Entah mengapa mak teh macam dah tak ada ilham
nak bercerita…ni mana yang dapat sahaja nak habiskan cerita. Baru dapat dua bab
sahaja..maaf ye kena tunggu..pada siapa yang menunggu…
“Perkara yang dah lepas jangan dikenang bang.
Cuba menghargai apa yang ada dalam gengaman kita. Dahlah bang jangan harapkan saya, saya memang bukan jodoh
abang lagi, saya hanya singgah 14 tahun sahaja
dalam perjalanan hidup abang. Terimalah kenyataan, jodoh kita tidak
sampai kehujung nyawa kita. Saya doakan abang bahagia dan gembira dengan kehidupan yang akan abang
lalui.”
“Tapi abang sayang Emil..cinta abang pada Emil masih macam dulu”.
“Sayang dan cinta tidak semestinya kita dapat
bersama.Tapi untuk kebahagiaan abang, berikanlah sayang dan cinta abang pada
yang abang miliki sekarang. Saya doakan semoga abang bahagia hingga kehujung
nyawa abang. Lagi pun abang telah membahagiakan emak abang dengan menunaikan
permintaanya. In Syaa Allah emak abang pun akan mendoakan kebahagian abang. Doa
ibukan doa yang mustajab untuk anak-anaknya.” Cara mengumpan cinta dan
sayangnya tidak dapat mengubah keputusan bekas isterinya, Abdul Latif cuba
mengunakan umpan nama anak mereka pula agar dapat menarik perhatian bekas
isterinya untuk kembali kepangkuannya.
“Tapi Mel..sebab Emil tinggal sorang
menyebabkan anak kita tak mahu memohon kesekolah yang sepatutnya dia layak.
Abang risau kalau lepas SPM nanti, dia tak nak pergi belajar kerana bimbangkan
Emil yang tinggal sorang. Abang risau memikirkan masa depanya kalau dia hanya
ada sijil SPM sahaja. Macam mana dia nak hidup dengan keadaan yang serba
mencabar ni kal;au dia taka da kemahiran lain dan sijil lain selain SPM sahaja,
biar pun SPM nya cemerlang nanti kalau dia tetap duduk di celah ketiak Emil tak
guna juga sijil SPMnya tu. Tapi lain kalau mamanya dah suami, dia tak risau tinggalkan mama dia,
sebab mama dia dah ada yang menjaga dah ada teman. Emil tak fikir macam tu ke?”.
Kini jelas mengapa suaminya mahu dia pulang kepangkuanya rupanya.
“Oh!! itu yang abang risaukan. Kalau macam tu
doakanlah saya dapat jodoh cepat. Kalau boleh sebelum Uwais periksa SPM. Saya..
kalau dah datang jodoh saya teringin juga saya nikah lagi”. Dihujung talian
Abdul Latif terdengar gelak tertahan bekas isterinya. Yang sebenarnya hati Emil
merasa lucu dengan kenyataannya sendiri. Tetapi lain pula yang diterima oleh
hati Abdul Latif bila mendengar penyataan bekas isterinya, dia merasakan
kedudukanya tidak selamat dihati Emil, bila-bila masa sahaja Emil akan makin
jauh dari gapaianya, lalu inilah yang keluar dari bibirnya
“Mel macam mana abang boleh doakan Emil ada
jodoh dengan orang lain, sedang abang masih mengharapkan Emil datang pada
abang”..Terkedu Emil mendengar jawapan beklas suaminya SAMPAINYA HATI.
“Sampai hati abang cakap macam tu. Jadi
selama ni memang abang tak pernah nak doakan saya bahagia dengan orang lain ke?.
Tapi saya ikhlas doakan abang bahagia dengan Zila. Kenapa abang tak boleh nak
doakan saya bahagia dengan jodoh saya yang lain. Saya cakap terus terang, untuk
kembali kepangkuan abang saya tak boleh lagi, hati saya sakit mengenangkan
abang tak jujur dengan saya dulu”. Suara Emil jadi garang bila melintas perkara
dulu. Bukan dia berdendam namun perit hati dimadu tampa pengetahuannya tidak
mampu diubati bila dia teringat.
