Hari
kelima diMadinah Puan Salamiah memberitahu ahli biliknya selepas mereka balik
dari solat subuh.
“Hari
ni kita siap cepat sikit ye.”
“Kenapa
kak??”
“Hari
ni kan Hari Jumaat, kalau lambat nanti kita tak dapat tempat”.
“Ehh
kita perempuan boleh sembahyang Jumaat kat sini??” Semua rakan-rakannya
terkejut. Itulah solat Jumaat pertama yang tidak dapat dilupakan oleh Noriza
dan rakan-rakannya. Mereka dapat bersembahyang
Jumaat diMasjid Nabawi. Solat Jumaat yang
pernah dilakukan selama mereka
hidup didunia. Bagi NorIza yang
sudah 60 tahun umurnya dia tidak pernah bersolat Jumaat ketika diMalaysia. Bila
ditanya rakan sebiliknya mereka juga begitu. Itulah pengalaman pertama mereka
bersolat Jumaat (Solat yang hanya dilakukan oleh orang lelaki sahaja di
Malaysia).
“Kita
kena pergi cepat dari biasa ni. Biasanya hari Jumaat orang ramai sangat, sebab
orang tempatan pun turun juga”.
“Pukul
berapa kita nak pergi.”.
“Siap-siaplah
1030. Nasib kita baik dapat duduk dalam masjid tapi kalau dah penuh kita solat
kat dataran sahaja”. Ditengah panas. 1230 tengahhari mereka mendirikan solat
Jumaat. Walaupun matahari memancar terang namun masih terasa sejuknya bila
angin bertiup. Bagi NorIza yang biasa dengan cuaca panas Malaysia, dirinya
mengigil kesejukkan. Alhamdullilah dia sudah bersiap sedia dengan baju tebal
ditubuhnya.
Memang benar apa yang diperkatan oleh
Salamiah waktu itu keadaan sangat padat.
Para Jemaah memenuhi ruang masjid hingga mereka terpaksa solat didataran
dibawah Payung gergasi walaupun mereka datang awal dari biasa tadi. Ada banyak
payung gergasi di dataran tersebut terkembang memayungi para Jemaah. Keadaan
makin lama makin sesak dengan manusia. Keadaan itu terjadi kerana dihari Jumaat
seluruh rakyat tempatan juga akan keMasjid untuk menunaikan solat Jumaat
dicampur lagi dengan para Jemaah dari serata pelusuk dunia, menjadikan ruang
yang besar pun padat tidak beruang.
Sungguh nyaman bumi Madinah. Kedaanya yang
damai persekitarannya menyegarkan. Dan sesiapa yang duduk dibumi Madinah
jiwanya jadi tenang. Itulah yang dirasa oleh
Noriza setelah seminggu berpayung langit Haramain . Biasanya selepas
solat subuh dia akan minum dibilik. Setiap Jemaah diperuntukkan paket-pekat
minuman teh, kopi dan nescaffe. Jika hendak menambah dengan susu atau perisa
selain dari yang dibekalkan mereka hendaklah membeli sendiri. Ada banyak kedai
runcit terdapat dibawah hotel penginapan mereka. Setelah seminggu tinggal
diMadinah, Puan NorIza sudah pandai berjalan bersama kawan-kawan sebilik atau
kawan-kawan dari bilik lain.
Setelah lapan hari dibumi Madinah. Kini tiba
masanya mereka akan keMekah pula. Mereka diberi tahu oleh pihak tabung Haji
akan bertolak selepas waktu asar. Jadi
selepas solat Zohor para Jemaah dipenerbagan 42 dikehendaki melakukan‘ziarah
wida' iaitu ziarah perpisahan atau ziarah selamat tinggal dengan menziarah
makam Rasulullah sebelum meninggalkan Madinah.Bagi kaum wanita ziarah ini juga
boleh dilakukan dari luar masjid berkenaan.
