Rasanya
bab ni bab yang terakhir, kalau pun ada sambungannya mungkin lama lagi, sebab
belum ada ayat lagi untuk bab seterusnya. Rasanya nak juga tahu perasaan Zila
bila tahu dihati suaminya masih mengharapkan bekas isterinya kembali kepangkuanya.
Nak juga apa keputusan Emil kembali semula kepada bekas suami atau mendapat jodohnya
yang lain. Mak teh rasa nak Latif guna anak untuk memujuk mamanya untuk
menyampaikan hasrat hatinya. Ok tak..ada tak terjadi macam tu bekas suami menggunakan anak untuk memujuk bekas isterinya.
Walaubagaimana pun hidup harus juga diterus. Biar
apapun gelombang yang melanda, selagi nyawa kita belum dicabut oleh
Malaikalmaut, hidup yang sempurna wajib diteruskan. Begitu juga Emil. Dia
mengatur hidup nya sendiri. Pulang dari sekolah dia akan memasak sedikit makan
untuk diri dan anaknya. Tetapi kebiasaan lauk akan dibeli dari kanten sekolah
sahaja, hanya untuk makan malam dia akan menambah sedikit lauk untuk anaknya
seperti ayam goreng atau pun telur goreng. Jika hari cuti ada juga memasakkan
masakkan kegemaran anaknya, daging masak kicap atau sambal sotong atau pun
udang.
Usai solat Zohor mereka akan merehatkan diri
sebentar untuk menghilangkan rasa penat. Selesai solat Asar dia akan memastikan
kerja sekolah anakya. Selepas Magrib dia kan kerumah ayahnya pula untuk anaknya
belajar membaca doa selepas solat. Rutin itu sudah hamper seminggu dilakukan
sejak dia dinasihati oleh ayahnya tempuh hari.
Hari itu hari Khamis malam Jumaat. Tadi
sepulangnya dari sekolah ayahnya menghubungi agar datang sebelum solat Magrib. Mereka
juga dijemput makan malam dirumah emak tirinya. Tetapi makan malam mereka akan
dimulakan pada pukul 630 petangitu kata ayahnya tadi. Jadi dia datang agak awal
sedikit 545 petang mereka sudah sampai. Ialah takkan nak datang terus makan
tentulah dia kena menolong sedikit emak tirinya menyediakan makan malam. Waah
sekarang Emil sudah pandai berbudi bahasa.
Ketika dia sampai sebuah kereta Kancil sudah
terpakir dihalaman rumah mak ngahnya. Kereta siapa pula ni detik hatinya. Kedengaran
didalam rumah suara riuh, suara orang dewasa dan suara kanak-kanak. Ini
menandakan bukan Haji Mohd Noh dan isterinya sahaja yang ada didalam rumah. Dia
dan anaknya Uwais memberi salam. Ayahnya yang menyambut salamnya menjenguk
keluar rumah, ayahnya mepersilakan dia
masuk. Emak tirinya tidak kelihatan mungkin dia sibuk didapur menyediakan makan
malam agaknya.
“Masuk
Mel”.
“Kereta
Kancil siapa ni yah..Bunyi ramai siapa yang datang yah”.Sambil menyalami dan
mencium tangan ayahnya Emil bertanya. Perbuatanya di ikuti oleh anaknya Uwais.
“Muaz
sekeluarga. Itu kereta Kancil dialah tu”.
“Hai
mana kereta Estima dia tu dah kena tarik ke?” Sesekali Emil yang berburuk
sangka ada juga singgah kedalam dirinya, walaupun dia sedang berusha menjadi
baik.
“Kamu
ni Mel, cubalah ubah fikiran kamu tu sikit. Yang sebenarnya kereta dia tu ada,
tapi saja katanya dia nak bawa kereta ni, nak ajar anak-anak dia bersusah sikit
duduk berhimpit-himpit, jangan nak selalu selesa sahaja nanti terlupa pula nak
rasa kesempitan. Dulu kereta ni ayah yang pakai, tapi ayah tak berapa pandai
nak guna, ada masaalah kalau nak dihidupkan. Jadi sekarang Muaz beli kereta ni,
dia bagi kat Seha. Kalau dia terpaksa keluar beli alat ganti, Seha bolehlah
ambil anak-anaknya balik sekolah dengan kereta ni. Jadi dia tak lah bergesa nak
balik nak ambil anak-anak balik sekolah.”.
Terang Haji Mohd Noh supaya anak perempuan sulung tidak tersalah tafsir, Muaz
mengunakan kereta Kancil pula.
