Seperti yang dijanjikan selepas minum pagi
pasangan Abdul Rahman dan Mohd Noh suami isteri
berjalan kaki menuju ke Jamrah untuk menunikan wajib haji mereka.
Setelah selesai 7 kali lontaran di Jamratul
Aqabah mereka bertahalul dengan mengunting sedikit hujung rambut mereka.
Tetapi untuk dua orang lelaki itu mereka
mahu bercukur ketika mereka tiba dikhemah nanti.
“Nor..Uda rasa nak bercukurlah..lagi pun
untuk lelaki bercukur tu lebih afdal”.
“Uda nak bercukur kat mana ada ke kadai
gunting kat sini”.
“Rambut tengah pendek ni Uda nak minta Nor
tolong cukurkan kat khemah boleh..Nor dah bertahalul kan”.
“Sudah..Uda ada bawa pisau cukur ke?”.
“Adaa”…
Kini
mereka sudah melaksanakan tiga dari dari enam wajib haji. Jika mereka sudah
bertahalul atau berguntung atau bercukur rambut, mereka sudah terlepas dari ikatan dan pantang larang ketika
memakai Ihram. Sambil berjalan pulang mereka mengatur rancangan untuk melontar
lagi keesokkan harinya.
“Noh..esok
kita melontar lepas subuh. Lepas tu kita
naik bas pergi keMekkah, sampai Mekkah nanti kita singgah hotel kita, mandi dan
ambil wadu’ lepas tu kita pergi buat tawaf dan saie haji kita. Abang senang hati
kalau kerja-kerja haji kita dah selesai. Nanti kita tinggal fikir nak melontar
Jamrah dihari yang ketiga sahaja. Lagi
pun masa ni kat Mekkah orang tak ramai lagi. Kalau kita tunggu sampai hari orang
balik dari Mina, keadaan akan padat kat Kaabah nanti. Kat Safa dan Marwa lagi
teruk, masa kita nak pusing kat atas bukit tu
yang selalu sesak. Ialah
bertembung mana yang nak naik dengan mana yang nak turun.”
“Ialah
bang! Saya ikut abang. Kita nak minum pagi dulu tak?.”
“Rasanya
tak payah minumlah, sampai kat Mekkah
sebelum kita naik hotel tu kita cari kedai minum. Abang takut nanti lambat pula
kita sampai Mekkah.Kita kena sampai Mina balik sebelum Magrib tau.Ingat wajib
haji kita 3 hari bermalam diMina, ertinya tiga malam penuh kita mesti duduk
dibumi Mina ni, kita dikehendaki berada diMina sebelum gelincir matahari
(Sebelum Magrib).”
Beruntung rasanya menemui kawan-kawan yang
tahu selok belok diMekkah dan tahu rukun dan wajib haji dengan yakin. Itulah
sebabnya bersungguh pihak Tabung Haji mengadakan kursus untuk memberi
pengetahuan segala selok-selok tentang
perkerjaan Haji dan Umrah. Supaya para Jemaah dapat mengerjakan rukun iman yang
kelima dengan betul dan sempurna. Dengan kata lain semoga mereka mendapat haji
yang MABRUR In Syaa Allah.
Untuk memastikan keselamatan para isteri,
mereka menghantar hingga kekemah isteri mereka.Dihadapan pintu kemah mereka
menghulur kain Ihram penutup badan kepada isteri masing-masing untuk dijadikan
selimut malam nanti. Sebelum berlalu sempat lagi Encik Abdul Rahman menyatakan
dari kata-katanya tempuh hari, agar NorIza memahami maksudnya…
“Inilah
yang abang maksudkan Iza. Mahram untuk seorang wanita sangat diperlukan ketika
kita membuat haji. Nanti selepas balik dari Mina, kita juga akan kemasjid atau
melakukan Umrah lagi. Disini segalanya perlu berdua. Nak naik keatas bumbung nak
sidai atau angkat kainbaju pun perlukan teman. Kat atas tu kadang-kadang ada juga
pekerja warga entah mana tah, yang duduk menyorok kat situ.Tujuan utama mereka
nak ‘mengular’.Tapi ialah kadang nafsu bila dah bercampur dengan bisikkan
syaitan terlupa pada hukuman yang berat yang dilakukan kat sini”. Kata-kata yang
penuh makna tersirat, terpahat dibenak Mohd Noh dan NorIza.Secara tidak langsung
NorIza bersyukur dengan perancangan dari Allah untuk dirinya.