“Sebab perkara dulu tu abang minta
maaf..abang dipersimpangan sebetulnya. Tak sangka pula abang terambil jalan
yang salah. Mel fahami abang Mel, abang memang masih sayangkan Emil. Abang
ceraikan Emil sebab Emil yang bersungguh memintanya. Tapi yang sebenarnya abang
memang tak pernah terniat nak berpisah dengan Emil. Percayalah pada abang Mel.”
“Dah lah bang, bab jodoh ni malas saya nak
cakap, jika saya masih ada jodoh kat dunia ni.. In Syaa Allah saya akan nikah
juga nanti, tapi untuk kembali pada abang dalam masa yang terdekat itu tak
mungkin. Kalau ditakdirkan saya hilang ingatan sampai terlupa pada hakikatnya
apa yang abang dah buat pada saya..itu saya tak tahulah. Saya tak berani nak
cakap sebab kuasa Allah siapalah yang dapat menghalangkan..jika itu yang
dikehendakiNya saya hanya berserah pada takdirNya.”
“Mel!! kenapa Emil tak fikir masa depan anak
kita Mel. Fikirkanlah masa depan Uwais. Berkorban lah sedikit untuk masa depan
dia. Abang berjanji akan melebihkan masa untuk Emil. Abang akan berusha Emil
tak akan terasa akan kehadiran Zila, Emil tak sempat nak rindu abang ..kerana
abang akan datang pada Emil sebeum sempat rindu Emil pada abang bertandang
dalam hati Emil”. Wahh begitu manis janji seorang lelaki untuk memancing.
(Rasa
nya macam mak teh berlebih-lebih pula.. ada tak janji lelaki macam tu bila nak
kahwin dengan kita).
“Dah lah bang tak payahlah janji macam-macam
pada saya. Yang sebenarnya abang pun tahu macam mana hati saya kan. Macam nilah
bang.. yang sebetulnya hari tu Uwais ada cakap dengan saya. Uwais janji dengan
saya lepas SPM nanti dia akan pergi juga mencari ilmu untuk hidupnya nanti.
Yang sebetulnya abang tak perlu bimbang tentang Uwais. Walau pun dia sekolah
kat sini saya akan pastikan kecemerlanganya untuk SPM nya nanti dan lepas tu
nanti saya akan pastikan dia akan masuk mana-mana pusat pengajian tinggi, tak
kiralah dalam negeri ataupun luar negeri.”. Emil menceriakan suaranya,
bekas suami dihujung talian sudah tersedu hatinya mendengar jawapan bekas
isteri. Yang sebenarnya sudah dicuba dua tiga kali namun jawapanya tetap sama.
Dia sudah ditolak dalam hidup Emil Atilia.
Ada rasa kesal dihati Abdul Latif kerana
melepas Emil dulu. Kadang-kadang berdengugng kata mengapakah baru sekarang Emil berubah menjadi
seorang wanita yang bertimabng rasa. Kenapa perubahanya tidak berlaku sebelum
dia menikah dengan Nor Fazilah (Zila). Jika sedari dulu Emil adalah seorang
wanita yang bertimbang rasa, dia tidak akan mengikuti suruhan emaknya untuk
menikah seorang lagi. Dia sebenarnya
tidak kisah walau pun hanya seorang anaknya. Anak yang baik seperti
Uwais lebih baik dari sepuluh orang anak yang tak mendengar kata.
Sebenarnya Abdul Latif kagum dengan Emil
yang dapat mendidik anaknya menjadi remaja yang begitu baik dan pandai dalam
serba serbi. Kelihatanya anaknya sudah tahu menjaga solatnya. Selepas solat
juga dia berwirit dan berdoa panjang seperti doa-doa yang dibacanya.Tertanya
juga dihati adakah Emil yang mengajarnya..Dalam pelajaran juga sudah terbukti
bila anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam PMRnya. Dan dari segi
tingkahlaku dia adalah seorang remaja yang bersopan santun dan baik budi bahasa
walaupun dengan isterinya NorFazila. Dia pandai menyesuaikan diri dan tidak
mecampuradukkan masaalah mama dan papanya dengan emak tirinya.
