~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 29 March 2014

Bab 25 Tidak ku tahu kasih bermula






Entah mengapa mak teh macam dah tak ada ilham nak bercerita…ni mana yang dapat sahaja nak habiskan cerita. Baru dapat dua bab sahaja..maaf ye kena tunggu..pada siapa yang menunggu…




“Perkara yang dah lepas jangan dikenang bang. Cuba menghargai apa yang ada dalam gengaman kita. Dahlah bang  jangan harapkan saya, saya memang bukan jodoh abang lagi, saya hanya singgah 14 tahun sahaja  dalam perjalanan hidup abang. Terimalah kenyataan, jodoh kita tidak sampai kehujung nyawa kita. Saya doakan abang bahagia dan  gembira dengan kehidupan yang akan abang lalui.”

“Tapi abang sayang  Emil..cinta abang  pada Emil masih macam dulu”.

“Sayang dan cinta tidak semestinya kita dapat bersama.Tapi untuk kebahagiaan abang, berikanlah sayang dan cinta abang pada yang abang miliki sekarang. Saya doakan semoga abang bahagia hingga kehujung nyawa abang. Lagi pun abang telah membahagiakan emak abang dengan menunaikan permintaanya. In Syaa Allah emak abang pun akan mendoakan kebahagian abang. Doa ibukan doa yang mustajab untuk anak-anaknya.” Cara mengumpan cinta dan sayangnya tidak dapat mengubah keputusan bekas isterinya, Abdul Latif cuba mengunakan umpan nama anak mereka pula agar dapat menarik perhatian bekas isterinya untuk kembali kepangkuannya.

“Tapi Mel..sebab Emil tinggal sorang menyebabkan anak kita tak mahu memohon kesekolah yang sepatutnya dia layak. Abang risau kalau lepas SPM nanti, dia tak nak pergi belajar kerana bimbangkan Emil yang tinggal sorang. Abang risau memikirkan masa depanya kalau dia hanya ada sijil SPM sahaja. Macam mana dia nak hidup dengan keadaan yang serba mencabar ni kal;au dia taka da kemahiran lain dan sijil lain selain SPM sahaja, biar pun SPM nya cemerlang nanti kalau dia tetap duduk di celah ketiak Emil tak guna juga sijil SPMnya tu. Tapi lain kalau mamanya dah  suami, dia tak risau tinggalkan mama dia, sebab mama dia dah ada yang menjaga dah ada teman. Emil tak fikir macam tu ke?”. Kini jelas mengapa suaminya mahu dia pulang kepangkuanya rupanya.

“Oh!! itu yang abang risaukan. Kalau macam tu doakanlah saya dapat jodoh cepat. Kalau boleh sebelum Uwais periksa SPM. Saya.. kalau dah datang jodoh saya teringin juga saya nikah lagi”. Dihujung talian Abdul Latif terdengar gelak tertahan bekas isterinya. Yang sebenarnya hati Emil merasa lucu dengan kenyataannya sendiri. Tetapi lain pula yang diterima oleh hati Abdul Latif bila mendengar penyataan bekas isterinya, dia merasakan kedudukanya tidak selamat dihati Emil, bila-bila masa sahaja Emil akan makin jauh dari gapaianya, lalu inilah yang keluar dari bibirnya

“Mel macam mana abang boleh doakan Emil ada jodoh dengan orang lain, sedang abang masih mengharapkan Emil datang pada abang”..Terkedu Emil mendengar jawapan beklas suaminya SAMPAINYA HATI.

“Sampai hati abang cakap macam tu. Jadi selama ni memang abang tak pernah nak doakan saya bahagia dengan orang lain ke?. Tapi saya ikhlas doakan abang bahagia dengan Zila. Kenapa abang tak boleh nak doakan saya bahagia dengan jodoh saya yang lain. Saya cakap terus terang, untuk kembali kepangkuan abang saya tak boleh lagi, hati saya sakit mengenangkan abang tak jujur dengan saya dulu”. Suara Emil jadi garang bila melintas perkara dulu. Bukan dia berdendam namun perit hati dimadu tampa pengetahuannya tidak mampu diubati bila dia teringat.