Dihari kedua mereka diMina seperti yang dirancang..selepas
subuh mereka meredah kedinginan pagi menuju keJamrah, untuk lontaran hari kedua..Rupanya
bukan mereka berempat sahaja yang pergi. Ramai lagi para Jemaah lain dari
berbagai negara memenuhi terowong menuju keJamrah. Tujuan mereka sama seperti
mereka hendak memunaikan wajib haji mereka melontar ketiga-tiga Jamrahsetiap
satu Jamrah dilontar dengan 7 biji batu.
Setelah selesai melontar mereka menunggu
bas yang akan keMekah di hadapan perkemahan mereka. Ketika mereka sampai diMekkah
mereka singgah dahulu kehotel penginapan mereka dan mengambil kunci bilik
masing-masing dilobi hotel.Setelah mandi dan berwudu’ mereka menuju keMasjidil
Haram, untuk melakukan Tawaf dan Saie Haji mereka.
Oleh kerana mereka tidak mengikuti jadual perjalan yang telah
disusun oleh pihak pengurusan, makan tengahari mereka tidak disediakan seperti
selalu.
“Noh, Iza hari ni kita kena beli makanan sendiri untuk makan
tengahhari kita..”. Kata Haji Abdul Rahman setelah selesai Saiehaji merekadan bertahulul di atas bukit Marwa.
“Kita nak makan apa bang? ”.
“Kita cari nasi beriani..jomlah.” Mereka berempat menuju
kesebuah kedai makan dan membungkus nasi beriani…
“Noh..ambil nasi setengah dan sebungkus sahaja, nanti makan
kongsi dengan Izah.”
“Kenapa bang..mahal sangat ke kat sini?”
“Taklah mahal sepuluh rial saja, tapi banyak tak mampu kita
nak habiskan kalau kita ambil sebungkus sorang”.
Mereka membeli nasi beriani di sebuah kedai makan. Harganya
tidak mahal: nasi separuhnya hanya berharga
10 rial sahaja namun nasinya boleh dimakan untuk tiga atau empat
orang. Nasi separuh ayamnya dipotong
¼.Tetapi rasanya sangat sedap mungkin berasnya yang menjadikan rasa nasi
beriani sangat sedap.
“Nor makan
lagi..”Mohd Nor menegur bila melihat isterinya sudah berhenti dari menyuap. Sebenarnya
mereka makan berkonsi satu bungkusan nasi. Begitu juga Haji Abdul Rahman suami isteri.
“MasyaAllah
kenyang nya. Tapi nak tinggalkan sayang, sepatutnya kita kongsi empat orang ni”. Kata
NorIza memberi kan komennya.
“Tak boleh!!
abang Man tak cukup kalau kita kongsi empat orang. Abang Man memang nak makan banyak ni”. Kha-kah
kha..khagelak dua orang lelaki disitu.
“Dia memang
berhajat dari semalam lagi Iza.Dia kata nak makan nasi beriani lepas tawaf dan
saie.Itulah sebabnya dia tak cari kedai minum pagi tadi.Dia nak kosongkan
perut.”Kenyataan suaminya diberitahu oleh Salamiah kepada kawan-kawan mereka.
“Patutlah..ingatkan
abang Man terlupa nak minum tadi. Tapi
mengigil jugalah lutut saya ni nak habiskan saie tadi”..
“Haa
sekarang ni makan..tolong Noh habiskan nasi awak tu. Noh sampai tak
berbunyi..sedapkan Noh”.
“Sedap bang..
nasinya yang sedap… panjang-panjang. Tak pernah jumpa rasanya nasi beriani yang
nasinya panjang-panjang macam ni. Kalau ada jual berasnya rasa nak beli bawa
balik Malaysia jamu orang makan.”
“Ye Noh kat
Malaysia susah nak dapat. Kat sini sahaja rasa dapat makan beras ni. Itulah
abang nak makan puas-puas”.