Jelas dimatanya sikap tanggungjawab anaknya,
sebagai seorang remaja yang sangat bertanggung jawab terhadap keselamatan
mamanya. Ketika itu giliran Uwais
berhari raya bersama keluarga papanya. Setelah perpisahan berlaku antara dirinya
dan Emil Atilia, Abdul Latif mengambil keputusan untuk bertugas dikampungnya
sahaja. Dia sekeluarga duduk dirumah emaknya. Gembira emaknya tidak terhingga
melihat anak lelaki tunggalnya tinggal bersamanya. Dia bersyukur doanya
dikabulkan. Kini dia sudah berteman dan rumahnya riuh kembali dengan suara
cucu-cucunya yang masih kecil. Uwais diambil dari rumah mamanya sehari sebelum
menjelangnya hari raya. Selepas waktu berbuka jelas kelihatan dia keresahan.
Bila ditanya oleh papanya..
“Kenapa abang duduk menyendiri dalam gelap
lagi ni, abang bosan ke tenguk adik-adik abang yang bising tu.” Anak papanya
bersama isteri baru sudah bertambah tiga orang, seorang lelaki dan dua orang
lagi perempuan. Dua adiknya yang sudah
pandai bermain menangis kerana berebut
barang mainan.
“Taklah, saja abang nak ambil angin malam.
Segar rasa angin malam kat kampung kan pa, mungkin kat sini banyak pokok tu
pasal segar sahaja anginnya”.
“Tapi papa tenguk dari lepas berbuka tadi,
muka abang nampak macam risau saja. Abang makan pun sikit, abang tak suka duduk
kampung ke?” Bagi Abdul Latif mungkin anaknya seperti mama nya juga tidak
sukakan kampung .
“Abang terfikir mama. Mama sorang-sorang kat
rumah sekarang ni. Entah apa yang mama makan. Mama tu kalau sorang kadang dia
tak makan pa. Ni dia duduk sorang kalau ada orang nak buat tak baik pada dia,
siapa yang nak tolong dia”.
“Kenapa mama tak duduk rumah nenek ngah. Kan
biasanya dia duduk rumah nenek ngah bila abang duduk dengan papa”.
“Masa ni rumah nenek ngah ramai orang, anak-anak
nenek ngah semuanya balik untuk berhari raya. Nanti mama tak ada tempat nak
tidur. Pak ngah Gary pun rasanya belum sampai lagi ni.” Oh sudah besar anaknya
sudah berfikiran matang dia risaukan mamanya. Nampak sungguh dia seorang yang
bertanggung jawap.
“Kalau abang risau call lah mama sekarang,
pastikan keselamatanya”. Abdul Latif menghulur telefon bimbitnya kepada
anaknya. Anaknya mengambilnya lalu ditekan nombor mamanya.
“Emm mama tak angkat..kalau nampak nombor
papa kadang-kadang mama tak mahu
angkat”.
“Kenapa agaknya mama macam tu bang, memang
selalu juga mama tak angkat call papa sekarang ni. Mam dah benci papa ke bang.”
“Tak lah mama
tak benci siap-siapa. Hari tu abang tanya bila dia tak angkat call papa. Dia
kata dia tak mahu menggangu kebahagian mak cik denagn papa. Kalau mak cik tahu
papa dan mama masih berhubungan, tentu mak cik susah hati. Jadi mama tak mahu
menganggu kebahagian papa dan mak cik.” Abdul Latif menyedari sejak dia meluahkah
hasrat hatinya, Emil mula tidak mahu melayani panggilan darinya lagi..Oh Emil Emil
juga sudah berubah, hati Emil sudah tidak terisi dengan rindu kepadanya lagi.
