Terasa lama pula suaminya keluar kebengkel
Muaz. Suaminya kebengkel Muaz kerana mahu meminta tolong anaknya melihatkan
injin kereta Kancilnya yang susah untuk dihidupkan. Kereta itu kereta lama, salah
seorang pelanggan Muaz menjual kereta itu pada suaminya.
Setelah kereta yang dibeli bersama arwah
isterinya digunakan oleh anak perempuan sulongnya, Haji Mohd Nor terpaksa
mencari kenederaan lain. Dia memerlukan keenderaan untuk mereka ke masjid
ataupun kepasar. Setelah berpencen banyak masanya terluang. Sebagai umat Islam dia wajib keMasjid, untuk sama-sama memakmurkan Masjid.
Dia juga wajib menunaikan solat Jumaat setiap minggu. Sebagai seorang lelaki Islam, dia tidak boleh
menguzurkan diri jika tidak ada alasan yang kukuh untuk tidak menghadirkan diri
kemasjid untuk solat Jumaat.
Solat Jumaat
adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.
Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.
Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.
Dulu semasa arwah isterinya masih hidup dia
jarang kemasjid kerana ingin menjadi imam isterinya dirumah. Hendak membiarkan
isterinya solat sendirian dirumah rasa tidak sampai hati kerana isterinya
merupakan saudara baru dia perlu dibimbing. Isterinya itu malu hendak kemasjid
atau kesurau kerana kekurangan diri. Dia
akan kesurau atau keMasjid ketika
isterinya sedang uzur.
...Kebetulan salah seorang pelanggan Muaz
mahu menjual kereta keduanya sebuah Kancil lama, dia membelinya. Setelah dibeli
barulah mereka tahu kereta itu sukar untuk dihidupkan. Tetapi kata Haji Mohd Noh untuk sementara
waktu dia akan bertahan, dia berazam untuk membeli sebuah MYVI atau VIVA tidak
lama lagi. Mendengar sahaja kereta
suaminya memakir dihalaman rumah laju langkah Hajah NorIza menjengah pintu, dari
muka pintu lagi dia bercerita dengan wajah ceria… Suaminya hanya tersenyum
melihat tingkah isterinya.
“Uda!! Nuri dah bersalin De..diorang dapat
anak lelaki kembar..tapi Nuri bersalin melalui pembedahan anaknya songsang kata
Syukri tadi”.
“Nuri selamat?”.
“Alhamdullilah Nuri anak beranak selamat De.
De!! Nor nak minta izin Uda ni..nak pergi jaga Nuri. Kesian Nuri tu emak ayah
dah tak ada. Kitalah emak ayah dia De”.
“Ehh apa pulak minta izin Uda, kita pergi
sekalilah, Uda nak juga jenguk cucu-cucu yang kat sana tu”.
“Ye ke Uda nak pergi sama? Kalau kita pergi
sekurang-kurang 2 minggu.. tahan ke Uda duduk lama kat rumah orang. Tunggu dia
kuat sikit barulah Nor balik”.
“ Apa pulak rumah orangnya Noor, itukan rumah anak-menantu kita.. Berapa
minggu pun tak apa. Dapat jugalah Uda tenguk-tenguk bandaraya Kuala Lumpur tu.
Uda tak pernah pergi KL tau sejak dah tua ni. Uda teringin sangat nak tenguk
taman Cahaya kat Shah Alam kata orang cantik sangat. Kalau dah pergi tenguk
nanti, boleh lah Uda kelentong orang-orang yang kat sini pula.”.
“Ye ke? Ada ke Uda fikir macam tu (Terkekek
dua suami isteri yang bahagia) Nor yang selalu pergi KL ni pun tak pernah pergi
Taman cahaya tu De..Syukri tak pernah cakap pun ada Taman Cahaya tu. Tapi ialah
dulu dia kan sibuk dengan dua isteri. Tak sempatlah agaknya dia nak cerita dengan Nor tentang Taman
Cahaya tu. Nantilah kalau sempat kita pergi bawa cucu-cucu kita ke sana. Tentu
Wafi suka, dia tu dah besar, dah pandai
nak menenguk-negukkan De.”