“Sebab perkara dulu tu abang minta maaf..abang dipersimpangan sebetulnya. Tak sangka pula abang terambil jalan yang salah. Mel fahami abang Mel, abang memang masih sayangkan Emil. Abang ceraikan Emil sebab Emil yang bersungguh memintanya. Tapi yang sebenarnya abang memang tak pernah terniat nak berpisah dengan Emil. Percayalah pada abang Mel.”

“Dah lah bang, bab jodoh ni malas saya nak cakap, jika saya masih ada jodoh kat dunia ni.. In Syaa Allah saya akan nikah juga nanti, tapi untuk kembali pada abang dalam masa yang terdekat itu tak mungkin. Kalau ditakdirkan saya hilang ingatan sampai terlupa pada hakikatnya apa yang abang dah buat pada saya..itu saya tak tahulah. Saya tak berani nak cakap sebab kuasa Allah siapalah yang dapat menghalangkan..jika itu yang dikehendakiNya saya hanya berserah pada takdirNya.”

“Mel!! kenapa Emil tak fikir masa depan anak kita Mel. Fikirkanlah masa depan Uwais. Berkorban lah sedikit untuk masa depan dia. Abang berjanji akan melebihkan masa untuk Emil. Abang akan berusha Emil tak akan terasa akan kehadiran Zila, Emil tak sempat nak rindu abang ..kerana abang akan datang pada Emil sebeum sempat rindu Emil pada abang bertandang dalam hati Emil”. Wahh begitu manis janji seorang lelaki untuk memancing.
 (Rasa nya macam mak teh berlebih-lebih pula.. ada tak janji lelaki macam tu bila nak kahwin dengan kita).

“Dah lah bang tak payahlah janji macam-macam pada saya. Yang sebenarnya abang pun tahu macam mana hati saya kan. Macam nilah bang.. yang sebetulnya hari tu Uwais ada cakap dengan saya. Uwais janji dengan saya lepas SPM nanti dia akan pergi juga mencari ilmu untuk hidupnya nanti. Yang sebetulnya abang tak perlu bimbang tentang Uwais. Walau pun dia sekolah kat sini saya akan pastikan kecemerlanganya untuk SPM nya nanti dan lepas tu nanti saya akan pastikan dia akan masuk mana-mana pusat pengajian tinggi, tak kiralah dalam negeri  ataupun  luar negeri.”. Emil menceriakan suaranya, bekas suami dihujung talian sudah tersedu hatinya mendengar jawapan bekas isteri. Yang sebenarnya sudah dicuba dua tiga kali namun jawapanya tetap sama. Dia sudah ditolak dalam hidup Emil Atilia.

Ada rasa kesal dihati Abdul Latif kerana melepas Emil dulu. Kadang-kadang berdengugng kata  mengapakah baru sekarang Emil berubah menjadi seorang wanita yang bertimabng rasa. Kenapa perubahanya tidak berlaku sebelum dia menikah dengan Nor Fazilah (Zila). Jika sedari dulu Emil adalah seorang wanita yang bertimbang rasa, dia tidak akan mengikuti suruhan emaknya untuk menikah seorang lagi. Dia sebenarnya  tidak kisah walau pun hanya seorang anaknya. Anak yang baik seperti Uwais lebih baik dari sepuluh orang anak yang tak mendengar kata.

Sebenarnya Abdul Latif kagum dengan Emil yang dapat mendidik anaknya menjadi remaja yang begitu baik dan pandai dalam serba serbi. Kelihatanya anaknya sudah tahu menjaga solatnya. Selepas solat juga dia berwirit dan berdoa panjang seperti doa-doa yang dibacanya.Tertanya juga dihati adakah Emil yang mengajarnya..Dalam pelajaran juga sudah terbukti bila anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam PMRnya. Dan dari segi tingkahlaku dia adalah seorang remaja yang bersopan santun dan baik budi bahasa walaupun dengan isterinya NorFazila. Dia pandai menyesuaikan diri dan tidak mecampuradukkan masaalah mama dan papanya dengan emak tirinya.

