Cepat mak teh post, takut Internet tak ada. Biasanya kalau hujan line internet terganggu. Sekarang ni diSeremban sedang hujan renyai..
Yang sebenarnya masa itu dia sibuk dengan
mamanya. Mamanya baru sahaja menamatkan perhidmatannya. Itulah sebabnya setiap
cuti panjang dia akan diajak melancung bersama mamanya. Kata mamanya.. dulu sepanjang perhidmatan menjadi
guru dia tidak berpeluang untuk bejalan-jalan nak mengelilingi Malaysia pun tak
sempat kerana kesuntukkan masa dan
anak-anak juga memerlukan duit untuk belajar ketika itu. Setelah dia berpencen
anak-anak juga telah bekerja dia mengambil peluang untuk berjalan-jalan, kalau boleh seluruh
dunia, tapi kalau tak boleh seluruh Asia Tenggara pun jadilah, sementara dia
masih hidup itulah kata mamanya.
“Sampai
hati abang. Selama ni Emil setia pada abang. Kasih sayang Emil pada abang tak
berbelah bagi. Tapi kenapa abang sanggup membahagi kasih abang pada Emil dengan
wanita lain. Abang tahu tak..tak pernah terdetik hati Emil nak pergi pada
lelaki lain. Sungguh sampai hati abang buat
Emil macam ni. Apa salah Emil pada abang?”. Emil sudah menangis air mata
berjujuran tidak terbendung lagi, hatinya
terhiris luka mendengar jawapan
suaminya. Kini terjawap segala teka teki dikepalanya sejak dia pulang dari
rumah lamanya tadi, memang tidak salah telahannya. Tetapi kepastian yang
menghacurlumatkan hatinya.
“Mel
abang cakap terus terang. Emil memang setia dengan abang. Tapi baik Emil hanya
pada abang sahaja. Hakikatnya Emil tak pernah nak jadikan emak abang jadi macam
emak Emil, kampong abang macam kampong Emil dan keluarga abang macam keluarga
Emil. Ada pernah tak Emil ambil berat pada emak abang. Emak abang perlukan menantu perempuan yang
boleh jaga dia, ambil berat pada dia. Pernah tak Emil kira, sudah hamper 14 tahun kita hidup bersama, berapa kali yang Emil duduk lama dan tidur kat
rumah emak abang. Hanya diawal pernikahan kita sahaja Emil boleh duduk lebih
tiga hari kat kampong abang. Tapi lepas kita pindah sini kenapa Emil mengelak
bila abang ajak duduk lama sikit kat rumah keluarga abang. Abang merasakan makin kita dekat dengan keluarga
kita, Emil makin jauh dengan keluarga abang.”
“Ohh
jadi abang kahwin satu lagi sebab abang nak carikan menantu yang boleh tidur
dengan emak abang ye. Kenapa tak dari tiga tahun dulu abang cerita dengan Emil
macam ni? kenapa setelah saya terjumpa abang nikah lain, baru abang nak bagi
tahu, cerita abang ni. Abang tahu tak
betapa hancurnya hati Emil, bila abang buat Emil macam ni. Tak tahu macam mana
luluhnya hati ni bila Emil tahu abang tak jujur dibelakang Emil. (Emil menekapkan tangan kedadanya suaranya
bergetar, sungguh dia merasa sungguh pilu) Setelah tiga tahun abang kawin lagi, baru sekarang abang nak
cerita dengan Emil. Kalau Emil tak terjumpa Emil rasa abang tipu Emil sampai
kesudah agaknya. Kenapa… kenapa abang buat Emil macam ni?”.
“Sebenarnya
abang masih cinta kan Emil… abang sayang
Emil macam dulu juga. Abang nikah dengan Zilah hanya nak menuruti
kemahuan emak sahaja. Untuk bagi tahu
Emil masa tu abang tak sampai hati. Lagi pun boleh ke Emil izinkan abang nikah
dengan Zila kalau Emil tahu.”.