Bagi jemaah lelaki memang tiada
masalah untuk masuk kedalam masjid dan terus ke makam Rasulullah untuk
mengucapkan selamat tinggal kepada baginda kemudian terus sahaja singgah di Raudhah. Manakala bagi Jemaah wanita mereka berdoa dan
mengucapkan selamat tinggal dari luar sahaja. Selepas itu semua jemaah bertemu
semula diluar masjid Nabawi.
Semalam pihak Tabung Haji sudah
mengingatkanmereka akan bertolak selepas Asar. Sebelum bertolak mereka
dinasihatkan mandi sunat Ihram dan
memakai pakaian Ihram, kemudian menunaikan solat sunat ihram dua rekaat. Cara
ini untuk memudahkan mereka untuk membuat pilihan..sama ada mahu turun untuk
menunaikan solat sunat ihram Masjid Bir Ali atau pun tidak. Jika mereka tidak
turun mereka sudah boleh memasang niat Umrah didalam bas sahaja setibanya diBir
Ali kelak.Tetapi biasanya mereka akan memandang pada kemampuan Jemaah. Sudah menjadi biasanya waktu-waktu itu BirAli
sangat sesak dengan jemaah lain dari berbagai pelusuk dunia dan para petugas
juga tidak menggalakkan jemaah wanita
turun untuk menunaikan solat sunat ihram dimasjid berkenaan. Selepas solat
Asar, mereka berkumpul di lobi hotel. Setelah memastikan semua barangan dan
jumlah Jemaah pada penerbangan 42 cukup, mereka meninggalkan Madinah. Semua
Jemaah sudah dalam pakaian Ihram.
BerIHRAM untuk jemaah lelaki ialah mereka
diwajibkan memakai pakai yang tidak berjahit dan berselipar sahaja ini bermakna
mereka diharamkan memakai kasut. Hanya dua helai kain seakan tuala mandi
membaluti badan mereka. Yang sehelai dijadikan kain dan yang sehelai lagi
dijadikan tutup badan mereka. Mereka diharamkan memakai pakaian yang berjahit
termasuklah seluar dalam. Bagi jemaah perempuan pakaian Ihram mereka biasa
sahaja. Mereka hanya dikehendaki menutup aurat. Biasanya bagi Jemaah haji
wanita Malaysia mereka memakai pakai biasa dan kemudian bertelekung atau
bertudung labuh. Mereka diharamkan menutup muka atau berpurdah dan memakai sarung tangan. Setelah mereka berihram mereka
diharamkan memakai wangi-wangian.
Bila sampai waktunya yang telah diberitahu,
semua Jemaah yang sudah siap memakai pakaian Ihram akan diarahkan menaiki bas yang telah disediakan
oleh pihak pengurusan. Bermulalah perjalan mereka selama 7 atau 8 jam menuju
keMekah. Ketika sampai di Bir Ali mereka diingatkan untuk memasang niat Umrah. Itulah
umrah pertama bagi orang yang tidak pernah menunaikan Umrah. Umrah itu adalah
UMRAH WAJIB bagi setiap insan yang berugama Islam dan yang berkemampuan.
Perjalan dari Madinah keMekah kira-kira 7 ke 8
jam akan juga berhenti ditempat-tempat tertentu untuk mereka menunaikan solat. Sampai
diMekah, para Jemaah ditempatkan dihotel-hotel yang telah disediakan. Sekali
lagi NorIza sebilik dengan kawan-kawannya diMadinah hanya bertambah seorang
lagi ahli. Menjadikan mereka lima orang dalam satu bilik. Mereka ditempatkan
ditingkat 12 bangunan hotel. Tidak seperti di Madinah bangunan hotel di Mekah
lebih tinggi dan keadaan sekelilingnya juga berbatu batan. Ketika diMadinah
keadaan muka buminya kelihatan datar tidak terlihat bukit batu disekeliling
hotel penginapan mereka. Dan kedudukan hotel juga tidak jauh dari Masjid
Nabawi.
Setelah selesai urusan beg dan bilik
penginapan biasanya para Jemaah akan dikehedaki berehat dahulu, sebelum mereka
melakukan tawaf dan saie umrah. Bagi para jemaah dari Malaysia jika mereka
ketanah suci menggunakan hidmat Tabung Haji, Umrah Pertama mereka akan
dibimbing oleh para petugas Tabung Haji, mereka kan diiringi hingga selesai
melakukan tawaf dan saie, yang biasanya dilakukan diwaktu malam.