“Ehh kata nak pergi.. dah berkemas mana baju
nak bawa ke. Jangan lupa bawakan sekali baju Uda ye.”
“Ialah nak telefon along minta dia belikan
tiket FIREFLY. Elok kita pergi esok pagi ye de”.
“Ehh kenapa pula besok pagi?”
“Tak apalah tak perlu tergesa-gesa..Nuri pun
belum balik hospital lagi. Kalau pembendahan ni mahu seminggu duduk hospital.Jomlah kita masak makan tengahari dulu. Malam nanti baru kemas baju. Ni nak call along
dulu”.
====================
Emil begitu berusha mahu menduduki rumah ayah
dan arwah mamanya. Dengan rezeki dari Allah kebetulan ada seorang guru yang
mahu bertukar suka –sama suka denganya. Setelah semuanya selesai, maka
berpindahlah dia kekampung halamanya diPengkalan Hulu. Dia mengajar disekolah
ibunya mengajar dulu. Kini Emil sudah pun berpindah dan mengajar disekolah yang
berdekatan dengan rumah keluarganya. Suaminya
Abdul Latif masih mengajar disekolah lama.
“Macam mana ni bang! Emil dah dapat
tukar sekolah ni, abang belum lagi. Nak
berulang dari rumah kita ni rasanya tak larat. Lagi kalau ada koko (Kokurikulum)
kena tunggu sampai petang. Emil rasa nak
duduk rumah ayah tu saja. Lagi pun sayang rumah tu terbiar dah dekat lapan bulan, rumah tu hanya kita
jenguk seminggu sekali saja”.
“Tak apa.. pergilah Emil duduk sana, nanti
hujung minggu abang datang lah jenguk Emil dan Uwais.”
“Tapi kesian lah abang duduk sorang. Nanti abang bosan. Abang nak makan pun
susah”.
“Apa yang susahnya dulu pun kita makan beli juga..tapi dulu Emil yang
beli. Kalau Emil duduk rumah ayah, abang kena beli makan abang sendirilah, lebih kurang sahaja”.
Emil hanya tersengeh mendengar kata-kata suaminya. Kedengaran seperti suaminya
memerlinya, tetapi itu memang kenyataan. Biasanya sebelum pulang dia akan
membeli lauk dikantin sekolah. Pulang kerumah dia hanya menanak nasi dan
menumis sayur sahaja kan senang.
“Emil kesian abang nanti abang bosan tinggal
sorang. Cepat-cepatlah cari orang tukar suka sama suka macam Emil ni, taklah
tunggu lama. Kalau minta pertukaran melalui Jabatan kena tunggu giliran pula. Nanti
lama abang duduk sorang”.
“In Shaa Allah adalah nanti”
Gembira hati Emil apa yang dihajati terkabul.
Masa berjalan dengan pantas tidak terasa kini sudah tiga bulan dia mengajar
disekolah baru. Dalam rasa gembira dengan rasa teruja kerana menduduki rumah
keluarganya yang besar dan cantik. Mana tak cantik mamanya bercitarasa
tinggi..Rumah pusaka kedua mertuanya diubah suai hamper seratus peratus. Dari
rumah papan bertangga kayu kini sudah menjadi rumah batu keseluruhanya. Siap
dengan plaster syiling segala. Dapurnya juga ada dapur basah (dapur untuk
memasak) dan dapur kering. Dahulu rumah itu hanya mempunyai tiga buah bilik
sahaja. Kini sudah bertambah dua bilik lagi menjadikan 5 bilik tidur. Ini
bermakna setiap orang anaknya mempunyai bilik sendiri. Tiga dari biliknya
mempunyai bilik air sendiri dan sebuah lagi bilik air didapur. Lantai nya pula
sepenuhnya dari tempat kereta hingga kedapur dilitupi oleh marmar berwarna
hijau muda.