Hanya hatinya yang tidak boleh diubah masih mengharapkan apa yang telah
dilepaskan.
“Kalau macam tu esok papa hantar abang balik
lah”. Bagi Abdul Latif sambil menghantar anaknya dia ada niat lain.. ingin
melihat wajah bekas isterinya, kerana masih ada rindunya disitu.
“Tak apa lah papa, nanti kecik hati nenek
pula..baru sampai siang tadi, esok dah nak balik”.
“Habis abang risau kan mama”.
“ Nanti abang massage mama
suruh dia pergi rumah nenek ngah masa abang tak ada ni.” Hari raya tahun
itu merupakan tahun digiliran Uwais dirumah keluarga papanya. Walaupun sebenarnya
dia lebih suka berhari raya bersama keluarga mamanya, namun untuk memenuhi
peraturan mama dan papanya dia sebagai anak akur.
Dia merasakan suasana berHARI RAYA bila
berkampung dirumah nenek ngahnya dimalam
hari raya. Pada kebiasaan petang terakhir Ramadan anak anak nenek ngah yang duduk jauh akan
sampai dua hari sebelum hari raya. Disitu dia melihat anak dan menantu nenek
ngah masak beramai-ramai disulami dengan riuh mereka bercerita. Waktu berbuka
pula mereka akan berbuka beramai-ramai. Selesai berbuka mereka akan solat
berjemaah diruang tamu rumah nenek ngahnya. Usai solat mereka akan bertakbir. Gemaan takbir dari suara ramai memenuhi ruang
rumah menjadikan diri begitu insaf dengan kebesaran Allah.
Selepas solat Isyak anak-anak buahnya yang
masih kecil akan bermain bunga api dihalaman rumah. Dimeriahkan lagi dengan
nyalaan lima enam biji pelita minyak tanah untuk menerangi halaman rumah nenek ngah
supaya mereka senang bermain. Dia tumpang sekaki bermain bersama anak-anak pak long
Muaz, pak ngah Syukri, mak lang Amisa dan Pak Uda Hassan tapi yang dia menjadi
lebih seronok dengan mulut riuh mak su Hasimahnya. Tahun lepas bertambah lagi
ahli keluarga mereka bila Pak ngah Gary dan Mak su Sofia tumpang sekaki. Yang
sebetulnya dia tidak pernah merasai suasana itu ketika nenek Tijahnya masih hidup
dulu. Sememangnya dia seronok
berhari raya bersama keluarga baru mamanya. Tetapi untuk tahun itu dia terlepas
keseronokkan itu. Dia bersama keluarga papanya pula.
“Bang!!Abang boleh tolong papa tak?”
“Tolong apa pa?”..
“Yang sebetulnya, papa masih sayangkan mama
Uwais. Abang tolong papa pujukkan mama, supaya mama boleh terima papa semula”.
“Dulu mama ada cakap dengan abang, dia yang
minta cerai dengan papa sebab di tak boleh hidup bermadu”.
“Bang! Yang sebenarnya papa lebih sayangkan
mama. Kalau mama kata macam tu papa boleh…”
“Janganlah pa..Jangan jadikan adik-adik yang
kat sini seperti abang, pa.. tahun ni
raya kat rumah papa, tahun depan raya kat rumah mama. Bila abang beraya dengan papa
abang sedeh teringatkan mama, bila abang beraya bersama mama abang sedeh teringatkan
papa. Adik-adik yang kat sini kecil-kecil lagi, abang ni tak apalah, abang dah
besar…kesian mereka pa. Lagi pun mak cik Zila tak kerja. Papa nak tahu dulu
masa abang tahu mama dan papa dah bercerai, abang nak jumpa Pian pun malu. Abang malu
nak jumpa orang bila merasakan orang mengejek keluarga abang bermasaalah. Abang
rasa malas nak belajar. Pada abang masa
tu.. belajar pandai pun tak guna bila keluarga kita bercerai berai. Tapi bila
mama cakap, abang terpaksa jadi pandai sebab esok tua dia nak tumpang hidup
abang. Abang paksa diri abang ni belajar sungguh-sungguh dengan bantuan mama.
