

“Insyaallah aku akan buat nanti”.



Dihari mereka bertolak ..dua sahabat bertolak bersama keluarga masing-masih pukul satu pagi.

“Lan elok kita bertolak malam…agak-agak kita dapat tidur sekejap, kemudian kita berolaklah..sebab tak panas taklah gelisah anak-anak dalam kereta nanti. Lagi pun mereka boleh tidur sepanjang perjalanan.”

“Ialah aku ikut cadangan kau..nanti sampai masanya kau call aku lah”.

            Mereka memulakan perjalan pukul satu pagi. Di mulai dengan bacaan ayat Seribu Dinar, ayat Kursi dan doa naik keenderaan kedua sahabat memulakan perjalan mereka. Perjalanan yang mengambil masa 5jam akhirnya sampai kedistinasi yang dituju setelah tiga kali berhenti. Petama berhenti ketika mereka menunaikan solat subuh disebuah rumah rehat yang terdapat disepanjang lebuh rayanya. Sekarang kita boleh menjalankan tanggung jawab yang diwajibkan oleh setiap insan untuk menunaikan rukun iman yang kedua itu dengan mudah husyuk dan tawaduk. Sungguh prihatin orang-orang yang mengendalikan pembinaan lebuh raya, kerana menyediakan tempat sembahyang untuk orang-orang yang berpejalanan jauh. Jadi tidak ada sebab mengapa orang tidak dapat menunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah dengan sempurna.

         Kemudian mereka berhenti lagi untuk membuang air kecil dan meluruskan sedikit pinggang mereka dan menjamu selera digerai-gerai yang disediakan sambil menghirup udara segar. Perhentian-perhentian rehat yang dibina disepanjang lebuhraya amat selesa disinggahi. Dengan berlatar belakangkan hutan tropika menghijau  kelilingi oleh pokok hutan dan disetengah tempat pula dinyanyikan pula oleh deruan air sungai yang mengalir. Menjanjikan susana yang nyaman dan segar. Setelah kenyang dan hilang sedikit keletihan, mereka meneruskan perjalanan mereka hingga sampai kedistinasi yang dituju. Sampai didistinasi Farhan menyewa sebuah bilik hotel untuk keluarganya. Edlan juga menyewa sebuah bilik untuk keluarganya juga.

“Ehh Lan kau tak payah temankan aku check in…pergilah kau balik tentu keluarga Su dah tunggu.”

“Aku memang nak book satu bilik untuk kami, aku memang dah cadang nak tidur hotel malam karang. Rumah mentua aku mesti penuh punya..kalau Su nak tidur rumah keluarga dia aku tak kisah aku bawaklah anak-anak aku tidur sini. ”

----------------------------------

                   Tidak disanggka oleh Edlan pasangan Dato’ Fuad dan isterinya NurSaleha sudi datang kemajlis perkahwinan adik Suhaila. Nur Saleha merupakan kawan mereka  ketika mereka menuntut  di Universiti dulu. Mengenali Dato’ Fuad Edlan rasa kagum. Dia bukanlah orang yang suka membangga kan diri rupaya. Walaupun dia adalah Ahli Parliman Kawasan dia tidak canggung mergaul mesra bersama orang-orang biasa.

“Ehh Nur Saleha..sudi you datang…sila-sila jemput Dato’ datin makan” tegur Edlan ramah selaku tuan rumah.

“Ehh..Edlan janganlah panggil saya Datin..malu saya..panggil nama pun ok..kita kan kawan. Orang dah jemput mesti datang..lagi pun kita sekampung”. Ramah juga jawapan Nur Saleha.

“Dah itu title awak Datin…tak kiralah kita kawan… kita kena hormat..tak pada awak, pada Dato’ sebelah awak tu.”. Dato’ Fuad hanya tersenyum lebar.

 “Su mana Lan..kau sorang terkial-kial ni dia tak teman ke?”. Nur Saleha bertanya sambil tertinjau-tinjau memandang keliling.

