~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday 30 March 2014

Bab 26 Tidak ku tahu kasih bermula






“Oohhh..Kalau aku sekarang ni aku kena jaga hati aku supaya tak pandang kau. Tapi tak boleh rasanya, bila kita dah duduk berhadapan macam ni. Takkan aku nak tunduk sahaja pandang lantai sahaja.. nanti kau kata aku sewel pula. Aku nak pergi takut kau kecik hati.”

“Waah kau dalam baik kau kenakan aku lagi kan..kau nikan..kau ingat aku nak goda kau ke tak ada makna nya Muaz. Janganlah kau takut…?”.


“Taak …bukan aku takut pasal  goda. Tapi hukum  seorang lelaki  memandang rambut perempuan yang bukan mahramnya berDOSA. Yang aku takutkan dosa, sekarang inilah hakikat kita. Sehelai rambut yang diperlihatkan kepada lelaki yang bukan mahram, satu dosa kau dapat. Kalau sehelai rambut SENGAJA diperlihatkan kepada 10 lelaki bukan mahram, maka 10 dosa anda dapat.Tapi sekarang ni aku pandang sekepala rambut kau tu..cuba kau kira berapa helai rambut kat atas kepala kau tu yang aku terpaksa tenguk..jadi berapa dosa yang kau dapat.  Sedangkan nak menghapus satu dosa pun susah, ini saja-saja kau cari dosa...”
           

“Alah apa pula nak berdosa Muaz... Kita dah lama  kenal dari kecil lagi kau kenal aku dan aku pun kenal kau. Lagi pun ayah kitakan  adik beradik satu ayah satu emak. Orang kata kalau ayah kita adik beradik anak-anak mereka akan jadi  sepupu kuat..betulkan”.


“Ye, walaupun kita sepupu kuat tapi hakikat nya kita bukan mahram. Mel MAHRAM ertinya orang yang berlainan jantina yang halal nikah, halal ertinya kalau kita nikah tak berdosa. Jika Allah dah jatuhkan hukum haram pada sesuatu tu, kita tak boleh nak pinda Mel. Yang haram tetap haram yang buka mahram tetap bukan mahram. Kecuali kalau aku jadi abang susuan kau. Tapi hakikatnya tidak..jadi nak buat macam mana. Dosa sudah pasti Mel”.

“Alaah kau ni Muaz..aku sebetul dah lama nak tanya kau..dari hari tu lagi aku tunggu kau ni”.


 “Aku tak kisah kalau kau nak cakap dengan aku pun, tapi kita selesaikan persoalan kita ni dulu. Sekarang ni.. kalau kau dapat dosa aku pun sama dapat dosa, sebab aku tak cuba mengelak pandang  yang bukan hak aku.”. Emil hanya terkebil-kebil memandang sepupunya yang sedang memberi peringatan kepadanya. Melihat Emil terkebil Muaz mengambil peluang meneruskan kata-katanya.

“ Jangan main-main Mel, kalau Allah kata tak boleh,ia kan tetap tak boleh. Kalau Dia kata berdosa ia akan tetap berdosa kalau kita buat. Kau kena ingat Mel dosa jangan dicari dan jangan ditambah kalau kita boleh mengelak. Sebab dosa-dosa yang kita buat ni akan menutup pintu hati kita dari menerima kebaikkan. Kau faham tak maksud aku. Maksud aku senang sahaja, kau boleh mengelak dari berdosa tak menutup rambut tu, senang saja hanya kau sarungkan saja tudung kat kepala kau tu dah terhindar dari dosa.. mudahkan.”. Datar sahaja suara Muaz menasihati sepupu yang dihadapan mata. Emil tertunduk bila mendengar kata-kata Muaz. Bila melihat Emil hanya mendiamkan diri tidak pula bertindak seperti yang dibayangkan,Muaz mengesanya lagi..


“Dah lah Mel pergilah kau pakai tudung, makin lama aku pandang kau, makin banyak dosa aku.  Aku takut dosa Mel. Sebab nak membersihkan dosa ni susah tapi nak dapat tu senang..  Aku takut dosa-dosa aku akan  menutup mata hati kau memandang  perkara yang baik”. Akhirnya Emil akur dengan gesaan Muaz.


“Ok.. aku nak cari tudung dulu, tapi kau jangan pergi aku nak dengar kau cakap”.

