Yang sebenarnya setengah dari cerita ni mak teh terpost malam tadi, tadi ni baru dapat taip sekejap dah anak jerit suruh keluar rumah sebab ada orang nak buat semburan nyamuk aedes. Entahlah mungkin ada orang yang sudah dijangkiti demam denggi ditaman perumahan mak teh. Tu yang berkejar keluar.
Bagi Fadzil pula, tadi dia sudah
terpukul dengan pertayaan Muaz kepada ayahnya. Dia yang anak tidak bertanyakan
tentang keperluan ayah yang baru sahaja sampai, Muaz yang hanya menantu angkat
pula yang bertanya perut ayahnya. Dia sedar dari ayahnya sampai, mereka tidak
menghidang apa-apa makanan atau minuman kepada ayahnya. Sedangkan kasih saying
ayahnya melimpah untuknya sejak dia kecil hingga dia sudah berumah tangga.
Dia
terbayang semasa dia kecil dahulu ayah sangat menyayangi dirinya, makan, minum
dan pakai terjaga rapi. Sebut sahaja apa yang kita perlukan ayah akan berusha
memenuhi. Kemana pergi ayah akan membawanya. Hingga besar dan masuk keasrama
ayah masih memeluk dan menciumnya. Dengan bangga ayah akan memperkenalkan
kepada kawan-kawan nya, bahawa dia akan lelaki tunggalnya. Tetapi dengan hanya
sedikit kesalahan segala kebaikkan ayahnya terpadam dari kenangan. Tetapi
salahkah ayahnya bernikah lagi selepas mamanya meninggal dunia?.
Didalam kereta
Muaz..Bergenang air mata Mohd Noh bila mendengar pertayaan Muaz tadi. Pertanyaan
Muaz ‘dah makan kebelum’ dengan suara yang lembut menyentuh hatinya. Berbeza
sungguh tingkah anak-anaknya sendiri. Mereka hanya merebut barang -barang yang dibawa. Segelas air pembasah tekak pun tidak terhulur
dek sibuk hendak melihat bahagian yang dibawakan untuk mereka.Tidak terjawab
rasanya pertanyaan Muaz itu.Terasa pedih bila terasa membuka pekung didadanya
sendiri. Jika dia berkata belum tentu Muaz dapat mentafsir kepulanganya tidak
disambut oleh anak-anaknya sendiri.
“Seha dengan
adik adik kamu masak apa, sambut emak kamu balik Muaz?.” Itu yang kelaur dari
mulut Haji Mohd Noh untuk menyembunyikan rasa nyilu hatinya.
“Macam-macam
Yah, penuh meja..ayah tenguk sendirilah nanti”.
“Adik-adik
kamu semuanya balik ke?”.
“Semuanya
balik Yah. Imah yang nak periksa tu pun
balik. Entah Imah tu kadang-kadang takut
juga saya tenguk, macam tak ambil berat dengan pelajaranya sahaja. Ni haa
minggu study week boleh dia lari sekejap, sebab nak tenguk emak balik. Pada
saya habis periksa bukanya lama lagi, lepas tu cuti panjang haa masa tu nak
berkepit dengan emak dua puluh empat jam
pun boleh.”.
“Biarlah
mungkin dia dah bersedia. Kalau duduk kat sana tapi hati kat sini pun tak guna
juga, belajar pun tak masuk kepala. Dia tahun akhirkan Muaz”.
“Ni final
exam lah ni yah, itu yang Muaz takut tu”.
“Kita
doakanlah kejayaan dia. Ayah rasa dia boleh”.
Sampai dihalaman rumah,
Mohd Noh disambut oleh anak-anak buah
merangkap anak tirinya kini. Semuanya menghulur tangan menyalami dan mencium
tangannya, terakhir sekali isterinya Hajah NorIza yang sedia menanti dimeja
makan dengan senyuman cerianya..
