Dua minggu
selepas Haji mereka sempurna, rupanya tidak lama. Tup..tup kata petugas
yang bertugas lagi tiga hari Jemaah haji pada penerbangan 42 akan berangkat
pulang. Tetapi mereka semua sudah bersiap sedia. Walaupun dalam kesibukkan mengerjakan
Umrah sempat juga mereka membeli belah untuk cendera mata anak menantu dan
cucu-cucu yang ditinggalkan di Malaysia. Haji Mohd Noh dan Hajjah NorIza dibawa
oleh Pasangan Haji Abdul Rahman keMasjid Kucing untuk membeli belah disana.(Dulu
dikenali sebagai Pasar Zink entah ada lagi tempat itu).
“Iza!!
Esok akak nak pergi Masjid Kucing nak ikut tak?”.
“Nak
buat apa pergi sana kak?”
“Akak
nak beli sikit untuk anak cucu akak sebagai buah tangan. Minggu depan kita dah
nak balik. Beli lah sikit untuk orang-orang yang menunggu kita.”
“Jauh
tak Misjid Kucing tu kak ..rasanya nak ikut jugalah. Jubah ada tak kat sana
kak, Iza rasa nak belikan jubah anak menantu sorang sepasang jadilahkan… tapi
nanti dulu nak tanya Noh dulu”.
“Eloklah
tu Asar nanti tanyalah. Kat sana Zah..semuanya adasiapkan sahaja duitnya.
Sekali beli sahaja lepas tu tak payah nak keluar lagi.Esok akak pergi lepas
kita minum pagi. Kita singgah masjid solat Duha lepas tu barulah kita ke Masjid
Kucing.”
“Masjid
Kucing tu kat mana?”.
“Masjid
Kucing tu kat sebelah Safa dan Marwa. Ada juga Jemaah haji kita yanag duduk kat
sana. Kalau mereka masuk masjid mereka akan masuk melalui tempat kita saie”.
“Ohh”..
================
Kini mereka sudah
bersiap-siap untuk pulang semula keMalaysia, untuk memenui anak menantu dan
cucu yang menanti. Mereka rindu..kitapun rindu. Rindu segalanya tentang tanah
tumpahnya darah kita. Mereka diingatkan agar mengikat dan menandakan dengan
penanda atau nama supaya kita mengenali bagasi
masing-masing. Hajjah NorIza sememangnya rasa sangat bersukur dia diberi mahram
ketika di tanah suci. Dia merasa dirinya selamat dan terjaga dari segala
kejahatan. Dia juga merasa dirinya tidak kesaorangan bila berjauhan dengan
keluarganya. Dan yang paling menyenangkan hatinya kerana ada orang yang bertanggungjawab kepada
dirinya.
Semasa mengemasi bagasinya Mohd
Noh ada membantunya. Mereka ramai-ramai mengikat bagasi di luar pintu bilik.
Para suami membantu isteri mengikat beg-beg dan para isteri membantu melipat
dan mengemasi barang-barang. Maklumlah dulu mereka hanya membawa sebuah beg
setiap seorang, tetapi kini telah bertambah sekurang-kurangnya sebuah beg
lagi. Ada yang bertambah hingga tiga beg
ialah bila mata dah memandang hati pula berkenan, kalau diikutkan hati mahu
rasanya diborong satu kedai.
Esok mereka kan berangkat
pulang. Sebelum pulang mereka diwajibkan untuk melakukan tawaf Wida’.. tawaf
selamat tinggal kepada Kaabah. Tidak kira Jemaah haji atau pun tidak.. setiap
manusia yang datang ketanah Haram akan diwajibkan melakukan tawaf Kudum (Tawaf
selamat datang) dan ketika pulang pula diwajibkan untuk melakukan tawaf Wida’
(tawaf selamat tinggal). Selepas melakukan tawaf Wida’ setiap manusia tidak
dibenarkan lagi melengahkan waktu tinggal di Al Haram sehingga masuknya sekali
lagi waktu solat.
Selepas solat Asar mereka berkemas-kemas
dan meletakkan semua bagasi mereka diluar pintu bilik penginapan. Beg-beg itu
nanti akan diangkat ke bas oleh para
pekerja yang telah disediakan. Kemudian barulah mereka berjalan menuju
keMasjisdil Haram untuk menunaikan solat Magrib. Telah dirancangkan selesai
sahaja solat Magrib mereka akan melakukan Tawaf Wida’ tujuh pusingan.
