~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday 16 March 2014

Bab 21 Tidak ku tahu kasih bermula.





Cepat mak teh post, takut Internet tak ada. Biasanya kalau hujan line internet terganggu. Sekarang ni diSeremban sedang hujan renyai..




Yang sebenarnya masa itu dia sibuk dengan mamanya. Mamanya baru sahaja menamatkan perhidmatannya. Itulah sebabnya setiap cuti panjang dia akan diajak melancung bersama mamanya.  Kata mamanya.. dulu sepanjang perhidmatan menjadi guru dia tidak berpeluang untuk bejalan-jalan nak mengelilingi Malaysia pun tak sempat kerana kesuntukkan masa dan  anak-anak juga memerlukan duit untuk belajar ketika itu. Setelah dia berpencen anak-anak juga telah bekerja dia mengambil peluang  untuk berjalan-jalan, kalau boleh seluruh dunia, tapi kalau tak boleh seluruh Asia Tenggara pun jadilah, sementara dia masih hidup itulah kata mamanya.

“Sampai hati abang. Selama ni Emil setia pada abang. Kasih sayang Emil pada abang tak berbelah bagi. Tapi kenapa abang sanggup membahagi kasih abang pada Emil dengan wanita lain. Abang tahu tak..tak pernah terdetik hati Emil nak pergi pada lelaki lain. Sungguh sampai hati abang buat  Emil macam ni. Apa salah Emil pada abang?”. Emil sudah menangis air mata berjujuran tidak terbendung lagi, hatinya  terhiris luka  mendengar jawapan suaminya. Kini terjawap segala teka teki dikepalanya sejak dia pulang dari rumah lamanya tadi, memang tidak salah telahannya. Tetapi kepastian yang menghacurlumatkan hatinya.

“Mel abang cakap terus terang. Emil memang setia dengan abang. Tapi baik Emil hanya pada abang sahaja. Hakikatnya Emil tak pernah nak jadikan emak abang jadi macam emak Emil, kampong abang macam kampong Emil dan keluarga abang macam keluarga Emil. Ada pernah tak Emil ambil berat pada emak abang.  Emak abang perlukan menantu perempuan yang boleh jaga dia, ambil berat pada dia. Pernah tak Emil kira,  sudah hamper 14 tahun kita hidup bersama,  berapa kali yang Emil duduk lama dan tidur kat rumah emak abang. Hanya diawal pernikahan kita sahaja Emil boleh duduk lebih tiga hari kat kampong abang. Tapi lepas kita pindah sini kenapa Emil mengelak bila abang ajak duduk lama sikit kat rumah keluarga abang.  Abang merasakan makin kita dekat dengan keluarga kita, Emil makin jauh dengan keluarga abang.”

“Ohh jadi abang kahwin satu lagi sebab abang nak carikan menantu yang boleh tidur dengan emak abang ye. Kenapa tak dari tiga tahun dulu abang cerita dengan Emil macam ni? kenapa setelah saya terjumpa abang nikah lain, baru abang nak bagi tahu, cerita abang ni.  Abang tahu tak betapa hancurnya hati Emil, bila abang buat Emil macam ni. Tak tahu macam mana luluhnya hati ni  bila Emil tahu  abang tak jujur dibelakang Emil.  (Emil menekapkan tangan kedadanya suaranya bergetar, sungguh dia merasa sungguh pilu) Setelah tiga tahun  abang kawin lagi, baru sekarang abang nak cerita dengan Emil. Kalau Emil tak terjumpa Emil rasa abang tipu Emil sampai kesudah agaknya. Kenapa… kenapa abang buat Emil macam ni?”.

“Sebenarnya abang masih cinta kan Emil… abang sayang  Emil macam dulu juga. Abang nikah dengan Zilah hanya nak menuruti kemahuan emak sahaja.  Untuk bagi tahu Emil masa tu abang tak sampai hati. Lagi pun boleh ke Emil izinkan abang nikah dengan Zila  kalau Emil tahu.”.

