~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Wednesday 19 March 2014

Bab 24 Tidak ku tahu kasih bermula,





           Rasanya bab ni bab yang terakhir, kalau pun ada sambungannya mungkin lama lagi, sebab belum ada ayat lagi untuk bab seterusnya. Rasanya nak juga tahu perasaan Zila bila tahu dihati suaminya masih mengharapkan bekas isterinya kembali kepangkuanya. Nak juga apa keputusan Emil kembali semula kepada bekas suami atau mendapat jodohnya yang lain. Mak teh rasa nak Latif guna anak untuk memujuk mamanya untuk menyampaikan hasrat hatinya. Ok tak..ada tak terjadi macam tu bekas suami menggunakan anak untuk memujuk bekas isterinya.


Walaubagaimana pun hidup harus juga diterus. Biar apapun gelombang yang melanda, selagi nyawa kita belum dicabut oleh Malaikalmaut, hidup yang sempurna wajib diteruskan. Begitu juga Emil. Dia mengatur hidup nya sendiri. Pulang dari sekolah dia akan memasak sedikit makan untuk diri dan anaknya. Tetapi kebiasaan lauk akan dibeli dari kanten sekolah sahaja, hanya untuk makan malam dia akan menambah sedikit lauk untuk anaknya seperti ayam goreng atau pun telur goreng. Jika hari cuti ada juga memasakkan masakkan kegemaran anaknya, daging masak kicap atau sambal sotong atau pun udang.

Usai solat Zohor mereka akan merehatkan diri sebentar untuk menghilangkan rasa penat. Selesai solat Asar dia akan memastikan kerja sekolah anakya. Selepas Magrib dia kan kerumah ayahnya pula untuk anaknya belajar membaca doa selepas solat. Rutin itu sudah hamper seminggu dilakukan sejak dia dinasihati oleh ayahnya tempuh hari.

Hari itu hari Khamis malam Jumaat. Tadi sepulangnya dari sekolah ayahnya menghubungi agar datang sebelum solat Magrib. Mereka juga dijemput makan malam dirumah emak tirinya. Tetapi makan malam mereka akan dimulakan pada pukul 630 petangitu kata ayahnya tadi. Jadi dia datang agak awal sedikit 545 petang mereka sudah sampai. Ialah takkan nak datang terus makan tentulah dia kena menolong sedikit emak tirinya menyediakan makan malam. Waah sekarang Emil sudah pandai berbudi bahasa.

Ketika dia sampai sebuah kereta Kancil sudah terpakir dihalaman rumah mak ngahnya. Kereta siapa pula ni detik hatinya. Kedengaran didalam rumah suara riuh, suara orang dewasa dan suara kanak-kanak. Ini menandakan bukan Haji Mohd Noh dan isterinya sahaja yang ada didalam rumah. Dia dan anaknya Uwais memberi salam. Ayahnya yang menyambut salamnya menjenguk keluar rumah, ayahnya  mepersilakan dia masuk. Emak tirinya tidak kelihatan mungkin dia sibuk didapur menyediakan makan malam agaknya.

“Masuk Mel”.

“Kereta Kancil siapa ni yah..Bunyi ramai siapa yang datang yah”.Sambil menyalami dan mencium tangan ayahnya Emil bertanya. Perbuatanya di ikuti oleh anaknya Uwais.

“Muaz sekeluarga. Itu kereta Kancil dialah tu”.

“Hai mana kereta Estima dia tu dah kena tarik ke?” Sesekali Emil yang berburuk sangka ada juga singgah kedalam dirinya, walaupun dia sedang berusha menjadi baik.


“Kamu ni Mel, cubalah ubah fikiran kamu tu sikit. Yang sebenarnya kereta dia tu ada, tapi saja katanya dia nak bawa kereta ni, nak ajar anak-anak dia bersusah sikit duduk berhimpit-himpit, jangan nak selalu selesa sahaja nanti terlupa pula nak rasa kesempitan. Dulu kereta ni ayah yang pakai, tapi ayah tak berapa pandai nak guna, ada masaalah kalau nak dihidupkan. Jadi sekarang Muaz beli kereta ni, dia bagi kat Seha. Kalau dia terpaksa keluar beli alat ganti, Seha bolehlah ambil anak-anaknya balik sekolah dengan kereta ni. Jadi dia tak lah bergesa nak balik nak  ambil anak-anak balik sekolah.”. Terang Haji Mohd Noh supaya anak perempuan sulung tidak tersalah tafsir, Muaz mengunakan kereta Kancil pula.