Selesai sahaja merlakukan tawaf dan saie haji, selepas makan
tengahari.Mereka berihat sekejap.Mereka melakukan solat Jamak Zohor dan
Asar.Selepas solat mereka pulang semula keMina.Alhamdullilah sebelum Magrib lagi
mereka sudah sampai semula diperkemahan mereka diMina.
Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kepada umat
Islam dalam mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika
bermusafir. Kelonggaran ini dinamakan
rukhsah solat.( Sabda Rasullah SAW
maksudnya : “Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan)
yang diberikan olehNya seperti Allah membenci
dilakukan maksiat kepadaNya”. (Hadis riwayat Ahmad).
Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam
dapat menunaikan fardhu solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping
membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira kebajikan umat dan bukanlah agama yang
menyusahkan. Allah SWT telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai
rukhsah bagi mereka yang bermusafir.)
Ketika
sampai dibumi Mina senelum masuk kekemah Mohd Noh terasa ingin mengajak
isterinya melihat-lihat orang berniaga di tepi perkemahan mereka.
“Abang Man
kalau nak masuk..masuklah, saya nak tenguk-tenguk kat luar ni dulu”. Ucap Mohd
Noh bila mereka turun dari bas bila melihat pasangan itu seakan menantinya yang
terlambat sedikit turun dari bas. Dia ingin meluangkan masa bersama isterinya
berjalan-jalan sambil melihat-lihat orang berniaga. Nanti kalau berkenan dia
akan membeli.Itu niat hatinya.
“ Mi nak
masuk ke.. nak tenguk-tenguk dulu.” Haji Abdul Rahman bertanya isterinya
disebelah.
“Tak ada apa
nak belilah bang..akak nak masuk lah Noh, Iza. Jomlah kita masuk bang”.Pasangan ituterus melangkah
menuju pintu keperkemahan mereka.
Mohd Noh mencapai tangan isterinya lalu digengam, sambil
berjalan perlahan menyusuri pinggir perkemahan mereka.Terdapat ramai peniaga
menjual barang dari kain baju, barang kemas dan apa sahaja keperluan sampaikan
keperkakas dapur..Sambil berjalan melihat-lihat mereka berbual…
“Alhamdullilah selesai sudah Tawaf dan Saie Haji kita.Tak sangka
kita dah bergelaran Haji dan Hajjah.Esok masa yang ada Uda nak buat Umrah
banyak-banyak, Nor nak ikut?”.
“Mestilah nak..De kalau pergi Umrah tu kena buat macam dulu
ke?”.
“Ehh memanglah.Umrah yang pertama ke yang kedua ke . Selepas
kita haji ke atau sebelum kita haji semuanya sama cara perlakuanya dan sama
syarat-syaratnya. Kita kena keluar dari Mekkah untuk pasang niat.Tujuan kita
keTa’naim adalah untuk pasang niat. Ada lagi satu tempat kita boleh pergi untuk
pasang niat tapi jauhlah sikit Hudaibiah, sesekali kita pergi nak”.
“Ehh kan kita pergi berkawan-kawan tanyalah abang Man dulu,
kalau diorang pergi barulah kita pergi.”
Kini sudah menjadi kebiasaan Haji Mohd Noh suka mengengam
tangan isterinya untuk mencari kehangatan.Dia
menghampiri seorang wanita yang menjual barang kemas yang berjualan
dipintu masuk kekhemah lalu duduk mencangkung melihat barang yang dipamir
didalam beberapa kotak kayu nampaknya..
Pada mata Mohd Noh sangat cantik batu-batu permata yang kelihatan
seperti batu permata asli.Itu yang dia datang menghapiri.Mohd Noh mula membelek
satu-satu.
“Nor tenguk
ni cantikkan.Meh cuba muat tak kat tangan Nor.”Haji Mohd Noh menarik tangan isterinya
agar mencangkung sepertinya, ditangannya seutas rantai tangan yang berbatu
merah seakan batu delima. Kemudian dia mengacu gelang tersebut
dipergelangan tangan isterinya.
Kelihatan sesuai dan padan.