“Nor nanti selesai solat
Mangrib kita terus buat Tawaf Wida ye”.
“Tak sempat ke kita nak
solat sunat lain”.
“Solat sunat selepas Mangrib
boleh lah. Uda takut tak sempat, sedang kita tawaf nanti masuk waktu Isyak pula. Nanti kalau dah
selesai solat sunat tunggu Uda kat jalan kita masuk tadi ye. Kalau Uda siap
dulu, Uda tunggu Nor kat situ.”
Seperti kebiasaan mereka
jika masuk keMasjidil Haram, mereka akan masuk dari pintu yang sama, sampai
dikawasan yang kelihatan agak ramai
Jemaah wanita, NorIza akan melencong kesitu, manakala Mohd Noh pula akan
melajakkan sedikit perjalanannya hingga kehadapan yang berhampiran Kaabah. Tidak
seperti diMasjid Nabawi pintu untuk Jemaah lelaki dan wanita berasingan, dan
dikawasan solat wanita tidak terdapat walau seorang pun Jemaah lelaki begitu
pula sebaliknya. Tidak pernah pula
NorIza mengikuti dan solat disisi suaminya diMasjidil Haram. Tetapi sesetengah
Jemaah dari negara lain, Jemaah wanita bersolat hingga di hadapan Kaabah
kadang-kadang mereka bersolat dihadapan para Jemaah lelaki. Tetapi yang
sebenarnya seorang jemaah lelaki yang bersolat fardu tidak sah solatnya jika
dihadapanya adalah wanita yang juga sedang bersolat yang mengikuti imam yang
sama..
(betul ke begitu? Mak teh
cari dalam google tak jumpa, tapi yang suami mak teh cakap macam tulah).
Selesai tawaf tujuh pusingan
mereka mencari ruang jauh sedikit dari Kaabah untuk menunaikan solat sunat
selesai tawaf. Mereka berihat sebentar
sambil menantikan masuknya waktu Isyak,
selesai solat Isyak mereka akan pulang kehotel penginapan, malam itu seperti
yang diberitahu mereka akan berlepas keJeddah
seleas solat Isyak. Mereka hanya
dibenarkan untuk membuang air atau mengambil barangan yang tertinggal didalam
bilik penginapan kemudian mereka dikehendaki turun semula. Sementara menunggu
bas yang akan membawa mereka keJeddah
memulakan perjalanan mereka dikehendaki menunggu didalam bas sahaja. DiJeaddah nanti mereka akan ditempatkan
disebuah kawasan sementara, sebelum mereka semua diangkut sekali lagi
keLapangan Terbang Jeddah untuk menaiki pesawat yang akan membawa mereka pulang
ke Malaysia.
Perjalan dari Makkah
keJeddah mengambil masa selama 3 atau 4 jam. Sampai di Jeddah mereka ditempatkan
di sebuah bangunan seperti bangunan asrama.Tetapi keadaanya lebih selesa. Banyak
terdapat bilik air. Keadaanya juga bersih. Disitu mereka bermalam semalam. Rupanya
itulah tempat sementara yang dimaksudkan sebelum mereka dibawa kelapangan
terbang nanti. Ditempat sementara itu
barangan yang mereka bawa pulang ditimbang, untuk menentukan bayaran jika bagasi mereka
melebihi had yang ditentukan oleh pihak penerbangan.
Suasana diJeddah agak sejuk
dengan angin yang agak kuat. Suasana diwaktu
paginya pula berkabus. Bagi kita yang tidak biasa dengan suasana dingin
menyebabkan kedinginanyaitu membuat kita
mengigil jika hanya berpakaian biasa. Setelah selesai urusan menimbang barangan,
mereka masih ada waktu untuk
berehat-rehat, sambal berjalan melihat keindahan Jeddah. Itulah yang dilakukan
oleh pasagan Haji Mohd Noh dan Hajjah Noriza. Setelah puas berjalan sambil
melihat-lihat orang berjualan mereka duduk disebuah bangku di satu kawasan
lapang.
“Sejuk rupanya kat sini ye Nor. Uda ingatkan asalkan nama
Timur Tengah ni panas menyengat. Ialah kita membayangkan gurun pasir dengan
matahari yang terik. Tapi tidak rupanya. Kat Madinah lagi Uda tak sangka
cuacanya sejuk macam tukan.”.