“Habis sekarang ni abang sampai hatilah ye. Setelah kukuh ikatan abang dengan dia jadi abang sampai hati ceritakan semua ini dengan Emil.” Maksud Emil ikatan yang disertai oleh kehadiran anak-anak.

“Bukan macam tu. Masa tu abang tak mampu hendak membayangkan luka hati Emil dengan pernikahan abang.  Abang tahu kalau abang nikah lain hati Emil akan terluka...tapi..”

 “Sekarang abang rasa Emil tak terluka ke?. Abang nak tahu sekarang ni hati Emil lagi sakit sebab tak diberi pilihan..hati ni sakit bila selama ini abang tak jujur pada Emil. Hati Emil lagi sangat sakit bila Emil tahu abang dah  tidak teruja bersama Emil sebab abang dah ada pengganti Emil. Patutlah abang macam tak kisah kita duduk berasingan, rupanya memang abang suka kalau Emil tak ada, sebab  abang dah ada tempat untuk mencurahkan kasih abang. Buktinya dua minggu kita tak berjumpa abang bagai tak rindu dengan Emil..”.

“Abang masih rindukan Emil, rindu sangat tapi abang kena dulukan emak abang yang sakit. Semalam abang balik kampong sebab abang kena jenguk emak kat hospital, dah empat hari dia duduk hospital. Kalau boleh dia balik abang nak bawa dia balik, tapi rupanya dia tak boleh balik lagi. Dia dah tua dan dia sakit pula..minggu lepas  dua tiga kali abang berulang dari kampung tenguk emak.. emak memang sakit.
…. Kalau semalam emak boleh keluar dari hospital abang akan tinggalkan dia kat kampong. Tapi sampai semalam emak tak boleh lagi keluar hospital..nak tinggalkan Zila kat kampong  takut dia sakit nak bersalin nanti tak ada orang bawa dia pergi hospital pula. Itu sebabnya  abang bawa balik rumah kita. Selama ni memang dia duduk dengan emak kat kampong. Hanya dalam minggu lepas sahaja dia duduk rumah kita sebab emak masuk hospital. Cuba Emil percaya cakap abang ni”.  Apa yang diperkatakan oleh Abdul Latif memang benar. Emaknya dimasukkan kehospital selain demam, tekanan darah emaknya juga agak tinggi. Dia dikehendaki duduk dihospital untuk pemerikasaan dan pemantauan.

“Memang Emil percaya dan dah jangka dari Emil balik dari rumah kita tadi.. abang kejar kampong abang sebab Zila ada menanti kat sana. Tak cukup dua hari kat sana abang angkut dia balik rumah kita”.

“Ya Allah!!, Emil. Kan abang dah cakap tadi hanya minggu ini sahaja abang bawa dia rumah kita sebab emak masuk hospital…dia dah cukup bulan. Emil tolong percayakan abang Mel..”.  Dengan suara merayu Abdul Latilf  berkata agar ada simpati dihati isterinya unrtuk memaafkan dirinya. Yang sebenarnya Abdul Latif buntu mahu meyakinkan isterinya. Tidak kira siapalah kita kalau sekali kedapatan suami tidak jujur,  susah rasanya  mahu percaya apa yang diperkatakan, walaupun seribu kebenaran ditunjukkan kepada kita, betulkah begitu.

Selama Abdul Latif bernikah dengan Zila (NorFazila) sememangnya isteri mudanya duduk dikampung bersama emaknya. Tetapi minggu itu untuk meninggalkan Zila bersama anak kecil dirumah emaknya ketika emaknya dihospital, Latif menjadi ditidak yakin. Kini kandungan Zila sudah masuk usia sembilan bulan ditakuti dia sakit hendak bersalin tiada siapa yang boleh diharapkan.. Walaupun dia akan pulang berselang dua atau tiga hari sekali untuk menjenguk kesihatan emaknya.Tetapi dia tidak tergamak  meninggalkan isteri diatas belas ihsan dari  jiran-jiran sahaja.

