Abdul Latif singgah dirumah Muaz. Dia ingin
menceritakan apa yang terjadi. Itulah permintaan Muaz tadi.Bukan Muaz hendak
menyebuk hal orang, tetapi Emil adalah sepupunya.Sepupu kuat kerana ayah Muaz
dan ayah Emil adik beradik. Di pihak Seha juga Emil adalah sepupunya juga
kerana emak Emil dan arwah emak Seha
adik beradik. Muaz masuk kebengkelnya memberi tahu dua orang pekerjanya,
dia hendak melayani tetamunya.Mereka beriringan naik tingkat atas bangunan.
Bengkel Muaz adalah rumah kedai dua
tingkat. Disebelah bawah digunakan sebagai bengkel kereta dan disebelah atas
pula rumah kediaman mereka.Biar pun ruang kediaman mereka agak kecil namun Muaz
dan Seha tidak kisah.Mereka ingin mencari kehidupan sendiri.Itulah yang diberi
tahu oleh emaknya Hajah NorIza ketika diawal pernikahan mereka dahulu.
“Muaz
bawalah Seha duduk asing dari emak.Nanti kamu berdua tak pandai hidup berkeluarga,
kalau kamu asyik duduk dengan emak sahaja. Belajar jadi ketua tampa awasan dari
mata mak ni”.
“Tapi
..nanti emak akan duduk sorang.Tak lama lagi Imah pergi belajar.. emak tak apa ke kat rumah ni sorang-sorang”.
“Tak
apa, emak boleh, lagi pun bukan jauh sangat kamu pindah, bengkel kamu tu dekat
saja dari sini kan.” Mendengar kata-kata
enaknya Muaz akur. Bukan emaknya membenci dirinya, tetapi emak hanya mahu
mengajar dirinya untuk menjadi ketua keluarga dan berdikari.
“Sebetulnya
apa yang terjadi Tif.Kenapa sampai bercerai berai”.Itulah soalan yang keluar
dari bibir Muaz memulakan siasatanya setelah mereka duduk dirunag tamu. Seha
kedapur menyiapkan hidangan untuk menghormati tetamunya.
“Tengahhari
tadi, Emil datang kerumah lama kami.Kebetulan pula isteri kedua saya ada, jadi
rahsia yang saya sorok selama ini dah terbogkarlah”.
“Ohh
awak dah nikah satu lagi..” terlopong mulut Muaz mendengar berita yang baru
diketahuinya. Melihat sepupu isterinya terkejut terus sahaja Abdul Latif
menerangkan keadaan dirinya.
“Muaz
tahukan saya ni anak lelaki tunggal dari lima orang adi beradik. Emak saya tak
puas hati anak saya hanya seorang sahaja. Jadi dia suruh saya kahwin dengan
saudara jauh emak saya. Dia ni dah lama duduk dengan emak saya. Sejak arwah ayah
saya meninggal empat tahun lepas.”.
“Kamu
ikutkan cakap emak kamu dan nikah lagi lah ni, dah berapa tahun kamu nikah.”
“Dah
hampir tiga tahun. Yang sebetulnya bukan sebab anak sahaja emak saya suruh saya
nikah satu lagi. Muaz pun tahu kan,
macam mana sikap Emil, keras tak boleh nak diberi tunjuk ajar. Saya tahulah
keluarga saya serba kekurangan duduk pun duduk kampong. Rumah pun rumah
kampong. Susah rupanya kahwin dengan orang yang tak setaraf dengan kita. Dulu
masa kita bercinta gambaranya lain, Emil mudah menurut kata, sekali sahaja saya
suruh dia pakai tudung esoknya dia dah pakai tudung. Masa tu saya bayangkan
Emil gadis yang mudah diberi tunjuk ajar. Bila dah lama kahwin baru tahu sikap
sebenar Emil ni. Yang sebenarnya Emil masih tak boleh nak menyesuaikan diri
dengan keadaan kami kat kampung. Dah hamper empat belas tahun kami nikah tapi
Emil masih tak boleh nak terima keluarga saya seperti keluarga dia, Muaz”.