“Ialah De kat Mekkah pun saya rasa tak panas sangat,
walaupun matahari memancar. Tapi tak sesejuk Madinah. Macam kat sini matahari
dah cerah tapi sejuk lagi, agaknya sebab tiupan anginnya yang kuat membuatkan
suasana disini sejuk agaknya.. Alhamdullilah tak masukkan baju sejuk ni dalam
beg yang kita masukkan dalam perut kapal terbang.”
(Cuaca
sejuk diMakkah dan Madinah kerana dipengaruhi oleh kedudukan matahari ketika
itu. Jika kita datang pada penghujung tahun (Bulan 12, 1, dan 2) kedudukan
matahari dibahagian bahagian Selatan, Yaitu dibahagian bawah bumi menyebabkan
kawasan timur tengah kurang menerima bahang cahaya matahari. Puncak kepanasan
diMekkkah jika kita datang disekitar bulan 8 dan 9 kerana matahari betul-betul
bahagian diutara Bumi. (mak teh tak
pandai nak bincangkan tentang suhu diMakkah mak teh cakap ni dari pengalaman orang
sahaja).Tak masuk dalam cerita.
“Yang sebetulnya sebelum berkemas hari tu abang Man pesan
kat Uda supaya sediakan baju sejuk dalam beg jinjing kita, tapi Uda lupa nak
cakap dengan Nor. Alhamdullilah Nor tak masukkan baju ni dalam beg besar. Uda bersyukur
sangat. Kata abang Man lagi bukan kat sini sahaja sejuk nanti kat lapangan
terbang pun sejuk juga. Tapi yang sebenarnya Uda tak sangka sampai sejuk macam
kat Cameron Highland ingatkan sejuk sikit-sikit sahaja.” Bila lama mereka tidak
berbicara Mohd Noh mengambil peluang untuk meluahkan isi hatinya.
“Nor!! Nor rasa menyesal tak nikah dengan Uda”.
“Tak..tapi nak kata bersyukur nanti Uda salah fahham pula…saya
tak pernah doakan Tijah meninggal, dan tak pernah terdetik mengharapkan dia
meninggal kat Mekah, supaya kita dapat nikah”.
“Taak… Uda pun tak pernah terfikir macam tu. Pada Uda ini
memang balasan dia. Balasan kebaikan dia besarkan anak yatim (Seha) dan balasan
dia masuk Islam dan mengamalkan hukum hakam Islam dengan tekun. Allah ambil dia
setelah dia bersih dari segala dosa. Dia pergi pun ditempat yang paling suci..Kerana
Allah sayang kan dia, Allah ambil dia sebelum dia melakukan dosa lagi. Ini
kebaikan yang Allah bagi untuk dia, Nor.Uda
tak pernah ralat Tijah pergi.”
“Uda tak
sedeh ke?”.
“Untuk apa Uda sedeh, kalau Uda dah tahu dia duduk kat
mana. Dia disembahyangkan oleh beribu jemaah. Yang datang keMasjidil Haram
tentulah orang yang betul-betul mencari keredaan Allah pula tu. Kemudian
diimamkan oleh Imam Masjidil Haram, kemudian jenazahnya di tempatkan ditanah
paling suci. Ini rezeki yang Allah bagi
pada Tijah.. Nor. Rasanya Uda pun
nak macam tu.Tapi segala rezeki itu datang dari Allah.”
Jenazah
yang disolat kan oleh 40 orang:
Sekiranya
jemaah yang mengerjakan solat Jenazah itu mencapai empat puluh orang atau
seratus orang maka AllahSubhanahu wa Ta’ala akan mengabulkan permohonan syafaat
mereka terhadap jenazah tersebut. (Inikan pula beribu orang yang
menyembahyangkanya) Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia lalu ada empat
puluh orang yang mendirikan solat Jenazah baginya, yang mereka tidak menyekutukan
Allah dengan sesuatu apa pun, melainkan Allah akan mengabulkan permohonan
syafaat mereka untuk jenazah tersebut. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam
Shahihnya, Kitab al- Janaaiz, no: 948.
“Ialah sepatutnya saya pun fikir yang macam tu.” Bila NorIza
mula memeluk tubuhnya.
“Sejuk ke? Meh Uda peluk”. Mohd Noh menarik isterinya
rapat kebadannya.