“Ohh..
yang bunyi ramai ni, anak-anak dioranglah ye yah. Susah nak bersihkan hati Emil
ni dari berburuk sangka yah” Emil mengakui hatinya..Emil memandang ayahnyanya
dengan sengehan menutupi perasaan bersalahnya kerana buruk sangka kepada Muaz.
“Beristifar
banyak-banyak Mel, kalau kita rasa kita
buat salah. Memang setiap hari Khamis malam Jumaat diorang makan kat sini. Muaz
saja nak mengumpulkan anak-anak dan isteri dia dengan emak dia, supaya nak-anak
dan isterinya sayang emak dia”. Oh begitu rupanya Muaz mendidik anak isterinya
mesra dengan emaknya detik hati Emil. Sememangnya sejak dulu itulah rutin
keluarga Muaz menemani emaknya hingga malam, kemudian barulah dia beransur
pulang kerumahnya. Itu sebelum emaknya berteman, tetapi kini hanya hari Khamis
malam Jumaat sahaja dia keruamh emaknya. Emil terus sahaja kedapur menyalami
emak tirinya dan juga sepupunya Seha.
Itu
adalah pesanan Hajjah NorIza kepada semua anak-anaknya sebelum mereka melangkah
kealam rumah tangga.
“Anak-anak
emak..mak nak pesan ni. Kalau kamu dah berumah tangga nanti ushakanlah
supaya pasangan kamu suka balik rumah emak ni, jadikan pasangan kamu selesa duduk rumah kita,caranya bila ada peluang duduk lama sikit kat rumah
emak dengan cara tu pasangan kamu akan serasai dengan keadaan kita.. Kalau dah
pasangan kita selesa rumah kita anak-anak kamu In Syaa Allah anak suka juga
nanti. Tapi kalau pasangan kamu dah suka duduk rumah kita, jadikan diri kamu
juga suka duduk lama dirumah keluarga pasangan kamu. Mak cakap macam ni sebab
kita tak akan mengeluh bila tiba giliran raya kita nak duduk mana. Hati yang
terpaksa akan menjadikan kita ditimpa perasaan. Itu yang menyebabkan bila balik
cuti sahaja kita pula bergaduh laki bini. Faham tak apa yanh emak nak sampaikan
ni”.
Ketika itu semua anak-anak NorIza bercuti
kerana mahu meraikan hari perkahwinan Muaz. Dan nasihat itulah yang diutanam
dihati anak-anaknya supaya pasangan masing-masing mesra dengan emak mereka.
Kemesraan kan melahirkan rasa suka.
Tidak lama selesai makan malam dan berkemas
kedengaran laungan azan magrib bersahut-sahutan
dari surau dan masjid berdekatan. Semua orang yang ada dirumah Haji Mohd Noh
mengambil wudu’ dan bersiap sedia untuk solat Mangrib. Anak kedua Muaz sudah tahu tugasnya dia mengalunkan seruan
azan untuk ahli rumah datuknya. Kedengaran merdu laungan azan yang dialunkan
oleh anak Muaz yang kedua, bergetar hati Emil mendengarkanya. Dia kagum dengan
kegigihan Muaz mendidik anak-anaknya sekecil umur 10 tahun sudah diberi tugas
mengazankan solat mereka. Magrib itu seperti biasa Haji Mohd yang mengimamkan solat Magrib mereka. Berderet
para Jemaah lelaki termasuklah anaknya diikuti oleh jemaah perempuan dibelakang
Haji Mohd Noh.
Semua isi rumah mendirikan solat kecuali anak
Muaz yang baru berusia 1 tahun 5 bulan yang tidak bersolat. Dia didudukan
didalam walker yang ditambat disudut rumah namun tidak jauh dari tempat mereka
bersolat. Mungkin sudah menjadi
kebiasaanya begitu dia tidak menangis bila dilakukan begitu oleh ibunya. Usai
solat dan berdoa mereka semua membaca Yassin dan kemuadian bersambung dengan
tahlil. Rupanya setiap malam Jumaat keluarga mak ngah nya menyedekahkan Yassin
dan tahlil untuk arwah-arwah ahli keluarganya yang disayangi. Kini termasuklah
nama mamanya sekali. Menitik air mata Emil, dulu disangkanya ayahnya sudah
melupakan mamanya, rupanya tidak.Tapi cara ayah mengenang mamanya berbeza
dengan bagaimana dia mengenang mamanya. Usai bacaan Yassin dan tahlil Emil
menghampiri ayahnya.