“Habis
sekarang ni abang sampai hatilah ye. Setelah kukuh ikatan abang dengan dia jadi
abang sampai hati ceritakan semua ini dengan Emil.” Maksud Emil ikatan yang
disertai oleh kehadiran anak-anak.
“Bukan
macam tu. Masa tu abang tak mampu hendak membayangkan luka hati Emil dengan pernikahan
abang. Abang tahu kalau abang nikah lain
hati Emil akan terluka...tapi..”
“Sekarang abang rasa Emil tak terluka ke?. Abang
nak tahu sekarang ni hati Emil lagi sakit sebab tak diberi pilihan..hati ni
sakit bila selama ini abang tak jujur pada Emil. Hati Emil lagi sangat sakit
bila Emil tahu abang dah tidak teruja
bersama Emil sebab abang dah ada pengganti Emil. Patutlah abang macam tak kisah
kita duduk berasingan, rupanya memang abang suka kalau Emil tak ada, sebab abang dah ada tempat untuk mencurahkan kasih
abang. Buktinya dua minggu kita tak berjumpa abang bagai tak rindu dengan
Emil..”.
“Abang
masih rindukan Emil, rindu sangat tapi abang kena dulukan emak abang yang
sakit. Semalam abang balik kampong sebab abang kena jenguk emak kat hospital,
dah empat hari dia duduk hospital. Kalau boleh dia balik abang nak bawa dia
balik, tapi rupanya dia tak boleh balik lagi. Dia dah tua dan dia sakit pula..minggu
lepas dua tiga kali abang berulang dari
kampung tenguk emak.. emak memang sakit.
….
Kalau semalam emak boleh keluar dari hospital abang akan tinggalkan dia kat
kampong. Tapi sampai semalam emak tak boleh lagi keluar hospital..nak
tinggalkan Zila kat kampong takut dia
sakit nak bersalin nanti tak ada orang bawa dia pergi hospital pula. Itu
sebabnya abang bawa balik rumah kita.
Selama ni memang dia duduk dengan emak kat kampong. Hanya dalam minggu lepas
sahaja dia duduk rumah kita sebab emak masuk hospital. Cuba Emil percaya cakap
abang ni”. Apa yang diperkatakan oleh
Abdul Latif memang benar. Emaknya dimasukkan kehospital selain demam, tekanan darah
emaknya juga agak tinggi. Dia dikehendaki duduk dihospital untuk pemerikasaan dan
pemantauan.
“Memang
Emil percaya dan dah jangka dari Emil balik dari rumah kita tadi.. abang kejar
kampong abang sebab Zila ada menanti kat sana. Tak cukup dua hari kat sana
abang angkut dia balik rumah kita”.
“Ya
Allah!!, Emil. Kan abang dah cakap tadi hanya minggu ini sahaja abang bawa dia
rumah kita sebab emak masuk hospital…dia dah cukup bulan. Emil tolong
percayakan abang Mel..”. Dengan suara
merayu Abdul Latilf berkata agar ada
simpati dihati isterinya unrtuk memaafkan dirinya. Yang sebenarnya Abdul Latif
buntu mahu meyakinkan isterinya. Tidak kira siapalah kita kalau sekali
kedapatan suami tidak jujur, susah
rasanya mahu percaya apa yang
diperkatakan, walaupun seribu kebenaran ditunjukkan kepada kita, betulkah
begitu.
Selama Abdul Latif bernikah dengan Zila
(NorFazila) sememangnya isteri mudanya duduk dikampung bersama emaknya. Tetapi
minggu itu untuk meninggalkan Zila bersama anak kecil dirumah emaknya ketika
emaknya dihospital, Latif menjadi ditidak yakin. Kini kandungan Zila sudah
masuk usia sembilan bulan ditakuti dia sakit hendak bersalin tiada siapa yang
boleh diharapkan.. Walaupun dia akan pulang berselang dua atau tiga hari sekali
untuk menjenguk kesihatan emaknya.Tetapi dia tidak tergamak meninggalkan isteri diatas belas ihsan
dari jiran-jiran sahaja.
“Tak apa
lah bang saya faham”.
