~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Wednesday 12 March 2014

Bab 17 Tidak ku tahu kasih bermula



           
           Yang sebenarnya setengah dari cerita ni  mak teh terpost malam tadi, tadi ni baru dapat taip sekejap dah anak jerit suruh keluar rumah sebab ada orang nak buat semburan nyamuk aedes. Entahlah mungkin ada orang yang sudah dijangkiti demam denggi ditaman perumahan mak teh. Tu yang berkejar keluar.


             Bagi Fadzil pula, tadi dia sudah terpukul dengan pertayaan Muaz kepada ayahnya. Dia yang anak tidak bertanyakan tentang keperluan ayah yang baru sahaja sampai, Muaz yang hanya menantu angkat pula yang bertanya perut ayahnya. Dia sedar dari ayahnya sampai, mereka tidak menghidang apa-apa makanan atau minuman kepada ayahnya. Sedangkan kasih saying ayahnya melimpah untuknya sejak dia kecil hingga dia sudah berumah tangga.

Dia terbayang semasa dia kecil dahulu ayah sangat menyayangi dirinya, makan, minum dan pakai terjaga rapi. Sebut sahaja apa yang kita perlukan ayah akan berusha memenuhi. Kemana pergi ayah akan membawanya. Hingga besar dan masuk keasrama ayah masih memeluk dan menciumnya. Dengan bangga ayah akan memperkenalkan kepada kawan-kawan nya, bahawa dia akan lelaki tunggalnya. Tetapi dengan hanya sedikit kesalahan segala kebaikkan ayahnya terpadam dari kenangan. Tetapi salahkah ayahnya bernikah lagi selepas mamanya meninggal dunia?.

                     Didalam kereta Muaz..Bergenang air mata Mohd Noh bila mendengar pertayaan Muaz tadi. Pertanyaan Muaz ‘dah makan kebelum’ dengan suara yang lembut menyentuh hatinya. Berbeza sungguh tingkah anak-anaknya sendiri. Mereka hanya merebut  barang -barang yang dibawa.  Segelas air pembasah tekak pun tidak terhulur dek sibuk hendak melihat bahagian yang dibawakan untuk mereka.Tidak terjawab rasanya pertanyaan Muaz itu.Terasa pedih bila terasa membuka pekung didadanya sendiri. Jika dia berkata belum tentu Muaz dapat mentafsir kepulanganya tidak disambut oleh anak-anaknya sendiri.

“Seha dengan adik adik kamu masak apa, sambut emak kamu balik Muaz?.” Itu yang kelaur dari mulut Haji Mohd Noh untuk menyembunyikan rasa nyilu hatinya.

“Macam-macam Yah, penuh meja..ayah tenguk sendirilah nanti”.

“Adik-adik kamu semuanya balik ke?”.

“Semuanya balik Yah.  Imah yang nak periksa tu pun balik. Entah Imah tu kadang-kadang  takut juga saya tenguk, macam tak ambil berat dengan pelajaranya sahaja. Ni haa minggu study week boleh dia lari sekejap, sebab nak tenguk emak balik. Pada saya habis periksa bukanya lama lagi, lepas tu cuti panjang haa masa tu nak berkepit dengan  emak dua puluh empat jam pun boleh.”.

“Biarlah mungkin dia dah bersedia. Kalau duduk kat sana tapi hati kat sini pun tak guna juga, belajar pun tak masuk kepala. Dia tahun akhirkan Muaz”.

“Ni final exam lah ni yah, itu yang Muaz takut tu”.

“Kita doakanlah kejayaan dia. Ayah rasa dia boleh”.

                        Sampai dihalaman rumah, Mohd Noh  disambut oleh anak-anak buah merangkap anak tirinya kini. Semuanya menghulur tangan menyalami dan mencium tangannya, terakhir sekali isterinya Hajah NorIza yang sedia menanti dimeja makan dengan senyuman cerianya..