“Uda dah
makan de?..kalau belum meh lah kita makan..macam-macam adaa, semua lauk dia
orang masak untuk kita rasa. Masak lemak ada, kari ada ikan pekasam ada, goring berlada ikan pun ada
dan sup pun ada ni ha.” Wahh macam orang
berjualan Hajjah menyebut masakkan yang dimasak oleh anak-menantunya. Bila Haji Mohd menghampirinya dicapai tangan suaminya lalu dicium tanda hormat
NorIza menceceh dia nampak ceria. Bagi Hajjah NorIza sememangnya dia gembira
dikelilingi oleh anak, menantu dan cucu-cucunya dan gembiranya terlebih lagi
kerana kehadiran sang suami.
“Ehh semuanya
belum makan lagi ke?”.
“Kitaorang
solat dulu, kemudian diorang suap anak makan pula. Nak makan dengan selesa,
perut anak kena kenyang dulu baru lah tak mengacau emaknya makan. Dapatlah makan banyak sikit.”.
“Alang tak
nak makan banyak mak..baru turun ½ kilo ni”. Sampuk alang yang menyuapi anaknya
yang tua, manakala suaminya sedang memangku anak kecil yang masih bayi. Nuri
dan Syukri di satu sudut juga sedang menyuapi tiga orang anaknya makan. Ira dan
Seha yang sedang menghidang makanan.
Anak Seha yang nombor dua kecil
sedang disuapi oleh kakak sulungnya, manakala adik kecilnya yang baru
berusia enam bulan didalam buaiyan di buai oleh abang ngahnya. Kelihatan anak
menantu NorIza bekerja sama melakukan tugas.
“Ialah tu,
kamu kalau dah jumpa masak lemak pucuk ubi dengan ikan pekasam ni Pali pun kamu
dah tak nampak lang.” Pali terkekek mendengar komen emak mertuanya. Dia tahu
iyu memang menu kegemaran isterinya.
“Makanlah
kalau Misa nak makan, apa nak ditahan-tahan, esok abang teman Misa
jogging”.Sokong Fadzli kesihan juga dia, melihat isterinya yang makan tertahan
kerana badanya semakin kembang selepas dia bersalin kali kedua.
“Uda dah
Zohor?” NorIza bertanya Mohd Noh tentang dirinya. Mungkin sudah menjadi
kebiasaan mereka bersama selama hamper sebulan. Terasa sesuatu yang tidak ada
pula walaupun baru sekejap mereka tidak bersama.Sudah adakah rasa kasih dihati
NorIza.Tetapi hatinya mula ingin tahu keadaan suaminya, itukah tanda
kasih?.Bilakah rasa kasih itu terbit dihatinya dia juga tidak menyedari.
Tadi dia menghubungi suaminya bertanyakan tentang menu yang
dimasak oleh anak-anak suaminya.. tetapi sebenarnya dia mahu merisik suaminya
sudah makan ke belum. Bila Mohd Noh tidak menjawab segala pertanyaan dia tahu
suaminya belum makan lagi. Tidak lama lepas itu telefon NorIza pula berbunyi
bila dilihat nama ‘Uda’ yang tertera, cepat sahaja dia menjawab panggilan,
rupanya suaminya meminta salah seorang dari anaknya mengambil dirinya
dirumahnya. Anak yang paling sesuai mengambil adalah Muaz. Muaz sudah biasa
dirumah keluarga Mohd Noh kerana dia merupakan menantu angkat keluarga itu.
“Belum lagi
Nor”.
“Uda nak
makan dulu ke..nak solat dulu?”.
“Uda rasa
solat dulu tapi Uda nak minum air sikit, ada
air mati tak, dahaga sangat rasa tekak ni”. NorIza menghulur gelas
berisi air putih.
“De! cuba
rasa air mangga ni. Ni mangga betul bukan cordial, Nuri yang bland tadi,
air mangga ni lebih fress lagi rasanya,
dari yang dalam kapal terbang tadi.” NorIza mula mepromosi air mangga buatan
menantunya Nuri. Mohd Noh meneguk sambil memejamkan matanya.