“Yah
selalu ke mak ngah baca Yassin macam ni”.
“Sejak
arwah pak ngah meninggal kata mak ngah. Dulu hatinya sedeh bila pak ngah
meninggal, anak-anak masih kecil. Dia sangat sayang arwah suaminya, dia didik
anak-anaknya mengasihi dn mengingati ayah yang dah meninggal dengan membaca
Yassin dan bertahlil pahalanya disedekahkan pada arwah pak ngah. Bila nenek dan
atuk meninggal mereka pun buat macam tu juga sebab mereka pun sayang atuk dan
nenek, kan dulu atuk dan nenek baik
dengan diorang semua.”.
“Ohh
memang sejak dululah mereka buat ni”.
“Ia
Mel, ayah pun baru tersedar bila ayah masuk jadi keluarga diaorang. Dulu Ayah
jarang bacakan Yassin dan tahlil untuk arwah atuk dan nenek Emil.”.
Kini Emil Atilia sudah berubah. Dia sudah
jadi wanita yang lembut hati dan bertimbang rasa. Dia sudah selalu berkunjung
kerumah emak tirinya. Walaupun panggilan tidak berubah dia tetap memanggil mak
ngah pada emak saudara yang merangkap emak tirinya itu. Dia tidak lagi kedekut
dengan tenaganya. Jika semasa dia datang emak tirinya sedang didapur atau
melakukan kerja-kerja lain, dia tidak akan teragak-agak menyingsing lengan baju
untuk membantu. Dia juga sudah selalu terserempak dengan Muaz, jika dia dirumah
emak tirinya. Mereka juga sudah boleh duduk berbual, biar pun bahasanya masih
berENGKAU dan berAKU untuk percakapan
mereka berdua, namun mereka sudah boleh
duduk berbincang. Sikap Emil berubah
sejak Muaz dan isterinya menjadi saksi lafaz cerai Abdul Latif untuk dirinya
tempuh hari.
Perubahan pada watak Emil Atilia sejak
menjadi ibu tunggal sangat ketara. Dia tidak lagi cengil dan bengkeng seperti
dulu. Pakainya juga tidak lagi yang berfesyen bagai. Dulu walaupun dia
bertudung namun dia suka berblouse dan berskirt kembang, atau berskirt
potonagan ‘A’ lalu digayakan bersama boot potongan tinggi. Dia nampak sungguh
moden dan bergaya. Itu adalah ajaran mamanya..
“Mel
kita perempuan ni harus pandai bergaya supaya suami kita tak pandang wanita
lain. Ini tak pakai baju kurung sahaja, macam orang nak pergi kenduri kahwin.
Sesekali tu tukarlah cara pemakaian kita.”
Sememangnya jika dia berpakaian moden dan
bergaya ramai orang, tidak kira lelaki
mahupun wanita akan menoleh kearahnya dua tiga kali. Hatinya bangga ketika itu
kerana mendapat perhatian. Namun
sekarang tidak lagi dia lebih suka berbaju kurung dan bertudung sarung sahaja. Warnanya
juga tidak lagi warna-warna terang seperti kebiasaanya. Sekarang ini dia
menjadi wanita yang sungguh sederhana.
Rutin harianya pula setiap hari selepas solat
Magrib dia kan kerumah mak ngahnya. Dia membawa anak tunggalnya belajar dan
menghafal doa-doa selepas solat, doa selesai membaca Yassin dan bertahlil
bersama ayahnya Haji Mohd Noh. kadang-kadang mereka akan bertadarus bersama ayah dan emak
tirinya. Dek kerana jadual kehidupanya sibuk tidak terasa masa berjalan sudah
mahu melepasi tiga tahun sejak dia berpisah dengan suaminya. Tetapi yang
membanggakan hasil ushanya yang gigih sudah menampakkan hasilnya, kini anaknya
sudah pandai menjadi imam kepadanya jika mereka bersolat dirumah. Tahun lepas
anaknya menjadi imam solat sunat Terawikh mereka dirumah. Bangga dirinya hasil
ushanya anak yang baru berumur 14 tahun sudah pandai menjadi imam. Ketika itu
dia tidak sedap badan untuk kesurau atau kemasjid ditidak larat, jadi mereka
bersolat dirumah sahaja. Dia menjadi makmum anaknya.
“Bang!!Kalau
abang sayang mama, abang jadilah anak yang soleh dan mendengar kata.