“ini
memangnya cantiikk, batu original dari Burma pak. Kalu bapak mahu boleh
dikurang sedikit harganya”.kata
sipeniaga wanita memperkenalkan barang jualannya dan mahu melakukanya sekali.
Kedengaran telor Indonesianya.
“Uda nak
belikan anak-anak Uda ke?. Belilah sorang satu untuk mereka, nanti taklah salah
seorangnya kecil hati kalau dibelikan hanya seorang.”.
“Tak lah..
Uda nak beli untuk Nor, kalau untuk diorang nanti banyak komplennya. Uda tak
pandai nak beli untuk diorang, kalau emak diorang yang pilih mungkin mereka tak
boleh nak kata apa.”
“Saya tak naklah, saya tak suka pakai gelang
tanganlah De”.
“Kalau tak
nak gelang ambillah cincin atau pun rantai leher ni. Banyak yang cantik-cantik
ni. Nor..Nor gelang ni dipadankan dengan cincin ni padan sangat… ”Ada seutas
rantai emasberloket hijau seperti batu zamrud, nampak memancar kuning emasnya
seperti emas tulinbersama dan sebentuk
cincin juga berbatu merah delima.Sememangnya barang-barang kemas yang dijual nampak
asli dan cantik.
“Tak naklah.
Kalau Uda taknak beli untuk anak-anak Uda, dahlah jom kita masuk, saya tak nak..”.
“Satu pun
Nor tak berkenan ke?”
“Saya
sebetulnya tak suka pakai barang kemas.Kalau ada pun nanti tak terpakai sayang
membazir saja”.Sememang Mohd Noh tidak pernah melihat bekas kakak iparnya
merangkap isterinya sekarang memakai barang-barang kemas, sejak dari muda lagi.
“Cincin pun tak suka?”
“Hssy
lagilah tak suka..rimas saya pakai cincin, rasa macam tersangkut-sangkut bila
buat kerja. Jomlah kita balik macam dah nak Magrib ni, nanti nak berbaris masuk
bilik air lagi..”. Sememang waktu Magrib sudah menghampiri..lembayung senja
dengan warna jingga sudah menjengah bumi Mina. NorIza bangun lalu menarik
tangan suaminya yang mahu membelek lagi rantai tangan tadi.
Mohd Noh mengikuti ajakkan isterinya.Dia bangun melangkah
masuk kekawasan perkemahan mereka.Sambil berjalan tanganya sudah dibahu
isterinya. Mohd Noh makin mesra perlakuanya.
NorIza tidak dapat menolak ditakuti penolakkanya mengecilkan hati suaminya
pula.Bukankah berdosa jika kita mengecilkan hati suami.
Kini mereka sudah dihari Tasyrik yang ketiga,ini bermakna bermalam
diMina sudah sampai kepenghujungnya.Mereka sudah diberitahu oleh pihak
pengurusan, mereka akan mula berangkat keMekkah semula selepas solat Zohor nanti.
Mereka telah melaksanakan dengan sempurna wajib haji mereka yaitu bermalam
diMina selama tiga hari dan melontar ketiga-tiga Jamrah di ketiga-tiga hari. Semua
Jemaah Haji sudah bersiap sedia dihadapan jalan menanti bas tiba sahaja. Mereka
akan diangkut pulang keMekah dengan bas yang telah disediakan oleh pihak
pengurusan. Diantara para Jemah
termasuklah Mohd Noh dan NorIza.
..Bagi pasangan Mohd Noh dan Haji Abdul Rahman suami isteri
mereka juga sudah menyelesaikan Tawaf dan Saie haji mereka. Jika segalanya
telah selesai dengan sempurna kini Mohd Noh dan NorIza sudah bergelar Haji dan
Hajjah. Alhamdullilah itulah ucapan syukur yang bergema dihati mereka.
Bahagia rasanya bagi
pasangan yang baru sahaja menjadi suami isteri dan baru sahaja mendapat gelaran
Haji. Selama mereka berada dibumi Mekkah untuk menunaikan rukun iman yang
kelima dan ibadah yang sangat dituntut bagi mereka yang berkempuan, banyak
pengalaman yang sungguh mencabar yang mereka lalui bersama. Walaupun ikatan
halal mereka belum sampai sebulan lagi usianya, namun pengalaman dibumi Mekkah
mengeratkan rasa..melahirkan kasih.