“Ohh.. yang bunyi ramai ni, anak-anak dioranglah ye yah. Susah nak bersihkan hati Emil ni dari berburuk sangka yah” Emil mengakui hatinya..Emil memandang ayahnyanya dengan sengehan menutupi perasaan bersalahnya kerana buruk sangka kepada Muaz.

“Beristifar banyak-banyak  Mel, kalau kita rasa kita buat salah. Memang setiap hari Khamis malam Jumaat diorang makan kat sini. Muaz saja nak mengumpulkan anak-anak dan isteri dia dengan emak dia, supaya nak-anak dan isterinya sayang emak dia”. Oh begitu rupanya Muaz mendidik anak isterinya mesra dengan emaknya detik hati Emil. Sememangnya sejak dulu itulah rutin keluarga Muaz menemani emaknya hingga malam, kemudian barulah dia beransur pulang kerumahnya. Itu sebelum emaknya berteman, tetapi kini hanya hari Khamis malam Jumaat sahaja dia keruamh emaknya. Emil terus sahaja kedapur menyalami emak tirinya dan juga sepupunya Seha.

Itu adalah pesanan Hajjah NorIza kepada semua anak-anaknya sebelum mereka melangkah kealam rumah tangga.

“Anak-anak emak..mak nak pesan ni. Kalau kamu dah berumah tangga nanti ushakanlah supaya pasangan kamu suka balik rumah emak ni, jadikan  pasangan kamu selesa duduk rumah kita,caranya  bila ada peluang duduk lama sikit kat rumah emak dengan cara tu pasangan kamu akan serasai dengan keadaan kita.. Kalau dah pasangan kita selesa rumah kita anak-anak kamu In Syaa Allah anak suka juga nanti. Tapi kalau pasangan kamu dah suka duduk rumah kita, jadikan diri kamu juga suka duduk lama dirumah keluarga pasangan kamu. Mak cakap macam ni sebab kita tak akan mengeluh bila tiba giliran raya kita nak duduk mana. Hati yang terpaksa akan menjadikan kita ditimpa perasaan. Itu yang menyebabkan bila balik cuti sahaja kita pula bergaduh laki bini. Faham tak apa yanh emak nak sampaikan ni”.

Ketika itu semua anak-anak NorIza bercuti kerana mahu meraikan hari perkahwinan Muaz. Dan nasihat itulah yang diutanam dihati anak-anaknya supaya pasangan masing-masing mesra dengan emak mereka. Kemesraan kan melahirkan rasa suka.


Tidak lama selesai makan malam dan berkemas kedengaran laungan azan magrib  bersahut-sahutan dari surau dan masjid berdekatan. Semua orang yang ada dirumah Haji Mohd Noh mengambil wudu’ dan bersiap sedia untuk solat Mangrib. Anak kedua Muaz  sudah tahu tugasnya dia mengalunkan seruan azan untuk ahli rumah datuknya. Kedengaran merdu laungan azan yang dialunkan oleh anak Muaz yang kedua, bergetar hati Emil mendengarkanya. Dia kagum dengan kegigihan Muaz mendidik anak-anaknya sekecil umur 10 tahun sudah diberi tugas mengazankan solat mereka. Magrib itu seperti biasa Haji Mohd  yang mengimamkan solat Magrib mereka. Berderet para Jemaah lelaki termasuklah anaknya diikuti oleh jemaah perempuan dibelakang Haji Mohd Noh.


Semua isi rumah mendirikan solat kecuali anak Muaz yang baru berusia 1 tahun 5 bulan yang tidak bersolat. Dia didudukan didalam walker yang ditambat disudut rumah namun tidak jauh dari tempat mereka bersolat.  Mungkin sudah menjadi kebiasaanya begitu dia tidak menangis bila dilakukan begitu oleh ibunya. Usai solat dan berdoa mereka semua membaca Yassin dan kemuadian bersambung dengan tahlil. Rupanya setiap malam Jumaat keluarga mak ngah nya menyedekahkan Yassin dan tahlil untuk arwah-arwah ahli keluarganya yang disayangi. Kini termasuklah nama mamanya sekali. Menitik air mata Emil, dulu disangkanya ayahnya sudah melupakan mamanya, rupanya tidak.Tapi cara ayah mengenang mamanya berbeza dengan bagaimana dia mengenang mamanya. Usai bacaan Yassin dan tahlil Emil menghampiri ayahnya.