Jelas dimatanya sikap tanggungjawab anaknya, sebagai seorang remaja yang sangat bertanggung jawab terhadap keselamatan mamanya.  Ketika itu giliran Uwais berhari raya bersama keluarga papanya. Setelah perpisahan berlaku antara dirinya dan Emil Atilia, Abdul Latif mengambil keputusan untuk bertugas dikampungnya sahaja. Dia sekeluarga duduk dirumah emaknya. Gembira emaknya tidak terhingga melihat anak lelaki tunggalnya tinggal bersamanya. Dia bersyukur doanya dikabulkan. Kini dia sudah berteman dan rumahnya riuh kembali dengan suara cucu-cucunya yang masih kecil. Uwais diambil dari rumah mamanya sehari sebelum menjelangnya hari raya. Selepas waktu berbuka jelas kelihatan dia keresahan. Bila ditanya oleh papanya..

“Kenapa abang duduk menyendiri dalam gelap lagi ni, abang bosan ke tenguk adik-adik abang yang bising tu.” Anak papanya bersama isteri baru sudah bertambah tiga orang, seorang lelaki dan dua orang lagi perempuan. Dua  adiknya yang sudah pandai bermain  menangis kerana berebut barang mainan.

“Taklah, saja abang nak ambil angin malam. Segar rasa angin malam kat kampung kan pa, mungkin kat sini banyak pokok tu pasal segar sahaja anginnya”.

“Tapi papa tenguk dari lepas berbuka tadi, muka abang nampak macam risau saja. Abang makan pun sikit, abang tak suka duduk kampung ke?” Bagi Abdul Latif mungkin anaknya seperti mama nya juga tidak sukakan kampung .

“Abang terfikir mama. Mama sorang-sorang kat rumah sekarang ni. Entah apa yang mama makan. Mama tu kalau sorang kadang dia tak makan pa. Ni dia duduk sorang kalau ada orang nak buat tak baik pada dia, siapa yang nak tolong dia”.

“Kenapa mama tak duduk rumah nenek ngah. Kan biasanya dia duduk rumah nenek ngah bila abang duduk dengan papa”.

“Masa ni rumah nenek ngah ramai orang, anak-anak nenek ngah semuanya balik untuk berhari raya. Nanti mama tak ada tempat nak tidur. Pak ngah Gary pun rasanya belum sampai lagi ni.” Oh sudah besar anaknya sudah berfikiran matang dia risaukan mamanya. Nampak sungguh dia seorang yang bertanggung jawap.

“Kalau abang risau call lah mama sekarang, pastikan keselamatanya”. Abdul Latif menghulur telefon bimbitnya kepada anaknya. Anaknya mengambilnya lalu ditekan nombor mamanya.

“Emm mama tak angkat..kalau nampak nombor papa  kadang-kadang mama tak mahu angkat”.

“Kenapa agaknya mama macam tu bang, memang selalu juga mama tak angkat call papa sekarang ni. Mam dah benci papa ke bang.”

“Tak lah mama tak benci siap-siapa. Hari tu abang tanya bila dia tak angkat call papa. Dia kata dia tak mahu menggangu kebahagian mak cik denagn papa. Kalau mak cik tahu papa dan mama masih berhubungan, tentu mak cik susah hati. Jadi mama tak mahu menganggu kebahagian papa dan mak cik.”  Abdul Latif menyedari sejak dia meluahkah hasrat hatinya, Emil mula tidak mahu melayani panggilan darinya lagi..Oh Emil Emil juga sudah berubah, hati Emil sudah tidak terisi dengan rindu kepadanya lagi. Hanya hatinya yang tidak boleh diubah masih mengharapkan apa yang telah dilepaskan.