“Uda dah makan de?..kalau belum meh lah kita makan..macam-macam adaa, semua lauk dia orang masak untuk kita rasa. Masak lemak ada, kari ada  ikan pekasam ada, goring berlada ikan pun ada dan sup pun ada ni ha.”  Wahh macam orang berjualan Hajjah menyebut masakkan yang dimasak oleh anak-menantunya.  Bila Haji Mohd menghampirinya dicapai  tangan suaminya lalu dicium tanda hormat NorIza menceceh dia nampak ceria. Bagi Hajjah NorIza sememangnya dia gembira dikelilingi oleh anak, menantu dan cucu-cucunya dan gembiranya terlebih lagi kerana kehadiran sang suami.

“Ehh semuanya belum makan lagi ke?”.

“Kitaorang solat dulu, kemudian diorang suap anak makan pula. Nak makan dengan selesa, perut anak kena kenyang dulu baru lah tak mengacau emaknya makan. Dapatlah  makan banyak sikit.”.

“Alang tak nak makan banyak mak..baru turun ½ kilo ni”. Sampuk alang yang menyuapi anaknya yang tua, manakala suaminya sedang memangku anak kecil yang masih bayi. Nuri dan Syukri di satu sudut juga sedang menyuapi tiga orang anaknya makan. Ira dan Seha yang sedang menghidang makanan.  Anak Seha yang nombor dua kecil  sedang disuapi oleh kakak sulungnya, manakala adik kecilnya yang baru berusia enam bulan didalam buaiyan di buai oleh abang ngahnya. Kelihatan anak menantu NorIza bekerja sama melakukan tugas.

“Ialah tu, kamu kalau dah jumpa masak lemak pucuk ubi dengan ikan pekasam ni Pali pun kamu dah tak nampak lang.” Pali terkekek mendengar komen emak mertuanya. Dia tahu iyu memang menu kegemaran isterinya.

“Makanlah kalau Misa nak makan, apa nak ditahan-tahan, esok abang teman Misa jogging”.Sokong Fadzli kesihan juga dia, melihat isterinya yang makan tertahan kerana badanya semakin kembang selepas dia bersalin kali kedua.

“Uda dah Zohor?” NorIza bertanya Mohd Noh tentang dirinya. Mungkin sudah menjadi kebiasaan mereka bersama selama hamper sebulan. Terasa sesuatu yang tidak ada pula walaupun baru sekejap mereka tidak bersama.Sudah adakah rasa kasih dihati NorIza.Tetapi hatinya mula ingin tahu keadaan suaminya, itukah tanda kasih?.Bilakah rasa kasih itu terbit dihatinya dia juga tidak menyedari.

            Tadi dia menghubungi  suaminya bertanyakan tentang menu yang dimasak oleh anak-anak suaminya.. tetapi sebenarnya dia mahu merisik suaminya sudah makan ke belum. Bila Mohd Noh tidak menjawab segala pertanyaan dia tahu suaminya belum makan lagi. Tidak lama lepas itu telefon NorIza pula berbunyi bila dilihat nama ‘Uda’ yang tertera, cepat sahaja dia menjawab panggilan, rupanya suaminya meminta salah seorang dari anaknya mengambil dirinya dirumahnya. Anak yang paling sesuai mengambil adalah Muaz. Muaz sudah biasa dirumah keluarga Mohd Noh kerana dia merupakan menantu angkat keluarga itu.

“Belum lagi Nor”.

“Uda nak makan dulu ke..nak solat dulu?”.

“Uda rasa solat dulu tapi Uda nak minum air sikit, ada  air mati tak, dahaga sangat rasa tekak ni”. NorIza menghulur gelas berisi air putih.

“De! cuba rasa air mangga ni. Ni mangga betul bukan cordial, Nuri yang bland tadi, air  mangga ni lebih fress lagi rasanya, dari yang dalam kapal terbang tadi.” NorIza mula mepromosi air mangga buatan menantunya Nuri. Mohd Noh meneguk sambil memejamkan matanya.