“Tak apa lah bang saya faham”.

“Terima kasih Mel kerana percayakan abang”. Lega hati Latif mendengar kefahaman isterinya... Suasana sunyi beberapa saat. Isteri yang didepan mata juga sudah tidak bersuara, mungkin memikirkan kata-katanya. Emil memandangnya suaminya yang ketika itu memandag kearahnya dengan pandangan memohon simpati. Kelihatan Emil menarik nafas dalam dan melepaskan perlahan.  

 “Bang! saya mengaku saya bukan menantu yang baik. Dan saya mengaku sayalah yang bersalah, saya suka mementingkan diri sendiri. (Sampai pada perkataan ini Emil berhenti dari berkata-kata dia mengambil nafas yang dalam sekali lagi dan meghembuskan perlahan sebelum menyambung kata-katanya) Suara Emil sudah kendur dia tahu selama ini dialah yang bersalah. Dia tidak pernah mahu mengandaikan emak mertuanya seperti emaknya sendiri, menyebabkan emak mertuanya mencari menantu lain untuk menggantikan dirinya.   Yang sebenarnya dia tidak suka duduk dirumah keluarga suaminya yang serba kekurangan. Dia tidak pernah rasa selesa duduk dirumah kampong yang dirasakan kotor disana-sini. Walaupun begitu dia tidak dapat menerima bila suaminya mempunyai isteri lain selain dirinya. Itulah hakikatnya hati seorang wanita yang bergelar isteri, mana ada wanita yang dengan senang hati, rela kasih suaminya terbahagi dua.

“… Tapi untuk menerima madu dalam hidup saya..saya tak mampu. Untuk tidak menyusahkan abang, saya minta abang ceraikan saya”.  Air mata Emil sudah berhenti mengalir walaupun kesan dia menangis masih jelas kelihatan. Rupanya tidak lama sorakkan rasa lega dihati Abdul Latif, bila itu yang diminta oleh isterinya.

 Pada mula Abdul Latif mendengar  suara isterinya yang sudah kendur, pengakuan dirinya yang bersalah dan kelihatan wajah Emil redha dengan ketentuan takdir dia sangat gembira. Tetapi diakhir kata meminta dirinya diceraikan bagaikan ledakkan bom ditelinganya. Abdul Latif terkedu dan terkaku tidak disangka itu permintaan yang keluar dari mulut isterinya. Ohh Emil mampukan dia menepis permintaan isteri yang bernama Emil Atilia yang sudah diketahui bentuk hatinya yang  KERAS. Abdul Latif  akan mencuba…

“Emil cuba lah dulu..abang berjanji akan berlaku adil. Abang akan untukkan lebih masa untuk kita bersama. Abang janji hari cuti adalah hari untuk Emil, termasuklah cuti penggal sekolah. Zila akan tetap duduk dikampong bersama emak, abang akan jenguk dia  dua minggu sekali sahaja”.

“Tak payah janji macam tu bang, saya tak mampu membayangkan abang peluk isteri lain selain saya. Hanya ada satu pilihan sahaja, kalau abang nakkan saya terus disisi abang. CERAIkan dia”.

“Emiil..Emil kan nampak tadi..dia sedang mengandung tunggu hari sahaja lagi. Tak tergamak abang nak mencerikan dia. Lagi pun berdosa kalau abang menceraikan  isteri yang sedang mengandung.”

“Kalau macam tu ceraikan saya..sebelum saya menjerit hilang sabar, ceraikan saya”. Itulah yang keluar dari bibir Emil dengan suara yang agak tinggi, bila merasakan suaminya sudah mula memihak isteri yang satu lagi..

“Mel sabar dulu lah Mel. Abang akan adil dalam mengilir masa Emil dan Zila. Abang janji, cubalah percaya janji abang. Kalau tak percaya kita cuba dulu, kalau tak boleh juga barulah abang penuhi permitaan Emil tu.”

“Bila yang abang boleh tunaikan permintaan Emil tu..permintaan yang mana satu menceraikan saya atau pun dia??” Soal Emil mahu kepastian.