Malam itu seperti yang telah diarahkan oleh
petugas Tabung Haji semua Jemaah pada penerbangan ke42 berkumpul dilobi hotel
selepas solat Isyak. Mereka mesti dalam keadaan bersih dan berwudu’. Kerana
mereka akan melakukan tawaf Umrah. Setiap orang yang mahu melakukan tawaf wajib
berwudu’. Setelah semuanya bersedia mereka beramai-ramai berjalan menuju
keMasjidil Haram untuk menunaikan Umrah mereka yang pertama. Sungguh besar
ruang solat didalam Masjidil Haram, terasa jauh berjalan didalamnya sehingga
mereka menemui anak-anak tangga. Mata sudah menangkap dihadapanya tersergam
gagah bangunan yang diselimuti oleh kain hitam. Itulah KAABAH. Bangunan yang
dibina oleh Nabi Ibrahim A.S.
Ketika terpandang bangunan KAABAH Noriza
begitu terpegun dengan kebesaran Allah, berulangkali dirinya mengucapkan
sukurnya kehadrat Ilahi kerana menerima dirinya menjadi tetamu Yang Maha
Isa.Yang sebenarnya dia bagai tidak percaya dirinya sudah dibumi Mekkah menjadi
tetamu Allah. Dihadapanya adalah KAABAH yang menjadi kiblat solatnya selama
ini.. Sambil jalan berbimbing tangan dengan Siti Khadijah, manakala Siti
Khadijah pula merangkul lengan suaminya dengan berlapik telekung, mereka menuju
ke garisan yang menunjukkan garisan untuk mereka memulakan tawaf.(Penjuru Hajar
Aswad akan ditandakan dengan lampu hijau di penjuru bangunan) Sebelum memulakan
tawaf mereka Mohd Noh mengingatkan.
“Kak
ngah, Tijah baca niat tawaf umrah ye. Sahaja aku tawaf tujuh pusingan tawaf
Umrah kerana Allah Taala”. Dengan suara perlahan Mohd Noh mengajari
wanita-wanita disebelahnya.
Selesai tawaf tujuh kali mengeliling Kaabah,
Mohd Noh mencari kawasan untuk mereka bertiga solat sunat selesai tawaf dua
rekaat (Yang lebih afdal dibelakang Makam Ibrahim tetapi jika keadaan tidak
mengizinkan mereka boleh bersolat dimana saja). Dan untuk kali pertama juga
Noriza beriringan sebaris dengan Jemaah lelaki lain mendirikan solat. Selesai
solat sunat Mohd Noh berjalan menuju Safar dan Marwa untuk mereka melakukan
saie pula. Sebelum itu dia singgah ditong-tong air zam-zam yang banyak terdapat
disetiap sudut Masjid untuk minum diikuti oleh isterinya dan NorIza. Itu adalah
salah satu perbuatan sunat selepas tawaf. Sebelum memulakan saie Mohd Noh
sekali lagi mengingatkan bacaan niat wanita-wanita dibawah jagaannya.
“Baca
niat ye.Ya Allah aku hendak mengerjakn
saie antara Safa dan Marwa tujuh kali, saie Umrah kerana Allah Taala”.Nampak
sungguh bertanggung jawap Mohd Noh di
atas wanita-wanita jagaanya. Mereka memulakan saie dari atas bukit Safa
berjalan hingga keatas bukit Marwa. Ketika di lampu hijau Mohd Noh mula
berlari-lari anak. Bagi dirinya Jemaah lelaki perkara itu sunat untuknya tetapi
untuk Jemaah wanita berjalan seperti biasa sahaja.Tetapi harus dipercepatkan
sedikit langkahnya untuk menyaingi mahram nya sudah dihadapan.