“Dia ada kat dalam tengah makan dengan Farhan sekeluarga..nak jumapa masuklah..dato’ sekali.”
 “Nur nak masuk rumah kedalam kejap.. Bang Nur nak ajak kawan-kawan Nur datang rumah sebelum mereka balik Seremban boleh  bang”.
“Boleh ajaklah.”
“Abang nak masuk sekali?”

“Tak payahlah..Nur nak masuk masuklah abang tunggu kat sini dengan Edlan”. Nur Saleha menuju pintu manakala Dato’ Fuah rahmah bercerita dengan Edlan…sekejap itu juga ramai orang kampong datang bersalaman dengan orang terhormat Dato’Fuad.



            5 hari mereka di Pulau Mutiara. Farhan membawa keluarganya mengunjingi tempat-tempat peranginan seperti taman ular dan bukit bendera. Sementara Edlan pula membantu keluarga mertuanya berkemas. Sebelum berakhir percutian mereka, mereka memenuhi permintaan kawan mereka Nur Saleha.  Selepas solat  Zohor dua sahabat bersama keluarga masing-masing sampai kerumah Nur Saleha.  Esok malamnya mereka akan pulang keSeremban.

          Mereka disambut oleh kedua suami-isteri itu dengan ramah.Nur Saleha menitiskan air mata gembiranya.Tidak disangka masih ada lagi kawan yang masih sudi berkawan denganya. Sebenarnya Nur Saleha tidak pernah terlepas dari rasa bersalah dengan salah tingkahnya dulu. Dia ingin meminta maaf kepada Farhan suamiisteri agar lapang dadanya.


“Tak sangka sudi juga you datang rumah I Farhan Fatin.Terima kasih banyak-banyak.”Sambil mengelap air matanya yang masih bersisa dipipinya.

“Nur ni suka pun menangis. Masuklah..masuklah jangan tercegat kat depan pintu saja..Nur ajaklah kawan-kawan tu masuk dulu.” tegur suaminya Datuk Fuad .

“Nur gembira sangat bang..tak sangka masih ada lagi kawan Nur yang sudi jenguk Nur ni. Walaupun Nur dah buat silap pada mereka.”

“Janganlah cakap macam tu Saleha kita ni kawan dah lama tak kan tak datang kalau dah di ajak datang. Yang lepas tu biarlah lepas jangan dikenang lagi..semua orang pernah buat silap..kan manusia tu tak sempurna..tak gitu Farhan.” celah Edlan bagi pehak Farhan..Edlan tahu kawannya yang seorang ini memang susah untuk mengeluarkan kata-katanya. Dia hanya becok pada orang tertentu sahaja.. Farhan hanya menganggukkan kepalanya sahaja.  Itulah Farhan dia  bukan orang yang sombong tetapi dia tidak tahu hendak memulakan cerita itu yang diberitahu kepada Edlan sahabatnya bila ditanya mengapa dia tidak mahu bercerita dengan kawan-kawan biasa disekelilingnya, dia hanya suka mendengar orang bercerita sahaja. Farhan dia tidak banyak bicara selain dengan Edlan.

“Sebetulnya I nak pergi Mekah tak lama lagi.Jadi sebelum I pergi I nak minta maaf jika ada apa-apa kesalahan I pada you semua.”Nur Saleha memandang pada semua kawan-kawan yang sudah mencecahkan punggung disofa ruang tamu..

“Alhamdulliah..murah rezeki you Saleha..Abang pergi sama ke bang?”

“Alhamdulliah abang tumpang  rezeki Nur  pergi kesana, kalau tidak susah juga sebab abang dah pernah pergi dulu .. sementara masih sihat ni abang nak teman kan Nur ni pergi nanti kalau abang dah tak ada susah pula Nur nak cari Mahram…nak tunggu anak lelaki kami masih kecik-kecik lagi.” Ramah Datuk Fuad menyambung bicara isterinya.

“Abang kenapa cakap macam tu..tak kesihan pada Nur ke?.”

“Ialah Nur abangkan dah tua bila-bila masa kalau Allah nak ambil kita tak tahu.”