Itu tidak dikira set perabutnya lagi. Set
sofa diruang tamu dan set bilik tidur utama terdiri dari set kayu jati.
Dapurnya pula yang berjenama BOMPANY yang lengkap dengan oven pembakar dan
penyedut udara. Siti Khadijah yang meminta itu dan ini dari suaminya. Katanya
selagi dia masih hidup dia ingin merasai kemewahan didalam rumahnya.Tetapi dia
tidak mahu megeluarkan duit simpananya.
“Tijah..kalauTijah nak buat apa yang Tijah
impikan kita bantu membantulah. Duit simpanan abang ni abang nak guna pergi
haji nanti..buat belanja kat sana lagi.”
“Abang keluarkan duit abang dulu kalau tak
cukup nanti Katy bantulah, Katy keluarkan sikit duit simpanan Katy”.
“Tak bolehlah macam tu kita keluarkan
sama-sama. Nanti kering lansung simpanan abang, apa kita nak belanja kat Mekah
nanti. Dah lah duit pergi haji yang Tijah punya pun abang yang tanggung. Abang bukannya berkira tapi kita
sama-samalah.”
“Abang!!Katy nikan isteri abang memang
sepatutnyalah abang tanggung Katy. Lagi pun duit Katy tu Katy nak pergi
melancung dengan Emil cuti penggal sekolah ni. Kali ni Katy, Emil dan Uwais nak
pergi Korea. Kata orang kat sana cantik bang”. Dengan gaya terujanya Khadijah
membayangkan kecantikkan Korea.
“Eloklah awak tu Tijah melancung bawa isteri
orang berhari-hari sekurang-kurang nya seminggu awak bawa siEmil tu. Tak baik
awak buat macam tu pada Latif, entah hatinya redha atau pun tidak, nanti Emil
yang tanggung dosa kalau suaminya tak redha dia pergi”.
“Ehh takkan nak pergi dengan mama dia sendiri,
Latif tu nak marah. Nak tunggu dia bawa bininya tu pergi melancung entah bila,
memanjang tak cukup duit sahaja dia tu. Emak dia tu bergantung sangat dengan
Latif. Itulah jadinya macam tu. Abang tahu tak belanja siEmil dengan Uwais tu
Katy yang tanggung”.
“ Yang awak salahkan siLatif tu kenapa? Dia
anak lelaki tantulah dia yang bertanggung jawap pada emaknya. Awak kena ingat
Tijah sampai mati anak lelaki ni ada tanggung jawab dia dengan emak dia. Tak
macam anak perempuan, nikah sahaja orang yang bertanggujawap pada dia adalah
suaminya. Emak ayah dia dah tak ada lagi tanggunjawap pada dia. Walaupun kita sakit teruk kalau suaminya tak izin kan
dia melawat kita, dia tak boleh datang melawat kita. Ingat itu.” Panjang lebar
Mohd Noh menerangkan kewajipan seorang anak lelaki kepada ibunya. Melihat
isterinya hanya mendiamkan diri bila diberi ceramah terus sahaja Mohd Noh
meneruskan kata-katanya..
“Dah tak payahlah awak ajak siEmil tu
melancung, baik simpan sahaja duit awak tu, nanti kita nak keMekkah boleh awak
guna duit tu untuk belanja kat sana.”
“Baang!Sebelum Katy mati ni, Katy nak
berjalan puas-puas. Katy ajak abang tak
nak..siapa lagi yang boleh temankan Katy. Lagi pun Katy pakai duit Katy. Jadi
duit abang tu gunakanlah betulkan dan beli perabut untuk rumah kita ni. Nanti
kalau Katy mati dulu taklah bini muda abang yang bersenang lenang dengan duit
simpanan abang. Duit abang duit Katy juga tau. Pasal belanja kat Mekkah tu
abanglah yang kena sediakan sebab abang yang beria ajak Katy pergi.” Itulah
cerita disebalik rumah cantik milik Emil Atilia. Dahulu rumah itu pusaka dari
keluarga Haji Mohd Noh dan diubah suaikan ketika keluarga Emil tinggal disitu.