“Kenapa De masam ke?” NorIza bertanya curiga.

“Sedap, pekat, lazat.Nanti Uda nak lagi”.

“Waah kak Nuri!!! Boleh buka gerai jus mangga kak Nuri, Pak de dah oder lagi  ni.” jerit  Alang yang sememangnya ada di situ.

Setelah meneguk seteguk dua. Dia mengikuti langkag NorIza yang membawa kebiliknya dan membentangkan sejadah.

“Nor! Uda rasa macam nak mandi dulu”.

“Mandilah, Uda ada tuala.”NorIza mengambilkan tuala didalam almarinya. Selesai solat, mereka makan beramai-ramai..

“Emak rasa macam tak boleh nak berhenti makan.”.Itulah yang dirasa oleh NorIza bila merasa semula makan yang hanya ditinggalkan sebulan yang lalu.

“Ye ke mak..kata kat sana makan masakkan Malaysia juga”.

“Memanglah masakkan Malayisa tapi tak sama macam kita masak sendiri.” pot pet..mereka berbual sambil menjamu selera.

Selesai makan dan berkemas semua anak menantu dan cucu NorIzah berkumpul diruang tamu. Barulah bagasi NorIza dibuka untuk dibahagi-bahagikan isinya. Ketika dia sampai tadi selepas acara peluk memeluk dan tangisan rindu dia bertanya kepada anak-anaknya…

“Nak tenguk apa yang emak beli untuk kamu semua ke?”

“Nanti mak..Nantiiii…kami tak siap masak lagi kalau dah dibuka nanti ada yang hangit kat dapur tu”. Jerit alang, yang lain hanya mentertawakan gelagatnya sahaja.

“Ia mak, tak dapat makanlah kita tengahhari ni. Tunggulah kalau dah makan dan solat nanti baru lah emak buka beg emak ni. Meh Syukri masukkan dalam bilik emak dulu, takut ada yang curi-curi buka nanti. Orang sibuk kat dapur dia curi tenguk mana yang cantik pula”. Mata Syukri memandang kepada Imah adik bungsunya.

“Haa..haa angah tuduh Imahlah tu. Imah baik lah ngah..tak ada nak curi-curi tenguk punya”.

“Ialah baik lah tu..dah jom kita kedapur dulu..siapkan makan tengahhari kita sekejap lagi anak-anak dah makan pula.” Bagasi NorIza ditolak ketepi dinding.

Seperti yang dijanjikan selepas solat zohor dan makan tengahhari NorIza membuka begnya dan mengeluarkan segala isinya.

“Ni jubah perempuan, yang ni jubah lelaki…pilih mana yang muat. ”.

“Kakak tenguk ni nenek beli tudung lilit..cuba tenguk mana yang kakak suka.”

            Mohd Noh memandang gelagat anak-anak NorIza memilih. Mereka tidak berebut-rebut seperti anak-anaknya. Walaupun anak-anak NorIza lebih ramai dari anaknya sendiri. Dia merasakan tiada sifat tamak dihati mereka. Mohd Noh tersedar keadaan dirinya dengan NorIza, walaupun mungkin semua anak-anak NorIza sudah sedia maklum, namun dia ingin menyatakan secara lisan dan memandang sendiri penerimaan anak-anak buahnya terhadap kehadirian dirinya dalam hidup mereka.

“Nor! Uda rasa masa nilah yang elok kita cakapkan hal kita. Dulu mungkin Nor hanya cakap  dengan Muaz sahaja dalam telefon.”

“Ialah..elok Uda yang cakap”.

“Anak-anak pak de!! macam ni, walaupun mungkin along kamu dah bagi tahu tapi lebih afdal Pak de cakap sendiri macam ni. Jadi jelas dan terang kedudukan Pak de dengan emak kamu. Masa kat Mekkah haritu Pakde dah nikah dengan emak kamu. Pak De hanya nak tahu kamu semua boleh tak terima  pak de ni jadi ayah kamu ke tak.”.