“Janganlah abang cakap macam tu..setiap kata-kata kita tu doa..jadi jangan lah abang cakap macam tu lagi. Kita berdoalah supaya kita sihat..tua tak semestinya pergi dulu..kesihan kan Saleha ni.” sampuk Edlan.

“Abang jangan cakap macam tu lagi Nur tak suka..Nur tak sanggup nak besarkan anak seorang diri..janji abang jangan cakap macam tu lagi.”

“Ialah sayang abang tak cakap macam tu lagi abang akan teman Nur sampai Nur tua..sampai Nur kerepot.” Dato’ Fuad mengalah. Semua orang dirunag tamu ketawa lepas mendengar jenaka Dato’ Fuad..rupanya Dato’ Fuad kelakar juga orangnya ..tidaklah dia asyik membicarakan hal-hal serius sahaja hal-hal raayat..maklumlah wakil raayat. Pada Saleha memang dia tidak sanggup hidup tidak berteman didunia ini. Tiada tempat dia hendak  mengadu tiada tempat hendak dia  bermanja.

        “Bang Nur ni tak banyak kawan, sebelum kahwin dengan abang.. Nur tak ada tempat untuk menceritakan masaalah Nur . Dulu masa kat U pun Nur tak ada kawan, dia orang kata Nur pendiam..tapi yang sebetulnya bukan Nur pendiam, tak percaya tanya Suhaila..dia sebilik dengan Nur dia tahu perangai Nur yang bermulut becok. Tapi dengan kawan-kawan satu kelas Nur rasa malas nak cakap. Masa tu Nur rasa Nur tak suka berkawan dengan mereka. Lebih-lebih lagi Farhan.. dahlah dia pendiam pemalu pulak tu. Tapi setelah kita ditimpa musibah, Nur tercari-cari kawan untuk bercerita untuk meringankan bebanan dalam dada kita. Entahlah duania ni macam roda, sekejap kita diatas sekejap jugalah kita kat bawah..Farhan I minta maaf banyak-banyak pada you, I harap you dah  lupakan SMS I pada you tu dulu, masa tu bukan diri I yang sebenar. Masa tu hanya dendam yangh meguasai diri I… maafkan I Farhan. Sebetulnya I tenggelam punca bila rumahtangga I musnah dulu. I bingung bila I diketepikan…I rasa macam tak percaya.. orang yang menyayangi kita selama  ini berpaling arah, bila dia nampak yang lebih dari I. Masa tu hati I jadi sakit sangat. Tampa I sedari I mula berdendam pada siapa sahaja yang bahagia dengan pasangan mereka. Pada mulanya I cemburu melihat kebahagian Edlan dan Suhaila.. tapi dalam pada tu I rasa tak tergamak kerana I kenal Suhaila. Bila Edlan dan Suhailah kata you bahagia dengan isteri you, I cuba nak musnahkan kebahagiaan you pulak Farhan. I nak orang rasa macam mana mendertianya I ni. I bersyukur kepada Allah cepat menyedarkan I dari dendam I, bila Edlan cakap..‘Takkan kita hendak menhacurkan kebahagian sahabat kita sendiri’. Barulah I sedar yang you, Edlan dan Suhaila adalah sahabat I. Rupanya I masih ada sahabat didunia ini.I minta maaf diatas semua kesalahan I Farhan Fatin.” Lama mereka terdiam mendengar pengakuan Nur Saleha. Nur Saleha menyambung ceritanya lagi.Dia menoleh kepada suaminya disebelah.

“Bang sebenarnya Nur jarang bercakap dengan Farhan walaupun kami satu kelas.. Farhan  ni dahlah pendiam pemalu pulak tu.”

“Tak apalah itu cerita lama Nur… ni Nur dah sedar dan dah minta maaf..harap kawan-kawan semua maafkanlah isteri abang ni ye.”