Pada pusingan kelima Siti Khadijah mula
memaut tangan NorIza. Mungkin dia kepenatan setelah tawaf tujuh kali
mengelilingi Kaabah, kini mereka bersaie pula. Saie bererti berjalan ulang alik
dari bikit Safa ke bukit Marwa yang dianggarkan sejauh 420 meter. Bila
merasakan Siti Khadijah mula merangkul
lengannya dengan kuat dan jalannya juga semakin perlahan Noriza menoleh kesisi
dilihat bekas birasnya memegang dadanya.
“Kenapa
Katy???”
“Katy
rasa sakit dadalah kak, agaknya orang ramai sangat, rasa susah Katy nak
bernafas. Dah berapa kali kita pusing ni kak”. Sememangya ketika itu orang
ramai berpusu-pusu. Mereka seperti mereka juga mengerjakan rukun Umrah. Jika
perkara saie tidak dilakukan maka tidak sah Umrah mereka, dan mereka tidak
boleh memakai pakaian biasa. Sebelum mereka menghabiskan saie mereka yaitu
jalan ulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwa kemudian bergunting rambut
sekurang-kurang nya tujuh helai ini dinamakan TAHALUL.
“Dah
lima kali Katy..ada lagi dua pusingan. Kalau Katy tak mampu nak terus kan, kita
berhenti dulu. Duduk sekejap nanti kita sambung”.
“Boleh..boleh
Katy boleh jalan lagi hanya sesak dada sikit ni, tapi kak ngah jalanlah
perlahan sikit, Katy nak cepat habiskan saie umrah pertama kita ni. Takut tak
sempat.”
“Apa
yang tak sempat Katy kita kat sini lama lagi. Lagi pun saie ni boleh sambung
sambung. Kalau tak larat hari ni kita rehat tidur dulu esok kita datang kita
sambunglah. Ustazah kata boleh buat macam tu”.
“Tak apa
kita habiskan malam ni juga. Uda dah sampai kak”.
“Biarkanlah
Uda jalan dulu. Dia akan tunggu kita juga, jangan lah risau sangat.” Ketika itu
Mohd Noh sudah jauh dihadapan..Sesekali Mohd Noh akan menoleh kebelakang untuk memastikan
keselamatan isteri dan bekas kakak iparnya, yang agak jauh ketinggalan
dibelakangnya. Mohd Noh melihat isterinya bagai berpaut ke tangan bekas kakak
iparnya. Dan pergerakkan mereka perlahan namun diabiarkan sahaja perlakuan dua
wanita itu. Dalam hati dia harus menyelesaikan dahulu pekerjaanya kemudian
barulah dia akan menolong memapah isterinya jika isterinya tidak berdaya.
Sambil
berjalan Siti Khadijah berbual dengan bekas birasnya yang meminpin tanganya.
“Kak!
Katy minta maaf sangat-sangat dengan akak. Katy
banyak buat salah dengan akak..mengata akak.Maafkan Katy ye kak.” Entah
mengapa sejak dua hari selepas mereka membeli belah kemudian peristiwa NorIza
ke Raudah tampa memberitahu Khadijah… sikap Khadijah agak berlainan. Dia sering
termenung. Pada sangkaan NorIza mungkin dia marah kerana dirinya tidak diajak
untuk pergi keRaudah sedang dia juga tahu Kadijah juga belum dapat memasuki
Raudah. Tetapi tekaannya meleset, ini kerana sehari sebelum mereka bertolak
keMekah Siti Khadijah menghulur sehelai
jubbah berwarna putih susu. Jubah yang berhias jahitan manik dan labuci
mengerlip mewah. Kalau ditenguk sekali imbas macam jubbah penganti pun ada.
“Kak
cantik tak jubah ni.”
“Cantik
sangat Katy. Mahal ni. Elok jubah ni pakai masa kita Wukuf nanti”.
“Itu
yang Katy beli tu, Katy nampak macam cantik sangat tak beli sayang pula
rasanya, tapi tak ada yang muat untuk Katy, jadi Katy beli untuk kak. Ambil lah.”.
“Ehh
tak apalah..dah Katy beli untuk Katylah. Akak nanti beli kat Mekah kata kak Salamiah
kat Mekah pun banyak jual jubah”.