Lagi pun memang abang sahaja anak mama kan. ” Sayu wajah anaknya menuturkan apa yang ada
dihatinya.
Abdul
Latif jadi terkedu mendengar penjelasan anaknya, pedih hatinya menerima
kenyataan. Akibat perbuatanya, anaknya juga menerima padah, bukan sahaja hati
bekas isterinya yang terluka namun hati anaknya juga. Ohh mengapa dia tidak
terfikir sebelum menerima cadangan emaknya dulu. Nasi sudah menjadi bubur jerit
hatinya yang pilu.
Benar kata Uwais anaknya, dia sudah besar dan
mampu mengharungi kelukaan dan kekecewaan kerana perpisahan papa dan mamanya.
Namun anak-anak yang didepan mata masih kecil,
mampukah mereka (anak-anak kecilnya) menerima rasa yang seperti Uwais
rasakan. Abdul Latif tersedar dari silapnya.
Dan sekali lagi NorFazila mendengar perbualan
antara anak tiri dan suaminya dibalik dinding papan rumah keluarga mertuanya.
Dan dia juga faham apa maksud yang terkeluar dari bibir suaminya tadi..suaminya
lebih memilih bekas isterinya dari dirinya, walaupun dia telah melahir tiga orang
zuriat untuk suaminya. Dia sedar dirinya
tidak bermakna pada suaminya. Mampukah
hatinya bertahan jika memang dia sudah tahu penerimaan suaminya terhadap
dirinya yang ‘terpaksa diterima’
dalam hidup suaminya.
Bagi Latif bukan dia tidak menghargai Zila yang telah melahirkan tiga orang anak untuknya, tetapi dia tidak mampu membina rasa
dalam hatinya. Dia tidak mampu membina perasaan cinta untuk NurFazilah. Dia
menerima NurFazilah kerana emaknya. Dia
juga tidak dapat menghapuskan rasa terkilan dengan perkahwinan mereka yang
terpaksa rela menyebabkan dia kehilangan Emil isteri yang dicinta. Yang
sebenarnya ..Sayang dan cintanya pada Emil tak pernah padam walaupun sudah ada
isteri lain disisinya. Tapi ialah masa tak dapat hendak diundur dan perbuatan
jika sudah terlanjur bagai mana mahu berpatah balik segalanya sudah terjadi. Tiga
orang anak yang lahir sudah mengikat dirinya pada pilihan emaknya.
Abdul Latif suka wanita yang putih gebu seperti Emil. Sedang kan Zila
berkulit hitam manis seperti kulitnya. Sedari awal lagi NurFazila bukan cita
rasanya. Namun setelah mendengar kata-kata anaknya Uwais dia akan berusha
bersabar. Sebagai ushanya dia akan mengingatkan diri setiap kali perasaan tidak
berpuas hati menyelinap dalam hatinya.
Dia akan mengingatkan dirinya sendiri dengan perkataan ‘kadang-kadang yang kita suka.. bukannya
yang terbaik untuk kita’. Itulah kata hatinya yang memujuk. Dia akan cuba
melaksanakan taggungjawabnya sebagai suami sebaik mungkin. Kerana tiga orang
anak yang sudah tercongok didepan mata
wajib dipertanggung jawabkan. Dia harus
bersabar menerima ketentuan yang ditakdirkan untuknya. Itulah janjinya didalam
diam.
Memang langkah kanan untuk Emil bila petang
itu sekali lagi dia terserempak dengan Muaz. Seperti kebiasaan setiap minggu
(hari Kahmis malam Jumaat) Muaz sekeluarga akan berkunjung kerumah emaknya
untuk memenuhi kegiatan mereka membaca Yassin pada setiap malam Jumaat.