Sudah hampir tiga bulan dia menduduki rumah keluarganya. Hatinya senang pandanganya lapang, selapang rumah keluarganya yang besar. Kini dia baru tersedar, sekarang suaminya
bagai tidak kisah dengan ketiadaan dirinya. Tadi suaminya menghubungi katanya
dia tidak dapat datang menjenguknya minggu itu, kerana dia mahu menjenguk
emaknya yang tidak sihat dikampung. Rasanya sudah dua minggu dia tidak dijenguk
oleh suaminya. Terasa sudah kurang rindu suaminya terhadap dirinya tetapi
mengapakah suaminya jadi begitu.
Oleh kerana tiada aktiviti dihari Sabtunya dia
berhajat untuk pulang kerumah lamanya, walaupun suaminya telah memberitahunya dia pulang kekampung kerana menjenguk emaknya yang tidak sihat. Walaupun suaminya tiada Emil mahu menolong suaminya mengemasi rumah
atau memabsuh kain baju suaminya. Kunci rumah memang ada segugus didalam
simpananya. Sampai disana dia membuka pintu pagar kemudian grill dan akhirnya
pintu rumah. Kelihatan rumah yang hambir tiga bulan ditinggalkan kemas dan
bersih. Dia kedapur.. terdapat banyak barang kering, beras dan bahan yang untuk
dimasak. Dia membuka pintu peti sejuk bekunya juga terdapat ayam ikan dan udang
cantik bersusun.Terdetik dihatinya ‘suaminya memasak sendiri rupanya’.
Pada kebiasaanya dulu dia sering membeli lauk
di kanten sekolah, kebetulah masakkan dikantin sekolahnya sedap. Ketika dia
sampai kerumah dia hanya menanak nasi untuk makan malam mereka bertiga beranak.
Jika hari Sabtu dan Ahad pula kebiasaanya dia akan makan digerai makan yang
banyak terdapat dikawasan perumahan mereka. Bukan dia tidak pandai memasak,
tetapi makan untuk tiga orang rasa tidak berbaloi untuk dia memasak sendiri itu
kata hatinya. Makan tak seberapa jika dikira dari segi kos dan tenaga membeli makanan lebih
jimat dari memasak sendiri. Itulah perkiraan Emil Atilia yang bijak, kerana
malas.
Kemudian dia menjengah bilik tidur mereka,
kelihatanya juga kemas berjaga, cadarnya juga sudah berganti dengan cadarnya
yang lain. Tapi ialah sudah tiga bulan dari tarikh dia mula berpindah kerumah
keluarganya. Ahh telah lama rupanya dia
tidak baring dikatil itu..
Rajin suaminya bila dia tiada disisinya. Hatinya
berkata-kata sendiri. Mungkin dia mengisi masa lapangnya dengan berkemas.
Mungkin dengan berkemas akan meletihkan dirinyadan akan terlalai dari
menginatkan dirinya. Timbul rasa kesihan dihati Emil mengenangkan kesunyian
suaminya. Dia berjanji bila tiada waktu kokurikulum di sekolah dia akan pulang,
menemani suaminya nanti. Setelah lama dia berpusing-pusing diseluruh ruang
rumah dia mengambil keputusan pulang sahaja kerumah keluarganya diPengkalan
Hulu. Hari Sabtu dan Ahadnya diisi dengan menonton TV dan melihat kerja sekolah
anaknya. Isnin bermula lagi.