“Abang berterus terang dengan Emil, supaya tak timbul perkataan  abang mungkir janji..walaupun yang sebenarnya abang  tak cintakan dia, abang nikah dengan dia hanya kerana emak,  tetapi untuk abang menceraikan Zila itu tak mungkin. Dia tak kerja Mel, jadi macam mana dia nak tanggung anak-anak  abang. Kasihanilah dia Mel…abang merayu pada Emil terimalah takdir kita Mel..”

 Sememangnya dia serba salah. Bagi Abdul Latif pada Emil dia cinta, maklumlah cinta pertama walaupun Emil agak garang sedikit, tetapi kenangan manis bersamanya tak terbilang. Emil juga sudah melahirkan zuriat untuk nya walaupun hanya seorang.  Untuk menceraikan Zila juga tidak mungkin, dia sudah terikat dengan anak. Anaknya bersama Zila bakal dua orang tidak lama lagi. Zila tidak bekerja untuk menampung kehidupanya nanti. Untuk mencari kerja juga agak sukar kerana dia hanya ada sijil PMR sahaja.

“Tidak!!! abang faham tak,  saya tak mampu berkongsi suami dengan perempuan lain. Bagi saya biar suami saya tak kacak atau pun tua tetapi dia milik saya seorang.  Abang kena pilih satu.. Kalau abang nak dia cerai kan saya. kalau abang nak saya abang ceraikan Zila. Hanya itu pilihan abang..” tegas suara Emil memberi pilihan kepada suaminya tetapi berat sungguh pilihan yang diberi oleh Emil. Dia sudah naik angin, Emil yang garang sudah kembali kedalam dirinya. Hatinya jadi terhiris pedih bila mendengar nama madunya disebut mesra oleh sang suami.

“Emil..kasihanilah dia Mel, abang tak sampai hati nak ucapkan perkataan cerai untuk dia..dia dah tak punca pendapatan dan tak ada emak  ayah Mel..” sayu suara Abdul Latif merayu.

“Kalau macam tu ceraikan saya.  Setelah saya tahu abang dah nikah lagi, saya tak mampu nak bertahan walau untuk sehari untuk jadi isteri abang.Tolong! Sebelum saya hilang sabar. Ceraikan saya sekarang”. Walaupun suaranya sudah mengendur namun ketegasan jelas kedengaran.

“Mel nak lafaz cerai kena ada saksi”. Abdul Latif  cuba mencari helah lagi.

“Baiklah”. Emil mencapai telefon bimbinyanya dan menghubugi seseorang. Abdul Latif hanya memandang tingkah keras isterinya. Nampaknya Emil tak sudah nekad, dia  mahukan perpisahan juga darinya. Haai keluhnya perlahan melepaskan apa yang berbuku dihatinya. Adakah keluhan itu tanda kesal kerana menikah lagi.

Selama tiga tahun dia menikah sekali lagi perkaran inilah yang cuba dielakkan. Bagai mana mahu menghalang kehendak Emil.. debaran hatinya semankin kencang kepalanya pula sibuk mencari jalan...kini dia semakin dihampiri kenyataan, akan terleraikah  ikatan halal mereka dan dia akan kehilangan isteri yang dicinta, yang sudah hidup sebumbung denganya hampir 14 tahun. Dalam sibuk hatinya berdoa melembutkan hati isteri yang depan mata akhirnya panggilan Emil bersambung dengan orang yang dipanggilnya.

 Abdul Latif memandang kearah Emil bila suaranya memecah kesunyian diantara mereka. Emil menghubungi Muaz sepupunya untuk mencapai hajatnya. Itulah sikap Emil, dia akan berusha sehingga hajatnya tercapai.