Sudah adakah rasa kasih dihati NorIza untuk suaminya.Ya
memang sudah ada tetapi NorIza tidak tahu bilakah ianya bermula. Tidak pernah
rasanya terjadi yang menyebabkan hatinya boleh terjatuh SUKA..seperti yang ditulis
didalam novel atau drama tv atau pun apa-apalah..tiba-tiba tunduk terhantuk
kepala atau tiba-tiba terpegang tangan atau secara tak sengaja terlanggar badan
hingga terduduk atau tertelentang. Tetapi yang ada dihatinya ingin selalu
berbakti pada suaminya. Itulah sebabnya dia rasa bahagia jika dapat membancuh
air minuman atau dapat mencuci pakaian suaminya.Tetapi sememangnya itulah
perasaan seorang isteri. Biar penat namun jika melihat suami gembira dengan apa
yang kita lakukan untuknya kita akan rasa bahagia.Betulkan begitu?.
Seperti yang diniatkan selepas pulang dari Mina, Mohd Noh
membawa NorIza melakukan ibadah Umrah beberapa kali.Rupanya seminggu selepas
hari Tasyrik keadaan Mekkah beransur lapang. Ini kerana jemaah hajidari negara jiran Arab Saudi yang
berhampiranmulai pulang ketanah air mereka. Keadaan ini memberi kemudahan
kepada Mohd Noh suami isteri berulang alik keMasjidil Haram ataupun ke Tan’aim
untuk memasang niat Umrah mereka.Selama 18 hari sebelum tarikh mereka pulang ketanah
air dimenefaatkan dengan sebaik mungkin oleh pasangan itu.Walaupun disaat
terakhir mereka dibumi Mekkah hanya mereka berdua sahaja yang menunaikan ibadah
Umrah ketika itu.
“Bang esok abang nak pergi Umrah tak”.
“Kamu pergilah dengan isteri kamu Noh, abang tak daya dah ni.
Dah akhir-akhir kita kat Mekkah ni abang rasa penat pula..kakak kamu tu pun batuk..kamu
pergilah berdua. Dah berapa kali Umrah kamu buat Noh..”.
“Dah 5 kali bang, ingat nak sampaikan 10 kali nak buatkan
kaum keluarga saya dan Nor yang dah meninggal, tapi kalau tak larat nanti dapat
tujuh kali pun cukuplah..yang sebetulnya niat saya sementara saya kat sini saya
nak buat banyak-banyak.”.
“Eloklah tu Noh, kamu muda lagi buatlah Umrah untuk keluarga
kita yang dah meninggal. Lagi pun ganjaran pahalanya sama, kita dapat pahala, orang
yang kita buatkan pun dapat juga..”.Ketika itu mereka baru sahaja selesai makan
malam, sebelum melelapkan mata mereka mengambil peluang berbual-bual.
“Noh!abang tanya ni
kamu janganlah kamu kecil hati pula ye”.
“Apa yang nak dikecilkan hati bang..tanyalah”.
“Macam ni… kita kat sini ada seminggu lagi..kamu tak berhajat
ke nak nak merapatkan lagi hubungan kamu dengan isteri kamu tu. Kalau kita tidak
didalam pakaian ihram kita ‘boleh’
Noh..”.
“Tak bang, kat sini saya tak terniat kesitu pun.”
“Noh!abang nasihat kamu jangan sampai kita tidak melaksanakan
tanggung jawab kita sebagai suami kalau kita dah melafazkan ucapan IJAB QABUL
kita. Sebab dengan ucapan itu sudah mewajibkan kita memberi isteri kita nafkah
zahir dan batin dan wajib kita menjadi pelindung dia sampai kita menutup mata.
Sekiranya sampai dia mencari fitrah dia dari orang lain kita yang akan
menanggung dosanya.” Haji Abdul Rahman menghuraikan maksud ucapan Ijab dan
Qabul..
Erti dari Ijab Qabul :
''aku terima nikahnya nama isteri binti ayah isteri dengan
Mas Kawinnya…..''
