Bila Emil sampai dirumah keluarganya.
Diruang tamu dia ditegur oleh adik iparnya Farahani…
“Mana Seha kak? Tak ikut
sekali ke. Habis pukul berapa kita nak mula masak ni. Hari dah petang ni.”
“Cuba jangan bising, akak
tengah pening ni..Laki dia tak bagi dia datang”. Dari muka Emil merah padam dan
dari bahasanya yang keluar dari mulutnya, Farahani sudah dapat meneka kakak
iparnya sedang menahan marah, mungkin berasap kepala nya pun berasap kerana
kemahuanya tidak tercapai.
“Habis kita nak makan apa
malam ni. Nak masak rasa macam tak sempat. Farah kalau masak lama. Ni nak
tenguk Rijal dah menagis tu. Rijal kalau lama sangat dengan papa dia, mulalah
dia rimas”. Sungut Farah perlahan seakan untk dirinya sendiri namun didalam
hatinya mengharapkan sungutannya dapat didengari oleh kakak iparnya. Itulah alasan
Farahani yang enggan kerdapur. Biar pun
anak kecilnya rasa tidak berbunyi didukungan suaminya. Emil mendengar sungutan
Farah, dan dia sudah tahu apa maksudnya…
“Farah!! Simpan semuanya
yang kita beli ni dalam peti sejuk, kita masak esok masa ayah balik saja. Malam
ni kita makan kedai, kau makan dengan laki kau,
aku makan dengan laki aku”. Geram Emil belum reda lagi. Masih
berdengugug kata-kata Muaz ditelinganya menyebabkan hatinya hangus
terbakar..Itulah yang keluar bahasa geramnya.
Ketika dikedai
makan..Gary(Hezry Fadzil) bertanya kepada sang isteri. Sebab tengahhari tadi
beria isteri dan kakak nya kepasar membeli laukpauk untuk dimasak. Dia
membayangkan tentu sedap masakkan mereka..tapi harapannya hampa bila selesai
solat Magrib sahaja isterinya mengajaknya kekedai makan.
“Kenapa kita makan kedai
pula ni, dah lah tengah hari tadi kita makan kedai, ni makan kedai lagi? lauk
yang dibeli tadi tak cukup ke?..kalau tak cukup esokkan boleh beli lagi”.Hazry
mempertikaikan ajakkan isterinya untuk mengisi perut dikedai makan.
“Kata kak Emil, abang Muaz tak bagi Seha datang masak
untuk kita.”
“Memanglah dia tak kasi
isterinya datang, kan emak abang Muaz pun nak balik esok, tentulah dia tolong
masak untuk keluarga dia. Kenapa tak Farah sahaja yang masak. Masak cincai pun
tak apa lah.”
“Abang tahu tak, kakak abang tu, kalau dia tahu kita ni pandai
masak, esok-esok memang kitalah yang dikudakanya suruh masak..dia senang lenang
tinggal makan sahaja. Farah tak larat kalau nak buat sorang. Kalau Seha ada
tadi memanglah Farah tolong”.
“Ialah tu. Abang tenguk
kalau Seha masak semuanya terlopong tenguk cerita Korea, kalau dah tenguk
RUNNIG MAN terkekek-kekek depan komputer. Terkontang kantenglah dia masak sorang sorang kat dapur.” Hazry
meperkatakan apa yang selalu dipandangnya jika dia pulang kerumah keluarganya.
“Ialah bang, cuba abang tenguk
adik beradik abang termasuk mama, kalau Seha ada memang semuanya tertanggung
atas bahu Seha sorang. Tak kan Farah yang menantu ni nak berhempas pulas tolong
Seha pula, sedangkan mama sendiri pun tak tolong. Dulu Farah ingat Seha tu
orang gaji”.Itulah yang difikirkan oleh setiap anak-anak dan menantu Siti
Khadijah sebenarnya. Tiada rasa atau semangat mahu membantu atau kerja
bergotong royong jika mereka melakukan kerja dirumah mamanya.