“Pada Muaz ok saja, rasanya adik-adik pun tak ada masaalah. Kalau emak dan Pak de dah rasa ada kesesuaian teruskanlah pernikahan tu, walaupun  kata emak pak de nikah dengan emak sebab mak kami perlukan mahram masa kat sana.” Haji Mohd Noh memandang NorIza dihadapanya.

“Tak Muaz. Pada Pak De sekali Pak De melafazkan ucapan yang mengikat Pak De pada tanggung jawab Pak De akan memegangannya sampai hayat Pak Pe. Pak De tidak rasa terpaksa..tapi memang Pak De dengan hati yang rela nak jadi pelindung pada emak kamu semua. Hanya Pak De nak tahu penerimaan kamu semua.”

 “Kalau macam tu kami semua bersyukur sekarang emak kami ada yang melindungi. Tapi yang seeloknya kita buatlah kenduri sikit memberi tahu keadaan kita pada orang kampong kita ni, supaya tak timbul fitnah nanti.”

“Sebelum kita umumkan pada semua orang, pak de nak tahu juga penerimaan kamu pada pak de, kalau Muaz dah setuju macam mana dengan kamu yang lain, Pak de nak semuanya berterus terang kalau rasa tak setuju cakap. Pak de maklum kadang-kadang perkara macam ni memang susah kita nak terima.”

“Pak de sebetulnya perkara emak dan ayah tak pertu persetujuan anak-anak. Pak de jangan bimbang..janji emak kami bahagia dengan jalan yang  dia pilih dan bersesuian dengan syariat kami semua nya setuju. Lagi pun Along dah terangkan sebab-sebab mengapa pernikahan emak dan pak de terjadi. Pada kami itulah jodoh yang Allah tentukan untuk emak kami. Kami bersyukur sekarang emak dah ada suami yang akan memberinya perlindungan pada dia. Betulkan”.Syukri mencelah bagi pehak adik-adiknya pula, sambil menoleh kekiri dan kanan memandang adik-adik supaya menyatakan persetujuanya.Kelihatanya semuanya mengangguk setuju dengan kata-kata Syukri.

“Betul tu Pak De kami memang setuju”. Untuk lebih meyakinkan Hassan pula bersuara.

Yang sebenarnya semua anak-anak NorIza tidak membantah pernikahanya dengan bapa saudara mereka. Mereka tahu sejak arwah ayah mereka meninggal Pak De lah orang paling banyak membantu emaknya mengurus anak-anak, terutama ketika mereka memasuki pusat pengajian tinggi hinggalah pada urusan nikah kahwin mereka.

“Alhamdullilah…Senang hati ayah dengar penerimaan kamu semua pada ayah. Jadi semua anak-anak ayah  bila kita nak buat kenduri ni”.

“Nuri, Hassan dan Misa cuti sampai bila?”Tanya NorIza pula kepada anak-anak yang bekerja. Syukri dan Muaz tak payah tanya dia bekerja sendiri bila-bila masa boleh cuti.

“Nuri ada tiga hari lagi lah mak”.  Nuri menjawab untuk dirinya.

“Misa tak boleh cuti lama mak, lusa dah kena balik.  Misa rasa kenduri untuk emak tak payah tunggu Misa pun tak apa. Misa dapat jumpa emak ni pun dah Alhamdullilah sangat.”

“Tak Misa, along, angah dan uda dah bincang kenduri untuk emak biar semua adik-adik kita meraikan. Jadi kami yang lelaki semua dah bincang dan dah buat kata sepakat  esok tengahhari kita buat khenduri. Barang-barang semua dah belikan, hanya esok pagi kita beli lauknya sahaja..boleh tak? Tapi along  takut emak dengan ayah letih, baru balik sehari dah buat kenduri pula.”