“Untuk apa?. Aku ni biasa-biasa aje. Dah lah baik kau tolong mak dan bini aku buat kerja kat  dapur tu”.


“Taak aku nak jumpa kau susah, esok-esok aku tolong diaorang.Tapi hari ni aku nak cakap dengan kau, tolong aku, Muaz”. Seperti merayu suara Emil meminta Muaz menunggunya.



Yang sebenarnya dia mahu tahu pandangan Muaz tentang sayang seorang suami kepada isterinya. Minggu lepas bekas suaminya menghubunginya dan meminta agar mereka kembali bersama. Ketika Emil duduk semula diruang tamu setelah menyarung tudung dikepalanya Muaz bertanya…


“apa yang kau nak cakap dengan aku, macam penting sangat”.


“Aku hanya nak tanya macam  mana rasa hati sorang suami kalau dia sayang dengan isteri dia?”.

“Pada aku..kalau kita sayang isteri kita, kita kenalah… mula-mula jaga pandangan mata kita, supaya kita tak memandang yang bukan hak kita. Kalau memandang yang bukan hak kita, syaitan suka sebab dia boleh menghasut supaya kita jatuh suka kepadanya.

…Kemudian jaga lah hati kita supaya jangan terdetik kita nak kahwin lain. Semua orang pun tahu seorang isteri kalau dicarikan pesaing(madu, kekasih atau yang sewaktu denganyalah) hatinya akan terluka. Untuk tidak melukakan hatinya kita jangan buat apa yang dia tak suka.”


“Jadi kau ni sayang sangat lah kat Seha tu?”.


“Ehh memanglah aku sayang kat dia, diakan isteri aku”.


“ Aku nak tanya kau kenapa sampai kau sayang sangat kat Seha tu. Aku tahu dulu kau kahwin dengan si Seha tu pun ayah aku yang suruh kerana dia nak selamat kan dia dari terus terusan menjadi hamba mama akukan?”.

“Aku sayang dia sebab dia pun sayang aku”.Selamba sahaja suara Muaz.

“Dia cakap ke dia sayang kau, tapi Muaz kadang-kadang apa yang terucap kat bibir tak sama dengan kat hati, macam Latif rasanya beribu kali dia cakap dia sanyag aku, tapi kau tenguklah dia kahwin juga dengan orang lain.. Jadi kau percaya ke kata-kata dia..”


“Bab Latif aku tak tahu, tapi untuk pengetahuan kau, Seha tak pernah cakap dia sayang kat aku, mungkin dia nak cakap dia sayang aku, dia malu.Tapi dia nyatakan sayang dia pada aku dengan perbuatanya. Dengan apa yang dilakukan untuk aku, jadi aku yakin dia sayang aku”.


“Waah hebatnya Seha…kalau boleh aku nak tahu, perbuatan  macam mana yang melambangkan sayang dia pada kau Muaz. Diselalu peluk kau ke, atau pun selalu cium kau, itu yang kau membayangkan dia sayang kau sangat-sangat.”.

“Hissy kau ni, sampai kesitu kau fikir, dasyatnya otak kau Mel. Aku heran dengan kau ni Mel, yang kau sampai jadi penyiasat rumah tangga aku ni kenapa?”


“Jawap aje lah Muaz aku sungguh-sungguh nak tahu ni..nanti aku cerita sebab apa aku nak tahu..”.Melihat kesungguhhan Emil, Muaz meneruskan cerita kehidupan rumahtangga bahagianya bersama NurSaleha.


“Seorang isteri kalau sayangkan suaminya mestilah..pertama menjaga makan pakai suaminya. Sanggup sakit dan bersusah payah mengandung melahirkan kemudian menjaga anak-anak suaminya. Menjaga anak bukan  setakat memberi makan pakai sahaja . Mendidik macam mana nak hidup dengan keadaan yang baik dalam linkungan redha Illahi.
..Kalau dia menyayangi  anaknya  tentu sekali dia akan menyayangi dan menghormati emak suaminya, seperti emak dia sendiri. Sekarang Seha dah buat semunya itu pada aku jadi aku yakin dia sayang kat aku, sebagai balasanya aku pun sayang  kat dialah”.


“Muaz apa yang kau maksudkan Mendidik anak dengan baik dalam lingkungan redha Illahi?”