“Awak
menyesal ke kahwin dengan Emil”.
“Menyesal
tu tak lah, tapi hanya terkilan kalau sampai bercerai berai macam ni. Saya
kesian dengan Uwais. Tentu dia rasa malu bila papa mama dia tak sehaluan lagi. Saya
takut dia rasa rendah diri, macam manalah hidupnya nanti”.
“Yang
sebenarnya Emil ni boleh dibentuk kalau kena dengan caranya. Kenapa tak ajak
dia selalu balik kampong”.
“Saya
sebenarnya buntu dengan tingkah Emil sejak dia dekat dengan keluarga dia. Bukan
tak ajak, dia yang tak nak. Dia yang tak mahu rapat dengan keluarga saya. Balik
kampung saya boleh dikira dengan jari, walau pun dah hampir empat belas tahun kami
kahwin. Kampung saya bukanya jauh, satu Pengkalan Hulu juga, tapi kalau dah
nama kampong tentulah ada kurangnya. Emil pula, itu yang dijadikan alasan untuk
tidak duduk lama kat rumah keluarga saya. Muaz nak tahu balik raya pun hanya
balik hari sahaja.Sedangkan saya anak lelaki, keluarga saya adalah tanggung
jawab saya. Entahlah susah saya nak terangkan hanya pandai-pandailah Muaz
fikirkan. Saya sebenarnya serba salah..saya yang sebetulnya dapat anak sorang
pun tak kisah. Kalau kita pandai didik In Shaa Allah dia akan jadi manusia yang
berguna juga. Kalau dia dah berkelurga nanti boleh juga, minta cucu dari dia
banyak sikitkan tapilah..kadang-kadang kita ni ada juga silapnya kan..”
“Kenapa??,
Latif tersilap langkah..Latif kena paksa
kahwin dengan pilihan emak Latif ke?”
“Taklah
paksa, yang sebetulnya macam ni… Selepas ayah saya meninggal empat tahun lepas
emak tinggal sorang kat rumah tu. Saya nak ajak emak tinggal dengan saya, Emil
tak bagi. Dia kata kalau ada orang tua tinggal serumah..ruang untuk dirinya
terhad. Emak nak tinggal dengan adik-adik perempuan saya, dia tak selesa sebab
kebanyakkan adik-adik perempuan saya tak kerja. Ada sorang yang kerja tapi dia
duduk jauh sangat..Kat Kuala Lumpur, lepas tu mereka duduk pangsapuri pula,
rumah yang bertingkat-tingakat.Emak orang tua orang kampong pulak tu mana boleh
duduk rumah yang tak pijak tanah.
..dulu
masa emak sakit, isteri muda sayalah yang jaga dia, masa tu saya tak nikah
dengan dia lagi. Jadi kata emak sebagai membalas budi, dia mengharapkan saya
jaga dia, sebab dia ni pun emak ayah dah tak ada, dan agak berumur. Entahlah
Muaz kita kahwin dengan orang yang kita cinta pun terlerai juga sudahnya ikatan
yang kita harapkan”. Ada nada kesal dalam keluh yang tak terlepas leganya.
“Latif
menyesal ke dengan apa yang berlaku.Tapi kenapa tak fikir dulu baik buruk nya
sebelum mengikut kata-kata emak Latif. Yang sebetulnya kalau Latif betul
sayangkan Emil suruhan emak Latif boleh ditolak. Kan soal nikah diatas diri
sendiri apatah lagi kita ni lelaki. Kalau kita tak lafaz ucap Ijab dan Qabul
pernikahan tak akan terjadi atau Latif memang sukakan dia.”
“Kalau
Muaz nak tahu, pada Emil saya sayang
sangat, cinta pertama dan wanita yang menepati cita rasa saya..tapi waktu tu saya mengikut kata hati yang
tercabar”.
“Pernah
ke Emil mencabar supaya Latif kahwin lain?”.