“Yah selalu ke mak ngah baca Yassin macam ni”.

“Sejak arwah pak ngah meninggal kata mak ngah. Dulu hatinya sedeh bila pak ngah meninggal, anak-anak masih kecil. Dia sangat sayang arwah suaminya, dia didik anak-anaknya mengasihi dn mengingati ayah yang dah meninggal dengan membaca Yassin dan bertahlil pahalanya disedekahkan pada arwah pak ngah. Bila nenek dan atuk meninggal mereka pun buat macam tu juga sebab mereka pun sayang atuk dan nenek,  kan dulu atuk dan nenek baik dengan diorang semua.”.

“Ohh memang sejak dululah mereka buat ni”.

“Ia Mel, ayah pun baru tersedar bila ayah masuk jadi keluarga diaorang. Dulu Ayah jarang bacakan Yassin dan tahlil untuk arwah atuk dan nenek Emil.”.

Kini Emil Atilia sudah berubah. Dia sudah jadi wanita yang lembut hati dan bertimbang rasa. Dia sudah selalu berkunjung kerumah emak tirinya. Walaupun panggilan tidak berubah dia tetap memanggil mak ngah pada emak saudara yang merangkap emak tirinya itu. Dia tidak lagi kedekut dengan tenaganya. Jika semasa dia datang emak tirinya sedang didapur atau melakukan kerja-kerja lain, dia tidak akan teragak-agak menyingsing lengan baju untuk membantu. Dia juga sudah selalu terserempak dengan Muaz, jika dia dirumah emak tirinya. Mereka juga sudah boleh duduk berbual, biar pun bahasanya masih berENGKAU dan berAKU  untuk percakapan mereka  berdua, namun mereka sudah boleh duduk berbincang.  Sikap Emil berubah sejak Muaz dan isterinya menjadi saksi lafaz cerai Abdul Latif untuk dirinya tempuh hari.

Perubahan pada watak Emil Atilia sejak menjadi ibu tunggal sangat ketara. Dia tidak lagi cengil dan bengkeng seperti dulu. Pakainya juga tidak lagi yang berfesyen bagai. Dulu walaupun dia bertudung namun dia suka berblouse dan berskirt kembang, atau berskirt potonagan ‘A’ lalu digayakan bersama boot potongan tinggi. Dia nampak sungguh moden dan bergaya. Itu adalah ajaran mamanya..

“Mel kita perempuan ni harus pandai bergaya supaya suami kita tak pandang wanita lain. Ini tak pakai baju kurung sahaja, macam orang nak pergi kenduri kahwin. Sesekali tu tukarlah cara pemakaian kita.”

Sememangnya jika dia berpakaian moden dan bergaya  ramai orang, tidak kira lelaki mahupun wanita akan menoleh kearahnya dua tiga kali. Hatinya bangga ketika itu kerana  mendapat perhatian. Namun sekarang tidak lagi dia lebih suka berbaju kurung dan bertudung sarung sahaja. Warnanya juga tidak lagi warna-warna terang seperti kebiasaanya. Sekarang ini dia menjadi wanita yang sungguh sederhana.

Rutin harianya pula setiap hari selepas solat Magrib dia kan kerumah mak ngahnya. Dia membawa anak tunggalnya belajar dan menghafal doa-doa selepas solat, doa selesai membaca Yassin dan bertahlil bersama ayahnya Haji Mohd Noh. kadang-kadang mereka  akan bertadarus bersama ayah dan emak tirinya. Dek kerana jadual kehidupanya sibuk tidak terasa masa berjalan sudah mahu melepasi tiga tahun sejak dia berpisah dengan suaminya. Tetapi yang membanggakan hasil ushanya yang gigih sudah menampakkan hasilnya, kini anaknya sudah pandai menjadi imam kepadanya jika mereka bersolat dirumah. Tahun lepas anaknya menjadi imam solat sunat Terawikh mereka dirumah. Bangga dirinya hasil ushanya anak yang baru berumur 14 tahun sudah pandai menjadi imam. Ketika itu dia tidak sedap badan untuk kesurau atau kemasjid ditidak larat, jadi mereka bersolat dirumah sahaja. Dia menjadi makmum anaknya.

“Bang!!Kalau abang sayang mama, abang jadilah anak yang soleh dan mendengar kata. Rajin-rajinlah belajar sebab mama ni tak ada anak lain selain abang. Mama nak menumpang hidup mama dengan abang bila mama dah tua nanti. Jadi kalau abang tak jadi orang yang berguna macam mana mam nak menumpang dengan abang”.Itulah kata-kata yang terluah setelah usai solat sunat Terawikhnya setelah setahun dia memegangang gelaran janda.