“Ohh mendidik anak bukan sahaja memantau pelajaran dia sahaja tapi mendidik untuk mejalani hidup seharian..Aku bagi kau contoh kau tenguk anak aku yang tua tu sejak dia berumur 7 tahun lagi keluar pakai tudung, kalau tak ibu dia ingatkan boleh agaknya dia buat macam tu. Kemudian solat..kau pun tengukkan anak-anak aku sekecil lima tahun pun boleh duduk solat bersama kita. Ertinya tak mengganggu masa kita solat. Kalau ibunya tak ajar atau biasakan dengan orang bersolat, kau fikir boleh tak dia tak menggangu orang bersolat dan kau agak boleh tak dia berdiri sama dengan kita solat”. Emil terbayang anak Muaz yang berumur lima tahun bersolat bersama mereka sehingga selesai solat.Terfikir dibenaknya bagai manakah Seha mengajar anaknya berdisplin.


“Itu hanya satu contoh yang aku bagi. Bab mendidik anak dalam linkungan redha Illahi. Bab kemahiran hidup aku tak cakap lagi dengan kau. Cuba kau tenguk anak aku yang tua sekarang dia dah pandai masak, yang sebetulnya Seha ajar dia masak masa umurnya 9 tahun lagi, lepas tu  pandai jaga adik.  Sekarang ni memanglah kita nampak kepandaian dia tu untuk kesenangan ibu dia, tapi kita fikir tak,  kemahiran itu untuk hidupnya kalau dia dah jauh dari kita dan bila dia dah berumah tangga nanti.. Dari segala yang aku cerita kau boleh tak bayangkan kebaikkan anak aku dapat dari  didikan ibu dia yaitu isteri aku”.


“Alah itu secara kebetulan sahaja. Kalau dia tak minta tolong anak kau tentu dia penat, anak kau ramai kecik-kecik pula tu”.


“Kau memang tak mahu mengakui… apa yang dia buat tu semuanya kerana nak mengajar anak tentang kemahiran hidupkan. Tak apalah tapi pada aku itu adalah ajaran seorang isteri yang sayang pada suaminya.”.


“Kalau kau adakan dia orang gaji tentu dia tak suruh anak-anak dia buat”. Bantah Emil dengan apa yang di lakukan oleh Seha.

“Aku sayang dia itulah sebabnya aku tak ambil orang gaji. Kau nak tahu seorang isteri kalau dia melakukan sesuatu untuk suaminya dengan niat kerana Allah dia dapat pahala, ni aku bantu dia dapat pahala lah ni. Lagi pun kata mak aku, kalau anak  atau suami yang selalu makan air tangan orang memasakkan makanan untuknya dia akan sayang dan selalu ingat pada orang tu. Itulah sebab nya mungkin aku pun sayang kat dia dan tak terniat pun nak cari lain. Macam tu juga dengan anak-anak aku, kalau tak mana mungkin, dia ikhlas tolong ibu dia buat kerja.”


“Pada aku itu tanggung jawab seorang isteri atau ibu, tak menunjukkan dia sayang kau?”


“Emil kalau dia tak sayang,  dia tak buat semuanya itu pada aku. Dia sanggup mengandungkan anak aku sampai lima kali. Kau tahukan betapa tak selesanya wanita yang sedang mengandung. Mula menangdung makan pun tak lalu, kerana hormone dalam badan dia tak setabil. Bila perut dah besar berjalan pun susah, nak baring tidur pun tak selesa..Bila bersalin sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu sakitnya, kata orang sakin nak bersalin kesakitan yang dua dari segala sakit, sakit yang paling sakit bila nyawa kita nak didicabut dari jasad kita. Aku tenguk dia bersalin dah 5 kali. Aku tahulah macam mana sakitnya dia.

… Bila anak masih kecil dia mengorbankan masa tidur dan masa senangnya dengan suaminya. Misalnya dia tengah peluk aku tiba-tiba anak menangis nak kan susu, dia bangun . Aku nampak semua apa yang dia buat pada aku, jadi tak aku tergamak nak kongsi kasih sayang aku pada dia yang tak sebearapa ni dengan perempuan lain.”


“Wahh baiknya kau Muaz.Tapi pada aku itu memang fitrah seorang isteri mengandung dan bersalin kemudian jaga anak”.