Kata Mohd Noh
didengar bukan kata-kata yang menaikkan semangat..kata-katanya hanya sekadar
ingin membantu dari hatinya yang ikhlas.
“Nor! sebetulnya Uda rasa sangat bahagia dapat nikah
dengan Nor. Dapat memiliki Nor, dapat halal buat macam ni dengan Nor. Nor nak
tahu tak kenapa Uda panggil NOR.”
Tangan Mohd Noh sudah dibahu
isterinya. Dia menarik isterinya rapat kebadannya untuk memberikanya
kehangatan. Sememangnya dia sangat bahagia sekarang. NorIza juga merasa damai
dalam rangkulan seorang suami. Tidak pernah termimpi dalam usia yang sudah
mencecah 61 tahun dia bersuami lagi. Tetapi mungkin sudah jodohnya, dia
menerima dengan redha. Selama mereka bersama diMekkah dan Mina sudah menerbitkan rasa
kasihnya terhadap lelaki yang sedang menghangatkan dirinya. Ibadat yang mereka
lakukan bersama dipermudahkan bila mereka bergandingan. Rupanya perjalanan dari
hotel ke Masjidil Haram sambil berbimbing tangan dan menyulam jari menghadirkan rasa KASIH. Sejak bila..entah
dia pun tidak perasan.
“Nak juga…dulu masa kita berbincang Nor terkejut juga
bila Uda panggil saya dengan panggilan NOR. Tak pernah orang panggil macam tu”.
“Nor nak dengar
tak kisah Uda dulu”.
“Uda ada kisah juga ke dulu?”.
“Adaa..kisah Uda yang baru nak belajar melakar cinta”.
“Waahh macam kisah uda dan dara lah tu”.
“Memanglah… kisah hati. Uda saja nak bercerita kisah hati
Uda ni..supayaNor tahu siapa Nor dihati
Uda sejak dari dulu lagi. Pada Uda pernikahan kita bukan kerana Nor memerlukan
mahram di Mekkah saja.Tapi Uda nak menjadi pelindung Nor bila kita sampai kat
Malaysia nanti. Uda nak jadi pelindung Nor sampailah Uda tak berdaya nak
melindungi Nor lagi sebab umur Uda dah
sampai waktunya untuk tamat..
..Yang sebetulnya dari dulu
lagi keiginan ni dah ada. Keinginan ingin melindungi Nor. Sejak umur Uda 15
tahun rasa ini dah ada dalam hati Uda…Dulu masa tingkatan tiga, ada sorang ‘budak baru’, masuk kelas Uda. Masa Uda terpandang ‘budak baru’ yang masuk kelas dengan gaya pemalu, teringin sangat
Uda nak kenal dengan dia. Bila tahu nama dia, keadaan emak dia masa tu dan tahu
pula dia tak ada ayah. .Timbul pula rasa
nak menjadi pelindung dia. Uda selalu rasa kasihan bila melihat dia. Ingin rasanya Uda nak gembirakan hati dia
bila melihat wajah dia yang sentiasa
sayu. Wajah yang macam mengandung duka. Ada juga timbul rasa nak jadi hero dia
untuk melindungi diri dia dari ganguan budak lelaki lain.
Kerana keinginan yang
sentiasa berkobar..Uda mula merisik peribadi dia. Tanya punya tanya, rupanya
budak baru tu duduk sekampung dengan Uda dan rumahnya juga tak jauh dari rumah
keluarga Uda. Uda risik lagi pada emak rupanya dia adalah anak kepada saudara
jauh abah…sebelum dia duduk rumah tu dulu ..
emak Uda ada bercerita rumah yang abah buat kerana menerima pesanan dari tiga
pupunya yang akan pulang dan menetap dikampung kami, setelah menamatkan
tugasnya sebagai seorang guru.. Masa tu Uda tak terfikir guru bersara itu dan
tiga pupu abah adalah emak dia”.
…Bila tahu kami mempunyai
pertalian saudara makin membara hati Uda nak bersama dengan dia. Tapi ketika
itu dia macam tak pedulikan rakan, pendiam sangat, selalu mengasingkan diri.