“Bukan
mencabar tetapi menuduh…Segan saya nak cerita dengan Muaz, tapi untuk
pengetahun saya ceritalah juga. Macam ni dulu saya pernah melakukan satu
pembedahan kecil bersangkutan dengan alat sulit saya. Yang sebenarnya sebelah
buah zakar saya telah dibuang kerana masaalah kesihatan. Selepas pembedahan itu
Emil sering menyalahkan saya sebab dia tidak mengandung lagi.
…Selepas bernikah dengan saya, Emil tiada
waktu kosong. Dirinya terus mengadungkanUwais ..orang kata ‘bunting
pelamin’.Emil merasa sebal kerana waktu bulan madunya di penuhi dengan rasa
lemah, mual dan tidak bermaya akibat alahan mengadungnya yang teruk. Selepas
bersalin dia meminta izin saya agar menjarakkan kelahiran anak yang kedua. Untuk
kaedah merancang lebih selamat dia mengambil suntikkan pencegah kehamilan tiga
bulan sekali. Selepas Uwais berusia lima
tahun, dia tidak lagi mengambil suntikan itu lagi. Dia sudah bersedia untuk hamil
kali kedua. Namun rahim bagai tidak mahu menerima benih saya lagi. Dua tiga
tahun juga dia menanti, akhirnya dia keklinik pakar sakit puan untuk mencari
kepastian mengapa dirinya tidak mengandung, walau pun dia sudah tidak mengambil ubat atau
suntikkan untuk mengelak kehamilan.
..Setelah pemeriksaan dijalankan, didapati
ada cyst didalam kantung rahimnya. Doktor mengatakan dia perlu menjalani
pembedahan untuk membuang cyst tersebut. Oleh kerana takutkan pembedahan, dia
dan mamanya pergi menemui seorang bomoh
yang pandai melakukan rawatan pembedahan secara batin. Dua minggu selepas dia
berjumpa bomoh dia pergi untuk memenuhi
temu janji dengan doctor yang mahu melakukan pembedahan. Sekali lagi bahagian
abdomenya diimbas untuk melihat cyst yang perlu dibuang, ternyata cyst itu
sudah tidak ada. Ertinya perubatan pembedahan cara batin Berjaya, bila cyst dah
tak ada, pembedahan dihospital pun dibatalkan. Setahun lepas itu saya pula
dimasukkan kehospital kerana masaalah dibahagian alat sulit saya. Dengan keputusan sebelah kiri buah zakar saya
terpaksa dibuang untuk menjamin kesihatan saya. Kerana pembedahan itulah Emil
menyalahkan saya dia tidak dapat mengadung lagi.”.
“Waah
ni Latif test powerlah ni”..Ha..ha ..ha dua orang lelaki kalau dah bab yang
satu itu sedeh pun boleh ketawa.
“Memang
test lah ni..sekarang ni anak saya dengan Zila dah nak masuk dua orang, dah
terbukti.. masaalah dia tak mengandung bukan berpunca dari saya.” Ketika
menuturkan kebenaran kelihatanaya Abdul Latif berkobar-kobar, mungkin rasa
marah yang keluar dari hatinya dengan tuduhan bekas isterinya dulu .Tetapi
tidak lama dia mempamirkan wajah tegangnya.Bila kenyataan yang baru beberapa
minit berlaku tadi kembali kedalam dirinya.
“Tapi
ialah mungkin ini takdir saya,saya tak pernah terfikir macam ni akhirnya takdir
perkahwinan saya dengan Emil, saya terkilan dengan permintaan Emil. Saya
terkilan Emil tak mahu mencuba meneruskan perkahwinan ini. Kenapa dia tak mahu
percaya kemampuan saya yang boleh berlaku adil”.
Memang setiap lelaki tidak pernah memahami
sakitnya hati seorang isteri jika dia diduakan betul tak.Walau apa alasan
sekali pun(dia yang bersalah atau dia yang mempunyai kekurangan.) semua wanita
yang bergelar isteri tetap terasa sedeh bila dirinya diberi MADU. Lagilah kalau
madu yang dipaksa terima.
“Redha
sahajalah Tif..mungkin ada kebaikannya segala yang terjadi. Allah Maha tahu apa
yang telah diatur untuk kita hambaNya.