“Taak aku tak kata itu fitrah, dia ada pilihan, kalau nak bersalin sekali atau pun banyak kali. Nak jaga sendiri anak dia atau dia minta aku carikan orang untuk jaga anak kami. Pada aku sebab dia sayang aku sebab itulah dia buat semuanya untuk aku. Jadi aku tak sanggup kasih aku untuk dia dibahagi dengan wanita lain. Aku selalu bayangkan kalau aku ada isteri lain selain dia, rasanya  aku tak adil, ialah masa aku dibelai penuh, balik rumah dia aku dapat kasih saying, balik rumah yang satu lagi pun aku dapat juga kasih saying..tapi masa dia, dahlah diselang dengan anak..aku bahagi lagi dengan wanita lain, patut ke. Sebab aku rasa tak patut aku tahan hati aku.”

“Waah baiknya kau Muaz.”


Bukan aku baik tapi aku menghargai apa yang telah dia buat pada aku itu sahaja”.


“Aku dengar orang lelaki cakap..kalau seorang lelaki tu tak fikir untuk mencari kasih lebih dari seorang ertinya dia tu lelaki tak normal”.

“Alah itu hanya cakap orang  yang ada kepentingan sahaja. Pada aku kalau kita tak mampu menangani jangan dicuba itu sahaja.Poligami bukan sahaja melukakan hati isteri malah melukakan hati anak juga. Kalau hati anak dah luka takut dia memberontak. Itu yang banyak remaja rosak akhlak. Kesian remaja kita tak dapat meneruskan hidupnya menjadi orang yang berguna, Mel”. Emil terkebil-kebil memandang sepupunya mungkin sedang memikirkan apa yang didengari dari bibir sepupunya tadi. Mengapa bekas suaminya tidak memikir seperti Muaz berfikir, walau pun dia seorang guru.Tetapi Muaz hanya seorang makanik kereta sahaja namun fikiran melangkaui jauh kehadapan. Hendak dikira umur mereka tidak jauh berbeza hanya Muaz tua setahun dari bekas suaminya.


“Kenapa kau tanya semua ni Mel. Kau ada masaalah ke?”.


“Taklah aku tak ada masaalah pun tapi minggu lepas, Latif tanya aku dia kata dia nak rujuk. Jadi aku nak tahu tahap dia sayang aku dulu dan tahap dia sayang isterinya sekarang”.


“Jadi apa keputusan kau.. kau setuju ke?”.


“Aku tak kata pun aku setuju, tapi aku rasa tak sedaplah bila dengar  dia cakap macam salahkan aku”.


“Macam mana dia cakap yang sampai dia salahkan kau. Salah kan kau pasal apa..pasal perceraikan kau ke?”


“Dia tak salah kan aku sebab bercerai  tapi dia salahkan aku sebab Uwais tak nak minta sekolah berasrama,  dia takut lepas SPM pun Uwais tak nak pergi mana-mana kerana bimbang kan aku yang duduk sorang. Itu yang dia ajak aku rujuk dengan dia balik. Tapi pada aku untuk rujuk pada dia tu tak mungkin, kau tahukan hati aku ni macam mana.  Sungguh aku cakap.. aku tak sanggup hidup bermadu. Dan yang satu  lagi.. aku tak dapat nak meredakan rasa sakit hati aku dengan perbuatan dia dulu..tak jujur pada aku. Pada aku sekali dia buat esok lusa dia akan buat lagi. Yang sebenarnya aku malas nak fikir macam-macam, nak fikir tentang madu lagi, nak fikir kenapa dia lambat baliklah, nak fikir kena giliran lah, itu semuanya menyakitkan hati aku Muaz. Aku dah selesa hidup macam ni, aku hanya fikir hidup aku dengan Uwais sahaja.Tapi bila aku fikir… aku memanglah senang, tak fikir banyak. Tapi anak aku?  kau fikir Uwais macam mana? Dia rasa ralat tak aku bercerai debngan papa dia. Aku nak tanya pendapat kau, kau rasa aku ni mementingkan diri sendiri ke?.”


“Perkara  macam ni kena tanya perasaan kau sendiri, kau tak boleh, kau buat tu untuk senangkan hati orang lain, walaupun dia tu anak kau sendiri. Kalau kau buat juga kadang-kadang lebih  teruk jadinya. Kau tak bahagia.. orang keliling yang pandang kau pun turut tak bahagia juga. Anak, emak, ayah dan orang sekeliling tak tahu perasaan kau, perasaan kalau dipaksa atau kerana nak menyenagkan orang lain dia akan menyiksa diri kita sendiri, kalau dah kita siksa perasaan kita, lambat laun kita akan meyusahkan orang lain juga”.