“Terima
kasih Mel kerana percayakan abang”. Lega hati Latif mendengar kefahaman
isterinya... Suasana sunyi beberapa saat. Isteri yang didepan mata juga sudah tidak bersuara, mungkin
memikirkan kata-katanya. Emil memandangnya
suaminya yang ketika itu memandag kearahnya dengan pandangan memohon simpati.
Kelihatan Emil menarik nafas dalam dan melepaskan perlahan.
“Bang! saya mengaku saya bukan menantu yang
baik. Dan saya mengaku sayalah yang bersalah, saya suka mementingkan diri
sendiri. (Sampai pada perkataan ini Emil berhenti dari berkata-kata dia
mengambil nafas yang dalam sekali lagi dan meghembuskan perlahan sebelum
menyambung kata-katanya) Suara Emil sudah kendur dia tahu selama ini dialah
yang bersalah. Dia tidak pernah mahu mengandaikan emak mertuanya seperti
emaknya sendiri, menyebabkan emak mertuanya mencari menantu lain untuk
menggantikan dirinya. Yang sebenarnya
dia tidak suka duduk dirumah keluarga suaminya yang serba kekurangan. Dia tidak
pernah rasa selesa duduk dirumah kampong yang dirasakan kotor disana-sini. Walaupun
begitu dia tidak dapat menerima bila suaminya mempunyai isteri lain selain dirinya.
Itulah hakikatnya hati seorang wanita yang bergelar isteri, mana ada wanita
yang dengan senang hati, rela kasih suaminya terbahagi dua.
“… Tapi
untuk menerima madu dalam hidup saya..saya tak mampu. Untuk tidak menyusahkan
abang, saya minta abang ceraikan saya”. Air
mata Emil sudah berhenti mengalir walaupun kesan dia menangis masih jelas
kelihatan. Rupanya tidak lama sorakkan rasa lega dihati Abdul Latif, bila itu
yang diminta oleh isterinya.
Pada
mula Abdul Latif mendengar suara isterinya
yang sudah kendur, pengakuan dirinya yang bersalah dan kelihatan wajah Emil redha
dengan ketentuan takdir dia sangat gembira. Tetapi diakhir kata meminta dirinya
diceraikan bagaikan ledakkan bom ditelinganya. Abdul Latif terkedu dan terkaku
tidak disangka itu permintaan yang keluar dari mulut isterinya. Ohh Emil
mampukan dia menepis permintaan isteri yang bernama Emil Atilia yang sudah
diketahui bentuk hatinya yang KERAS.
Abdul Latif akan mencuba…
“Emil
cuba lah dulu..abang berjanji akan berlaku adil. Abang akan untukkan lebih masa
untuk kita bersama. Abang janji hari cuti adalah hari untuk Emil, termasuklah
cuti penggal sekolah. Zila akan tetap duduk dikampong bersama emak, abang akan
jenguk dia dua minggu sekali sahaja”.
“Tak
payah janji macam tu bang, saya tak mampu membayangkan abang peluk isteri lain
selain saya. Hanya ada satu pilihan sahaja, kalau abang nakkan saya terus
disisi abang. CERAIkan dia”.
“Emiil..Emil
kan nampak tadi..dia sedang mengandung tunggu hari sahaja lagi. Tak tergamak
abang nak mencerikan dia. Lagi pun berdosa kalau abang menceraikan isteri yang sedang mengandung.”
“Kalau
macam tu ceraikan saya..sebelum saya menjerit hilang sabar, ceraikan saya”.
Itulah yang keluar dari bibir Emil dengan suara yang agak tinggi, bila
merasakan suaminya sudah mula memihak isteri yang satu lagi..
“Mel
sabar dulu lah Mel. Abang akan adil dalam mengilir masa Emil dan Zila. Abang
janji, cubalah percaya janji abang. Kalau tak percaya kita cuba dulu, kalau tak
boleh juga barulah abang penuhi permitaan Emil tu.”
“Bila
yang abang boleh tunaikan permintaan Emil tu..permintaan yang mana satu
menceraikan saya atau pun dia??” Soal Emil mahu kepastian.