“Emak ok saja..Uda, Uda penat tak kalau esok kita buat kenduri”.

“Uda pun ok”. Ada getar sebak disuara Mohd Noh. Hatinya jadi sayu melihat penerimaan anak-anak tiri terhadap dirinya. Melihat kemuafakatan anak-anak NorIza biar pun tiada orang tua yang membimbing, namun boleh mendapat kata sepakat dan sebulat suara tampa bercakaran. Nampak matang dan bertanggung jawab.

Sejak mereka menginjak dewasa, ayah mereka sudah pergi meninggalkan mereka, tetapi mereka boleh bekerjasama membuat keputusan dengan bijak. Seingatnya ketika awrah abangnya meninggal dunia, usia Muaz baru 20 tahun, Syukri 18 tahun, NorAmisa 16 tahun, Hassan 14 tahun dan NorHasimah 11 tahun. Mengapakan anak-anak kandungnya tidak seperti anak-anak NorIza. Anak-anaknya mempunyai ayah dan ibu untuk membimbing sehingga mereka berkahwin, namun fikiran mereka seperti budak-budak dan mementingkan diri sendiri, mereka juga sukar menerima ketentuan Allah dengan hati yang terbuka. Mohd Noh bangun mahu mencari ruang untuk menyembunyikan air mata yang sudah mula gugur dari tubir matanya. Dia menuju kearah pintu..

“Ehh Uda nak kemana tu?”

“Teruskalah bincang Uda nak ambil angin kejap”.

Perbincangan sudah berakhir. Mereka sudah menetukan menu untuk kehduri mereka esok. Usai solat Asar Hassan menemani Muaz menjemput jiran tetangga mereka untuk menghadiri kehduri mereka esok tengahhari sebelum Zohor. Manakala yang perempuan pula kedapur semula untuk menyediakan bahan untuk memasak lauk esok. Sedang Nuri membasuh telur untuk kek coklatnya dia dihampiri oleh Imah..

“Kak Nuri! akak balik bila?”. Imah bertanya perlahan.

“Akak balik lagi tiga hari”.

“Kenapa mah, Imah balik bila?”.

“Sepatutnya tiket Imah lusa malam. Ingat nak tumpang angah dengan akak balik KL, tapi tak apalah lusa pagi tu Imah naik Firefly kemudian terus pergi KLIA naik teksi”.

“Tak lama ke Imah tunggu kat KLIA tu, sorang-sorang pulak tu tak takut ke?”.

“Nak takut apanya kak Nuri,  kat sana ramai orang lah. Lagi dalam aircon.Tak sedar nanti dah tiba waktu nak naik pesawat sahaja”.

“Nanti akak tanya angah..kalau dia boleh balik cepat. Akak suka juga kalau balik cepat. Dapat rehat sikit sebelum kerja. Lagi pun emak kita pun dah ada teman senang hati kita nak tinggalkan dia kan.”.

            Nuri mencari suaminya yang terpaksa menjaga anak-anak yang tiga orang kerana Nuri dikehendaki oleh NorIza untuk membuatkan kek coklat untuk para tetamunya esok. Mendengar suara anak-anaknya diluar rumah Nuri menjengah keluar pintu. Dilihat suaminya sedang melayan anak-anaknya bermain dihalaman rumah. Dari jauh Syukri tersenyum melihat isterinya datang menghampiri.

“Ada apa ‘yang’..dah siap ke kek coklat emak tu ”. Kini sudah menjadi panggilan Syukri memangil isterinya dengan panggilan sayang. Sayang ikhlas dari hatinya.

“Nuri nak bincang dengan abang ni”. Bagi Nuri juga dia sudah mulai lembut, dia sudah mengelarkan dirinya dengan panggilan nama. Dia mengikuti nasihat kak Mirahnya, bila melihat suaminya bersungguh mahu memperbetulkan kesilapanya dahulu dan menunjukkan kasih sayang pada diri dan anak-anaknya. Untuk kebahagiaan mereka sekelurga dia berkorban membenam rasa marah, rasa terkilan dan rasa terguris hati dengan kesilapan  suaminya dulu jauh kedasar hatinya.