Rajin-rajinlah belajar sebab mama ni tak ada anak lain selain abang. Mama nak
menumpang hidup mama dengan abang bila mama dah tua nanti. Jadi kalau abang tak
jadi orang yang berguna macam mana mam nak menumpang dengan abang”.Itulah
kata-kata yang terluah setelah usai solat sunat Terawikhnya setelah setahun dia
memegangang gelaran janda.
“In
Syaa Allah ma..tapi mama kena tegur abang kalau abang nakal.”
Tahun itu tahun pertama diri berpuasa tampa
suami disisinya hatinya jadi pilu. Dalam keadaan dirinya yang tidak sihat
menyelinap berbagai rasa dihati Emil. Dia menangis di bahu anaknya ketika itu. Namun
sekarang bayangan suaminya sudah jarang melintas dibenaknya. Emil sudah boleh
menerima keadaan dirinya. Begitu juga anaknya.
Demi anak hubungan Emil dan Abdul Latif juga
baik. Emil masih boleh melayani
perbualan ditelefon jika bekas suaminya menghubunginya. Dia juga boleh bertentang mata dengan bekas
suaminya, jika guru kelas anaknya mahukan para ibu bapa berjumpa untuk membincangkan hal anak mereka
(Biasanya pihak sekolah akan mengadakan perjumpaan tiga penjuru untuk
membincangkan peribadi murid). Emil terpaksa berbuat begitu demi anak
tunggalnya Uwais. Hati seorang wanita merangkap seorang ibu sanggup berkorban
apa sahaja demi kebaikkan anaknya
(maksud berkorban mengenepikan soal sakit hati, rasa pedih dan rasa tertipu
dengan perbuatan bekas suaminya dulu).
Seperti yang dijanjikan dulu Abdul
Latif akan mengambil Uwais untuk duduk dirumahnya atau dikampung neneknya
diwaktu cuti sekolah tetapi bergilir-gilir, begitu juga untuk Uwais berhari
raya. Jika tahun itu dia berhariraya bersama mamanya, ditahun hadapan pula akan
dia akan berhariraya dirumah keluarga papanya pula. Namun setiap kali dia berpergian Uwais tidak
lupa berpesan kepada mamanya agar duduk dirumah nenek ngahnya.
“Mama masa abang tak ada ni mama duduk lah
rumah nenek ngah..”
“Ialah..abang
jangan bimbangkan mama, pandai lah mama jaga diri mama ni..Duduklah lama sikit
dengan papa.Papa komplin dengan mama kalau abang duduk sekejap sangat dengan
dia.”.
“Macam
mana abang tak bimbangkan mama, mama tu perempuan. Walaupun mama kata mama
boleh jaga diri, tapi abang tetap bimbangkan mama. Sedang kan perempuan yang dah
tua pun boleh orang buat tak senonoh dengan dia, inikan mama yang masih
cantik”.
Mendengar kata-kata anaknya ketika itu Emil
meluru mendapatkan anaknya, dia menangis di dada anaknya kerana kesedehan. Kini
ketinggian anaknya sudah melibihi ketinggian dirinya, maklumlah sudah hamper
lima belas tahun umur anak tunggalnya, lagi pun dia seorang yang bertubuh
tinggi mungkin mengikuti genetik papanya. Hatinya sangat tersentuh melihat
anaknya sangat ambil berat kepada dirinya. Dalam hatinya bergema dengan ucapan
Alhamdullilah. ‘Ya!!Allah inikah kemanisan yang Kau beri dalam pahit yang
kulalui.’detik hatinya.
Dalam tak sedar perceraian Emil sudah tiga
tahun berlalu. Kehidupan Emil sudah lama tenang. Anak tunggalnya juga sudah
mendapat keputusan PMR. Dia cemerlang
dalam pepereksaan itu. 8A itulah
keputusan yang sangat membangga kan dirinya sebagai seorang ibu. Itulah hasil
ushanya selama ini membimbing dan memberi tunjuk ajar anak tunggalnya. Dia
sungguh bersyukur kehadrat Illahi diatas kejayaan anaknya dan dia sangat
bersyukur mendapat anak yang mendengar kata.
Sehari selepas keputusan diumumkan bekas
suaminya meminta izin untuk membawa anaknya kerumahnya. Emil mengizinkan. Pada
Emil mungkin bekas suaminya mahu nasihati anaknya untuk memilih bidang atau jurusan pelajaran sebagai persediaan
hala tuju anaknya di waktu persekolahannya
ditahun hadapan. Dua hari kemudian dia menghantar semula anaknya
kepangkuanya, maklumlah sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi.
Kini
bermula sudah sesi persekolahan untuk tahun itu.Anaknya memulakan tingkatan
empatnya disekolah lamanya.