“Kalau macam tu esok papa hantar abang balik lah”. Bagi Abdul Latif sambil menghantar anaknya dia ada niat lain.. ingin melihat wajah bekas isterinya, kerana  masih ada rindunya disitu.

“Tak apa lah papa, nanti kecik hati nenek pula..baru sampai siang tadi, esok dah nak balik”.

“Habis abang risau kan mama”.

“ Nanti abang massage  mama  suruh dia pergi rumah nenek ngah masa abang tak ada ni.” Hari raya tahun itu merupakan tahun digiliran Uwais dirumah keluarga papanya. Walaupun sebenarnya dia lebih suka berhari raya bersama keluarga mamanya, namun untuk memenuhi peraturan mama dan papanya dia sebagai anak akur.

Dia merasakan suasana berHARI RAYA bila berkampung dirumah nenek ngahnya  dimalam hari raya. Pada kebiasaan petang terakhir Ramadan  anak anak nenek ngah yang duduk jauh akan sampai dua hari sebelum hari raya. Disitu dia melihat anak dan menantu nenek ngah masak beramai-ramai disulami dengan riuh mereka bercerita. Waktu berbuka pula mereka akan berbuka beramai-ramai. Selesai berbuka mereka akan solat berjemaah diruang tamu rumah nenek ngahnya. Usai solat mereka akan bertakbir.  Gemaan takbir dari suara ramai memenuhi ruang rumah menjadikan diri begitu insaf dengan kebesaran Allah.


Selepas solat Isyak anak-anak buahnya yang masih kecil akan bermain bunga api dihalaman rumah. Dimeriahkan lagi dengan nyalaan lima enam biji pelita minyak tanah untuk menerangi halaman rumah nenek ngah supaya mereka senang bermain. Dia tumpang sekaki bermain bersama anak-anak pak long Muaz, pak ngah Syukri, mak lang Amisa dan Pak Uda Hassan tapi yang dia menjadi lebih seronok dengan mulut riuh mak su Hasimahnya. Tahun lepas bertambah lagi ahli keluarga mereka bila Pak ngah Gary dan Mak su Sofia tumpang sekaki. Yang sebetulnya dia tidak pernah merasai suasana itu ketika nenek Tijahnya masih hidup dulu.  Sememangnya dia seronok berhari raya bersama keluarga baru mamanya. Tetapi untuk tahun itu dia terlepas keseronokkan itu. Dia bersama keluarga papanya pula.

“Bang!!Abang boleh tolong papa tak?”

“Tolong apa pa?”..

“Yang sebetulnya, papa masih sayangkan mama Uwais. Abang tolong papa pujukkan mama, supaya mama boleh terima papa semula”.

“Dulu mama ada cakap dengan abang, dia yang minta cerai dengan papa sebab di tak boleh hidup bermadu”.

“Bang! Yang sebenarnya papa lebih sayangkan mama. Kalau mama kata macam tu papa boleh…”

“Janganlah pa..Jangan jadikan adik-adik yang kat sini seperti abang,  pa.. tahun ni raya kat rumah papa, tahun depan raya kat rumah mama. Bila abang beraya dengan papa abang sedeh teringatkan mama, bila abang beraya bersama mama abang sedeh teringatkan papa. Adik-adik yang kat sini kecil-kecil lagi, abang ni tak apalah, abang dah besar…kesian mereka pa. Lagi pun mak cik Zila tak kerja. Papa nak tahu dulu masa abang tahu mama dan papa dah bercerai, abang nak jumpa Pian pun malu. Abang malu nak jumpa orang bila merasakan orang mengejek keluarga abang bermasaalah. Abang rasa malas nak belajar.  Pada abang masa tu.. belajar pandai pun tak guna bila keluarga kita bercerai berai. Tapi bila mama cakap, abang terpaksa jadi pandai sebab esok tua dia nak tumpang hidup abang. Abang paksa diri abang ni belajar sungguh-sungguh dengan bantuan mama. Lagi pun memang abang sahaja anak mama kan. ”  Sayu wajah anaknya menuturkan apa yang ada dihatinya.