“Habis esok siapa yang nak
masak?.Takkan nak makan kedai lagi. Membazir saja lauk yang dah beli tadi”.
“Entahlah..Kalau nampak muka
kak Emil tadi mungkin dia dah ‘kena basuh’
dengan abang Muaz. Farah pasti Seha memang tak akan datang, nak masak rumah
kita.”.
“Kalau macam tu, esok Farah
sahaja yang buat, abang akan suruh Kak Emil tolong.Kak Emil tu kena diajar
juga, kadang-kadang dia tu lebih-lebih pula dari mama. Cakap dia saja yang
betul, dia sahaja yang pandai nak mengarah itu dan ini suruh buat kerja ‘hampeh’. Dengan mama pun dia
melawan.Entah macam mana abang Latif tu boleh tahan dengan dia. Garang kat sekolah
janganlah dibawa sampai kerumah. Abang dengar dia tu guru disiplinkan Farah”.
“Emmm entahlah mana Farah
tahu kakak abang. Farah sebetulnya takut nak cakap dengan kak Emil tu, anginnya
selalu sangat tak betul...”hanya itu keluhan yang keluar dari mulut Farahani,
dikepalanya membayangkan esok dia kan melakukan semua itu.Harapan untuk
ditolong oleh Emil rasanya nuun jauh di dalam mimpi kalau mimpinya hadir, kalau
tak berkubang seoranglah dia didapur.
Penerbangan yang membawa
para Jemaah haji sudah pun mendarat, kini mereka sedang menunggu bagasi mereka
di bahagian bagasi. Sanak saudara yang sedari tadi menanti, sedang menanti
dikawasan menunggu dengan sabar. Kebanyakkan para penunggu berdiri ditepi pagar
yang memisahkan antara bahagian bagasi dan penunggu. Begitu jugalah anak-anak Hajjah
NorIza danHaji Mohd Noh. Mereka memandang dari jauh sahaja. Mereka sememangnya
tidak dibenarkan masuk kebahagian bagasi.
Sedang mereka menanti mata
asyik memandang kearah ahli keluarga yang sedang menguruskan bagasi mereka. Dari
jauh lagi Emil melihat kemesraan ayah dan mak ngahnya. Ayahnya menolong mak ngahnya
mengangkat segala bagasi kedalam troli. Sambil itu kelihatan mereka tidak
berhenti berbual. Sambil berbual tidak surut senyuman yang tersungging dibibir
mereka. Selepas semuanya selesai mereka beriringan menolak troli masing-masing
menuju kepada anak-anak yang sedang menunggu. Sedang mereka berjalan tiba-tiba mereka
berhenti dan bercakap-cakap lagi. Seakan-akan terlalu banyak perkara yang
mereka sedang bincangkan. Entahlah..sakit hati Emil melihat tingkah merpati dua
sejoli yang dah lewat usia ni. Kemudian mak ngahnya menarik tangan ayahnya lalu
dicium.
Kemudian mereka meneruskan
langkah. Bila nama makngahnya diseru oleh anaknya dia menghampiri anak-anaknya.
Kini dihadapannya sekali lagi ayahnya bagai mahu menunjukkan kemesraan dan menyatakan secara halus yang
mereka sudah ada hubungan. Hati Emil yang sedia hangat jadi terbakar. ‘Ada yang kena gulai balik nanti’ bisik hatinya yang panas. Mahu
dilepaskan juga rasa marahnya kalau tidak,dia yang terbakar seorang, tetapi tidak
tahu siapa yang akan menjadi mangsanya.
Mohd Noh diiringi oleh anak dan menantunya menaiki
kereta anak lelakinya 4WD HUYUNDAY TUCSON
untuk pulang kerumahnya. Pada Mohd Noh sebelum dia menyatakan perkara sebenar secara berhadapan
dengan anak- anaknya, biar lah mereka menjalani hidup berasingan dahulu.