“Kenapa De masam
ke?” NorIza bertanya curiga.
“Sedap,
pekat, lazat.Nanti Uda nak lagi”.
“Waah kak
Nuri!!! Boleh buka gerai jus mangga kak Nuri, Pak de dah oder lagi ni.” jerit Alang yang sememangnya ada di situ.
Setelah
meneguk seteguk dua. Dia mengikuti langkag NorIza yang membawa kebiliknya dan
membentangkan sejadah.
“Nor! Uda
rasa macam nak mandi dulu”.
“Mandilah,
Uda ada tuala.”NorIza mengambilkan tuala didalam almarinya. Selesai solat,
mereka makan beramai-ramai..
“Emak rasa
macam tak boleh nak berhenti makan.”.Itulah yang dirasa oleh NorIza bila merasa
semula makan yang hanya ditinggalkan sebulan yang lalu.
“Ye ke
mak..kata kat sana makan masakkan Malaysia juga”.
“Memanglah
masakkan Malayisa tapi tak sama macam kita masak sendiri.” pot pet..mereka
berbual sambil menjamu selera.
Selesai
makan dan berkemas semua anak menantu dan cucu NorIzah berkumpul diruang tamu. Barulah
bagasi NorIza dibuka untuk dibahagi-bahagikan isinya. Ketika dia sampai tadi
selepas acara peluk memeluk dan tangisan rindu dia bertanya kepada
anak-anaknya…
“Nak tenguk
apa yang emak beli untuk kamu semua ke?”
“Nanti
mak..Nantiiii…kami tak siap masak lagi kalau dah dibuka nanti ada yang hangit
kat dapur tu”. Jerit alang, yang lain hanya mentertawakan gelagatnya sahaja.
“Ia mak, tak
dapat makanlah kita tengahhari ni. Tunggulah kalau dah makan dan solat nanti
baru lah emak buka beg emak ni. Meh Syukri masukkan dalam bilik emak dulu, takut
ada yang curi-curi buka nanti. Orang sibuk kat dapur dia curi tenguk mana yang
cantik pula”. Mata Syukri memandang kepada Imah adik bungsunya.
“Haa..haa
angah tuduh Imahlah tu. Imah baik lah ngah..tak ada nak curi-curi tenguk
punya”.
“Ialah baik
lah tu..dah jom kita kedapur dulu..siapkan makan tengahhari kita sekejap lagi
anak-anak dah makan pula.” Bagasi NorIza ditolak ketepi dinding.
Seperti yang dijanjikan
selepas solat zohor dan makan tengahhari NorIza membuka begnya dan mengeluarkan
segala isinya.
“Ni jubah
perempuan, yang ni jubah lelaki…pilih mana yang muat. ”.
“Kakak tenguk
ni nenek beli tudung lilit..cuba tenguk mana yang kakak suka.”
Mohd
Noh memandang gelagat anak-anak NorIza memilih. Mereka tidak berebut-rebut seperti
anak-anaknya. Walaupun anak-anak NorIza lebih ramai dari anaknya sendiri. Dia
merasakan tiada sifat tamak dihati mereka. Mohd Noh tersedar keadaan dirinya
dengan NorIza, walaupun mungkin semua anak-anak NorIza sudah sedia maklum,
namun dia ingin menyatakan secara lisan dan memandang sendiri penerimaan
anak-anak buahnya terhadap kehadirian dirinya dalam hidup mereka.
“Nor! Uda rasa
masa nilah yang elok kita cakapkan hal kita. Dulu mungkin Nor hanya cakap dengan Muaz sahaja dalam telefon.”
“Ialah..elok
Uda yang cakap”.
“Anak-anak
pak de!! macam ni, walaupun mungkin along kamu dah bagi tahu tapi lebih afdal
Pak de cakap sendiri macam ni. Jadi jelas dan terang kedudukan Pak de dengan
emak kamu. Masa kat Mekkah haritu Pakde dah nikah dengan emak kamu. Pak De
hanya nak tahu kamu semua boleh tak terima
pak de ni jadi ayah kamu ke tak.”.