“Ini
tak muat untuk Katy kak...dahlah labuh sangat. Kemudian kecik kat bahagian
dada. Kalau akak sedang-sedang eloklah ni”. Sememangnya Siti Khadijah agak
rending batang tubuhnya. Rendah sedikit namun agak besar sikit dari NoIza.
Kalau nak membayangkan betuk tubuh ada seperti bentuk Arwah seniwati Azian Erdawaty.
“Labuh
ni boleh dipendekkan sikit meh akak jahitkan. Jahit bahagian bawah ni sahaja
Katy”.
“Tak
mahulah kak, Katy dah cuba. Bahagia dada ni ketat tak selesa nak pakai. Cuba
pakai kak Katy nak sangat tenguk baju ni tersarung kat badan.” Kerana desakkan Khadijah yang bersungguh
akhirnya jubah itu tersarung kebadan NorIza. Memang cantik muat dan sedang elok
untuk NorIza yang bertubuh sederhana. Tidak perlu diperbetulkan lagi. Kenangan
pemberian Khadijah terbang melayang bila suara Khadijah memecah masuk ke
gegendang telinganya.
“Tak
ada apa salah Katy pada akak. Selama ni keluarga Katy banyak tolong akak . Akak
berterima kasih banyak-banyak.”.
“Tak
kak! memang Katy banyak mengata akak. Katy memang selalu cerita tak baik
tentang akak dengan anak-anak Katy kak .Katy
minta maaf sangat-sangat.”
“Ialah..ialah
akak maaf kan, akak macam tu juga akak selalu marahkan Katy. Maafkan akak ye
Katy”. NorIza terbayang beberapa kali dia memarahi Siti Khadijah bila dia
memerah tenaga menantunya Seha yang ketika itu baru mengandung anak pertama
dulu. Ketika itu kandungan Seha belum mencecah sebulan.
Tengahari telefonya bergetar menandakan ada
message yang dihatar oleh seseorang, bila di maca SMS dari Mohd Noh bekas adik
iparnya.‘Tijah tengah suruh Seha buat
kerja rumah datang cepat’.Ketika itu dia menguhubungi Muaz anaknya, namun
anaknya sedang tidak dibengkelnya.
Mungkin kerana Muaz tidak dibengkel Seha berjaya dibawa Khadijah kerumahnya
ketika itu.. Dengan berjalan kaki dia
kerumah Khadijah. Sampai sahaja dirumah Khadijah tampa salam tampa jemputan
meluru dia kedalam rumah dan melilau
mencari menantunya. Darahnya mencanak naik bila melihat menantunya sedang menyental
dinding bilik air dirumah emak angkatnya. Kerana hatinya yang marah tampa segan
silu dia memarahi bekas birasnya.
“Katy!!!
tak kan bilik air rumah kamu, kamu suruh Seha yang meyentalnya. Rasanya akak
dah bagitahu kamu.. Seha ni baru mengandung, tak sampai lagi sebulan jadi kena
jaga kandungan dia tu. Kat rumah dia pun akak suruh Muaz yang buat, ini kamu
suruh dia basuh kat rumah kamu. Apa jenis emak kamu ni”. Ketika itu dia
bercekak pinggang muka marah dipamirkan. Kelihatannya Khadijah terkulat-kulat
bila dia dimarahi. Selepas itu tegas suaranya mengarahkan NorSaleha pulang.
“Seha
jom ikut emak balik!!.” Tidak berapa langkah mereka keluar dari rumah Khadijah kelihatan kereta Muaz datang dan
berhenti dihadapan mereka.
Didalam
kereta Muaz memarahi isterinya.
“Kenapa
yang Seha asyik pergi rumah mama. Kan
abang dah pesan jangan pergi lagi rumah mama kalau abang tak ada. Ni asyik ikut
saja cakap mama Seha tu. Cubalah sesekali lawan..jangan ikut cakap dia tu”.
“Seha
memang tak nak pergi tadi, tapi mama tarik tangan paksa Seha naik kereta dia.
Tenguk ni baju pun tak sempat tukar. Alhamdullilah
Seha pakai tudung masa buka pintu tadi”.