“Nak bincang apa ‘yang’”.

“Macam ni, boleh tak kalau kita balik cepat sikit, kesian pula Imah, tiket dia lusa malam, mulanya dia nak tumpang kita balik, tapi bila Nuri kata kita balik lagi tiga hari dia nak balik naik firefly kemudian dari Subang  naik teksi pergi KLIA, rasa macam bahaya pula dia naik teksi sorang kan bang..” Risau Nuri mengenangkan adik bungsu suaminya menaiki teksi seorang diri.

“Abang rasa boleh juga kita balik cepat sikit, sayang pun kena rehat juga sebelum nak kerjakan.”.

“Bang! kat sini janganlah panggil sayang..malu lah dengar dek orang. Kat dalam bilik boleh lah panggil sayang”.

“Apalah sayang ni, memang abang sayang Nuri, kat mana pun abang sayang, bukan dalam bilik sahaja abang rasa sayang kat isteri abang ni..”.  Bila mendengar jawapan suaminya Nuri hanya memejamkan matanya kemudian dia bangun hendak menuju kedapur..

“Jadi ye yang kita balik cepat sikit..sayang cakaplah dengan emak”. Laung Syukri bila sudah jauh isterinya meninggalkan dirinya bersama-anak-anak dihalaman rumah.
                                                    
“Ialah”. ‘Hyyss  saja aje dia ni.. orang tak bagi panggil sayang makin kuat pulak dia panggil’ detik hati Nuri yang ditimpa rasa malu.


Malam itu selepas Isyak telefon Hary Fadzil berdering. Dilihat nama ayahnya yang tertera. Selepas mengucapkan salam ayahnya terus sahaja menyampaikan jemputan.

“Assalamualikum Fadzil!...Ayah ni”. Yang sebenarnya hanya ayah dan Muaz sahaja yang memanggilnya dengan nama Fadzil. Arwah mama, kakak serta adiknya memanggil dengan panggilan Gery. Malah Sofia adik bungsunya memanggil Gery sahaja tampa pangkat abang diawal namanya samalah macam dirinya, dia hanya memanggil kakaknya dengan pangilan nama sahaja. Kata mamanya dulu hanya orang Melayu sahaja memanggil gelaran kakak dan abang pada anak-anak yang lebih dahulu lahirnya, tanda hormatnya. (ye ke macam tu mak teh kurang pasti)

“Waalaikumsalam…ye Yah, Gery kenal suara ayah. Ada apa yah, nak minta Gery ambil ayah ke?”

“Taak. Ayah hanya nak bagi tahu esok mak ngah kamu nak buat kehduri kesyukuran dia selamat balik, kemudian nak bagi tahu jiran dan kenalan berkenaan pernikahanya dengan ayah. Jadi ayah tumpang  buat tahlil untuk arwah mama Fadzil sekali. Dia wakilkan ayah jemput Fadzil, Farah dan juga Latif, Uwais dan Emil sekali. Kalau Fadzil sudi jemputlah datang, majlisnya bermula pada pukul 1130 pagi. Mula-mula baca Yassin kemudian tahlil. Barulah jamuan makan tengahhari. Jangan lupa ye pesan dengan kak Emil, suami dan anaknya mak ngah jemput”.Tidak terkeluar rasanya majlis itu dia yang menjemput.

Bila jemputan itu sampai kepengetahuan Emil, dia melenting dan berkeras tidak akan hadzir meraikan pernikahan ayahnya.

“Kau nak pergi ke Gery?”.

“Gery ni serba salah sebetulnya. Kalau tak pergi  rasa macam tak patut pula,nanti orang akan mengata kita ni tak nak meraikan hari bahagia ayah”.