Walaupun sekarang ini mereka sudah sah menjadi suami dan isteri. Mereka cuba
memberi peluang anak-anak menerima
kehadiran mereka secara perlahan-lahan. Dia dan NorIza juga perlu ruang untuk
membiasakan diri sebagai suami isteri diMalaysia, DiMekkah lain disana mereka
tiada sesiapa..tetapi diMalaysia mereka ada anak-anak, mereka juga harus
memikirkan hati anak-anak juga. Dulu lain serkarang lain. Dulu bagi anak-anak
mereka hanya bapa saudara dan emak saudara. Sekarang mereka telah menjadi ayah
tiri dan emak tiri. Tentulah sangat berbeza kedudukan mereka dikalangan
anak-anak.
Selain itu Haji Mohd Noh mahu mengagih-agihkan
cendera mata yang dibelinya diMekkah dan Madinah. Sampai sahaja dia dirumah anak-anak
terus menyambar bagasi dan menyelongkar isi kandunganya dahulu..Pedih hati nya
melihat perangai anaknya sendiri terutama Emil walau pun sudah tua (37 tahun)
namun berperangai seperti kanak-kanak. Tidak terdengar langsung pertayaan
berkenaan mama mereka yang tidak kembali bersamanya.…
“Jubah-jubah perempuan ni arwah mama kamu yang beli masa
kat Madinah. Pilihlah sehelai sorang. Ayah rasa mama dah tahu dia nak pergi. Sampai
diMadinah dua hari sahaja mama dah ajak ayah mencari barang barang untuk kamu
semua. Sambil membeli selalu dia cakap ‘rasa
macam tak sempat kalau nak beli barang kat Mekkah’..dia selalu ingatkan
ayah yang waktunya sangat terhad nak membeli barang untuk anak-anak dia.. Tapi
masa itu ayah fikir lain..tak sempat pada ayah ialah nanti masa kat Mekah dia
nak beribadat sahaja itu yang tak sempat nak membeli. Mungkin mama kamu sempat
belikan sehelai sorang saja agaknya.” Haji Mohd Noh berkesah mengimbau
kenangannya bersama arwah isterinya. Dari bagasi Mohd Noh dia mengeluarkan
jubbah untuk anak dan menantu lelakinya pula.
“Untuk yang lelaki ayah yang beli kat Madinah juga masa kat
Mekkah ayah tak beli, masa kat Mekah ayah tak jumpa jubbah yang cantik pun..”.Mohd
Noh menghulur jubbah kepada menantu dan anak lelakinya.
“Pilih dulu untuk Fadzil dan Latif.. yang kecil sikit tu
untuk Uwais, cuba Uwais pakai, atuk agak-agak saja saiz kamu Uwais tu muat tak.
Yang lebih tu, satu untuk Iqbal dan satu lagi Muaz.” pesan Haji Mohd Noh. Tidak berbunyi semua anak dan
menantunya memilih barangan bawaannya. Setelah barangan sudah ditangan masing-masing
barulah mereka bersuara. Pilih punya pilih ada lebih sehelai jubah wanita.
“Yah ada lebih satu”.Farah berkata bila terdapat lebih
satu jubah untuk wanita.
“Itu mungkin Seha punyalah”. Balas Haji Nohd Noh.
““Ayah ni siMuaz dan siSeha tentulah emak dia dah
belikan”.Itulah yang keluar dari mulut Emil, sebenarnya dari tadi lagi dia
tidak berpuas hati bila mendengar nama
Muaz juga disebut dalam pembahagian barang pemberian ayahnya.
“Kalau dah berlebih satu tentu arwah mama kamu belikan
untuk dia. Lagi pun memang dia ada bahagian kat sinikan dia juga anak-menantu
ayah.”.
“Untungnya dia.. sini dapat, sana pun dapat.Tak adil!! yang
satu ni kita undi siapa yang bernasib baik dia punya.” Bangkang Emil tegas
kemudian memberi cadangan.
“Kamu ni Emil
kenapa? Biarlah walaupun emak dia dah belikan, tapi dia tetap juga ahli
keluarga kita, jadi ayah dan mama kamu belikan mereka sehelai sorang sebagai
kenangan dari kami”.