“Dia
memang tak boleh nak melawan Muaz. Kitalah yang kena jaga dia. Apa kata buat
masa sekarang Seha duduk dengan emak. Nanti petang kamu datanglah ambil dia. ”
“Tak
apa lah mak biar Seha tolong abang buat kerja macam dulu jadi mama tak berani
nak datang kalau Seha dengan abang”.
“Tak
boleh!!kamu tu baru mengandung. Kat bengkel tu kadang-kadang ada oraqng merokok
nanti kamu sedut asap rokok orang . Risiko kena penyakit sebab nakotin rokok
lagi tinggi. Orang yang menyedut asap rokok lebih merbahaya dari orang yang
menghisap rokok tau. Kamu kena ingat Seha dekat empat tahun tunggu..dah ada ni
jaga betul-betul. Duduk dengan emak saja nanti kalau Muaz balik baru kamu ikut
dia balik”. Setelah diceramahi oleh emak mertuanya akhir Seha menurut sahaja untuk kebaikan diri
dan anaknya juga. Sejak itu Seha duduk dirumah NorIza ketika suaminya dibengkel
dan akan pulang pada waktu petang bila dijemput oleh suaminya.
“Katy
maafkan tapi semua itu bukan salah akak… memang Katy yang salah. Lagi satu kalau akak balik nanti cakap dengan
Seha..Katy minta maaf dengan dia, dengan segala perbuatan Katy pada dia. Sedari
kecil Katy buat dia macam orang gaji. Cakap dengan dia Katy minta maaf
sangat-sangat.” Sambil tercungap-cungap Khadijah meminta.
“Dahlah
Katy dahlah.. Jangan cakap lagi. Akak janji akak akan sampaikan bila kita balik
Malaysia nanti. Katy berjalan sambil
bercakap ni memang penat”. Pada pandangan mata kasar NorIza keadaan
Khadijah sangat berlainan. Bibirnya
kelihatan pucat dan perjalanan nafasnya seakan tidak lancar.
“Tak
kak, Katy takut Katy tak sempat nak
cakap dengan akak..ada lagi berapa pusingan kak?”.
“Ni
pusingan last lah ni. Tak lama lagi kita sampai kat bukit Marwa selesailah saie
kita, sampai atas bukit tu nanati kita dah boleh bertahalul. Boleh lagi tak ni?
kalau tak kita rehat sekejap. Dah hilang penat kita sambung lagilah”. Ketika
itu Khadijah sudah berpapah jalannya.
“Kak
satu lagi permintaan Katy kak, nanti akak tolong jagakan abang Noh ye kak”.
“Ehh
kamu ni Katy kenapa yang merepak-repek, kamu isteri dia.. kamulah yang jaga.
Dah jangan fikir yang tidak-tidak. Kalau badan penat inilah yang keluar,
permintaan yang bukan-bukan. Dah jangan cakap lagi..kumpulkan tenaga tak lama
sampailah kita kat Marwa. Berzikir Katy berzikir. Sepatutnya kita berzikir masa
saie ni itu lebih afdal Katy”.
“Ialah
kak..Katy nak mengucap banyak-banyak kali”. Kenapalah bekas birasnya merepek
ni. Orang suruh berzikir dia nak mengucap pula.
Mohd Noh
sudah sampai keatas bukit Marwa pada pusingan yang ketujuh. Ini bermakna
dia sudah menyelesaikan saie Umrahnya yang pertama. Diatas bukit Marwa selesai
membaca doa dia berpaling kebelakang mencari isteri dan bekas kakak iparnya
yang ketinggalan dibelakang. Dia hairan isterinya dipapah oleh bekas kakak
iparnya. Dihatinya timbul pula rasa kasihan, bila melihat kakak iparnya begitu
terkial-kial menampung badan isterinya yang agak berisi dan lebih besar dari
badannya sendiri.‘Tak larat sangatlah
agaknya Tijah tu sampai berpapah.Tulah orang ajak jogging dulu tak mahu..Ni
baru sekali Umrah daah semput. Macam mana nak buat Umrah lagi ni..kalau baru
sekali pun semput’ Mohd Noh
berkata-kata dengan dirinya sendiri kemudian dia turun semula untuk
membantu NorIza memapah isterinya.