“Hello! Muaz datang rumah aku kejap..sekarang!!  ye penting sangat …tak boleh!!, sekarang juga!! tolong cepat sikit . Tak kiralah nak datang sorang pun boleh dengan Seha pun boleh”. Selesai percakapan Emil di telefon, Abdul Latif mencuba lagi, mungkin dengan menggunakan nama anaknya. Agar hati isteri yang sedang hangat  akan menjadi sejuk.  Sesejuk salji dipuncak gunung Kinabalu..

“Mel.. perpisahan bukan jalan terbaik untuk kita. Cuba fikirkan nasib Uwais tentu dia kecewa bila kita berpisah”.

“Itu tak mengapa.. saya akan terangkan pada dia perlahan-lahan nanti”.

“Kenapa.. kenapa Emil hanya memikirkan hati Emil sahaja”.

“Sebab saya tak mampu untuk menerima madu. Abang memang tak pernah rasa bertapa hancurnya hati ni, bila ada orang lain dalam hati suaminya inikan pula tidur sebantal denganya. Pada saya menanggung rasa seumur hidup, baik saya mengundur diri dari hidup abang sekarang. Sampai bila-bila pun saya tak mampu menerima madu dalam hidaup saya bang”.

Tidak lama menunuggu Muaz tiba. Sudah kedengaran menderum sebuah kereta MYVI warna putih diperkarangan ruamahnya. Kelihatan tergesa-gesa Muaz keluar dari keretanya dikuti  oleh isteri dibelakangnya. Mungkin suara dan arahan Emil tadi menyebabkan tingkahnya begitu. Sememangnya suara Emil tadi seperti orang dalam kecemasan.Terus sahaja mereka berdua menerpa pintu yang sedia ternganga. Sampai dimuka pintu Muaz memberi salam. Terjengul sahaja wajahnya dimuka pintu…
(Yang sebenarnya MYVI itu masih dalam percubaanya.Kereta seorang pelangganya yang meminta Muaz  mencari pembeli yang mahukan kereta, dia menjual kereta MYVI tersebut kerana pelangganya itu mahu membeli kereta baru. Muaz berkira-kira  jika injin kereta itu elok, dia akan mengsyorkan Pak de atau ayah tirinya membeli kereta itu bagi mengantikan Kancil yang sentiasa bermasaalah itu.)

“Ada apa yang penting sangat Mel …”  Pada Muaz, Emil memang selalu buat kejutan. Tadi suaranya begitu cemas, seakan dia dalam kesusahan. Walaupun dia tidak sebulu dengan Emil tetapi bila mengenangkan dia adalah adik sepupunya, Muaz rasa bertanggung jawab menjaga kebajikanya.  Tetapi apa yang dilihatnya sekarang.. Emil kelihatanya tenang sahaja duduk disofa kayu jati milik keluarga nya. Sementara suaminya duduk bertentangan dengannya tidak jauh dari tempatnya duduk,  namun wajahnya ditundukkan memandang lantai.

 Sepanjang jalan dari bengkelnya tadi dia membayangkan kepala Emil sedang dia acu dengan sepucuk pistol oleh orang-orang yang mahu memeras ugut dirinya..itulah sebabnya dia dan isterinya memecut kereta berkejar kerumah sepupunya itu.

“Masuklah masuk  Seha.. masuk Muaz. Duduk! aku minta tolong kau jadi saksi aku”.  Arah Emil bila melihat sepupunya yang masih tercanguk-canguk dimuka pintu.

Setelah dua suami isteri itu mengambil tempat. Emil memandang kearah suminya yang masih menunduk  memandang lantai. Yang sebenarnya Abdul Latif tidak menyangka permintaan Emil hingga meminta perpisahan. Walaupun dia tahu hati isterinya yang didepan mata sememangnya keras,  namun sesekali ada juga lembutnya jika mendengar  berkata-kata pujukkan darinya.

“Mel cubalah dibawa bertenang dulu kita cubalah. Abang rasa abang boleh …” tidak sempat habis kata-katanya,  sudah dipintas oleh Emil yang sudah mula naik angin..