Singkat, padat dan jelas. Tapi tahukan makna
"perjanjian/ikrar'' tersebut ?
''maka aku tanggung dosa2nya siisteri dari ayah dan ibunya,
dosa apa saja yg telah dia lakukan, dari tidak menutup aurat hingga ia
meninggalkan solat. Semua yang berhubungan dengan siisteri, aku tanggung dan
bukan lagi orang tuanya yang menanggung, serta akan aku tanggung semua dosa
calon anak2ku''.
Jika aku GAGAL?
''maka aku adalah suami yang fasik, ingkar dan aku rela masuk
neraka, aku rela malaikat menyiksaku hingga hancur tubuhku''.(HR. Muslim)
“Saya pun berniat macam tu bang, saya akan melaksanakan
tanggungjawab saya sebagai suami dan melindunginya dan memberi peringatan jika
dia tersalah jalan. Tapi sebelum tu, saya nak dia merasai kehadiran saya
sebagai suami dulu, saya nak membiasakan diri saya dalam kehidupan dia. Saya
rasa biarlah saya memasukkan diri saya ni dalam hidup dia ni perlahan-lahan.
Nanti sampai kat Malaysia barulah dipraktikkan hidup berumah tangga.
…Bang yang sebenarnya saya memang sukakan NorIza ni dari
zaman sekolah dulu. Ingatkan waktu tu hanya rasa seorang remaja lelaki yang
sedang nak naik, yang suka pada seorang gadis.Rupanya tidak bang. Rasa suka saya
tak boleh saya padamkan walaupun saya dah kahwin dengan arwah isteri saya.Dulu memang
ada niat saya nak nikah dengan dia, selepas kematian arwah abang saya. Melihat
kesusahan dia selepas ditinggal suami dengan anak-anak yang masih belum bekerja
saya kesian sangat.. Tapi saya batalkan bila merasakan NorIza akan lebih
menderita bila bermadu dengan arwah Khadijah.
…Selepas abang saya meninggal dia bekerja dikedai makan untuk
membesarkan anak-anak. Tapi memang dia padai berjimat dan pandai mendidik anak
menjadi insan yang berguna..bukan tak ada duit, dia ada duit pampasan kerana
arwah suaminya meninggal ketika dia sedang bertugas tetapi disimpan untuk kegunaan anak-anak nak
belajar katanya, sanggup dia kerja kedai makan untuk menampung kehidupan
harianya. Tapi sekarang dia dah senang..anak-anaknya berjaya dalam kehidupan
dan mereka menghulur sedikit seorang menyenangkan emak mereka.
..Selepas dia menjadi balu saya hanya mampu memandang
kehidupan dia dan membantu apa yang patut sahaja. Sebab saya tahu kalau saya
meneruskan hajat saya hidup disamping dia..dia akan lebih menderita dengan sikap
Khadijah. Sebenarnya saya tahu, saya tak mampu berlaku adil dengan sikap Khadijah, saya tak mampu melukakan hati anak-anak jika berlaku perceraian. Banyak buruk dari baik.. jadi saya lebih rela menderita
menahan hajat saya, dari dia yang menderita atau anak-anak yang menderita. Lagi pun saya tak sampai hati hendak melukakan hati isteri yang sudah melahirkan anak-anak saya. Pada saya ketika itu saya akan
bahagia juga jika dia bahagia dengan kehidupanya. Tapi sekarang Allah
melorongkan dia jadi milik saya..jadi saya
akan menjaganya sampai ke hujung nyawa saya bang.”.
“Ohh..dia tahu tak Noh suka dia masa sekolah tu dulu”.
“Dia tak tahu..siapa pun tak tahu rahsia hati saya ni.
Termasuklah emak dan abang saya tu. Bila arwah emak saya pinang NorIza untuk
arwah abang saya.. saya tak boleh nak kata apa..masa tu saya baru setahun
setengah kat maktab perguruan. Habis kursus perguruan saya minta mengajar kat Sabah.
Tujuan utama untuk menghapus rasa suka, sebab dia dah jadi kakak ipar saya.
Sekarang ni abang dah faham kan..saya memang suka dia, tapi dia saya tak tahu.