“Pada
Muaz ok saja, rasanya adik-adik pun tak ada masaalah. Kalau emak dan Pak de dah
rasa ada kesesuaian teruskanlah pernikahan tu, walaupun kata emak pak de nikah dengan emak sebab mak
kami perlukan mahram masa kat sana.” Haji Mohd Noh memandang NorIza
dihadapanya.
“Tak
Muaz. Pada Pak De sekali Pak De melafazkan ucapan yang mengikat Pak De pada
tanggung jawab Pak De akan memegangannya sampai hayat Pak Pe. Pak De tidak rasa
terpaksa..tapi memang Pak De dengan hati yang rela nak jadi pelindung pada emak
kamu semua. Hanya Pak De nak tahu penerimaan kamu semua.”
“Kalau macam tu kami semua bersyukur sekarang
emak kami ada yang melindungi. Tapi yang seeloknya kita buatlah kenduri sikit
memberi tahu keadaan kita pada orang kampong kita ni, supaya tak timbul fitnah
nanti.”
“Sebelum
kita umumkan pada semua orang, pak de nak tahu juga penerimaan kamu pada pak
de, kalau Muaz dah setuju macam mana dengan kamu yang lain, Pak de nak semuanya
berterus terang kalau rasa tak setuju cakap. Pak de maklum kadang-kadang
perkara macam ni memang susah kita nak terima.”
“Pak
de sebetulnya perkara emak dan ayah tak pertu persetujuan anak-anak. Pak de
jangan bimbang..janji emak kami bahagia dengan jalan yang dia pilih dan bersesuian dengan syariat kami
semua nya setuju. Lagi pun Along dah terangkan sebab-sebab mengapa pernikahan
emak dan pak de terjadi. Pada kami itulah jodoh yang Allah tentukan untuk emak
kami. Kami bersyukur sekarang emak dah ada suami yang akan memberinya
perlindungan pada dia. Betulkan”.Syukri mencelah bagi pehak adik-adiknya pula,
sambil menoleh kekiri dan kanan memandang adik-adik supaya menyatakan
persetujuanya.Kelihatanya semuanya mengangguk setuju dengan kata-kata Syukri.
“Betul
tu Pak De kami memang setuju”. Untuk lebih meyakinkan Hassan pula bersuara.
Yang sebenarnya semua anak-anak NorIza tidak
membantah pernikahanya dengan bapa saudara mereka. Mereka tahu sejak arwah ayah
mereka meninggal Pak De lah orang paling banyak membantu emaknya mengurus
anak-anak, terutama ketika mereka memasuki pusat pengajian tinggi hinggalah
pada urusan nikah kahwin mereka.
“Alhamdullilah…Senang
hati ayah dengar penerimaan kamu semua pada ayah. Jadi semua anak-anak
ayah bila kita nak buat kenduri ni”.
“Nuri,
Hassan dan Misa cuti sampai bila?”Tanya NorIza pula kepada anak-anak yang
bekerja. Syukri dan Muaz tak payah tanya dia bekerja sendiri bila-bila masa
boleh cuti.
“Nuri
ada tiga hari lagi lah mak”. Nuri
menjawab untuk dirinya.
“Misa
tak boleh cuti lama mak, lusa dah kena balik.
Misa rasa kenduri untuk emak tak payah tunggu Misa pun tak apa. Misa
dapat jumpa emak ni pun dah Alhamdullilah sangat.”
“Tak
Misa, along, angah dan uda dah bincang kenduri untuk emak biar semua adik-adik
kita meraikan. Jadi kami yang lelaki semua dah bincang dan dah buat kata
sepakat esok tengahhari kita buat
khenduri. Barang-barang semua dah belikan, hanya esok pagi kita beli lauknya sahaja..boleh
tak? Tapi along takut emak dengan ayah
letih, baru balik sehari dah buat kenduri pula.”
“Emak
ok saja..Uda, Uda penat tak kalau esok kita buat kenduri”.