“Abang
berterus terang dengan Emil, supaya tak timbul perkataan abang mungkir janji..walaupun yang sebenarnya
abang tak cintakan dia, abang nikah
dengan dia hanya kerana emak, tetapi
untuk abang menceraikan Zila itu tak mungkin. Dia tak kerja Mel, jadi macam
mana dia nak tanggung anak-anak abang.
Kasihanilah dia Mel…abang merayu pada Emil terimalah takdir kita Mel..”
Sememangnya
dia serba salah. Bagi Abdul Latif pada Emil dia cinta, maklumlah cinta pertama
walaupun Emil agak garang sedikit, tetapi kenangan manis bersamanya tak
terbilang. Emil juga sudah melahirkan zuriat untuk nya walaupun hanya seorang. Untuk menceraikan Zila juga tidak mungkin,
dia sudah terikat dengan anak. Anaknya bersama Zila bakal dua orang tidak lama
lagi. Zila tidak bekerja untuk menampung kehidupanya nanti. Untuk mencari kerja
juga agak sukar kerana dia hanya ada sijil PMR sahaja.
“Tidak!!!
abang faham tak, saya tak mampu
berkongsi suami dengan perempuan lain. Bagi saya biar suami saya tak kacak atau
pun tua tetapi dia milik saya seorang. Abang kena pilih satu.. Kalau abang nak dia
cerai kan saya. kalau abang nak saya abang ceraikan Zila. Hanya itu pilihan
abang..” tegas suara Emil memberi pilihan kepada suaminya tetapi berat sungguh
pilihan yang diberi oleh Emil. Dia sudah naik angin, Emil yang garang sudah
kembali kedalam dirinya. Hatinya jadi terhiris pedih bila mendengar nama
madunya disebut mesra oleh sang suami.
“Emil..kasihanilah
dia Mel, abang tak sampai hati nak ucapkan perkataan cerai untuk dia..dia dah tak
punca pendapatan dan tak ada emak ayah
Mel..” sayu suara Abdul Latif merayu.
“Kalau
macam tu ceraikan saya. Setelah saya
tahu abang dah nikah lagi, saya tak mampu nak bertahan walau untuk sehari untuk
jadi isteri abang.Tolong! Sebelum saya hilang sabar. Ceraikan saya sekarang”. Walaupun
suaranya sudah mengendur namun ketegasan jelas kedengaran.
“Mel
nak lafaz cerai kena ada saksi”. Abdul Latif
cuba mencari helah lagi.
“Baiklah”.
Emil mencapai telefon bimbinyanya dan menghubugi seseorang. Abdul Latif hanya
memandang tingkah keras isterinya. Nampaknya Emil tak sudah nekad, dia mahukan perpisahan juga darinya. Haai keluhnya
perlahan melepaskan apa yang berbuku dihatinya. Adakah keluhan itu tanda kesal
kerana menikah lagi.
Selama tiga tahun dia menikah sekali lagi
perkaran inilah yang cuba dielakkan. Bagai mana mahu menghalang kehendak Emil..
debaran hatinya semankin kencang kepalanya pula sibuk mencari jalan...kini dia semakin
dihampiri kenyataan, akan terleraikah
ikatan halal mereka dan dia akan kehilangan isteri yang dicinta, yang
sudah hidup sebumbung denganya hampir 14 tahun. Dalam sibuk hatinya berdoa
melembutkan hati isteri yang depan mata akhirnya panggilan Emil bersambung
dengan orang yang dipanggilnya.
Abdul Latif
memandang kearah Emil bila suaranya memecah kesunyian diantara mereka. Emil
menghubungi Muaz sepupunya untuk mencapai hajatnya. Itulah sikap Emil, dia akan
berusha sehingga hajatnya tercapai.
“Hello!