“Kenapa ayah suka lebih kan mereka? Atau sebab ayah nak ambil hati mak ngah itu
yang ayah agung-agungkan anak menantu dia ..Betul ke ayah dah nikah dengan mak
ngah?”.Garang sahaja suara Emil menyoal ayahnya. Rasa marahnya dikeluarkan
tidak dipedulikkan siapakan yang dihadapanyanya yang sedang dimarahinya..
“Anak-anak ayah nilah yang ayah nak bagi tahu kamu semua. Memang betul
ayah nikah dengan maknyah kamu masa kat sana. Ayah harap kamu semua dapat
menerima dia dalam keluarga kita.”
“Kenapa cepat sangat ayah cari pengganti mama?Tak sampai beberapa
hari ayah dah cari pengganti mama. Masa
ayah telefon bagi tahu Emil tu ayah dah nikahkan, ertinya mama meninggal
sebelum subuh kemudian ayah nikah dengan perempuan lain selepas asar pada hari
yang sama. Kalau betul apa yang Emil cakap memang ayah sungguh keji. Langsung
tak ada rasa sedeh diatas pemerginya seorang isteri yang berpuluh tahun hidup
disamping ayah. Nampak sangat ayah ni…”Emil tidak dapat meneruskan
kata-katanya, hatinya sangat sakit mendengar pengakuan ayahnya.
“Kenapa??kamu nampak ayah ni gatal..kuat nafsu. Ayah nak
bagi tahu memang betul sebelum subuh mama kamu meninggal, selepas solat Asarnya
ayah nikah dengan mak ngah. Salah ke? Ayah cepat nikah kerana ada sebabnya,
lagi pun untuk lelaki tiada tempuh iddah. Kalau perempuan memang ada.. kena
tunggu tiga kali suci.”.
“’Sebab ayah tu’
hanya alasan sahaja. Sebabnya ayah dah sebut sendiri bukan Emil yang sebut,
tapi pada Emil, memang ayah gatal dan mak ngah pun gatal.. agaknya mak ngah
memang mencari peluang nak nikah dengan ayah entah-entah…”. Memang banyak
perkataan ‘entah-entah’ dari Emil
yang kelaur dari kepalanya yang sentiasa curiga.
“Emil!! Jaga sikit mulut tu Mel. Awak tak pandang ke dengan siapa awak tu
bercakap? Kenapa suka sangat buruk sangka...”Abdul Latif menginatkan isterinya
yang sedang marah hingga terkeluar bahasa yang tidak sedap didengar.
“Apa pulak nak buruk sangka, memang betul apa, mama dengan
mak ngah sebilik, jadi senanglah dia bubuh ubat entah apa entah.. kat dalam
minuman mama. Kalau tak takkan mama meninggal dengan tak ada sakit apa pun.
Setahu Emil mama hanya ada sakit darah tinggi yang tak serius sahaja”.Makin
diberi peringatan semakin banyak buruk sangka yang keluar dari bibir Emil.
“Memang pandai kamu mengadili tampa kamu siasat mama kamu
meninggal kat mana? Kamu lupa ke tentang kekuasaan Allah Mel. Kalau Dia
menghendaki kita mati, walau pun sedang sihat..segar-bugar sampai ajalnya mati
juga, tak boleh nak ditangguhkan walau sesaat pun”. Ingat Mohd Noh kepada anak
perempuan sulongnya.
“Ye memang boleh dengan kuasa Allah..tapi apa yang Emil
cakapnya memang ada lojik nya. Mama kan sebilik dengan mak ngah, ayah kata
disaat terakhir mama.. mak ngah yang pangku mama. Mama pun meninggal sebelum subuh takkan
tengah jalan pula..ape kejadahnya pagi-pagi buta berjalan.Kenapa ayah asik nak
berpihak pada mak ngah saja. Pada Emil tentang kuasa Allah tu selalunya dia
bagi sebab, ni tak ada sebab..tak ada tanda-tanda apa pun tiba-tiba mama dah
meninggal..kan tak lojik tu…”.