“Uda
pun ok”. Ada getar sebak disuara Mohd Noh. Hatinya jadi sayu melihat penerimaan
anak-anak tiri terhadap dirinya. Melihat kemuafakatan anak-anak NorIza biar pun
tiada orang tua yang membimbing, namun boleh mendapat kata sepakat dan sebulat
suara tampa bercakaran. Nampak matang dan bertanggung jawab.
Sejak mereka menginjak dewasa, ayah mereka
sudah pergi meninggalkan mereka, tetapi mereka boleh bekerjasama membuat
keputusan dengan bijak. Seingatnya ketika awrah abangnya meninggal dunia, usia
Muaz baru 20 tahun, Syukri 18 tahun, NorAmisa 16 tahun, Hassan 14 tahun dan
NorHasimah 11 tahun. Mengapakan anak-anak kandungnya tidak seperti anak-anak
NorIza. Anak-anaknya mempunyai ayah dan ibu untuk membimbing sehingga mereka
berkahwin, namun fikiran mereka seperti budak-budak dan mementingkan diri
sendiri, mereka juga sukar menerima ketentuan Allah dengan hati yang terbuka. Mohd
Noh bangun mahu mencari ruang untuk menyembunyikan air mata yang sudah mula
gugur dari tubir matanya. Dia menuju kearah pintu..
“Ehh
Uda nak kemana tu?”
“Teruskalah
bincang Uda nak ambil angin kejap”.
Perbincangan sudah berakhir. Mereka sudah
menetukan menu untuk kehduri mereka esok. Usai solat Asar Hassan menemani Muaz
menjemput jiran tetangga mereka untuk menghadiri kehduri mereka esok tengahhari
sebelum Zohor. Manakala yang perempuan pula kedapur semula untuk menyediakan
bahan untuk memasak lauk esok. Sedang Nuri membasuh telur untuk kek coklatnya
dia dihampiri oleh Imah..
“Kak
Nuri! akak balik bila?”. Imah bertanya perlahan.
“Akak
balik lagi tiga hari”.
“Kenapa
mah, Imah balik bila?”.
“Sepatutnya
tiket Imah lusa malam. Ingat nak tumpang angah dengan akak balik KL, tapi tak
apalah lusa pagi tu Imah naik Firefly kemudian terus pergi KLIA naik teksi”.
“Tak
lama ke Imah tunggu kat KLIA tu, sorang-sorang pulak tu tak takut ke?”.
“Nak
takut apanya kak Nuri, kat sana ramai
orang lah.
Lagi dalam aircon.Tak sedar nanti dah tiba waktu nak naik pesawat sahaja”.
“Nanti
akak tanya angah..kalau dia boleh balik cepat. Akak suka juga kalau balik
cepat. Dapat rehat sikit sebelum kerja. Lagi pun emak kita pun dah ada teman
senang hati kita nak tinggalkan dia kan.”.
Nuri mencari suaminya yang terpaksa
menjaga anak-anak yang tiga orang kerana Nuri dikehendaki oleh NorIza untuk
membuatkan kek coklat untuk para tetamunya esok. Mendengar suara anak-anaknya
diluar rumah Nuri menjengah keluar pintu. Dilihat suaminya sedang melayan
anak-anaknya bermain dihalaman rumah. Dari jauh Syukri tersenyum melihat isterinya
datang menghampiri.
“Ada
apa ‘yang’..dah siap ke kek coklat
emak tu ”. Kini sudah menjadi panggilan Syukri memangil isterinya dengan
panggilan sayang. Sayang ikhlas dari hatinya.
“Nuri
nak bincang dengan abang ni”. Bagi Nuri juga dia sudah mulai lembut, dia sudah
mengelarkan dirinya dengan panggilan nama. Dia mengikuti nasihat kak Mirahnya,
bila melihat suaminya bersungguh mahu memperbetulkan kesilapanya dahulu dan
menunjukkan kasih sayang pada diri dan anak-anaknya. Untuk kebahagiaan mereka
sekelurga dia berkorban membenam rasa marah, rasa terkilan dan rasa terguris
hati dengan kesilapan suaminya dulu jauh
kedasar hatinya.