Lagi pun semuanya dah terlepas. Kita tunggu sahajalah apa yang akan terjadi
pula dimasa akan datang. Berdoalah kalau masih ada jodoh Latif dan Emil.”.
“ Entahlah
saya memang mengharapkan masih ada jodoh saya dengan dia Muaz. Biar pun dia tu
keras, degil dan garang tapi saya cintakan dia. Muaz rasa boleh ke dia menerima
saya kembali”.
“Kalau
Allah nak memusingkan hatinya balik kepada Latif tak mustahil. Redha sahajalah
apa yang terjadi Latif”.
“Ialah
apa nak dikata, nasi pun dah jadi bubur.Tapi besar harapan saya pada Muaz, tolong
tenguk-tengukan anak saya Uwais kat sini. Saya mengharapkan dia akan menjadi
seorang manusia yang berguna dan ada pengangan ugama. Kalau nampak dia buat
perkara tak betul tolonglah tegurkan”.
“In
Shaa Allah”.
Perceraian anatara Abdul Latif dan Emil
Atilia belum sampai lagi kepengetahuan Haji Mohd Noh dan Hajah NorIza lagi,
kerana semasa kejadian mereka masih diKampung Subang Selangor menjenguk
menantunya Nurizana bersalin. Dua minggu mereka disana. Setelah memastikan
menantu yang didalam pantang sudah cukup sihat, barulah mereka
pulang semula ke Pengkalan Hulu. Mereka sampai kerumah dengan menaiki
teksi dari Lapanganterbang Alor Star. Sampai sahaja dirumahnya Hajah NorIza
dirumah, terus dia menghubungi anak sulongnya Muaz.
“Asalamualaikum
Muaz, emak ni”.
“Waalaikumsalam
mak! Muaz kenal suara mak. Mak kat mana ni. Anak-anak Syukri sihat mak. Anak
Syukri yang kembar tu apa ceritanya apa nama yang dia bagi mak. Dengar mereka
dapat anak kembar Muaz pun rasa nak juga mak”.
“Kamu
ingat, nak anak kembar minta gitu-gitu boleh dapat ke.Itu rezeki dari Allah
Muaz oii. Kalau kamu nak tahu pasal anak sedara kamu tu datang rumahlah, nanti mak cerita. Mak call ni sebab nak bagi
tahu mak dah sampai ni”.
“Haaa
mak dah sampai??kenapa tak call masa kat Subang airport mak. Ni mak lambatlah tunggu Muaz. Muaz nak
mandi dulu tangan tengah hitam ni. Mak tunggu kat situ ye”.Terkejut Muaz bila
emaknya mengatakan dia sudah sampai.
“Apa
pula nak tungguMuaz, mak dah sampai
rumah dah. Mak dengan ayah kamu naik teksi tadi”.
“Kenapanya
emak naik teksi. Kan biasanya Muaz yang
ambil mak kat airport”.
“Tak
apa, ayah kata tak nak menyusahkan kamu. Dulu mak sorang memanglah bahaya naik
teksi, tapi ni emak kan dah ada teman
jadi kami naik teksi sajalah tadi.Muaz!! Mak nak masak ni, kalau kamu ada masa datanglah
rumah kita, rindu emak dengan anak-anak kamu Muaz.”
“In
Shaa Allah mak nanti kami datang, tapi tak janjilah mak. Nak tenguk dulu kerja
sekolah anak-anak kena siapkan dulu.Kalau dah pergi rumah emak tu nanti
semuanya nak berkepit dengan emak…daaah tak siap kerja sekolah. Along nak call
Seha ni nak suruh dia pastikan kerja sekolah anak-anak.”.Talian diputuskan,
cepat sahaja Hajah NorIza menyertai suaminya didapur.
“Hai
cepatnya Uda basuh beras dah lapar ke?”
“Tak
lah lapar tapi kejap lagi kan dah nak Zohor sementara kita solat nanti
sempatlah nasi ni masak. Nor tinggal nak masak kuahnya sahaja”.
“Alhamdullilah,
terima kasih De (Sebuah ciuman hinggap
kepipi suaminya ucapan dan perbuatan serentak diluah) Nak masak lauk apa De.”