Muaz datang rumah aku kejap..sekarang!!
ye penting sangat …tak boleh!!, sekarang juga!! tolong cepat sikit . Tak
kiralah nak datang sorang pun boleh dengan Seha pun boleh”. Selesai percakapan
Emil di telefon, Abdul Latif mencuba lagi, mungkin dengan menggunakan nama
anaknya. Agar hati isteri yang sedang hangat akan menjadi sejuk. Sesejuk salji dipuncak gunung Kinabalu..
“Mel..
perpisahan bukan jalan terbaik untuk kita. Cuba fikirkan nasib Uwais tentu dia
kecewa bila kita berpisah”.
“Itu
tak mengapa.. saya akan terangkan pada dia perlahan-lahan nanti”.
“Kenapa..
kenapa Emil hanya memikirkan hati Emil sahaja”.
“Sebab
saya tak mampu untuk menerima madu. Abang memang tak pernah rasa bertapa
hancurnya hati ni, bila ada orang lain dalam hati suaminya inikan pula tidur
sebantal denganya. Pada saya menanggung rasa seumur hidup, baik saya mengundur
diri dari hidup abang sekarang. Sampai bila-bila pun saya tak mampu menerima
madu dalam hidaup saya bang”.
Tidak lama menunuggu Muaz tiba. Sudah
kedengaran menderum sebuah kereta MYVI warna putih diperkarangan ruamahnya.
Kelihatan tergesa-gesa Muaz keluar dari keretanya dikuti oleh isteri dibelakangnya. Mungkin suara dan
arahan Emil tadi menyebabkan tingkahnya begitu. Sememangnya suara Emil tadi
seperti orang dalam kecemasan.Terus sahaja mereka berdua menerpa pintu yang
sedia ternganga. Sampai dimuka pintu Muaz memberi salam. Terjengul sahaja
wajahnya dimuka pintu…
(Yang
sebenarnya MYVI itu masih dalam percubaanya.Kereta seorang pelangganya yang
meminta Muaz mencari pembeli yang
mahukan kereta, dia menjual kereta MYVI tersebut kerana pelangganya itu mahu
membeli kereta baru. Muaz berkira-kira
jika injin kereta itu elok, dia akan mengsyorkan Pak de atau ayah
tirinya membeli kereta itu bagi mengantikan Kancil yang sentiasa bermasaalah
itu.)
“Ada
apa yang penting sangat Mel …” Pada Muaz,
Emil memang selalu buat kejutan. Tadi suaranya begitu cemas, seakan dia dalam
kesusahan. Walaupun dia tidak sebulu dengan Emil tetapi bila mengenangkan dia
adalah adik sepupunya, Muaz rasa bertanggung jawab menjaga kebajikanya. Tetapi apa yang dilihatnya sekarang.. Emil
kelihatanya tenang sahaja duduk disofa kayu jati milik keluarga nya. Sementara
suaminya duduk bertentangan dengannya tidak jauh dari tempatnya duduk, namun wajahnya ditundukkan memandang lantai.
Sepanjang jalan dari bengkelnya tadi dia
membayangkan kepala Emil sedang dia acu dengan sepucuk pistol oleh orang-orang
yang mahu memeras ugut dirinya..itulah sebabnya dia dan isterinya memecut
kereta berkejar kerumah sepupunya itu.
“Masuklah
masuk Seha.. masuk Muaz. Duduk! aku
minta tolong kau jadi saksi aku”. Arah
Emil bila melihat sepupunya yang masih tercanguk-canguk dimuka pintu.
Setelah dua suami isteri itu mengambil
tempat. Emil memandang kearah suminya yang masih menunduk memandang lantai. Yang sebenarnya Abdul Latif
tidak menyangka permintaan Emil hingga meminta perpisahan. Walaupun dia tahu
hati isterinya yang didepan mata sememangnya keras, namun sesekali ada juga lembutnya jika
mendengar berkata-kata pujukkan darinya.
“Mel
cubalah dibawa bertenang dulu kita cubalah. Abang rasa abang boleh …” tidak
sempat habis kata-katanya, sudah
dipintas oleh Emil yang sudah mula naik angin..