Hasratnya untuk berjumpa Muaz sudah lama dihatinya. Dia ingin mendengar
pendapat Muaz tentang poligami sejak bekas suaminya menyatakan hasrat untuk
mereka rujuk semula. Dia ingin mengetahui apakah pandangan seorang lelaki yang
seusia bekas suaminya. Oleh kerana hari itu, cuti sekolah penggal pertama
anaknya Uwais diambil oleh papanya. Itulah sebabnya Emil duduk dari pagi
dirumah mak ngahnya.
Ketika kereta putih Toyota Estima Muaz
menjalar masuk keperkarangan rumah Hajjah NorIza, Emil terus sahaja meneruskan bualnya dengan emak
tirinya. Ketika Seha masuk setelah memberi salam kerumah dengan menjinjing barang-barang
yang hendak dimasak, Emil sedang duduk diruang tamu meneruskan bualnya. Melihat menantunya senget bahunya menjinjing
barang, Hajjah NorIza bangun membantu dan terus mengikuti menantunya Seha
kedapur untuk memulakan masakkan makan malam mereka. Walaupun Emil tahu bila
mendengar seretan kaki Muaz yang menuju pintu namun dia tidak juga bangun untuk
bergesa mengenakan tudung dikepalanya.
Sengaja Emil duduk menanti kemunculan Muaz. Yang
sebetulnya kebiasaan Emil, dia hanya
bertudung ketika hendak keluar berjalan sahaja. Oleh kerana Muaz adalah
sepupunya dan mereka sering berjumpa, Emil merasakan dia tidak perlu bertudung
jika dia berhadapan dengan Muaz. Itulah sebabnya dia tidak bergesa mencari
tudung. Dia menanti kemunculan Muaz
diruang tamu rumah emak tirinya. Setelah
memberi salam Muaz masuk kedalam rumah dengan mendukung anak kecilnya. Bila dia
terpandang Emil diruang tamu dengan tidak mengenakan tudung, dia terkeluh
dengan perlahan meminta ampun kepada Penciptanya “Astagfirullah” . Dia mahu
keluar semula, tetapi dia ditegur oleh Emil..
“Kau nak pergi mana Muaz? Masuklah.. kalau
kau rasa aku menyebabkan kau tak selesa duduk rumah mak kau, aku boleh balik.
Aku tumpang kat rumah mak kau sebab anak aku tak ada ni. Dia yang pesan suruh
duduk sini sementara dia pergi rumah Latif.” Yang sebenarnya sudah dua tiga
kali Emil menyedari tingkah Muaz. Dia akan keluar semula, bila dia ada dirumah
emaknya.
“Alaah Mel janganlah kau cepat kecik hati. Aku
tenguk kau sekarang ni dah lain lah Mel. Cepat terasa kenapa??”
“Anak sungai pun berubah..inikan pula aku
yang manusia Muaz. Sekali ombak datang
sekali tulah pantai berubah”.
“Ehh kau dah tukar jadi cikgu bahasa Melayu
ke Mel..setahu aku kau cikgu bahasa Inggeris.” Muaz tidak jadi keluar bila ditegur sebegitu
oleh sepupunya.
“Dahlah Muaz kau duduk situ.. aku nak tanya
kau ni.”
“Apa pulak yang kau nak tanya..aku bukan tahu
apa-apa pun”. Tetapi Muaz duduk juga di hadapan Emil, takut Emil kecil hati
kalau tidak dituruti kehendaknya. Kedegaran suaranya sudah seperti orang berjauh
hati tadi.
“Apa yang kau nak tanya..tanya lah cepat aku
nak tolong Seha jaga anak ni, dia nak tolong mak aku masak tu”.
“Cubalah kau lepaskan anak kau tu, asyik nak
didukung tentulah dia rimas. Biarkan lah dia main kat ruang tamu ni, sambil kau
pandang dia bermain, kau jawaplah soalan aku ni”.
“Kalau aku letak tentulah dia akan kedapur
mencari ibu dia. Itulah pasalnya aku yang dukung dia ni tadi. Kalau tak memang
dia tak akan lepaskan ibunya tadi”.