“In Syaa Allah ma..tapi mama kena tegur abang kalau abang nakal.”

Tahun itu tahun pertama diri berpuasa tampa suami disisinya hatinya jadi pilu. Dalam keadaan dirinya yang tidak sihat menyelinap berbagai rasa dihati Emil. Dia menangis di bahu anaknya ketika itu. Namun sekarang bayangan suaminya sudah jarang melintas dibenaknya. Emil sudah boleh menerima keadaan dirinya. Begitu juga anaknya.

Demi anak hubungan Emil dan Abdul Latif juga baik. Emil  masih boleh melayani perbualan ditelefon jika bekas suaminya menghubunginya.  Dia juga boleh bertentang mata dengan bekas suaminya, jika guru kelas anaknya mahukan para ibu bapa  berjumpa untuk membincangkan hal anak mereka (Biasanya pihak sekolah akan mengadakan perjumpaan tiga penjuru untuk membincangkan peribadi murid). Emil terpaksa berbuat begitu demi anak tunggalnya Uwais. Hati seorang wanita merangkap seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja demi  kebaikkan anaknya (maksud berkorban mengenepikan soal sakit hati, rasa pedih dan rasa tertipu dengan perbuatan bekas suaminya dulu).

            Seperti yang dijanjikan dulu Abdul Latif akan mengambil Uwais untuk duduk dirumahnya atau dikampung neneknya diwaktu cuti sekolah tetapi bergilir-gilir, begitu juga untuk Uwais berhari raya. Jika tahun itu dia berhariraya bersama mamanya, ditahun hadapan pula akan dia akan berhariraya dirumah keluarga papanya pula.  Namun setiap kali dia berpergian Uwais tidak lupa berpesan kepada mamanya agar duduk dirumah nenek ngahnya.

 “Mama masa abang tak ada ni mama duduk lah rumah nenek ngah..”

“Ialah..abang jangan bimbangkan mama, pandai lah mama jaga diri mama ni..Duduklah lama sikit dengan papa.Papa komplin dengan mama kalau abang duduk sekejap sangat dengan dia.”.

“Macam mana abang tak bimbangkan mama, mama tu perempuan. Walaupun mama kata mama boleh jaga diri, tapi abang tetap bimbangkan mama. Sedang kan perempuan yang dah tua pun boleh orang buat tak senonoh dengan dia, inikan mama yang masih cantik”.

Mendengar kata-kata anaknya ketika itu Emil meluru mendapatkan anaknya, dia menangis di dada anaknya kerana kesedehan. Kini ketinggian anaknya sudah melibihi ketinggian dirinya, maklumlah sudah hamper lima belas tahun umur anak tunggalnya, lagi pun dia seorang yang bertubuh tinggi mungkin mengikuti genetik papanya. Hatinya sangat tersentuh melihat anaknya sangat ambil berat kepada dirinya. Dalam hatinya bergema dengan ucapan Alhamdullilah. ‘Ya!!Allah inikah kemanisan yang Kau beri dalam pahit yang kulalui.’detik hatinya.

Dalam tak sedar perceraian Emil sudah tiga tahun berlalu. Kehidupan Emil sudah lama tenang. Anak tunggalnya juga sudah mendapat keputusan PMR.  Dia cemerlang dalam pepereksaan itu. 8A  itulah keputusan yang sangat membangga kan dirinya sebagai seorang ibu. Itulah hasil ushanya selama ini membimbing dan memberi tunjuk ajar anak tunggalnya. Dia sungguh bersyukur kehadrat Illahi diatas kejayaan anaknya dan dia sangat bersyukur mendapat anak yang mendengar kata.

Sehari selepas keputusan diumumkan bekas suaminya meminta izin untuk membawa anaknya kerumahnya. Emil mengizinkan. Pada Emil mungkin bekas suaminya mahu nasihati anaknya untuk memilih bidang  atau jurusan pelajaran sebagai persediaan hala tuju anaknya di waktu persekolahannya  ditahun hadapan. Dua hari kemudian dia menghantar semula anaknya kepangkuanya, maklumlah sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi.

Kini bermula sudah sesi persekolahan untuk tahun itu.Anaknya memulakan tingkatan empatnya disekolah lamanya.

“Papa cakap apa tentang keputusan PMR abang?”