Uda hanya dapat pandang dia sahaja, nak bercakap tak tahu apa yang Uda nak
tanyakan. Walaupun macam tu anganan Uda
pada dia semakin berkembang. Uda membayangkan bila pangilan kita seakan sama Uda
makin teruja dalam hati ni selalu mengalunkan nama Nor dan Noh. Sebab itulah
Uda suka panggil Nor yang seakan-akan
Noh. Masa tu tiap-tiap hari Uda rasa bersemangat nak pergi sekolah. Sebab nak
pandag muka Nor..
Uda mengimpikan habis
tingkatan lima bila dapat keputusan, Uda berharap sangat Uda dapat pergi
belajar sama dengan Nor. Bila kawan-kawan isi borang metrikulasi Uda nampak Nor
isi..Uda pun isi. Bila dengar cerita Nor isi borang minta jadi guru Uda pun
isi. Memang satu kebetulan kita dapat Metrik yang sama..Uda meloncat
kegembiraan. Yang Uda jadi gembira sebab bila kita belajar diMatrik yang sama
Uda boleh lah jaga Nor kat sana. Tapi bila pergi rupanya Nor tolak tawaran tu sebab nak jaga emak Nor yang
sakit, Uda rasa kecewa sangat.. Lepas tu Uda dapat pula tawaran untuk masuk
maktab perguruan, Uda kira-kira kalau masuk maktab belajar hanya tiga tahun.
Lepas tu kerja jadi guru cepatlah Uda dapat pinang Nor. Jadi Uda cakap dengan
abah nak berhenti dari Metrikulasi walaupun Uda dah masuk hamper sebulan.
Bising juga arwah abah masa tu, bila Uda minta berhenti dari Metrik pilih masuk
maktab perguruan pula..
Dalam mengayam aganan Uda
gigih berlajar dimaktab..Tapi ialah jodoh kan ..jodoh kita Allah yang tentukan.
Alangkah sedehnya baru setahun lebih dimaktab perguruan....Suatu hari Uda balik
bercuti. Emak, abah bersama abang Ajak berbincang bersama-sama. Oleh kerana
masa tu Udah pun dah besar Uda mengendeng dengar mereka bercerita. Rupanya
mereka bercerita tentang Nor. Emak kata Mak cik Umi minta tolong emak pinang
Nor untuk abang Ajak. Sebab kata emak makcik umi kata dia merasakan hidupnya
dah dipenghujung usia. Sedangkan Nor tak ada saudara mara lain selain dia. Apa
akan jadi kalau Nor tak ada siapa yang menjaga ketika dia sudah tiada
lagi kat dunia ni.
“Jaak!makcik
Umi (Umi Kalsom nama emak arwah NorIza) minta tolong kamu jagakan anak dia.
Kamu macam mana?”
Masa tu hendak sahaja Uda
menyanggupi, Uda yang akan menjadi pelindung Nor…tapi Uda sedar Uda masih
belajar lagi. Ada lagi setahun setengah Uda diMaktab perguruan, jadi bagai mana
nak bagi Nor makan kalau Uda tak kerja. Uda masih ditanggung oleh abah.
Sememangnya abang Ajak yang lebih layak sebab dia dah kerja. Lagi pun masa Uda
terpandang wajah ceria abang Ajak…Uda menyedarkan diri Uda..Uda tahu abang Ajak
pun ada hati dengan Nor. Lepas Nor pindah balik Pengkalan Hulu dia selalu balik
rumah, masa tu dia kerja Kat Pulau Pinang.
…Kalau ada cuti walau pun
dua hari dia akan balik juga. Kemudian
dia rajin jenguk arwah emak Nor. Tu pasal bila emak Nor suruh emak Uda datang
pinangkan Nor untuk dia, dia gembira sangat. Nampak betul wajah bahagia dia
Nor. Jadi Uda mengalah. Untuk membawa
hati Uda ni. Untuk menutup perasaan Uda ni supaya orang jangan tahu Uda pergi
Sabah. Yang sebetulnya Uda yang menjadi
suka rela meminta mengajar kat sana. Tujuan utama hanya nak pujuk hati, nak
jauh dari Nor, tak nak tenguk kebahagian abang Ajak dengan Nor. Masa Abang Ajak
kahwin Uda tak sanggup balik. Uda bagi alasan Uda ada kem yang tak boleh ditinggalkan pada emak
masa tu..Bukan senang Uda nak memadam rasa hati ni pada Nor. Dari cerita ni
faham tak apa yang Uda nak sampaikan?”. NorIza memandang suaminya dengan mata
yang berkaca. Tidak disangka itu rahsia Mohd Noh selama ini.