“Jangan
nak bertangguh bang. Saya mengaku memang saya lah yang bersalah tapi untuk
menerima madu..saya tak mampu. Fahamilah saya. Saya merayu pada abang
ceraikanlah saya sekarang juga”. Melihat
dari kesungguhan isteri yang didepan mata Abdul Latif sudah tidak terkata.
Sememangnya Emil sudah nekad meminta
dirinya diceraikan hari itu juga. Abdul Latif menghela nafas panjang. Keras
hati isterinya kali ini tidak dapat dilembutkan lagi. Dia tidak dapat
mendiamkan mulut isterinya selagi tidak tercapai apa yang dihajatinya.
“Mel!
abang takut nanti Emil menyesal dengan permintaan Emil ni.” Abdul Latif mencuba
untuk kali yang terakhir…
“Tak
apa ‘menyesal’ tu akan saya tanggung sendiri. Masa tu abang gelakkan lah saya
kuat-kuat. Tapi sekarang tolong lafazkan cerai untuk saya. Sekarang!
lafazkanlah didepan saksi yang ada”. Dengan berat Abdul Latif melafazkan perkataan cerai untuk isterinya Emil Atilia.
Maka gugurlah talak satu keatas Emil.
“Tak disangka
inilah akhirnya perkahwinan kita yang gemilang dulu Mel. Tak sangka juga
gementar abang gengam tangan ayah berakhir setelah hamper empat belas tahun kita hidup bersama..” Ada air
jernih bergenang ditubir mata Abdul Latif. Hatinya sedeh meleraikan ikatan
halal antara dia dan Emil Atilia.
Bagi Abdul Latif tidak mungkin boleh
melupakan saat gementarnya bila tangannya digenggam dan digoncang oleh cikgu
Mohd Noh ketika itu. Oleh kerana gementarnya dia terpaksa mengulangi 3kali ucapan
ijab sebelum dia sah menjadi suami kepada Emil Atilia binti Mohd Noh ketika itu.
Dia juga tidak lupa kemeriahan majlis meraikan perkahwinan mereka. Maklumlah
anak sulong cik gu Mohd Noh dan cik gu Siti Khadijah. Di sebelahnya juga mereka
diraikan dengan meriah. Kerana dia merupakan anak lelaki tunggal keluarganya.
Yang sebenarnya ketika dizaman gadis Emil
terkenal kerana kecantikkan kulitnya yang putih gebu kemerahan. Matanya yang
bundar dihiasi dengan alis mata yang hitam cantik terlukis (Kening
original). Ramai juga jejaka yang kecewa
bila Emil memilih cikgu Abdul Latif sebagai pasanganya. Bagi Abdul Latif pula
dia begitu bangga memiliki hati Emil.
“Gemilang
waktu itu, tak menjanjikan bahagia kita untuk selamanya. Ini salah saya. Saya
tak berjaya menjadikan keluarga abang jadi keluarga saya. Saya tak mampu
menjadikan emak abang jadi emak saya. Walaupun ini kesalahan saya tapi
untuk menerima MADU saya tak mampu. Jadi
teruskanlah hidup abang dengan dia. Semoga abang bahagia”.
“Begitu
mudah Emil mengaku salah tapi kenapa tak cuba kemampuan abang mengendalikan
Emil dan Zila.” Emil hanya memandang wajah suaminya dengan pandangan yang sayu.
Segalanya sudah terlerai dia tak perlu berkata apa-apa. Bila Emil tidak
berbunyi terus sahaja Abdul Latif meminta…
“Hanya
satu abang minta pada Emil..jangan diajar Uwais benci pada abang. Perselisiahan
kita biar hanya kita sahaja, jangan libatkan anak. Walau kita sudah tiada
ikatan Uwais tetap anak abang sampai bila-bila. Kalau boleh jangan sekat
pertemuan kami, walau macam mana keadaan kita dia tetap anak abang”.
“Yang
sebetulnya sayalah yang meminta supaya abang jangan lupakan Uwais, sebab dia
adalah anak abang, berilah dia perhatian
dan kasih sayang juga. Sebab apa saya cakap ni..saya takut yang kat sana dah
bagi bakal dua oranag anak pada abang..nanti kalau terlalu sibuk dengan anak
kecil. Abang terlupa kat sini ada
seorang lagi anak abang”.