“Itulah…kalau kamu tak tahu jangan nak bercakap, buat
andaian sendiri kemudian buruk sangka dengan orang, kamu tahu tak buruk sangka
dengan menuduh yang tidak-tidak kalau orang tu tak buat…kita yang berdosa. Cara
kamu tu sama macam orang memfitnah. Orang yang memfitnah samalah macam orang
munafik.”.
“Wahh tenguklah ayah sekarang..baru beberapa hari nikah
dengan mak ngah.. dah nak menyebelahkan mak ngah. Mentang-mentang dia lebih
muda dari mama, ayah nampak dia lebih cantik. Memang dia gatal. Entah apa yang
dah dijampi nya pada ayah hinggah ayah dah tak sedar diri macam ni. Sanggup
ayah mengata anak sendiri ni munafik”. Sememangnya usia Siti Khadijah lebih tua
dua tahun dari suaminya Mohd Noh.Tetapi bagi seorang lelaki atau suami jika
hati dah suka umur bukan halangan untuk mereka hidup berkeluarga dan merasai
bahagia.
“Emil cuba jaga mulut tu sikit..awak tu macam tak ada
adap cakap macam tu dengan ayah awak sediri”. Latif cuba menginagtkan isterinya
yang terlalu celupar pada pendengaran telinganya.
“Ayah tak tahu kat mana silapnya ayah ni.Kenapa anak yang
ayah jaga diri kecil tak pandai nak menjaga hati ayahnya sendiri. Ayah yang
membesarkan kamu, ayah yang mendidiki kamu, ayah yang memberi pelajaran pada
kamu. Apalah dosa ayah agaknya hingga anak yang ayah didik begitu biadap pada
ayahnya sendiri. Begitu tidak tahu nak jaga hati ayahnya. Cakap baik-baik bukan
sahaja untuk ibu yang merlahirkan kita, tapi dengan ayah juga yang memberi
segala keperluan makan, minum dan tempat tinggal dari dia tak tahu apa-apa
hingga dia pandai berdikari dan sampai ada orang yang boleh melindungi dia pula.
Tidak sahaja menjadi anak derhaka kalau
kita berkasar dengan ibu, dia juga akan jadi anak dehaka kalau dia berkasar dan
menyakiti hati ayahnya. Tak terfikir ke Emil dengan kata-kata Emil tu? Dan ayah
tak pernah fikir tentang umur mama kamu Mel hingga kamu cakap ni. Ayah ingat
umur mama lebih tua dari ayah masa ayah tenguk kad pengenalan dia sahaja, lepas
tu ayah tak pernah nak teringat lagi.. Pada ayah dia tetap isteri ayah walaupun
umur dia berbeza 10 tahun lebih tua dari ayah.”.
“Emilk cakap macam ni, sebab memang Emil tak setuju ayah
kahwin dengan mak ngah. Mak ngah tu hanya nak ambil kesempatan nak tumpang senang
dengan harta arwah mama. Ayah tak perasan ke? itu sebabnya dia ikut ayah dan mama
pergi Mekkah. Dia memang dah merancang awal-awal lagi. Dia boleh saja tunggu
Muaz cukup duit kalau dia nak keMekkah, tak dengan Muaz ada dua orang lagi anak
jantan dia, takkan diaornag tak boleh nak temankan emaknya pergi keMekkah . Ini
kenapa dia ikut ayah dan mama jadi
Mahram dia. Emil yakin dia memang dah rancang nak bunuh mama masa kat sana. Mudah
kan mama satu bilik dengan dia.” Bagai mahu tercabut jantung Mohd Noh mendengar
tuduhan anaknya kepada NorIza.
“Yang beria ajak mak ngah pergi Mekkah adalah mama kamu Mel.
Kamu tahu tak yang mama kamu hanya pandai baca surah AlFatihah dan dua tiga surah yang pendek-pendek sahaja.