Mungkin dia menerima saya kerana
terpaksa..jadi biarlah saya masuk kedalam hidup dia perlahan-lahan. Biar dia
merasakan saya ni ada dalam kehidupan harian dia disini dulu…sebelum saya menjadi
suaminya yang sebenar, kemudian melaksanakan tanggung jawab saya sebagai suami.”
“Noh kena bimbing dia, kalau pun dia terpaksa menerima Noh,
namun tanggung jawab dia sebangai isteri pada Noh terpaksa juga dilaksanakan, kalau
tidak dia akan berdosa kerana jadi isteri yang Nuzus”.
“In Syaa Allah abang Man, NorIza ni lembut hati, sekarang ni
pun saya rasa dia dah boleh menerima saya”.
“Elok lah tu Noh..abang tenguk dia ni pun seorang isteri yang
baik, penuh dengan tanggung jawab. Banyakkan masa Noh dengan dia masa kat sini,
lagi pun kita kat sini bukan buat apa pun balik masjid makan kemudian tidur
itulah kerja kita.. Noh pergilah buat Umrah dengan dia sekurang-kurangnya dapat
Noh menghampiri dia selalu.”.
“In Syaa Allah bang, esok saya nak pergi lagi tapi mungkin
hanya saya berdua dengan dia sahaja. Ajak kawan-kawan lain semuanya dah penat
katanya. Abang memang tak nak pergi buat
Umrah esok pagi.”
“Tak lah Noh, kamu pergilah berdua, tapi kalau berdua tambang teksi mahallah sikit. Kalau abang
dah ok dan kakak kamu pun dah ok abang nak juga pergi lagi dapat sekali atau
dua kali lagi buat Umrah pun jadilah”.
Mungkin kerana usia pasangan Haji Abdul Rahman mengerjakan
Umrah berselang hari ialah dia sudah memasuki usia ke 70 tahun katanya tempuh
hari, itu yang menghalang dirinya dari
terlalu aktiv.Tunjuk ajar dari Abdul Rahman menyebabkan dia yakin melakukan
walaupun hanya mereka dua suamiisteri keTana’im memansang niat Umrah. Maka
sempatlah mereka melakukan Umrah untuk
orang-orang yang mereka sayangi yang telah meninggal dunia. NorIza melakukan umrah untuk awrah emak
angkat dan emak kandungnya kemudian datuk dan nenek angkat dan kandungnya.Dan
dua kali untuk arwah suaminya.
“De! saya
nak buatkan Umrah untuk atuk dan nenek saya sebelah ibu kandung saya. Tapi saya
tak tahu nama mereka. Dulu awah emak angkat
saya kata, arwah emak kandung
saya pesan jangan bagi saya pada ibu bapa dia, kerana keluarga dia orang
miskin. Rasanya teringin saya nak buatkan Umrah untuk mereka.”.
“Niatkan
sahaja pada datuk atau nenek kandung Nor tak payah sebut nama pun tak apa,
Allah kan Maha Tahu apa yang terdetik dihati kita”.
wahhhh. kiranya cinta sejati md noh lah noriza ni. .
ReplyDeletealhamdulillah disatukan mereka di tanah suci.
-dibah-
Kalau dah jodoh tak ke mana...
ReplyDeleteCuma penerimaan anak2 noh la yang kita takut..
Semua pun ikut perangai tijah suka membentak2..
Harap-harap mereka dapat mengecap bahagia di usia senja ni.. Cintani tak mengenal usia bukan... Best juga mak teh singkapkan kisah cinta warga emas ni.. Bukan cinta berlandaskan nafsu semata. Cayalah mak teh... Best sangat2. Tak sabar nak tahu macamana penerimaan anak-anak dia orang. Aank dua pihak satu keturunan lain didikan. Aish tak sabar rasanya.
ReplyDeleteMak teh suka ungkapan puan atau cik kat atas ni Anak dua pihak, satu keturunan, lain didikan. Sedap bunyinya besar ertinya.
ReplyDeletecepatle sambung cik teh...akak suka kisah cinta dlm ikatan pernikahan .... dn dlm landasan yg halal...
ReplyDelete-dibah-