“Papa ucapkan tahniah kat abang. Kemudian dia suruh abang mohon sekolah berasrama penuh atau pun masuk MRSM (Maktab Rendah Sain Mara)”.

“Eloklah tu, mama pun sokong. Kerana terlalu gembira hari tu mama lupa nak ingatkan abang memohon masuk sekolah MRSM. Cik gu ada bagi borang  bang. Borang MRSM tu kena cepat diisi bang, kalau abang tak tahu nak isi bawa balik kita isi sama-sama.”

“Maa! Abang tak nak masuk mana-mana sekolah, abang nak teruskan sekolah kat sini sahaja.”

“Kenapa pula??Kan abang ada kelayakan untuk masuk sekolah berasrama, mohon dulu,  dapat tak dapat belakang kira. Kalau dapat mama bersyukur sangat. Yang sebetulnya elok kalau kita masuk sekolah yang kebanyakan budaknya pandai-pandai ni..boleh mencabar diri, masa tu semangat belajar bersungguh-sungguh datang berkobar-kobar.” Riuh mulut Emil menceritakan kebaikkan memasuki sekolah berasrama penuh. Namun jawapan anaknya meghampakan dirinya.

“Tak apa lah ma, abang lebih suka belajar kat sini dengan mama. Abang rasa semua sekolah tu sama sahaja. Hanya kita nak belajar dengan tak nak sahaja. Ramai juga para pelajar dari sekolah abang tu yang berjaya dalam pelajaran mereka hingga  keperingkat tinggi”. Masa itu Uwais bagai tidak berminat bercerita tentang sekolah berasrama seperti yang dicadangkan oleh papa dan mamanya.

“Tapi abang ada kelayakkan untuk masuk sekolah berasrama, sekolah berasrama ni bagus bang, sekolah-sekolah macam ni boleh  menjadikan seorang pelajar ni belajar bersungguh-sungguh, disamping mengajar seorang pelajar itu mengurus kan hidupnya sendiri. Lagi pun abang anak lelaki cuba lah belajar jauh dari mama supaya abang boleh berdikari”.

“Tak ma, sebab abang anak lelakilah abang kena jaga mama.  Mama kat sini seorang diri.”

“Bang!!Jangan pasal mama abang persiakan peluang abang. Berebut-rebut orang nak masuk sekolah asrama bang, kalau abang tak cuba nanti abang menyesal. Mama kat sini In Syaa Allah tak apa-apa. Lagi pun atuk kan ada..bukan jauh rumah nenek ngah dengan rumah kita”.

“Tak ma memang abang tak terniat nak pergi dari Pengkalan Hulu ni. Lagi pun apa-apa  yang buruk berlaku pada mama, nanti abang akan menyesal seumur hidup abang. Abang janji walau pun abang belajar kat sini abang akan belajar bersungguh-sungguh, nanti abang akan buktikan masa keputusan SPM abang In Syaa Allah..”.

Dikelasnya sibuk rakan-rakan sekelasnya mengisi borang kemasukkan ke sekolah menengah Maktab Rendah Sain Mara. Uwais tidak memperdulikan kesibukkan rakan-rakanya.

“Uwais kau tak isi borang MRSM ke?” Ahmad Sufian kawan baiknya  bertanya, dia sudah memegang sekeping borang untuk diisi.

“Aku malas nak pergi mana-mana. Aku nak duduk dengan mama aku. Aku kesian mama aku kalau aku pergi dia akan duduk sorang”.

“Tapi keputusan kau baik, sayang pula kalau kau tak cuba. Mana tahu rezeki kau dapat  masuk MRSM.”Ingat Ahmad Sufian pada teman baiknya.

“Pada aku kan Pian sekolah kat mana-mana pun sama. Yang penting hati kita, kalau kita bersungguh-sungguh belajar kat mana-mana pun boleh berjaya juga. Kalau kita malas nak belajar kat asrama penuh pun kandas juga”.  Datar sahaja suara Uwais melepaskan apa yang ada dihatinya.
                               
“Aku malas juga nak minta mana-mana. Tapi ayah aku suruh aku minta”..Keluh Ahmad Sufian. Dia juga kasihan pada ayahnya yang akan kesaorangan bila dia tinggal diasrama kelak. Kebetulan dua sahabat baik itu mendapat keputusan cemerlang diantara 10 orang murid yang cemerlang disekolahnya.. Ahmad Sufian juga anak seorang guru ayahnya mengajar disekolah mereka. Ibunya seorang suri rumah tangga, baru sebulan meninggal dunia kerana kenser usus.