 Abdul Latif jadi terkedu mendengar penjelasan anaknya, pedih hatinya menerima kenyataan. Akibat perbuatanya, anaknya juga menerima padah, bukan sahaja hati bekas isterinya yang terluka namun hati anaknya juga. Ohh mengapa dia tidak terfikir sebelum menerima cadangan emaknya dulu. Nasi sudah menjadi bubur jerit hatinya yang pilu.

Benar kata Uwais anaknya, dia sudah besar dan mampu mengharungi kelukaan dan kekecewaan kerana perpisahan papa dan mamanya. Namun anak-anak yang didepan mata masih kecil,  mampukah mereka (anak-anak kecilnya) menerima rasa yang seperti Uwais rasakan. Abdul Latif tersedar dari silapnya.

Dan sekali lagi NorFazila mendengar perbualan antara anak tiri dan suaminya dibalik dinding papan rumah keluarga mertuanya. Dan dia juga faham apa maksud yang terkeluar dari bibir suaminya tadi..suaminya lebih memilih bekas isterinya dari dirinya, walaupun dia telah melahir tiga orang zuriat  untuk suaminya. Dia sedar dirinya tidak bermakna  pada suaminya. Mampukah hatinya bertahan jika memang dia sudah tahu penerimaan suaminya terhadap dirinya yang ‘terpaksa diterima’ dalam hidup suaminya.


Bagi Latif bukan dia tidak menghargai  Zila yang telah melahirkan  tiga orang anak  untuknya, tetapi dia tidak mampu membina rasa dalam hatinya. Dia tidak mampu membina perasaan cinta untuk NurFazilah. Dia menerima NurFazilah kerana emaknya.  Dia juga tidak dapat menghapuskan rasa terkilan dengan perkahwinan mereka yang terpaksa rela menyebabkan dia kehilangan Emil isteri yang dicinta. Yang sebenarnya ..Sayang dan cintanya pada Emil tak pernah padam walaupun sudah ada isteri lain disisinya. Tapi ialah masa tak dapat hendak diundur dan perbuatan jika sudah terlanjur bagai mana mahu berpatah balik segalanya sudah terjadi. Tiga orang anak yang lahir sudah mengikat dirinya pada pilihan emaknya.

Abdul Latif suka wanita  yang putih gebu seperti Emil. Sedang kan Zila berkulit hitam manis seperti kulitnya. Sedari awal lagi NurFazila bukan cita rasanya. Namun setelah mendengar kata-kata anaknya Uwais dia akan berusha bersabar. Sebagai ushanya dia akan mengingatkan diri setiap kali perasaan tidak berpuas hati menyelinap dalam hatinya.  Dia akan mengingatkan dirinya sendiri dengan perkataan ‘kadang-kadang yang kita suka.. bukannya yang terbaik untuk kita’. Itulah kata hatinya yang memujuk. Dia akan cuba melaksanakan taggungjawabnya sebagai suami sebaik mungkin. Kerana tiga orang anak yang  sudah tercongok didepan mata wajib dipertanggung jawabkan.  Dia harus bersabar menerima ketentuan yang ditakdirkan untuknya. Itulah janjinya didalam diam.


Memang langkah kanan untuk Emil bila petang itu sekali lagi dia terserempak dengan Muaz. Seperti kebiasaan setiap minggu (hari Kahmis malam Jumaat) Muaz sekeluarga akan berkunjung kerumah emaknya untuk memenuhi kegiatan mereka membaca Yassin pada setiap malam Jumaat. Hasratnya untuk berjumpa Muaz sudah lama dihatinya. Dia ingin mendengar pendapat Muaz tentang poligami sejak bekas suaminya menyatakan hasrat untuk mereka rujuk semula. Dia ingin mengetahui apakah pandangan seorang lelaki yang seusia bekas suaminya. Oleh kerana hari itu, cuti sekolah penggal pertama anaknya Uwais diambil oleh papanya. Itulah sebabnya Emil duduk dari pagi dirumah mak ngahnya.