Seperti yang sudah diniatkan didalam hati,
habis sahaja waktu persekolahan Isnin itu, terus sahaja mengambil anaknya
disekolah. Emil mengajar disekolah rendah. Manakala anaknya belajar disekolah
menengah tetapi kedudukan sekolah mereka tidaklah jauh sangat. Dia ingin pulang
kerumah lamanya untuk menjenguk suaminya. Ada rasa rindu pada suaminya yang
telah dua minggu tidak dapat menjenguknya kerana emak sakit katanya. Sampai
dirumah kereta WAJA suaminya sudah ada terpakir didalam pagar. Dari luar rumah
kedengaran suara anak kecil menangis kemudian suara wanita memujuk. Hati Emil
jadi berdebar. Adakan adik iparnya datang mengunjungi suaminya. Emil yang sudah
berdiri diluar kereta ayahnya menghampiri pintu pagar dan membukanya kerana
pintu pagar tidak berkunci. Anaknya Uwais yang leka bermain GAMES di telefon
bimbitnya dibiarkan sahaja. Kemudian dia diberjalan menghapiri pintu rumah. Sambil
memberi salam sambil dia membuka kasut.
Sedang tangannya hendak mecapai tombol pintu
tiba-tiba pintu dibuka dari dalam dilihat tangan suaminya yang masih bernasi
yang membuka pintu rumah. Wajahnya nampak sangat terkejut melihat kehadiran
dirinya diluar pintu.
“Oh abang tengah makan ye. Beli lauk kat mana
bang? Emil beli lauk juga ada kat
Uwais tu. Entah apalah yang lama sangat
duduk dalam kereta tu.” Namun suaminya bagai terkaku mamandang dirinya.
Kedengaran pula suara perempuan dari dalam rumah bertanya…
“Siapa yang datang bang ajak lah masuk makan
sekali dengan kita. Zila ambil kan
pinggan”.
“Siapa yang kat dalam tu bang.???”. Pada
hemat Emil tiada ipar duhainya yang bernama ZILA,Nama itu kepunyaan seorang sudara jauh
keluarga suaminya yang selalu menemani emak mertuanya. Bergesa Emil melangkah masuk kedalam rumah
melalui celahan pintu dari badan suaminya yang tertegak kaku. Hatinya jadi
tidak sabar hendak tahu siapa Zila yang mengaku dirinya tadi.
Emil memandang kearah pintu dapur seorang
wanita memegang pinggan sambil mendukung anak kecil. Dia kenal wanita itu, dia
selalu berjumpa wanita itu dirumah emak mertuanya. Dialah yang menjaga emak
mertuanya. Emil memandang dari atas
kebawah fizikal wanita yang juga terkaku memandang dirinya. Kelihatan bahagian
perutnya buncit seperti sedang mengandung.
“Bang!cakap dengan Emil..KENAPA Zila ada kat sini. Bila Zila kahwin Emil tak
pernah dengar pun.” Dia kenal Zila. Mengapakah dia
ada bersama suaminya, berduan pula. Rasanya tiada orang lain melainkan Zila dan
suaminya dan anak kecil yang sedang didukungnya. Bila soalan tidak berjawap Emil
menjerit mencari kepastian
“Cakap banggg!!!”.
“Emil biar abang terangkan.” dengan jawapan
itu hati Emil sudah pandai meneka. Tidak lama dia disitu tak sanggup rasanya
dia mahu mendengar penerangan dari suaminya. Hatinya sudah berkira-kira sebelum
dirinya sedar sepenuh, biar segera dia pulang semula kerumah keluarganya. Dia berpusing memandang pintu dan bergesa dia keluar
semula menuju kekeretanya. Uwais perpinga-pinga melihat tingkah mamanya. Tadi
kedengaran suara jeritannya, sekarang ni jalan macam rebut dan terus masuk
kedalam kereta. Uwais yang baru hendak turun kereta tidak jadi, bila melihat
mamanya membuka pintu kereta dia masuk dan menghidupkan injin kereta.
“Bang jom kita balik”.‘Abang’ adalah panggilan untuk Uwais. Panggilan manja papa dan
mamanya.
“Kenapa ma..kata mama nak tidur sini”..