Sampai sahaja dia dihadapan isterinya..
“Kenapa
ni Tijah. Dah sampai berpapah..dah tak larat sangat ke…Ni Alhamdullilah dah
dekat bukit Marwa..sikit lagi. Meh kak,biar saya pula yang papah Tijah ni.”
Siti Khadijah bertukar tangan, kini dia
dipapah oleh suaminya. Melihat keadaan
Siti Khadijah sudah terlalu lemah NorIza memberi cadangan...
“De
meh kita angkat Katy ni, dia macam dah tak ada tenaga saja ni. Kita ampu badan
dia. Tak payahlah dia berjalan kita angkat sampai Marwa. Lagi pun tinggal sikit
sangat ni”.
“Ialah.
Kita batal pun tak apa kan Zah. Yang tak boleh batal masa kita
tawaf kan”.
Terpaksa juga
NorIza mengampu ketiaknya disebelah kanan manakala Mohd Noh disebelah
kiri. Memang benar keadaan Siti Khadijah sudah tidak mampu berjalan lagi.
Dengan ampuan kiri dan kanan kaki Khadijah tidak mencecah lantai lagi, dia
sebenarnya diangkat hingga keatas bukit Marwa. Sambil berjalan Mohd Noh cuba
merisik bagai mana kejadian itu boleh terjadi.
“Macam
mana siTijah ni boleh jadi sampai ni Zah” Berdebar hati NorIza bila Mohd Noh
hanya memangil namanya sahaja. Rasanya sejak tadi sudah dua kali dia memanggil
dengan panggilan Zah sahaja tampa kakak dia awal namanya.
“Pada
pusingan kelima tadi dia kata sakit dada. Akak ajak dia berhenti ..dia kata dia
takut tak sempat. Dia nak habiskan juga, itu yang kami jalan perlahan.”
“Tak
apalah dia penat saja ni. Stamina tak kuat, terkejut agaknya otot-otot dia bila
berjalan lebih sikit hari ni. Ajak jogging tak mahu inilah jadinya.”. Bebel
Mohd Noh tentang isterinya.
“Uda
dah bertahalul (memgunting rambut sekurang-kurangnya tiga helai selepas selesai
saie)”.
“Belum
lagi ingatkan nak bercukur kat kedai gunting kat belakang ni ha”.
“Kalau
macam tu akak nak gunting rambut akak dulu nanti lepas tu akak guntingkan
rambut Katy pula.”
“Ialah
eloklah tu.” Mohd Noh memandang isteri
yang dipangkuanya. Mata isterinya sudah terpejam rapat, nafasnya sudah turun
naik berombak.
“Ehh
Tijah ni kenapa..Kak!lain macam sahaja Tijah ni, akak tolong pangku kepala dia
ni sambil tu bisikkan Syahadah kat telinga dia. Jangan kasi dia tidur.. Saya
pergi cari orang Tabung Haji. Minta dia carikan keenderaan hantar Tijah ni
pergi hospital.”Sepeninggalan Mohd Noh setelah mengunting sedikit rambut
Khadijah.. Puan Noriza melakukan apa yan dipesanya tadi, membisikan Syahadah
ditelinga bekas birasnya.
“Katy!
Katy! Ikut akak baca Syahadah Katy.” NorIza menepuk pelahan pipi bekas birasnya
supaya sedar.
Alahai... Mak Katy meninggal ke? Adui.. nampak gayanya terpaksalah Puan Nuriza kena pegang amanah dan wasiat puan katy. Tolong jagakan Pak Uda... hehehe...
ReplyDeleteKalau tgk gayanya mmg katy akan pergi..
ReplyDeleteSiap dah standby jubah ala2 penganti tok puan noriza... :-P
mekasih makteh..banyak info dpt n3 kali ni..
byk ilmu dlm mengerjakn haji. alhamdulillah.
ReplyDelete-dibah-