Ketika kereta putih Toyota Estima Muaz menjalar masuk keperkarangan rumah Hajjah NorIza,  Emil terus sahaja meneruskan bualnya dengan emak tirinya. Ketika Seha masuk setelah memberi salam kerumah dengan menjinjing barang-barang yang hendak dimasak, Emil sedang duduk diruang tamu meneruskan bualnya.  Melihat menantunya senget bahunya menjinjing barang, Hajjah NorIza bangun membantu dan terus mengikuti menantunya Seha kedapur untuk memulakan masakkan makan malam mereka. Walaupun Emil tahu bila mendengar seretan kaki Muaz yang menuju pintu namun dia tidak juga bangun untuk bergesa mengenakan tudung dikepalanya.

Sengaja Emil duduk menanti kemunculan Muaz.   Yang sebetulnya kebiasaan Emil, dia hanya bertudung ketika hendak keluar berjalan sahaja. Oleh kerana Muaz adalah sepupunya dan mereka sering berjumpa, Emil merasakan dia tidak perlu bertudung jika dia berhadapan dengan Muaz. Itulah sebabnya dia tidak bergesa mencari tudung. Dia menanti kemunculan Muaz  diruang tamu rumah emak tirinya. Setelah memberi salam Muaz masuk kedalam rumah dengan mendukung anak kecilnya. Bila dia terpandang Emil diruang tamu dengan tidak mengenakan tudung, dia terkeluh dengan perlahan meminta ampun kepada Penciptanya “Astagfirullah” . Dia mahu keluar semula, tetapi dia ditegur oleh Emil..

“Kau nak pergi mana Muaz? Masuklah.. kalau kau rasa aku menyebabkan kau tak selesa duduk rumah mak kau, aku boleh balik. Aku tumpang kat rumah mak kau sebab anak aku tak ada ni. Dia yang pesan suruh duduk sini sementara dia pergi rumah Latif.” Yang sebenarnya sudah dua tiga kali Emil menyedari tingkah Muaz. Dia akan keluar semula, bila dia ada dirumah emaknya.

“Alaah Mel janganlah kau cepat kecik hati. Aku tenguk kau sekarang ni dah lain lah Mel. Cepat terasa kenapa??”

“Anak sungai pun berubah..inikan pula aku yang manusia Muaz.  Sekali ombak datang sekali tulah pantai berubah”.

“Ehh kau dah tukar jadi cikgu bahasa Melayu ke Mel..setahu aku kau cikgu bahasa Inggeris.”  Muaz tidak jadi keluar bila ditegur sebegitu oleh sepupunya.

“Dahlah Muaz kau duduk situ.. aku nak tanya kau ni.”

“Apa pulak yang kau nak tanya..aku bukan tahu apa-apa pun”. Tetapi Muaz duduk juga di hadapan Emil, takut Emil kecil hati kalau tidak dituruti kehendaknya. Kedegaran suaranya sudah seperti orang berjauh hati tadi.

“Apa yang kau nak tanya..tanya lah cepat aku nak tolong Seha jaga anak ni, dia nak tolong mak aku masak tu”.

“Cubalah kau lepaskan anak kau tu, asyik nak didukung tentulah dia rimas. Biarkan lah dia main kat ruang tamu ni, sambil kau pandang dia bermain, kau jawaplah soalan aku ni”.

“Kalau aku letak tentulah dia akan kedapur mencari ibu dia. Itulah pasalnya aku yang dukung dia ni tadi. Kalau tak memang dia tak akan lepaskan ibunya tadi”.