“Papa
cakap apa tentang keputusan PMR abang?”
“Papa
ucapkan tahniah kat abang. Kemudian dia suruh abang mohon sekolah berasrama
penuh atau pun masuk MRSM (Maktab Rendah Sain Mara)”.
“Eloklah
tu, mama pun sokong. Kerana terlalu gembira hari tu mama lupa nak ingatkan
abang memohon masuk sekolah MRSM. Cik gu ada bagi borang bang. Borang MRSM tu kena cepat diisi bang,
kalau abang tak tahu nak isi bawa balik kita isi sama-sama.”
“Maa!
Abang tak nak masuk mana-mana sekolah, abang nak teruskan sekolah kat sini
sahaja.”
“Kenapa
pula??Kan abang ada kelayakan untuk masuk sekolah berasrama, mohon dulu, dapat tak dapat belakang kira. Kalau dapat
mama bersyukur sangat. Yang sebetulnya elok kalau kita masuk sekolah yang
kebanyakan budaknya pandai-pandai ni..boleh mencabar diri, masa tu semangat
belajar bersungguh-sungguh datang berkobar-kobar.” Riuh mulut Emil menceritakan
kebaikkan memasuki sekolah berasrama penuh. Namun jawapan anaknya meghampakan
dirinya.
“Tak
apa lah ma, abang lebih suka belajar kat sini dengan mama. Abang rasa semua
sekolah tu sama sahaja. Hanya kita nak belajar dengan tak nak sahaja. Ramai
juga para pelajar dari sekolah abang tu yang berjaya dalam pelajaran mereka
hingga keperingkat tinggi”. Masa itu
Uwais bagai tidak berminat bercerita tentang sekolah berasrama seperti yang
dicadangkan oleh papa dan mamanya.
“Tapi
abang ada kelayakkan untuk masuk sekolah berasrama, sekolah berasrama ni bagus bang,
sekolah-sekolah macam ni boleh menjadikan
seorang pelajar ni belajar bersungguh-sungguh, disamping mengajar seorang
pelajar itu mengurus kan hidupnya sendiri. Lagi pun abang anak lelaki cuba lah
belajar jauh dari mama supaya abang boleh berdikari”.
“Tak
ma, sebab abang anak lelakilah abang kena jaga mama. Mama kat sini seorang diri.”
“Bang!!Jangan
pasal mama abang persiakan peluang abang. Berebut-rebut orang nak masuk sekolah
asrama bang, kalau abang tak cuba nanti abang menyesal. Mama kat sini In Syaa
Allah tak apa-apa. Lagi pun atuk kan ada..bukan jauh rumah nenek ngah dengan
rumah kita”.
“Tak
ma memang abang tak terniat nak pergi dari Pengkalan Hulu ni. Lagi pun
apa-apa yang buruk berlaku pada mama,
nanti abang akan menyesal seumur hidup abang. Abang janji walau pun abang
belajar kat sini abang akan belajar bersungguh-sungguh, nanti abang akan
buktikan masa keputusan SPM abang In Syaa Allah..”.
Dikelasnya
sibuk rakan-rakan sekelasnya mengisi borang kemasukkan ke sekolah menengah
Maktab Rendah Sain Mara. Uwais tidak memperdulikan kesibukkan rakan-rakanya.
“Uwais
kau tak isi borang MRSM ke?” Ahmad Sufian kawan baiknya bertanya, dia sudah memegang sekeping borang
untuk diisi.
“Aku
malas nak pergi mana-mana. Aku nak duduk dengan mama aku. Aku kesian mama aku kalau
aku pergi dia akan duduk sorang”.
“Tapi
keputusan kau baik, sayang pula kalau kau tak cuba. Mana tahu rezeki kau dapat masuk MRSM.”Ingat Ahmad Sufian pada teman
baiknya.
“Pada
aku kan Pian sekolah kat mana-mana pun sama. Yang penting hati kita, kalau kita
bersungguh-sungguh belajar kat mana-mana pun boleh berjaya juga. Kalau kita
malas nak belajar kat asrama penuh pun kandas juga”. Datar sahaja suara Uwais melepaskan apa yang
ada dihatinya.
“Aku
malas juga nak minta mana-mana. Tapi ayah aku suruh aku minta”..Keluh Ahmad
Sufian. Dia juga kasihan pada ayahnya yang akan kesaorangan bila dia tinggal
diasrama kelak. Kebetulan dua sahabat baik itu mendapat keputusan cemerlang diantara
10 orang murid yang cemerlang disekolahnya.. Ahmad Sufian juga anak seorang
guru ayahnya mengajar disekolah mereka. Ibunya seorang suri rumah tangga, baru
sebulan meninggal dunia kerana kenser usus.