“Nak
bincang apa ‘yang’”.
“Macam
ni, boleh tak kalau kita balik cepat sikit, kesian pula Imah, tiket dia lusa
malam, mulanya dia nak tumpang kita balik, tapi bila Nuri kata kita balik lagi
tiga hari dia nak balik naik firefly kemudian dari Subang naik teksi pergi KLIA, rasa macam bahaya pula
dia naik teksi sorang kan bang..” Risau Nuri mengenangkan adik bungsu suaminya
menaiki teksi seorang diri.
“Abang
rasa boleh juga kita balik cepat sikit, sayang pun kena rehat juga sebelum nak
kerjakan.”.
“Bang!
kat sini janganlah panggil sayang..malu lah dengar dek orang. Kat dalam bilik
boleh lah panggil sayang”.
“Apalah
sayang ni, memang abang sayang Nuri, kat mana pun abang sayang, bukan dalam
bilik sahaja abang rasa sayang kat isteri abang ni..”. Bila mendengar jawapan suaminya Nuri hanya
memejamkan matanya kemudian dia bangun hendak menuju kedapur..
“Jadi
ye yang kita balik cepat sikit..sayang cakaplah dengan emak”. Laung Syukri bila
sudah jauh isterinya meninggalkan dirinya bersama-anak-anak dihalaman rumah.
“Ialah”.
‘Hyyss saja aje dia ni.. orang tak bagi panggil sayang
makin kuat pulak dia panggil’ detik hati Nuri yang ditimpa rasa malu.
Malam itu selepas Isyak telefon Hary Fadzil berdering.
Dilihat nama ayahnya yang tertera. Selepas mengucapkan salam ayahnya terus
sahaja menyampaikan jemputan.
“Assalamualikum
Fadzil!...Ayah ni”. Yang sebenarnya hanya ayah dan Muaz sahaja yang
memanggilnya dengan nama Fadzil. Arwah mama, kakak serta adiknya memanggil
dengan panggilan Gery. Malah Sofia adik bungsunya memanggil Gery sahaja tampa
pangkat abang diawal namanya samalah macam dirinya, dia hanya memanggil kakaknya
dengan pangilan nama sahaja. Kata mamanya dulu hanya orang Melayu sahaja
memanggil gelaran kakak dan abang pada anak-anak yang lebih dahulu lahirnya,
tanda hormatnya. (ye ke macam tu mak teh kurang pasti)
“Waalaikumsalam…ye
Yah, Gery kenal suara ayah. Ada apa yah, nak minta Gery ambil ayah ke?”
“Taak.
Ayah hanya nak bagi tahu esok mak ngah kamu nak buat kehduri kesyukuran dia
selamat balik, kemudian nak bagi tahu jiran dan kenalan berkenaan pernikahanya
dengan ayah. Jadi ayah tumpang buat
tahlil untuk arwah mama Fadzil sekali. Dia wakilkan ayah jemput Fadzil, Farah dan
juga Latif, Uwais dan Emil sekali. Kalau Fadzil sudi jemputlah datang,
majlisnya bermula pada pukul 1130 pagi. Mula-mula baca Yassin kemudian tahlil. Barulah
jamuan makan tengahhari. Jangan lupa ye pesan dengan kak Emil, suami dan anaknya
mak ngah jemput”.Tidak terkeluar rasanya majlis itu dia yang menjemput.
Bila
jemputan itu sampai kepengetahuan Emil, dia melenting dan berkeras tidak akan
hadzir meraikan pernikahan ayahnya.
“Kau
nak pergi ke Gery?”.
“Gery
ni serba salah sebetulnya. Kalau tak pergi rasa macam tak patut pula,nanti orang akan
mengata kita ni tak nak meraikan hari bahagia ayah”.