“In
Shaa Allah abang tak akan lupa pada tanggung jawab abang”. Muaz dan Seha hanya
terpinga-pinga kerana tidak tahu hujung pangkal kejadian yang baru disaksikan.
“Mel
kau panggil aku kesini hanya nak aku dan Seha jadi saksi Latif lafazkan
perkataan cerai sahaja ke?”.
“Ye”.Hanya
itu yang terkeluar dari bibir Emil.
Dia bangun dan duduk disebelah Seha. Tangan
Seha dicapai lalu digenggam mungkin mengharapkan genggaman tangan Seha dapat
menyalurkan semangat kuat kedalam dirinya. Kelihatan air muka Emil yang tenang
walaupu masih terdapat kesan tangis dimatanya. Berbeza dengan Abdul Latif nampak wajahnya yang tertekan dan sedeh. Bila agak
lama suasana menjadi sunyi Emil bersuara mengarahkan Muza dan isterinya pulang
kerana tugasnya sudah selelsai. Mereka tidak perlu berlama-lama dirunahnya.
“Dah
lah Muaz Seha bolehlah kau balik perkara pun dah selesai, hanya esok rasa nya
aku kena kepajabat khadi, nak sahklan perceraian aku. Bang! esok boleh ke kita
sahkan perceraian kita dipejabat khadi.”.
Sepeniggalan
Muaz suami isteri dan bekas suaminya Abdul Latif. Emil menangis diruang
tamu.Walau sekeras mana hatinya, dia tetap seorang wanita. Dia tetap seorang
isteri. Pedih hatinya mengenangkan selama ini suaminya seakan menipunya. Sakit hatinya bila mengenangkan selama ini
kasih suaminya tidak seratus peratus untuk dirinya dan akhir sekali sedeh
hatinya bila menyedari hakikatnya kini dia sudah bergelar JANDA walau pun dia
yang memintanya tadi.
Alahai sedihlah pulak. keras betul hati emil. kesianpun ada. latifpun kesian juga. sayangkan emak tinggalkan isteri... Entahlah.. harap2 jauhkanlah peristiwa begini dlm kehidupan kita...
ReplyDeletemudah benar lstif melafazkn talak. x smpi berapa minit pun dtg ...hendak kata memujuk merayu takde pun. hanya menerangkn kedudukan dia sja.
ReplyDeletewalaupun begitu emil sanggup mengaku salah dia tp bila kena madu dn ditipu selama 3 tahun x siapa pun blh trima. kesian emil.
-dibah-
Laki yg madukan isteri tanpa izin adalah pengecut dan tamak. Ni la jadinya. Biar dari mula isteri pertama diberi pilihan. Semoga lepas ni emil sedar dan ubah sikap bongkak dia.
ReplyDeleteTak sabar nk tggu smbungan. Kalau btul latif cintakan emil mcm mana dgn hdp dia bersama isteri baru. Best la citer mak teh.
Yeah.... walaupun geram dgn perwatakan emil terdahulu, tetapi bekas suaminya juga salah kerana memadukannya tanpa memberitahunya selama 3 thn... Dah tau isteri mcm singa betina, masih berani memberikan madu.... Mmg semestinya Latif telah bersedia selama 3 thn terdahulu akan akibat drp tindak-tanduknya itu. Harap Emil akan dpt suami baru yg tegas yg dpt membimbingnya menjadi isteri, ibu dan anak yg soleh. Sbb Latif gagal utk melakukannya....
ReplyDeleteBetul. Dari awal memang Latif tak dapat nak didik emil. Macam orang takut bini je. Emil mintak cerai pun tak berani nak bertegas. Talak kan kuasa suami.
ReplyDeleteKata tak Cinta Zila.. tapi kluar juga 2 anak... lelaki.. lelaki.. Bila dah kantoi mcm2 laa alasan...
ReplyDelete