Sekarang perlakuan itu sudah menjadi kebiasaan pada NorIza. Dia sudah pandai
menghargai kehadiran suami disisinya. Bahagia hati Haji Mohd Noh menerima
ciuman kasih dari isterinya. Kemudian Hajah NorIza berpaling kepeti sejuk dan
membuka untuk melihat apa yang ada didalam.
“…Yang
ada ikan pekasam dan telur tiga biji De”.
“Ok
lah tu..Ni ada kentang ni (suaminya berpaling melihat tempat simpanan bawang
dan kentang disitu). Kita masak rebus kentang kemudian pecahkan telur dua biji
cukuplah. Goreng ikan pekasam tu, kemudian buat sambal belacan waah sedapnya
Nor. Lapar pula perut Uda ni kalau cerita menu kita ni”.
Laju tangan Hajah NorIza mengopek kentang,
dipotong enam supaya cepat empuknya.Kemudian kentang tadi direbus bersama ikan
bilis. Setelah agak empuk dipecahkan dua biji telur seperti kata suaminya tadi.
Noriza menghiris sebiji bawang merah dan seulas bawang putih kemudian ditumis
hingga kekuningan lalu dimasukkan kedalam rebusan kentang dan telur tadi..satu
menunya sudah selesai. (Kalau mak mertua mak teh dia masukkan suun. Dulu
dimasukan pucuk atau tahu kering, tetapi setelah melihat didalam internet
betapa kotornya cara pembuatannya sekarang sudah tidak dibelinya lagi.)
“Nor!
Uda nak turun kejap nak petik pucuk ubi cicah dengan sambal belacan sedapkan
Nor.” Makin bertambah menu mereka tengahari itu.Melihat menu yang menyelerakan
tengahari itu mereka terus menjamu selera walau pun sudah kendegaran laungan
Azan berkumandang dari surau berhampiran.
“Nor
semuanya dah masak ni..Uda rasa nak makan dulu lah”.
“Dah
masuk waktu ni De..”
“Tak
apalah kita makan dulu, kalau solat dulu nanti solat tak husyuk sebab ingat nak
makan sahaja. Lepas makan baru kita solat ye.”
Bagi Hajjah NorIza memasak bukannya
susah, sejam lebih sikit sudah siap semuanya. Ialah hanya kentang direbus
hingga empuk bersama dua biji telur mungkin memakan masa setengah jam, mengoreng ikan pekasam 15 minit
dan merebus pucuk ubi pula mengambil masa 20 minit. Jika dimasak serentak
mengunankan dua dapur lagi cepat masakanya.Itulah sebabnya kalau masak beramai-ramai
lagi cepat siap kita memasak. Sungguh berselera mereka makan tengahhari itu,
walaupun hidangan mereka sangat rimgkas.
Kini perceraian antara Abdul Latif dan Emil
Atilia sudah sebulan berlalu.Ianya juga sudah disahkan dipejabat ugama.Namun perceraian
itu masih belum diketahui oleh anak atau pun ayahnya sendiri.Tetapi perit juga
menyimpan cerita sedeh sendirian. Kadang-kadang
tingkah Emil dilakukan diluar sedar dirinya sendiri, bila tiba-tiba
sedeh menerpa hati dia akan menangis teresak-esak. Selalu diwaktu tengah malam
Emil berkereta sendirian kepekan Pengkalan Hulu mencari ketenagan. Anak
tunggalnya yang sudah lena ditinggalkan sendirian dirumah. Apa yang dapat
dipandangnya hanyalah berderetan lampu-lampu jalan yang bercahaya suram kekuningan. Agak reda sedehnya dia pulang
semula kerumah.
Kesan perceraiannya makin dirasakan.Kini
dalam seminggu ini, dia selalu terjaga diwaktu dini hari. Jika sudah terjaga
matanya tidak mahu terpejam lagi. Bila matanya sudah terbuka..kemudian muncul
kenyataan yang dia didalam bilik sendirian mulalah fikirannya melayang
mengenang kenangan lalu. Mengenang saat bahagianya bersama suaminya hati Emil
bagai disiat. Untuk mengelak dari terus mengenang, Emil akan bangun lalu mencapai kunci kereta.