“Heii!kau kena fikir Gery belum sebulan mama kita meninggal ayah dah nikah lain,kemudian dia buat kehnduri meraikan hari perkhawinan mereka, macam bersuka ria..mereka tu macam suka sangat mama meninggal..kau rasa patut ke  perbuatan ayah tu.Ayah Tak ada rasa nak bersedeh menginagati isterinya yang meninggal.Kau tak malu kenanti orang kata ayah kita tu gatal.Isteri baru meninggal dah cari pengganti.Aku malu ayah buat macam ni tau.”.

“Mel kalau difikir-fikir memang patut ayah kahwin. Kalau mama tak ada dia akan tinggal sorang dalam rumah ni. Kalau dia dah ada makngah sekurang-kurangnya ada orang temankan dia. Kau kena faham orang lelaki ni makan pakainya isteri yang uruskan. Takkan ayah nak masak dan cuci kain baju bagai.Lain lah kalau kau sanggup nak balik tiap-tiap minggu tolong kemaskan rumah dan basuh kainbaju ayah tak apalah”.

“Kau ni apalah bodoh sangat. Duit ada kedai makan banyak..nak basuh baju kedai dobi pun ada dua tiga kat pekan tu apa yang disusahkan.Jangan mencari alasan nak khawin lah Gery. Aku malu ayah ni, dah tak ingat diri tu dah tua gatal nak kahwin. Dah tu mama baru sahaja meninggal”.

“Mel cuba kau fikir, pasal makan dan pakaian dia tu memang tak kisah.Tapi masaalah teman, ayah duduk sorang diri dalam rumah yang besar ni tentu nanti fikiran dia lagi binggung bila dia terkenangkan mama”.

“Ohh jadi kau suka lah ayah lupakan mama kita bila ayah diuliti dengan janda kerepot tak sedar diri dah tua tu”.

“Entah lah Mel, sebenarnya kau tu yang susah. Kau susahnak dengar orang cakap.Pada kau semuanya kau yang betul.Makin banyak kita bercakap makin banyak dosa yang aku kumpul kerana medengar kau mengata dan mengutuk orang dengan perkataan yang tidak-tidak. Tapi aku dah putuskan aku dan Farah akan datang kemajlis ayah nanti. Aku tak nak ayah rasa disisih oleh anak-anaknya sendiri.Kalau kau tak nak pergi tak apalah sekurang-kurangya aku anak lelaki tunggalnya ada bersama dia. Orang pun tak akan mengata yang dia nikah dengan makngah ditentang oleh semua anak-anaknya.”

“Eloklah tu, kau macam suka sahaja harta mama dikongsi dengan bini baru ayahkan.  Aku tak tahu kat mana kau letak kepala hotak kau tu. Kau sama sahaja dengan ayah macam tak sedeh langsung mama meninggal. Memang dia mencari alasan nak kahwin dengan mak ngah. Kau tahu tak, Mama ada cerita dengan aku dulu..ayah ni memang dia suka kat mak ngah dari dulu lagi. Mereka berdua ni pernah bercinta. Kata mama ayah pernah mengigau panggil nama mak ngah.Tapi masa tu mama tak terfikir yang nama NOR yang ayah sebut dalam mengigau tu mak ngah. Masa tu kita masih duduk Kota Kinabalu, belum balik sini.Sebulan lepas arwah pak ngah meninggal ayah minta tukar mengajar kat sini alasannya nenek dan atuk dah tua tak ada siapa nak jaga mereka. Ayah memang dah merancang nak kahwin dengan mak ngah selepas pak ngah meninggal, kau tahu tak..”

‘Masa ayah mengigau tu ayah sebut Nor sahaja ke atau NorIza.”

“Entah mama kata Nor sahaja”

“Habis mama pasti ke  Nor yang ayah sebut tu NorIza. Lagi pun kalau mengigau panggil nama mak ngah dah boleh kata diaorang bercinta ke?”

“Ehh kalau kita tak mengingatkan orang tu tak kan sampai berjumpa dalam mimpi”.