“Jangan nak bertangguh bang. Saya mengaku memang saya lah yang bersalah tapi untuk menerima madu..saya tak mampu. Fahamilah saya. Saya merayu pada abang ceraikanlah saya sekarang juga”.  Melihat dari kesungguhan isteri yang didepan mata Abdul Latif sudah tidak terkata. Sememangnya Emil sudah nekad  meminta dirinya diceraikan hari itu juga. Abdul Latif menghela nafas panjang. Keras hati isterinya kali ini tidak dapat dilembutkan lagi. Dia tidak dapat mendiamkan mulut isterinya selagi tidak tercapai apa yang dihajatinya.

“Mel! abang takut nanti Emil menyesal dengan permintaan Emil ni.” Abdul Latif mencuba untuk kali yang terakhir…

“Tak apa ‘menyesal’ tu akan saya tanggung sendiri. Masa tu abang gelakkan lah saya kuat-kuat. Tapi sekarang tolong lafazkan cerai untuk saya. Sekarang! lafazkanlah  didepan saksi yang ada”.  Dengan berat Abdul Latif melafazkan  perkataan cerai untuk isterinya Emil Atilia. Maka gugurlah talak satu keatas Emil.

“Tak disangka inilah akhirnya perkahwinan kita yang gemilang dulu Mel. Tak sangka juga gementar abang gengam tangan ayah berakhir setelah hamper empat  belas tahun kita hidup bersama..” Ada air jernih bergenang ditubir mata Abdul Latif. Hatinya sedeh meleraikan ikatan halal antara dia dan Emil Atilia.

Bagi Abdul Latif tidak mungkin boleh melupakan saat gementarnya bila tangannya digenggam dan digoncang oleh cikgu Mohd Noh ketika itu. Oleh kerana gementarnya dia terpaksa mengulangi 3kali ucapan ijab sebelum dia sah menjadi suami kepada Emil Atilia binti Mohd Noh ketika itu. Dia juga tidak lupa kemeriahan majlis meraikan perkahwinan mereka. Maklumlah anak sulong cik gu Mohd Noh dan cik gu Siti Khadijah. Di sebelahnya juga mereka diraikan dengan meriah. Kerana dia merupakan anak lelaki tunggal keluarganya.

Yang sebenarnya ketika dizaman gadis Emil terkenal kerana kecantikkan kulitnya yang putih gebu kemerahan. Matanya yang bundar dihiasi dengan alis mata yang hitam cantik terlukis (Kening original).  Ramai juga jejaka yang kecewa bila Emil memilih cikgu Abdul Latif sebagai pasanganya. Bagi Abdul Latif pula dia begitu bangga memiliki hati Emil.

“Gemilang waktu itu, tak menjanjikan bahagia kita untuk selamanya. Ini salah saya. Saya tak berjaya menjadikan keluarga abang jadi keluarga saya. Saya tak mampu menjadikan emak abang jadi emak saya. Walaupun ini kesalahan saya tapi untuk  menerima MADU saya tak mampu. Jadi teruskanlah hidup abang dengan dia. Semoga abang bahagia”.

“Begitu mudah Emil mengaku salah tapi kenapa tak cuba kemampuan abang mengendalikan Emil dan Zila.” Emil hanya memandang wajah suaminya dengan pandangan yang sayu. Segalanya sudah terlerai dia tak perlu berkata apa-apa. Bila Emil tidak berbunyi terus sahaja Abdul Latif meminta…

“Hanya satu abang minta pada Emil..jangan diajar Uwais benci pada abang. Perselisiahan kita biar hanya kita sahaja, jangan libatkan anak. Walau kita sudah tiada ikatan Uwais tetap anak abang sampai bila-bila. Kalau boleh jangan sekat pertemuan kami, walau macam mana keadaan kita dia tetap anak abang”.

“Yang sebetulnya sayalah yang meminta supaya abang jangan lupakan Uwais, sebab dia adalah anak abang, berilah dia  perhatian dan kasih sayang juga. Sebab apa saya cakap ni..saya takut yang kat sana dah bagi bakal dua oranag anak pada abang..nanti kalau terlalu sibuk dengan anak kecil. Abang  terlupa kat sini ada seorang lagi anak abang”.