“Kau
ikutlah cakap ayah kau..”
“Yang
sebenarnya aku kesian kat dia, dia akan duduk sorang kalau aku duduk asrama.
Kau pun tahu kan ibu aku baru sahaja meninggal”.
“Tak apa
ayah kau lelaki tak bahaya pun kalau dia duduk kat rumah sorang diri”.
“Memanglah tak bahaya tapi nanti dia tak ada
teman nak bercakap, masa kat rumah. Aku kesian nanti dia teringat sangat kat
ibu aku yang baru meninggal. Kesian dia”. Ahmad Sufian membayangkan kesuyian
ayahnya yang baru sahaja ditinggal isterinya kealam baka’.
“Tapi
suruhan dia tu untuk kebaikkan kau juga. Ayah kau tu nanti masa cuti semesta
kan ada kakak dan abang kau tengukkan.
Lagi pun kakak kau yang nombor tiga
tukan masih ada kat rumah, dia kan boleh teman ayah kau”.
“Kakak
aku tu dah pergi belajar minggu lepas”. Ahmad Sufian merupakan anak bungsu
dalam keluarganya. Adik beradiknya empat orang dua orang lelaki dan dua orang
perempuan berselang bunga.(Selang bunga bermakna anak sulong perempuan kemudian
lelaki dan seterusnya atau sebaliknya lelaki dahulu diikuti perempuan dan
seterusnya).
“Bang!!!”.
Belum sempat mamanya meneruskan kata cepat-cepat Uwais menyatakan apa yang
difikirkan…
“Tak
ma keputusan abang muktamat, abang nak sekolah kat sini sahaja. In Syaa Allah
ma, abang tak akan hampakan harapan mama. Abang akan taat pada perintah Allah
dan abang akan belajar rajin-rajin. Lagi pun abang nak duduk dengan mama selagi
kita boleh duduk sama, esok kalau lepas SPM memang abang tak ada pilihan, jadi
abang kena pergi tinggalkan mama juga.” Kekerasan hati anaknya mengikuti
kekerasan hatinya. Namun kelembutan tingkahnya mengikuti tingkah papanya. Emil
meluru seperti biasa bila hatinya tersentuh. Dia memeluk anaknya. Dia menangis
lagi didada anaknya . Dengan lirih dia meluahkan terimakasihnya.
“Terima
kasih bang, kerana mendulukan mama dari kepentingan abang sendiri. Tapi mama
risau masa depan abang kalau abang duduk dengan mama. Mama akan rasa bersalah
kalau abang susah nak dapat kerja kerana tak ada sijil lain selain dari sijil SPM
sahaja.”
“Tak
apa ma, ini tanggung jawab abang pada mama, jangan mama rasa bersalah pada diri
sendiri, abang janji akan belajar rajin-rajin. Abang akan cemerlang dalam SPM biar pun abang hanya belajar kat sini ma.
Memang lepas SPM abang akan pergi juga tinggal untuk belajar. Tapi sekarang ni
abang akan duduk dengan mama dulu”.
“Semoga
abang mendapat kebahagian dihari muka.”
Seminggu sesi persekolahan bermula diwaktu disedang
bersiap untuk kebilik tidurnya telefon bimbit Emil bergetar menandakan ada
panggilan masuk. Bila dilihat nombor yang tertera adalah nombor bekas suaminya.
Tekan sahaja butang hijau belum sempat dia melontarkan suaranya berdahuluan
bekas suaminya memberi salam…
“Asalamualikum
Mel!! Abang ni. Emil apa khabar”.
“Waalaikum
salam, tahu saya masih kenal suara abang. Saya baik. Ada apa call saya ni. Nak
ambil Uwais ke minggu ni ke?”.
Memang setiap
dua minggu sekali jika Uwais
tiada apa-apa aktiviti dan tiada kesibukkan pada dirinya, dia kan mengambil anaknya untuk tinggal
dirumahnya barang sehari dua. Tetapi biasanya baru sehari bermalam Uwais sudah
minta dihantar pulang, atau pun dia akan meminta mamanya datang mengambilnya..
“Taaak…
nak tanya memang Uwais tak memohon mana-mana sekolah ye”.
“Tak,
dia memang nak sekolah kat sini sahaja”.
“Hari
tu dia cerita dengan abang, dia bimbang nak tinggalkan Emil sorang. Itulah
sebab nya dia tak memohon sekolah berasrama.