Mamanya tidak menjawab soalannya namun meneruskan pemanduanya. Emil pulang
semula kePengkalan Hulu dengan hati yang hancur. Perlahan dia memandu hingga
sampai kerumahnya semula. Keruamah keluarganya
yang sudah menjadi rumahnya diPengkalan
Hulu.
Sampai dirumah dia menyuruh anaknya
menghidang nasi dan lauk yang dibelinya dikantin sekolah tadi. Dia membeli nasi
sekali kerana tadi ditakuti mereka sampai lambat dan perut sudah menyanyi
kerana lapar.
“Bang tolong masukkan lauk dan nasi ni dalam
mangkuk abang makan ye”.
“Mama tak makan sekali ke?”
“Mama tak ada selera nak makan”. Kemudian dia
melangkah menuju bilik tidurnya.
Hairan Uwais dengan tingkah mamanya hari itu
katanya mahu bermalam dirumah lama mereka.Tapi tadi mamanya menjerit seakan
memarahi papanya, kemudian meluru terus pulang semula kerumah mereka. Kini dia
tiada selera untuk makan pula.Tetapi dia menuruti arahan mamanyanya. Dia makan
sendirian kerana dia sedang lapar. Selesai makan Uwais berkemas pinggan yang
digunakan. Kemudian dia mandi. Usai membersihkan diri, berwudu' dan bersolat zohor, dia menghubungi kawan
baiknya. Dia hendak keluar bertemu kawan baiknya.
“Hallo
Pian aku tak jadi balik rumah papa akulah. Datanglah ambil aku”. Tidak
lama kedengaran motor menderum dihalaman rumahnya. Pintu bilik mamanya
diketuk..bila mendengar suara mamanya terus sahaja dia meminta izin hendak
keluar.
“Ada apa bang..mama tak nak makan, mama nak
tidur sekejap”.
“Ma!!! Abang nak pergi rumah Pian..Pian dah
datang tu.”
“Ialah” Sejak dia bersekolah disitu Uwais rapat dengan salah seorang dari rakan kelasnya. Emil tidak bimbang mereka berkawan kerana Ahmad Sofian juga anak seorang guru yang mengajar disekaolah anaknya. Emil memerap didalam bilik. Sebenarnya dia
melepaskan sebak yang berkampung didalam hatinya. Dia tidak mahu Uwais melihat
dia menangis.
Pada telahannya wanita tadi adalah isteri suaminya. Bila agaknya
suami berkahwin dengan Zila. Mengapakan selama dia tidak tahu. Jika dilihat
pada anak yang didalam dukungan Zila tadi, anak kecil itu berusia dalam
lingkunagn dua atau tiga tahun. Dan sekarang ini Zila mengandung lagi, mungkin
sudah cukup bulannya. Jadi sudah berapa lamakah suaminya bernikah lagi.
Bernikah tampa pengetahuanya. Adakah selama ini dia ditipu, alasan menjenguk emaknya
dikampung sebenarnya dia menjenguk isteri. Ohh makin bercelaru kepalanya, makin luluh hatinya.
Untuk menenangkan hatinya yang berkecamuk,
masuk sahaja waktu Asar Emil megambil wudu’,
selesai solat, kedengaran ada kereta masuk kehalaman ruamhnya.
Kedengaran suara memberi salam dan masuk kedalam ruamh. Dia kenal suara itu
suara suaminya. Kalau hendak diikutkan hati dia tidak mahu berjumpa dengan
suaminya, tetapi dia sudah masuk kedalam rumah. Geram hati Emil anaknya tidak
mengunci pintu ketika dia keluar tadi. Bila dijengah kelihatan suaminya sudah
tercegat diruang tamu.
“Mel abang boleh terangkan”.
“Cakap terus terang dengan Emil, kenapa Zila
ada bersama dengan abang. Dia mengandung anak siapa dan siapa anak kecil yang
didukungnya. Jujur bang jangan selindung-selindung”. Bicara Emil tegas.