“Kau ikutlah cakap ayah kau..”

“Yang sebenarnya aku kesian kat dia, dia akan duduk sorang kalau aku duduk asrama. Kau pun tahu kan ibu aku baru sahaja meninggal”.

“Tak apa ayah kau lelaki tak bahaya pun kalau dia duduk kat rumah sorang diri”.

 “Memanglah tak bahaya tapi nanti dia tak ada teman nak bercakap, masa kat rumah. Aku kesian nanti dia teringat sangat kat ibu aku yang baru meninggal. Kesian dia”. Ahmad Sufian membayangkan kesuyian ayahnya yang baru sahaja ditinggal isterinya kealam baka’.

“Tapi suruhan dia tu untuk kebaikkan kau juga. Ayah kau tu nanti masa cuti semesta kan ada kakak dan abang  kau tengukkan. Lagi pun kakak kau yang nombor tiga  tukan masih ada kat rumah, dia kan boleh teman ayah kau”. 

“Kakak aku tu dah pergi belajar minggu lepas”. Ahmad Sufian merupakan anak bungsu dalam keluarganya. Adik beradiknya empat orang dua orang lelaki dan dua orang perempuan berselang bunga.(Selang bunga bermakna anak sulong perempuan kemudian lelaki dan seterusnya atau sebaliknya lelaki dahulu diikuti perempuan dan seterusnya).


“Bang!!!”. Belum sempat mamanya meneruskan kata cepat-cepat Uwais menyatakan apa yang difikirkan…

“Tak ma keputusan abang muktamat, abang nak sekolah kat sini sahaja. In Syaa Allah ma, abang tak akan hampakan harapan mama. Abang akan taat pada perintah Allah dan abang akan belajar rajin-rajin. Lagi pun abang nak duduk dengan mama selagi kita boleh duduk sama, esok kalau lepas SPM memang abang tak ada pilihan, jadi abang kena pergi tinggalkan mama juga.” Kekerasan hati anaknya mengikuti kekerasan hatinya. Namun kelembutan tingkahnya mengikuti tingkah papanya. Emil meluru seperti biasa bila hatinya tersentuh. Dia memeluk anaknya. Dia menangis lagi didada anaknya . Dengan lirih dia meluahkan terimakasihnya.

“Terima kasih bang, kerana mendulukan mama dari kepentingan abang sendiri. Tapi mama risau masa depan abang kalau abang duduk dengan mama. Mama akan rasa bersalah kalau abang susah nak dapat kerja kerana tak ada sijil lain selain dari sijil SPM sahaja.”

“Tak apa ma, ini tanggung jawab abang pada mama, jangan mama rasa bersalah pada diri sendiri, abang janji akan belajar rajin-rajin. Abang akan cemerlang dalam SPM  biar pun abang hanya belajar kat sini ma. Memang lepas SPM abang akan pergi juga tinggal untuk belajar. Tapi sekarang ni abang akan duduk dengan mama dulu”.

“Semoga abang mendapat kebahagian dihari muka.”

Seminggu sesi persekolahan bermula diwaktu disedang bersiap untuk kebilik tidurnya telefon bimbit Emil bergetar menandakan ada panggilan masuk. Bila dilihat nombor yang tertera adalah nombor bekas suaminya. Tekan sahaja butang hijau belum sempat dia melontarkan suaranya berdahuluan bekas suaminya memberi salam…

“Asalamualikum Mel!! Abang ni. Emil apa khabar”.

“Waalaikum salam, tahu saya masih kenal suara abang. Saya baik. Ada apa call saya ni. Nak ambil Uwais ke minggu ni ke?”.

Memang setiap  dua minggu sekali  jika Uwais tiada apa-apa aktiviti dan tiada kesibukkan pada dirinya,  dia kan mengambil anaknya untuk tinggal dirumahnya barang sehari dua. Tetapi biasanya baru sehari bermalam Uwais sudah minta dihantar pulang, atau pun dia akan meminta mamanya datang mengambilnya..

“Taaak… nak tanya memang Uwais tak memohon mana-mana sekolah ye”.

“Tak, dia memang nak sekolah kat sini sahaja”.

“Hari tu dia cerita dengan abang, dia bimbang nak tinggalkan Emil sorang. Itulah sebab nya dia tak memohon sekolah berasrama.  Abang takut nanti lepas SPM pun dia tak nak sambung belajar lagi kerana takut mamanya tinggal sorang”.