“Alah salah faham saja..kami semua dah maafkan, semoga lapang dan dipermudahkan segala urusan nak ke Mekkah nanti..dan semoga di berikan Haji yang Mabrur, InsyaAllah” Bicara Edlan.. Farhan hanya mengaggauk-angguk kan kepalanya sahaja tanda setuju.. Sedang mereka berbual-bual  sebuah Van berhenti dihadapan rumah banglo mewah mereka. Rupaya Van dari sebuah restoran menghantar makanan. Bila pintu van terbuka bau dari makanan tadi menyusup kehidung membangkitkan selera.

“Kita makam malam kat sinilah ye..abang dah oder nasi beriani ni, kita makan ramai-ramai malam ni.” Kata Datuk Fuad.

“Kenapa abang susah-susah ni..sepatutnya abang dan Saleha kena rehat nanti tak lah penat bila pergi nanti.”

“Apalah yang penat, bukan kena masak, oder saja..restoran tu keluarga ni punya. Dulu abang yang jaga tapi sejak sibuk jadi wakil raayat ni, abang serahkan pada dua anak abang yang pertama dan yang nombor dua tu jaga..Alhamdullih bertambah maju..sebab mereka jaga sepenuh masa. Kalau abang dulu sekejap ada sekejap tak ada tak dapat nak beri perhatian sangat.”

Setelah semuanya siap terhidang mereka kemeja makan untuk menjamu selera, menu istimewa dari restoran mereka.

“Saleha ada surat khabar lama tak?” Baru itulah Farhan bersuara. Saleha mengambilkan surat khabar lama seperti yang dipinta oleh Farhan.

“You nak buat apa dengan surat khabar lama?”

“Rumah you ni tak cukup tikar..jadi I nak buat alas duduk.”

“Haa.”Terperanjat NurSaleha bila mendengar Farhan berkata begitu.

“Alah you ni..janganlah mengelabah I guru saja..I nak suapkan anak –anak I  kat bawah ni..you tak kisah kan I makan kat bawah ni.”

“You ni Farhan sekali bercakap terkejut beruk I dibuatnya..Pandai dah you berguru ni tak sangka I” Edlan dan Suahila sudah ketawa mengekek, meraka juga tidak menyangka Farhan akan berkata begitu.

“Isteri  I yang ajar.” mereka semua ketawa bila Farhan berkata begitu.

“Ialah tu entah-entah dia yang ajar isteri dia..tapi mereka berdua tu sama saja..kalau dengan mereka dia pandang kita senyum kita pandang dia pun senyum..susah nak dengar suara emas mereka tu.” tokok Suhaila mengenai sahabat mereka suami isteri itu.

“Ialah Farhan memang macam tu dari dulu tak sangka dapat isterinya lebih kurang saja.” celah Edlan menyokong kata-kata isterinya.

           Farhan suami isteri duduk dilantai baginya memudahkan dia membantu isterinya menyuapkan aka-anaknya makan..Kagum Nur Saleha melihat keprihatinan mereka yang  nampak sungguh-sungguh menyayangi anak-anak mereka.

“You suami isteri memang pasangan yang secocoklah Farhan…untung anak-anak you dapat ayah ibu yang menyayangi mereka. I nampak macam you tak rimas dengan anak-anak yang masih kecil kira ramailah ni empat orang kecil-kecil lagi.

“Sebab ramai dan masih kecillah I terpaksa tolong isteri ni..nanti tak sempat makan pulak isteri I nak makan..Isteri ini kalau anak dia tak kenyang dia tak akan makan.. nanti I gemuk gedempung dia kurus melidi pulak”. Jawap Farhan untuk menerangkan keadaanya.

“Tak lama lagi sorang lagi tu you jangan tak tahu.” celah Edlan.

 “Ehh you dah ada lagi ke Fatin?..” Saleha cuba berbual dengan Fatin juga.

“InsyaA llah dah empat bulan” Farhan menjawab bagi pihak isterinya.