“Duduklah dulu kita bincang”. Emil mengikuti
kata-kata suaminya mereka duduk dikerusi bertentangan. Emil melihat wajah
suaminya yang serba salah.
“Sebenarnya dia dah jadi isteri abang. Abang dah
nikah dengan dia tiga tahun lepas. Emil ingatkan.. dialah yang jaga dan jadi teman
emak dari arwah abah meninggal.. Emak minta abang kahwin dengan dia, sebab emak
nak dijaga oleh menantu, emak tak mahu orang yang tak ada pertalian jaga dia.
Lagi pun emak rasa terhutang budi sangat dengan dia. Dialah yang jaga emak masa
emak sakit teruk selepas ayah meninggal dulu. Dia yang basuh kencing berak emak,
masa emak terlantar sakit hampir tiga bulan tak boleh bangun. Lagi pun dia dah
berumur emak ayahnya dah tak ada.”.
“Emak yang berhutang budi, abang pula yang
sunggup membayarnya. Itulah pasalnya abang tak kisah kita duduk berlainan rumahkan. Abang tak
berkeluh pun bila Emil bagi tahu Emil dapat tukar sekolah. Rupanya abang suka
dan gembira. Entah-entah memang abang doakan Emil dapat tukar sekolah, supaya
abang senang nak bersama dengan Zila.. sampainya hati abang”. Sebak
meruntun hati Emil bila mendengar penjelasan suaminya. Emil mengimbau semasa
emak mertuanya sakit dahulu…
Ya!! Emil ingat selepas beberapa minggu abah
mertuanya meninggal dunia emak mertuanya pula sakit. Sakit yang teruk. Tetapi ketika itu itu dia hanya
datang menjenguk setiap minggu sahaja, tidak juga bermalam. Dia akan mencipta beribu
alasan untuk tidak menemani emak mertuanya ketika itu. Sampai sahaja dirumah
emak mertuanya duduk setengah hari, dia akan meminta dirinya dihantar pulang.
Keesokkan harinya suami akan pergi lagi melihat emaknya tetapi hanya suaminya
seorang diri.
Alhamdulillah padan muka emil. Tuhan tu maha kaya. Nanti dia akan tahun langit tu tinggi atau rendah. Harap2 lepasni sedar dirilah ya. Tuhan tu satu je. Jangan ego dan takbur sangat.
ReplyDeleteKesiannya kat Emil, walaupun sebelum ini rasa geram sgt kat dia atas layanannya terhadap bapanya. Hmm lamanya dia dah bermadu....
ReplyDeleteSetiap apa yg berlaku akan ada pembalasannya.....ingat kita.sebagai anak hormatlah ibu bapa insyaallah Allah akan merahmati hidup dan hidup akan sentiasa sejahtera.....Emil..sewajarnya menyayangi ibu mertuanya seperti ibu kandung.kita bila kahwin bukan kahwin dgn anaknya saja tp keluarganya turut menjadi keutamaan kita.tanpa mereka suami kita tak akan ada...jgn berkira dgn mertua....balasan didunia tuhan dah tunjuk pd emil..harap insaflah.tp rasanya emil takkan insaf kerana perangainya sudah sebati dlm diri.
ReplyDeletekesiannn juga si emil tu sb dh 3 tahun kena tipu. yg suami pun knapa x trus terang mak mertua nk menantu jaga klu tak dia kena kahwin...ada aj alasan lelaki ni kan..
ReplyDeletex sabar nk kisah hj md noh dn hjh noriza melayan cucu anak dn mnantu di kl.
-dibah-
kesiannn juga si emil tu sb dh 3 tahun kena tipu. yg suami pun knapa x trus terang mak mertua nk menantu jaga klu tak dia kena kahwin...ada aj alasan lelaki ni kan..
ReplyDeletex sabar nk kisah hj md noh dn hjh noriza melayan cucu anak dn mnantu di kl.
-dibah-
kan suami tu imam dlm kluarga utk bimbing didik tegur isteri tu mana yg x betul. jgn di biarkn saja lpad tu bila dh x blh di llentur lagi trus kahwin lain. kesiannya juga emil tu.