Dia yang berdoa sungguh-sungguh agar mak ngah dapat pergi dengan kami. Dia juga
berdoa agar sebilik dengan mak ngah supaya senang nak minta tolong dia ajarkan mama kamu baca doa”. Itulah kebenaranya.
Siti Khadijah merupakan saudara baru.Dia
berugama Kristian sebelum dia bernikah dengan Mohd Noh dahulu. Puas suaminya
mengajar mengaji, hanya sedikit yang dia
dapat. Namun dia tetap bersyukur kerana dapat melancar surah AlFatihah dan
beberapa lagi surah pendek. Itulah sebabnya dia malu hendak kesurau atau ke
masjid bila mengenangkan kekurangan dirinya. Kerana kekurangan isterinya Mohd
Noh lebih rela bersolat dirumah untuk menjadi imam kepada isterinya. Bagi itu
lebih baik. Hanya jika isterinya uzur dia akan kemasjid atau ke surau solat
berjemaah.
…Siapa yang cakap
apa yang kamu fikirkan ni. Kamu tahu tak
kat mana mama kamu mula sakit? Sebelum tu dia memang sihat walafiat. Kata mak ngah dipusingan saie kami yang
kelima, mama kamu mengadu dia sakit
dada, bila mak ngah kamu ajak rehat dia tak mahu dia nak cepat habiskan saie
dia. Pada pusingan terakhir dia dah tak boleh jalan mak ngah yang papah dia
sampai ke bukit Marwa supaya habis saie dia. Dia meninggal kat hospital
Malaysia kat Mekkah. Kamu jangan suka nak menuduh dicampur dengan hasutan
syaitan dalam hati kamu tu”. Sambung Haji Mohd Noh lagi.
“Ayah memanglah…” Belum habis kat-katanya dia sudah
dijerkah oleh suaminya yang sudah tidak sabar dengan tingkah isterinya yang dirasakan
semakin melampau kata-katanya.
“Emi!!!Cuba dengar dulu apa yang ayah nak cakap”. Emil
tidak jadi meneruskan katanya bila suaminya menegur dengan suara tinggi.
“Anak-anak ayah..ayah
nak tegaskan tak pernah mak ngah kamu nak ambil kesempatan pada ayah atau pun
arwah mama kamu. Ayah nikah sebab nak elakkan dosa. Kat Mekah kita sedia maklum
orang ramai dari segala pelusuk dunia. Jika seorang perempuan berkelana kat
Mekah dia perlukan Mahram. Masa arwah mama
kamu hidup dia adalah mahram mama kamu yang bersangkut dengan ayah.Tapi bila
dia dah meninggal ayah bukan lagi mahram dia. Kalau ayah jalan dengan dia kami
jadi berdosa.
…Sedang kan untuk beribadat kat sana kita perlu keluar,
nak solat kat Masjidil Haram kena berjalan 1km pergi sahaja..balik 1km lagi.
Nak pasang niat Umrah kena naik teksi pergi Ta’naim pagi-pagi buta. Nak pergi
padang Arafah, nak pergi Musdalifah, kemudian nak pergi melontar Jamrah.
Tempatnya bukan dekat-dekat boleh jalan kaki sorang-sorang. Memang pun jalan
kaki tetapi bahaya untuk seorang wanita, sebab kita tak biasa dengan tempat tu.
Bila mana kita bercampur dengan manusia dari berbagai bangsa, keadaan seorang
wanita akan jadi merbahaya. Sebab kita tidak mengetahui budaya yang dibawa oleh
setiap bangsa. Allah ada bagi jalan yang memudahkan kita, yaitu nikah jadi ayah nikah dengan dia supaya ayah dapat
melindungi dia.. selesai masaalah. Emil dan anak-anak ayah yang lain untuk
pengetahuan kamu semua ‘Ayah tak akan
nikah dengan dia kalau mama kamu hidup lagi’. Itu adalah kenyataan ayahnya.
Emil hanyanya mencebek bila mendengar cerita ayahnya yang dirasakan hanya
mencipta alasan.