….Tapi Nor jangan salah faham.. Uda redha jodoh Nor
dengan abang Ajak. Uda redha dengan ketentuanNya. Apatah lagi yang menjadi
pelindung Nor ketika itu adalah abang kandung Uda sendiri. Abang yang sangat
baik pada keluarga dan pada Uda juga. …
…Uda cerita ni sebab nak Nor tahu, yang sebenarnya
harapan Uda nak hidup disisi Nor memang sudah lama ada dalam hati ni. Hanya
yang tak sangkanya bila harapan ini hampir pudar dek usia kita, dengan tak
disangka-sangka Allah bagi juga peluang ini untuk Uda. Uda bersyuklur sangat
walaupun dalam umur yang sudah diperingkat senja dapat juga Uda memiliki Nor.
Dapat juga kita duduk rapat macam ni. Dapat juga Uda bagi kasih sayang Uda ni
pada Nor. Sekarang nama Nor dapat Uda panggil didepan Nor macam ni, tak lah
hanya dalam hati dan dimimpi Uda sahaja.
..Nor nak tahu.. walaupun mulut Uda menyebut kak ngah namun hati Uda bergema
dengan nama NOR. Walaupun Izah yang keluar dari mulut Uda nama Nor juga yang
bergema dalam hati Uda. Tapi bila diberi harapan oleh Allah kita dapat bersama,
Uda tak tunggu lagi panggilan Nor Uda sebut. Sejak hari tu Uda bahagia menaggil
Nor dengan panggilan yang Uda impikan sejak dulu.. NOR cahaya untuk Noh. Uda
Sangat bahagia.”. Apa yang diucapkan
oleh Mohd Noh itulah isi hatinya.
Mendengar suaminya bercerita cerita dulu, kenagannya
juga merayau mengingati kisah dia dan arwah emaknya.
… Sudah terlalu lama rasanya cikgu Umi Kalsom
merantau kerana mencari rezeki. Kini
dirinya sudah didekati dengan hari persaraan. Kedua emak dan ayahnya juga sudah
meninggal dunia. Setelah habis
perhidmatan emak angkatnya , mereka berpindah semula kekampung halaman emak
angkatnya diPengkalan Hulu. Emak angkatnya meminta bantuan Imam Hassan untuk
memperbaiki rumah mereka yang usang kerana sudah lama ditinggalkan. Rumah itu
ditinggalkan setelah kedua ibu dan ayahnya mula mengikuti anak perempuan nan
seorang mengajar dinegeri Selangor.
“Iza
tak lama lagi emak pencen”.
“Lepas
pencen kita nak duduk mana mak, duduk sini juga ke?”.
“Kat
sini emak tak ada apa-apa Zah. Tanah tak
ada, rumah pun tak ada.Tak kan kita nak menyewa rumah selamanya. Lagi pun
pencen ni tak sebanyak gaji takut kalau dicampur dengan sewa rumah kita tak
cukup belanja nanti. Jadi kita balik
kampung lah.”
“balik
kampung mana mak. Balik kampung atuk ke balik kampung nenek?.
“Balik
kampung arwah nenek kat Pengkalan Hulu. Abang-abang emak kata dia tak nak rumah
yang arwah atuk buat kat Pengkalan Hulu
tu, jadi kitalah yang kena duduk. ”
“Kenapa
diaorang tak nak duduk Pengkalan Hulu mak?”.
“Kerja
diorang berbendang Zah, lagipun diaorang nak jaga tanah bendang arwah atuk kat Kedah yang mereka duduk
sekarang. Kalau diorang duduk kat Pengkalan Hulu siapa pula yang nak kerjakan
bendang mereka. Lagi pun arwah atuk memang dah bahagi-bahagiakan tanah pusaka
pada kita orang. Emak ni perempuan hanya dapat 1/3 sahaja dari bahagian lelaki,
itulah yang emak dapat tapak dan rumah nya sekali tanah yang kat Pengkalan
Hulu. Mererka dapat sekeping tanah bendang.
Tapi emak bersyukur arwah atuk ada tinggalkan kita rumah, kalau kita
duduk kampung nanti tak payahlahh kita sewa rumah. Emak dah minta tolong Imam
Hassan betulkan rumah kita tu dari tahun lepas lagi, mungkin kalau kita balik
nanti rumah tu dah siap lah.”