Abang takut nanti lepas SPM pun dia tak nak sambung belajar lagi kerana
takut mamanya tinggal sorang”.
“Habis
saya nak buat macam mana, saya dah suruh berkali-kali memamng dia
yang tak nak. Nak dipaksa takut lain pula jadinya”.
“Mel!
Apa kata kita kembali bersama. Rasanya dah tiga tahun kita berpisah macam
ni..rasa sunyi sangat hidup abang”.Ketika itu Zila isterinya terdengar
perbualan suaminya dengan bekas isterinya diluar rumah. Terus sahaja dia menelinga..
(Apa
perasaan anda.. jika apa yang terjadi pada Zila terjadi pada anda..)
“Sunyi
ke bang..habis Zila kan ada..tak kan abang rasa sunyi juga”.
“Abang
tak main-main Mel abang sunguh-sungguh. Berbelas tahun kita sebumbung, takkan
Emil tak rasa kehilangan abang”. Sememangnya selama mereka berpisah Abdul Latif
mengharapkan bekas isterinya meminta untuk kembali kepadanya.
“Entahlah
bang saya dah dapat terima hidup yang macam ni. Saya tak nak susahkan abang
nanti. Saya ni kuat cemburu, kalau boleh saya nak suami saya hanya peluk saya
sahaja. Saya tak nak kongsi suami”.
“kalau
macam tu abang boleh…”
“Jangan
bang, jangan fikir yang macam tu. Kesian Zila, dia baru lepas bersalin, kalau
dia dengar abang cakap macam ni apa perasaan dia. Lagi pun dia dah bagi tiga
orang anak pada abang. Dia tak kerja macam mana dia nak tanggung anak-anak
abang. Jangan abang sia-siakan anak yang dah lahir bang, jangan abaikan anak
yang dah wujud dihadapan kita. Jangan dijadikan dia manusia yang tak berguna
sebab kita abaikan mereka”.Yang sebenarnya isteri bekas suaminya baru sahaja
lepas pantang kerana melahirkan anak yang ketiga. Dengar cerita Uwais papanya mendapat anak perempuan kali ini. Ini
bermakna sudah dua orang anak perempuan dan dua anak lelaki suaminya termasuk
Uwais.
“Tapi
Mel, abang rasa tak gembira hidup tampa
Emil.”
“Sekarang
ni kita tak boleh fikir gembira kita sahaja. Kita kena beralah untuk anak-anak. Sebab anak masih jauh jalan
hidupnya. Macam kita..kita dah tahu hidup kita macam mana.. kita dah tahu kerja
jaya kita. Tapi anak-anak, kita lah yang akan membimbing mereka mencari jalan
hidup mereka supaya dia juga boleh hidup
selesa macam kita. Mudah cari makan, mudah mencari kehidupan. Mana tahu kalau
kita nak menumpang hidup dengan mereka pula dihari tua kita.” Panjang lebar Emil menceritakan kepentingan
mendahulukan kebajikan anak-anak kepada bekas suaminya.
‘Oh mungkin
dengan kesedaran ini dia didik Uwais menjadi anak yang pandai dalam serba
serbi, bagusnya Emil sekarang’ Itulah yang detik hati Abdul Latif. Pada
pandangan matanya sekarang Uwais seorang remaja yang berbudi bahasa, pandai
mengambil hati orang tua terutama ibunya(nenek Uwais), pandai dalam ugama
(mengaji dan bersolat dan berdoa selepas solat) dan juga seorang anak yang
cerdik.
“Abang
bukan nak gembira sangat..hanya abang nak semangat dan rasa teruja itu sahaja”.
“Carilah
semangat tu pada Zila. In Syaa Allah dia pun boleh bagi abang rasa teruja tu”.
“Entahlah
Mel…Mungkin Emil tak faham apa yang abang rasa. Tapi abang selalu teringatkan
Emil..kenangan bersama Emil….”
padan muka latif. kelmarin mudah benar lafazkn talak.
ReplyDeletealhamdulillah moga emil tetap pendirianya.
-dibah-
Harap2 Emil kekal & tegas di dlm pendiriannya. Biarlah Latif dgn Zila mendidik ketiga2 anak mereka. Atau jodohkan saja Emil dgn bapa Ahmad Sofian. Jodohkan janda dgn duda. Fair & square. Tak menganggu ketenteraman rumahtangga sesiapa pun.