“Waah sayang sungguh kau kat bini kau tu ye…kau dah kena Queen control dek bini kau ke?”.

“ehh kau ni, aku nak tolong bini aku pun kau kata aku kena queen control. Salah ke kalau seorang suami tu tolong isterinya? Sebab kalau aku tak tolong dia  jaga anak, macam mana dia nak tolong emak aku memasak? Kalau mak aku tak ditolong..kesian emak aku   terkonteng-konteng  dia masak sorang kat dapur tu, aku kesian kat mak aku itu pasallah aku kena tolong bini aku jaga anak. Kalau dia tu mak kau kau tak kesian ke? Lagi pun pada aku ternganga tergolek baik aku main dengan anak ..Banyak kebaikan yang aku dapat kalau aku tolong Seha sikit sahaja. Pertama kerja-kerja memasak cepat siapnya. Mak aku tak penat sangat dan yang akhir sekali cepatlah kita dapat makan, kalau cepat  kita makan  cepatlah juga kita dapat berehat.. Bayangkan Mel.. banyak perkara  baik yang kita dapat kalau kita meringankan tulang kita sikit Mel. Mel kita ni  jangan fikir yang negetiv sahaja. Baru tolong sikit dah terfikir kena Queen control cheeh”.

“Aku cakap sikit..berdas-das kau tembak akukan. Muaz! aku nak tanya kau macam mana cara kau sanya g bini kau.”

“Hai!! sampai kesitu kau tanya aku, kenapa ni? Kau nak jadi penasihat rumah tangga pula ke?”.Yang sebenarnya Emil mahu menyelami hati seorang lelaki yang bergelar suami tentang sayang isteri.

“Kau janganlah nak peril aku lah Muaz, aku tahulah aku macam mana. Aku saja nak tanya hati seorang lelaki..hati seorang suami yang sebetulnya”.





5 comments:

  1. wahhhh. trima kasih dh ada sambungan.
    padan muka abdul latif ....menyesal dgn tindakan...zila pun baru nk sedar diri....dulu dh tahu suami orang pun nk jugak kahwin.
    alhamdulillah uwais pandai celikkn mata abdul latif.
    -dibah-

    ReplyDelete
  2. tapikan makteh....bila mak abdul latif tu nak sedar ek?..sebab dia nak menantu jaga dia, dia suruh abdul latif kahlwin dgn zila dan tak memikirkan perasaan dan hati emil dan uwais...tup tup rumah tangga latif dgn emil punah dan uwais menjadi mangsa. nasib baik uwais ni jenis yg boleh berfikir dan sayangkn emak dia.
    -dibah-

    ReplyDelete
  3. Tq mak teh dengan n3 baru. best. sentap juga dengan kata-kata uwais pada papanya. susah jugak ya kalau perasaan sayang tak boleh dibuang. naik gila talak jadinya. Yang jadi mangsa tetap perempuan. pada saya semua yang mak teh tulis tu tak adalah yang keterlaluan sangat kerana memang ada realitinya macam tu. semakin menarik cerita mak teh. Janganlah berhenti sekerat jalan dan tergantung cerita ni. Biar jadi pengajaran pada semua.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih makteh kerana menyambung kembali enovel ni.... Saya suka dgn jln cerita ni. Biarlah emil mencari kebahagiaan yg baru dan biarlah latif belajar mensyukuri apa yg dia miliki skrg ni supaya isteri skrg & anak2 kecilnya tak terabai. Selfish juga si Latif ni....

    ReplyDelete
  5. Alhamdullilah mak teh.akhirnya ada juga cerita....bnyk sangat ilmu yg berguna buat kamiyg baru bertatih dlm meniti sebuah kehidupan berkeluarga.segala tunjuk ajar mak teh dpt diamalkan agar dpt menjadi kerukunan rumahtangga.teruskan betkarya mak teh. Tanpa cerita mak teh terasa sunyi hari2 yg dilalui.

    ReplyDelete