”Imam
Hassan tu siapa mak?”.Izah tidak mengenali saudara mara emaknya kerana mereka
jarang balik kekampung. Datuk dan neneknya mengikuti kemana sahaja emaknya
bertugas. Bila atuk dan nenek ada disisi kita bagaikan tidak berkampung untuk
pulang berhari raya.(Mungkin kerana memikirkan anaknya yang tidak berkahwin
itulah sebabnya dia begitu dijaga oleh arwah datuk dan neneknya.)
“Imam
Hassan tu saudara jauh emak sebelah emak. Nak lagi senang tiga pupu emak”.
“Ohh,
ertinya arwah nenek dua pupu dengan emak
diorang kemudian emak tiga pupu pulalah dengan Imam Hassan ye mak”…
“Haah
macam tulah”.Itulah yang keluar dari mulut seorang gadis yang baru berusia 13 tahun
yang ingin mengetahui. Banyak pertanyaan namun dijawab oleh emaknya dengan
sabar..
Sememangnya arwah datuknya berasal dari Kedah
dan mempunyai beberapa bidang tanah dikampungnya. Manakala arwah neneknya pula
orang Pengkalan Hulu, dan mempunyai tanah tapak rumah peninggalan keluarganya
disitu.
“Rumah
kita tu elok lagi kemak?”
“Tak
lah elok sangat, itulah yang mak dah minta tolong Imam Hassan tu betulkan, mak
dah kirim duit dah.In Syaa Allah masa kita balik nanti dah siaplah kerja-kerja
pembetulanya”. Tidak disangka Imam Hassan yang diperkatakan oleh emaknya dahulu
adalah ayah pada Abdul Razak dan Mohd
Noh. Minda NorIza kembali ke Jeddah bila
mendengar suara suaminya ditepi telinga.
…Bila
mengajar kat pendalaman tak ada hiburan tiada aktivi ..hidup cukup bosan. Bila
ada saja orang yang nampak berminat
dengan Uda, Uda pun kahwin. Kahwin dengan Caterina Elian dengan mengIslamkanya,
Uda yang bagi nama Siti Khadijah. Bertambah bersemangat bila seorang Ustaz Uda menyokong.
Katanya mengIslamkan orang kafir akan mendapat
ganjaran yang tinggi disis Allah.
…Dulu
Tijah memang minat kat Uda sebab dia kata orang lelaki Islam kalau jadi suami
lebih bertimbang rasa. Dia tenguk suami adik dia yang kahwin dengan orang Islam
(Emak ayah Seha). Walaupun dah lama kahwin tapi tak dapat anak dia nampak
suaminya adiknya masih mengasihi adiknya…
..Tak
disangaka berpuluh tahun Uda menyimpan rasa kasih ni, akhirnya Allah kabulkan
juga apa impian Uda dulu. Jadi untuk pengetahuan Nor, sememangnya dari dulu Uda
mengharapkan Nor dalam hidup Uda.”
Terlopong NorIza mendengar cerita Mohd Noh
dan hasrat hatinya. Dia tidak menyangka rakan satu kelas nya dulu ada menyimpan
perasaan kepadanya. Dulu dia merasakan Mohd Noh memandangnya bagai bena tak
bena sahaja… tidak pada dirinya sahaja tetapi dengan gadis lain pun dia begitu.
Mohd Noh tidak pernah menunjukkan minat untuk mendekati atau berbual dengan
rakan-rakan perempuan.Walaupun sesekali dia menyedari renungan dan pandangan
Mohd Noh kepadanya agak tajam bila terserempak dengannya. Mohd Noh tidak pernah mahu bertegur sapa atau pun
bertanya apa-apa tetapi bukan padanya sahaja dengan rakan gadis lain juga dia begitu. Pada NorIza mungkin dia
anak seorang Imam, maka dia harus pandai mengawal tingkah laku.
Luhurnya kasih mohd noh pada noriza ya. Allah maha mendengar dan maha mengetahui. emua percaturan adalah ditanganNya. Sejuk rasa hati baca luahan hati Mohd Noh. Tumpang bahagia rasanya. Alahai romantik pulak dia dua orang ni. Bestnya... Harap bahagia hingga hujung nyawa..
ReplyDeleteCinta sejati, akhirnya Allah temukan jodoh juga selepas bertahun berlalu.
ReplyDeleteindahnya percaturan allah.
ReplyDelete-dibah-