ReplyDeleteBetul2..saya setuju.....biar emil temui cinta lain
DeleteKena sambung gak ni. Tak kisah brp lama masa mak teh nak ambil. Byk yg belum selesai. Mak teh pun mcm dah sediakan watak utk bakal suami emil. Latif dgn zila memang padan muka berdua tu. Si zila tu dah tau laki org nak juga.
ReplyDeleteAla mak teh, janganlah stop kat sini je... Rindulah nanti nak tahu cerita seterusnya. Alhamdulillah emil dah banyak berubah dan penuh kesedaran. Biarpun sedih dengan apa yang berlaku dengan pengabdian diri pada yang maha berkuasa beliau mampu meneruskan perjalanan hidup dengan tenang. Bertuah emil dapat anak sebaik uwais.... Penuh tanggungjawab.
ReplyDeletePadan jgk dgn muka dua orang ni. Si zila tu dlu dah tau laki org nape terima je. Si latif tu plk terlajak kata, terlajak perbuatan tanggung la akibatnya. Hidup perlu diteruskan. Hadap je la. Pandang je la nnt jandanya kawen org lain.
ReplyDeletelatif tu ego tinggi. pantang rasa tercabar....dia kahwin dgn zila lpas tu dia dgn mudah lafazkn talak pd emil dgn harapan emil akn menyesal dn hndak rujuk smula. layanle ego tu lebih lebih, skrg sendiri yg mnyesal dn nk rujuk dgn emil. org lelaki ni dikurniakn 9 akal 1 nafsu tapi perangai mereka seolah olah 9 nafsu 1 akal pulak.
ReplyDeletealhamdulillah berjaya emil dgn sokongan ayah dn ibu tirinya mndidik uwais mnjadi manusia.
sambung le lagi mak teh. akak sntiasa mngikuti cerita di blog ini. kdg tu smpi emosi sungguh.
-dibah-
rasanya padan jugamuka zila tu..dulu dh tau latif tu dh berkahwon nk juga suami org sanggup kahwin senyap senyap tak mnta izin emil. skrg biar fia tau bgmana rasanya bila suami hndak rujuk dgn emil. begitu lah hancurnya hati emil.
ReplyDelete-dibah-
biasa la tu lelaki kalau dah kahwin lebih dari satu..
ReplyDeleteend up isteri 1st gak yg di carinya..
dh 6 thn kawin dgn zila (3 thn sblum + 3 thn slpas cerai emil) baru si latif sedar dia sunyi dn rasa x teruja emil x de. tp blh pulak smpi 3 org anak dgn si zila.
ReplyDeletedh smpi 3 thn bercerai baru nk ajak rujuk smula sedangkn si zila baru habis pantang. rasa semangat dn teruja mcm mana le yg si latif nk....dh smpi 3 anak dgn si zila pun masih x bersemangat dn teruja? apa le punya ego. Zila dh x jaga mak mertuanya lagi ke? dh x dok di kg lagi pun.
Emil tetap le dgn pendirian. biarkn si latif dgn ego dia.
-dibah-
Macam ni la perempuan kan. Bab madu ni memang tak boleh nak kompromi. Bukan nak menidakkan poligami, tapi Rasulullah sendiri pun tak madukan isteri pertama. Setelah Siti Khadijah wafat baru mengamalkan poligami. Sebagai lelaki zaman sekarang(ada ke laki baca citer ni?) kalau ilmu tak cukup tak payah la nak kawin lebih, kalau satu pun tak dapat nak didik jadikan isteri solehah. Sudahnya diri sendiri juga yang huru hara. Tak de makna nak tunjuk hebat.
ReplyDeletebetul tu..x de maknanya nk test power klu lpas tu x teruja le x bersemangatle tp anak dh smpi 3.
ReplyDelete-dibah-
Yg sbenarnya lelaki ni jangan dicabar dan jngan dituduh lgi2 dng pkra yg tu, takut cabaran atau tuduhan kita dia melakukan perkara2 yg tak dijangka. Itulah sbabnya ramai lelaki yang kelihatan sabar dan baik melakukan prkara yg tak trfikir dek kita.
ReplyDeletetu le sebab nya akak kata dikurniakan 9 akal 1 nafsu tap bila bab macm ni tindakan mereka seolah-olah 9 nafsu 1 akal....junjung sesangat ego mereka.
Delete-dibah-
Apa kata dijodohkan Emil dengan ayah Ahmad Sofian yang baru kehilangan isterinya tu...boleh Uwais dan Ahmad Sofian sambung belajar bersama.
ReplyDeleteharap mak teh sambungle cite ni......
ReplyDelete-dibah-