Dia mahu keluar mengambil angin dinihari yang dingin. Kata orang angin dinihari
adala angin dari syurga, entahlah dia tidak tahu, tetapi dirinya damai bila
didakap dengan kedinginanya.
Dia
akan berkereta seorang diri hingga kepekan, agak lama dia berkereta dia pulang
semula kerumahnya. Bila dia melalui rumah ibu tirinya kelihatan ruamhnya sudah
terang, Lampu dibahagian runag tamunya sudah terpasang. Dia melihat jam didasbod keretanya ‘emm baru
pukul 435 pagi’ detik hatinya. Sudah tiga kali dia melihatnya keadaan itu.Terdetik
dihatinya awalnya ayah dan ibu tirinya bangun untuk menanti masuknya waktu
solat subuh.
Dalam pada berfikir, tangannya memusing
strering kereta membelok kearah rumah emak tiri dan ayahnya tinggal. Lama dia
merenung rumah. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meluahkan apa yang
menghimpit fikiranya selama ini. Dia keluar dari kereta. Dia ingin melepaskan
rasa sedeh yang menghimpitnya kepada ayahnya. Dia memberi salam. Lama salamnya
terbiar sepi. Ketika kakinya mahu melangkah menuju kekeretanya semula kedengaran
pintu rumah dibuka.
“Walaikum
salam..Ehh Emil..ada apa Mel..ada apa-apa
yang tak kena dengan Uwais atau Latif. Kenapa tak call ayah saja, bahaya
Emil keluar sorang-sorang pagi-pagi buta macam ni.”.Bimbang seorang ayah tidak
kira masa. Biar pun anaknya sudah tua bangka, biar pun anaknya sering menyakiti
hati dengan kata-katanya, rasa bimbang
ayah tetap ada untuk dirinya Emil jadu terharu dengan bimbang ayahnya.
Pertanyaan ayahnya tidak dijawab dia meminta kebenaran masuk kerumah pula.
‘Yah!Emil
nak masuk boleh..”
“Ehh Mehlah
masuk..meh lah masuk..tadi masa Emil bagi salam ayah tengah solat”. Haji Mohd
Noh membuka luar daun pintu rumah.
Emil
mengikuti langkah ayahnya masuk kerumah. Dilihat disudut ruang tamu ibu tirinya
sedang bersolat. Hajjah NorIza melakukat solat sunat TASBIH sebab itulah lama
sedikit.
“Terima
kasih yah..Emil tak ganggu ayah ke ni”.
“tak
ada apa yang nak diganggu Mel. Ayah dengan mak ngah sebenarnya nak solat sunat
sahaja, sementara menunggu masuk waktu subuh. Tapi ayah bimbangkan Emil
ni..lain kali jangan keluar gelap-gelap buta macam ni, bahaya.”
“Tak
apa yah, Emil akan jaga diri. Yah!! Emil nak minta maaf dengan ayah.. Emil
banyak salah denagn ayah, Emil sakitkan hati ayah.”.
“Setakat
nak minta maaf tak payahlah bahayakan diri datang pagi-pagi buta macam ni.
Kalau Emil call minta maaf pun ayah akan maafkan. Ayah takut apa-apa terjadi
Emil keluar sorang diri macam ni, Emil kan perempuan... Kenapa tak minta Latif
temankan”.
“Yah
boleh ke Emil nak bercerita sedikit dengan ayah”.
“Boleh
Mel, bila-bila masa pun Emil boleh cerita dengan ayah. Emilkan anak ayah”.
“Yah
Emil memang dah tak ada teman sekarang ni yah….” Diperkataan ini, sedeh Emil sudah menyerbu
dadanya.Dia mengelunsur dari duduknya dan memaut kaki ayahnya yang sudah duduk disofa. Mukanya disembamkan
kepangkuan ayahnya. Habis basah jubah putih yang dipakainya kerana airmatanya. Haji
Mohd Noh hanya mengelus-gelus kepala anaknya yang bertudung kemudian dia
menepuk-nepuk perlahan belakang anak sulongnya untuk menenangkanya. Agak reda
sedikit tangisan anaknya. Dia membuka mulut bertanya.