“Waah sayang sungguh kau kat bini kau tu
ye…kau dah kena Queen control dek bini kau ke?”.
“ehh kau ni, aku nak tolong bini aku pun kau
kata aku kena queen control. Salah ke kalau seorang suami tu tolong isterinya?
Sebab kalau aku tak tolong dia jaga
anak, macam mana dia nak tolong emak aku memasak? Kalau mak aku tak
ditolong..kesian emak aku terkonteng-konteng
dia masak sorang kat dapur tu, aku
kesian kat mak aku itu pasallah aku kena tolong bini aku jaga anak. Kalau dia
tu mak kau kau tak kesian ke? Lagi pun pada aku ternganga tergolek baik aku main
dengan anak ..Banyak kebaikan yang aku dapat kalau aku tolong Seha sikit
sahaja. Pertama kerja-kerja memasak cepat siapnya. Mak aku tak penat sangat dan
yang akhir sekali cepatlah kita dapat makan, kalau cepat kita makan
cepatlah juga kita dapat berehat.. Bayangkan Mel.. banyak perkara baik yang kita dapat kalau kita meringankan
tulang kita sikit Mel. Mel kita ni jangan fikir yang negetiv sahaja. Baru tolong
sikit dah terfikir kena Queen control cheeh”.
“Aku cakap sikit..berdas-das kau tembak
akukan. Muaz! aku nak tanya kau macam mana cara kau sanya g bini kau.”
“Hai!! sampai kesitu kau tanya aku, kenapa
ni? Kau nak jadi penasihat rumah tangga pula ke?”.Yang sebenarnya Emil mahu
menyelami hati seorang lelaki yang bergelar suami tentang sayang isteri.
“Kau janganlah nak peril aku lah Muaz, aku
tahulah aku macam mana. Aku saja nak tanya hati seorang lelaki..hati seorang
suami yang sebetulnya”.
wahhhh. trima kasih dh ada sambungan.
ReplyDeletepadan muka abdul latif ....menyesal dgn tindakan...zila pun baru nk sedar diri....dulu dh tahu suami orang pun nk jugak kahwin.
alhamdulillah uwais pandai celikkn mata abdul latif.
-dibah-
tapikan makteh....bila mak abdul latif tu nak sedar ek?..sebab dia nak menantu jaga dia, dia suruh abdul latif kahlwin dgn zila dan tak memikirkan perasaan dan hati emil dan uwais...tup tup rumah tangga latif dgn emil punah dan uwais menjadi mangsa. nasib baik uwais ni jenis yg boleh berfikir dan sayangkn emak dia.
ReplyDelete-dibah-
Tq mak teh dengan n3 baru. best. sentap juga dengan kata-kata uwais pada papanya. susah jugak ya kalau perasaan sayang tak boleh dibuang. naik gila talak jadinya. Yang jadi mangsa tetap perempuan. pada saya semua yang mak teh tulis tu tak adalah yang keterlaluan sangat kerana memang ada realitinya macam tu. semakin menarik cerita mak teh. Janganlah berhenti sekerat jalan dan tergantung cerita ni. Biar jadi pengajaran pada semua.
ReplyDeleteTerima kasih makteh kerana menyambung kembali enovel ni.... Saya suka dgn jln cerita ni. Biarlah emil mencari kebahagiaan yg baru dan biarlah latif belajar mensyukuri apa yg dia miliki skrg ni supaya isteri skrg & anak2 kecilnya tak terabai. Selfish juga si Latif ni....
ReplyDeleteAlhamdullilah mak teh.akhirnya ada juga cerita....bnyk sangat ilmu yg berguna buat kamiyg baru bertatih dlm meniti sebuah kehidupan berkeluarga.segala tunjuk ajar mak teh dpt diamalkan agar dpt menjadi kerukunan rumahtangga.teruskan betkarya mak teh. Tanpa cerita mak teh terasa sunyi hari2 yg dilalui.
ReplyDelete