“Ayah tukar kesini memang dia nak jaga atuk dan nenek..tapi pasal dia nak kahwin dengan mak ngah Gery rasa tidak, sebab baru ni ha ayah kahwin dengan dia, kenapa tak dari dulu lagi masa mak masih muda dia kahwin?  Alah itu cerita dulu, tapi pada Gery pernikahan ayah ni ada juga baiknya pada dia. Cuba kau fikir Mel, pasal makan dan pakaian memang tak kisah, kau kata ada kedai makan dan kedai dobi. Tapi masaalah teman..ayah duduk sorang diri dalam rumah yang besar macam ni, tentu nanti fikiran asyik ingatkan mama. Ialah mama pergi pun secara tiba-tiba, tak ada tanda-tanda yang dia boleh meninggal tiba-tiba dia hilang dari sisi ayah, tentu ayah akan sedeh sangat. Nak pergi kuburnya, kubur pun tak ada nak di jenguk.Takut ayah dapat sakit kemurungan sahaja nanti. Kalau dapat sakit jiwa tak tenteram, lagi susah kita. Satu hal pula kita kena jaga dia, sekarang dia dah ada mak ngah untuk teman kan dia..oklah tu”.

“Kau macam suka aja ayah kita kahwin lagi, kau ni tak rasa sedeh ke mama kita meninggal”.
           
“tapi pada Gery  mengenang mama yang dah meninggal bukan dengan bersedeh. Kalau Emil buat macam tu samalah macam orang kafir mengenang kematian orang yang mereka sayang, berkabung sampai berbulan-bulan pakai baju hitam atau pakai baju tak ceria. Kita ni kan Islam, ada cara kita nak mengingati orang yang dah meninggal, dengan membacakan tahlil baca Yassin pahalanya kita sedekahkan pada arwah mama itu kan lebih baik.”

“Dah..dah jangan kau nak jadi macam Muaz juga…benci aku. Kalau kau nak pergi..pergilah, tapi aku… SORRY”. Ketika itu terjengul wajah Latif dimuka pintu biliknya.Sebenarnya sedari tadi dia mendengar perbualan antara isteri dan adik iparnya, tapi dia mendiamkan dirinya sahaja. Bila melihat wajah abang iparnya terus sahaja Hazry Fadzil menyampaikan jemputan mak ngahnya.

“Bang! Esok ayah bagi pihak mak ngah jemput kita pergi kenduri kat rumah dia. Abang nak pergi ke tak?”



4 comments:

  1. Syukur Alhamdulillah. Penerimaan anak Hjh Noriza dan Hazry mungkin dpt menenangkan perasaan Hj Noh. Hati kitapun rasa sedikit lega.. Ada juga anak Hj Noh yang sedar diri dan redha ketentuan Allah. Syabas mak teh. Suka sangat baca cerita-cerita mak teh.

    ReplyDelete
  2. Adehhh...mak teh stop kat sini plk. Harapnya si Latif pun ikut Gery. Biarkan si Emil tu dgn sikap angkuhnya. Klu suami pun tak berpihak pd dia mgkin baru dia sedar.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah penerimaan anak hjh noriza. hj md noh dok je situ dn tenangkn fikiran.
    si emil biar dia dgn harta dunia. fadil tu lebihkn lagi kesedaran tanggungjwb seorg anak lelaki kpd org tua nya.
    ada selit juga syukri memujuk nuri.
    -dibah-

    ReplyDelete
  4. Anak-anak merupakan harta paling berharga pada kita semua ibubapa. Tp bila silap didikan dan silap percaturan mereka jg boleh jd racun pada hati dan perasaan ibu bapa. Tiada ibu bapa mahukan anak-anak yang biadap mcm si emil ni. tapi realitinya ramai yang bersikap begitu lebih penting diri sendiri dari memikirkan qada' da qadar Allah. Gelap mata hati.

    ReplyDelete