“Haa..tak nampak pun perutnya..kalau kak Nur tak tahulah macam mana besarnya, bukan perut saja besar dengan badan-badan sekali naik…ni hah dah setahun setengah bersalin tapi badan belum susut sepenuhnya lagi..nasib baik abang tak lari bila nampak badan Nur ni macam ahli gusti SUMO. Kalau kak Nur macam Fatin tetap kurus walaupun mengadung nak juga kak Nur mengandung tiap-tiap tahun. Lagi pun Abang Fuad ni lebih kurang Farhan juga sayang kat budak-budak”. Sebenarnya Nur Saleha bukanya besar yang mengeleber tetapi oleh kerana fizikalnya yang tinggi dan rangka badanya yang besar jika berisi sedikit dia nampak  gemuk.

“Abang bersyukur sangat Nur dapat bagi abang anak lelaki bukan satu sekali dua..sebetulnya abang tak kisah fizikal. Dapat Nur sayang abang dan anak-anak abang seikhlas hati Nur pun abang dah besyukur sangat-sangat. Tapi abang nak juga Nur jaga badan sikit..bukan untuk abang tapi untu kNur sendiri. Kalau kita berisi sangat penyakit senang nak singgah.. pengalaman lama abang sungguh perit abang tak nak ditinggalkan lagi..abang tak sanggup hidup sendiri.” Kali ini Datuk Fuad pula yang memegang tangan isterinya dan memandangnya dengan pandagan kasih.

“InsyaAllah.. Nur pun bukan suka besar macam ni susah nak bergerak, kalau buat kerja sikit cepat penat. Nur ni bertuah sangat ..ada orang temankan kita bersenam tiap-tiap hari. Tak main badminton dan berjogging.”

“Itu pun untuk abang juga bukan untuk Nur saja..kalau abang nak berjogging sorang-sorang pun abang tak bersemangat baik kita tidur ye tak”. Mereka ketawa lagi di meja makan. Itulah pasangan Nur Saleha yang seia sekata walaupun umur mereka berjarak namun keserasian jelas terpamir.

“Tapi ialah..jogging sudah senaman sudah, jaga makan pun sudah..tapi yang hairanya susah betul nak kecil badan ni”. 

“Tak apalah janjinya kolestrol kita dah terbakar kesihatan kita terjamin…kita ni kadang lupa dengan fitrah seseorang..ada orang tu makan banyak mana pun tak jadi masaalah..tapi ada setengah orang makan sikit pun dah naik badan.”

“Ialah bang kita tenguk genetik kita jugalah.” Sampuk Farhan dia ingin juga sama berbual.

“ Mungkin juga tu..I ni ada darah Arab sikit mungkin itu yang menyebabkan I macam ni tapi kalau tenguk dari sebelah mak I memang diaorang semuanya macam I.  X-husband  I pun macam I sekarang ni, I macam Adibah Nor..dia sama juga macam Malek Nor” semua orang ketawa bila Nur Saleha membuat leluncun begitu.

“Tapi I sekarang tak kisah sangat..walaupun I macam ni, I dah bagi dia tiga orang anak..isteri dia sekarang walaupun dah lama kahwin satu pun tak ada lagi.  Sekarang ni dia cuba berbaik-baik dengan I, supaya dia dapat merasa kasih anak-anak dia.”

“Dahlah tu Nur..walau macam mana pun dia masih sepupu kita..buang yang keruh ambil yang jernih..tak baik bermasam muka sesama Islam apatah lagi kalau sedara, kemana pergi pun sesekali akan terserempak juga.” Nasihat Dato’ Fuad kepada istrerinya yang kedengaran ada rasa terkilan yang tersimpan dihatinya.

“Ialah bang…Nur ni bernasib baik dapat abang…suami dan ayah yang penyayang..dapat juga anak-anak dia merasa kasih sayang seorang ayah, harapkan dia asyik sibuk memanjang…Nur rasa anak-anak Nur lebih sayangkan baba dari papa dia walaupun baru dua tahun lebih kita  serumah.”

“Ialah Saleha kadang kita ni diuji…supaya kita dapat yang lebih baik lagi.”Farhan menyampuk.