ReplyDelete-dibah-
Untk crita kli ni mak teh tak crita sangat tntang klurga Syukri. Byngkan lah merka sudah bahagia dapat menangani segala cabaran,klu ada perselisihan itu adat berumah tanggalah.
ReplyDeleteOrg laki memang kena lebihkan mak dari isteri. Kalau isteri mcm emil ni memang tak boleh tolak ansur. Dgn ayah sendiri pun sanggup buat mcm tu. Dgn mak mentua lagi la. Memang patut dia dimadu. Hadap la sorg2 harta mama dia tu.
ReplyDeletekali ni saya sokong cikgu latif..
ReplyDeletekalau dah isteri punya sifat kurang ajar, tamak, tak hormatkan orang tua...
tak makan di ajar, apa pilihan dia ada..
dah tu pentingkan diri sendiri..
sangggup tinggalkan suami semata2 tamakkan harta mak bapak punya..
padahal dia ada adik beradik lain..
kalau saya punya menantu gini pun saya suruh kahwin lain..
tak sanggup nak tengok anak yang kita besarkan dengan kasih sayang diperkudakan..
Kesian juga pada emil telah dimadukan. patut juga latif ambil tindakan tu krn sikap emil yang tak ambil cakna pada permasalahan mak mertua, latif patut mendahului ibunya kerana syurga suami bawah tapak kaki ibu. Mungkin itu satu pengajaran buat emil, ambil mudah dalam pengurusan rumah tangga, tak dengar nasihat suami, menderhaka kepada bapanya dan tamak haloba. Harap2 musibah ini akan menyedarkan emil dari kekurangan dirinya dan kembali ke pangkal jalan.
ReplyDeleteitule yg akak nk katakan.....klu imam dlm kluarga tu betul berlandaskn hukum dn syarak...smua ini dpt dielakkan. emil tu pun di didik dgn bisikan oleh arwah bahawa hj md noh ada wanita lain dalam hati...klu diikutkn emil ni syg sgt dkat arwah smpi x nampak kebaikan dn keikhlasan bapanya. tapi....dimana bapanya sbg imam masa tu? mcm kata hjh norizah jgn disebut org yg telah tiada...redhakan aja cara dia mendidik. bgitu juga dgn latif...dimana kedudukan dia sbg imam dlm kluarganya...mmg tanggungjwb anak lelaki kpd org tua nya dn syurga anak itu dibwh tapak kaki ibunya...tapi syurga isterinya dibwh dia...jadi dia sepatutunya bertegas dgn emil dr mula dan berterus terang tentang perkahwinan yg mak dia suruh tu bukan berahsia smpi 3 tahun smpi dh beranak....dia pun harus berlaku adil bukan smpi 2 minggu tak jenguk emil dn uwais..itu pun tanggungjwb dia...blh pulak bw isteri muda tu balik kerumah sana dn senang hati ...boleh pulak tinggalkn mak dia di kampung.
ReplyDeleteAkak bukan apa...cuma nak stresskan bahawa imam dlm kluarga adalah suami..jadi jika smua hukum dan syarak dilaksanakan dan dipatuhi insyaallah smuanya akan baikk...tapi jika imam dlm kluarga tu sendiri pun tak tegas dan tak mengikut hukum dan syarak..begini le jadinya.
rasanya klu suami tu benar benar sygkn isteri dn ingin berdua hingga ke jannah walau apa cara sekali pun dia akan cuba bw isteri dia ke jln yg betul. dia tidak akan menipu isterinya...sekurang-kurangnya emil tidak menipu suami dia.
Dlm diri setiap orang ada kelebihan dan kekurangan yg jarang sekali kita manusia dpt menilai dgn mata hati..lazimnya kita menilai dgn mata kasar sahaja. Apa pun yg berlaku dlm sesebuah kluarga yg akan menjadi mangsa adalah anak.......
-dibah-