“Heii!kau
kena fikir Gery belum sebulan mama kita meninggal ayah dah nikah lain,kemudian
dia buat kehnduri meraikan hari perkhawinan mereka, macam bersuka ria..mereka
tu macam suka sangat mama meninggal..kau rasa patut ke perbuatan ayah tu.Ayah Tak ada rasa nak
bersedeh menginagati isterinya yang meninggal.Kau tak malu kenanti orang kata
ayah kita tu gatal.Isteri baru meninggal dah cari pengganti.Aku malu ayah buat
macam ni tau.”.
“Mel
kalau difikir-fikir memang patut ayah kahwin. Kalau mama tak ada dia akan
tinggal sorang dalam rumah ni. Kalau dia dah ada makngah sekurang-kurangnya ada
orang temankan dia. Kau kena faham orang lelaki ni makan pakainya isteri yang
uruskan. Takkan ayah nak masak dan cuci kain baju bagai.Lain lah kalau kau sanggup
nak balik tiap-tiap minggu tolong kemaskan rumah dan basuh kainbaju ayah tak
apalah”.
“Kau
ni apalah bodoh sangat. Duit ada kedai makan banyak..nak basuh baju kedai dobi
pun ada dua tiga kat pekan tu apa yang disusahkan.Jangan mencari alasan nak
khawin lah Gery. Aku malu ayah ni, dah tak ingat diri tu dah tua gatal nak
kahwin. Dah tu mama baru sahaja meninggal”.
“Mel
cuba kau fikir, pasal makan dan pakaian dia tu memang tak kisah.Tapi masaalah
teman, ayah duduk sorang diri dalam rumah yang besar ni tentu nanti fikiran dia
lagi binggung bila dia terkenangkan mama”.
“Ohh
jadi kau suka lah ayah lupakan mama kita bila ayah diuliti dengan janda kerepot
tak sedar diri dah tua tu”.
“Entah
lah Mel, sebenarnya kau tu yang susah. Kau susahnak dengar orang cakap.Pada kau
semuanya kau yang betul.Makin banyak kita bercakap makin banyak dosa yang aku
kumpul kerana medengar kau mengata dan mengutuk orang dengan perkataan yang
tidak-tidak. Tapi aku dah putuskan aku dan Farah akan datang kemajlis ayah
nanti. Aku tak nak ayah rasa disisih oleh anak-anaknya sendiri.Kalau kau tak
nak pergi tak apalah sekurang-kurangya aku anak lelaki tunggalnya ada bersama
dia. Orang pun tak akan mengata yang dia nikah dengan makngah ditentang oleh
semua anak-anaknya.”
“Eloklah
tu, kau macam suka sahaja harta mama dikongsi dengan bini baru ayahkan. Aku tak tahu kat mana kau letak kepala hotak
kau tu. Kau sama sahaja dengan ayah macam tak sedeh langsung mama meninggal. Memang
dia mencari alasan nak kahwin dengan mak ngah. Kau tahu tak, Mama ada cerita
dengan aku dulu..ayah ni memang dia suka kat mak ngah dari dulu lagi. Mereka
berdua ni pernah bercinta. Kata mama ayah pernah mengigau panggil nama
mak ngah.Tapi masa tu mama tak terfikir yang nama NOR yang ayah sebut dalam mengigau
tu mak ngah. Masa tu kita masih duduk Kota Kinabalu, belum balik sini.Sebulan
lepas arwah pak ngah meninggal ayah minta tukar mengajar kat sini alasannya
nenek dan atuk dah tua tak ada siapa nak jaga mereka. Ayah memang dah merancang
nak kahwin dengan mak ngah selepas pak ngah meninggal, kau tahu tak..”
‘Masa
ayah mengigau tu ayah sebut Nor sahaja ke atau NorIza.”
“Entah
mama kata Nor sahaja”
“Habis
mama pasti ke Nor yang ayah sebut tu
NorIza. Lagi pun kalau mengigau panggil nama mak ngah dah boleh kata diaorang
bercinta ke?”