“Apa yang patut aku buat Muaz. Aku tak tahu nak buat macam mana.. untuk kebahagiaan anak aku. Kalau boleh.. aku nak anak aku tak terasa satu kekurangan walaupun papa dan mama dia tidak tinggal serumah lagi. Dia lah satu-satunya anak aku, aku nak dia jadi orang yang berguna. Aku tak nakdia menjadi remaja yang memberontak kerana masalah perceraian kedua papa dan mamanya.”.



 “Untuk mendapat gambaran yang jelas, kau bincang dengan anak kau. Tapi bila pandagan kita bercanggah dan kau tak dapat terima, kau jelaskan apa rasa yang kau rasa.. In Syaa Allah dia akan faham.. Uwais pun dah besar, dah tahu nak memikir dan dah boleh diminta memberi buah fikiran. Kalau kau tanya dia,  kau dah bagi gambaran kat dia, yang kau sangat menghargai dia. Secara tak langsung kau dapat menjana fikiran dia menjadi matang Mel. Hanya  yang penting.. Kau jangan memaksa perasaan kau kalau memang kau tak suka, sebab kalau apa yang kau paksa juga kau yang akan menanggungnya.”.


“Terima kasih Muaz..jawapan dah ada dalam hati aku ni. Memang betul kata kau anak aku tu dah besar dan dah boleh fikir. Sekarang ni pun aku dah nampak sikap dia, dia lembut hati dan senang mendengar kata..aku harap dia akan menjadi lelaki yang berfikiran macam kau.  Aku bersyukur dapat anak macam Uwais walau pun sorang anak aku..”


“Eloklah macam tu Mel..kau bimbinglah dia menjadi anak yang boleh kau harapkan masa kau tua nanti.”


“Aku nak tanya macam mana kau boleh berfikir macam ni Muaz..Aku rasa kau berfikir tak seperti Latif berfikir”.



“Jangan bandingkan fikiran orang Mel. Mungkin dia ada sebab.. Aku ni tak ada apa masaalah, mak aku dan adik-adik adik semuanya ok. Tapi aku pandang keliling kita..keadaan keliling pun boleh mematangkan fikiran kita... Tapi pada aku, aku kutip rasa insaf ni dengan pergilah dengar ceramah ugama selalu. Yang sebetulnya kalau kita solat berjemaah kat surau atau masjid lepas solat mereka akan bagi ceramah.”


“Bilanya yang kau pergi siang kau kerja kat bengkel.Macam ni.. malam kau datang rumah mak kau”.


“Bila kita sempatlah Mel. Aku datang sini bukannya selalu, hanya setiap hanya hari Khamis malam Jumaat sahaja, nak temankan emak baca Yassin. Selebihnya  aku nak ajar anak-anak dan isteri aku baca Yassin juga”.


“Baiknya kau Muaz..untung emak dan ayah kau dapat engkau”.


“Yang sebetulnya nak menjadikan diri kita beruntung pada emak dan ayah kita, adalah diri kita sendiri dan hasil dari didikan mereka. Aku rasa ayah kau pun didik kau macam emak aku didik aku juga. Kita ni Mel, kan Allah bagi akal takkan kita tak boleh nak bezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Kalau ambil keputusan, jangan fikir diri kita sahaja, kena fikir orang keliling juga.”


“Macam mana boleh jadi hati kau bersih Muaz”.


“Taak mana ada hati aku bersih..hanya aku kalau bertindak, tenguk keadaan keliling aku, kemudian bersabar. Kalau kita ditimpa masaalah kita perlu bersabar.”


“Macam mana nak sabar Muaz kalau.. kita yang terkena”


 “Memang tak mudah untuk "sabar" dalam menghadapi masalah. Yang sebenarnya bersabar menyuruh kita bertenang. Bila fikiran tenang  tindakkan kita pun dalam fikiran yang waras. Itulah sebab kita perlu bersabar  selalu.”


“Tapi aku kalau dah sedeh aku tak ingat orang, itu yang aku terkeluar perkataan yang menyakitkan hati orang. Macam masa aku tahu Latif kahwin dulu, aku tak tahu macam mana nak cakap betapa sedehnya hati aku Muaz.  Sampai aku dah tak fikir apa yang aku minta.”