“In Shaa Allah abang tak akan lupa pada tanggung jawab abang”. Muaz dan Seha hanya terpinga-pinga kerana tidak tahu hujung pangkal kejadian yang baru disaksikan.

“Mel kau panggil aku kesini hanya nak aku dan Seha jadi saksi Latif lafazkan perkataan cerai sahaja ke?”.

“Ye”.Hanya itu yang terkeluar dari bibir Emil.

Dia bangun dan duduk disebelah Seha. Tangan Seha dicapai lalu digenggam mungkin mengharapkan genggaman tangan Seha dapat menyalurkan semangat kuat kedalam dirinya. Kelihatan air muka Emil yang tenang walaupu masih terdapat kesan tangis dimatanya. Berbeza dengan  Abdul Latif nampak  wajahnya yang tertekan dan sedeh. Bila agak lama suasana menjadi sunyi Emil bersuara mengarahkan Muza dan isterinya pulang kerana tugasnya sudah selelsai. Mereka tidak perlu berlama-lama dirunahnya.

“Dah lah Muaz Seha bolehlah kau balik perkara pun dah selesai, hanya esok rasa nya aku kena kepajabat khadi, nak sahklan perceraian aku. Bang! esok boleh ke kita sahkan perceraian kita dipejabat khadi.”.

            Sepeniggalan Muaz suami isteri dan bekas suaminya Abdul Latif. Emil menangis diruang tamu.Walau sekeras mana hatinya, dia tetap seorang wanita. Dia tetap seorang isteri. Pedih hatinya mengenangkan selama ini suaminya seakan menipunya.  Sakit hatinya bila mengenangkan selama ini kasih suaminya tidak seratus peratus untuk dirinya dan akhir sekali sedeh hatinya bila menyedari hakikatnya kini dia sudah bergelar JANDA walau pun dia yang memintanya tadi.



6 comments:

  1. Alahai sedihlah pulak. keras betul hati emil. kesianpun ada. latifpun kesian juga. sayangkan emak tinggalkan isteri... Entahlah.. harap2 jauhkanlah peristiwa begini dlm kehidupan kita...

    ReplyDelete
  2. mudah benar lstif melafazkn talak. x smpi berapa minit pun dtg ...hendak kata memujuk merayu takde pun. hanya menerangkn kedudukan dia sja.
    walaupun begitu emil sanggup mengaku salah dia tp bila kena madu dn ditipu selama 3 tahun x siapa pun blh trima. kesian emil.
    -dibah-

    ReplyDelete
  3. Laki yg madukan isteri tanpa izin adalah pengecut dan tamak. Ni la jadinya. Biar dari mula isteri pertama diberi pilihan. Semoga lepas ni emil sedar dan ubah sikap bongkak dia.
    Tak sabar nk tggu smbungan. Kalau btul latif cintakan emil mcm mana dgn hdp dia bersama isteri baru. Best la citer mak teh.

    ReplyDelete
  4. Yeah.... walaupun geram dgn perwatakan emil terdahulu, tetapi bekas suaminya juga salah kerana memadukannya tanpa memberitahunya selama 3 thn... Dah tau isteri mcm singa betina, masih berani memberikan madu.... Mmg semestinya Latif telah bersedia selama 3 thn terdahulu akan akibat drp tindak-tanduknya itu. Harap Emil akan dpt suami baru yg tegas yg dpt membimbingnya menjadi isteri, ibu dan anak yg soleh. Sbb Latif gagal utk melakukannya....

    ReplyDelete
  5. Betul. Dari awal memang Latif tak dapat nak didik emil. Macam orang takut bini je. Emil mintak cerai pun tak berani nak bertegas. Talak kan kuasa suami.

    ReplyDelete
  6. Kata tak Cinta Zila.. tapi kluar juga 2 anak... lelaki.. lelaki.. Bila dah kantoi mcm2 laa alasan...

    ReplyDelete