“Habis saya nak buat macam mana, saya dah suruh berkali-kali memamng dia yang tak nak. Nak dipaksa takut lain pula jadinya”.

“Mel! Apa kata kita kembali bersama. Rasanya dah tiga tahun kita berpisah macam ni..rasa sunyi sangat hidup abang”.Ketika itu Zila isterinya terdengar perbualan suaminya dengan bekas isterinya diluar rumah. Terus sahaja dia  menelinga..
(Apa perasaan anda.. jika apa yang terjadi pada Zila terjadi pada anda..)

“Sunyi ke bang..habis Zila kan ada..tak kan abang rasa sunyi juga”.

“Abang tak main-main Mel abang sunguh-sungguh. Berbelas tahun kita sebumbung, takkan Emil tak rasa kehilangan abang”. Sememangnya selama mereka berpisah Abdul Latif mengharapkan bekas isterinya meminta untuk kembali kepadanya.

“Entahlah bang saya dah dapat terima hidup yang macam ni. Saya tak nak susahkan abang nanti. Saya ni kuat cemburu, kalau boleh saya nak suami saya hanya peluk saya sahaja. Saya tak nak kongsi suami”.

“kalau macam tu abang boleh…”

“Jangan bang, jangan fikir yang macam tu. Kesian Zila, dia baru lepas bersalin, kalau dia dengar abang cakap macam ni apa perasaan dia. Lagi pun dia dah bagi tiga orang anak pada abang. Dia tak kerja macam mana dia nak tanggung anak-anak abang. Jangan abang sia-siakan anak yang dah lahir bang, jangan abaikan anak yang dah wujud dihadapan kita. Jangan dijadikan dia manusia yang tak berguna sebab kita abaikan mereka”.Yang sebenarnya isteri bekas suaminya baru sahaja lepas pantang kerana melahirkan anak yang ketiga. Dengar cerita Uwais  papanya mendapat anak perempuan kali ini. Ini bermakna sudah dua orang anak perempuan dan dua anak lelaki suaminya termasuk Uwais.

“Tapi Mel, abang  rasa tak gembira hidup tampa Emil.”

“Sekarang ni kita tak boleh fikir gembira kita sahaja. Kita kena beralah  untuk anak-anak. Sebab anak masih jauh jalan hidupnya. Macam kita..kita dah tahu hidup kita macam mana.. kita dah tahu kerja jaya kita. Tapi anak-anak, kita lah yang akan membimbing mereka mencari jalan hidup mereka  supaya dia juga boleh hidup selesa macam kita. Mudah cari makan, mudah mencari kehidupan. Mana tahu kalau kita nak menumpang hidup dengan mereka pula dihari tua kita.”  Panjang lebar Emil menceritakan kepentingan mendahulukan kebajikan anak-anak kepada bekas suaminya.

‘Oh mungkin dengan kesedaran ini dia didik Uwais menjadi anak yang pandai dalam serba serbi, bagusnya Emil sekarang’ Itulah yang detik hati Abdul Latif. Pada pandangan matanya sekarang Uwais seorang remaja yang berbudi bahasa, pandai mengambil hati orang tua terutama ibunya(nenek Uwais), pandai dalam ugama (mengaji dan bersolat dan berdoa selepas solat) dan juga seorang anak yang cerdik.

“Abang bukan nak gembira sangat..hanya abang nak semangat dan rasa teruja itu sahaja”.

“Carilah semangat tu pada Zila. In Syaa Allah dia pun boleh bagi abang rasa teruja tu”.

“Entahlah Mel…Mungkin Emil tak faham apa yang abang rasa. Tapi abang selalu teringatkan Emil..kenangan bersama Emil….”





16 comments:

  1. padan muka latif. kelmarin mudah benar lafazkn talak.
    alhamdulillah moga emil tetap pendirianya.
    -dibah-

    ReplyDelete
  2. Harap2 Emil kekal & tegas di dlm pendiriannya. Biarlah Latif dgn Zila mendidik ketiga2 anak mereka. Atau jodohkan saja Emil dgn bapa Ahmad Sofian. Jodohkan janda dgn duda. Fair & square. Tak menganggu ketenteraman rumahtangga sesiapa pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2..saya setuju.....biar emil temui cinta lain

      Delete
  3. Kena sambung gak ni. Tak kisah brp lama masa mak teh nak ambil. Byk yg belum selesai. Mak teh pun mcm dah sediakan watak utk bakal suami emil. Latif dgn zila memang padan muka berdua tu. Si zila tu dah tau laki org nak juga.