“Kau tak sedar ke masa kau minta cerai?”


 “Bukan aku tak sedar..hanya aku nak hilangkan rasa sakit sedeh tu dengan bercerai..aku tahu aku akan rasa sedeh berpanjagan bila aku masih terikat dengan dia.”

           
“Oh ingatkan kau tak sedar masa kau minta cerai hari tu.. dan kau nak rujuk balik dengan dia”.


“Untuk rujuk pada dia dalam waktu terdekat ni memang tak mungkin. Kau tahu sampai sekarang sedeh tu masih terkesan kat hati aku ni. Itu pasallah aku tak sanggup nak kembali pada dia.”



 “Aku faham perasaan kau, sedeh kau..tapi  aku tak dapat nak tolong dalam soal perasaan dan soal hati ni.. Rasa hati kau hanya kau sorang  yang tanggung, tak ada siapa yang mampu mengalihkan rasa tu. Hanya aku dapat bagi nasihat sahaja. Kau memohonlah pertologan dari Allah. Ingat Mel, kesedihan bukan menghancurkan, rasa tu boleh menjadikan kita lebih dewasa. Kadang-kadang dengan kesedehan kita boleh melihat  mana yang baik, mana yang buruk. Kalau kita memang orang cerdik..kita tak akan membenci, dengki, dan iri hati pada orang yang membuatkan kita mendapat sedeh.."Be positive", berserahlah pada ketentuan yang telah diuntukkan pada kita. Cara tu kita boleh mendidik hati kita redha dengan apa yang terjadi”.Tutur Muaz datar, lembut sahaja suaranya. Itulah nasihat seorang abang kepada adiknya.


“Aku bersyukur dapat abang sepupu macam kau Muaz. Terima kasih Muaz”.Mata Emil sudah berkaca-kaca kerana hatinya tersentuh dengan nasihat Muaz. Dari berkaca sudah bertakung air matanya hanya tinggal untuk gugur  sahaja. Bila dia tegur oleh Muaz dengan guaruan.


“Ehh kau ni dah bertukar watak pula... Aku cakap  yang kau sedeh kenapa?”



“Macam mana kau boleh berfikiran matang macam ni Muaz, apa yang kau cakap berharga pada aku. Terima kasih banyak-banyak Muaz. Terimakasih juga sebab kau tak benci dengan aku, walaupun aku banyak sakitkan hati kau dan mak kau.”


“Biasalah aku selalu berfikir.. ‘Be positive’”.        



Masa berlalu dengan perancang yang penuh dikelapa masing-masing. Bagi Emil azamnya mahu menjadi seorang mama yang  berjaya mendidik anak menjadi seorang manusia yang bejaya. Biar pun dengan ketiadaan seorang lelaki yang bergelar suami disisinya. Dia akan menjadikan dirinya  mama dan papa kepada anak  tunggalnya Uwais.


4 comments:

  1. mudah mudahan emil. semoga beroleh ketensngan dan kejaysan.
    mmemang cara berfikir muaz dn latif jauh beza. walaupun latif seorg guru tp iman dia tak cukup kuuat utk membolihkn dia berfikir dn bertindak dgn rasional.
    -dibah-

    ReplyDelete
  2. lebih baik sendiri dari bertiga. rasanya betul tindakan emil tu. Daripada sakit hati berpanjangan lebih baik mengubati kelukaan yang ada sekarang dengan mendekatkan diri dengan yang maha berkuasa. Cinta kepada allah lebih agung dari menyintai sesama insan. hanya dia yang menentukan segala arah tuju kehidupan manusia. Thanks mak teh. tetap mantap dan terbaik. sayang mak teh.

    ReplyDelete
  3. Muaz boleh jd kaunselor yg baik buat emil.
    Berkat didikan puan Noriza. Emil juga boleh mencontohi mak ngahnya. Biarpun dlu ibu tunggal tapi mampu mendidik anak2 dengan baik, malah lebih baik dari dirinya yg punya ibubapa.
    Bila2 ada idea, sambung la lg ye mak teh.

    ReplyDelete
  4. Yup, lebih baik sendiri atau pilih pasangan baru yg boleh memimpin ke syurga. Buat apa kembali kpd pasangan lama yg pernah melukai dan mencurangi kepercayaan....
    Sambunglah lagi.....

    ReplyDelete