“Terima kasih ini mungkin doa you all juga. I  sangat bersyukur  dapat kawan macam you all semua...terima kasih ye. Ehh cerita-cerita juga makan lah ..”



              Sedang mereka menjamu selera kedengaran orang member salam .Datuk Fuad bangun melihat siapa yang datang.Rupanya Pasangan Doktor Muhammad Fikri dan isterinya doctor Nor Shamilah datang berkunjung.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikum salam ohh..Fikri, Milah masuklah murah rezeki you,  kami tengah makan ni, jomlah sekali”.

“Nampak ramai saja bang..abang ada tetamu ke?”

“Ia Fikri kawan-kawan Nor dari Seremban   Farhan dan Edlan sekeluarga.. Mereka datang berziarah..masuklah jom kita makan sekali.” Ramah Dato’Fuad mempersilakan mantan suami isterinya kemeja makan di ruang keluarga.

“Nor..ambilkan pinggan untuk Fikri dan Milah ni.” Nor Saleha juga menjenguk keruang tamu untuk memastikan tetamu yang datang bila mendengar nama-nama yang disebut oleh suaminya tadi.

“Meh..masuklah..Milah..sini..duduk sini makan dengan mereka sekali.” NurSaleha juga ramah mengajak bekas suami dan bekas madunya makan. Dihatinya sudah tidak ada dendam, padanya yang lepas biar lah berlalu..jangan dikenang lagi, buanglah yang keruh ambil yang jernih.Tetamu yang baru sampai diiringan kemeja makan.

“Tak mengganggu kawan-kawan Nur ke ni?” Soal Nor Shamilah.

“Tak lah..The more the merrier ye tak” Suhaila bersuara.

“Dengar khabar abang dengan Nor nak pergi Mekkah..bila?” Soal Muhamad Fikri setelah dia duduk…Nur Saleha sedang menyendukkan nasi kepinggan tetamu yang baru sampai.

“InsyaAllah  Fitri..InsyaAllah kalau tak ada aral melintang, dua minggu lagi kami berangkatlah”.

“Tahniah bang..tapi abang dah pernah pergi dulu kan”.

“Ni tumpang tuah Nor, Fitri…abang pergi lagi sebab jadi mahram dia. Kalau tidak susah juga nak dapat pergi..kuota  Negara kita terhad kan”.

              Setelah selesai mereka makan..mereka keruang tamu menyambug bualan mereka. NurSaleha selepas dia menyendukkan nasi  bekas suami dan madunya tadi dia menghilang diri. Tidak lama mereka duduk diruang tamu keluar tiga orang anak-anak NurSaleha dan Muhamad Fikir menyalami ayah dan ibu tiri mereka…sebelum anak-anaknya masuk semula Muhammad Fikri bersuara.

“Syira, Dina dan Ikram duduk dulu papa nak cakap sikit ni”.Mereka  bertiga beradik duduk jauh sedikit dari tempat duduk papa mereka. Mula Doktor Fikri meluahkan hajatnya.

“Papa rasa masa mama pergi Mekkah nanti Syira, Dina dan Am duduk dengan papa…senang pergi sekolah, papa yang hantar”.

“papa.. masa mama pergi Mekkah nanti kami dah cuti sekolah…jadi tak payahlah papa susah-susah nak hantar kami.”  Jawap Syira anaknya yang tua mewakili adik-adiknya.

“Ohh kalau macam tu lagi senang..sebetulnya papa nak minta kamu bertiga temankan papa..sebab tak lama lagi mummy nak pergi seminar dua minggu.” Sampuk  NorShamilah membantu suaminya memikat hati anak-anak suaminya. Dia cuba semesra mungkin dan mengelar ganti dirinya sebagai mummy untuk merasai dirinya sebagai ibu anak-anak suaminya.

“Kenapa baru sekarang papa nak kami temankan? kenapa tidak  lima enam tahun dulu?..pernah tak papa fikir hal kami lima enam tahun dulu?.”