“Ehh
kalau kita tak mengingatkan orang tu tak kan sampai berjumpa dalam mimpi”.
“Ayah
tukar kesini memang dia nak jaga atuk dan nenek..tapi pasal dia nak kahwin
dengan mak ngah Gery rasa tidak, sebab baru ni ha ayah kahwin dengan dia, kenapa tak dari
dulu lagi masa mak masih muda dia kahwin?
Alah itu cerita dulu, tapi pada Gery pernikahan ayah ni ada juga
baiknya pada dia. Cuba kau fikir Mel, pasal makan dan pakaian memang tak kisah,
kau kata ada kedai makan dan kedai dobi. Tapi masaalah teman..ayah duduk sorang
diri dalam rumah yang besar macam ni, tentu nanti fikiran asyik ingatkan mama.
Ialah mama pergi pun secara tiba-tiba, tak ada tanda-tanda yang dia boleh
meninggal tiba-tiba dia hilang dari sisi ayah, tentu ayah akan sedeh sangat.
Nak pergi kuburnya, kubur pun tak ada nak di jenguk.Takut ayah dapat sakit
kemurungan sahaja nanti. Kalau dapat sakit jiwa tak tenteram, lagi susah kita.
Satu hal pula kita kena jaga dia, sekarang dia dah ada mak ngah untuk teman kan
dia..oklah tu”.
“Kau
macam suka aja ayah kita kahwin lagi, kau ni tak rasa sedeh ke mama kita
meninggal”.
“tapi
pada Gery mengenang mama yang dah
meninggal bukan dengan bersedeh. Kalau Emil buat macam tu samalah macam orang kafir
mengenang kematian orang yang mereka sayang, berkabung sampai berbulan-bulan
pakai baju hitam atau pakai baju tak ceria. Kita ni kan Islam, ada cara kita
nak mengingati orang yang dah meninggal, dengan membacakan tahlil baca Yassin
pahalanya kita sedekahkan pada arwah mama itu kan lebih baik.”
“Dah..dah
jangan kau nak jadi macam Muaz juga…benci aku. Kalau kau nak pergi..pergilah,
tapi aku… SORRY”. Ketika itu terjengul wajah Latif dimuka pintu
biliknya.Sebenarnya sedari tadi dia mendengar perbualan antara isteri dan adik
iparnya, tapi dia mendiamkan dirinya sahaja. Bila melihat wajah abang iparnya terus sahaja Hazry Fadzil
menyampaikan jemputan mak ngahnya.
“Bang! Esok
ayah bagi pihak mak ngah jemput kita pergi kenduri kat rumah dia. Abang nak
pergi ke tak?”
Syukur Alhamdulillah. Penerimaan anak Hjh Noriza dan Hazry mungkin dpt menenangkan perasaan Hj Noh. Hati kitapun rasa sedikit lega.. Ada juga anak Hj Noh yang sedar diri dan redha ketentuan Allah. Syabas mak teh. Suka sangat baca cerita-cerita mak teh.
ReplyDeleteAdehhh...mak teh stop kat sini plk. Harapnya si Latif pun ikut Gery. Biarkan si Emil tu dgn sikap angkuhnya. Klu suami pun tak berpihak pd dia mgkin baru dia sedar.
ReplyDeletealhamdulillah penerimaan anak hjh noriza. hj md noh dok je situ dn tenangkn fikiran.
ReplyDeletesi emil biar dia dgn harta dunia. fadil tu lebihkn lagi kesedaran tanggungjwb seorg anak lelaki kpd org tua nya.
ada selit juga syukri memujuk nuri.
-dibah-
Anak-anak merupakan harta paling berharga pada kita semua ibubapa. Tp bila silap didikan dan silap percaturan mereka jg boleh jd racun pada hati dan perasaan ibu bapa. Tiada ibu bapa mahukan anak-anak yang biadap mcm si emil ni. tapi realitinya ramai yang bersikap begitu lebih penting diri sendiri dari memikirkan qada' da qadar Allah. Gelap mata hati.
ReplyDelete