    ReplyDelete
  4. Ala mak teh, janganlah stop kat sini je... Rindulah nanti nak tahu cerita seterusnya. Alhamdulillah emil dah banyak berubah dan penuh kesedaran. Biarpun sedih dengan apa yang berlaku dengan pengabdian diri pada yang maha berkuasa beliau mampu meneruskan perjalanan hidup dengan tenang. Bertuah emil dapat anak sebaik uwais.... Penuh tanggungjawab.

    ReplyDelete
  5. Padan jgk dgn muka dua orang ni. Si zila tu dlu dah tau laki org nape terima je. Si latif tu plk terlajak kata, terlajak perbuatan tanggung la akibatnya. Hidup perlu diteruskan. Hadap je la. Pandang je la nnt jandanya kawen org lain.

    ReplyDelete
  6. latif tu ego tinggi. pantang rasa tercabar....dia kahwin dgn zila lpas tu dia dgn mudah lafazkn talak pd emil dgn harapan emil akn menyesal dn hndak rujuk smula. layanle ego tu lebih lebih, skrg sendiri yg mnyesal dn nk rujuk dgn emil. org lelaki ni dikurniakn 9 akal 1 nafsu tapi perangai mereka seolah olah 9 nafsu 1 akal pulak.
    alhamdulillah berjaya emil dgn sokongan ayah dn ibu tirinya mndidik uwais mnjadi manusia.
    sambung le lagi mak teh. akak sntiasa mngikuti cerita di blog ini. kdg tu smpi emosi sungguh.
    -dibah-

    ReplyDelete
  7. rasanya padan jugamuka zila tu..dulu dh tau latif tu dh berkahwon nk juga suami org sanggup kahwin senyap senyap tak mnta izin emil. skrg biar fia tau bgmana rasanya bila suami hndak rujuk dgn emil. begitu lah hancurnya hati emil.
    -dibah-

    ReplyDelete
  8. biasa la tu lelaki kalau dah kahwin lebih dari satu..
    end up isteri 1st gak yg di carinya..

    ReplyDelete
  9. dh 6 thn kawin dgn zila (3 thn sblum + 3 thn slpas cerai emil) baru si latif sedar dia sunyi dn rasa x teruja emil x de. tp blh pulak smpi 3 org anak dgn si zila.
    dh smpi 3 thn bercerai baru nk ajak rujuk smula sedangkn si zila baru habis pantang. rasa semangat dn teruja mcm mana le yg si latif nk....dh smpi 3 anak dgn si zila pun masih x bersemangat dn teruja? apa le punya ego. Zila dh x jaga mak mertuanya lagi ke? dh x dok di kg lagi pun.
    Emil tetap le dgn pendirian. biarkn si latif dgn ego dia.
    -dibah-

    ReplyDelete
  10. Macam ni la perempuan kan. Bab madu ni memang tak boleh nak kompromi. Bukan nak menidakkan poligami, tapi Rasulullah sendiri pun tak madukan isteri pertama. Setelah Siti Khadijah wafat baru mengamalkan poligami. Sebagai lelaki zaman sekarang(ada ke laki baca citer ni?) kalau ilmu tak cukup tak payah la nak kawin lebih, kalau satu pun tak dapat nak didik jadikan isteri solehah. Sudahnya diri sendiri juga yang huru hara. Tak de makna nak tunjuk hebat.

    ReplyDelete
  11. betul tu..x de maknanya nk test power klu lpas tu x teruja le x bersemangatle tp anak dh smpi 3.
    -dibah-

    ReplyDelete
  12. Yg sbenarnya lelaki ni jangan dicabar dan jngan dituduh lgi2 dng pkra yg tu, takut cabaran atau tuduhan kita dia melakukan perkara2 yg tak dijangka. Itulah sbabnya ramai lelaki yang kelihatan sabar dan baik melakukan prkara yg tak trfikir dek kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu le sebab nya akak kata dikurniakan 9 akal 1 nafsu tap bila bab macm ni tindakan mereka seolah-olah 9 nafsu 1 akal....junjung sesangat ego mereka.
      -dibah-

      Delete
  13. Apa kata dijodohkan Emil dengan ayah Ahmad Sofian yang baru kehilangan isterinya tu...boleh Uwais dan Ahmad Sofian sambung belajar bersama.

    ReplyDelete
  14. harap mak teh sambungle cite ni......

    -dibah-

    ReplyDelete