“Sayang jangan  cakap macam tu selama ni papa memang betul-betul sibuk..papa tak sempat bukan tak nak ambil tahu”. Muhammad Fikri terkedu mendengar bicara anak sulungnya..Dia terbayang lima enam tahun dahulu sibuknya kerana asyik menguliti cinta NurShamila  maklumlah cinta pertama yang hadir semula.

“ialah sibuk sangat… sampai nak hadir dalam majlis baca Yassin kami yang hanya beberapa jam pun tak sempat..Syira sedeh sangat masa Syira mengahdapi perikasa besar langsung papa tak tanya hal kami. Orang lain semua papa  dia datang untuk sembahyang sunat hajat dan baca Yassin beramai-ramai,  memohon pada Allah ditenangkan hati, dimudahkan masa nak jawab periksa..Syira siapa yang datang hanya mama saja..kalau  kami tak terlibat dengan kemelut papa dan mama tentu Syirah boleh berjaya juga macam Dina.”

           Bagi Insyira dia sungguh menyesal dalam dia kalut untuk pertama kali menghadapi pepereksaan besar rumah tangga papa dan mamanya menghadapi krisis. Papanya sudah jarang pulang kerumah..mamanya yang kesedehan jarang mahu membuka mulut . Wajahnya mamanya mendung setiap hari. Akhirnya  dia hanya mendapat 2A 2B dan 1C dalam UPSRnya. Dia tidak dapat  menyambung pelajaran disekolah  MRSM seperti yang dicita-citakan..Tetapi adiknya Irdina lebih bernasib baik ketika itu mamanya sudah ceria kembali. Mamanya sering membantu mereka dalam pelajaran dan akhirnya Irdina mendapat  5A dalam peperiksaan besar itu dan telah ditawarkan untuk kesekolah yang berasrama penuh bila ketingkatan satu nanti. NurSaleha datang menghapiri anaknya, dia rasa sungguh bersalah dalam hal itu.

“Jangan cakap macam tu Syira..semuanya takdir dari Allah kita wajib menerima denga redha..mungkin ada hikmah disebaliknya”. Dia juga terharu kerana kesilapanya mengabaikan anak-anaknya , anakya yang sulong tidak cemerlang dalam peperiksaan UPSR nya.

“Syira redha mama..hanya Syira nak melepaskan apa yang ada dalam hati Syira ni saja ..sebab Syira kesal sangat dengan papa yang asyik nak kejar cinta dan kebahagiaanya  sendiri, sampai terlupa pada kami ni anak-anak yang sangat memerlukan dirinya..sekarang ni bila kami dah bahagia baru nak datang minta ditemani. Mungkin dia tak ada anak selain kami ..itu yang dia datang pada kami, kalau papa ada anak lain tentu kami ni akan terus dilupakan.” Terkedu Muhammad Fitri dan  NorSharmilah mendengar apa yang diperkatakan oleh anaknya…Dia bangun dari duduknya.

“Nur..Nur ke yang ajar anak-anak bencikan abang..”mencerun  matanya menikam wajah bekas isterinya.

“Papa!!kenapa papa nak salahkan mama pula…Syira cakap apa yang  Syira rasa. Papa nak tahu mama tak pernah sebut hal papa sejak papa tinggalkan mama.. dahlah papa Syira tak mahu duduk dengan  papa, Syira nak tolong kak Iman jaga adik-adik. Dina ambil adik Me, akak nak dukung adik Man tu, baba nak layan tetamu”.Ketika itu dua adik kembar mereka yang berumur setahun enam bulan sudah duduk dipangkuan baba mereka.    Habis sahaja jawapan kakaknya, Dina pula bersuara..



“Dina pun nak tolong kak Iman jaga adik-adik Dina”.Iman adalah Nur Iman Saffiyah anak Dato’ Fuad yang bungsu bersama arwah isteri pertamanya.

“Am pun”. Sambung Ikram, Kemudian tiga beradik berlalu meninggalkan ruang tamu.

1 comment:

  1. Anak2 mangsa penceraian akan terasa bahang drp perpisahan ibubapa walaupun sedikit. Cerita ni is so close to reality.

    ReplyDelete