“Walaupun apa cerita ayah, Emil tak rela, Emil tak suka ada perempuan
lain menumpang harta mama. Harta mama sepatutnya hanya untuk anak-anak dia sahaja”.
Begitu keras hati Emil untuk menerima kenyataan ayahnya yang sudah bernikah setelah kematian mamanya.Walaupun
sudah dijelaskan begitu panjang lebar sebab-sebab mengapa ayahnya mesti
bernikah.
“apa harta mama kamu Emil”.
“Ayah!!Apa yang ayah
beli semasa ayah dan mama masih suami isteri itu adalah harta
sepencarian. Jangan ayah tak tahu yah”. Tegak lehernya menerangkan kepada
ayahnya seolah-olah ayahnya tidak tahu.
“Ayah tahu tu…Duit betulkan rumah ni rasanya keseluruahan dari duit
simpanan ayah.” Dulu arwah isterinya merengek mahukan rumah yang cantik dan
besar. Dia memaksa Haji Mohd memperbaiki rumah pusaka dan membesarkan lagi
keadaan rumah tinggalan keluarganya.
“Ialah tapi duit tu ayah simpan semasa mama dah kahwin
dengan ayah..kita harta sepencarianlah.” Memang susah hendak berlawan kata
dengan anak sulongnya. Pada hemat Mohd Noh biarlah dia tidak mahu hatinya sakit
bila mendengar kata-kata anaknya. Jika
mahu ungkit kisah lama mungkin
akan timbul keburukkan arwah isterinya. Malas dia mahu memperlihatkan
kebenaranya. Dia hanya memandang anak sulongnya yang mahu menyatakan
pendirianya.
“Emil tak mahu dia duduk kat ruamh ni. Duit buat
pembaharuan rumah ni ada duit gaji mama sekali kan. Kereta ayah tu juga harta
sepencarian mama dan ayah. Emil dan adik adik lain memang tak setuju kalau ada
perempuan lain yang naik kereta tu (PROTON PREVE)”.
Alahai kesianya pak uda ada anak biadap macam emil dan alangkah malangnya latif ada isteri kurang ajar macam emil. Begitulah kalau sudah silap didikan masa kecil dulu. Harap-harap pak uda tabah. Tuhan maha kaya. Emil macam orang tak ada agama.
ReplyDeleteKesiannya Hj Noh terpaksa menerang segala-mala kpd Emil. Harap2 adalah kejadian yg akan menyedarkan Emil ttg ketelanjuran cakap & perbuatannya terhadap bapanya dan mak tiri barunya itu....
ReplyDeleteSabar la pulak Uda dan Latif ni. Mulut macam Emil ni memang layak kena tampo jer.
ReplyDeletetamaknya si emil ni..
ReplyDeletesiap pakej kurang ajar lagi..
nasib baik dapat suami baik...
kalau nak sedapkan cerita bagi suami dia cari perempuan lain pun kita sokong..
Betul3x. I pun terfikir mcm tu juga bila bc cerita ni
Deletesabar le hj md noh....tinggalkan saja harta dunia tu kpd anak yg tak kenang budi tu. bukan bolih di bawa mati pun.
ReplyDeletedok rumah hjh noriza dgn anak-anak dia lagi tenang...dah berusia ni kita cuma nk ketenangan bukan lagi serabut kepala otak fikir harta dunia. amal ibadat yg dibuat pun belum tentu dpt cover kekurangan kita sepanjang hayat.
-dibah-
Betul kata dibah. saya sokong tu. Duduk je kat rumah Hjh Noriza, aman damai hati dan perasaan. Anak2pun tak menyakitkan hati. Harta dunia tak bawak mati. Rasanya tak dapat harta yang ada tu pun Hj. Mohd Noh masih boleh meneruskan hidup lg dgn Hjh Noriza kan.. Kita hidup ni tak kaya tak apa asal hati bahagia, cukup makan pakai boleh tenang beramal ibadah dah cukup bagus meniti hari-hari tua.
Delete