“Kenapa
ni Mel..cuba cerita dengan ayah..Emil ada masaalah ke”. Lembut sahaj suara
ayahnta bertanya.
“Yah!!Emil
dah bercerai dengan abang Latif yah”.Bersambung lagi tangisanya bila kenyaatan
itu diluahkan kepada ayahnya. Walaupun berita itu mengejutkan, namun Haji Noh
cuba bertenang. Tangisan anaknya yang bersambung dibiarkan sahaja oleh Haji Mohd Noh. Padanya biar dia melepaskan duka
dihatinya agar dia mendapat kelegaan.Nanti setelah agak tenang emosinya dan
mampu bercerita barulah dia bertanya. Dengan sabar sang bapa menanti redanya
tangisan anak dipangkuannya.
Setelah
selesai solat sunatnya Hajah NorIza
mengangkat sejadahnya hendak masuk kedalam bilik. Dia tidak mahu mengganggu
perbualan meluah perasaan antara suami dan anaknya. Emil menyedari perbuatan
emak tirinya. Lalu bertanya kepada ayahnya.
“Kalau
mak ngah rasa tergaggu Emil balik dululah yah”. Langkah Hajah NorIza terhenti bila mendengar kata-kata anak
tirinya.
“Mak
ngah tak rasa terganggu..kalauEmil nak cerita dengan ayah Emil ceritalah. Hanya
mak ngah tak mahu Emil rasa terganggu bila mak ngah terdengar Emil cerita
dengan ayah Emil. Manalah tahu Emil malu kalau mak ngah dengar.”.
“Tak
mak ngah mehlah duduk sini.” Emil menepuk sofa disisi ayahnya. Hajah NorIza
yang masih bertelekung menghampiri mereka. Terus sahaja Haji mohd Noh menyoal
anaknya…
Kannn...hikmah disebalik perceraian. Emil dah tak biadap dengan ayahnya. Semoga jumpa jodoh yang lain. Tak suka hdp madu2 ni.
ReplyDeleteHuaaaa sedihnya...... emil pun kesian, latifpun kesian juga walaupun ada rasa geram pd dua2 orang ni.... Tak tau nak komen apa dengan mereka ni..... Apapun tindakan emil gi jumpa ayah dia tu amat baik... sekurang2nya ayahnya ada buah fikiran yang berguna nanti... harap dia rujuk balik dengan latif... Sabor je le...
ReplyDeleteAlhamdulillah, ada hikmah di sebalik perpisahan Emil dan Latif. Semoga Emil mendapat suami lain yg dpt membimbingnya. Juga tak suka kehidupan berpoligami.
ReplyDeleteBiarkanlah Latif berbahagia bersama Zila & anak2 dan dpt melayani ibunya yg dah uzur. Jika Latif kembali rujuk kpd Emil, dia tidak akan dpt berlaku adil kpd isteri2nya dan berbakti kpd ibunya.
betul kata muaz yg sebenarnya llatif blh mnolak permintaan mak dia supaya bernikah dgn zila. saja nk test power...ego lelaki. dh sebulan bercerai x de jenguk uwais pun.
ReplyDeletesebenarnya emil ni baik dn lembut hati tp latif yg x pandai memujuk dn bimbingnys. tambahan pula emil pun asyik melayan dn temankn arwah mak dia.
biarle emil dn uwais temu ketenangan dgn hj md noh dn hjh norizah.
x suka poligami ni sb x ada maknanya adil.
-dibah-
tu orang cakap, air yang tenang jangan di sangka tiada buaya..
ReplyDeletetenang2 encik latif siapa tahu gelodak hatinya...
banyak pengajaran yg kita dapat dalam cerita ni..
suami yang baik jangan di injak2 kepalanya..
dapat pulak isteri yang kalau kata dia..kata dia je..
akhirnya terlerai kasih...
papepun ada hikmah di sebalik apa yang terjadi..
peringatan pada diri sendir juga ni...